Selasa, 14 Februari 2012

rm100

-Anda di mata orang lain-

Suatu hari seorang penceramah terkenal membuka seminarnya dengan cara yang unik.
Sambil memegang wang RM100, dia bertanya kepada hadirin,

“Siapa yang nak duit ini?”.

Kelihatan ramai penonton angkat tangan menunjukkan ramai yang minat.

“Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda , tapi sebelumnya perkenankanlah saya buat ni dulu.”


Dia berdiri mendekati hadirin. Wang itu diramas-ramas dengan tangannya sehingga renyuk.
Lalu bertanya lagi,

“Siapa yang masih mahu duit ini?”
Jumlah tangan yang mengangkat tak berkurang.

“Baiklah,” jawabnya,

“Apa jadinya bila saya melakukan ini?”

Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai & melenyek-lenyekkan dgn kasutnya. Meski masih utuh, kini wang itu jadi amat kotor,lusuh dan amat renyuk.

"OK, sekarang masih ada yang berminat?”.
Tangan-tangan yang angkat ke atas masih tetap banyak.

Hadirin sekalian, Anda baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting. Apapun yang terjadi dengan wang ini, anda masih berminat kerana apa yang saya lakukan tidak akan mengurangi nilainya.

Biarpun renyuk,lusuh dan kotor, wang ini tetap bernilai RM100 juga..

Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak, dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu.

Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tak bererti.
Padahal apapun yang telah & akan terjadi, anda tidak pernah akan kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda, lebih-lebih lagi di mata Tuhan.

Jadi walau bagaimana kotor pun anda, kita masih mempunyai nilai yang tersendiri. Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa, terus berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga.

Dan jangan terlupa kita adalah makhluk Allah yang di pandang sama, hanya iman dan takwa yang membezakan kita.

komen proton

Proton Saga FLX – Enjin Mati Secara Mengejut

February 11th, 2012 -

Semalam aku mengalami pengalaman yang sama dengan Encik KHARZUL RAFI MD YAZID iaitu enjin mati secara tiba-tiba semasa sedang memandu PROTON SAGA  FLX  1.3 (CVT) pada kelajuan 150km/j. Kelajuan 150km/j itu cuma dalam tempoh 15 saat sahaja semasa sedang memotong kereta.Lampu amaran CVT menyala dan pada masa yang sama enjin mati mengejut. 

Cadangan: Pihak PROTON boleh buat dua pengesan suhu untuk unit CVT tersebut.  Pengesan suhu pertama adalah sebagai amaran kepada pemandu dengan cara memaparkan lampu amaran CVT pada suhu tertentu sebelum mencapai suhu maksimum CVT. Lampu amaran CVT dipaparkan untuk beberapa minit sebelum enjin dimatikan. Pengesan suhu kedua adalah untuk mengesan suhu maksimum ‘belt’ CVT dan mematikan enjin.

Adakan ‘cut off’ untuk ‘top speed’ kereta PROTON SAGA FLX 1.3 (CVT) pada kelajuan 14okm/j. Diharap pihak PROTON yang LEBIH ARIF dengan perkara ini boleh menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin. By: MimiTaro 


Kerosakan Enjin CVT Saga FLX

December 30th, 2011 
Saya baru membeli proton saga flx pada 26 November 2011 di Bayangan Dinamik SB di Bandar Baru Bangi, yang merupakan pengedar sah PROTON. Kenderaan ini merupakan kenderaan utama untuk saya berulang alik ke pejabat di Putrajaya. Tetapi saya merasa sangat kecewa dan hampa apabila belumpun sampai 2 minggu kereta ini mempunyai masalah.
Berikut adalah kronologi pembelian kereta ini:  

26 November 2011 – Menerima kereta daripada wakil pengedar Bayangan Dinamik Sdn. Bhd., Bandar Baru Bangi. 3 Disember 2011 – Sedang dalam perjalanan ke kedai buku di Alam Damai, kereta ini telah menunjukkan tanda amaran kegagalan CVT. Saya bersama anak-anak hampir menemui kemalangan kerana kereta tidak mempunyai pick-up langsung. Telah menghubungi dealer dan menyuruh rujuk kepada manual. Dalam keadaan panik, suami telah menelefon talian 1-800-888-398 untuk meminta bantuan. Berjaya pulang kerumah dengan keadaan kereta yang membahayakan.

