Isnin, 15 Julai 2013

umah ku di syurga

Hadiah utk generasi akan datang
hmm...
haih....
PADA 5 JULAI 2013, Bank Negara menguatkuasakan peraturan baru menghadkan: (i) pinjaman peribadi setakat 10 tahun maksimum (dahulu 25 tahun); pinjaman hartanah dan rumah 35 tahun (dahulu 45 tahun), dan (iii) tidak membenarkan lagi pinjaman pra kelayakan.

Alasan yang diberikan Bank Negara adalah untuk menangani kenaikan hutang isirumah yang meningkat dari RM465.2 bilion pada tahun 2008 kepada RM754.6 bilion pada pertengahan tahun 2013. Dengan harga rumah mahal, harga kereta mahal dan kos hidup yang mahal, rakyat Malaysia adalah ‘juara’ dalam membuat hutang, iaitu hutang isirumah kita adalah 140% berbanding dengan pendapatan, Singapura 105%, Amerika 123%, Korea 101%, Thailand 53% dan Indonesia 38%.

Akibat hutang yang banyak ini, kadar individu yang diisytiharkan bankrap pada tahun 2012 ialah 19,575 ataupun 53 orang sehari dalam setahun, di mana 50% adalah dari golongan berumur 25-44 tahun. Jumlah individu yang bankrap dari tahun 2007 sehingga 2013 adalah 245,000 orang yang mana faktor utamanya adalah disebabkan oleh kegagalan untuk membayar pinjaman (hutang).

Persoalannya, kenapa hutang rakyat kita tinggi? Menurut data Bank Negara, 64% pinjaman yang dibuat oleh isirumah adalah dari pinjaman perumahan dan kereta sahaja. Pinjaman peribadi jatuh ke tempat ketiga paling banyak.

Pertanyaannya, mengapa harga rumah mahal sehingga boleh membuatkan kita terhutang sampai ke tua? Bila rakyat bertanya hal ini, jawapan pemaju mudah sahaja, iaitu kerana barang kos pembinaan seperti simen, pasir, batu-bata dan seribu satu macam perkara lain lagi naik harga. Bagi ahli ekonomi, mereka menjawab kerana permintaan melebihi penawaran.

Saya pun hairan kenapa kerajaan tidak boleh mengawal harga rumah ini? Apakah payahnya sangat untuk kerajaan menetapkan harga rumah mampu milik kepada rakyat, iaitu rumah yang boleh dibeli oleh golongan berpendapatan sederhana yang harganya dalam lingkungan RM100-RM200 ribu sahaja.

Ini kerana saya lihat harga rumah yang ditetapkan oleh pemaju sekarang sudah di luar dari istilah rumah mampu bilik. Bayangkan bagaimana seorang yang baru bekerja boleh memiliki rumah jika harga rumah dua tingkat di Bandar Baru Bangi dengan keluasan 20”X70” pun sudah mencecah RM500 ribu. Bayangkan harga rumah kondominium di Bangsar yang seluas 2,000 kaki (185 meter) persegi dijual pada harga RM2.4 juta seunit dan harga sebuah rumah semi-D di Sri Hartamas berharga RM1.5 juta. Siapakah yang mampu membelinya?

Bayangkan pula kalau ada hutang kereta, anak kecil 3 orang, kena beli lampin anak, bayar orang gaji, kad kredit, pakaian, persekolahan, minyak kereta dll, maka apa lagi yang tinggal? Bagaimana mungkin mampu untuk membeli rumah semahal ini jika pendapatan suami isteri hanya RM5 ribu sebulan sahaja dengan bayaran yang ditetapkan dalam masa 35 tahun. Jika suami isteri berpandapatan RM5 ribu pun tidak mampu, bagaimana bagi mereka yang berpendapatan lebih rendah dari itu?

Saya cukup risau dengan harga rumah yang tidak terkawal dan over priced ini. Sekarang ini pun dengan gaji RM6 ribu sebulan, belum tentu dapat membeli rumah yang berharga RM400 ribu. Andaikan si pembeli meminjam RM400 ribu sahaja daripada bank dengan purata kadar faedah enam peratus setahun, peminjam perlu membayar ansuran bulanan sebanyak kira-kira RM2,400 selama 30 tahun. Ini bermakna peminjam yang membeli rumah teres pada usia 30 tahun hanya akan habis membayar hutang pada usia 60 tahun. Persoalannya, berapa ramaikah rakyat kita memiliki pendapatan RM6 ribu sebulan sekarang?

