Isnin, 16 April 2012

7 amalan :)





































Andai Kutahu....

ANDAI LELAKI TAHU ♥ Andai lelaki tahu.. Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya. Andai lelaki tahu.. Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu. 


Andai lelaki tahu.. Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi. Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat. 


Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda. Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu . 


Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai. Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya. Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan kata dia rindu dgn kamu, dia benar-benar maksudkannya. 


Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik. Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan berkata kasar, dia bukan bermaksud utk berkasar, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. 


Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda. 




Andai lelaki tahu.. Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang dapat menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. 




Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.




 ♥ SEMOGA BERMANFAAT ♥ 




Hak cipta adalah milik Allah SWT semata. Hak kita sebagai manusia adalah berlumba-lumba menyebarluaskan kata-kata kebaikan kepada seluruh umat manusia. Sungguh bahagia insan yang telah menemukan cinta sejatinya.. ibarat tasbih & benang pengikatnya. terajut menjadi satu untaian yang selalu disentuh satu demi satu oleh insan mulia yang bibirnya basah akan cinta kepada tuhanNya Semoga tulisan sederhana ini bermanfaat bagi Anda. Mohon maaf bila ada kata-kata yang kurang berkenan. Semoga kita dapat mengambil hikmah dalam setiap kejadian

peha lebam

Mungkin ramai yg anggap lebam di peha selepas bangun dari tido adalah perkara normal...mengikut ilmu perubatan...ia adalah masalah pengaliran darah...mengikut kata org2 tua...kena gigit hantu...kali ni aku nak huraikan dari sudut agama pulak...so get ready dan bersedia utk buka minda...xrugi pun klu luangkan masa nak baca kejap...

Macam biasa lah..aku dengar ceramah dari seorang ustaz yg menyentuh soal ini...ditujukan terutamanya bagi perempuan yg selalu mengalami lebam di peha ketika bangun tido...ustaz ni dah bagi petua utk mengelakkannya...sekali dengan punca yg menyebabkan ia berlaku...

Pertama sekali, ia buleh berlaku apabila pempuan mandi ketika senja..diwaktu syaitan dan jin berkeliaran dan pempuan itu mandi dalam keadaan tanpa mengenakan sebarang kain basahan...berkemungkinan pempuan yg mandi senja ni...antara pukul 6.30-7.30 dan mandi selamba rock tanpa kain basahan...akan mengalami masalah lebam peha...kerana jin suke pada pempuan ni...itu pasal time tido jin tu gigit pempuan ni...perlu igt bahawa jin2 ni pun suke pada manusia..jgn ingat manusia je ada nafsu pada pempuan...jin pun ada...so time mandi dia mengendap dan time tido dia gigit...

Yg keduanya...pempuan yg sebelum tido makan dan pegi tido tanpa basuh tangan dan mulut...yg jenis mcm ni pun ada potensi utk mendapat lebam kat peha...oleh itu...elakkan makan kat tempat tido...dan elakkan dari tidak mencuci mulut dan tangan sebelum tido...jin akan gigit pempuan ni ketika tido...

Bukan xde lelaki yg lebam peha tapi jumlahnya xbanyak berbanding dengan pempuan...kerana ia berpunca dari jin yg suke kat pempuan tu dan pempuan tu sendiri yg xmenjaga kebersihan diri...

Bagi org moden...maybe sukar nak percaya jin2 ni...almaklumlah zaman moden...kat sekolah pun xdiajar...itu pasal susah sket nak terima hakikat perkara ni ada kaitan dengan unsur2 ghaib...lebih senang anggap ianya masalah peredaran darah je...

Oleh itu bagi sape2 yg selalu lebam kat peha...igt..jgn mandi ketika senja...lepas senja xpe nak mandi pun..dan klu nak mandi tu..sila pakai kain basahan...sebelum tido cuci mulut dan cuci tangan...bacalah ape yg patut..mudah2an xde lagi lebam kat peha dan kena tindih...

Sebab kepada kejadian ini adalah suka tidur selepas Asar, suka mandi malam dan mandi dalam keadaan naked. Jin tersebut dikatakan berkenan pada orang yang terkena lebam ni. Dia akan menghalangnya dari bertemu jodoh dan kalau orang itu telah berkahwin, dia akan cuba memecah belahkan perkahwinan tersebut.

Untuk mereka yang selalu mengalaminya, ikhtiar untuk menghindarkan kejadian ni dari terus berlaku adalah mandi air perahan limau nipis selama seminggu. Ini bertujuan untuk menghilangkan bau badan kerana dipercayai jin mengenali manusia melalui bau badan.

P/s: Selamat mencuba...

