Hmm, sedar tak sedar dah dekat setahun kejadian Tsunami yang besar berlaku di Jepun kan? banyak kemusnahan dan kematian yang berlaku semasa Tsunami ni. Tapi itu cerita tahun lepas, mari kita tengok Jepun pada masa sekarang yang pernah terjejas teruk semasa Tsunami besar ini.. check it out ~
بِســمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم اللهم اِنا نَجْعَلُك فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك يا قهَّار , يا جبَّار اِهزِم الكفارYa Allah, Kami guru kimi-A! SPM seMalaysia sesi 2023 mdoakan keCEMERLANGan anak didik kami dlm kimi-A! SPM skor A+ utk semua PELAJAR. امين. Salam kimi-A! itu M U D A H ان شآء الله A! ...Chem-is- TRY اهلا وسهلارمضان 1446
Ahad, 4 Mac 2012
Tsunami
Sejarah
Hari ini 3 Mac 2012.88 tahun yang lalu bersamaan 3 Mac 1924 telah berlaku suatu peristiwa hitam yang meragut segala-galanya iaitu Khilafah Islam daulah Usmaniah ditumbangkan oleh kufar British melalui ejennya Mustafa Kamal laknatullah.Institusi Khilafah yg pernah memayungi umat selama 1342 tahun telah lenyap dari peta dunia.Tiada lagi undang-undang berasaskan Kitabullah & sunnah Rasul melainkan diganti dengan undang-undang penjajah.Empayar Islam Ustmaniah yg melebar dari Andalusia(Sepanyol) ke Nusantara merentasi 3benua,Asia,Afrika & Eropah dipecah-pecahkan menjadi negara bangsa seperti yg ada pd hari ini.Sejak itu puak kufar menanamkn Nasionalisme supaya kaum Muslimin mencintai negara bangsa masing-masing & memberi demokrasi serta undang-undang yg di asaskn Lord Reid sbg undang-undang tertinggi negara.Sungguh ini sebuah malapetaka bg seluruh kaum Muslimin sejak runtuhnya daulah Khilafah.Hingga ke hari ni kaum Muslimin berpecah belah kerana demokrasi sedangkan kita pernah mempunyai sebuah negara besar & hidup aman tanpa bercakaran sesama sendiri.Puak kufar telah berjaya menjauhkan kaum Muslimin dengan al-Quran & sunnah dengan memasukkan sekularisme,kapitalisme serta hedonisme adalah tujuan utama dlm kehidupan.Kaum Muslimin pd hari ini semakin jauh dengan pemahaman sistem Khilafah Islam & menjadi penentang sistem dari wahyu ini sedangkan sejak zaman Rasulullah s.a.w sehingga 3 Mac 1924,sistem dari wahyu ini menjaga umat dengan kedamaian & kemakmuran sehingga menjadi negara super power yg di takuti oleh org2 kafir.
Inilah tugas kita wahai kaum Muslimin yg mempunyai kesedaran & hati nurani ! Perjuangan ini tidak pernah & tidak akan berhenti sehingga tegak kembali Khilafah Islam.Kita sudah muak dengan sistem taghut yg ada pd hari ini yg sentiasa menindas umat.Hak-hak rakyat di rompak di depan mata.Cukai-cukai yg sama sekali haram disisi Islam di kenakan keatas kita.Gejala sosial yg berleluasa tidak pernah surut malah para pnguasa tagut memperbanyakkan pusat2 maksiat.Malapetaka apakah ini? Inilah kesan sejak keruntuhan daulah Islam 3 Mac 1924 tp kebanyakan mereka tidak mengetahui...
Inilah tugas kita wahai kaum Muslimin yg mempunyai kesedaran & hati nurani ! Perjuangan ini tidak pernah & tidak akan berhenti sehingga tegak kembali Khilafah Islam.Kita sudah muak dengan sistem taghut yg ada pd hari ini yg sentiasa menindas umat.Hak-hak rakyat di rompak di depan mata.Cukai-cukai yg sama sekali haram disisi Islam di kenakan keatas kita.Gejala sosial yg berleluasa tidak pernah surut malah para pnguasa tagut memperbanyakkan pusat2 maksiat.Malapetaka apakah ini? Inilah kesan sejak keruntuhan daulah Islam 3 Mac 1924 tp kebanyakan mereka tidak mengetahui...
