Ahad, 17 April 2011

mas kawen mahal..??? ini jawabnya yea... :)

Kehadapan Bakal Pak Mentua,Pak cik yang disayangi. Kenapa Mas Kahwin Pak cik letak tinggi sangat?
 Pak cik kena ingat,kenapa nak bayar lebih kalau pak cik dapat package untuk transfer dosa anak pak cik
direct terus kepada saya?Jangan jadi orang  yang hanya mengikut persekitaran  sekeliling,tengok
artis mas kahwin mahal-mahal,nak ikut,tengok jiran Pah Bedah punya anak,mas kahwin cecah RM12000, kena lebih nie,mana boleh sama nanti jatuh standard mak cik dan pak cik.Padahal anak pak cik memasak pun
tak reti,ilmu agamanya pun masih lagi tunggang langgang.
 
Pak cik kena ingat,walaupun anak pakcik lulusan doktor dari Russia atau Ireland sekalipun,tapi
kalau hari-hari melawan cakap mak bapak,dah tu hari-hari kangkang tengok tv tak reti nak tolong
memasak,apa gunanya bayar mahal-mahal untuk mas kahwin,Esok-esok kahwin saya juga yang nak kena
beli nasi lauk mamak tiap-tiap hari bagi makan isteri,lama-lama saya yang jatuh cinta dengan
mamak.

Pak cik kena faham,kita tak boleh ikut artis,kalaupun artis tu lawyer dan pandai sekalipun,artis tu tetap bodoh dan jahil agama,sebab tu diorang berebut-rebut nak letak hantaran yang tinggi,pak cik rasa berkat tak kalau
buat macam tu,artis bukan untuk dijadikan ikutan,artis adalah bahan bakar api neraka, pak cik nak anak pak cik jadi bahan bakar?

Pak cik kena tahu yang saya kelak akan mengambil alih untuk mendidik anak pak cik,bukan senang nak
ajar semua tu kalau pak cik dah abaikan tanggungjawab pak cik sebagai seorang bapa kepada
anak,tapi kalau pak cik dah ajar anak pak cik ilmu agama,pandai memasak,baik sopan santunnya,rajin
mengemas dan sebagainya,saya mampu bayar RM15000 untuk mas kahwin anak pakcik.

 Yes,Pak cik,berpatutan kalau kena pada gayanya dan kena pada ciri-ciri wanita yang bakal menjadi
isteri saya,jangan ingat perempuan yang keluar-keluar ada degree,master,tambah-tambah yang ada
keluar tu Doktor,Lawyer,mesti nak letak beribu-ribu punya harga,pak cik ingat pak cik jual anak?Pak cik
kena ingat,sebaik baik mas kahwin tu adalah mas kahwin yang paling murah.
 
Pak cik kena ingat,lepas jer saya  cakap "Aku Terima Nikahnya" terus automatik segala dosa-dosa anak pakcik tu ditransfer kepada saya, pak cik tak rasa best ke kalau macam tu? Yes,Pak cik,berpatutan kalau anak pak cik jenis yang saya ketuk jer meja,terus sampai tanya "yea abang?nak makan apa abang?"

Yes,Pak cik,berpatutan kalau anak pak cik jenis yang saya nak pergi kerja,semuanya dah tersiap dan
sedia untuk saya. Yes,Pak cik,berpatutan kalau anak pak cik jenis yang memasak dan dapat menambat hati saya. Yes,Pak cik,berpatutan kalau anak pak cik seorang hafizah yang mampu bersama-sama didik anak-anak saya nanti.

Yes,Pak cik,berpatutan kalau anak pak cik seorang yang sanggup sehidup semati dengan saya dan pandai
menjaga maruah saya. Yes,Pak cik saya sanggup bayar RM20000 sekalipun kalau semua tu ada pada bakal isteri saya. Yes,Pak cik takkan marah saya kalau pak cik faham semua yang anak pak cik buat tu adalah pahala untuk dia ,anak pak cik comfirm-comfirm masuk ke syurga kalau dia taat dan saya redha untuk dia,pak cik tak rasa best kah kalau dia mendoakn untuk pak cik dan mak cik setiap hari?
 
Urusan berkahwin sepatutnya menjadi mudah dengan bantuan pak cik,bukan menjadi bebanan kepada saya
dan anak pak cik nanti. Akhir sekali Pak Cik,kalau saya bagi hadis nie, pak cik rasa betul tak apa yang saya bebel kan dalam surat ni?

Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:" Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah
 ( Riwayat Abu Daud )

    Dan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:" Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya ". ( Riwayat Ahmad )

Sekian Salam Sayang dari Bakal Menantu yang separuh mati kumpul duit nak kahwin.

p/s : Harap Pak cik jangan reject saya,kalau tak saya bawa lari anak pak cik kahwin lari di siam.
        Yang Selalu Merindui pak cik dan anak pak cik

p/s/s : Surat ini hanyalah khayalan aku kepada Pak Mentua yang tak wujud lagi..hahaha

sumber: http://www.theizat.com/2011/04/saya-tak-puas-hati-mas-kahwin-pak-cik.html#more

Cikgu Shida dari PAris... opss... PARIt..

