Ahad, 23 Oktober 2011

Izrail




Segala syukur dan puji-pujian kepada Allah Tuhan semesta alam. Tuhan yang berhak disembah, dipuji dan dicintai.
Kami berlindung kepada Allah dari segala macam kejahatan dan tipu daya Syaitan. Dari segala dosa dan noda yang telah kami lakukan.Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah semata-mata dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah.

Selawat dan salam ke atas baginda s.a.w. Sesungguhnya barang siapa yang diberikan oleh Allah petunjuk, maka tiada siapa yang dapat menyesatkannya dan barang siapa yang disesatkan oleh Allah, maka tiada siapa yang dapat memberikannya petunjuk.

Kehidupan dan kematian itu suatu lumrah hidup yang tidak mungkin dapat dipisahkan. Semua makhluk yang bernyawa baik manusia, haiwan, tumbuhan, jin, Syaitan bahkan malaikat sekalipun pasti akan merasai mati.
Tiada makhluk yang kekal, hanya Allah s.w.t bersifat baqa'. Namun tidak siapa yang mengetahui bila saatnya ajal yang datang di muka pintu.

Hakikat kematian seringkali dilupakan oleh kebanyakan manusia disebabkan oleh nikmat dan kegembiraan hidup dunia yang fana ini. Hanya apabila maut menghampiri, barulah manusia akan sedar akan kebenaran yang sering dilupakan iaitu kematian.Benarlah apa yang dikatakan oleh Saiyidina Ali r.a bahawa manusia ini semuanya dalam keadaan tidur, mereka akan sedar ketika malaikat maut datang mencabut nyawanya. Ramai di antara kita lupa akan janji Allah s.w.t dalam firman-Nya :

"Setiap yang bernyawa akan merasai mati" (al-Imran : 185)

Janji Allah itu pasti. Tidak pernah Dia lengah terhadap apa yang dijanjikan-Nya. Sekalipun janji al-Malik itu benar, namun sedikit sekali yang mengingati dan menghayati peringatan tersebut.Tidak kira siapa pun kita, tua atau muda, raja atau rakyat jelata, kecil atau besar tubuh kita, dan di mana kita berada, ajal akan datang memanggil apabila sampai saatnya. Firman Allah s.w.t:

"Di mana pun kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu (apabila sampainya ajal) sekalipun kamu berada di dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh" (an-Nisa: 78)

Wahai saudaraku, maut tidak pernah melupakan kita walau sesaat. Maut tidak pernah jauh dari kita bahkan semakin dekat, dan mendekat dari hari ke hari. Sekalipun ia hampir dengan kita, tidak pula ia memberi amaran dan peringatan bahawa nyawa berada di hujung usia.Tiada siapa yang akan tahu bila ajalnya tiba. Ada yang menemui ajal ketika sedang sujud kepada Allah, dan ada pula ketika sedang bermaksiat dan menderhakai Allah.Kerana itulah kita perlu berjaga-jaga setiap masa. Hiasilah diri dan minda agar mudah ingat kepada kematian supaya kita tidak lupa destinasi utama yang ingin dituju kelak.Pernah diceritakan di Mekah, terdapat seorang ulama' yang sentiasa menutup setiap percakapannya dengan kalimah "Allah".

Jika diberi salam kepadanya, beliau akan menjawab "waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh- Allah". Apa khabar?- Allah, Selamat Petang- Allah. Beliau menutup semua percakapannya dengan menyebut nama Allah s.w.t. Maha suci Allah, beliau berkata sedemikian kerana bimbang beliau mati tanpa menyebut nama Allah kerana beliau tidak tahu bila ajal akan menjemputnya.


Begitulah mereka yang sentiasa berjaga-jaga terhadap kematian, tidak pernah lupa padanya.
Ingatlah wahai diriku dan semua saudaraku, dunia ini adalah fana. Jangan terlalu mengejar keduniaan hingga lupa kepada tempat kita kembali nanti.