Jumaat, 2 Mac 2012
Ranting kecil
Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai. Sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu' sambil menangis.
Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata,
"Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?"
Maka berkata anak kecil itu,
"Wahai pakcik saya telah membaca ayat al-Qur'an sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi,
"Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum" yang bermaksud,
"Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu.
"Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka.."
Berkata orang tua itu,
"Wahai anak, janganlah kamu takut.
Sesungguhnya kamu terpelihara & kamu tidak akan dimasukkan ke dalm api neraka."
Berkata anak kecil itu,
"Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal.
Tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar.
Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa."
Berkata orang tua itu, sambil menangis,
"Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa.
Maka bagaimanakah keadaan kami nanti?"
Didik nilai
Mohammad Fazril Mohd Saleh, |
Pendidikan di Malaysia tidak pernah lari daripada krisis. Pelbagai masalah menimpa; keberkesanan sistem pembelajaran dipersoalkan, sistem peperiksaan dikatakan menjadi punca tekanan, masalah keboleh-pasaran graduan universiti, rasuah pensyarah, isu PPSMI, isu PTPTN, isu kebebasan akademik, AUKU yang dikatakan mengongkong mahasiswa, isu plagiarisme dan banyak lagi. Ironinya, tidak sedikit tindakan daripada pihak berwajib untuk menyelesaikan masalah-masalah tersebut, namun tetap tidak dapat diselesaikan, malahan saban hari semakin banyak masalah menimpa.
Yang pasti, tindakan penyelesaian masalah harus difikirkan secara mendalam. Yang seharusnya diselesaikan itu akar permasalahan, bukan gejala daripada masalah. Mungkin yang patut diselesaikan itu cuma 20% daripada punca masalah keseluruhan. Dengan 20% akar permasalahan yang selesai ini bakal menyelesaikan 80% kesan masalah yang lain seperti yang digariskan dalam Prinsip Pareto.
Justeru, bagi penulis, perkara utama yang harus diselesaikan dalam konteks pendidikan negara ialah ‘kembali memahami makna pendidikan yang sebenar’ dan ‘kembalikan semula nilai pendidikan’.
Krisis Pendidikan Negara
Fareed Zakaria dalam makalahnya bertajuk ‘The Education of a President: Harvard’s new leader is right to try to raise standards–but he needs to do it for everyone’, menyinggung akan permasalahan ini dengan meyatakan salah satu daripada tragedi pendidikan moden di Amerika ialah penukaran presiden universiti (college president) daripada intellectual kepada para birokrat. Persoalannya, apakah birokrat yang diangkat menjadi presiden universiti ini memahami falsafah pendidikan dan roh university?
Mengulas kenyataan Fareed Zakaria ini, Siddiq Fadzil tanpa berlapik lagi melampiaskan fenomena “one of the minor tragedies” yang berlaku dalam sistem pendidikan tinggi Amerika ini ke atas Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia lewat pertanyaan, “tidakkah kita juga menyaksikan gejala semakin memudarnya wibawa kesarjanaan pimpinan IPT? Warga IPT rata-rata tidak lagi berasa bernaung di bawah naungan teduh seorang sarjana besar, sebaliknya lebih berasa berada di bawah arahan CEO sebuah syarikat. Apakah ini bukan sejenis minor tragedy juga?”
Montimer J. Adler, dalam pengalamannya sebagai seorang ahli akademik terkemuka turut melahirkan keluhan beliau terhadap ‘pendidikan’ dan ‘persekolahan’ lewat tulisan beliau berjudul Schooling Is Not Education dan menyatakan sepanjang 40 tahun pengalamannya sebagai pendidik dan ahli akademik, beliau membuat kesimpulan bahawa tiada seorang pun yang telah dan boleh dididik di sekolah atau kolej.