9 Disember 2011 – Amaran CVT menyala lagi, semasa dalam perjalanan pulang daripada solat jumaat jam 2.30 petang di lebuhraya SILK Balakong. Hampir dilanggar oleh kereta lain, kerana secara tiba-tiba kereta bergerak perlahan. Sekali lagi menelefon talian bantuan kerosakan. Dinasihati untuk berhenti seketika. Sampai dirumah telefon semula bantuan kerosakan, bantuan lori towing hanya sampai jam 4.30 petang dan membawa kenderaan ke pusat servis di cheras. Menelefon pusat servis bertanya bila kereta akan dibaiki dan dimaklumkan kereta hanya akan dibaiki pada minggu berikutnya kerana 10 Disember 2011 (Sabtu) hanya menjalankan servis kereta yang biasa sahaja.

12 Disember 2011 – Telah menelefon pusat servis dan dimaklumkan kereta akan disiapkan pada hari itu. Setelah menunggu hingga petang, sekali lagi dimaklumkan kereta tidak dapat disiapkan.

13 Disember 2011 – Kereta telah diambil daripada pusat servis tanpa memberi apa-apa penerangan mengenai pemasalahan yang dihadapi.  

24 Disember 2011 – Jam 9.30 pagi menghantar kereta ke pusat servis yang sama untuk servis 1,000km pertama. Jam 12.45 kereta baru disiapkan. Mengharapkan kereta dalam keadaan baik selepas menukar engine oil, oil filter, gasket drain plug dan magnetrap.

25 Disember 2011 – Jam 2.00 petang ketika hendak keluar bersama keluarga ke kenduri kahwin, lampu amaran CVT bernyala lagi. Dalam keadaan keadaan jalanraya yang sibuk, terpaksa memberhentikan kereta dan ini sangat membahayakan keluarga saya yang berada didalam kereta ketika itu. Telefon semula bantuan hotline, tetapi jawapan yang sama diterima.

Telah bercakap dengan salah seorang pekerja di talian bebas tol i-care dan mengadu masalah yang dihadapi, dinasihatkan untuk menghubungi proton i-care. Dengan keadaan yang telah berlaku ini, saya merasa SANGAT KECEWA, HAMPA DAN SUDAH TAWAR HATI. Inikah yang dikatakan MALAYSIA’S LEADING MANUFACTURER?? 

Diharap pihak PROTON menghubungi saya bagi menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi ini. Disebabkan masalah ini, saya terpaksa menyewa kereta untuk pergi bercuti kerana semuanya telah dirancang tetapi lain yang berlaku, kegembiraan menerima kereta baru hanyalah seminggu, selepas itu saya menanggung kesusahan dan penyesalan yang amat sangat dengan PROTON. 

Saya memberi tempoh dua (2) minggu dari tarikh e-mail ini utnuk pihak PROTON mengambil inisiatif menyelesaikan masalah saya. 

By: KHARZUL RAFI MD YAZID


Proton Persona baru mengalami masalah ECU Box
February 12th, 2012  

Saya bekerja di Pulau Pinang. Pada 9hb jun 2010 saya telah membeli kereta proton persona elegent 1.6 manual di sebuah syarikat panjualan kereta di negeri ini dengan harga 53k. Pada 1hb ogos 2010 saya memandu kereta tersebut ke pahang. Pada pagi 5hb ogos 2010, saya ingin memulakan perjalanan ke Pulau Pinang semula tiba-tiba kereta saya mengalami masalah

Timing turun naik sedangkan pada waktu itu saya tidak menekan pedal minyak. Saya hantar kereta saya ke pusat service proton di Bandar Maran untuk di periksa. Pekerja pusat service buat pemeriksaan terhadap kereta saya dan mendapati terdapat masalah pada ECU Box.
Saya bertanya pada kerani di pusat proton tersebut kenapa kereta saya mngalami masalah ecu box sedangkan kereta tu baru sahaja di beli. Kerani menerangkan pada saya, kereta proton persona elegent yang bernombor casis macam kereta saya dan ke bawah memang akan mengalami masalah ecu box. 

Persoalannya, kenapa saya tidak diberitahu tentang perkara ini semasa saya hendak membeli kereta tersebut? Apa hak saya sebagai pengguna? Kenapa selepas kereta tersebut mengalami kerosakan baru maklumat ini sampai kepada saya? Itu pun selepas di tanya. Sedangkan rekod sudah ada yang mengatakan kereta saya akan mengalami masalah.