Apabila melihat kepada masalah harga rumah yang semakin ‘tidak masuk akal’ sekarang ini, saya terpanggil untuk membincangkan masalah ini. Saya sedih melihat nasib rakyat yang terhimpit dengan masalah ini kerana biarpun sudah berumur 45 tahun dan berkelulusan universiti, sehingga sekarang pun masih ‘menyewa’ lagi. Itu belum lagi mengambil kira mereka yang bekerja di bawah dari tahap gaji pegawai yang berkelulusan universiti.

Atas masalah harga rumah yang tinggi ini, saya mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya mengambil tindakan berikut:

i. Turunkan kadar faedah daripada 4% kepada 2% sahaja untuk pinjaman kerajaan dan dari 6% kepada 3% sahaja untuk pinjaman bank bagi rumah pertama. Ambil perhatian kerajaan Kelantan tidak mengenakan faedah kepada kakitangan awamnya dan Public Bank hanya mengenakan kadar faedah sebanyak 1% sahaja kepada kakitangannya.

ii. Naikkan elaun perumahan untuk kumpulan sokongan dari RM180 sebulan kepada jumlah yang lebih wajar. Di Kuala Lumpur, sewa sebilik pun sudah RM250-500 sebulan. Bagi pekerja swasta pula, kerajaan perlu mewajibkan syarikat membayar elaun perumahan kepada pekerjanya campur dengan gaji minimum yang baru diwajibkan.

iii. Kerajaan sendiri membina lebih banyak rumah sesuai dengan permintaan dengan tidak lagi menyerahkannya kepada pemaju swasta. Sekiranya syarikat swasta mahu juga membinanya, kerajaan perlu meminda akta supaya segala pembangunan perumahan yang dilakukan oleh syarikat swasta hendaklah mengikut syarat-syarat ketat harga yang ditetapkan kerajaan supaya harga menjadi terkawal dan tidak lagi melampau.

iv. Menteri Perumahan yang baru sepatutnya merangka mekanisme untuk menurunkan harga rumah sama ada dengan mengurangkan kos pembinaan dan lain-lain tindakan yang wajar.

v. Jika harga rumah mahal disebabkan oleh harga tanah, maka kerajaan hendaklah menetapkan harga siling bagi setiap kaki persegi tanah kerana tanah adalah milik kerajaan yang boleh dikawal.

vi. Jika harga tanah di bandar mahal untuk membangunkan perumahan, maka binalah apartment ‘layak duduk’ yang sesuai untuk golongan berpendapatan rendah. Mereka tetap perlu disediakan rumah kerana itu adalah keperluan asas manusia yang perlu disediakan oleh kerajaan untuk rakyatnya. Jangan pula cari alasan ‘kalau ayam mahal jangan makan ayam’, atau ‘kalau rumah di bandar, mahal sewa atau belilah rumah di kampung’.

Saya yakin jika kerajaan boleh membuat pelbagai program seperti Hari Sukan, Hari Wanita dan Hari Belia dengan kos yang berjuta, tentunya tidak sukar bagi kerajaan untuk mengambil langkah lebih adil bagi menyediakan perumahan kepada rakyat ini.

Mengingatkan tentang hutang rakyat kita yang terlalu tinggi dan ramai lagi dari kalangan mereka yang masih belum mempunyai rumah sendiri, hati saya mengeluh. Semoganya tidak lagi selepas ini...

- Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff
Penganalisis Politik, Pensyarah UKM

YA HANANA

YA HANANA -VERSI MELAYU..^__^
LIRIK YA HANANA - Versi Melayu

Telah Terbitnya cahaya purnama 
Menerangi malam gelita
Kelahiranmu Muhammad
Anugerah daripada ALLAH

Beruntunglah, Beruntunglah
Di utus Nabi Muhammad

Penghimpun segala rahsia
Tujuh Ayat Al-Fatihah
Tiada yang sama sepertimu
Dan dariNya wahyu untukmu

Terpisah bulan keranamu
Menggetarkan jiwa yang lesu
Umatmu menjadi kebangganmu
Terkenal serata dunia

Sungguh manis senyumanmu
Menawan hati yang rindu
Alangkah lembut belaianmu
Terasa hangat kasihmu

Selawat salam ke atasmu
Dan jua para ahlimu
Untuk kami syafaat kau beri
Luasnya tidak terperi

Ahad, 14 Julai 2013

cukur

Bidaah Orang Melayu

AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu.

Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama." (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi)
Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin.
Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan disamakan dengan nilai perak dan kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin. Bagaimanapun, ulama hari ini menyatakan, emas boleh digunakan bagi menggantikan perak. Bahkan, mengikut Islam juga, pada hari ketujuh akan dilakukan tahnik, jelas Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz.

Menurut beliau, amalan tahnik adalah memasukkan sesuatu yang manis seperti manisan madu lebah atau buah tamar yang dihancurkan dan memalitkannya ke lelangit bayi. Sebaliknya, cecair manis hanya disapukan ke bibir bayi dan bukannya ke dalam mulut sebagaimana yang disunahkan oleh Rasulullah s.a.w..
Islam menggalakkan amalan mencukur rambut bayi sehingga botak supaya segala kekotoran yang keluar daripada rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut baru tumbuh dengan sihat.
Sebahagian masyarakat Islam hari ini tidak mencukur rambut anak-anak hingga botak sebaliknya mengadakan upacara cukur jambul sebagai adat dan tradisi yang telah dilakukan sejak turun temurun. Tambah mengelirukan, rambut yang digunting itu dimasukkan ke dalam buah kelapa.
Memandangkan terdapat beberapa perkara yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam, maka ulama berpendapat, mengamalkan adat cukur jambul adalah bidaah dan khurafat. Paling menyedihkan apabila terdapat segelintir umat Islam yang cuba menghidupkan kembali kepercayaan seperti ini.
Mencukur jambul bayi hukumnya makruh, kerana ia sejenis “qaza” yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w. [Shahih al-Bukhari, no: 5920] “Qaza” ialah mencukur sebahagian rambut di mana-mana bahagian kepala sementara di bahagian lain rambut dibiarkan [Fath al-Bari, jld. 28, ms. 832]. “Qaza” dilarang kerana ia mencacatkan kepala seseorang – termasuk kepala bayi – dan ia menyerupai fesyen sebahagian orang bukan Islam. Sekalipun hukumnya makruh, mana-mana ibubapa yang beriman kepada Allah lagi mengharapkan keredhaan-Nya akan berusaha menjauhi sesuatu yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w.. Selain itu ada juga ibubapa yang sekadar menggunting beberapa helai rambut bayi. Praktik ini tidak memiliki apa-apa manfaat sama ada dari sudut agama mahu pun selainnya

Petik mawar

Abah: "So dah decide siapa yang ko nak kahwini?"

Pemuda: "Dah. Saya pilih yang berpurdah full package."

Abah: "Abah bantah sekeras-kerasnya."

Pemuda: "Kenapa abah?! Katakan kenapa?! Katekanlah!"

Abah: "Abah nak ko pergi lamar minah yang baru pas STPM yang jual pisang goreng dekat corner tepi rumah Kak Bedah, Jalan Ampang, tepi kedai tepon, sebelum roundabout, trafik lite yang ketiga setelah balai polis tu."

Pemuda: "HAH!!? Ni masa depan saya, abah! Abah tak boleh paksa!"

Abah: "Redha orang tua boh! Tak guna abah hantar kau ke Jordan belajar agama kalau ko melawan cakap abah yang tua lagi uzur serta kencing manih ni."

Pemuda: "HMPH! Baiklah abah. Saya akur, rela dan redho."

Pemuda tu dah kenal sangat minah tu. Dengan seluar jeansnya, dengan tshirt ketatnya, dengan tudung pendeknya. Ah, langsung tak ada ciri-ciri isteri solehah idaman kalbunya.

Akhirnya, keluarga perempuan menerima lamaran keluarga si pemuda. Setelah kahwin, maka tinggallah si pemuda dengan minah tu.

Suami: "Kalau saya suruh awak something boleh tak?"

Isteri: "Boleh. Saya isteri awak sekarang."

Suami: "Awak pakai purdah boleh tak?"