Sabarlah... solat

APA yang ingin saya kongsi dan luahkan di sini adalah perkara yang hampir sama dengan laporan yang disiarkan dalam ruangan ini, baru-baru ini.
Saya salah seorang Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) sesi 2008 dan 2009 dan memohon latihan perguruan bagi GSTT untuk pengambilan Disember 2011.

Saya menghadiri sesi semakan dokumen pada 4 Oktober 2011 di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Kota Bharu.
Pada Isnin, 19 Disember 2011, keputusan pengambilan GSTT diumumkan secara dalam talian menerusi laman web www.moe.gov.my.

Apabila nama saya tiada selepas dibuat semakan, saya menghubungi Bahagian Pendidikan Guru (BPG) di Putrajaya dan diberitahu bahawa semua senarai nama yang ‘BERJAYA’ akan dikeluarkan sehingga pada Jumaat 23 Disember 2011.

Walaupun kecewa dengan layanan kurang mesra yang diterima, saya abaikan, selain diberitahu pegawai terbabit bahawa ‘pihak kami serius dan teliti dalam menjalankan tugas serta tidak main-main dalam perkara seperti ini.’ Beliau juga menyatakan saya boleh membuat rayuan jika mahu berbuat demikian.
Bimbang nama tiada dalam senarai, saya mengemukakan surat rayuan kepada BPG di Putrajaya pada 21 Disember 2011 dan menyertakan semua dokumen yang berkaitan. Tarikh tutup rayuan adalah pada hari 26 Disember 2011. Kemudian semakan dibuat sekali lagi pada Jumaat, 23 Disember 2011 dan menurut paparan berkenaan, ‘TAHNIAH, PERMOHONAN ANDA BERJAYA.’ Alangkah gembiranya saya pada ketika itu dan semua ahli keluarga turut bersama-sama meraikan kejayaan saya.

Akhirnya, saya akan dapat bergelar seorang guru yang sebenar kerana akan mendapat latihan perguruan sebaiknya seperti yang diidam-idamkan selama ini.
Saya mengambil tindakan untuk tidak mencetak slip keputusan itu kerana kebetulan berada di kampung selain di dalam slip berkenaan juga memaklumkan bahawa keputusan penempatan hanya akan diumumkan pada hari Isnin, 26 Disember 2011.

Oleh itu, saya ingin mencetaknya secara serentak dengan keputusan penempatan nanti.

Apabila keputusan penempatan diumumkan, saya dimaklumkan ‘bahawa penempatan akan diberitahu setelah mendapat kelulusan Jabatan Pelajaran Negeri’ dan seterusnya saya dipilih untuk Ambilan Kedua.

Pada 18 Januari 2012, saya menerima surat panggilan menerusi laman web sama untuk hadir ke pusat semakan dokumen bagi tujuan semakan dan pengumpulan dokumen Ambilan Disember 2011 Mod Sepenuh Masa bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terenganu, Marang, Terengganu.

Pada anggapan saya, ia adalah prosedur biasa kerana sebelum ini saya diberitahu bahawa dokumen saya tidak lengkap.

Pada hari berkenaan semuanya berjalan dengan lancar dan semua dokumen yang disertakan adalah lengkap.

Akan tetapi, pada 27 Januari 2012, melalui talian semakan untuk Ambilan Kedua, apabila semakan dibuat, alangkah terkejutnya saya melihat paparan skrin ‘HARAP MAAF, PERMOHONAN ANDA TIDAK BERJAYA.’ Saya sama sekali tidak menduga perkara sedemikian akan berlaku.

Hanya Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Seluruh dunia dirasakan gelap dan masa depan saya hancur musnah.

Bagaimana perkara seumpama ini boleh terjadi sedangkan sebelum ini saya adalah salah seorang calon yang diberitakan ‘BERJAYA.’ Saya berasakan seolah-olah nama saya dibatalkan daripada senarai yang berjaya.

Jika pihak BPG menjalankan tugas dengan ‘serius dan teliti’, saya pasti keadaan seperti ini tidak akan berlaku.

Oleh kerana Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) adalah sebuah jabatan kerajaan yang mempunyai kredibiliti yang tinggi, saya meletakkan kepercayaan penuh kepada mereka. Disebabkan kepercayaan itu jugalah saya tidak mencetak slip permohonan ‘BERJAYA’ kerana percaya pihak kementerian tidak akan ‘main-main’ dalam perkara penting seperti ini.

Saya juga tertanya-tanya bagaimana proses pemilihan dilakukan kerana kawan saya yang sama-sama mengajar di sekolah yang sama, dalam tempoh sama, berjaya, tetapi tidak bagi saya.

Jika syaratnya ditambah iaitu pemohon mestilah kumpulan yang mengajar pada 2010, kawan saya yang berjaya juga tidak mengajar pada tahun berkenaan.

