Khamis, 12 Disember 2024

Bakat

 1.  Masa kat U ada sorang budak kampung , muka awam sangat , baka pandai pun kurang , first sem dapat CGPA 2.4 .


2.  Tapi kelebihan dia rajin , dia selalu kat library , ada satu tempat duduk tu dah macam dia bayar bulan , asyik situ je melekat. 


3.  Beza betul dengan sorang lagi ni , dia pun budak kampung juga tapi muka jambu , DNA matematik , kelas math masuk 2 kali je dalam satu sem, tapi result kekal A , bakat dia berkaitan nombor luar biasa.


4.  First sem ada dalam 60% ponteng kelas , esok exam malam ni baru cari nota tapi CGPA dia kaut 3.2 juga . Banyak makan kismis masa kecik agaknya.


5.  Tapi budak CGPA 2.4 tu , walaupun slow tapi tak pernah jalan mengundur , tanya kawan sana sini bila tak tahu , pi jumpa pensyarah bila keliru , dia gagal subject statistik gunaan , " budak ni tak kena tendang , extend semesta nanti ni " kata hati saya.


6.  Dia repeat paper stat tu dan dapat A . Masa tu saya mula curiga dengan pandangan sendiri ,  boleh tahan juga daya melawan kau ya . 


7.  Budak CGPA 3.2 tu lepas dapat pinjaman sambar Suzuki Panther , niat nak sambar Rxz modal tak cukup , kemudian menu maggie hari - hari catu duit beli minyak , kadar memonteng kuliahpun mencunak naik ke 80% , sem 3 keluar U , letih belajar , rehat otak jap , campur mat rempit dan dengar dia ada ambil barang juga. Slow - slow dia mula undur ke belakang.


8.  Masa berlalu saya pun dah bekerja , satu hari lalu satu U ni , tahu budak CGPA 2.4 tu kerja situ , call dia , jumpa kat guard je , tak sempat ngetih , nak cepat , dia dah ada Phd rupanya , walaupun mulut cakap tahniah bagai, hati aku kau , tuhan yang tahu , tak sangka kan duduk satu bilik aku degree kau phd . 


9.  Bertahun kemudian dapat pulak contact budak CGPA 3.2 tu , set masa , lepak mamak , handsome macam dulu juga , kami tak lepak lama sebab dia nak kejar trip , bawa teksi .


10. Bakat , sebesar manapun kau ada, kau miliki , dia tetap akan kalah dengan orang yang punya disiplin, punya kerja keras. Walaupun orang itu awam sangat .


Kredit:Adli Azamin Shukri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan