Jumaat, 8 Disember 2017

Cermin diri

Dua orang ahli bomba masuk ke dalam hutan untuk memadamkan satu kebakaran kecil. Sesudah selesai, mereka berdua lantas menuju ke arah sebuah sungai.

Wajah salah seorangnya telah dilumuri abu hitam; sebaliknya wajah seorang lagi adalah bersih sama sekali tanpa sebarang noda.

Soalan: Ahli bomba manakah yang akan membasuh muka?

Mengapa Cermin Dicipta?

Sebab utama cermin dicipta adalah untuk melihat kalau-kalau ada yang tidak kena pada penampilan diri. Adakah rambut kita tersisir rapi? Adakah tudung yang dipakai itu senget? Adakah jambang yang dicukur itu kemas lagi licin? Adakah celak dan gincu yang ditempek itu herot? Atau masih adakah saki-baki air liur basi yang terlekat di pipi?Dengan kata lain, kita melihat cermin untuk memastikan kesempurnaan fizikal diri.

Kata kunci di sini ialah "memastikan kesempurnaan". Ini bermaksud, melihat cermin dengan tujuan untuk "syok sendiri akan kesempurnaan" diri adalah sangat terpesong daripada tujuan asal mengapa cermin dicipta.

Berbalik kepada soalan di awal-awal tadi, siapakah yang akan membasuh muka?

Yang berwajah kotor atau pun yang berwajah bersih?

Jawapan yang betul adalah si ahli bomba yang berwajah bersih.

Mungkin jawapan ini agak mengelirukan. Mengapa pula yang si berwajah kotor tidak membasuh mukanya?

Begini : Apabila yang berwajah kotor itu melihat rakannya yang berwajah bersih, maka dia pun berpendapat bahawa wajahnya pasti lah bersih seperti rakannya. Namun perkara yang sebaliknya berlaku kepada yang berwajah bersih. Apabila dia melihat kekotoran pada wajah rakannya itu, maka dia pun berkata kepada diri sendiri : "Muka aku pun mesti kotor juga macam dia. Baik aku basuh."

Cermin yang betul dan Cermin yang salah?

Cermin yang betul, apabila memandangnya, kita mampu menginsafi akan kelemahan diri. Ia adalah analogi kepada apa yang berlaku apabila ahli bomba berwajah bersih melihat wajah kawannya yang kotor itu.

Jika kita ada seorang kawan yang baik sifatnya, maka mereka adalah cermin untuk menilai apa yang masih kurang pada diri.

Jika kawan itu kurang baik pula sifatnya, ia tetap boleh menjadi cermin bagi mengingatkan adakah kita juga begitu sebenarnya?

Itulah dia cermin yang digunakan oleh mereka yang selalu muhasabah diri.

Cermin yang salah pula, apabila memandangnya, kita semakin berbangga akan kesempurnaan palsu pada diri.

Ia adalah analogi kepada apa yang berlaku apabila ahli bomba berwajah kotor melihat wajah kawannya yang bersih itu.

Dalam kes ini, kawan di sekeliling dijadikan cermin untuk melihat betapa sempurnanya diri kita jika dibandingkan dengan mereka.

Pada akhirnya, cermin yang salah ini dijadikan justifikasi untuk kita kekal di takuk lama.

Kata kita kepada diri sendiri, "Aku ni kira baguslah. Kalau nak dibandingkan dengan si polan yang duduk seberang jalan, lagi macam setan dia tu!"

Nabi SAW bersabda :' Seseorang itu akan ikut siapa yang dia berkawan. Jika kamu berkawan dengan tukang jual minyak wangi dan kamu tidak mampu membeli minyak wangi itu tetapi setidak-tidaknya bau harum minyak wangi akan kena juga pada pakaian kamu DAN jika kamu berkawan dengan tukang ketuk besi, biarpun percikkan api daripada ketukan tidak kena pada kamu tetapi bau asap api akan kena juga pada pakaian kamu.Itulah dia cermin yang digunakan oleh mereka yang selalu syok sendiri akan kesempurnaan diri.

~Jadi siapakah kita antaranya?~

Khamis, 7 Disember 2017

Rezeki

Kelmarin aku berjumpa dengan seorang ahli perniagaan. Cadangnya cuma nak dengar kisah jatuh bangun perjalanan beliau berniaga. Rupanya Tuhan mahu beri aku pengajaran yang betul-betul berbekas dalam jiwa.