Bagaimana kalau semasa saya memandu dalam kelajuan tertentu dan kereta saya mengalami masalah tersebut? Nasib baik kejadian itu terjadi semasa saya baru hendak memulakan perjalanan. Adakah kereta buatan malaysia yang di pasarkan dalam malaysia sendiri tidak berkualiti? Saya sebagai pengguna rasa tertipu. Harap pihak yang bertanggungjawab tolong ambil serius perkara ini. Jangan bila sudah ada nyawa yang melayang di sebabkan kesilapan proton, baru nak ambil tindakan. 

By: roshidi 


Kerosakan serius pada Proton Persona
January 16th, 2012 

Di sini saya ingin melahirkan rasa tidak puas hati yang amat-amat sangat kepada Proton dan seluruh pihak yang berkenaan. Untuk pengetahuan, saya baru sahaja membeli Proton Persona H-Line (full spec) tapi setelah saya membeli kenderaan tersebut, hanya beberapa kali sahaja dapat digunakan. 

1700 km : Kerosakan pertama telah berlaku dimana kenderaan telah mengeluarkan pelbagai bunyian serta keroasakan pada brek dan penjimatan minyak. Hasilnya, terpaksa tinggal beberapa hari dengan penyelesaian yang diberikan kononnya kereta lain pun mengalami masalah yang sama. Juga telah ditipu oleh Pusat Servis Mutiara Damansara (3S center kononya yang perkhidmatan macam hampas) kononnya telah menukar dashboard tapi sebenarnya tidak. 

3400 km : Kerosakan sama berulang kembali dan sekali lagi menghantar ke Pusat Servis Mutiara Damansara (3S center kononnya). dapat kembali kereta dengan masalah lain pula yang timbul dan ruang dalaman kenderaan bercalar teruk. 

8100 km : Kerosakan sama berulang kembali beserta dengan kerosakan baru lagi yang muncul dan tidak dibaiki tetapi ditipu kononnya dibaiki. 

10000 km : Hantar lagi ke Pusat Servis Mutiara Damansara untuk tukar dashboard serta barang yang bercalar beserta dengan timbul juga masalah baru. Boleh dikatakan sepanjang proses menghantar ke pusat servis mutiara damansara, perkhidmatan cukup-cukup mengecewakan dan masing-masing seolah melepas tangan. Tidak lag masuk terpaksa tinggal kereta sehingga kadang-kadang 4 hari untuk baiki. Berikutan daripada masalah ini, saya telah membuat laporan kepada banyak pihak dan masing-masing lepas tangan.

Telah menelefon kononnya Branch Manager Mutiara Damansara tapi tinggal harapan palsu kerana mereka ini takkan panggil balik customer. kalau saya call pun untuk beberapa kali tiada jawapan. Saya juga telah membuat aduan kepada pihak-pihak yang berkenaan yang kononnnya membela pengguna pun sama juga tidak melayan. 

Antaranya saya telah membuat aduan kepada NCC, jawapan yang diberikan asyik sedang memproses aduan tanpa ada apa-apa jawapan daripada mereka selepas itu. Juga telah membuat aduan kepada KPDNKK juga cukup mengecewakan kerana katanya hanya boleh menerima aduan tapi tidak boleh mengambil apa-apa tindakan. 

Yang paling mengecewakan ialah merujuk kepada Tribunal Pengguna dan jawapan yang diberikan tidak dapat menolong kerana nilai harga kenderaan itu sendiri. Saya cuba meminta nasihat daripada mereka namun jawapan yang diberikan adalah sama ditambah lagi “kalau encik nak ambil tindakan pergilah cari peguam, masuk mahkamah”. 

Sekarang saya tidak tahu lagi kemana harus untuk mengadu seolah-olah pengguna tiada kuasa langsung. Dimana hak kami? Cuba bayangkan lah, saya terpaksa bayar bulanan untuk benda yang saya tidak guna. Dimanakah Proton yang cakap berapi kononnya nak berikan perkhidmatan yang terbaik? Kerana kereta sayan yang bermasalah, terus aduan saya tidak dilayan dan dibakul sampahkan. 

