Sabtu, 16 Jun 2012

fenomena UAI




Ustaz Azhar Idrus, penceramah dari Terengganu yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat khususnya remaja. Setiap kali beliau berceramah, tidak kira di mana, ribuan yang hadir.

Dahulunya Ustaz seorang gitaris dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu “band boy”. Dan sempat membuat beberapa persembahan di stadium-stadium.

Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman, Ustaz menarik diri kerana tujuannya hanya suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik bukannya untuk mencari glamour.

Ustaz yang aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada tahun 1980an. Dan menjadi rutin kelapangan masa waktu malam, Ustaz akan berbasikal meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu bersama-sama kawan-kawan. Dan ada juga yang meminta Ustaz untuk merasmikan program berbasikal.

Ustaz Azhar pernah bekerja dengan Utusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik. Selepas berkahwin seminggu pada tahun 1990, Ustaz mengambil keputusan berhenti kerja dan bekerja sebagai mencanting batik dan ketika inilah beliau mempelajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh.

Tiada alasan baginya hujan dan ribut. Beliau yang pergi mencari guru-guru agama dan belajar di rumah guru berkenaan.

Perubahan diri Ustaz ke arah menjadi seorang yang bersungguh belajar agama kerana kawan baiknya seorang ketua “Punk” menghilang diri selama 5 tahun dan apabila muncul kembali kawannya ini satu perubahan yang amat ketara daripada pemakaian dan tingkah lakunya. Tahulah Ustaz bahawa kawannya ini belajar di Patani.

Apabila melihat kehebatan kawannya ini, timbul rasa ingin menjadi sepertinya juga.

Berikut adalah butiran biodata mengenai beliau yang ditemui di beberapa blog.

# Bersekolah di Sekolah Inggeris Sultan Sulaiman Kuala Terengganu hingga Tingkatan 6.
# Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985
# Mulai belajar agama sekitar tahun 1990.
# Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun.
# Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai.

Boleh tengok video ceramah kat bawah ni yang diambil dari salah satu kuliah beliau, Ustaz Azhar Idrus cerita sendiri sejarah dan riwayat hidupnya:


Lampiran:







S: Saya masih muda, mana patut saya pilih dulu, haji atau kahwin?
Ust:Kalu kamu tengok tiang lampu nampak macam awek, wajib kahwin dulu.

S: Selepas dengar ceramah ustaz malam ini apa patut dibuat?
Ust: Balik rumah makan nasi la, tanya aku plak, mana aku tau.

S: Ular dan Kala jengking sunat dibunuh, boleh ustaz terangkan tentang haiwan ini?
Ust: Buka channel Astro "Animal Planet". Aku bukan pakar hewan.

S: Apa hukum besarkan payudara?
Ust: Adoi macam-macam, guna bahan kekal seperti silikon haram, tapi dgn cara bersenam, nak besar mana pun boleh..

S: Bolehkah bergambar bersama dengan makwe?
Ust: Boleh jika bertiga, dan bapak makwe tu duduk di tengah-tengah.

S: Apa hukum asyik teringat kekasih lama?
Ust: Ini soal hati, x berdosa sedangkan selipar jepun yang hilang pun kita teringat2

S: Ketika berwudhu' saya selalu terasa nak terkentut, tolong saya ust..
Ust: Nak kentut pun mintak tolong aku..Kentut kena tahan sendirilah.

S: Betul ke ustaz kata pakai tudung tu x wajib?
Ust: Betul, boleh tutup rambut pakai baldi asalkan x nampak..tapi tebuk sikit lubang untuk mata..

S: Di mana ustaz beli kopiah?
Ust: Mentang2 boleh tanya soalan, itupun tanya, nasib baik x tanya kat mana aku beli underwear..

Jasa Ibumu

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc6/206118_485770201439861_2071710705_n.jpg

Bila dah besar jangan jadi anak derhaka..........

Pelik



Macam mana minah ni, boleh sampai masuk longkang..



Betul ka durian ni, hampa pikir sendiri la



kalau nak solat mana mana pun boleh..



