Khamis, 17 Januari 2013

Bos baca!


Percayalah, kekadang manusia hanya inginkan ‘didengar’ bukan penyelesaian. Kerana dengan didengar, manusia terasa dihargai, disayangi dan dihormati. Jika kita ingin dicintai, cukuplah dengan menjadi pendengar. Tidak perlu melakukan apa-apa, cuma dengar…

Saya sendiri menempuh pelbagai kesalahan dan kesilapan dalam hidup akibat tidak mendengar. Sangka saya, dengan berkata-kata kita boleh meraih kemesraan. Rupa-rupanya tidak. Kita akan lebih dicintai, jika kita menjadi pendengar.

Kita pernah mendengar di corong radio apabila masyarakat menghubungi pakar motivasi, ulama, ustazah dan pendakwah… Acapkali mereka bukan meluahkan masalah. Mereka hanya bercakap dan bercakap… mengapa? Ya, mereka hanya ingin didengar.

Alangkah indahnya jika kita punya masa dan sedia meluangkan masa untuk menjadi pendengar. Kehausan untuk didengar ialah petanda kehausan kasih sayang dan cinta. Manusia tercari-cari siapa yang sudi menjadi pendengar untuk diluahkan segala dan semua. Sekali lagi, bukan inginkan penyelesaian tetapi hanya inginkan penghargaan dan kasih sayang.

Mari pada hari ini, kita bertekad untuk menjadi pendengar. Ketapkan mulut dan bukakan hati dan telinga untuk mendengar. InsyaAllah, kasih sayang akan bertaut dan berbunga kembali. Jangan biarkan isteri, suami, anak, pelajar, pekerja, pengikut dan pesakit kita ternanti-nanti… mulakanlah tugas cinta yang pertama: Just listen…hanya dengan mendengar.

Dari saya, hanya seraut catatan.

HANYA DENGAN  MENDENGAR…

Manusia memerlukan didengar kata-katanya sama seperti dia perlukan makanan. Tanpa makanan akan lemahlah jasad, sakitlah badan. Tanpa didengar akan tumpullah perasaan dan lumpuhlah emosi. Manusia yang membesar tanpa diberi hak didengar akan menjadi manusia yang kurang cerdas emosinya apabila dewasa kelak. Dia akan gagal mengurus perasaan marah, kecewa, takut dan dendamnya. Orang yang begini, akan gagal dalam hidupnya.

 Peri pentingnya didengar dalam hidup seseorang itu hingga menyebabkan bijak pandai mengungkapkannya melalui kata-kata hikmah yang berbunyi:“Tugas cinta yang pertama ialah mendengar.”

Ertinya, kekasih yang baik ialah kekasih yang mendengar rintihan, keluhan, aduan dan rayuan pasangannya. Justeru, dengan mendengar cinta akan lebih subur dan harum.

Orang yang banyak mendengar akan banyak belajar dalam hidup ini. Orang yang banyak mendengar bukan sahaja banyak pengetahuan tetapi akan banyak kawan dalam masyarakat. Mungkin kerana itu Allah ciptakan kita dua telinga dan satu mulut sebagai simbolik, kurangkan berkata-kata tetapi banyakkan mendengar. Malangnya, kebanyakan manusia lebih suka “memperdengarkan” daripada mendengar cakap orang lain.

 Lidah selalu menyebabkan telinga menjadi tuli. Dalam pergaulan, kita selalu sahaja ingin memonopoli perbualan. Kononnya dengan banyak bercakap kita akan terlihat pandai dan bijak berbanding orang yang diam. Kebanyakan kita menyangka orang yang diam itu bodoh. Tidak ada idea dan pendek wawasan. Sedangkan diam itulah terpuji dan bermanfaat. Kata bijak pandai:“Diam itu banyak hikmahnya tetapi sangat sedikit sekali orang mengambil manfaatnya.”
Cuba lihat orang di sekeliling kita dan lihat kita sendiri. Apakah kita banyak mendengar daripada berkata-kata? Maaf, kerap kali kita ingin jadi jaguh dan wira yang tidak henti-henti berkokok di mana-mana. Bila bercakap kita seolah-olah serba tahu. Kita mengetuai perbualan, kita menjuarai percakapan. 

Mengapa?

Ya, sering berlaku pangkat, harta, nama serta jawatan menyebabkan seseorang tidak sudi lagi menjadi pendengar. Pangkat ku lebih tinggi, aku cakap kau dengar. Nama ku lebih tersohor, jangan cuba-cuba mencelah bila aku berbicara. Kau tak layak menasihati aku, ilmu ku lebih tinggi. Begitulah yang kerap kita lihat dalam kehidupan. Bukan orang lain tetapi diri kita sendiri!