By: kamal

Isnin, 13 Februari 2012

Cinta

Lelaki ini adalah seorang raja.  Pemerintah selepas Khalifah Ali bin Abu Talib…Hatinya bergetar dan ia tahu dia telah jatuh cinta.. Pada seorang muslimah solehah, iaitu rakyatnya sendiri

Tiada ada yang istimewa pada wanita itu dari segi kecantikannya. Namun itu lah yang membuatnya jatuh cinta.

Maka dengan kekuasaanya ia menikahi wanita itu…

Tapi dia tidak tahu yang dia tak pernah mampu menikahi hati wanita itu.

Wanita itu telah melatakan hatinya pada pemuda desanya….

Hingga di keheningan malam di 1/3 terakhir, terdengarlah olehnya bait-bait puisi dalam lantunan doa…. Tentang kerinduannya pada pemuda desa itu…

Dia sedar. Ini adalah deklarasi jiwa isterinya. “Aku Tak Mencintaimu”

Maka dengan berat hati. Dia menceraikan isterinya.

Lelaki ini adalah Muawiyyah bin Abu Sufyan. Duta pertama dari Rasulullah SAW yang datang dan melaporkan keadaan Kepulauan Nusantara kepada Nabi SAW

Cinta memang tak harus memiliki



Lelaki ini adalah ideologi Ikhwanul Muslimin. Orang nombor dua yang sangat berpengaruh setelah Hasan Al-Banna, pada harakah itu..

Ia adalah lelaki soleh.

Dulu dia pernah jatuh cinta pada gadis desanya. Namun gadis desa itu menikah.. 3 tahun setelah lelaki ini pergi belajar ke luar negeri untuk belajar. Hal ini membuat ia sedih namun ia tidak mahu larut dalam kesedihannya.

Kisah cintanya mulai dari awal lagi. Ia kemudian jatuh hati pada wanita Cairo. Meskipun tidak terlalu cantik, ia tertarik pada gelombang unik yang keluar dari sorot mata wanita tersebut.

Tapi pengakuan bahawa gadis tersebut pernah menjalin cinta dengan lelaki lain, membuat runtuh cinta lelaki ini.

Ia hanya ingin wanita yang benar-benar perawan, baik fizikal mahupun hatinya. Akhirnya ia membatalkan niatnya menikahi gadis tersebut. Hal ini membuat lelaki itu sedih cukup lama….

Sampai kemudian ia putuskan untuk menerima kembali wanita tersebut. Namun apa yang terjadi? Ditolak. Inilah yang kemudian membuat lelaki itu menulis roman-roman kesedihannya.

Yang luar biasa adalah, lelaki ini sedar dirinya berada dalam alam realiti. Bukan dalam dunia ideal yang indah dan ideal.

Kalau cinta tidak mahu menerimanya, biarlah ia mencari sumber kekuatan lain yang lebih hebat dari cinta. “Allah”.

Kekuatan itulah yang kemudian membawanya ke penjara selama 15 tahun. Menulis karya agungya Tafsir “Fi Zilaalil Qur’an”

Dan syahid di tiang gantungan.

Sendiri!!!

Tidak ada air mata,  tidak ada sentuhan wanita. Benar-benar sendirian!!

Lelaki ini adalah Sayyid Qutb.

Lelaki yang Allah Maha Tahu… Bahawa dirinya lebih dihajatkan langit… Daripada wanita bumi….

Cinta memang tak harus memiliki…


Lelaki ini adalah think tank di dalam Perang Khandaq.

Di Madinah, seorang muslimah telah mengambil hatinya…

Bukan sebagai kekasih..tetapi sebagai pilihan hati.

Pilihan menurut perasaan yang halus dan suci..pilihan untuk dinikahinya.

Tetapi Madinah adalah tempat yang asing baginya.  Madinah memiliki adat, bahasa, dan wajah-wajah yang belum begitu dikenalinya.  Pemuda itu berfikir, melamar seorang gadis tempatan tentu menjadi urusan yang pelik bagi seorang pendatang.

Mestilah perlu ada seorang yang akrab dengan tradisi di Madinah berbicara untuknya dalam khithbah…

Maka pemuda ini menyampaikan isi hatinya kepada sahabat Ansar yang dipersaudarakan kepadanya, Abu Dharda’.

“Subhanallah, walhamdulillah ..”, girang Abu Dharda’ mendengarnya.

Maka setelah dilakukan segala persiapan, beriringanlah kedua sahabat itu menuju ke sebuah rumah di penjuru kota Madinah.

Rumah seorang wanita yang solehah lagi bertaqwa.