Mungkin ketika ini kita merasa masih terlalu awal untuk memikirkan soal kematian, masih muda remaja dan masih belum puas berseronok di muka bumi ini. Saban hari usia kita semakin meningkat sebaliknya hayat semakin berkurang. Janji Allah itu benar sekalipun kita cuba untuk mendustakannya. Firman Allah s.w.t :
"Katakanlah (Wahai Muhammad), Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, ia pasti akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah,yang Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan" (al-Jumu'ah: 08)

Semoga taufik dan hidayah Allah s.w.t sentiasa bersama kita semua agar kita tidak lupa tabir kematian yang menanti setiap waktu. insya-Allah.



Arak ibu segala maksiat..>!


Aku ingat lagi time dulu-dulu ketika berpicnic dekat pantai bersama dengan keluarga tercinta. Setiap kali berpicnic mesti ternampak botol-botol hijau berpasir ditepi pantai. Lagipun ia berjenama yang pelik-pelik; Kapak, Alkohol Herba dan yang selebihnya namanya aku tidak ingat. Memang benar apa yang aku sangkakan bahawa botol-botol arak ini kebanyakannya dikilangkan di negara kita, buktinya di sini.
Kenapalah manusia zaman sekarang gemar sangat minum air kencing syaitan ni. Tidak kira orang Islam atau agama lain, kebanyakan agama-agama selain Islam juga melarang penganutnya meminum arak. Sebagai contohnya agama Kristian. Tertulis dalam Bible:
"Janganlah kamu menjadi mabuk dengan wain, kerana hal itu akan merosakkan hidup kamu."(Ephesians, 5:8)
Ini sebagai bukti bahawa agama lain juga melarang penganutnya meminum arak.
Ramai diantara kita yang beragama Islam tanpa segan silu meminum arak dan menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan arak sedangkan betapa besarnya kecelakaan yang dibawa oleh arak sehingga Rasulullah s.a.w. telah melaknat sepuluh golongan manusia yang terlibat dengannya.
Anas r.a. berkata:
"Sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah melaknat sepuluh orang yang berkaitan dengan arak; pembuatnya, pengedarnya, peminumnya, pembawanya, pengirimnya, penuangnya, penjualnya, pemakan wang hasilnya, pembayarnya dan pemesannya." (Riwayat al-Tirmizi no. 1295, Abu Daud no. 3674, Ibn Majah no. 3381 dan Ahmad no. 316)
Apabila diteliti sepuluh golongan manusia yang tersenarai dalam hadis di atas, satu kesimpulan yang boleh dibuat iaitu setiap orang yang terlibat dengan arak pasti termasuk dalam laknat Baginda S.A.W.
Setiap sen yang diperoleh daripada sumber yang berkaitan dengan arak, pasti menjadi sebab hilangnya keberkatan dalam hidup seseorang. Bahkan ia menjadi punca keruntuhan akhlak dan institusi keluarga.
Masyarakat yang dalamnya wujud peminum arak akan terdedah kepada pelbagai masalah. Musibah terbesar pasti mengundang kemurkaan Allah S.W.T sekiranya tiada pihak yang cuba memeranginya.
Peminum arak sentiasa terdorong untuk melakukan jenayah-jenayah seperti memandu secara berbahaya, merogol, membunuh dan sebagainya. Ini kerana apabila seseorang itu mabuk, pusat kawalan akalnya sudah tidak berfungsi dengan normal, lantas dia akan bertindak di luar kawalan akal.
Diceritakan bahawa pada zaman sebelum kebangkitan Rasulullah S.A.W, seorang pemuda yang terkenal sangat kuat beribadat telah difitnah oleh seorang perempuan pelacur yang jatuh hati kepadanya.
Si perempuan menggunakan helah menyuruh pembantunya menjemput pemuda itu datang ke rumah, kononnya atas suatu hajat yang penting. Apabila pemuda tersebut masuk kedalam rumahnya, perempuan itu segera mengunci pintu.
Di dalam rumah tersebut ada seorang bayi kecil dan satu hidangan arak. Perempuan itu berkata: "Aku memberimu tiga pilihan; berzina denganku, bunuh bayi ini atau minumlah arak ini. Sekiranya kamu enggan, aku akan menjerit dan memberitahu orang ramai bahawa kamu telah memperkosaku dan bayi ini adalah anakmu."
Melihat kesungguhan pelacur ini, pemuda tersebut terpaksa membuat keputusan untuk memilih salah satu pililhan. Dia memilih untuk meminum arak kerana baginya ialah dosa yang paling ringan. Membunuh bayi dan berzina melibatkan orang lain, tetapi meminum arak hanya melibatkan dirinya sahaja untuk bertaubat, pada pandangannya.
Akhirnya ia meminum arak itu sehingga mabuk dan ketika mabuk, ia berzina dengan pelacur yang hina itu. Selepas itu, tanpa kewarasan fikirannya, dia telah bertindak membunuh bayi itu. Kisah diriwayatkan oleh Imam Abdul Razzaq dalam kitab al-Musannaf, no. 17060 dan Ibn Hibban, no. 5348.
Kisah ini menunjukkan bahawa betapa hebatnya pengaruh negatif arak kepada manusia. Ia bukan sahaja menyebabkan masalah kesihatan, tetapi juga mendorong manusia melakukan maksiat yang lebih besar. Benarlah sabda Rasulullah yang bermaksud:
"Arak adalah ibu segala maksiat." (Riwayat al-Nasa'i no. 5666)
Amatlah benar pengharaman arak dalam ajaran Islam. Walaupun arak telah sebati dan menjadi minuman kegemaran masyarakat arak, Rasulullah S.A.W tidak pernah teragak-agak untuk menguatkuasakan pengharamannya.
Baginda mungkin berdepan dengan risiko dibenci oleh masyarakat arab dan juga risiko berkurangnya pendapatan negara Madinah daripada cukai arak, tetapi keutamaan diberikan demi mencari keredhaan Allah S.W.T dengan melaksanakan segala perintah-Nya. Wawasan Baginda bukan sekadar berjaya di dunia, tetapi kemenangan hakiki adalah dengan mendapat syurga Allah S.W.T di akhirat kelak.
Muhammad Arif Haris bin Mohd Suhaimi Lepasan Maahad Tahfiz Al-Quran walQiraat Pulai Chondong, Machang. Kini penuntut tahun 2 Maahad Qiraat Shoubra al-Azhar, Mesir dalam bidang Takhassus Al-Quran walQiraat. Penulis blog http://semanisinab.blogspot.com.