Naib Chanselor UTM, Profesor Dato’ Ir. Dr. Zaini Ujang (2009) dalam mengungkapkan perkembangan disiplin ilmu di universiti mengakui akan tuntutan dan pengaruh kuat pasaran semasa. Ini mengakibatkan disiplin ilmu asas seperti falsafah, teologi, sejarah, matematik, kimia, ilmu wahyu, sains kemanusiaan dan kajian bahasa tidak begitu mendapat sambutan dalam kalangan calon mahasiswa berbanding jurusan-jurusan seperti sains gunaan, multimedia dan teknologi. Sebab utama – tuntutan pasaran kerja.
Beliau menambah: “sesuai dengan kefahaman serta kefahaman itulah maka falsafah, nilai, gagasan serta peranan university juga berubah mengikut keperluan pasaran kerja, khususnya daripada perspektif ilmu moden…. Kenyataannya, ketika ini ilmu falsafah yang satu ketika dahulu menjadi ‘ilmu wajib’ sudah hilang peranan dan kepentingannya dari perspektif calon mahasiswa. Disiplin ilmu yang lebih diberi keutamaan ketika ini ialah ilmu sains dan sastera gunaan serta teknologi.”.
Walaupun tampak perkembangan dan pertumbuhan IPT di Malaysia semakin pesat, namun kepesatan pertumbuhan IPT ini sebenarnya tidak layak menjadi indikator keberdayaan universiti melahirkan graduan yang tercerah dan cerdas, yang diharapkan menjadi the enlightened group, sebaliknya kelumpuhan berlaku meranapkan idea universiti sebagai simbol wibawa keintelektualan dan pencerahan pemikiran.
Sehubungan itu, apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan ‘pendidikan’?
Makna Pendidikan dan Persoalannya
Secara umum, pendidikan bermaksud ‘suatu proses menerapkan/menyuntik sesuatu terhadap manusia’ (a process of instilling something into human being). Berdasarkan definisi ini, ‘suatu proses menerapkan/menyuntik’ (a process of instilling) merujuk kepada kaedah atau metodologi dan sistem penyaluran pendidikan (mekanisme). Manakala, ‘sesuatu’ (something) pula merujuk kepada kandungan dan bahan yang ingin dimasukkan dan manusia (human being) merupakan penerima proses dan kandungan. Maka, pendidikan mengandungi tiga unsur fundamental sepertimana yang dihuraikan tadi iaitu: (1) proses, (2) kandungan, (3) penerima. (rujuk Syed Muhammad Naquib al-Attas, The Concept of Education in Islam: A Framework for An Islamic Philosophy of Education, (Kuala Lumpur: ISTAC, 1999)).
Persoalannya, bagaimana pendidikan sebagai proses penyaluran ilmu kepada manusia berlaku? Apa kandungan ataupun ilmu yang diajarkan? Apa tujuan pendidikan? Apa hasil yang bakal dikecapi oleh penerima kandungan melalui proses pendidikan itu? Melihat suasana institusi pendidikan dewasa ini, juga graduannya menimbulkan lebih banyak persoalan. Apakah pendidikan hanya sebagai alat untuk mendapatkan profesyen yang baik? Apakah matlamat institusi pendidikan yang sebenarnya, mendidik atau mengaut keuntungan? Realiti pendidikan hari ini mungkin telah tersasar dengan keperluan insan dan tujuan asal pendidikan. Pendidikan hari ini merupakan pendidikan yang telah di’komoditi’kan, di’komersialisasi’kan dan di’politisasi’kan.
