Ahad, 2 Mac 2014

kebaikan

Seorang guru yang separuh umur berjalan-jalan santai bersama seorang remaja, salah seorang di antara murid-muridnya di sebuah taman.

Di sela-sela waktu terdengar ketawa kecil anak remaja tersebut..

Mereka kelihatan sebagai kawan yg sangat akrab walaupun dgn perbezaan usia yg sangat zahir.
Inilah keistimewaan seorang murabbi yg ikhlas.

Sedang berjalan, mereka terlihat sepasang kasut yang sudah usang dan hampir reput bersama beberapa barangan peribadi tukang kebun yg usang.

Remaja itu melihat gurunya sambil mengusul:

"Bagaimana kalau kita usik tukang kebun ini dengan sembunyikan kasutnya, kemudian kita berlindung di belakang rimbun? Dia datang, pasti terkejut.. Jom kita tengok bagaimana dia terkejut dan cemas! He he”

Guru yang alim dan bijak itu menjawab:

"Anakku, tidak elok kita berseronok dengan mempermainkan orang, apatah lagi pada orang yg susah. Kamu kan seorang yang senang, dan kamu boleh sahaja menambah kebahagiaan untuk orang tu? Sekarang saya cadangkan kamu masukkan beberapa keping duit kertas ke dalam kasutnya, kemudian saksikan bagaimana respon tukang kebun tu?"

Pemuda itu terpegun dengan usulan gurunya, bersetuju dan segera berjalan utk memasukkan wang ke dalam kasut tersebut.

Kemudian mereka bersembunyi di belakang rimbunan pepohon..

Selang beberapa waktu, datanglah seorang lelaki dalam lingkungan 40 an, bajunya basah dgn peluh, sambil mengibas-ngibaskan kotoran dari pakaiannya. Dia berjalan menuju tempat barangan yang tinggalkan.

Beliau memasukkan kakinya ke dalam kasut, merasai sesuatu di dalamnya. Dia cuba keluarkan, bila dilihatnya benda asing itu adalah wang kertas, mukanya berubah, dia terpegun.
Ada beberapa keping dalamnya!!

Dia memeriksa sebelah lagi, mukanya hampir2 pucat melihat wang yg lebih banyak!!!

Dia menatap wang itu berulang-ulang, seolah-olah tidak percaya dengan matanya.

Dia melihat ke segala penjuru, seolah-olah mencari orang disekitarnya.. mungkin nak bertanyakan sesuatu..

Beliau mendapati dirinya kesaorangan!!

Dengan segera ia memasukkan wang itu ke dalam sakunya dan terus berlutut sambil melihat ke langit dan menangis. Dia berteriak dengan suara tinggi, seolah-olah berbicara dengan Allah Ar Razzaq (Pemberi Rezeki)

“Aku bersyukur kepada-Mu, Ya Allah, Tuhanku.

Wahai Yang Maha Tahu, isteriku sakit dan anak-anakku kelaparan. Mereka belum menjamah apa2 pun hari ini.

Engkau telah menyelamatkanku, anak-anak dan isteri dari kecelakaan ini ya Allah".

Dia terus menangis dalam waktu cukup lama sambil memandang ke
langit sebagai ungkapan rasa syukurnya atas kurnia dari
Allah Yang Maha Pemurah.

Murid tadi, sangat terharu dengan apa yang dilihat. Air matanya meleleh tanpa dapat dibendung.

Guru yang bijak terus bersuara:

“Bukankah sekarang kamu rasa lebih bahagia
dari mengusik orang lain dan lucu melihat orang yg kehilangan barangan?”

Pemuda itu segera menjawab,

“Harini aku mendapat pelajaran yang tidak akan mungkin aku lupakan seumur hidupku. Sekarang aku baru faham makna kalimah yang dulu belum aku fahami sepanjang hidupku:

“Ketika kamu memberi, kamu akan mendapatkan kebahagiaan yang lebih banyak dari pada kamu mengambil”.

Gurunya melanjutkan

"Sekarang ketahuilah bahawa pemberian itu bermacam-macam:

• Memaafkan kesalahan orang di saat kita mampu membalas
dendam, adalah suatu pemberian.