alamaya

gusar hati ana melihat ramai kini akhwat yang menggunakan alasan mahu menuntut ilmu dan mahu mendalami agama di group2 yang bercampur lelaki perempuan dengan sewenang-wenangnya berkomunikasi dengan lelaki tanpa ada sebab musabab yang benar-benar kuat.


bila dah tanya soalan
contohnya

'apa pendapat korang pada perempuan yang tak tutup aurat?'

pastu akan adalah yang komen

'tak tahu malu'
'pakai tudung tapi pakai baju ketat'
'buat malu je hahahha'

lepas tu berbalaslah komen bergurau senda dengan lelaki dan perempuan itu sendiri.

persoalan ana
bolehkah?

melalui pemahaman ana,
percampuran antara lelaki dan perempuan itu hanya boleh sebatas urusan penting, contoh, soal ilmiah, perniagaan, jual beli..dan lain-lain urusan yang memang perlu komunikasi antara lelaki dan perempuan.

jawapan kepada persoalan seperti diatas secara ilmiah
contohnya
'kesian pada dia yang tak nampak keindahan menutup aurat dengan sempurna doakan yang terbaik untuk dia'
'mungkin dia tersepit dengan keadaan sekeliling dan tak pernah mendapat tarbiyah'
'perlu dibimbing.'

jika di alam realiti,
mata tunduk merenung jalan,
beradab sopan, mengurangkan komunikasi antara lelaki dan perempuan.

tetapi pabila di alam maya,
ana lihat seperti tercabut rasa malu. malah ada yang berasa seronok mendapat perhatian dan balasan komen dari lelaki ajnabi.