Siddiq Fadzil (2009) dalam kritikannya terhadap pendidikan tinggi masa kini menyatakan:
“Masalah yang kita hadapi sebenarnya bukan hanya kelesuan IPT, tetapi dunia pendidikan keseluruhannya sedang ditimpa krisis. Sistem pendidikan di pelbagai rantau dunia ketika ini sedang dipersoalkan dari pelbagai sudut. Ada yang mempersoalkannya dari segi biayanya yang terlalu tinggi melewati batas jangkauan majoriti rakyat. Akibat komersialisasi yang bermotif mengaut keuntungan, rakyat harus membayar mahal sedang kualitinya belum pasti. Dengan ketiadaan biasiswa dan bantuan yang mencukupi biaya pendidikan terbeban sepenuhnya di bahu ibu-bapa. Untuk itu mereka yang kurang mampu akan terpaksa bergolok bergadai. Keadaan inilah yang meresahkan masyarakat. Di Indonesia misalnya, telah terbit buku-buku dengan judul bernada protes seperti, “Pendidikan Yang Memiskinkan” dan “Orang Miskin Dilarang Sekolah.”
Bagaimana pula dengan nasib pendidikan di negara ini? Andainya demokratisasi dan privatisasi pendidikan mahu direalisasikan oleh kerajaan, seharus kerajaan memastikan semua lapisan rakyat dapat menikmati pendidikan berkualiti dengan kos yang terjangkau. Kegagalan melaksanakan dasar ini akan mewujudkan keadaansurvival of the richest, di mana pendidikan berkualiti menjadi monopoli segelintir kaum elit.
Makna dan nilai pendidikan seharusnya menjadi suatu yang jelas bagi pemerintah, para ahli akademik dan pentadbir institusi pendidikan. Kegagalan memahami nilai pendidikan akan menjerumuskan masyarakat terpelajar ke dalam kancah kekeliruan yang akhirnya membuahkan tindakan-tindakan tanpa moral; para birokrat yang korup, penyelewengan dan salah gunakuasa, jenayah kolar putih dan sebagainya. Makna pendidikan perlu difahami dan nilai pendidikan wajar dikembalikan!
Rujukan:
1. Siddiq Fadzil, Pendidikan al-Hikmah dan Misi Pencerahan, (Kajang: Akademi Kajian Ketamadunan, Kolej Dar al-Hikmah, 2009)
2. Syed Muhammad Naquib al-Attas, Risalah Untuk Kaum Muslimin, (KL: ISTAC, 2001)
3. Fareed Zakaria, The Education of a President: Harvard’s new leader is right to try to raise standards–but he needs to do it for everyone. (Lawrence Summers) (Brief Article),http://www.encyclopedia.com/doc/1G1-81469874.html
4. Montimer J. Adler, “Schooling Is Not Education”,http://www.cooperativeindividualism.org/adler-mortimer_schooling-is-not-education.html
5. Zaini Ujang, Universiti, Kreativiti, Inovasi, (Johor: Penerbit UTM, 2009)
6. Syed Muhammad Naquib al-Attas, The Concept of Education in Islam: A Framework for An Islamic Philosophy of Education, (Kuala Lumpur: ISTAC, 1999)
Lembu mesia
Dr. Rosli bin Yaakop, | 02 Mac 2012 |
Dalam sidang akhbar pada 29 Februari 2012 di Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut, Pengerusi Badan Bertindak Peserta Felcra Kebangsaan (BAPA), Tuan Haji Razman Haji Zakaria mendedahkan pelbagai kepincangan di dalam pengurusan projek penggemukan lembu dilaksanakan Felcra yang dimulakan pada hujung tahun 2008.
Projek ini melibatkan pembinaan 17 buah kandang lembu secara berperingkat-peringkat di 17 kawasan ladang yang telah dikenalpasti. Kos kandang ialah RM300,000 sebuah, bermakna jumlahnya ialah RM5,100,000. Ia dimulakan dengan projek perintis di Seberang Perak.
Merujuk kepada potongan laporan akhbar Sinar Harian bertarikh 6 Jun 2010 yang diedarkan, tender telahpun dikeluarkan untuk pembinaan kandang berkenaan. Pada peringkat awalnya, sebanyak 2,000 ekor lembu akan dibekalkan kepada setiap ladang, bermakna, apabila semua kandang siap dibina, jumlah lembu yang diternak akan meningkat kepada 34,000 ekor, melibatkan kos – pada harga anak lembu RM400 se ekor - sebanyak RM13,600,000. Felcra Berhad memperuntukkan sebanyak RM18 juta untuk projek ini.