Isteri: "Boleh..tapi sebelum tu, boleh tak ajar saya ilmu-ilmu agama, cara nak solat dengan betul, perbetulkan mandi hadas saya, ajar saya al-Quran..siyes, selama ni saya nak belajar agama, cuma tak tahu nak belajar dengan siapa. Tak ada orang nak tunjuk ajar saya. Tak cukup hanya belajar di sekolah. Cikgu tak tumpu pada saya, tapi satu kelas."

Suami: "Emm..insya-Allah.." (Rasa sebak dalam hati)

Pemuda tidak sangka, gadis yang disangka buruknya itu lebih mudah menerima didikan dan ajarannya. Tidak perlu dipaksa untuk belajar. Mudah menyerap segala ilmu yang diajar bila hati berkeinginan untuk belajar. Lama-kelamaan, kasih tersemai, hati bertaut.

Pemuda: "Terima kasih, abah."

Abah: "Bagus, inilah dakwah seorang suami. Kita bukan nak petik mawar berduri. Tapi kita nak tanam, baja dan semai pokok bunga mawar. Bunga mawar yang dipetik, pasti layu. Tapi bunga mawar yang bersama dengan pohonnya insya-Allah terus segar. Kau paham tak?"

Pemuda: "Faham, abah. Anda mampu mengubahnya."

Abah: "Salah tu. Anda mampu mendidiknya."

Pemuda dan abahnya ketawa bersama.

Pemuda dan isterinya hidup bahagia hingga akhirnya. Yang jahil boleh jadi solehah. Yang tak pakai purdah boleh dipakaikan purdah.
Segalanya mungkin.

Dengan iman dan keyakinan tinggi pada Allah.

"SAINS PEMUTUSAN????? APA TUH??????"

assalamualaikum warahmatullah...

selamat berpuasa semuanya... harap2, ibadah bulan ramadhan di tahun ini akan menjadi lebih baik dan hidup korang sentiasa dalam limpah rahmat Ilahi hendaknya... aamiiinnnnn....

semenjak keluarnya keputusan UPU dua minggu lepas, adalah seorang bapa kepada bakal pelajar yang telah terplih untuk mengikuti program pengajian kat skul aku ni... i.e. sains pemutusan, telah menelefon aku... aku dah agak dah, sebab sebelum aku p ngaji, tahun 2006 atau 2007 kalau tak silap, bila lepas jek keluar keputusan UPU, adalah dua tiga orang yang akan tepon opis SQS (School of Quantitative Sciences) untuk bertanyakan apakah itu sains pemutusan. kengkadang jenuh jugak nak jawab berkali2... sebabnya, soklan yang sama dikemukakan... yaa'ani, apa itu sains pemutusan dan apakah kerjaya yang boleh diceburi kalau dapat sains pemutusan ni... disebabkan ramai yang bertanya (walaupun yang tepon aku sorg, aku rasa, lebih ramai lagi yang tertanya2 apa itu sains pemutusan... tak mintak, camana leh dapat? even yang menulis dalam pilihan UPU, UG22, pun tak tau apa itu sains pemutusan... main masuk jek sebab nak completekan 8 pilihan uni), maka aku memblogkan apa itu sains pemutusan. sekurang2nya, ni bolehlah jadi promo kepada kami, sebab setiap tahun, student kami, kebanyakkannya dipilih oleh kami... bukan mereka yang pilih kami... huhuhu... kesian kan???? 

oklah... nak mukaddimah panjang, karang ada pulak yang boring membacanya... back to the main topic...

sains pemutusan ni sebenarnya adalah maksud BM daripada perkataan English, decision sciences. kalau kita tgk makna tersirat daripada perkataan english tu, dah boleh tangkap apa tumpuan kursus ni... apa dia murid????

ya.... betul... pandai korang (tetiba leh terjadi macam cikgu pulak... padahal taktau apa yang korang jawab)... iaitu, sains pembuatan keputusan. tapi, bila kita translate betul2, nampak tak catchy pulak... sebab tu, amik sains pemutusan, dasar perkataan putus... alah, kita kan selalu guna kata putus... yang membawa maksud keputusan... so, jadila pemutusan. sapa yang beri nama ni?

berdasarkan sejarah yang sedikit aku ketahui daripada senior2, kursus ini merupakan kursus yang pertama ditawarkan di IPTA malaysia. kalau kat US, kursus ini dikenali dengan industrial engineering, atau management sciences. sebab apa diberi nama unik camtu? 

