Isnin, 15 November 2021

Black G

 5 TANDA ORANG BAIK DAN BIJAK


1. Wajhu Mumbasyar (wajah yang senantiasa menggembirakan)

Dia memiliki penampilan diri yang menyenangkan bila dipandang, murah senyum, hangat percakapan, dan kehadirannya senantiasa dirindukan.


2. Lisanun Na'imah (tutur bahasa yang indah)

Dia memiliki bahasa yang indah meskipun sederhana, mudah difahami dan tidak membuat orang tersinggung.


3. Qolbur Rahmah (hati yang menyenangkan)

Hati adalah cerminan sikap peribadi seseorang. Sikap dan perilakunya memberikan rahmat bagi sekitarnya. Kehadirannya memberi manfaat, kata-kata yang terucap berfaedah buat yang mendengarnya.


4. Shodrul Muftihah (lapang dada)

Jiwanya terbuka, jujur, berterus-terang, dan bertoleransi. Arif menghadapi suasana gembira dan sedih, bijaksana dalam mengambil keputusan.


5. Yadul Muftihah (tangan yang senantiasa terbuka)

Dia senang membantu siapa saja, bahkan tanpa perlu dimintapun dia akan peka untuk membantu.


Semoga kita sentiasa diberikan jiwa dan hati seperti para salafus soleh dan alim ulama'.


Jadikanlah, 

Yang indah itu budi.

Yang lembut itu hati.

Yang tipis itu benci.

Yang tebal itu iman.

Yang tajam itu akal.

Yang baik itu sifat.

Yang manis itu senyuman.

Yang rapat itu persaudaraan.


In sha ALLAH. Sama-sama kita muhasabah. 🤲

Tok kenali

 Kata-kata Hikmah Tok Kenali- Bahagian 1

 

1. Memarahi anak-anak sebab susah menerima ilmu itu tiadalah diperoleh selain dari kerugian.

 

2. Maka tiada hari bagi kita, jika kita tidak bergerak pada hari ini.

 

3. Kalau manusia sudah tidak ingin mendengar kitab, maka bacalah kitab itu pada dinding (sebagai amaran dan para malaikat akan menyaksikannya).


4. Ikutilah ibu bapamu, tetapi takutkanlah Allah.

 

5. Kedudukan sesebuah kerajaan menurut pemerintah-pemerintahnya, seandainya musang menjadi raja dan tikus menjadi menteri, akan rusak dan kacau bilaulah dia. Di mana tonggak negara akan runtuh dan porak peranda. (Syair Arab yang pernah diungkap oleh Tok Kenali).


Kisah Pilu Di Akhir Hayat Tok Kenali

https://youtu.be/QTuMEWiPDic


Credit to: Sejarah Ulama Silam & Pahlawan Melayu Sejarah Ulama Silam & Pahlawan Melayu

Ahad, 14 November 2021

Imam mahdi

 Dari syeikh abu zaki

Imam mahdi pi mekkah dgn visa taw.. Ada bullet train lagi.


Ini berlainan dengan pandangan yg mengatakan zaman imam mahdi tiada teknologi. 

Wallahualam

.


Menurut Ustaz Sahib Pamidi 

(Anak murid Habib Abu Bakar Al-Adeni) 

Tulisan di fb ustaz pada Dec 21 2018.


Mengikut kajian guru-guru kami bahawasanya:


-muncul Al-Mahdi ketika dunia pada era kemuncak teknologi dan kemodenannya, serba serbi canggih