“Saya adalah Abu Dharda’ dan ini adalah saudara saya, Salman seorang Parsi.  Allah telah memuliakannya dengan Islam dan dia juga telah memuliakan Islam dengan amal dan jihadnya.  Dia memiliki kedudukan yang utama di sisi Rasulullah SAW, sehingga baginda menyebut beliau sebagai ahli baitnya.  Saya datang untuk mewakilisaudara saya ini melamar puteri anda untuk disunting”, fasih Abu Dharda’ menutur bicaranya.

“Adalah satu penghormatan bagi kami menerima anda berdua, sahabat Rasulullah yang mulia.  Dan adalah penghormatan bagi keluarga ini bermenantukan seorang sahabat Rasulullah yang utama.  Akan tetapi hak menerima ini sepenuhnya saya serahkan pada puteri kami”.  Tuan rumah memberi isyarat ke arah hijab yang di belakangnya sang puteri menanti dengan penuh debaran.

“Maafkan kami kerana terpaksa berterus terang”, kata suara lembut itu.  Ternyata sang ibu yang berbicara mewakili puterinya.  “Tetapi kerana anda berdua yang datang, maka dengan mengharap redha Allah saya menjawab bahawa puteri kami menolak pinangan Salman.  Namun jika Abu Dharda’ juga memiliki urusan yang sama, maka puteri kami telah menerima pinangan itu.”

Jelas sekali.  Sikap terus terang yang begitu mengejutkan, ironi dan indah! Sang puteri lebih tertarik kepada pengantar daripada pelamarnya!

Ya, memang mengejutkan dan ironi.  Apa yang indahnya?? Yang indahnya adalah reaksi Salman.  Bayagkan sebuah perasaan, di mana cinta dan persaudaraan bergejolak berebut tempat di dalam hati.

“Allahu Akbar!!” seru Salman.  “Semua mahar dan nafkah yang telah ku sediakan akan aku serahkan kepada Abu Dharda’, dan aku akan menjadi saksi pernikahan kalian!”

Cinta memang tak harus memiliki…



Bila Rindu


“Awak padan betul dengan lelaki tu. Diapun macam sukakan awak,”

... “Astargfirullah!Bantulah saya jaga hati. Boleh kita cakap soal studi?”

“Kenapa bila saya sebut namanya, awak istighfar? Awak mesti anggap ini zina hati. Awak mesti anggap ini berdosa. Awak mendosakan diri dengan apa yang bukan dosa?”

“Saya yang anggap atau awak yang anggap? Sering kali kita dianggap dengan apa yang tidak kita maksudkan.”

“Tapi, betul tak awak anggap ia zina hati?”

“Hati kita perlu dijaga bukan sahaja daripada zina hati bahkan daripada perkara yang menghampirinya.”

“Hatipun ada dosa?”

“Jika awak tanya dari sudut feqah, feqah tidak cover soal hati. Feqah soal amalan zahir yang nampak sahaja. Tapi jika awak tanya dari sudut akhlak, tasauf dan tauhid, ia sangat erat dengan soal hati.”

“Hah? Patutlah ada orang titik beratkan soal amalan luaran sahaja, bukan soal hati.”

“Perlaksanaan hukum feqah yang ideal sepatutnya tidak terpisah daripada tasauf dan tauhid. Mengambil kira akidah, akhlak dan syariah.”

“Apa dosa hati?”

“Banyak penyakit seperti ghaflah (lalai), ujub, riyak, takbur dan lain-lain yang senang singgah pada hati. Hati kita ibarat raja. Jika baik raja, baiklah rakyatnya berupa tangan, kaki, telinga dan mata. Para sahabat seperti Hanzalah sensitif menjaga hati hingga menganggap diri munafik walhal tidak. Kita pula bagaimana?”

“Awak tu, sikit-sikit istighfar.”

“Istighfar saya terlalu sedikit jika nak dibandingkan dengan istighfar Rasulullah. Padahal, baginda ma’sum dan saya tidak ma’sum.”

"Istighfar istighfar ni, macam haram dan berdosa je benda tu,"

"Istighfar bukan saja untuk menghapus dosa. Ia zikrullah. Tanda tunduknya hati, jiwa dan fikiran kepada Allah.Bersabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam: “Alangkah beruntungnya sesiapa yang mendapati di dalam lembarannya (amalannya), bahawa amal istighfar (nya) begitu banyak.” (Hadis riwayat Ibnu Majah). Banyak lagi fadilat istighfar dalam al-Quran dan hadis."