"Maaflah hari tu tak jadi jumpa, kereta saya rosak. Habis kena repair enjin," kata beliau.

"Wah, teruknya. Macam mana boleh rosak tu?"

Beliau terdiam sebentar.

"Ada kisah di sebaliknya. Allah nak beri peringatan."

Aku meneguk air kopi yang baru dihidangkan sambil memasang telinga.

"Ini saya beritahu sebagai pengajaran saja ya. Bukan untuk saya menunjuk-nunjuk," beliau memulakan cerita.

"Saya sudah sekian lama menyumbang wang untuk sebuah surau. Saya bayarkan bil elektrik surau tersebut. Dari puluhan ringgit sebulan hinggalah jadi seribu lebih sekarang. Setiap bulan tak pernah tinggal, selama beberapa tahun."

"Tapi itulah, kita rasa kita ini pandai."

"Tempoh hari saya beritahu pada pengerusi surau terbabit yang saya nak berhenti menyumbang sekejap. Saya nak rehat 6 bulan. Yalah, dalam keadaan ekonomi sekarang, saya fikir saya nak jimat sedikit duit. Pengerusi itu pun kata tak mengapa, dia akan cuba bayar bil elektrik itu dari duit tabung masjid dan sumbangan yang lain."

"Selang beberapa hari, kereta MPV saya mula meragam. Lampu indicator menyala. Saya rasakan mungkin masalah enjin. Bila bawa ke mekanik, dia kata kalau nak betulkan kena RM7000. Saya biarkan saja, tak mahu repair lagi."

"Suatu hari, saya sedang memandu. Tiba-tiba perasan suhu enjin naik, tak lama kemudian keluar asap. Saya terus berhentikan kereta. Panggil tow truck untuk bawa ke bengkel berdekatan."

"Awak tahu berapa saya kena untuk baiki? RM10,000!"

Tercengang aku dengar. Aduh, banyaknya nak kena bayar. Kalau aku kena memang menangis.

"Bila jadi macam tu, terus saya teringat pada sumbangan surau tadi. Itu perkara pertama yang terlintas dalam kepala saya."

"Kononnya saya nak jimat 6 bulan punya bil, Tuhan ambil dari saya lagi banyak dari itu."

"Kita tak sedar, rupanya selama ini duit kita masuk, kita mampu bayar bil sana sini, semuanya Tuhan yang bagi izin. Kita ingat kita pandai, konon nak jimat, padahal Tuhan yang bagi kecukupan itu untuk kita."

Beliau berhenti seketika untuk menghirup kopi, kemudian menyambung,

"Tapi saya bersyukur, sebab Tuhan cuma ambil RM10,000. Bayangkan apa yang terjadi kalau saya ditimpa kemalangan akibat kerosakan enjin tadi? Mungkin belanjanya lebih besar, mungkin saya atau ahli keluarga cedera. Tentu lebih teruk."

"Tuhan cuma ingin menyedarkan."

"Apa pengajaran yang kita dapat dari kisah saya ini? Kalau awak dah biasa buat sumbangan atau sesuatu amalan, jangan tinggalkan. Jangan rasa pandai, nak rehat atau nak relaks kejap. Jangan."

"Setakat mana yang awak mampu bagi, buat saja. Sikit pun tak apa. Yang penting jangan dihentikan.

"Jangan takut tak cukup atau tak mampu. Tuhan yang cukupkan dan Tuhan yang beri awak kemampuan. Kita mungkin ada buat pelbagai pengiraan matematik, namun hakikatnya rezeki ini sesuatu yang kita tak boleh jangka. Bila-bila masa Tuhan boleh beri dan ambil."

Fuh, tersandar aku mendengar kisah beliau.

Aku teringat amalan-amalan yang aku buat. Kadang rajin kadang malas. Betul, bila dah selalu buat, sampai satu masa kau akan rasa letih. Kau rasa nak rehat sekejap. Konon nanti bila dah puas rehat, boleh sambung balik.

Bila dengar cerita beliau ini, aku terus insaf. Tak jadi aku nak bermalas-malasan dalam memberikan 'hadiah' kepada Tuhan.

Ya, kita ingat kita ini cukup pandai. Waktu tak ada duit, merayu berhari-hari minta bantuan Tuhan. Bila Tuhan sudah bagi senang sedikit, mulalah nak rehat.