(Tidak terbukti dari mana-mana nas bahawa Al-Mahdi muncul ketika tiada lagi teknologi dan sebagainya melainkan dengan perkataan "dunia kembali seperti zaman Rasulullah" maka dikatakan Al-Mahdi muncul di zaman tiada lagi teknologi tetapi hal ini tidak dapat dibuktikan dengan mana-mana kajian bahawa teknologi akan lenyap, kalau benar sekalipun maka apakah yang menyebabkan ianya terhenti?, adakah kerana gerhana yang didakwa memutuskan teknologi?, atau dengan dentuman komet atau meteor?. Sebenarnya tiada mana-mana kajian yang boleh membuktikan hal sedemikian dapat memutuskan teknologi kerana sudah banyak kali dunia mengalami gerhana dan pernah dihentam meteor tetapi mengapa tiada tanda-tanda pengurangan teknologi?, makna dari Mafhum hadis tersebut adalah dunia kembali seperti zaman Rasulullah pada perlaksanaan Islam dan keamanannya bukanlah pada ketiadaan teknologi dan kecanggihannya, maka dengan inilah kami berkeyakinan di zaman kemunculan Imam Al-Mahdi dunia berada pada tahap kemajuan teknologi yang paling canggih)


-Teknologi berterusan wujud sehinggalah kemunculan Dajjal setelah Imam Al-Mahdi,

(Malah kebanyakkan pengkaji tentang Akhir Zaman berpendapat, berkemungkinan Dajjal memiliki kemampuan menyebarkan fitnah dgn cepat menggunakan teknologi, maka mana mungkin pendapat ini benar sekiranya teknologi telah terputus di zaman Al-Mahdi kerana kemunculan Dajjal secara muktamad adalah selepas Imam Al-Mahdi)


Dan Teknologi akan lenyap ketika Nabi Isa A.S turun di menara putih di Damascus 

(Maka menurut guru kami ketika Nabi Isa turun pada waktu itulah segala teknologi terputus dan lenyap sama sekali disebabkan mukjizat Nabi Allah Isa ibnu Maryam, setelah itu bermulalah zaman-zaman manusia tanpa teknologi, kenderaan kuda, pedang dan perisai kembali digunakan ketika berlaku Malhamatul Kubro) 


Setelah itu berlaku Malhamatul kubro, peperangan terbesar di Akhir Zaman di antara tentera Islam yang dipimpin Imam Al-Mahdi dan orang Yahudi dikepalai oleh Dajjal yang membawa kepada pembunuhan Dajjal oleh Nabi Isa A.S di gerbang Hud Masjidil Aqso,,


Tulisan di Fb Ustaz Sahib Pamidi 

Bertarikh 21 Dec 2018

Sabtu, 13 November 2021

Seorang guru

 Seorang guru berkata,


" Jadi cikgu ni senang. Datang awal pagi, punch kad. Buat RPH, kelas jangan miss, handle program elok-elok, tak lama dapat APC. Buat aje kerja sendiri, jangan hirau yang lain. Hujung bulan dapat gaji, ada rezeki, naik pangkat. Itulah cikgu. "


Katanya sambil tersenyum kepada aku. Aku hanya mengangguk tanda faham. Ingatkan habis disitu sahaja, rupanya ada lagi yang guru ini ingin bicara. Selepas menghirup sesisip kopi panas, dia menyambung,


" Tapi, kalau kau nak jadi cikgu yang sebenar berjiwa guru, bukan itu jalannya. Itu hanya asas sahaja. Guru yang berjiwa guru ni, dia cakna segala perkara. Terserempak dengan anak murid berhingus kat kantin pun dia berhenti tolong lap.


Murid rebah, murid luka dia dahulu berlari pergi dapatkan. Sedang itu diluar tugas beliau. Sedang itu tiada markah dicatat untuk APC atau kenaikan pangkat. Tapi bila dia ada JIWA SEORANG GURU, setiap langkahnya adalah untuk mendidik.


Guru biasa, masuk kelas hanya mengajar untuk habiskan silibus sahaja. Murid dapat ke tak, itu dia tak hirau. Nak cepat pandai, dia suruh masuk kelas tambahan yang dia buat. Kenakan bayaran, dapat imbuhan tambahan. Sentuh budak jauh sekali, bahaya pada kerjaya padanya. Nanti didenda, nanti didakwa. Nanti payah nak naik pangkat, dapat APC dan sebagainya. Kerana dia hanya bekerja sedang jiwa tiada. "


Aku diam membungkam. Tiada menggeleng, tiada mengangguk lagi. Hanya mahu dia meneruskan bicara. Kata-katanya sangat terkesan di hati. Mutiara kata ini bukan selalu didendangkan. Jarang-jarang kelihatan. Selalunya mutiara seperti ini terpendam di lautan yang paling dalam. 


