Rabu, 10 Ogos 2011

kurang vs hebat


"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah nikmat-Ku kepadamu, dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih" (QS. Ibrahim [14]:7)
Kebiasaannya, bila kita di kurniakannikmat rezeki, kegembiraan mahupun kelebihan, apa yang kita akan lakukan?
Bersyukur! ya, itulah yang seharusnya.
Tetapi, bagaimana pula kalau kita diberikan kekurangan, kecacatan, kemiskinan, kedukaan dan ujian. Berapa ramai yang ingin bersyukur?
Tepuk dada, tanya Iman.
Saya pasti mungkin hanya segelintir di antara kita yang bersyukur apabila menerima ujian. Mungkin dalam 100% hanya 5% yang bersyukur dan berlapang dada apabila menerima ujian.
Beruntunglah bagi mereka yang selalu bersyukur dan sabar. Banyak kelebihan yang diberikan oleh Allah S.W.T kepada mereka yang bersyukur dan sabar dengan ujian yang diturunkan.
Fiman Allah:
"Mereka yang sabar dalam musibah, kemiskinan dan ketika peperangan. Merekalah orang-orang yang benar dan merekalah orang-orang yang bertakwa - memelihara dirinya dari kejahatan." (QS al-Baqarah : 177)
Saya pasti kalian pernah mendengar kata-kata ini:
"After every storm there is a rainbow"
Jadi, walau apa pun ujian yang diturunkan kuatkan semangat dan azamkan tekad. Yakinlah dengan janji Tuhan.
Biar kita miskin, biar kita buruk, biar kita cacat asal hidup mendapat Berkat.
Fikirkan, setiap kekurangan yang diberikan pasti ada kelebihan yang diberikan. Begitu juga sebaliknya. Setiap kelebihan itu pasti ada kekurangan kerana kita memang diciptakan lemah dan tidak sempurna. Jangan pernah rasa rendah diri dengan kekurangan diri, kerana percayalah, setiap yang Allah kurniakan mempunyai kelebihan dan kelebihan tertentu.
Ingatlah,
Tuhan menciptakan manusia dengan segala kelebihan dan kekurangan. Hikmahnya, agar manusia itu hidup bersama dan tidak mementingkan diri sendiri dengan cara saling lengkap melengkapi. Seperti yang kaya membantu yang miskin, yang sihat membantu yang sakit dan begitulah sebaliknya.
Ingatlah langit tidak selalu cerah dan kita tidak selalu di atas. Janganlah kita mencaci kekurangan seseorang itu kerana mungkin suatu hari kita memerlukan sesuatu yang kita tidak ada daripada orang yang kita pernah hina dulu.
Kekurangan di dalam hidup kita bukanlah pengakhir dan penghujung dunia. Sebaliknya besyukurlah, kerana suatu saat nanti pasti akan datang seseorang melengkapi kekurangan kita dengan kelebihannya. Jangan pernah berputus harap dan teruskan berdoa.
Dan ingatlah,
Setiap kekurangan yang kita miliki, merupakan kelebihan yang tidak ada pada orang lain. Bukan semua orang dapat memiliki kekurangan yang kita ada. Bukankah kekurangan dan ujian itu satu bentuk dan tanda sayangnya Allah kepada kita?
Jadikanlah kekurangan yang kita miliki itu sebagai sumber kekuatan, simbol kehebatan dan bukanlah sesuatu yang menghancurkan. Bersyukurlah dengan setiap kurniaanya. Kebaikan mahupun keburukan.
"Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." [Al Anfaal:46]
Kesimpulannya, marilah kita memanjatkan rasa syukur dengan setiap kurniaan-Nya
sumber: iluvislam.com

syed Qutb


Pesan Terakhir - Sayid Qutb

Sahabat
Andainya kematian kau tangisi
Pusara kau siram dengan air matamu
Maka diatas tulang belulangku yang dah luluh
Nyalakanlah obor untuk umat ini Dan
Lanjutkanlah gerak merebut kemenangan

Sahabat,
Kematianku hanyalah suatu perjalanan
Memenuhi panggilan kekasih yang merindu
Taman-taman indah disyurga Tuhan
Terhampar menanti
Burung-burungnya berpesta menyambutku
Dan berbahagialah hidupku di sana

Sahabat,
Puaka kegelapan pastikan lebur
Fajarkan menyingsing
Dan alam ini kan disinari cahaya lagi
Relakan lah rohku terbang menjelang rindunya
Jangan gentar berkelana ke alam abadi
Di sana cahaya fajar memancar.