sebabnya, nak cepat dapat kelulusan daripada KPT untuk tawarkan kursus tersebut... sekali hantar dah lulus, sebab namanya unik n takde lagi IPTA yang tawar program ni (alamak, kalau salah, jangan saman aku)... dulu, masa aku majoring pengurusan maklumat masa aku amik program IT, aku belajar jugak sains pemutusan ni. tapi, satu subjek jelah... terus jadi minat... daripada satu subjek, terus ditawarkan menjadi satu program pengajian. kursus ni start ditawarkan di UUM masa tahun kemasukan Jun, 2000, kalau tak silap aku... dah lebih sedekad kursus ni ditawarkan... mana pulak kursus baru... la ni, dengar cerita, ada jugak IPTA lain yang tawarkan kursus ni... tapi maybe nama yang berlainan. dengar2 jelah... taktau betul ke idok...

sebenarnya, program sains pemutusan ni, adalah program yang mengajar bagaimana kita boleh menjadi penganalisa setiap alternatif keputusan yang ada, menggunakan logik sains, iaitu, matematik, statistik, operational research (bidang yang glamer kat UK), ICT dan juga logik2 lain. kalau dalam management biasa, untuk pembuatan keputusan, biasanya kita akan gunakan kualitatif, iaitu berdasarkan kepada akal dan logik semata2, serta intuitif... tapi, kursus ini menekankan teknik2 yang digunakan untuk membantu manager kita buat keputusan. 

ada banyak alternatif, kita guna teknik2 pembuatan keputusan, kemudian, kita cuba buat model dengan situasi yang sama dengan masalah tadi, kaji dan nilai alternative, bagi tau buruk baiknya setiap alternatif kepada bos kita, seterusnya, biarkan dia yang buat keputusan nak amik alternatif mana... ok? bleh paham takat ni?

contoh masalah yang perlu decision analyst seperti korang2 yang telah terpilih untuk masuk ke program sains pemutusan ni;

1. di satu-satu universiti, ada lebih kurang 2000 subjek ditawarkan setiap semester untuk diambil oleh lebih kurang 20,000 orang pelajar. macam mana kita nak pastikan, bahawa setiap pelajar tidak akan clash jadual waktunya sebab setiap pelajar ada yang amik subjek wajib uni, wajib skul, serta elektif?

2. ada 10 orang pekerja yang mempunyai kebolehan yang pelbagai. macamana kita nak assign pekerja2 ini, berdasarkan kepada kebolehan mereka dengan tugasan yang ada? camana nak bagi adil pada setiap pekerja?

3. macam mana kita nak pastikan bahawa posmen yang menghantar surat mempunyai jarak yang sama (supaya adil), kos yang rendah, jalan tidak berulang dan sebagainya?

4. macam mana kita nak pastikan bahawa berdasarkan sumber2 yang ada, berapa banyak kos yang dapat kita jimatkan serta kadar keuntungan yang akan diperoleh, serta macamanan kita nak predict demand sesuatu barangan yang telah dikeluarkan?

5. macamana kita nak enhance operasi sesuatu syarikat pengeluaran sekiranya mereka mempunyai sumber2 yang terhad?

6. macam mana nak susun jadual kelas sekiranya saiz sesuatu kelas, bilangan kelas bagi setiap subjek, jumlah pensyarah yang ada bagi setiap pusat pengajian berbeza?

rasanya cukup jek kot aku bagi contoh2 masalah di atas. banyak lagi sebenarnya....

antara subjek2 yang akan korang belajar, maths diskrit, aljabar (bukan mesin aljabar yek), kalkulus (subjek paling aku tak suka, sebab tu dapat C jek), statistik, probability, research methodology (opkos, nak jadi decision analyst, kenelah banyak buat research), programming (nak bantu korang develop system yang boleh sokong pembuatan keputusan), data mining (ada banyak data, senang sikit nak predict apa akan jadi masa depan), teknik2 pembuatan keputusan (banyak sangat teknik2 yang digunakan, jenuh aku nak nulis) dan tidak ketinggalan subjek2 yang wajib amik seperti kenegaraan, tamadun islam, keusahawanan, etc (supaya korang btol2 jadi 'orang')....

ni nak cerita pasal kerjaya dalam bidang ni pulak... sebab ramai beno yang tanya, takut tak dapat kerja... jawapan aku senang jek...