Pelik ye.basikal tak remuk , mesti basikal ni mahal..mungkin RM 30,000

Posting ni sekadar renungan sahaja..untuk kita berfikir sejenak. 

Tangan melekat


Berlaku benar dalam semua perkara adalah tuntutan Islam. Di antaranya benar dalam menguruskan harta awam. Lawannya ialah khianat atau menipu. Di zaman kita ada audit. Di zaman dahulu ada cara audit tersendiri. Tangan akan melekat kepada tangan Nabi jika ada harta yang dikhianati. Kalau ia berlaku di zaman kita, adakah tangan para pembesar, penguasa, raja, PM, para menteri kabinet, MB atau mereka yang diamanahkan menguruskan harta awam itu semuanya akan melekat? WallahuA’lam. Namun, ia tetap menjadi AMARAN dari Khaliq kepada makhluk.   (Huraian hadis ini di dalam kuliah audio riadhussalihin bilangan ke 108, 28 Nov 2011)

Daripada Abu Hurairah, katanya: Nabi SAW bersabda, bermaksud: Salah seorang dari para Nabi terdahulu berperang (ada yang mengatakan beliau adalah Yusha’ bin Nuun). Dia berkata kepada kaumnya: ‘Tidak boleh mengikutku lelaki yang baharu berkahwin dan belum bersatu, sedangkan dia ingin bersatu (dalam riwayat hadis itu menyebut ‘membina qubah dari jerami gandum-satu adat di zaman dahulu apabila berkahwin), atau seorang yang membina rumah dan belum menyiapkan atap, atau seorang yang membeli kambing atau unta dan menunggu kelahiran anaknya.

Lalu Nabi itu berperang, mendekati sebuah kampung (ada ulama mengatakan Ariha/Jericho) pada waktu Asar atau hampir terbenam matahari. Nabi itu berkata kepada matahari: ‘Sesungguhnya engkau diperintah (oleh Allah) dan aku juga diperintah (oleh Allah). Ya Allah! Tahanlah matahari untuk kami.’ Lalu matahari itu tertahan sehingga Allah memberikan kemenangan kepadanya.

Mereka mengumpulkan harta rampasan perang lalu datang api memakannya ( harta rampasan perang tidak dihalalkan bagi umat terdahulu. Api datang memakan harta itu bagi menunjukkan ia diterima Allah). Tetapi kali ini api tidak memakannya. Nabi itu berkata: ‘Sesungguhnya di kalangan kamu ada orang yang mengkhianat/mengelat dalam harta yang dirampas. Setiap kabilah mesti diwakili seorang lelaki dan berjanji setia denganku. Tiba-tiba tangan seorang lelaki melekat. Nabi berkata: ‘Di kalangan kamu ada yang mengkhianati. Setiap orang dari kabilah kamu mesti berjanji setia denganku. Mereka bersalaman lalu melekat tangan 2 orang atau 3 orang di tangan Nabi itu. Nabi berkata: ‘Di kalangan kamu ada pengkhianat.’ Mereka datang membawa emas sebesar kepala lembu lalu diletakkan bersama harta rampasan perang yang lain. Api datang memakannya.

Harta rampasan perang tidak halal bagi seorangpun di kalangan mereka sebelum kita. Kemudian Allah menghalalkan harta rampasan perang itu untuk kita tatkala Allah melihat kelemahan dan ketidakmampuan kita, lalu dihalalkan untuk kita.

Muttafaqun alaih.

(Riadhussalihin jilid 1 ms 86-88)

Syukur


Asmaa' Syahirah As'ari,16 Jun 2012

Sebagai manusia kita seharusnya bersyukur kerana Allah telah menciptakan kita sebagai sebaik-baik makhluk dan ciptaan. Manusia diciptakan berakal, berperasaan dan mempunyai fitrah semulajadi yang tidak semua dikurniakan kepada makhluk-makhluk Allah yang lain. Seperti firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami telah menjadikan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.” (Surah at-Tin: Ayat 4).

Justeru, kita seharusnya merafakkan tanda syukur kita kepada Tuhan dengan cara menjadikan diri kita sesempurna insan. Dalam erti kata lain, mencontohi nabi kita Muhammad SAW yang mana baginda merupakan uswatun hasanatun atau contoh ikutan terbaik untuk umat manusia sepanjang zaman.