Selasa, 9 Ogos 2011

Puasa Sahabat SAW vs Puasa Makan


Berbuka puasa dengan 250 juadah

Daging masak kawah, keladi asam pedas, rendang daging, puteri mandi dan sup tulang. Itu antara 250 jenis juadah yang boleh dinikmati jika berbuka puasa di Restoran Riverside, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.Lebih menarik pengunjung berpeluang menikmati lembu panggang yang dibakar setiap hari.  Bertemakan Indahnya Ramadan di PWTC, ia bermula dari 1 hingga 28 Ogos dengan pelbagai hidangan ala kampung.  Pengurus Komunikasi Pemasaran PWTC, Fadzilah Said menjelaskan, pihaknya menyediakan pelbagai juadah menarik dengan konsep warung menggunakan menu Citarasa 1 Malaysia.  "Bermula dengan kurma Nabi sebagai pembuka selera, kami menyediakan lebih 15 warung yang menghidangkan pelbagai juadah menarik ,'' ujarnya ketika ditemui di majlis prarasa di restoran tersebut baru-baru ini.  Katanya, bagi mengekalkan suasana kampung, beduk tradisional akan dipalu bagi menandakan waktu berbuka puasa kemudian diikuti laungan azan secara langsung.  Selain itu para tetamu akan dihiburkan dengan kumpulan muzik asli Seri Mawar sepanjang waktu berbuka puasa.  Lebih menarik untuk tahun ini, pihaknya turut menjemput beberapa selebriti terkenal seperti Jamal Abdillah, Tomok, Sofaz dan ramai lagi yang akan sama-sama berbuka puasa dan juga akan mengadakan persembahan.   Dengan RM65 untuk dewasa pengunjung boleh menikmati apa sahaja hidangan, manakala bagi kanak-kanak dari umur enam hingga 12 tahun pula dibayar mengikut umur mereka.  Sementara bagi warga emas berumur 60 tahun ke atas adalah percuma dengan ditemani oleh seorang dewasa yang berbayar.  Lebih menarik tahun ini, pengunjung berpeluang untuk mendapat hadiah menarik iaitu pakej umrah untuk pengunjung yang bertuah.

Sumber : Utusan Malaysia, 04/08/2011 
Jauhnya Aura Ramadhan Di Zaman Para Pemimpin Sekular Umat Islam Hari Ini Berbanding Dengan Zaman Rasulullah SAW dan Para Sahabat.

Dahulu di zaman kegemilangan Islam, Ramadhan disambut dan dilalui dengan pelbagai aktiviti dan amal soleh. Rasulullah SAW dan para sahabat serta umat Islam yang mengikutinya telah berjaya mencapai kemenangan mengalahkan musuh-musuh Islam di dalam bulan Ramadhan. Catatan sejarah emas umat Islam menyaksikan kejayaan dan kemenangan yang pernah dicapai oleh generasi awal dalam beberapa siri peperangan yang berlaku di bulan Ramadhan. Antaranya ialah Perang Badar (17 Ramadhan 2 H), pembebasan kota Makkah (20 Ramadhan 8 H), pembebasan Sind, India (6 Ramadhan 92 H), pembebasan Andalusia (awal Ramadhan 91 H), pembebasan Shaqliyyah (9 Ramadhan 212 H), pembaiatan Khalifah al-Qadir (11 Ramadhan 381 H), Perang ‘Ain Jalut (25 Ramadhan 658 H) dan pembebasan Antioch (awal Ramadhan 666 H). Dari catatan emas ini kita dapat melihat bagaimana Rasulullah SAW dan generasi awal Islam memahami bahawa Ramadhan bukanlah bulan yang menyebabkan mereka menjadi malas, bukanlah bulan untuk mereka beristirehat dan bukanlah juga bulan untuk memuaskan hawa nafsu untuk makan dan minum semata-mata setelah menahan diri dari makan dan minum di siang harinya. Namun hakikatnya, inilah yang berlaku dan yang dapat kita saksikan hari ini. Lihatlah bagaimana dengan bangganya Restoran Riverside, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur mewar-warkan sejumlah 250 juadah yang disediakan oleh restoran tersebut bagi memuaskan tuntutan hawa nafsu manusia yang menjalani ibadah puasa. Jika dahulu semasa menjalani ibadah puasa umat Islam mencapai kemenangan dan kegemilangan dalam berbagai siri peperangan tetapi kini umat Islam dipelbagai wilayah menderita dengan pembunuhan  di sana-sini. Saksikanlah apa yang berlaku di Palestin, Afghanistan, Iraq dan lain-lainnya. Tidak malukah umat Islam hari ini melihat betapa jauhnya penghayatan Ramadhan di zaman Rasulullah SAW dan para sahabat berbanding dengan zaman para pemimpin sekular hari ini?