secara dasarnya, asal ada syarikat yang deal dengan masalah dan beberapa alternatif keputusan, bolehlah kita kerja kat sana (ada ke kampeni yang tak pernah ada masalah dan tak pernah deal dengan pelbagai alternatif keputusan.... kan????)... 

kat banking boleh (risk managment terhadap pelaburan yang dilakukan), 

kat insurans (cara nak jaga pelanngan supaya tak lari ke kampeni lain, risk management) boleh, 

kat production kilang boleh (predict berapa banyak keluaran, keuntungan , kos, sumber etc), 

IT based boleh (buat sistem yang menyokong pembuatan keputusan), 

audit firm (pembahagian tugasan dengan orang perseorangan supaya adil) boleh, 

kat JAKIM boleh (predict camana nak majukan ekonomi islam), 

kat jabatan kerajaan boleh (camana nak nilai sesuatu polisi itu berkesan atau tidak, contohnya, pencen 60tahun), 

kat sekolah boleh (camana nak susun jadual kelas, atau jadi cikgu maths), 

kat tesco (camana nak pastikan line kaunter pembayaran tidak terlalu panjang nak elakkan pelanggan lari), 

kat ptptn boleh (camana nak buat unjuran pendapatan supaya lebih ramai org leh buat pinjaman), 

kat pejabat pos boleh (macam masalah kat atas tu), 

dan banyak lagi... jenuh aku nak pk n taip...


tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiii......

kenelah pandai bawak diri serta promot diri sendiri... cerita apa yang telah dipelajari n camana nak apply pada satu2 masalah dalam syarikat yang kita pilih. 

ini, kalau dah belajar sampai sem 6, bila tanya apa yang dah belajar, apa yang boleh apply, teragak2 nak cakap, camanalah nak dapat keje. even kalau lulusan medical DR atau pharmacist pun, kalau tak reti atau tergagap2 nak bercakap apa kesan ubat terhadap pesakit, camanalah hospital nak amik keje... kan???? 

sebab tu, aku selalu cakap pada student2 final sem... 

masa nak buat resume n nak apply keje, cuba senaraikan projek2 yang telah dibuat, dari sem satu sampai sem 6... pastu ceritakan teknik apa yang korang buat, masalah apa yang korang buat... biarpun projek setiap subjek taklah sebesar mana, tulis jek (mana depa nak tau kan, kalau korg tak cerita).... ceritalah yang menampakkan bahawa kita ni, boleh bantu dia untuk macam2 perkara... termasuklah dalam pemilihan kopi untuk diminum dan pemilihan kertas untuk dibuat conteng2 (jimat sumber).... tu kalau takde idealah nak cerita apa itu sains pemutusan. 

what ever it is, pasal kerjaya ni, nasihat aku, toksahlah nak pikiaq dulu.... ada 4 tahun nak blajar apa tu sains pemutusan... apapun, semuanya bergantung kepada rezeki kita... 

kengkadang, orang yang ada engineering degree pun jadi pelakon... orang yang ada ada degree master dalam law jadi tukang masak... orang yang ada phd dalam construction pun jadi counselor... ada sorang x-student sains pemutusan, jadi producer la ni... antara terbitan video clip dia, najwa latif (hat ni jek aku kenal, hat lain, tak kenal)... ditanya aku, apa yang dia boleh apply sains pemutusan dalam penerbitan video? jawapan aku, ketelitian untuk cut paste, edit tu boleh apply dalam sains pemutsuan. kan belajar untuk jadi minda analitikal... so, tulah boleh apply (berkerut dahi aku apa boleh diapply dalam production house ni).... 

bagi aku, agak2 kalau boleh apply apa yang kita belajar, apply lah... apa yang takleh, takyah pening2 kepala nak apply... mau jadi gila isim nanti... 

ok tak penerangan yang diberi ni? harap2 ianya membantulah serta dapat mempromotkan sains pemutusan. so, tahun2 kedepan, takdelah orang tanya lagi...

"SAINS PEMUTUSAN????? APA TUH??????"

tuanpunyablog: terputus-putus keputusan yang telah kuputuskan untuk diambil...


link asal: http://jeprizulkepli.blogspot.com/2012/07/sains-pemutusan-apa-tuh.html?spref=fb