Masih lagi mood Alam Perwira - Kronologi Raja Ji Fat
Raja Wu Zhou (Cina: 周武王; pinyin: Zhōu Wǔ Wáng) adalah raja pertama dinasti Zhou dari China purba. Kronologi pemerintahannya dipertikaikan tetapi pada umumnya dianggap telah bermula sekitar 1046 SM dan berakhir tiga tahun kemudian pada tahun 1043 SM.
Pada pemerintahan Maharaja Zhou, dinasti Shang mengalami zaman pemberontakan rakyat yang tidak berpuas hati dengan corak pemerintahannya yang bersifat zalim, kejam, brutal, gila perempuan, cukai tinggi (lintah darat), pilih kasih dan semua sifat yang jahat ada pada Maharaja Zhou
Ji fat yang lahir daripada keluarga bangsawan (Duke Ji Chang) iaitu pemerintah bahagian barat China dibawah kuasa Maharaja Zhou telah ditakdirkan akan dapat menumpas pemerintahan zalim Maharaja Zhou tersebut. Ji Fat menjalani dan menghadapi kehidupannya dengan penuh kesabaran serta mengalami pelbagai kesusahan dan kecelakaan yang menimpanya untuk menumpaskan maharaja yang zalim ini
Setelah menilik mimpinya (tilikan bintang), maharaja Zhou telah sedar ancaman dan bahayanya Ji Fat di dalam pemerintahannya. Lalu baginda memerintahkan Duke Ji Chang mempersembahkan Ji Fat ke istana sebagai ganti tawanan terhadap abangnya, Ji Kao yang tinggal di kediaman istana.(sebenarnya, dia tu nak bunuh Ji Fat). Akan tetapi Duke Ji Chang yang terkenal dengan sikapnya yang taat setia kepada Raja telah melangsungkan upacara pemujaan terhadap Ji Fat selama tujuh malam untuk menjauhkan bahaya yang akan menimpa anaknya itu setelah dia juga menilik petanda-petanda semasa Ji Fat dilahirkan.
Bermula daripada pemujaan terhadap Ji Fat sehinggalah perjalanan ke istana, Ji Fat diduga dengan penuh pancaroba. Ji Fat telah mempelajari "Hikmat Alam Semesta" daripada bapa saudaranya Rahib Esa disamping tunjuk ajar bapanya sendiri. Malahan semasa di Kota Khayalan, Ji Fat turut juga mempelajari "Hikmat cermin sakti kayangan", sejenis hikmat yang dikuasai oleh Tuan Punya Kota Khayalan, memperolehi Hikmat Pembalikan Bumi dan Angkasa (mengemparkan langit menghancurkan bumi iaitu peringkat ke 7 hikmat alam semesta) dari Rahib Esa dan juga Hikmat Pedang Kayangan. Ji Fat dibantu oleh Tok Jiang atau Jiang Ziya yg terkenal dalam sejarah purba China (pakar Ilmu Limunan) dan anaknya Jiang Chong, Tok Bulu Hijau, Ji Kao (abangnya yang dipengaruhi roh Ifrit Utama) dan lain-lain lagi.
Akhirnya pertarungan dengan Maharaja Zhou tidak dapat dielakkan lagi setelah berjuta-juta rakyat mati termasuklah jaguh-jaguh handalan seperti Ji Kao,Tok Bulu Hijau, Duke Ji Chang, Rahib Esa, Arya Mara, Ifrit Utama, Siluman Angkasa dan lain -lain lagi dalam pertempuran yang menggegarkan bumi dan angkasa.
Ji Fat yang dipersenjatakan Pedang Kayangan serta bantuan rakan setiawannya berazam untuk menghapuskan Maharaja Zhou yang zalim bagi membebaskan rakyat daripada pemerintahan ditaktornya di samping melunaskan hutang darah atas kematian kaum kerabatnya.
Akhirnya, dengan peringkat ke 7 hikmat alam semesta iaitu jurus mengemparkan langit menghancurkan bumi yang diperkuatkan dengan peringkat ke 9 hikmat cermin sakti kayangan yang dinamakan dengan aura kubah berdarah tidak terbatas berserta pedang kayangan dan bantuan puteranya yang bakal lahir akhirnya Ji Fat berjaya menewaskan maharaja zhao yang zalim itu.
Ketika akhir hayatnya, Maharaja Zhao yang zalim itu dipakaikan perhiasan serta persalinan yang cantik-cantik sebelum dia sendiri bertindak mencabut nyawanya dengan membakar istananya dan membiarkan dirinya dimamah api kesan dari kebakaran itu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan