Khamis, 29 Mei 2014

Salman al-Farisi

Dalam kehidupan ini, cinta dan kasih sayang lumrah manusia. Perasaan itu suatu anugerah Allah yang dapat meneruskan impian hingga ke jenjang pelamin. Syukur kerana segala hajat dan niat akhirnya tercapai dengan izin Allah.
Namun, tidak kurang juga yang terkandas di pertengahan jalan dan diselubungi rasa kecewa. Sesetengahnya gagal membendung perasaan itu dan bertindak nekad untuk melakukan perbuatan negatif yang memudaratkan diri.

Perasaan kecewa sehingga menyusul dengan tindakan memudaratkan ditegah dalam Islam. Kita seharusnya menerima segala kemungkinan sebagai suratan takdir dengan hati yang lapang dan penuh reda. Mari kita ikuti satu kisah sahabat membabitkan Salman al-Farisi yang mengenali seorang wanita Muslimah solehah daripada kaum Ansar dan berhajat memperisterikannya. Sahsiah wanita itu begitu memikat hatinya. Bagaimanapun, jauh di lubuk hatinya timbul rasa sangsi sama ada beliau layak untuk meminang wanita berkenaan atau sebaliknya. Hal ini memandangkan beliau bukanlah penduduk asal Madinah. Beliau sedar hakikat itu. Namun, gelojak hatinya begitu ingin menikahi wanita Ansar berkenaan, lalu beliau berfikir cara menunaikan hasrat itu.
Timbul di benak fikirannya yang beliau memerlukan orang lain sebagai jurubicara yang mempunyai latar belakang dan tahu adat tradisi penduduk Madinah. Akhirnya Salman memilih sahabat karibnya, Abu Darda sebagai pengantara. Abu Darda adalah sahabat Ansar dipersaudarakan dengannya. Salman tanpa segan silu kemudian meluahkan hasrat terpendam kepada sahabatnya itu dan ia disambut gembira.

Kata Abu Darda: “Maha Suci Allah dan segala puji bagi Allah.” Mereka berdua berpelukan kerana gembira dengan berita itu. Selepas itu, segala persiapan dilakukan dan mereka berdua berangkat ke rumah gadis yang ingin dipinang Salman. Tiba di rumah gadis berkenaan, berkatalah Abu Darda selaku jurubicara Salman: “Saya Abu Darda dan ini adalah saudaraku, Salman al-Farisi yang berasal dari Parsi. Allah memuliakannya dengan Islam dan beliau juga memuliakan Islam dengan amal dan jihadnya. “Beliau memiliki kedudukan utama di sisi Rasulullah SAW sehingga baginda menganggapnya sebagai sebahagian daripada ahli keluarganya. 
“Saya datang untuk mewakili saudaraku ini melamar anak gadis tuan bagi dipersuntingkannya.” Begitulah teratur dan beradabnya Abu Darda mengatur tutur bicara. Kemudian si ayah gadis itu pula membalas bicara: “Kami sangat berbesar hati menerima anak berdua, sahabat Rasulullah SAW yang mulia. “Kami juga berasa begitu bertuah jika bermenantukan seorang sahabat Rasulullah SAW yang utama. “Namun, jawapannya saya serahkan sepenuhnya kepada anak gadis kami.” Selepas mereka berbincang di sebalik tirai, si ibu gadis itu mengatakan keputusan anaknya. Kata ibu gadis itu: 
“Maafkan kami kerana terpaksa berterus terang, tetapi kerana anak berdua yang datang, maka dengan mengharapkan reda Allah saya menjawab bahawa anak gadis kami menolak pinangan Salman. “Namun, jika yang melamar anak gadis kami ialah Abu Darda anak gadis kami tidak menolaknya.” Dalam situasi beginilah kita akan dapat satu gambaran budi sahsiah terpuji yang cukup luhur pada diri Salman. Meskipun dia sangat terkejut dengan jawapan berterus terang itu, sikap berlapang dada nyata begitu tinggi dimiliki sahabat Rasulullah SAW ini.

Kata Salman: “Allahuakbar. Semua mahar dan nafkah yang kusediakan ini akan aku serahkan kepada Abu Darda, malah aku sendiri yang akan menjadi saksi pernikahan kalian berdua nanti.” Demikian sekelumit kisah yang terjadi dalam kalangan sahabat Rasulullah SAW. Dalam keadaan yang begitu genting yang pada sesetengah pihak pasti akan mencetuskan impak negatif, tetapi pada mereka menerima sesuatu takdir Allah menjadi sikap peribadi.
Pengajaran di sebalik kisah itu ialah kita seharusnya bersikap reda dan bersedia menerima apa-apa saja takdir dalam kehidupan ini dengan hati yang tabah. Ini kerana setiap perkara yang berlaku ke atas diri kita ada hikmah yang terselit bersamanya. Jangan cepat bertindak terburu-buru, mengikut nafsu dan emosi kerana akibatnya juga buruk. Hasan al-Basri ada satu nasihat kepada kita apabila dirundung rasa kecewa dalam hidup. Kata beliau: 
“Janganlah kamu membenci musibah yang menimpa, mungkin ada keuntungan di sebalik perkara yang kamu benci, mungkin ada kerugian di sebalik perkara yang kamu cintai.” Malah, Allah ada berfirman yang bermaksud: “...dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui sedang kamu tidak mengetahuinya.” (Surah al-Baqarah, ayat 216) 

hadaad

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

CUIT-CUIT UST KAY (Khamis, 29 Rejab 1435H)
Al-Hadaad 

Al-Hadaad (Berkabung) ataupun Ihdad menurut Imam An-Nawawi Rahimahullah ialah meninggalkan berhias-hias samada dengan pakaian, barang kemas dan bau-bauan yang harum. (Raudhah Al-Thalibin, 8 / 405) Ini bermaksud perempuan yang berihdad ialah perempuan yang meninggalkan perkara yang berkaitan dangan berhias dan apa-apa yang boleh merangsang umpamanya memakai minyak wangi serta bersolek.

Tuntutan berkabung ini pada lazimnya hanyalah ditujukan kepada perempuan yang kematian suami selama iddahnya. Sementara lelaki tidak berkaitan dengan tuntutan berkabung ini. Jangan berghuluw (berlebih-lebihan) dalam urusan agama.

PENCERAHAN :
Berkabung, dalam bahasa Arabnya adalah al-Hadaad ( الْحَدَادُ ). Maknanya, tidak mengenakan perhiasan baik berupa pakaian yang menarik, minyak wangi atau lainnya yang dapat menarik orang lain untuk menikahinya. Pendapat lain menyatakan, al-Hadaad adalah sikap wanita yang tidak mengenakan segala sesuatu yang dapat menarik orang lain untuk menikahinya seperti minyak wangi, celak mata dan pakaian yang menarik dan tidak keluar rumah tanpa keperluan mendesak, setelah kematian suaminya.

Al-Hadaad, terbahagi kepada dua. Pertama, berkabung dari kematian suami selama 4 bulan 10 hari. Kedua, berkabung dari kematian salah satu anggota keluarganya, selain suami iaitu selama 3 hari sahaja. Pembahagian ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW :

لَا يَحِلُّ لِامْرَأَةٍ تُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ أَنْ تُحِدَّ عَلَى مَيِّتٍ فَوْقَ ثَلَاثٍ إِلَّا عَلَى زَوْجِهَا رواه مسلم

"Tidak halal seorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhirat untuk berkabung atas kematian melebihi tiga hari, kecuali atas kematian suaminya" (HR : Muslim)

فَإِنَّهَا تُحِدُّ عَلَيْهِ أَرْبَعَةَ أَشْهُرٍ وَعَشْرًا

"Maka ia berkabung atas hal tersebut selama empat bulan sepuluh hari" (HR : Bukhari)

Amalan perkabungan hanya khas bagi wanita sahaja.
Manakala kaum lelaki, tidak disyariatkan berkabung atas kematian. Perkara ini disepakati oleh ulama. Kita boleh lihat dalam kitab-kitab feqah lama dan moden yang membahaskan hukum berkabung, ulama hanya membahaskan tentang perkabungan wanita.

Cuma, ada segelintir ulama yang mengisyaratkan kepada keharusan berkabung bagi lelaki, dalam tempoh tiga hari sahaja. (Kitab al-Inshaf 6/279 dan Matolib Uli al-Nuha 1/924) Itupun, hanya bagi individu yang ditimpa musibah kematian dari kalangan saudara maranya sahaja. Bukan orang biasa yang tiada pertalian darah atau nasab.

Manakala, adat berkabung atas kematian pemimpin, dengan cara seperti merendahkan bendera, memakai pakaian serba hitam, songkok berlilit dan seumpamanya, ia satu perkara yang tidak ada asas dalam syarak dan tidak didapati sumbernya dalam agama, dan perbuatan salafus soleh. Malahan, ketika wafat pemimpin paling agung, Rasulullah SAW, sahabat tidak melakukan perkabungan seumpama ini.

Adapun memakai pakaian tertentu seperti pakaian hitam dan sejenisnya, maka ini tidak ada asalnya dan merupakan perkara yang batil dan tercela. (Fatwa Nur'alad Darb - Asy-Syeikh Ibnu Utsaimin hal. 76). Ini menunjukkan ia tidak syar'ie. Malah lebih dibimbangi amalan umpama ini diceduk daripada adat masyarakat bukan Islam khususnya Agama Kristian. Sedangkan kita dilarang tasyabbuh (meniru) adat mereka.

Tasyabbuh (menyerupai) orang-orang kafir adalah haram meskipun tidak mempunyai maksud seperti mereka, dengan dalil hadis dari Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhuma dari Rasulullah SAW ;
من تشبه بقوم فهو منهم

“Barangsiapa yang menyerupai dengan satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka.” (HR. Abu Dawud)

Hadis ini menetapkan berbagai hal tentang dilarangnya menyerupai orang-orang kafir. ‘Amr bin Syu’aib telah meriwayatkan dari bapaknya dan dari datuknya bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:

ليس منا من تشبه بغيرنا، لا تشبهوا باليهود ولا النصارى

“Bukan termasuk golongan kami orang yang menyerupai kaum selain kami. Jangan kalian menyerupai Yahudi dan Nashrani.”

Maka amalan berkabung sempena kematian pembesar atau kerabat istana bukanlah dari ajaran Islam. Bahkan menyanggahi apa yang ditegaskan oleh Rasulullah SAW. Mereka yang meninggal pada hari ini tidak lebih mulia dari insan-insan soleh bermula Rasulullah SAW dan selepas baginda. Jika kematian mereka pun umat tidak berkabung kerana mematuhi arahan Rasulullah SAW, apakah kita merasai pembesar dan kerabat yang meninggal pada zaman ini lebih mulia dari mereka? Sama sekali tidak. Kepada Allah kembali segala urusan! (MAZA)

KESIMPULAN :
Apa yang Ust Kay nampak pelik sikit situasi masyarakat kita ni, bila ada kematian raja-raja atau pembesar barulah nak hentikan rancangan hiburan kat tv, konsert dan sebagainya, yang pembaca berita pula barulah nak pakai tudung. Bacaan Al-Quran pun tak henti-henti di semua saluran TV, Alhamdulillah ! Lepas tujuh hari lepas tu hiburan akan rancak kembali...
Wallahu a'lam - Berkabung maksiat selamanya. Ukay's

Rabu, 28 Mei 2014

Sahl At-Tustari

Sahl At-Tustari memanggil jirannya penganut Majusi semasa beliau hendak wafat. Kebetulan si jiran tinggal di rumah bertingkat yang berada di atas rumah Sahl.

Ketika memasuki rumah Sahl, si Majusi menyaksikan ada bekas penampung air yang diletakkan di bawah rumah si Majusi yang berlubang, yakni di kedudukan bilik mandinya.

Melihat keadaan seperti itu, si Majusi bertanya, "Wahai Syeikh, apa ini?" Sahl At Tustari pun menyampaikan, "Sejak satu tahun lalu, bilik mandi anda bocor sampai airnya mengalir ke rumah ini. Dan tiap hari aku letakkan bekas itu, seperti yang anda saksikan, dan malamnya aku buang airnya lalu kukembalikan kedudukannya seperti semula. Kalau bukan kerana hendak wafat dan aku tidak menghendaki orang selainku berbuat tidak baik kepada anda, maka aku tidak akan memberitahu tentang hal ini. "

Mendengar penuturan Sahl At Tustari, si Majusi pun menangis dan manyampaikan, "Demi Allah, betapa akhlak baik selalu menghiasi agama. Celakalah aku, Engkau memperlakukanku dengan perlakuan demikian, engkau meninggal sedangkan aku masih dalam kesesatan. Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang wajib disembah kecuali Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah utusan Allah. Dan aku wakafkan rumahku ini untuk para faqir." (Thabaqat Al Auliya, hal. 235)

Sahl At-Tustari

Sahl At-Tustari memanggil jirannya penganut Majusi semasa beliau hendak wafat. Kebetulan si jiran tinggal di rumah bertingkat yang berada di atas rumah Sahl.

Ketika memasuki rumah Sahl, si Majusi menyaksikan ada bekas penampung air yang diletakkan di bawah rumah si Majusi yang berlubang, yakni di kedudukan bilik mandinya.

Melihat keadaan seperti itu, si Majusi bertanya, "Wahai Syeikh, apa ini?" Sahl At Tustari pun menyampaikan, "Sejak satu tahun lalu, bilik mandi anda bocor sampai airnya mengalir ke rumah ini. Dan tiap hari aku letakkan bekas itu, seperti yang anda saksikan, dan malamnya aku buang airnya lalu kukembalikan kedudukannya seperti semula. Kalau bukan kerana hendak wafat dan aku tidak menghendaki orang selainku berbuat tidak baik kepada anda, maka aku tidak akan memberitahu tentang hal ini. "

Mendengar penuturan Sahl At Tustari, si Majusi pun menangis dan manyampaikan, "Demi Allah, betapa akhlak baik selalu menghiasi agama. Celakalah aku, Engkau memperlakukanku dengan perlakuan demikian, engkau meninggal sedangkan aku masih dalam kesesatan. Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang wajib disembah kecuali Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah utusan Allah. Dan aku wakafkan rumahku ini untuk para faqir." (Thabaqat Al Auliya, hal. 235)

part time

Disini saya nak kongsikan beberapa kerja part time yg sesuai utk anda lakukan utk berdepan dgn peningkatatan kos sara hidup.
1. Bina tandas awam. Jika anda ada tanah dan ia berada di lokasi strategik, anda boleh bina sebuah tandas. Kalau rajin buat sekali tempat mandi.
2. Jual air tepi jln. Kos rendah dan anda takkan rugi.
3. Menjahit. Dekat2 nak raya pasti anda tak menang tgn.
4. Buat kuih-muih, nasi lemak, bihun dll. Tumpangkan makanan2 tersebut di warung dan anda bagi sedikit komisen pada pemilik warung.
5. Tukang urut. Sesiapa yg tinggal di bandar bole cuba buat urut aroma bukannya urut sytle kampung kerana urut kampung biasanya diwarisi. Urut aroma boleh dipelajari. Ingat sbg org Islam anda tahu mana halal haram. Jika lelaki anda kena urut lelaki shj. Kalau anda urut zakar atas permintaan pelanggan utk buang sperma, anda dikira pelacur dan dpt duit haram. Nasihat saya jgn buat urut batin.
6. Tukang masak delivery. Kalau tinggal dekat dgn IPT anda boleh cuba masak dirumah kemudian hantar makanan kpd pelanggan. Percayalah memang laku sebab budak U mmg kuat mkn lebih2 lgi waktu mlm.
7. Jual minuman dan makanan yg dah dibungkus di dpn kilang. Saya sendri pnh nampak org jual air dan nasi di bonet keretanya di depan sebuah kilang. Pelanggan ramai.
8. Semai anak pokok yg unik utk jual di psr minggu. Saya pnh nampak org jual anak pokok laici, longan brazil, markisa, cili jalapeno dll kat pasar minggu. Harga rm5-10 sepokok.
9. Mekanik jalanan. Kalau pandai baiki kenderaan bole tampal servis anda kat jln raya. Selalunya byk moto pancit dan kereta rosak. Tapi jgn buat kerja bodoh tabur paku atas jalan sbb nak cepat ada pelanggan. Haram.
10. Lain2 akan menyusul.