Keadaan kami sama, tetapi menerima nasib yang berbeza. Ini adalah sesuatu yang tidak adil dan satu penganiayaan.

Saya menghantar dua pucuk surat kepada pihak BPG sejak Februari lalu dan yang terkini kepada Kementerian Pelajaran Malaysia bagi meminta penjelasan berkaitan perkara ini namun sehingga sekarang tiada sebarang maklum balas dan reaksi daripada mereka. LEEZ Kota Bharu

Ahad, 15 April 2012

nikah

Bernikah adalah sesuatu yang menggembirakan. 

Jarang orang tidak bergembira pada hari pernikahan mereka. 

Masakan tidak, gelaran raja sehari disandang dan dijulang. 

Bagi pasangan yang sudah lama bertunang, detik persetujuan para saksi semasa majlis pernikahan amatlah melegakan!

Kadang-kadang, keluar air mata kegembiraan dari pasangan pengantin kerana terlalu gembira telah menyempurnakan sebahagian agama dan menuruti sunnah nabi. 

Seperti mana yang disabdakan oleh Nabi SAW :

النكاح سنتى فمن رغب عن سنتى فليس منى , nikah itu adalah sunnah ku, jika sesiapa yang menolak sunnah ku, maka ia bukanlah dari golonganku.

Namun awas, jangan disangka kegembiraan menuruti sunnah nabi itu membuka jalan ke syurga semata-mata, kerana ia juga mampu mengheret kita masuk ke dalam jurang neraka yang dalam lagi menakutkan, jika ia tidak dilaksanakan seperti yang diperintahkan.

Menangis bertukar gembira

Apabila dua merpati sejoli di ijab kabulkan… maka bergembiralah kedua-dua keluarga, dan menangislah sang syaitan. 

Menangisnya sang Syaitan adalah kerana tertutupnya peluang kepadanya untuk memujuk si lelaki dan si perempuan melakukan zina.

Tapi, adakah anda menyangka syaitan yang menangis melihat dua orang yang bernikah itu akan lari merajuk membawa diri? 

Tidak sama sekali, di hadapan sana ternanti banyak lagi perangkap untuk mereka. 

Satu persatu perangkap itu mengena, dan tangisan syaitan terhenti dan diganti pula dengan ketawa yang terbahak-bahak!

Sang Syaitan ketawa kerana geli hati melihat si pasangan yang terlalu gembira hingga terlupa segala ajaran agama walaupun kedua-duanya mengaku sebagai pejuang agama. 

Habis ditolak tepi agama yang selama ini menjadi perjuangan mereka. 

Syariat diletak tepi, adat yang sesat dijulang tinggi.

Sang Syaitan gelak terbahak-bahak melihat aksi manja si isteri menyuapkan nasi ke mulut si suami yang hanya layak menjadi koleksi peribadi mereka berdua menjadi tontonan semua orang. 

Habis ditolak tepi perasaan malu. 

Malah dibanggakan pula kenangan itu dengan meng’upload’ kan pula di dalam facebook, untuk tatapan seluruh (seantero) dunia. 

Kalau boleh, biar Presiden Amerika Barrack Obama tahu dia berkahwin hari itu dan makan bersuap dengan bangga.

Sang Syaitan bertambah galak gembira ketawa melihat si suami dengan ghairah mencium kepala si isteri tanpa menghiraukan ratusan mata yang menyaksikan adegan sulit ini. 

Malah bangga pula mengulang adegan ini apabila diminta photographer upahan dari kedai yang berdekatan. 

Diulang tayang tanpa segan, walaupun si muslimah itu dahulunya terkenal sebagai seorang yang paling pemalu dalam dunia ini.

Sang Syaitan hampir pecah perut suka sambil berguling-guling dengan adegan romantik si suami dan si isteri yang bergambar di tepi pantai, atas pokok, di sawah padi, dalam air, atas katil, tepi rumah dengan pelbagai pose yang difikirkan menarik. 

Entah mana silapnya, suara lantang si suami yang beriya-iya mahu menegakkan daulah islamiah dalam liqa dan usrah yang dikendalikannya, langsung tidak berbunyi bila gambar isterinya puas di raba oleh kamera orang yang bukan mahram. 

Segala sisi bentuk isterinya habis dilapah oleh si photographer yang kemudiannya menguploadkannya di laman web untuk ditatap oleh seluruh isi dunia.

Sang Syaitan kembali suka kerana berjaya memujuk si isteri yang terkenal dengan kepakaran membimbing usrah dan tamrin serta kuat berdakwah untuk bersolek dengan tebal. 

Habis hilang prinsip bersolek hanya untuk suami yang dijajanya kesana kemari di alam kampus dahulu. 

Kening dicukur sedikit, gincu dilanyak atas bibir, eye shadow, blusher, powder, maskara dan segala macam perhiasan bertenggek di mukanya. 