Kau lupa, yang izinkan kau untuk beribadat itu Tuhan. Yang izinkan kau untuk bersedekah itu juga Tuhan. Kerja kau, buat saja. Tuhan akan uruskan yang lain-lain. Kau rasa tak cukup, nanti Tuhan akan tambah.

Dia macam ini, duit kau dan rezeki kau yang hakiki, Tuhan dah asingkan siap-siap, langsung tak luak pun. Kau tak perlu risau yang itu. Sekarang ini Tuhan bagi kau lebihan duit, hanya untuk kau sedekah dan dapat pahala percuma.

Tapi kalau begitu pun kau rasa penat dan nak berhenti, kalau duit lebihan itu pun kau rasa kau yang punya, maka wajarlah Tuhan bagi peringatan.

Sungguh aku insaf.

Aku harap kau pun dapat pengajaran juga dari kisah ini. Sama-samalah kita beringat. Dalam harta kita, ada juga hak untuk orang lain. Sikit kongsi cara sikit, banyak kongsi cara banyak, namun jangan ditinggal terus.

Selamat beramal.

Imam dan berjemaah

Basic Solat Berjemaah yang sebenarnya ramai masih tak tahu.
.
1. Kalau Imam bangun (terlebih rakaat), jangan ikut. Sapa ikut batal solat. Bilangan rakaat solat dah tetap tak boleh tambah dengan sengaja melainkan terlupa.
.
2. Kalau Imam lupa tahiyat awal dan terus berdiri, kena ikut. Jangan pandai2 suruh Imam duduk semula. Kalau imam duduk, batal solat dia (Mazhab Syafie).
.
.
Nak cerita sikit pengalaman sebenar :
.
1. Ada solat kat satu masjid baru-baru ini, Imam terlupa duduk tahiyat awal. Beliau terus berdiri tegak. Kemudian punyalah ramai jemaah belakangnya tegur 'Subhanallah' (sambil duduk tahiyat awal). Aku yang dah berdiri ni harap sangat janganlah Imam pergi duduk semula. Tiba-tiba Imam turun pergi duduk balik. Terpaksa Mufarraqah (berpisah dari imam).
.
2. Pernah berhenti solat kat satu surau waktu Zohor, dah rakaat ketiga. Tiba-tiba Imam terbatal ketika duduk antara dua sujud (kentut yang berbunyi). Semua jemaah bubar dan batalkan solat tersebut. Sepatutnya, orang belakang imam tu ambil alih jadi imam dengan kuatkan suara. Boleh langkah ke depan selangkah bila berdiri.
.
3. Ketika Solat Asar kat masjid kampung sendiri tahun lepas. Imam terus berdiri selepas rakaat ke-4. Ramai yang ikut berdiri sedangkan mereka tahu itu dah masuk rakaat ke-5. Imam tu sah solat sebab dia terlupa. Tapi makmum yang ikut dengan tahu/sedar, semua batal solat. Takde solat Asar 5 rakaat. Kita ada 2 pilihan, Mufaraqah (berpisah dari imam dan terus bagi salam) atau tunggu Imam kat Tahiyat akhir dan bagi salam bersama-sama.
.
.
Sebab tu dalam hadis ada sebut, orang yang belakang Imam tu kena yang paling baik ilmu agamanya. Supaya tahu nak buat apa untuk gantikan Imam bila diperlukan.
.
Ini adalah ilmu yang kita semua kena belajar lebih dari ilmu lain. Belajar solat ni tak sampai setengah haripun. Tapi ilmu tu kekal sampai kita mati.

Tolong betulkan kalau salah.

Wallahua'lam.

Rabu, 6 Disember 2017

Adik beradik

From FB Anis Asmida

PUBLICKAN biar semua blh baca..Dah baca tu fikir dan renungkan..Apapun bermula dr mak ayah..

👇🏻👇🏻
Kadang tak tahu apa puncanya, semasa kecil hubungan dengan adik beradik sangat rapat, tiada dengki di hati.

Bila emak marah adik, abang menangis tanya emak, kenapa marah adik. Kesianlah adik.

Bila emak marah kakak, adik minta mak jangan marah kakak, mengaku salah untuk lepaskan kakak dari terus dimarah.