“Bila saya gurau-gurau gosip awak, saya sudah lalaikan awak? Apa hukumnya?”

“Ini bukan soal hukum feqah. Ini soal menjaga hubungan kita dengan Allah. Kena banyak cakap hal berfaedah. Kena sebut-sebut tentang Allah. Kena lazimi zikir dan fikir.”

“Bila saya sebut pasal dia, awak jadi teringat-ingat? Jika teringat itupun sudah termasuk zina hati?”

“Saya tidak cakap soal situasi mana termasuk dalam bab zina hati dan situasi mana yang tidak. Itu tidak membina amal. Saya cakap soal bagaimana kita nak uruskan hati apabila diuji fitrah rindu kepada bukan mahram.”

“Menguruskan fitrah?”

“Ya, fitrah itu sekelip mata boleh bertukar menjadi fitnah. Fitrah rindu boleh bertukar menjadi fitnah sobwah (rindu yang cenderung kepada kebodohan). Sebab itu rindu itu elok diuruskan dengan zikrullah”

“Kalau betulpun hati awak sedang terfitnah, alah dosa kecil sahaja.”

“Ia bukan soal dosa kecil atau dosa besar. Ia soal dengan siapa kita berdosa,”

Aisyah RA

Lelaki ini adalah Khalifah ke empat, setelah Usman bin Affan…Dia memandang seorang budak perempuan. Di pelataran rumah seorang sahabatnya…‘Aisyah binti Thalhah, nama gadis itu…

Maka teringatlah kembali kenangan tentang sahabatnya itu ….Thalhah..

Thalhah lah lelaki yang mengatakan pada perang Uhud..“Khudz bidaamii hadzal yauum, hattaa tardhaa…”.“ Ya Allah, ambil darahku hari ini sekehendakMu hingga Engkau redha.” Tombak, pedang, dan panah yang menyerpih tubuh dibiarkannya, dipeluknya badan sang Nabi seolah tak rela seujung bulu pun terkena.

Tapi ia juga yang membuat Arasy Allah bergetar dengan perkataannya. Maka Allah menurunkan firmanNya kepada Sang Nabi dalam ayat 53 surat Al Ahzab.

Ini di sebabkan ketika Thalhah berbincang dengan ‘Aisyah, isteri sang Nabi, yang masih terhitung sepupunya.

Rasulullah datang, dan wajah beliau seperti tidak suka.

Dengan isyarat, baginda SAW meminta ‘Aisyah masuk ke dalam bilik.

Wajah Thalhah merah. Ia undur diri bersama gumam dalam hati, “Beliau melarangku berbincang dengan ‘Aisyah. Tunggu saja, jika beliau telah diwafatkan Allah, takkan kubiarkan orang lain mendahuluiku melamar ‘Aisyah.”

Maka bergetarlah langit..“Dan apabila kalian meminta suatu hajat kepada isteri Nabi itu, maka mintalah pada mereka dari balik hijab. Demikian itu lebih suci bagi hati kalian dan hati mereka. Kalian tiada boleh menyakiti Rasulullah dan tidak boleh menikahi isteri-isterinya sesudah wafatnya selama-lamanya.”(QS Al Azhab 53)

Ketika ayat itu dibacakan padanya, Thalhah menangis. Dia lalu memerdekakan hambanya, menyumbangkan 10 untanya untuk jalan Allah, dan menunaikan haji dengan berjalan kaki sebagai taubat dari ucapannya.

Kelak, tetap dengan penuh cinta dinamainya putri kecil yang disayanginya dengan nama ‘Aisyah.‘Aisyah binti Thalhah. Wanita jelita yang kelak menjadi permata zamannya dengan kecantikan, kecerdasan, dan kecemerlangannya. Persis seperti ‘Aisyah binti Abu Bakar yang pernah dicintai Thalhah.

Cinta memang tak harus memiliki…

Pada Salman..

Pada Mu’awiyyah

Pada Sayyid Qutb

Pada Thalhah

Kita belajar bahawa cinta itu harus diletakkan di tangan, bukan di hati kerana sebelum akad diucapkan, tidak ada hak pada dirimu manusia yang engkau cintai itu..

Semoga Allah memberikan gantinya yang lebih baik.. Lebih dari segala-galanya