Laporan dan foto MOHD IDRIS SULAIMAN

SPONTAN... Cikgu Shida menjiwai watak.
SPONTAN... Cikgu Shida menjiwai watak.

BOTA: Siapa sangka, daripada hanya guru biasa di sekolah luar bandar, seorang wanita tempatan meraih populariti lebih sejuta pengunjung laman web sosial dari seluruh dunia melalui klip video miming ‘gila-gila’ yang diciptanya. Terbaru, lakonan nyanyian miming bersama solekan ekspresi muka melalui lagu ‘Kalau Berpacaran’ nyanyian Suhaimi Mior Hassan dan Ana Raffali berjaya membuatkan nama Cikgu Syida semakin diminati di kalangan pelayar Internet.

Cikgu Syida atau nama sebenarnya Roshida Abd Aziz, 30-an, berkata minatnya bermula dengan niat suka-suka berbekalkan kamera dan komputer yang dibeli 10 tahun lalu.

“Semuanya bermula apabila timbul hasrat membuat miming lagu ‘Selamat Hari Raya’ dendangan Rahimah Rahim pada Ramadan tahun lalu sebelum klip video itu dimuat turun melalui laman web Youtube.

“Namun percubaan itu dibalas dengan kata-kata cerca dan hinaan. Lebih teruk, ada yang menuduh saya gila dan sakit mental kerana menghasilkan klip video itu,” kata guru Sekolah Rendah Kebangsaan Pulau Padang di Bota Kiri, di sini, ketika ditemui Metro Ahad.

Menurutnya, kata-kata kesat terbabit bukan hanya dilontarkan oleh kenalan dan rakan, malah turut dikirim puluhan pelayar di Internet.


“Namun semua itu tidak melemahkan semangat saya untuk memberi dan mencari hiburan tersendiri di samping berkongsi pengalaman bersama rakan di Internet,” kata guru Bahasa Inggeris itu.

Menceritakan pengalaman klip video pertamanya, dia mendakwa pernah merah muka dan menahan malu apabila rakaman itu dimuat turun daripada Internet dan ditayangkan ketika majlis alumni sekolah, hari raya lalu.

“Pada masa itu saya fikir nak sorok muka bawah meja kerana terlalu malu dan bimbang dikutuk rakan.

“Namun ia bertukar gembira apabila rakan memberi tepukan gemuruh dan kata-kata perangsang untuk meneruskan hobi itu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tengah, Parit, di sini.

Anak kedua daripada lima beradik itu juga berkata, setakat ini keluarganya tidak kisah dengan minatnya kerana sudah ‘masak’ dan faham perangai gila-gilanya.

“Rakan sejawat turut faham minat dan kecenderungan saya yang gemar mencuba dan mencari kelainan. Saya anggap ia satu hiburan bagi membuat orang tertarik dan tersenyum,” katanya.

Dia yang juga anak perempuan tunggal pasangan pesara tentera, Abd Aziz Shafie, 73, dan Latifah Ramli, 63, berkata membesar dalam lingkungan adik beradik lelaki menyebabkan jiwanya lebih kental dan mampu menyerap tekanan.

“Saya seronok melihat diri sendiri beraksi dengan pelbagai gaya muka, ditambah dengan solekan dan alatan tambahan seperti songkok dan baju Melayu yang dipinjam daripada adik-beradik lain.

“Niat saya bukan untuk menarik publisiti murahan tapi lebih kepada memberi hiburan kepada orang ramai melalui kelainan tersendiri,” katanya.

Ternyata percubaan luar biasa itu melonjakkan namanya sebagai ‘artis’ baru paling terkenal di Internet dan berjaya menarik pengunjung dalam dan luar negara.

“Yang saya tahu, sejuta pelayar Internet melihat klip video saya yang mula dimuat turun empat bulan lalu.

“Malah, klip video miming saya itu turut menarik hampir 10,000 ahli daripada pelbagai bangsa dan keturunan termasuk dari luar negara seperti United Kingdom, Amerika Syarikat dan Australia melalui ‘Fan Page’ (laman peminat) yang dibina dua bulan lalu,” katanya.

Kejayaannya turut mendapat pengiktirafan apabila penyanyi tersohor negara, Siti Nurhaliza menjemputnya sebagai tetamu khas dalam program bersama syarikat penyiaran Astro baru-baru ini.

Malah, rezekinya juga melimpah ruah apabila ditawarkan berlakon dalam sebuah telemovie selain menjadi pelakon iklan. “Saya juga ditawarkan menulis di dalam sebuah majalah humor. Walaupun begitu, kerjaya pendidik adalah keutamaan dan sebati dalam jiwa saya. “Walau dianggap popular sekalipun, saya tetap akan ke sekolah dan menabur bakti sebagai guru kepada anak bangsa,” katanya

sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Niatsuka-suka/Article/index_html

Sabtu, 16 April 2011

Pergi tak Kembali..

SAAT BERPISAH

Sebaik-baik penasihat ialah kematian. Namun, mana mungkin orang yang pernah mati datang kepada kita untuk menasihatkan? Mengingatkan mati, menakutkan. Manusia akan takut pada apa yang tidak diketahuinya.
Semuanya masih misteri. Hanya tinggal Al Quran dan Al Hadis untuk kita rujuk bagi mengetahui tentang kematian. Namun berapa kerat antara kita yang berbuat demikian… Cerita tentang kematian akan mematikan rasa kemanisan menikmati hidup ini. Dan akibatnya, mati terus mati dalam hidup kita!
Jika seseorang mengingati mati, akan mudah hatinya dilentur kepada makrufat dan makrifat. Jika mengingati kematian jiwa akan jeran dan bosan dengan maksiat dan sayyiat (perkara yang buruk). Jika mati itu hidup di dalam hati kita…kita akan mudah memberi dan meminta maaf. Kita akan mudah bersabar dan bertenang dengan karenah insan.  Nikmat dosa akan sirna dengan mengingati mati. Azab taat akan kecil bila teringat saat kembali.
Ketika hatimu jemu dengan ketaatan, mula tergiur dengan kemaksiatan… kenang-kenangkanlaSAAT BERPISAH
Saat perpisahan itu pasti tiba. Dan tidak ada masa yang sesuai untuk saat itu. Kita datang tidak diminta, kita pulang tidak diduga. Bila sanggup hidup, mesti sanggup mati. Bila sanggup datang, mesti sanggup pulang. Kita hanya menghabisi bilah-bilah hari yang telah ditentukan. Tujuan ke sini untuk diuji… tiba masanya pasti kembali!
Mengapa terlalu enggan untuk berpisah? Nikmat sangatkah dunia ini? Padahal senang dan susah bertukar ganti, suka dan duka datang dan pergi. Tidak ada yang kekal lama, semuanya bersifat sementara. Jika mati tidak memisahkan, kesenangan ini pun akan pergi jua. Kata mereka yang arif tentang kehidupan:
“Manusia lahir bersama tangisan, dicelahi kehidupannya oleh tangisan dan akan dihantar ke pusara oleh tangisan.”
Pernahkah ada kesenangan yang abadi dan hakiki? Tidak ada. Justeru, hiduplah berpada-pada. Hiduplah bagai musafir lalu yang singgah bagaikan dagang di rantau orang. Hatinya tetap merindui kampung halaman. Hiduplah bagai orang yang sedang menyeberangi satu jambatan. Tidak sudi berlama-lama kerana di situ hanya sementara. Kakinya melangkah kencang justeru jiwanya sudah di seberang.
Hidup mesti sederhana kerana dunia ini sementara. Sederhana itu bukan pada ringgit dan harta tetapi pada jiwa dan rasa. Jangan terlalu gembira, jangan terlalu berdukacita.
Tidak ada kesenangan yang tidak diiringi kesukaran dan tidak ada kesukaran yang tidak diiringi kesenangan. Selepas ketawa, pasti menyusul air mata. Selepas nestapa pasti kegembiraan menjelma. Allah memberikan kita terang… untuk bersyukur. Allah berikan kita gelap… untuk bersabar.
Jadilah insan lara yang temannya mujahadah dan taubat. Sentiasalah berusaha menjadi insan yang baik walaupun masih digamit oleh ghairah kejahatan dan dosa. Jatuh, bangun kembali. Jatuh, bangun lagi.
Ukirlah seribu taubat walaupun telah berkali-kali ia dimungkiri. Allah tidak akan jemu dengan taubat hamba-Nya selagi kita tidak putus asa kepada-Nya. Tempuhi jalan mujahadah sekalipun langkahmu pernah goyah. Jangan mengalah. Kau tidak akan kalah selagi tidak mengalah.
Luruskan jalan menuju Tuhan dengan tulusnya hati sesama insan. Elakkan hasad, jauhi mengumpat. Jika tidak mampu menambah, jangan mengurang. Jika tidak mampu menjulang, jangan menghalang. Ingat selalu kata hukama:
“Jika tidak mampu menjadi garam yang memasinkan ikan, jangan jadi lalat yang membusukkannya.”
Jika tidak dapat mengucapkan perkataan yang baik, banyakkan diam. Jika memberi nasihat dirasakan terlalu berat, cukuplah dengan menghulurkan doa dan munajat. Setiap kita mempunyai kelebihan. Kata orang, Tuhan tidak mencipta manusia bodoh… Tuhan mencipta manusia dengan kebijaksanaan berbeza.
Justeru, carilah apakah “kebijaksanaan” itu kerana itulah saluran kita untuk berbakti. Ketika rasa takut singgah oleh kebimbangan dijemput maut… katalah pada diri, bila berdepan dengannya kita akan lupa segala-galanya. Kesayangan yang kita takutkan kehilangannya, kecintaan yang kita bimbangkan perpisahan dengannya, akan menjadi sedebu bila berdepan dengan detik itu.
Kita akan terlupa akan jalan yang telah jauh kita tinggalkan di belakang kerana memandangkan jalan yang lebih jauh merentang di hadapan. Nikmat dunia akan kita lupakan sebaik sahaja melihat azab di akhirat. Dan azab di dunia akan kita lupakan setelah melihat nikmat di akhirat.
Sesungguhnya mati itu bukan satu pengakhiran tetapi ia satu permulaan kepada satu kehidupan yang lebih sejati dan hakiki. Mati itu hanya proses perpindahan – dari alam dunia ke alam barzakh. Sama seperti kelahiran – proses berpindah dari alam rahim ke alam dunia.
Ya, kalau sanggup datang. Mesti sanggup pulang. Hati sewajarnya sentiasa merasa bertemu tak jemu, berpisah tak gelisah. Bukankah kita bertemu untuk berpisah? Dan berpisah untuk bertemu? Semoga kembara kita di dunia akan tiba bersama di hujung destinasinya… syurga

Sing sabar yo wak ae....! :)


Hidup di dunia tidak lepas dari ujian dan dugaan dari Allah. Itu sudah menjadi rencah kehidupan manusia. Ada dua jenis bentuk ujian buat manusia, ujian dalam bentuk kesenangan dan ujian dalam bentuk kesusahan.
Cuma, acapkali apabila disebut ujian Allah maka rata-rata manusia beranggapan ujian itu adalah dalam bentuk bala dan musibah. Ramai yang lupa akan ujian kesenangan yang datang dalam pelbagai bentuk kekayaan, kekuasaan, kesihatan dan bermacam-macam lagi.
Bahkan ujian kesenangan sebenarnya lebih sukar kerana kebiasaannya manusia itu lupa kepada Tuhan tatkala dirinya mengecapi pelbagai kesenangan hidup. Apabila ditimpa kesusahan, kebanyakan manusia akan kembali menyeru Tuhannya.
Mengenai ujian kesusahan, firman Allah di dalam Surah al-Baqarah:
[155] Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:
[156] (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."
[157] Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.
Maka antara ujian yang datang daripada Allah itu ialah timbulnya perasaan takut di hati, kelaparan, hilangnya harta benda, tanaman dan orang yang disayangi. Kebiasaannya apabila manusia ditimpa musibah, pastinya mereka akan berada dalam keadaan sedih, dukacita dan gusar. Tetapi manusia yang bersabar menghadapi ujian akan menerima khabar gembira.
Ciri Manusia Yang Sabar
Manusia yang sabar ialah mereka yang apabila ditimpa kesusahan akan segera ingat kepada Allah, dengan berkata, "Inna lillah wa inna ilayhi raji'un," bahawa hidup kita ini secara keseluruhannya adalah hak milik mutlak Allah - apa sahaja yang kita miliki, baik harta, kuasa, bahkan nyawa kita dan orang-orang yang kita sayangi kesemuanya adalah hak milik Allah. Maka pastinya Allah berkuasa melakukan apa sahaja yang dikehendaki-Nya ke atas segala yang dimiliki-Nya, dan akan tiba masa dan ketika di mana kesemuanya akan dikembalikan kepada-Nya.
Para 'ulama mengingatkan bahawa sabar itu mestilah berlaku pada pukulan pertama, iaitu ketika mula-mula musibah melanda. Bukannya seperti kata pepatah, alah bisa tegal biasa. Manusia apabila mula-mula ditimpa musibah, ramai yang akan cepat melatah dan tidak redha dengan ketentuan tersebut. Setelah keadaan reda sedikit dan dia mula sedar bahawa dia tidak memiliki jalan keluar, barulah dia akan mula insaf, redha kepada ketentuan Tuhan dan berkata, "Sabar sahajalah, nak buat macam mana lagi..."
Itu bukanlah konsep sabar yang sebenar. Sabar yang sebenar ialah pada detik pertama musibah melanda, lantas manusia yang bersabar terus redha dengan ketentuan Allah tanpa sedikit pun timbul rasa kecewa atau penyesalan. Mereka inilah yang akan mendapat khabar gembira tersebut walaupun dilanda kesusahan.
Apa pula bentuk khabar gembira itu? Pertama khabar gembira itu datang dalam bentuk selawat daripada Allah, iaitu mendapat keberkatan daripada Allah dan keampunan dari dosa-dosa.
Kemudian datang pula rahmat Allah melimpahi mereka. Sa'id ibn Jubayr rahimahullah, seorang tokoh Tabi'in mengatakan bahawa rahmat itu ialah pelindung daripada siksa azab neraka. Dan akhirnya mereka adalah orang yang benar-benar mendapat petunjuk daripada Allah. Orang yang mendapat petunjuk pula akan mendapat ganjaran yang banyak kerana mereka mengikut petunjuk Allah.
Abu Salamah Dan Ummu Salamah
Ada satu kisah menarik yang perlu kita soroti. Siapa yang tidak kenal akan Abu Salamah dan isterinya, Ummu Salamah, radiyallahu 'anhuma. Kedua-duanya adalah antara sahabat Rasulullah sallallahu 'alayhi wasallam yang terawal memeluk Islam. Mereka berdua adalah antara pasangan yang sangat bahagia, namun ditentang oleh suku kaum mereka kerana mereka memeluk Islam. Suku Makhzum adalah antara puak yang terkenal sangat kuat menentang Islam di Makkah.
Pada awalnya, kedua-dua Abu Salamah dan Ummu Salamah berhijrah ke Habsyah. Kemudian tatkala timbul seruan hijrah ke Madinah, bersiap-siaplah Abu Salamah, Ummu Salamah dan anak mereka Salamah untuk berhijrah ke Madinah. Abu Salamah hanya memiliki seekor unta, maka dia terpaksa berjalan dan membiarkan isteri dan anaknya menunggang unta.
Malang sekali di pertengahan jalan, kaum keluarga mereka telah mengejar dan menahan mereka. Unta Abu Salamah dirampas, manakala Ummu Salamah dibawa pulang oleh keluarganya ke Makkah manakala keluarga Abu Salamah pula mengambil anak mereka Salamah kembali ke Makkah jua. Akhirnya Abu Salamah terpaksa berhijrah ke Madinah seorang diri, dan terpisahlah ketiga-tiga mereka.
Setiap hari, Ummu Salamah akan kembali ke tempat mereka dipisahkan dan mengenangkan suaminya di Madinah dan anaknya yang dijaga oleh keluarga suaminya di Makkah. Lebih kurang setahun ketiga-tiga mereka hidup terpisah sehinggalah akhirnya Ummu Salamah dan anaknya dibebaskan.
Dengan semangat yang kuat, Ummu Salamah membawa anaknya, Salamah yang masih kecil untuk ke Madinah. Bayangkan seorang wanita dan anak kecilnya ingin berjalan jauh menuju ke pangkuan suami berseorangan semata-mata kerana ingin menjaga agamanya!
Ummu Salamah tidak mahu berlengah kerana takut suku kaumnya akan merubah fikiran dan kembali menahannya dan memisahkannya dari anaknya. Lantas dia memulakan perjalanan, dan sesampainya di Tan'im, penjaga Kaabah - Uthman ibn Talhah yang masih belum memeluk Islam berpendapat bahawa tidaklah patut Ummu Salamah dan anak kecilnya dibiarkan berkelana ke Madinah tanpa ditemani lelaki. Maka dia berjanji kepada Ummu Salamah bahawa dia akan membawa mereka ke Madinah.
Akhirnya bersatulah kembali Ummu Salamah dan suaminya, Abu Salamah. Percintaan suami isteri ini sangatlah kuat, sehingga dikatakan pada suatu hari, Ummu Salamah berkata kepada suaminya bahawa dia (Ummu Salamah) mendengar daripada Rasulullah sallallahu 'alayhi wasallam bahawa sekiranya kedua-dua suami isteri dapat masuk syurga, maka si suami akan kembali bersama isterinya jika isterinya tidak berkahwin lain selepas kematian suaminya; begitu juga isteri akan bersama suaminya jika suaminya tidak berkahwin lain selepas isterinya mati.
Lantas Ummu Salamah meminta suaminya agar mereka sama-sama berjanji untuk tidak berkahwin lain jika salah seorang mereka mati dahulu agar dapat bersama-sama kembali di syurga. Tetapi suaminya, Abu Salamah berkata, sekiranya dia (Abu Salamah) mati dahulu, dia mahu isterinya berkahwin lagi. Lantas Abu Salamah berdoa kepada Allah, andai dia (Abu Salamah) mati dahulu, kurniakanlah kepada isterinya seorang suami yang lebih baik darinya. Begitu hebat cinta dan kasih sayang kedua-dua suami isteri ini.
Pada peperangan Uhud, Abu Salamah mengalami kecederaan teruk. Ketika masih dirawat isterinya, Abu Salamah berkata bahawa dia mendengar Rasulullah sallallahu 'alayhi wasallam memberitahu, sesiapa yang ditimpa bala musibah, hendaklah dia menyebut istirja' (Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un), dan berdoa, "Ya Allah, berilah ganjaran atas kehilangan akibat musibah yang melanda diriku, dan berilah ganti yang lebih baik daripadanya, maka pasti Allah akan mengurniakan sesuatu yang lebih baik." Akhirnya Abu Salamah meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya, dan tinggallah Ummu Salamah bersama anak-anak mereka di Madinah.
Ummu Salamah, tatkala teringat kembali akan kata-kata suaminya, sering melafazkan istirja' dan doa tersebut. Cuma dia seringkali tidak dapat meneruskan lafaz 'berilah ganti yang lebih baik', dan jika disebut juga lafaz tersebut, dia akan terkenang kerana baginya siapakah lelaki yang dapat menjadi suamu yang lebih baik daripada Abu Salamah. Segala kesusahan yang pernah mereka alami tatkala mula-mula memeluk Islam, ditambah dengan kebahagiaan mereka di Madinah menguatkan lagi rasa cinta Ummu Salamah kepada suaminya. Namun akhirnya berkat doa Ummu Salamah tersebut Allah mengurniakan Ummu Salamah seorang suami yang akhirnya diakui lebih baik dari Abu Salamah. Siapakah lelaki itu? Tidak lain daripada Rasulullah sallallahu 'alayhi wasallam sendiri.
Lihat sahaja ujian yang melanda Ummu Salamah. Ujian apakah yang lebih berat daripada kehilangan insan-insan tersayang yang banyak pula menempuh suka duka kehidupan bersama di jalan Allah. Namun Allah tetap memberi ganjaran kepada hamba-hamba-Nya yang bersabar.