• Mendo’akan teman dan saudaramu di belakangnya (tanpa pengetahuannya) adalah suatu pemberian.

• Berusaha utk berbaik sangka dan menghilangkan sangka buruk darinya juga satu pemberian.

• Menahan diri dari membicarakan aib saudaramu di belakangnya, adalah satu pemberian lagi.

*Ini semua adalah pemberian dari Allah, supaya kesempatan memberi tidak hanya dibuat oleh orang-orang berada sahaja.
Jadikanlah semua ini pelajaran, wahai anakku!

Semoga bermanfa'at

PU Hisam






Urus Mayat Masjid Seri Jugra


















Jumaat, 28 Februari 2014

DONG Nguyen

DONG Nguyen, pencipta permainan mobil yang dikenali sebagai Flappy Bird bertindak memadam permainannya daripada semua lokasi muat turun di internet sebagai langkah taubatnya kepada orang ramai. Tidak sampai 10 bulan berada dalam senarai muat turun di Google Play dan Apple’s App Store, Don Nguyen dilaporkan memperoleh pendapatan mencecah USD50,000 sehari apabila permainannya itu dimuat turun jutaan manusia di seluruh dunia.

Kisah kejayaannya itu satu perkara, yakni mengejutkan banyak pihak dalam dunia startup kerana dalam masa singkat permainan itu begitu laris dan berjaya meskipun hanya berasaskan model permainan yang serba ringkas.


Seperkara lain, tindakan Dong Nguyen menarik semula permainannya setelah tidak mampu lagi melayan permintaan pelik penagih Flappy Bird juga mengejutkan ramai pihak. Semua orang bermimpikan mahu menjadi seperti Dong, bangun pagi kemudian terlintas satu idea yang mudah di benak dan terus laksanakan idea itu sebelum dalam masa yang singkat menjadi begitu berjaya.

Pendek kalam, Dong Nguyen bertaubat. Katanya, dia tidak kejarkan wang ringgit tetapi ketenangan hidup dan kebahagiaan. Adanya Flappy Bird, ternyata kedua-dua elemen itu diragut.

kaabah

Ketika Rasulullah S.a.w berusia 35 tahun, orang Quraisy meroboh dan membangunkan semula Kaabah kerana Kaabah ketika itu hanya berupa susunan batu-batu yang sedikit lebih tinggi daripada tubuh manusia. Tingginya 9 hasta sejak dibangunkan pertama kali oleh Nabi Ismail. Kaabah tidak beratap menyebabkan para pencuri sering memasukinya dengan memanjat dan melompat dari atas untuk mencuri barang-barang berharga yang ada di dalamnya.

Akibatnya, bangunan yang telah tua itu semakin rapuh dan dindingnya pecah-pecah. Ditambah lagi denganpernah berlaku kebakaran padanya. 5 tahun sebelum Rasulullah S.a.w diangkat sebagai nabi dan rasul, Mekah dilanda banjir besar yang luapan airnya sampai ke Kaabah. Sehinggakan bila-bila masa sahaja Kaabah boleh roboh.

Pada mulanya, pemulihan Kaabah tidak dapat dilaksanakan kerana kaum Quraisy lebih suka untuk membiarkan bangunan asal Kaabah seperti seadanya. Mereka juga tidak berani merobohkannya kerana Kaabah sangat diagungkan oleh mereka.

Kemudian, diputuskan juga untuk memperbaiki Kaabah, tetapi dengan kesepakatan bahawa mereka tidak akan memasukkan apa-apa ke dalamnya kecuali perkara yang baik. Maka mas kahwin pelacur, wang daripada hasil penjualan dengan sistem riba serta barang rampasan tidak diterima.

Namun begitu, mereka masih juga merasa takut untuk merobohkannya. Al-Walid berkata kepada mereka, "Apakah kalian merobohkannya dengan maksud untuk memperbaikinya atau merosakkannya?" Mereka menjawab, "Tidak, kami bermaksud untuk membaikinya." Maka al-Walid ibnu Mughirah menjawab, "Kalau memang demikian, sesungguhnya Allah tidak akan membinasakan orang-orang yang mengadakan perbaikan."

