Selasa, 31 Mei 2011

Perodua Myvi 2011.

Perodua Myvi 2011 1 (Gambar) Perodua Myvi 2011
Tidak lama sahaja lagi, iaitu pada 4 Jun 2011, Perodua bakal melancarkan model varian terbaru atau dengan kata lain, facelift yang lebih menarik bagi barian Myvi, iaituPerodua Myvi 2011.
Dipercayai model Myvi 2011 ini akan bersaing hangat dengan Proton Saga FL 1.6 liter.Apa-apa pun, gambar di bawah adalah untuk varian Myvi 2011 1.3 liter.
Perodua Myvi 2011 2 (Gambar) Perodua Myvi 2011
Perodua Myvi 2011 3 (Gambar) Perodua Myvi 2011
perodua myvi 2011 4 (Gambar) Perodua Myvi 2011
perodua myvi 2011 5 (Gambar) Perodua Myvi 2011
perodua myvi 2011 6 (Gambar) Perodua Myvi 2011
perodua myvi 2011 7 (Gambar) Perodua Myvi 2011
P.S. Apa pendapat anda mengenai Perodua Myvi 2011 ini?

terancam ")

Zoological Society of London kembali mengeluarkan senarai EDGE (Evolutionarily Distinct, Globally Endangered) 2010, setelah terakhir update pada tahun 2007 lalu.

EDGE ini merupakan senarai haiwan-haiwan yang statusnya terancam pupus, malah beberapa haiwan mungkin sudah pupus<

Berikut ini adalah 14 spesis mamalia teratas menurut senarai EDGE yang paling unik tetapi hampir pupus :
1. Ekidna muncung panjang timur (Zaglossus bartoni)
2. Ekidna muncung panjang barat (Zaglossus bruijnii)

Ekidna muncung panjang timur dan barat punya sifat yang unik, iaitu campuran antara mamalia dan reptilia. Keduanya juga hampir pupus akibat perburuan dan kehilangan habitat, akibat aktiviti perlombongan, pertanian dan pembalakan haram.
3. Ekidna muncung panjang Sir David (Zaglossus attenboroughi)

Dari seluruh spesies ekidna muncung panjang, ekidna muncung panjang Sir David adalah yang paling kecil dan mungkin paling terancam pupus. Spesies ini awalnya dikenali dari satu spesimen yang ditemui pada tahun 1961, yang kemudian dipercayai telah pupus, hingga kemudian pasukan EDGE menemui bukti bahawa spesies ini masih bertahan pada tahun 2007. Distribusi dari ketiga spesies ekidna ini terletak di Papua dan Papua New Guini.
4. Greater Short-Tailed Bat (Mystacina robusta)

Kelawar ekor pendek yang terbesar di New Zealand ini kemungkinan sudah pupus selepas kedatangan orang Eropah di sana sejak 200 tahun lalu. Tidak seperti kerabatnya, lesser short-tailed bat, spesies ini lebih banyak menghabiskan waktu di tanah, sehingga mudah menerima serangan pemangsa seperti tikus.

Belum ada kelihatan kelelawar ini sejak tahun 1967. Ada laporan yang menemui, namun sukar untuk dipercayai kerana kawasan yang dilaporkan ini dipunyai oleh suku tempatan Maori, dan sukar untuk mendapat izin masuk ke daerah tersebut.
5. Baiji (Lipotes vexillifer)

Baiji, atau ikan lumba-lumba di Sungai Yangtze, kemungkinan sudah pupus, keran hanya 13 ekor sahaja yang ditemui sepanjang kajian populasi antara tahun 1997 dan 1999. Kajian terbaru yang dilakukan tidak berjaya menemui seekor baiji pun yang berbaki di sungai tersebut.

Sungai Yangtze yang sangat besar ini mengakibatkan Baiji kehilangan habitatnya dan populasinya menurun drastik, akibat aktiviti penangkapan ikan atau pun banjir besar. 
6. Mountain Pygmy Possum (Burramys parvus)

Spesies ini merupakan jenis marsupial unik yang awalnya hanya diketahui dari fosilnya saja, hingga kemudian ditemui pada tahun 1966 pada sebuah resort ski di Victoria.

Ia merupakan salah satu dari pygmy possum terbesar di Australia, dan merupakan mamalia kecil yang umurnya terlama di dunia, dimana betinanya boleh mencapai usia lebih dari 12 tahun. Sayangnya, kehadiran industri resort ski yang bercambah di Australia mengakibatkan possum kecil ini kehilangan habitatnya hingga kini hampir pupus. 
7. Solenodon Kuba (Solenodon cubanus)
8. Solenodon Hispaniola (Solenodon paradoxus)

Solenodon mempunyai rupa mirip dengan tikus, tapi badan tidak seperti tikus sama sekali. Solenodon ini merupakan satu-satunya mamalia yang membunuh mangsanya dengan racun.