Ramai dari umat Islam hari ini hanya melihat puasa sekadar bulan untuk memenuhi tuntutan hawa nafsu semata-mata. Mereka menjalani ibadah puasa sekadar mengambil semangat spiritual semata-mata namun dalam masa yang sama meninggalkan aspek siyasahnya. Seharusnya umat Islam menjadikan ibadah puasa di bulan Ramadhan ini sebagai suatu momentum untuk mencapai nilai takwa yang sebenarnya sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh generasi awal Islam yang bersama dengan Rasulullah SAW

Isnin, 8 Ogos 2011

Bonus setengah bulan untuk kakitangan awam, pesara


KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.
"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan semalam.
Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.
Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas itu dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
"Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga merupakan satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam," kata Najib.
Katanya, pemberian bonus dan bayaran khas itu akan melibatkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion. - Bernama
ulasan teman: Syukur Alhamdulillah. Cuma teman muskyil... pesara lebih setengah juta orang. Adakah ini yg tertinggi di dunia...?

Mayat yang tak amanah


Semasa Nabi Isa berjalan di satu kawasan perkuburan, ia terdengar suara dari dalam satu kubur suara lelaki yang menjerit-jerit meminta tolong dan dalam kesakitan yang amat sangat... Nabi Isa ingin mengetahui apakah yang telah terjadi kepadanya Sebagaimana yang kita tahu nabi Allah Isa mempunyai mukjizat boleh menghidupkan orang yang sudah mati. Maka nabi Allah Isa pun memohon doa kepada Allah SWT sambil menadahkan tangannya ke langit supaya menghidupkan lelaki tersebut.

Doanya dimakbul oleh Allah SWT, maka terbelah kubur itu dan keluarlah seorang lelaki yang sedang terbakar menjerit-jerit meminta tolong. Melihat akan keadaan lelaki tersebut, maka ditanya oleh nabi Isa kepada lelaki itu apakah kamu tidak sembahyang sehingga kamu diseksa sebegini. lelaki itu menjawab.. bahawa ia tidak meninggalkan sembahyang. ditanya lagi oleh nabi Isa adakah kamu tidak berpuasa.. lelaki itu menjawab... saya berpuasa dan lelaki itu pun berkata sesungguhnya ia taat akan perintah Allah SWT.... maka ditanya oleh nabi Isa lagi apakah yang kamu lakukan sehingga kamu diseksa sebegitu rupa? Maka berceritalah lelaki itu... Saya bekerja sebagai penjual kayu api dan saya akan mencari kayu api di hutan dan menjualkannya kepada sesiapa yang hendak membelinya.

Maka pada suatu hari datanglah seorang pembeli menemuinya utk membeli kayu api lalu diberinya wang dan disuruhnya hantar ke rumahnya . Maka pergilah saya mencari kayu dihutan dan apabila sudah dapat seberkas kayu di ikatnya elok-elok dan pergi lah saya hendak menghantar ke rumah si pembeli itu..

Dipertengahan jalan, saya merasa lapar dan teruslah saya berhenti untuk makan.... selepas itu saya pun meneruskan perjalanan ke rumah pembeli kayu itu. Sedang saya berjalan, saya terasa ada sisa makanan yang terselit dicelah gigi saya. maka dicuba berbagai cara mengeluarkannya dgn lidah tetapi tak berjaya.... kemudian dicubanya dengan menggunakan kukunya...tetapi tak berjaya juga. Akhirnya saya pun dengan menggunakan kuku saya mencungkil kayu api yang dipikul itu utk dibuat mencungkil gigi.

Maka akhirnya dapatlah mengeluarkannya. Maka saya teruskan perjalanan dan setelah sampai ke rumah si pembeli itu, saya pun menyerahkan kayu api itu dan terus pulang. Oleh kerana saya tidak meminta halal akan kayu yang saya cungkil dengan kuku saya tu, maka saya diseksa selama 70 tahun sebagaimana yang tuan lihat. Saya menyangka Allah tidak melihat akan perkara yang sekecil ini.

Elok lah kita mengambil ikhtibar akan riwayat ini.

Adakah kita pernah mengambil barang-barang dari pejabat, samada dari sekecil-kecilnya seperti klip kertas, pemadam dan sebagainya dan dibawa balik ke rumah untuk kegunaan sendiri ataupun diberikan kepada anak-anak kita?
 
Dan juga barang-barang orang lain yang kita pinjam tetapi tidak dikembalikan?

Sesungguhnya takutlah kita akan azab Allah kerana mati itu adalah benar.
Azab neraka itu adalah benar.
Dan syurga itu adalah benar.