Allah..
bagaimana para srikandi sekalian?
bolehkah budaya ini?
adakah benar budaya ini?
walau hanya di alam maya,
dimana malu kita sebagai wanita

sukakah kita jika satu masa nanti adik beradik kita sibuk chatting dengan yang berlawanan jantina?
sukakah kita jika pasangan yang kita sayangi berbalas komen tanpa faedah di alam maya?
sukakah kita jika satu masa nanti anak-anak kita sibuk berbalas komen di alam maya?

adakah Allah redha akan semua ini?

ana bimbang dengan budaya ini.amat.amat bimbang.

ia boleh dikategorikan pembuka jalan ke arah zina.
hakikatnya, batas pergaulan itu mesti terus dijaga sama ada di alam maya atau nyata.

jika ana salah, mohon dibetulkan,
tegur ana ya
ana sekadar berkongsi apa yang ana rasakan kini.

moga Allah redha dengan perkongsian ini

insyaAllah
amin~

Ittaqullah..!!


Seorang gadis kecil pulang dari sekolah. Setibanya di rumah, ibunya melihat anak kecilnya dirundung kesedihan. Maka ibu pun bertanya kepada puterinya itu tentang sebab kesedihannya.

Anak: “Aduhai ibuku, sesungguhnya Pengetua telah memberi amaran akan membuangku dari sekolah kerana pakaian labuh yang ku pakai.”
Ibu: “Tetapi itu adalah pakaian yang dikehendaki oleh Allah, wahai puteriku.”
Anak: “Benar, wahai ibu, akan tetapi Pengetua tidak menyukainya.”
Ibu: “Baiklah, wahai puteriku, Pengetua itu tidak menghendaki, tetapi Allah meng­hendakinya. Maka siapakah yang akan kamu taati? Adakah kamu akan mentaati Allah yang telah menciptakanmu dan membentukmu, serta yang telah mengurniakan kenikmatan kepadamu? Atau kamu akan mentaati seorang makhluk yang tidak mampu memberikan manfaat dan kebaikan kepada dirinya sendiri?”

Anak: “Sesungguhnya saya akan taat kepada Allah.”
Ibu: “Bagus, wahai puteriku, kamu tepat sekali.”

Pada hari berikutnya, gadis kecil itu pergi dengan mengenakan baju yang labuh dan menutup aurat. Tatkala Pengetua melihatnya, dia  memarahi gadis kecil itu dengan keras. Gadis kecil itu tidak mampu memikul amarah tersebut, ditambah lagi oleh pandangan rakan – rakan sekelas  yang tertumu kepadanya.

Tidak ada yang dapat dilakukan gadis itu selain  menangis. Kemudian, gadis kecil itu mengeluarkan kata-kata yang besar maknanya meskipun sedikit jumlahnya, “Demi Allah, saya tidak tahu siapa yang akan saya taati, tuan ataukah Dia?”

Pengetua itu pun bertanya, “Siapakah Dia itu?”
Anak itu menjawab, “Allah. Apakah saya harus taat kepada tuan, sehingga saya mesti memakai pakaian seperti yang tuan kehendaki, tetapi saya telah berbuat maksiat kepada-Nya.
Maaf, saya lebih takutkan Allah. Biarlah saya akan mentaatiNya sahaja dari mentaati tuan, dan apa yang terjadi biarlah terjadi.”

Gadis kecil itu bertekad untuk berpegang kuat dan taat ke­pada perintah  Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa akan tetapi adakah Pengetua  itu hanya berdiam sahaja?
Pengetua itu meminta dipanggilkan ibu si anak kecil tersebut. Apa yang Pengetua itu inginkan dari ibunya?

Maka datanglah si ibu itu…
Ibu guru berkata kepada ibu anak kecil itu, “Sesungguhnya puteri puan telah menasihatiku dengan nasihat paling besar yang pernah aku dengar di sepanjang hidupku.”

Seorang guru yang ilmunya tidak dapat menghalangnya untuk mengambil nasihat dari seorang gadis kecil yang mungkin seusia dengan cucunya

Wahai ibu-ibu muslimah, di depan anda adalah anak-anak anda. Mereka seperti adunan tepung. Anda boleh membentuknya sebagaimana yang anda kehendaki, maka bersegeralah untuk membentuk mereka dengan bentuk yang diredhai oleh Allah dan RasulNya.

Ajarkanlah solat kepada mereka
Ajarkan mereka ketaatan kepada Allah
Ajarkan mereka untuk  tetap teguh di atas kebenaran..

espre de corps