Ahad, 13 Januari 2013

Doa palestine... amin

Doa untukmu Gaza~
---
"Ya Allah...
saudara2ku di GAZA wafat...
maka ampunilah semua dosa-dosanya...

masukkan saudaraku kedalam golongan Syuhada...
serta masukkan kedalam Syurga-Mu..

Ya Rahman Ya Rahim...
berilah kesabaran pada keluarga yang ditinggalkan...
berilah kekuatan lahir dan batin..

YaRabbul Izzati..
turunkanlah bala tentara langit-Mu untuk menghancurkan Israel.. mereka dengan telah nyata-nyata mengabaikan keberadaan-Mu..
dan mereka akan menghancurkan Gaza..
turunkanlah pertolongan-Mu Ya Allah...
hancurkan Israel, seperti ketika Engkau menghancurkan tentera Abrahah..

Ya Allah...
berikanlah kemenangan kepada pasukan-pasukan Muslim Palestin, dalam menghadapi serangan Yahudi Israel...
yang nyata-nyata telah membuat kerosakan di muka bumi-Mu ini Ya Allah..
mereka melarang negara-negara Muslim memiliki senjata2 nuklier...
tapi mereka nyata-nyata mengembangkan senjata-senjata nuklier pemusnah, yang siap di luncurkan setiap saat, untuk menghancurkan umat Muslim..

Ya Allah YaIllahi...
Halangi-lah pandangan tentera jet tempur Israel...
sehingga mereka menjatuhkan bom di wilayah mereka sendiri...
hancurkan-lah pasukan darat mereka, seperti ketika Engkau memberikan kemenangan kepada Rasulullah Muhammad SAW, saat menghancurkan pasukan kafir Quraisy...

YaMuhaimin..
berikanlah kemenangan kepada para Mujahidin Palestin, seperti ketika Engkau memberikan kemenangan besar kepada pasukan Salahuddin, ketika menghancurkan bala tentera salib...
satukanlah paksi-paksi yang terpecah di Palestin, agar mereka istiqamah menghadapi Israel..

Ya Allah Yang Maha Penyayang...
saudara-saudara kami sudah berjuang, dengan segala cara menghadapi zionis Israel...
dengan sekutu Amerika yang selalu membantu mereka...
hancurkan-lah kedua bangsa ini, seperti Engkau menghancurkan kezaliman & kesombongan Firaun.

Ya Allah..
Kabulkan doa kami ini..

Allahuma Ammen..."

Jumaat, 11 Januari 2013

sebarkan

Tiada masalah sebenarnya Kristian nak guna Allah. Malah amat positif untuk Islam. Pandangan saya selari dengan pandangan Dr Yusuf Al Qardawi (tahun 2010) yang merasakan heran kenapa umat Islam Malaysia tidak benarkan malah bermati-matian membantah nama Allah diguna oleh orang Kristian. Alhamdulillah. Sekurang2 pandangan saya bersandarkan pandangan ulamak besar dunia.

Kita tak perlu takut pengunaan nama Allah itu akan mengakibatkan umat Islam keliru dan merosakkan akidah umat Islam. Itu pandangan negatif.

Pandangan positif ialah begini.
1) Ini peluang untuk menerangkan gambaran Allah dan cara penyembahan Allah yang dianjurkan Islam.
2) Bukan senang nak suruh manusia akui hanya ada satu Tuhan di alam semesta ini.
3) Maka apabila orang bukan Islam akui ALlah adalah Tuhan semesta alam, maka isu pertama selesai.
4) Isu kedua ialah mendebatkan gambaran Allah dari agama mana lebih menepati kebenaran?
Dan mendebatkan cara penyembahan Allah dari agama mana yang lebih menepati kehendak Allah itu sendiri?
5) Inilah peluang untuk umat Islam Malaysia menonjolkan kepada bukan Islam gambaran Allah dan cara penyembahan Allah yang Islam anjurkan.
6) Dan banding-bandingkan dengan gambaran dari Kristian dan cara penyembahan Allah dari Kristian, Yahudi, Budha, dan Hindu.
7) Di negara barat, perdebatan dan diskusi begini berlaku sejak lama dan berterusan. Contohnya oleh Allahyarham Ahmad Deedat dan kini oleh Dr Sakir Naik.
8) Banyak video2 perdebatan mengenai keTuhanan boleh kita dapati di Youtube. Beberapa contoh:-