Dikatakan, bila dilaksanakan sepenuhnya, projek ternakan lembu ini berupaya menjana pendapatan tambahan sebanyak RM500-1,000 sebulan kepada setiap peserta Felcra yang berjumlah sekitar 92,000 itu (Petikan ucapan Datuk Tajuddin Abdul Rahman dalam potonga akhbar Utusan Malaysia bertarikh 7 Disember 2008 yang diedarkan berbunyi:
“Melalui program ini peserta Felcra diharap mampu menambah pendapatan di antara RM500 hingga RM1,000 sebulan.”) . Ini bermakna perojek ini mampu menjana jumlah pendapatan di antara RM46-92 juta sebulan atau RM552-1,104 juta setahun, amat bermakna bagi peserta Felcra yang rata-ratanya miskin.
Projek dimulakan pada awal tahun 2009 dengan pelancaran projek perintis di ladang Felcra di Seberang Perak yang dikenali sebagai Bio Valley Felcra Berhad , Seberang Perak dengan 800 ekor lembu. Namun, lawatan yang dibuat oleh Haji Razman ke tapak projek baru-baru ini mendapati hanya ada di antara 10-15 ekor lembu yang diternak di situ membayangkan status projek itu sebagai “projek gagal.”
Namun, Felcra nampaknya mendakwa projek perintisnya berjaya. Hasil dari “kejayaan” projek perintis ini, maka itulah Felcra Berhad telah melancarkan projek ternakan lembu besar-besaran pada pertengahan tahun 2010 melibatkan pembinaan 17 buah kandang di 17 buah ladang. Betulkah ladang-ladang ternak lembu ini wujud?
Potongan akhbar Harakah keluaran 16-19 November 2009 yang diedarkan melaporkan bahawa Pengerusi BAPAK ketika itu Akmaluddin Mohd. Noor telah datang ke pejabat akhbar itu mengadu bahawa tambahan pendapatan sebanyak RM500-1000 sebulan kepada 92,000 peserta Felcra selepas enam bulan projek berjalan masih belum lagi dibayar walaupun semasa pengaduan dibuat masa sudah pun berlalu sepuluh bulan.
Beliau lalu menuduh bahawa Pengerusi Felcra, Dato Tajuddin Abdul Rahman telah membuat janji yang tidak munasabah kepada peserta Felcra. Betulkah? Mari kita lihat sama ada munasabah atau tidak janji untuk menambahkan pendapatan peserta Felcra sebanyak RM500-1000 sebulan melalui projek ternakan lembu ini.
Bilangan kandang 17
Bilangan lembu setiap kandang 2,000 ekor
Jumlah lembu 34,000 ekor (17 x 2,000)
Harga anak lembu RM400 se ekor
Kos penggemukan lembu selama 6 bulan RM1,000 se ekor
Lain-lain kos selama 6 bulan RM500 se ekor
Kos menggemukkan lembu selama 6 bulan RM1900 se ekor (400 + 1,000 + 500)
Jumlah kos menggemukkan lembu selama 6 bulan RM64,600,000 (RM1,900 x 34,000)
Harga jualan lembu RM3,000 se ekor
Jumlah hasil jualan RM102,000,000 (RM3,000 x 34,000)
Keuntungan projek dalam 6 bulan RM37,400,000
Bilangan peserta 92,000
Agihan keuntungan kepada peserta (6 bulan) RM406.52 se orang
Agihan kepada perserta setiap bulan RM33.88 se bulan
Ternyata kalau bilangan lembu yang dibela hanya 2,000 ekor setiap kandang setiap bulan, cita-cita untuk menambahkan pendapatan peserta Felcra sebanyak RM500 se orang tidak akan kesampaian. Untuk menambah pendapatan peserta sebanyak RM500 se orang setiap bulan, skala projek harus jauh lebih besar. Mari kita buat perkiraaan.