Benda makan sedikit, tapi bila adik beradik minta sikit, tetap suapkan ke mulut mereka walau mulut mengomel tak mahu bagi.

Tidur sebantal, satu selimut, kalau kencing malam, bangun pagi sama-sama bau hancing.

Allahuakbar.

Bersihnya hati & sucinya kasih sayang masing-masing.

Tak tahu kenapa bila besar, sudah kerja, sudah kahwin, semuanya jadi lain.

Entah sejak bila adik beradik jadi persaingan kita. Apa dia pakai, apa dia beli, kita nak jadi lebih dari dia. Semua jadi hal tak kena belaka. Dia kaya, dia celik sikit, kita rasa sakit hati pula.

Tak kurang yang lebih berjaya, yang lebih celik mula dah pandang adik beradik lain sebelah mata. Rasa mereka tak berguna, tak ada visi misi hidup, hidup tak ada perubahan.

Bila adik beradik nak datang meminjam duit atau minta pulangkan duit dibuat seperti musuh.

Bila kahwin, ada pula yang pakat buang adik beradik. Rasa cukup dah pasangan kita yang sweet & keluarga mertua yang lagi bagus dari keluarga sendiri, tengok adik beradik sendiri pun rasa macam low standard.

Kadang ada emak ayah pun tiba-tiba juga jadi berubah setelah anak semua dewasa.

Mana yang pakai kereta besar, bagi salam 'keruk' lebih tebal, yang itulah dia paling puji & sayang.

Yang kereta buruk, duit asyik tak cukup, anak cucu kulit kelabu asap & tak gebu dikutuk keji, anak yang inilah asyik jadi bahan umpatan bila anak kesayangan lain balik ke kampung.

Entah sejak bila kasih sayang emak pun sudah tidak sesuci seperti kecil-kecil dahulu. Waktu itu mak pandang semua mata anak-anak dengan pandangan kasih, sayang sama rata.

Apabila melihat & membanding beza keluarga yang masih dapat mengekalkan keikhlasan & keutuhan silaturrahim sesama ahli keluarga dengan keluarga yang hancur bilau, dapat saya simpulkan antara rahsia mengekalkan hubungan baik keluarga adalah,

1) Didikan & pesanan emak ayah. Sentiasa pesan kepada semua anak-anak agar hormat yang lebih tua.

Ibubapa acknowledged kedudukan anak yang lebih tua. Jangan condemn abang/kakak depan adik-adiknya. Nanti boleh menyebabkan mereka hilang respect.

Bila anak berkumpul, pesanlah,
"Walau apa jadi, yang adik kena hormat yang lebih tua, walau nanti kau dah kaya, kau beli rumah banglo, emas bertimbun. Walau apa jadi, kena sayang adik beradik, dia tetap abang kau. Dia tetap kakak kau. Mak ayah tak ada, mereka akan ganti."

Be kind to each other & always support each other. Always rembember, your siblings are not your competitors.

2) Never bad-mouthing anyone. Kalau ada tak puas hati, cakap berdepan, bukannya cakap belakang. Sebagai ibubapa, didik anak-anak supaya selesaikan masalah berdepan, bukannya lari dari masalah dengan cakap belakang.

Juga elakkanlah menjadi batu api apabila anak A meluah perasaan tak puas hati ke anak B. Jangan menyebelahkan sesiapa tanpa usul periksa.

Elakkanlah kutuk anak A bila duduk dengan anak B, kemudian bila dengan anak B, kutuk pula anak A. Dalam tak sedar, sikap ibubapa jenis beginilah yang membuatkan hubungan anak-anak menjadi keruh.

Ibubapa bijak ialah ibubapa yang main peranan menjadi 'orang tengah' untuk menyelesaikan permasalahan & salah faham anak-anak. Bukannya dia menjadi punca anak bergaduh.

3) Didikan sejak awal tentang kepentingan solat berjemaah, gotong royong kemas rumah, memasak, bersihkan lepas makan, santai minum petang, tengok tv, semuanya kena turut sama jika semua orang pulang ke kampung.

Tidak ada yang jadi tuan, yakni sekadar bersantai & tunggu makan berhidang & bersenduk sahaja sementara ada yang lain jadi amah tukang masak, tukang basuh pinggan, tukang segala tukang.

Kena buat sama-sama. Semua sama-sama buat.