Hal ini kerana peribadi dan akhlak baginda Rasulullah begitu mulia dan terpuji semulia nama baginda. Baginda telah menunjukkan sifat dan peribadi yang begitu agung, di mana sekali pun baginda SAW tidak menzahirkan kemarahan atau kebencian bila mana baginda dihina, dicaci, dicerca dengan begitu hebat sekali semasa zaman baginda, bahkan segala keburukan yang dilemparkan ke atas baginda dibalas dengan baik, sabar, malah mendoakan kebaikan kepada musuh-musuh baginda.

Lantaran itu, asbab kemuliaan sifat yang diperlihatkan Nabi Muhammad itulah yang telah menyedari seterusnya mengubah persepsi musuh-musuh baginda dan secara tidak langsung menyebabkan keislaman majoriti daripada mereka. Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata betapa hebatnya peribadi dan akhlak nabi tercinta kita, Muhammad SAW. Di mana kan kita cari ganti serupa dengan baginda bukan?

Namun demikian, hidup di dunia akhir zaman ini begitu banyak ranjaunya. Antara manusia masing-masing berlumba-lumba mengejar kenikmatan hidup dan habuan duniawi. Sehingga kadang-kadaang terlupa bahawa segala kesenangan di dunia hanya bersifat sementara dan segalanya akan dipulangkan kembali kepada pemilik asal yang hakiki iaitu Allah SWT.

Dengan keadaan sedimikian, tidak hairanlah jika ramai manusia yang saling berdengkian antara satu sama lain. Hanya kerana tidak sanggup jika nikmat yang dimiliki orang lain melebihi diri sendiri, kehendak nafsu diturutkan. Misalnya, peniaga yang dengki dengan kejayaan yang diperoleh pesaingnya sanggup mengenakan sihir semata-mata untuk menghilangkan nikmat yang dikecap oleh orang lain, di samping ingin menjadi masyhur dan cepat kaya tanpa ada tandingan.

Hal ini jelas terbukti apabila media massa saban hari melaporkan kes-kes jenayah yang berlaku bahana daripada perbuatan dengki khianat. Masyarakat juga sering didedahkan dengan amalan-amalan khurafat seperti sihir, ilmu hitam dan magis yang mana digunakan oleh dukun, pawangmahupun bomoh seperti yang dipertontonkan melalui kebanyakan rancangan televisyen terutama filem dan drama Melayu.

Ekoran dengan itu, perbuatan itu secara tidak langsung menggalakkan masyarakat untuk mencuba sesuatu yang boleh dianggap luar biasa bagi mereka. Apa tidaknya, jika sering didedahkan dengan informasi negatif, tidak mustahil jika inkuiri seseorangyang pada mulanya hanya tertarik dan kagum bertukar menjadi kehendak untuk mencuba, lalu membenamkan kewarasan akal serta iman di dada.

Fitrah manusia adalah cintakan dan suka melakukan kebaikan. Walau bagaimanapun, disebabkan iman yang tipis mereka tewas dan cenderung untuk melakukan kejahatan dan keburukan. Hanya kerana? terpedaya dengan hawa nafsu dan hasutan syaitan. Oleh itu tidak hairanlah jika dikatakan orang yang jahat sekalipun masih inginkan layanan yang baik diberikan kepada mereka.

Dan kerana itu jugalah wujudnya manusia yang tidak beriman kepada Allah tetapi masih membuat kebaikan. Hal ini disebabkan seseorang itu berfitrah dengan fitrahhasanah atau kebaikan. Banyak contoh yang dapat kita lihat, antaranya melihat kepada negara yang mendapat jolokan negara paling bersih iaitu Switzerland.

Sebagaimana yang kita maklum bahawa Switzerland bukanlah sebuah negara Islam, namun mengamalkan aspek kehidupan yang amat dituntut dalam Islam iaitu bersih. Malah Islam itu sendiri adalah agama yang suci dan bersih. Seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Menjadi bersihlah kamu, kerana sesungguhnya Islam itu bersih.” (Hadis Riwayat: Ibnu Hibban).