Itu belum dicampur dengan minyak wangi yang menarik perhatian segala makhluk yang ada di persekitarannya. 

Bila ditanya mengapa berbuat demikian, jawapan acuh tak acuh diberikan.. mak yang suruh.

Itu belum dikira dengan majlis persandingan serta suasana majlis perkahwinan yang begitu mewah dan membazir.

Syaitan kembali tersenyum gembira.

Gembira bertukar Menyesal

Kadangkala, apabila sudah menjadi kebiasaan kita melakukan sesuatu perkara, tiba tiba datang pula satu peringatan memberitahu bahawa kebiasaan kita itu tidak benar, menyeleweng dan jauh dari panduan agama… kita akan cepat melenting, marah dan menyampah.

Apatah lagi sememangya selama ini terkenal sebagai juru dakwah yang popular. 

Berceramah pula di masjid dan surau. 

Maka pasti si juru dakwah itu segera mencari sebanyak mungkin kitab dan dalil untuk menghalalkan kebiasaan yang dia
lakukan itu. 

Ahh.. mana boleh pendakwah seperti aku ditegur, malulah aku.

Maka dicapailah pelbagai kitab mencari dalil menghalalkan perbuatannya. 

Bila tidak bertemu, dicarikan pula pendapat-pendapat yang ‘gharib/asing’ walaupun dari sumber-sumber yang tidak diyakini, asalkan mampu untuk menjadi hujah pelepas dari teguran yang diberikan.

Janganlah bersikap demikian ya akhi wa ukhti. 

Renungkan seketika majlis perkahwinan itu. 

Benarkah itu majlis yang dirahmati Allah ataupun dibenci oleh Allah?

Jawablah dengan hatimu berpandukan kepada Nas yang benar lagi sahih.

Sengaja tidak ditaburkan dalil dari Al-Quran dan As-Sunnah dalam artikel ini (walaupun dalilnya terlampau banyak) supaya anda dapat menilai dengan penuh berhati-hati majlis pernikahan itu dengan hati nuranimu yang suci itu.

Jangan sampai pada suatu hari nanti, kegembiraan yang dinikmati bertukar menjadi satu penyesalan yang tidak terperi. 

Tatkala seluruh harta, sahabat handai dan kaum keluarga tidak lagi mampu menjadi pendinding dan hujah bagi dirimu… 

Yang ada hanyalah iman yang senipis bawang itu.

Mampukah untuk menepis dosa bertimbun yang tiba kerana kealpaan mengikuti arahanNya di hari pernikahan tersebut?

Ingatlah kembali firman Allah dalam Surah Syuaara ayat ke 88 : iaitu di hari dimana tidak berguna harta dan anak-anak.

Adakah berani kita berbetah pada hari tersebut dengan hujah yang rapuh seperti mengatakan terpaksa mengikut permintaan ibu dan ayah , kaum kerabat serta sahabat handai, walaupun kita tahu permintaan untuk bersolek tebal, bersanding di hadapan orang ramai, adegan mencium, bergambar dengan posing-posing yang sulit, itu semua jauh dari panduan Islam?

Namun, jika anda yakin mampu berhujah dan memberikan alasan di hadapan Tuhan Rabbul Jalil, silakanlah melakukannya. ..

Penutup

Tugas seorang pendakwah ialah menyampaikan ilmu yang dipelajarinya untuk kembali kepada Allah. 

Tidak lebih dari itu. 

Samada perkara yang disampaikannya mampu mengubah orang yang mendengar dan membaca, itu bukannya kerja pendakwah. 

Itu kerja Allah.

Jangan pula timbul celaan dan kata nista selepas ini kepada orang yang menyampaikan seruan Islam ini, hanya kerana terkena pada batang hidung sendiri. 

Apatah lagi mengherdik dan memerli dengan kata-kata yang pedih lagi menyakitkan seperti , “Ko tak menikah lagi, bolehlah sembang. Tengok ar nanti bila ko kahwin…Macamana pula gayanya!” sambil tersenyum sinis bercampur geram.

Dan jangan pula bertindak mendoakan agar si pendakwah turut terjerumus dalam dosa yang sama supaya bila si pendakwah itu terbuat dosa yang sama, maka bolehlah diejek dan ditempik sekuat mungkin hingga di dengar seluruh penghuni dunia ” Ceh, cakap orang lebih, kau pun sama aje!” dan berlalu dengan perasaan puas dan gembira…. kerana dendamnya telah berbalas.

Sesungguhnya, Aku hanya menyampaikan peringatan dari Allah dan risalah-Nya. Dan barangsiapa yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya baginyalah neraka Jahannam, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya.

(Q 72 : 22)