 Apakah dengan mendengar kita menjadi hina, miskin dan tidak ternama? Jika itulah anggapan kita jelas kita sudah tersalah. Menjadi pendengar menjadikan kita orang yang tawaduk (rendah diri). Orang yang tawaduk akan ditinggikan Allah. Orang yang mendengar akan lebih banyak belajar daripada orang yang asyik berkata-kata.

 Semakin banyak kita belajar semakin banyak ilmu yang kita peroleh. Dan bila semakin banyak ilmu yang kita miliki, maka semakin tinggilah darjat kita di sisi Allah dan manusia. Bukankah dalam Al Quran Allah telah menegaskan bahawa darjat ahli ilmu itu ditinggikan oleh-Nya berbanding orang yang tidak berilmu?

 Justeru, Allah yang Maha Pencipta juga bersifat Maha Mendengar – “sami”. Dan salah satu nama Allah yang baik dan indah ialah as Sami’. Allah maha mendengar rintihan, aduan, kebimbangan, luahan rasa daripada hamba-hambanya pada setiap masa, tempat dan ketika. Allah adalah “kekasih” setia yang sentiasa mahu mendengar rintihan hamba-hamba-Nya. Jika kekasih di kalangan manusia akan jemu jika masalah yang sama diperdengarkan berulang-ulang kali sebaliknya Allah tidak sebegitu. Allah bersedia mendengarnya  bila-bila masa sahaja.

 Jika ada jutaan manusia mengadu dan merintih kepada Allah, Allah tetap mendengar semua rintihan itu dengan terang dan jelas. Sedangkan seorang kaunselor, ulama, khadi, hakim yang terbaik sekalipun tidak mampu mendengar dua, tiga masalah daripada klien yang berbeza pada suatu masa dalam keadaan serentak.  Inilah kehebatan Allah sebagai As Sami’. Bukan sahaja Allah mahu mendengar bahkan mampu mendengar seluruh pengaduan hamba-Nya pada satu masa!

 Allah mulia dan agung kerana kesudian dan kesediaan-Nya mendengar rintihan dan pengaduan manusia. Begitu juga jika ada manusia yang mahu mendengar rintihan dan pengaduan manusia lain… dia juga akan ditinggikan darjatnya. Allah sudi mendengar rintihan semua manusia tanpa mengira pangkat, derjat, harta dan rupa paras. Allah mendengar permintaan seorang raja, Allah juga mendengar rintihan seorang hamba. Allah Maha Adil…

Seorang pesakit, datang merintih kerana penyakitnya… Allah mendengar. Seorang menteri mengadu hal-hal negara… Allah mendengar. Seorang isteri mengadu hal rumah tangga… Allah mendengar. Apa pun dan dari sesiapapun Allah tetap mendengar. Pintalah hal sekecil-kecilnya dan pintalah hal yang sebesar-besarnya, Allah tetap sudi mendengarnya. Daripada rintihan seorang pengemis yang merayu untuk mendapatkan sesuap nasi, sehinggalah kepada munajat seorang soleh yang memohon syurga, Allah tetap sudi mendengar, justeru Allah itu bukan sahaja mendengar tetapi Dia Maha mendengar!

Sebaliknya, manusia terlalu ego dan bersikap berat sebelah termasuk dalam soal mendengar ini. Ya, jika orang yang bercakap tinggi pangkatnya, maka dia senyap terpaku membisu. Tetapi jika yang bersuara itu orang bawahan, maka dia mendengar sambil lewa atau cepat-cepat memotong cakap sebelum orang bawahannya itu dapat menghabiskan percakapannya. Kalau sikaya menegur, semua menelinga dan tunduk akur. Tetapi bila si miskin yang mengadu, ramai yang berpaling dan menunjukkan reaksi selamba.

 Namun tidak begitu keadaannya pada insan bernama Muhammad saw. Baginda seorang yang sentiasa memberi hak mendengar kepada sahabat, isteri dan pengikut-pengikutnya. Walaupun, baginda “orang besar” yang memimpin negara, tetapi masih sempat mendengar rintihan anak kecil yang terbiar di tepi jalan di satu pagi Hari Raya. Di dalam mesyuarat, baginda sering mendengar pendapat sahabat-sahabatnya. Kekadang baginda ada pandangan, tetapi dirasakannya ada pandangan lain yang lebih tepat… maka diambilnya pandangan yang lebih tepat itu!

 Itulah Rasulullah saw yang paling berjaya meniru sifat As Sami’ Allah swt. Bagaimana dengan kita? Ah, malang, kekadang pangkat tidaklah setinggi mana… namun egonya sudah setinggi langit. Kononnya kitalah yang paling bijak dan mulia. Jika dalam satu majlis kita tidak dialu-alukan dengan kata-kata sambutan, maka kita rasa dipinggirkan. Jika dalam mesyuarat kita tidak dijemput bercakap, terasa orang menafikan keintelektualan, gelaran dan jawatan kita.

 Anda tidak perlu banyak cakap untuk disenangi dan disayangi, cukup dengan menjadi pendengar. Lihat mata orang yang bercakap, buka telinga dan hati, dengarlah dengan penuh simpati dan empati… nescaya orang akan jatuh hati. Bila anak-anak menghampiri kita, pegang tangannya dan ucapkan, apa yang kamu ingin katakan? Ayah atau ibu sudi dan sedia mendengarnya. 

Jika pekerja bawahan menziarahi atau datang di muka pintu rumah atau bilik anda lalu memberi salam, jawab salamnya dan bawa dia dekat dan dengar luahan katanya.

Dengarlah bisikan orang di sekeliling kita. Insya-Allah, kita tidak akan terpaksa mendengar jeritan. Berapa banyak bisikan yang dibiarkan yang akhirnya bertukar menjadi jeritan yang memeritkan. Isteri ingin mengadu, suami menjauh. Anak hendak bercakap, ibu-bapa membentak menyuruh diam. Pekerja ingin berbincang, dituduh ingin mogok. Rakyat ingin memberitahu, kononnya pemimpin serba tahu…

Terlalu banyak bisikan yang dipinggirkan dan disisihkan. Akhirnya, bisikan menjadi jeritan. Anak derhaka, isteri nusyuz, diceraikan suami, pekerja lari, rakyat berpaling tadah… Semuanya gara-gara dan angkara sikap mendengar yang semakin terhakis dalam kehidupan dan pergaulan.

Rabu, 16 Januari 2013

Kebek

Pelbagai pengangkutan yang digunakan untuk mengangkut sesuatu dalam kuantiti yang banyak. Di Malaysia mungkin memerlukan kenderaan yang besar seperti van dan lori untuk barangan sebanyak ini, tetapi lain pula bagi mereka ini. Pelbagai cara yang mereka gunakan bagi memuatkan barangan dalam kuantiti yang melebihi had muatan, tetapi merupakan sesuatu yang biasa bagi mereka walaupun luar biasa bagi kita.











Salji Tabuk

Sesuatu yang aneh terjadi pada Rabu lalu (9/1/2013) di Arab Saudi. Worldbulletin menyiarkan berita bahawa Tabuk—salah satu lokasi perang yang terjadi pada zaman Rasulullah—dilanda salji yang sangat lebat, setelah beberapa jam lamanya dihantam ribut yang sangat dahsyat.

Seperti diketahui, Arab Saudi merupakan daerah gurun pasir yang sangat panas. Matahari bersinar sepanjang hari. Turunnya salji menjadi suatu fenomena alam yang di luar jangkaan.

Penduduk Tabuk dan juga orang-orang yang datang dari daerah lain menikmati hujan salji yang jarang terjadi itu. Jalan-jalan terutama menuju ke Gunung Alluz dipenuhi oleh kenderaan bermotor.


Jalan-jalan yang mengarah ke daerah gurun pasir dan pengunungan di Tabuk dipenuhi kenderaan dari arah kota Haql dan Bada. Hujan turun di sejumlah kota di Saudi hari Rabu yang lalu. Tabuk letaknya sekitar 1500 km dari Riyad (Ibu negara Arab Saudi).

Sebenarnya ini bukanlah kali pertama salji turun di Tabuk. Beberapa tahun yang lalu, Tabuk juga sudah pernah diselimuti salji dengan ketebalan mencapai 20 cm.







Baikal

Tasik Baikal yang terletak di Siberia ialah tasik tertua di dunia. Ia dianggarkan berusia 25 juta tahun. Ianya sepanjang 636 kilometer dan mempunyai kedalaman purata 744 meter! Setiap Januari sehingga Mei permukaan tasik ini membeku dan ia menghasilkan pemandangan yang menakjubkan. 

#Tahukah anda Tasik Baikal menyimpan 20% bekalan air tawar dunia? Cikgu sekolah tak ajar semua ni






Selasa, 15 Januari 2013

semak pung


Salam buat semua penggemar smartphone..especially Samsung Galaxy..aku nak share cerita pengajaran membeli telefon untuk semua orang yg berhajat nak beli..