Guru itu menyisip lagi kopi pahitnya. Direnung dalam mata, dia sambung bercerita. 


" Guru yang berjiwa guru, laluannya sukar. Halangannya tidak sedikit. Tapi bila ada jiwa, tiada gentar dihati. Murid yang degil, yang malas, yang nakal dikejar tanpa henti. Padahal bukan ada upah tambahan. Baik duduk diam sahaja.


Murid yang lalai dan leka didenda, dihukum agar mereka sedar. Agar mereka merubah diri. Padahal surat saman bakal menanti, silap-silap makan diri. Tapi dia tidak boleh menahan diri, bila dalam diri ada jiwa, dia takkan biarkan sahaja anak didiknya terus hanyut begitu sahaja.


Dan biasanya, guru yang berjiwa guru ini payah nak naik ke atas. Sebab dalam failnya penuh aduan. Tapi percayalah, di mata Yang Maha Kuasa, pangkat dia telah lama dinaikkan. Saat dia menghayun rotan penuh ikhlas untuk mendidik, saat itu taraf beliau jauh di atas sana berbanding guru biasa. Yang hanya tahu menjaga periuk nasi dan pentingkan kerjaya sahaja."


Guru itu menghabiskan sisa air kopinya. Ditinggal duit di atas meja dan dia berlalu pergi. Meninggalkan aku termangu sendirian memikirkan kata-kata yang dia tinggalkan sendirian.


Dalam diam aku bertanya pada diri sendiri,


" Apa aku sebenarnya? Hanya guru biasa atau guru yang mempunyai jiwa? "

Jepang

 Berhijrah ke Negara Lain


Jika ada peluang, saya bercadang untuk berhijrah ke Jepun. Kenapa?


1. Jepun adalah negara yang telah maju. Baik dari kemudahan kesihatan hinggalah pengangkutan, boleh dikatakan fasiliti mereka hampir "sempurna".


2. Bekalan makanan yang berkualiti. Di sana kita tak perlu pilih² barang yang kita ingin beli. Kualitinya sama sahaja. Contohnya epal, ambil sahaja dan bayar. Kualiti hampir pasti.


3. Inflasi hampir sifar. Barang makan/minuman yang dijual 100yen 30 tahun dahulu  masih dijual pada harga yang sama hari ini. Harga makanan juga murah jika dibandingkan dengan pendapatan. Pilihan juga banyak dan sedap.


4. Kadar jenayah yang sangat rendah. Saya jarang² kunci pintu rumah dan pintu kereta semasa tinggal di sana.


5. Air yang bersih. Saya ambil cawan dan tadah dari paip sahaja. Tak perlu tapis². Di sana tiada orang jual penapis air bayar bulan². Nak tukar air akuarium pun tak perlu anti-klorin.


6. Senang cari "makan". Kita boleh buat kerja part time di sana. Gaji sejam boleh belikan kita makanan untuk tengahari dan malam. Kerja juga ada banyak, lebih² lagi jika bahasa Jepun kita kuasai.


7. Masyarakat yang baik. Penduduk di sana boleh dikatakan baik² belaka. Adalah segelintir yang tak suka orang luar, tapi jika kita tak cari pasal, mereka pun tak akan timbulkan masalah.


8. Tak perlu visa. Warganegara Malaysia tidak perlukan visa untuk masuk Jepun. Ini sangat membantu.


Banyak lagi kebaikannya, cuma:


Hujan Emas di Negara Orang, Hujan Batu Di Negara Sendiri...


Emas mahal sekarang.