4) Layan semua sama rata. Tak ada anak special. Tak ada cucu special. Tak ada nak puji yang ini, tak ada nak kutuk yang ini.

Walau memang hakikatnya akan ada anak atau cucu yang lebih cantik, lebih petah, lebih bijak, lebih pandai mengaji. Semuanya sebab untuk mengelakkan mak ayahnya terasa hati.

"Tengoklah mak tu.. anak Alang tu dipujinya, anak kita dukung pun tak, cium pun tak hingin. Macam ni malas la nak balik rumah mak. Mak bukan alukan kita pun."

Confirm ada yang terasa hati begini. Hal yang bermula dengan sekadar terasa hati, akhirnya jadi pemakan tali kasih sayang.

5) Ingatkan anak-anak agar apabila nampak adik beradik buat salah, kena betulkan, kena tegur.

Nampak abang hantar anak berderet minta mak jaga, dia lupa beri duit nafkah, ingatkan dia dengan cara baik.

Tengok adik duduk berpantang dengan mak tapi tak hulur duit dapur beli barang basah, ingatkan dia bahawa tanggungjawab suami untuk nafkah isteri walau isteri duduk tumpang rumah mak.

Adik perempuan juga jangan lupa ingatkan saudara lelaki untuk bayarkan zakat mak ayah jika keduanya telah uzur.

Ibubapa dari kecil ingatkan anak-anak agar yang kena tegur perlu lapang dada apabila ditegur. Yang menegur pula sebab sayang, bukan sebab rasa diri bagus.

Ingatkan mereka agar jaga adab & akhlak supaya hubungan tak retak.

6) Ingatkan anak-anak, kita nak masuk syurga Allah sama-sama.

Ingatkan anak-anak, untuk masuk syurga & murah rezeki bukan hanya perlu buat baik kepada emak ayah, bahkan juga kepada adik beradik, yakni sentiasa menjaga silaturrahim.

Dari Abu Hurairah RA katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa yang suka agar dimurahkan rezekinya & dipanjangkan umurnya, maka hendaklah dia menghubungkan silaturrahim." (HR Bukhari & Muslim).

Family is where the life begin & love never ends. Never give up on your family & siblings.

Bila baca tulisan ini, jangan pula scan salah sesiapa melainkan untuk memperbaiki salah & silap kita sendiri.

Kita tidak boleh mengubah orang lain, tetapi perubahan ini boleh dimulakan dengan diri sendiri & didikan kita kepada anak-anak terlebih dahulu, insyaAllah.

#copypaste

Adab berguru

Dahulu kami diajar utk utk tidak mencari silap guru. Berdoa agar aib guru ditutup rapat di depan kami anak muridnya. Semoga dengannya lahir hormat dan  keberkatan pada guru dan ilmu akan menjadi manfaat.

Namun kita skg senang sekali mencari silap celanya guru. Merobek2 dan mencari aibya sedangkan dia juga manusia biasa yang punya kelemahan dan keaiban.

Sahabat, jangan dicari cela guru, kami pasti akan menjumpainya sbb dia juga manusia biasa sebanding kita. Bersangka baiklah dgnnya, kesungguhan dan keihlasannya mngkin tak dapat kita gambarkan. Memadailah kita menilainya melangkaui dari keaiban dan kelemahannya.

Imam Al-Ghazali . Dalam Bidayah Al- Hidayah. Permulaan untuk mendapat petunjuk. Menegaskan hal berikut.

1. Kurangkan bercakap dihadapan guru.

2. Bertanya setelah dizinkan oleh guru.

3. Tidak menyanggahi guru. Contohnya berkata, “Kenapa ada pandangan lain yang bercanggah dengan pandapat cikgu”.

4. Berbahas dengan guru. Menunjukkan pandangan yang berbeza. Seolah-olah ia lebih tahu daripada guru.

5. Berbual-bual dengan rakan semasa guru sedang mengajar.

6. Jangan berpaling muka daripada guru. Tataplah matanya. Beradab seolah – olah di dalam solat.

7. Jangan bertanya soalan yang banyak. Ketika guru kelihatan letih. Atau jemu.

8. Bersangka baik dengan amalan zahir guru. Yang mungkin dilihat tidak benar disisi murid. Ingatlah kisah Nabi Musa dan Khidir.

Adab ini akan menambah kefahaman ilmu. Tambah berkat. Disayangi guru