Pada 29/12/2012 aku pergi ke Plaza Alam Sentral Shah Alam untuk membeli Samsung Galaxy S2 untuk abg ipar aku..biasala nak cari yang paling murah kan..So aku survey la 5-6 buah kedai nak buat comparison..aku dah banyak kali beli phone kat sana..S plus..Note..tp mungkin hari tu kelam kabut so aku tak pikir sangat..just sambar je..sbb apa yg aku paham selama 10 tahun duk Shah Alam ni..Plaza Alam Sentral tak jual barang tiruan..

so dengan confident aku tanya cina tu tentang galaxy S2 ni ( tingkat 3 kedai dekat escalator..selang 3-4 kedai dari kedai SAMSUNG)..dia pun offer aku Original SME set dengan AP set..harga mmg cun la..siap kasi free aksesori lagi..kita dengar free ape lagi..sbb seblum ni tak penah aku beli Samsung dapat SD card..casing…tetiba dapat..aku ape lagi..so dia terang la kat aku..SME set dengan AP set ni sama..Cuma beza warranty..SME warranty SAMSUNG dan AP warranty kedai..so normal la tu kan..aku pun belek2 la phone tu…sbb aku tak pernah cek details pasal S2 ni..aku pun percaya cakap cina tu..aku dah tanya berulang2 jgn jual china or recond set kat aku..fuhh dengan selamba dia cakap ‘’if china set..dia takkan kasi satu tahun warranty maa’’…

Dengan happy aku balik..dapat AP set RM 1050.00 maa…..balik aku charge..pastu aku terus update version 2.0.3 gingerbread tu ke version 4.0.1 ICS..tuhan nak tunjuk…tetiba hanset tu problem software..pelik gak aku..sbb seblum ni AP set aku update selamber je…so aku rujuk la ke kedai cina lain kat kampung aku (time cuti new year)…dia tgk jer cek2 belakang betri..’’ni CHINA set maaa..u da kena tipu maa..berapa u beli?..ini tepi jalan punya handset maa’’…perggh..berderau darah aku dengar..dengan pastas aku drive balik Shah Alam..

1/1/2013 aku pun pergi jumpa cina dekat PAS tu..dia mati2 taknak mengaku..so aku bawak handset tu pegi kedai lain suruh cek..mmg cina situ pun cakap tu China Set…siap tunjuk aku comparison lagi dengan yg betul punya..so aku bergaduh2 dekat 3 jam kat situ..dia tetap taknak pulangkan duit aku balik..dia marah aku sebab pergi update version la..dia cakap if nak update hantar kedai dia..dia hantar kilang nak update..dia ingat aku tak pergi sekolah ke?..siot..lepas tu kasi alasan cakap tu AP korea la ape la..lepas tu aku tarik pekerja perempuan melayu dia pergi cakap dekat tempat lain..aku pressure dia tanya suruh dia cakap jujur..mula2 dia pun tak mengaku..nak cover boss dia kan..last2 dia mengaku..boss dia jual handset tipu..

so aku mintak refund..dia tak bagi..tapi dia boleh plak offer aku ‘AP set yang betol’..siot je kan…trade in..aku kena tambah RM 200..memang dasar penipu..
Sebab dah malas nak kena tipu lagi..atas nasihat kawan2…aku pun pergi Balai Polis buat laporan..dan polis pun suruh aku pergi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) dan tribunal buat laporan..tapi agak mengecewakan dengan layanan pihak KPDN yang lebih menyebelahi pihak cina tu..siap suruh aku pikir masak2 if nak buat laporan kes ni…aku pun balik dengan kecewa…sbb mereka tak ada kuasa nak tangkap..dakwa..if paling berat pun hukuman denda RM 5000 atau penjara dan lepas tu cina tu still boleh jual handset tiruan dan tipu orang Melayu dengan selambernyer…dia ckap if nak lebih2..kena pergi mahkamah civil..upah lawyer..bla bla..hmm..

Pastu 3/1/2013..tetiba seorang detektif polis call aku..nak barang bukti..dia nak pergi serbu kedai cina tu..and tangkap..perrghh aku rasa mcm cerita Gerak Khas..1st time aku rasa nasib aku dibela polis..seblum ni asyik menyamannn je kan..kira-kira 2-3 jam lepas tu..Inspektor dorg call aku..bagitahu cina tu dah bagi statement dan bersetuju nak refund duit aku if aku tarik balik report..so atas nasihat polis taknak kes ni panjang2 aku pergi la amik refund..aku puas hati la bab refund..tapi kecewa sebab dia still boleh tipu orang melayu dengan sewenang2nyer..

So kepada KPDN hope korang udah2 la makan gaji buta..guna la kuasa yang ada..buat kerja yang sepatutnya..buat skuad Polis IPD seksyen 9..dan Seksyen 11..terima kasih kerana buat kerja yang aku rasa ni just jenayah kecil and KPDN yang patut ambil tindakan..