Biodata Penulis

Muhammad Irfan Ariffin adalah seorang pensyarah ekonomi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Kini beliau sedang melanjutkan pelajaran (peringkat PhD) di Carleton University, Kanada.

10 kingdom

Khalifah Usthmaniah ( Ottoman )






Pada puncak kekuasaannya sekitar abad ke-16-17, Kekuasaan Uthmaniah melingkungi di tiga benua, menguasai sebahagian besar Eropah Tenggara, Asia Barat dan Afrika Utara.


Mempunyai 29 propinsi dan negara naungan yang sangat banyak, sementara yang lain diberikan berbagai jenis otonomi selama berabad-abad.
Kerajaan ini berada di pusat interaksi antara dunia Timur dan Barat selama enam abad. Dengan Constantinopel sebagai ibu kota kerajaan, dengan kawasan penguasaan yang luas di sekitar Mediteranian timur pada masa pemerintahan Suleiman the Magnificent (memerintah 1520-1566), Khalifah Usthmaniah, adalah penerus kepada Kerajaan Islam Rom Timur (Byzantium).

9 Khalifah Umaiyah


Khalifah Umaiyah adalah yang kedua dari empat khalifah Islam yang didirikan setelah kematian Nabi Muhammad. Khalifah ini diperintah oleh dinasti Umaiyah, yang namanya berasal dari Umaiyah bin Abd Syams, datuk kepada khalifah pertama Umaiyah.
Walaupun keluarga Umaiyah awalnya berasal dari kota Mekah, Damaskus (Damsyiq) adalah ibukota khalifah Umaiyah. Wilayah kekuasaannya mencakupi lebih dari lima juta mil persegi, menjadikannya kerajaan terbesar dunia, dan kerajaan kelima terbesar yang pernah ada di dunia.
Bani Umaiyah mendirikan negara Arab-Muslim terbesar dalam sejarah. Selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W hingga tahun 1924, khalifah Islam berlangsung dan dikuasai oleh berbagai dinasti - yang terakhir adalah Khalifah Usthmaniah.
8 Kerajaan Parsi ( Persia )


Kerajaan Babilonia, Akkadians, Assyria, Sumeria, Hitites, Bactrians, Scythians, Partia, Media, Elam, Mesir dan Etiopia . Sebelum wujudnya kerajaan Rom, ada kerajaan Parsi.
Kerajaan ini pada dasarnya menyatukan seluruh Asia Tengah yang terdiri dari banyak berbezaan, budaya, kerajaan dan suku. Ini adalah kerajaan terbesar dalam sejarah kuno.
Pada puncak kekuasaannya, kerajaan ini mencakupi kira-kira 8 juta km2. kerajaan ini mencapai kejayaan pada masa pemerintahan Cyrus yang Agung, dengan kekuasaannya melingkungi tiga benua: Asia, Afrika dan Eropah.

7. Kerajaan Byzantium ( Bizaitun )


Kerajaan ini juga dinamakan kerajaan Rom Timur, adalah Kerajaan Rom semasa abad pertengahan, berpusat di ibukota Constantinopel, dan diperintah oleh raja yang mempunyai hubungan langsung dengan raja Romawi kuno. Ia dipanggil kerajaan Rom, dan juga Rumania.
Selama kewujudannya, lebih dari seribu tahun, Kerajaan ini mempunyai kekuatan ekonomi, budaya dan tentera yang paling kuat di Eropah, walaupun menghadapi kejatuhan dan kerugian teruk, khususnya semasa Rom dan Parsi berperang.
Kerajaan Rom hancur pada tahun 1204 semasa Perang Salib Keempat, apabila dipecahkan dan dibahagi menjadi Yunani dan Latin Bizantium. Walaupun akhirnya berlaku pemulihan Constantinopel dan pembentukan kembali Kerajaan Rom pada tahun 1261, di bawah raja Palaiologan, perang saudara berterusan pada abad keempat belas telah melemahkan kekuatan kerajaan ini.