Tambahan pendapatan bulanan peserta RM500 se orang sebulan
Bilangan peserta 92,000
Jumlah tambahan pendaptan bulanan RM46,000,000 sebulan
Jumlah tambahan pendaptan untuk 6 bulan RM276,000,000
Keuntungan julan lembu RM1100 se ekor
Bilangan lembu yang perlu diternak 250,909 ekor setiap enam bulan
Bilangan lembu diternak dalam setahun 501,818 ekor setahun
Untuk menjana pendapatan tambahan sebanyak RM500 bagi setiap peserta, maka setiap enam bulan secara berterusan, Felcra Agro Industries Berhad kenalah membela dan menggemukkan 250, 909 ekor lembu setiap 6 bulan. Ini adalah satu projek yang amat besar. Harga membeli anak lembu sahaja – RM400 se ekor - sudah melibatkan kos sebanyak RM100,363,600 setiap enam bulan.
Kalau dimasukkan kos penggemukkan dan lain-kos yang terlibat (jumlahnya dianggarkan RM1,900 se ekor lembu), maka kos operasi projek ini boleh mencecah RM476,727,100 se tiap enam bulan. Kalau setahun kosnya menjadi RM953,454,200. Bukankah ini satu jumlah kos yang amat besar? Ini lebih besar dari projek fidlot nasional di Gemas. Kalau peruntukan kepada projek ternakan lembu ini hanya setakat RM18 juta, maka bolehkah di ramalkan projek in sudah gagal sebaik ia bermula.
Atas asas ini maka kata-kata Akmaluddin: “Inilah yang saya katakan projek mustahil Tajuddin” adalah tepat sekali.
Juga didedahkan pada Hari Raya Korban 2009 (sekitar bulan November 2009), Felcra Agro Induaries Berhad telah menjual 45 ekor lembu kepada syarikat induknya, Felcra Berhad pada harga RM3,000 se ekor untuk ibadah korban. Jumlah kosnya RM135,000. Felcra Berhad telah meletakkan perbelanjaan itu di bawah kod alaun keraian Pengerusi Felcra Berhad. Kesemua lembu-lembu itu diagihkan kepada ahli-ahli politik UMNO-BN. Pecahannya seperti berikut:
Ahli Parlimen Batang Sadong, Sarawak 5 ekor
Ahli Parlimen Lenggong, Perak 5 ekor
Ketua Wanita UMNO, Bahagian Padang Serai 5 ekor
Ahli Parlimen Pasir Salak 30 ekor
Walau bagaimana pun, berdasarkan rekod resmi penghantaran, hanya 37 ekor lembu sahaja dihantar ke pelbagai lokasi termasuk 10 ekor ke rumah kediaman Ahli Parlimen Pasir Salak yang juga Pengerusi Felcra. Tiada bukti penghantaran telah dibuat ke Batang Sadong, Sarawak (5 ekor) dan ke Bahagian UMNO Padang Serai (5 ekor). Kalau lembu dihantar ke kedua tempat ini, jumlahnya menjadi 47 ekor sedangkan pesanan hanya 45 ekor. Ini menimbulkan keraguan: Betulkah lembu telah diagihkan sehingga ke Sarawak? Bagaimanakah ia dihantar? Dengan kapal terbangkah?
Jelas di sini bahawa harta milik seramai 92,000 peserta Felcra telah disalahgunakan oleh pemimpin politik UMNO-BN untuk kepentingan politik mereka. Yang memberi lembu korban bukan ahli politik ini tetapi 92,000 peserta Felcra. Ia adalah satu bentuk penyalahgunaan kuasa di dalam pengurusan Felcra.
Dicadangkan peserta Felcra wajar membuat aduan polis akan hal ini. Juga, disyorkan peserta Felcra pergi melawat kesemua 17 kadang lembu bagi menentukan berapa ekor lembu yang ada. Betulkah ada? Jangan-jangan ini satu lagi projek auta UMNO-BN bertujuan menyelewengkan dana pembasmian kemiskinan.
Rembau, NS
Jumaat, Mac 2012
Felcra Bela Lembu
Langgan:
Catatan (Atom)