Manakala sabda baginda lagi yang bermaksud: “Kebersihan itu dapat mengajak orang kepada iman. Sedang iman itu akan bersama pemiliknya ke syurga.” (Hadis Riwayat: Thabrani). Hadis ini menunjukkan betapa pentingnya kebersihan dan Islam itu agama yang mengajak kepada kebersihan.

Namun demikian jika dilihat dari sudut yang berbeza, manusia juga cenderung untuk melihat keburukan orang mengatasi kebaikan yang dilakukan. Jika dilihat dan dinilai pada keburukan dan kesilapan, semua orang tidak terlepas dari melakukannya. Sedangkan para nabi juga melakukan kesilapan, apatah lagi kita sebagai manusia biasa yang lebih banyak terdedah pada dosa.

Sekiranya penilaian manusia terhadap manusia yang lain berdasarkan kesalahan yang dilakukan, apa akan berlaku jika seseorang pendakwah turut melakukan perkara yang sama. Benar, semua orang tidak terlepas dari melakukan dosa. Namun, jika manusia menghukum sedemikian terhadap perdakwah misalnya, sudah semestinya sebagai manusiabiasa yang lemah, berat untuk mengikut apa yang disampaikan oleh mereka. Kerana hati kecil pasti berkata, tiada guna mengikut orang yang mengajak kebaikan sedangkan diri sendiri juga tidak sempurna, turut melakukan dosa seperti orang lain.

Kerana itulah perlunya kita meneliti apa yang dimaksudkan dengan kata-kata Saidina Ali r.a iaitu “Janganlah melihat kepada siapa yang berkata, lihatlah kepada apa yang dikatakan.” Di samping itu, perlulah juga kita ketahui bahawa dua perkara yang perlu kita ingat iaitu keburukan kita terhadap orang lain, dan kebaikan orang terhadap kita. Begitu juga dua perkara yang perlu kita lupakan iaitu kebaikan kita terhadap orang dan keburukan orang tehadap kita.

Dengan itu, secara tidak langsung kita dapat perbaiki diri kita menjadi insan yang lebih baik. Justeru,jadilah orang yang beruntung di mana hari ini lebih baik darisemalam. Hal ini selari dengan maksud hadis Rasulullah iaitu “Sesungguhnya orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam, manakala orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam.” (Hadis Riwayat: Bukhari dan Muslim)

Lantaran itu, janganlah sentiasa melihat keburukan yang ada pada orang lain, sebaliknya selalu bermuhasabah dan melihat pada diri sendiri. Banyak mana dosa dan kebaikan yang diperbuat saban hari. Lihat kembali ke dalam diri, apa yang masih kurang. Kebaikan apa yang masih belum mencukupi. Tambah nilai segala kekurangan diri dan dosa-dosa yang pernah dilakukan dengan cara selalu mengingati mati, di samping dapat meningkatkan iman dan menggalakkan melakukan kebaikan.

Tambahan pula, tiada kebaikan yang diperoleh jika masa yang dihabiskan hanya dengan melihat keburukan dan aib orang lain tanpa berbalik kepada diri sendiri. Bahkan mendapat kemurkaan Allah dan juga menutup ruang untuk perbaiki diri sendiri.

Hal ini turut disebut dalam firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat antara satu sama lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.” (Surah al-Hujurat: Ayat 12).

Justeru marilah sama-sama kita bermuhasabah dengan merenung jauh-jauh ke dalam diri. Tambahkan amal jika berasakan masih kekurangan amal untuk dijadikan bekalan dikemudian hari. Juga berfikirlah sambil menghisab diri sendiri, kerana sesungguhnya berfikir sejenak itu lebih baik daripada beramal sepanjang malam.

Tuntasnya, sebagai hamba Allah yang bertaqwa, kita seharusnya sering bersangka baik terhadapNya walau apa pun ujian yang datang melanda. Kerana Allah adalah menurut sangkaan hambaNya terhadapNya.

Penulis ialah pelajar Fakulti Pengajian Bahasa Utama Universiti Sains Islam Malaysia.