6 Dinasti Han


Dalam tempoh China berperang menunjukkan bahawa seluruh China terlibat dalam perang saudara melibatkan kerajaan-kerajaan yang berbeza yang berjuang satu sama lain untuk menguasai wilayah.
Akhirnya, kerajaan Qin telah menang, dan menguasai seluruh China, dengan 40 juta orang di bawah kawalannya. Dinasti Qin tidak memerintah lama, apabila seterusnya dikuasai dinasti Han, yang akhirnya menguasai China selama hampir 400 tahun.
Tempoh pemerintahan Dinasti Han dianggap sebagai masa keemasan dalam sejarah China dalam bidang ilmiah, kemajuan teknologi, kestabilan ekonomi, budaya dan politik.
Malah sehingga hari ini, sebahagian besar orang Tionghoa menyatakan diri mereka sebagai orang Han. Pada masa ini, "orang Han" dianggap kumpulan etnik tunggal terbesar di dunia.

5 Kerajaan Inggeris


Kerajaan Inggeris dikenali sebagai kerajaan terbesar dalam sejarah, kerana menguasai lebih dari 13.000.000 kilometer persegi, yang kira-kira seperempat dari jumlah luas kawasan bumi, dan memerintah lebih dari 500 juta orang , juga merupakan seperempat penduduk dunia.
Akibatnya, warisan itu dicantumkan pada tanah jajahan memberi kesan sangat besar dalam melibatkan reformasi politik, pertukaran budaya dan cara hidup.
Bahasa Inggeris, yang tersebar adalah bahasa kedua ayang paling-banyak digunakan di dunia pada masa ini, dan ahli linguistik setuju bahawa bahasa Inggeris adalah bahasa standard de facto dunia.
Kerajaan Inggeris pasti salah sebuah kerajaan yang paling berpengaruh yang pernah ada dalam sejarah manusia.

4 Kerajaan Rom Suci


Semasa abad pertengahan, kerajan ini dianggap sebagai "adikuasa"pada zamannya. Pada masa itu, Kerajaan Rom Suci terdiri dari Perancis timur, seluruh Jerman, Itali utara dan bahagian barat Poland.
Walaupun relatifnya kecil dari segi kekuasaan, pengaruhnya terhadap sejarah Eropah Tengah masih terasa sehingga kini. Kerajaan ini memerintah pada pertengahan abad ke-19.
Kerajaan ini secara rasmi dibubarkan pada tanggal 6 Ogos 1806 ketika raja terakhir Rom Suci, Francis II (kemudian Francis I dari Austria), turun tahta setelah kekalahan tentera kepada Perancis di bawah Napoleon.
Setelah kejatuhannya, negara-negara berikut muncul: Swiss, Belanda, Austria, Belgium, Prusia, Principality of Liechtenstein,Persekutuan Rhine dan Kerajaan Perancis pertama.

3 Kerajaan Rusia


Kerajaan Rusia sudah tertegak dari tahun 1721 sehingga Revolusi Rusia tahun 1917. Ia adalah penerus kepada Tsardom Rusia, dan permulaan dari Kesatuan Soviet.
Kerajaan ini adalah kerajaan ketiga terbesar dalam sejarah dunia, hanya diatasi oleh Kerajaan Inggeris dan Kerajaan Mongol. Pada satu ketika pada tahun 1866, kekuasaannya terbentang dari Eropah Timur, Asia, dan Amerika Utara.

2 Kerajaan Mongol

Semuanyabermula ketika Temujin (yang kemudian dikenali sebagai Genghis Khan), bersumpah di masa mudanya untuk menakluk dunia di bawah kakinya. Tindakan pertamanya adalah menyatukan suku-suku Mongolia tersebar.
Lalu ia mengatur matanya di China, dan bakinya adalah sejarah. Dari Vietnam ke Hungari, Kerajaan Mongol adalah kerajaan terbesar dalam sejarah umat manusia.
Sayangnya kerajaan ini terlalu besar untuk dikawal, dan tidak ada penyatuan di antara budaya yang berbeza. Mongol adalah pejuang yang tak kenal takut dan kejam, namun mempunyai sedikit pengalaman dalam pentadbiran. Gambaran dari Mongol adalah orang brutal dan buas dapat dikenali melalui sejarah.

1 Kerajaan Rom


Pada mulanya kerajaan ini dipimpin oleh raja-raja yang dianggap wakil tuhan, kemudian menjadi republik sebelum akhirnya menjadi sebuah kerajaan.
Bagaimana sekumpulan petani, yang pada mulanya menghadapi serigala bagi melindungi ternak mereka, akhirnya menjadi bersatu menjadi kerajaan terbesar dalam sejarah.
Ditambah dengan sistem ketenteraan dan pentadbiran yang sangat baik, Kerajaan Rom, atau lebih tepatnya Rom kuno, adalah juga salah satu kerajaan terpanjang abadi.