Akhirnya al-Walid ibnu Mughirah al-Makhzumy memulakan menghancurkan dinding Kaabah. Melihat Walid tidak mengalami apa-apa, mereka semua mengikutinya. Mereka terus merobohkan Kaabah hingga tiba bahagian dasar yang dulunya dipasang oleh Nabi Ibrahim a.s. Selepas itu mereka mula membangunkannya kembali.

Mereka membahagikan Kaabah menjadi beberapa bahagian. Setiap bahagian dikhususkan pembangunannya kepada satu kabilah. Setiap kabilah pun mula mengumpulkan batu-batu lalu membangunkan bahagian yang menjadi bahagian masing-masing. Muhammad S.a.w dan bapa saudaranya Al-Abbas adalah termasuk dalam orang-orang yang memikul batu-batu. Orang yang merancang susun bangunan ialah arkitek berbangsa Rom bernama Baqum.

Ketika pembangunan telah sampai pada tahap perletakan kembali Hajarul Aswad pada tempatnya semula, orang Quraisy berselisih tentang siapa yang layak mendapat penghormatan meletakkan Hajarul Aswad di tempatnya. Perselisihan terus berterusan hingga 4 atau 5 hari. Situasi terus panas sehingga nyaris-nyaris menjadi pertumpahan darah di Tanah Haram.

Mujurlah Abu Umayyah bin Mughirah al-Makhzumy meredakan suasana dengan menawarkan cadangan agar keputusan dan perselisihan mereka diserahkan kepada orang yang pertama masuk menemui mereka melalui pintu masjid. Mereka semua menerima cadangan tersebut. Rupa-rupanya Allah mengkehendaki bahawa orang yang pertama masuk ialah Nabi Muhammad S.a.w. Tatkala mereka melihat baginda datang, mereka berseru, "Ini dia al-Amin. Kami redha terhadapnya. Inilah Muhammad."

Tatkala baginda sampai di hadapan mereka, mereka terus menceritakan permasalahan mereka kepada baginda. Baginda lantas meminta sehelai kain yang panjang dan lebar, lalu meletakkan Hajarul Aswad di tengah-tengahnya. Lalu baginda meminta semua pembesar daripada setiap kabilah untuk memegang hujung kain. Baginda menyuruh mereka untuk sama-sama mengangkatnya. Setelah mereka sampai di tempat meletakkan Hajarul Aswad, Rasulullah S.a.w mengambilnya dan meletakkan di tempatnya semula. Ini lah penyelesaian bijak yang diredhai oleh semua orang.

Ketika hampir selesai membangunkan Kaabah, orang Quraisy kehabisan modal yang diperolehi daripada hasil yang baik. Maka mereka membiarkan bahagian sebelah utara sebanyak 6 hasta yang kemudian disebut sebagai al-Hijir atau al-Hathim. Mereka membina pintunya lebih tinggi dari permukaan tanah, agar tidak dimasuki kecuali oleh orang yang memang mempunyai keperluan. Tatkala pembinaan dindingnya sampai setinggi 15 hasta, mereka membuatkan atap untuk Kaabah yang disangga dengan 6 buah tiang.

Ketika pembangunannya selesai, Kaabah kelihatan berbentuk seperti kubus yang tingginya mencapai 15 meter. Bahagian sisinya terdapat Hajarul Aswad dan sisi lawannya mempunyai panjang 10 meter. Hajarul Aswad diletakkan pada ketinggian 1.5 meter dari permukaan tanah yang digunakan untuk bertawaf. 

Sementara bahagian sisi lain terdapat pintu dan sisi lawannya mempunyai panjang 12 meter, dengan pintu setinggi 2 meter di atas permukaan tanah. Di sekeliling Kaabah, bahagian luar terdapat kerangka bangunan yang letaknya paling bawah, yang dinamai dengan Syadzirwan dengan ketinggian lebih kurang 0.25 meter dan lebar kira-kira 0.3 meter. Syadzirwan merupakan sebahagian daripada bangunan asal Kaabah yang dibiarkan di situ oleh orang Quraisy.
Rujukan:

1 - ar-Rahiq al-Makhtum (Sirah Nabi) - Syeikh Sofiyurahman al-Mubarakfuri
2 - Nurul Yaqiin - Syeikh Muhammad al-Khudhari Bek