Saya sharing 2 cerita lama dan lihat bagaimana anda menilai.
Cerita Pertama:
Sebuah syarikat mengadakan hari keluarga setiap tahun buat staf dan kakitangan serta keluarga.
Seperti biasalah, jika majlis2 begitu, berbagai acara diadakan, tidak ketinggalan yg paling digemari, cabutan bertuah.
Peraturannya, setiap staf dan kakitangan (anak buah) menyumbang rm10 sebagai dana, syarikat tambah rm1000. Kalau dikira kepala keluarga, ada 300 orang tidak termasuk isteri & anak2.
Yang dapat cabutan bertuah, akan memiliki semua wang yang terkumpul.
Sebelum cabutan bertuah, semua hadirin dikehendaki menulis nama pada kertas yg diberi (sama saiz). Memasukkan wang rm10 untuk 1 nama. Ada yg menyumbang rm50 dan rm100 untuk 5 dan 10 nama. Suasana meriah dan teruja untuk dapat cabutan bertuah, semua hadirin tiada yg berkecuali dari menulis nama dan menyumbang wang dan dimasukkan ke dalam 2 kotak kaca berasingan yg disediakan.
Seorang pekerja lelaki ragu² untuk menuliskan namanya, dalam hatinya berkata, orang yg paling layak mendapat cabutan bertuah adalah seorang wanita tukang sapu di syarikat itu, anaknya mengidap penyakit jantung berlubang, tapi dia tiada wang untuk bayar kos pembedahan.
Walaupun tahu bahawa hanya ada 1/500 lebih kemungkinan nama yg ditulisnya terpilih, pemuda itu menulis nama tukang sapu itu sebanyak 5 gulung dengan memasukkan not rm50 kedalam kotak wang.
Detik yg dinanti pun tiba dengan penuh debaran, gulungan kertas di kotak cabutan digaul-gaul dicampuraduk dan kotaknya digoncang.
Pemuda ini terus berdo'a dalam hatinya, "Saya berharap nama Mak Cik tukang sapu yg terpilih!".
Pengarah syarikat dengan perlahan-lahan mengambil gulungan, membukanya dan dengan suara yg lantang dan bersemangat mengumumkan nama yg tertulis di kertas itu adalah Mak Cik tukang sapu.
Para hadirin bersorak dan Mak Cik tukang sapu dengan segera pergi ke pentas untuk menerima wang sambil menangis kegembiraan, "Saya sangat beruntung! Saya sangat beruntung! Dengan wang ini, anak saya ada harapan!''
Majlis diteruskan dengan acara seterusnya. Pemuda itu memikirkan 'Keajaiban ini', sambil berjalan ke kotak cabutan bertuah.
Diambilnya 1 gulungan nama, dibukanya dan melihat tulisan di atas kertas itu adalah nama Mak Cik tukang sapu itu.
Pemuda itu terkejut, ambil dan buka lagi beberapa gulungan, walaupun tulisan tangannya berbeza-beza, namun nama yg tertulis semuanya sama, iaitu nama Mak Cik tukang sapu itu.
Dalam riuh rendah dan bingit majlis, tiada siapa perasan, air mata pemuda itu berlinangan, disedarinya, bahawa di dunia ini memang benar2 ada keajaiban, namun tidak semua keajaiban itu jatuh dari langit, melainkan kita juga menjadi pencetus keajaiban bagi sesama kita. Sudahkah anda menjadi pencipta atau pencetus keajaiban untuk kita sendiri atau untuk orang lain.
*Jadilah manusia yang menyenangkan orang, jangan kerana kita, orang lain dapat susah. Sesungguhnya pengedar dan penagih dadah, pemerdagangan manusia, pemandu mabuk, perompak, pencuri, penyamun, peragut dan seangkatan dengannya, hidupnya hanya menyusahkan keluarga, masyarakat dan kerajaan.*
################
*Cerita kedua:*
Pada suatu hari, ketika sedang berjalan-jalan dengan seorang kawan di bandar, kami melihat seorang lelaki tua yg jalannya terhencot-hencot dengan pakaian lusoh menjual sayur, tapi sayur² itu nampaknya seperti kering, warnanya kekuningan dan berlubang dimakan ulat.
Kawan saya, tanpa berkata apa2, beli 3 ikat. Orang tua itu dengan kesal berkata, "Sayur ini saya tanam sendiri, saya tidak berdaya menyiram kerana perigi agak jauh dari kebun, hujan juga lama tidak turun hingga sayur menguning, saya juga tidak berupaya untuk menyembur racun, saya sangat menyesal".
Setelah kami pergi dari situ, saya tanya, ''Adakah abang akan makan sayur ini?"
Dia jawab, "Tidak, sayur ini sudah tidak boleh di makan lagi."
"Habis, mengapa abang beli??"
"Kerana sayur² ini tidak akan dibeli oleh orang lain. Jika saya tidak beli, orang tua itu mungkin tidak mendapat sebarang rezeki hari ini".
Sangat terkesan dengan kebaikan kawan saya ini. Saya pergi semula ketempat orang tua itu dan beli sayurnya yg masih ada.
Orang tua itu kata dengan gembira, "Saya jual semua sayur hingga habis hari ini, terima kasih atas pembelian anakku".
Walaupun sayur yang dibeli sudah tidak boleh dimakan, saya memetik 1 pelajaran yang berharga.
################
Ketika sedang berada di tahap terendah dalam hidupnya, ia menginginkan sebuah kurnia, iaitu sebuah keajaiban atas diri kita.
Namun ketika kita mampu, apakah kita bersedia menjadi pencipta kurnia keajaiban itu bagi diri sendiri dan orang lain?
Jika wanita penjaja kerepek, penjual ubat dan seumpamanya datang ke rumah dengan berpeluh berkeringat berjalan dikepanasan terik mentari, belilah, walaupun anda tidak suka makan kerepek dan tidak guna ubat itu, berilah pada orang lain, yg mana anda mendapat bonus pahala 2 kali, pahala membeli dan pahala bersedekah.