Yusuf Estes
https://www.youtube.com/watch?v=MH2RZfNXGdA
https://www.youtube.com/watch?v=RNH0Ne_LsQE

Ahmad Deedat
https://www.youtube.com/watch?v=UPRcySFenL4
https://www.youtube.com/watch?v=vLjnT-BtCaw
https://www.youtube.com/watch?v=on8GxYqnWj4
https://www.youtube.com/watch?v=BbMzCkHOBhE
https://www.youtube.com/watch?v=IK3RmYBR6Ms
https://www.youtube.com/watch?v=w_b0I5ZWZFs
https://www.youtube.com/watch?v=IlA22NNFlDw
https://www.youtube.com/watch?v=2cRTUtyPYjM

Dr Sakir Naik/Zakir Naik.
https://www.youtube.com/watch?v=FN_tJPLb1Nk
https://www.youtube.com/watch?v=9S5fqaP1DWI
https://www.youtube.com/watch?v=fJiPTCtAPAY
https://www.youtube.com/watch?v=jICKPV5BJKQ
https://www.youtube.com/watch?v=XOD2KXXzsjM
https://www.youtube.com/watch?v=PRz6oNkOzec
https://www.youtube.com/watch?v=6AXXzPsdG-o
https://www.youtube.com/watch?v=AlAtPLW7hPo
https://www.youtube.com/watch?v=0S_A9ERJWN0

The Deen Show.
https://www.youtube.com/watch?v=IvCU-4TE-ec
https://www.youtube.com/watch?v=iqcf-g0ZEnY
https://www.youtube.com/watch?v=rq1VNeKiziM
https://www.youtube.com/watch?v=AUA2Ln4jsEM
https://www.youtube.com/watch?v=C4Z3iciJa7w
https://www.youtube.com/watch?v=3_FVPQdrC2k
https://www.youtube.com/watch?v=CKXKKyyXG4g
https://www.youtube.com/watch?v=z29jFDmkoEc
https://www.youtube.com/watch?v=eh0PKRbop-w

9) Jadi, sampai masanya, umat Islam Malaysia perkukuhkan akidah dengan meneliti video2 debat tersebut.
10) Sampai masanya umat Islam Malaysia berani berdepan dengan bukan Islam untuk menyatakan inilah gambaran Allah dan cara penyembahan ALlah dari Islam. Mari bandingkan dan debatkan dengan gambaran Allah dan cara penyembahan Allah dari agama lain terutamanya Kristian.

Rabu, 9 Januari 2013

senyum :)

mandi wajib

Ramai Yang Tidak Sah Mandi Wajibnya?
 
Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan ramai umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur.

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara:

1. Niat.
2. Menghilangkan najis di badan.
3. Meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

Niat mandi wajib:

“Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.”

Atau

” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”
Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.

Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.”

Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke 3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya.

Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..

Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak (wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.

Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Kesimpulan yang dapat saya ringkaskan ialah:
1)Mandi dalam keadaan bercangkung dan juga berdiri. Kerana apabila bercangkung celah punggung akan terbuka dan air akan rata dan sampai ke bahagian itu..
2)Mereka yang memakai pewarna rambut selain inai adalah tidak sah mandi wajibnya dan solatnya juga akan tidak sah sekiranya mandi wajib tak sah. Tapi dapat kita lihat ramai perempuan melayu kita yang beragama islam memakai dye rambut.mashallah
3) Niat mesti semasa air sampai ke anggota badan.