Rom Kuno memberikan sumbangan besar terhadap perkembangan hukum, perang, seni, sastra, arkitek, teknologi, agama dan bahasa di dunia Barat.
Malah banyak sejarawan menganggap Kerajaan Rom menjadi kerajaan yang sempurna - berpengaruh, adil, tahan lama, besar, serta membela dan ekonomi maju.
Pengaruh Kerajaan Rom dirasai sehingga hari ini

makbulkan Doa kami ya Allah...

"Ya ALLAH,Ya Rab, di malam yang penuh sahdu ini, hamba MU yang hina dina menadah kedua dua belah tangan memohon agar KAU membuka pintu hati hamba hamba yang Zalim ke arah pintu kebaikan.KAU tanam kan lah rasa resah gelisah di dalam hati hati "PENGUASA" yang zalim serta jadi kan lah"RAKAN KONGSI" mereka berantakan sesama sendiri sehingga hancur berkecai bak kaca jatuh ke batu" "Juga Ya ALLAH, Ya Rahman, Ya Rahim, KAU laknati lah mereka mereka yang bersekongkol dengan puak2 yang ZALIm.  

"Ya ALLAH, pemilik ZAT yang sempurna, KAU berikan lah kemenangan kepada golongan yang memperjuangkan syiar ISLAM dan hancur kan lah puak TONGHUT untuk kesejahteraan hamba hamba MU yang telah di nafikan hak untuk terus hidup dalam kaedaan "SEMPURNA" di ketika masih lagi bernafas. Ya ALLAH, KAU lah sebaik baik tempat untuk mengadu. Selawat dan salam keatas nabi MU Muhammad S.A.W. serta keluarga beliau.  

AminYaRabbal alamin" 

Khamis, 14 April 2011

Aurat


1. Walaupun dedah aurat, diri masih menjaga maruah dan tidak melakukan perkara tak senonoh?
”Janganlah nilai orang dari luarannya. Don’t judge a book by its cover!”
“Walaupun tidak pakai tudung, saya tetap masih jaga solat dan menjaga tingkah laku”
Jawapan:
Adakah anda mendakwa diri anda mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri tanpa perlu menutup aurat? Tetapi adakah anda berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi yang melihat aurat anda mempunyai hati sesuci dan iman setinggi anda juga? Langsungkah mereka tidak memberi kesan dan tidak membangkitkan nafsu serakah mereka yang berada di hadapan anda? Jadi, perlu diberi kefahaman bahawa kewajipan wanita menutup aurat bukanlah semata-mata untuk menjaga maslahat dan maruah pihak wanita itu sendiri, tetapi maslahah yang lebih besar ialah menjaga masyarakat yang berada di sekelilingnya agar tidak terfitnah disebabkan budaya mendedahkan aurat. Betapa banyak kes-kes jenayah rogol dan cabul berpunca daripada wanita sendiri yang mempamerkan tubuh badannya yang terdedah di hadapan khalayak lelaki. Maka tutuplah aurat bukan sekadar untuk anda, tetapi juga demi kemaslahatan orang lain di sekeliling
2. Perempuan yang bertudung lebih teruk daripada tak bertudung?
“Ala… perempuan pakai tudung pun berperangai buruk!”
“Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung!”
“Ada seorang kakak tu pakai tudung, tapi perangai buruk, mengumpat sana mengumpat sini”
“Siapa kata orang tak pakai tudung semua jahat?”
Jawapan:
Ungkapan anda ini seolah-olah sedang memperlekehkan insan yang sedang berusaha mentaati perintah Allah (dalam bab tutup Aurat). Apakah anda perasan bahawa anda sudah lebih baik berbanding insan yang menutup aurat tersebut apabila anda berani melafazkan ungkapan seperti itu, sedangkan anda sendiri membiarkan aurat anda terbuka?
Salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknik Syaitan untuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yang lebih baik.
Nabi bersabda: Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya. (H.R. At-Tirmidzi)
3. Tidak mahu hipokrit bila bertudung?
“Bertudung ni perlukan keikhlasan…”
“Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh.”
“Buat apa pakai tudung kalau hati tak betul”
Jawapan:
Allah s.w.t dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah WAJIB untuk menutup aurat tidak kira sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri. Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Sekiranya ikhlas dijadikan alasan maka, ramai diluar sana tidak perlu solat 5 waktu kerana sukar mencapai tahap keikhlasan yang ingin dicapai.
Perlu diingatkan, jika seseorang menutup aurat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir. Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya, tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI.
Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat. Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki.
4. Menunggu seru untuk bertudung?
“Biarlah ianya datang daripada saya sendiri, bukan dipaksa sesiapa. Bila tiba masa, Insyaallah saya bertudung”
“Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang”
“Insyaallah, apabila sudah berkahwin barulah saya bersedia”
Jawapan:
Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin berubah? Sedarilah wahai diri, bahawa kematian akan datang secara tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masih panjang beberapa minggu lagi