Solenodon hanya terdiri dari dua spesies, iaitu Hispaniolan solenodon yang ditemui di Kepulauan Hispaniola dan Cuban solenodon yang distribusinya di Cuba.

Sebelum penjajahan orang Eropah, spesies ini merupakan pemangsa yang dominan di habitatnya, namun seiring berjalannya waktu, spesis ini kalah dengan pemangsa baru seperti anjing, kucing dan luwak.
9. Kelinci Riverine (Bunolagus monticularis)

Spesies kelinci Riverine ini, berbeza dengan sebahagian besar keluarga kelinci lainnya kerana satu sebab, iaitu tidak berkembang biak seperti kelinci. Ketika spesies kelinci pada umumnya boleh membesarkan 12 anak tiap kali beranak dan berkali-kali beranak dalam satu musim.

Kelinci ini hanya boleh membesarkan seekor anak dalam satu waktu, dan ia hanya hidup selama 3 atau 4 tahun di alam terbuka. Habitat kelinci ini di gurun Karoo, Afrika, terancam akibat gurun tersebut kerap menjadi kawasan pertanian.
10. Badak bertanduk dua Sumatra (Dicerorhinus sumatrensis)

Badak bertanduk dua ini merupakan yang paling kecil dan terancam dari lima jenis spesies badak yang masih bertahan hidup. Spesies ini hidup di pedalaman hutan Asia Tenggara, sebahagian besar di Indonesia.

Sayangnya, aktiviti manusia seperti pengondolan hutan mengakibatkan populasinya turun drastik sehingga terancam pupus, dianggarkan hanya kira-kira 275 ekor yang hidup hingga pada masa ini.
11. Badak Hitam (Diceros bicornis)

Badak hitam dan putih tidak dinamakan berdasarkan warna tubuh, melainkan bentuk mulutnya. Badak hitam mempunyai mulut atas yang mengatup, yang digunakan untuk menarik tumbuhan ke dalam mulutnya.

Spesies ini dikenali berbahaya, sehingga banyak mengalami pembunuhan dibandingkan badak lainnya. Populasi ini mengalami penurunan drastik sebanyak 96% antara tahun 1970 hingga 1992.
Selain itu, berbeza dengan mamalia lainnya, badak memerlukan keadaan persekitaran yang khas untuk boleh berkembang biak. Badak betina memerlukan badak betina yang lain untuk membantunya dalam mengembangbiakkan dan membesarkan badak muda.
12. Wombat Hidung Berbulu dari Selatan (Lasiorhinus krefftii)

Hanya tiga spesies wombat yang pada masa ini masih bertahan hidup, dan ini salah satunya. Wombat merupakan makhluk yang beraktiviti di malam hari, dan kebanyakan dilakukan sendirian. Sepanjang hari, wombat tinggal di dalam lubang, dan keluar di malam hari untuk memakan rumput .

Wombat banyak kehilangan habitat akibat aktiviti pertanian, serta serangan pemangsa-pemangsa yang dibawa ke Australia, terutama dingo.
13. Unta Bactrian (Camelus ferus)

Spesies unta ini dapat dibezakan dari Unta Arab dari kedua bonggolnya. Unta Bactrian ini harus beradaptasi di Gurun Gobi yang ganas, salah satu tempat yang paling berbahaya dan rawan di bumi.

Spesies ini dapat bertahan dari dahaga yang panjang, kekurangan makanan malah radiasi ujian nuklear . Namun, eksistensi mereka kini terancam akibat kompetisi memperebutkan air dan makanan, perburuan serta kehilangan habitat.

Unta ini juga mempunyai adaptasi yang unik dalam menghadapi cuaca ekstrim. Bulunya boleh menjadi sangat tebal ketika musim sejuk, sementara hampir tidak berbulu ketika musim panas. Selain itu, unta ini mempunyai kaki yang lembut, yang mirip seperti kasut salji, untuk mencegahnya terperosok ke dalam pasir gurun.
14. Badak Jawa (Rhinoceros sondaicus)

Dengan tidak lebih dari 60 ekor yang berbaki, badak Jawa atau badak bertanduk satu kecil ini merupakan spesies badak yang paling unik dibandingkan lainnya. Ia mempunyai satu tanduk dan kulit yang amat tebal, malah disebut-sebut menyerupai besi baja.

Seperti badak lainnya, spesies ini memakan tumbuh-tumbuhan dan kebanyakan menghabiskan waktunya untuk berendam dalam lumpur untuk menyejukkan tubuh.

Meskipun populasinya kini dijaga dalam taman nasional, namun tanduknya masih banyak diburu, sehingga populasinya masih tetap terancam. Populasinya yang kecil juga mengakibatkan badak sangat berisiko menghadapi penyakit dan bencana alam yang besar.

Ahad, 29 Mei 2011

Luar jendela... Jenguk lah

"Ketika kita berada di dalam kamar, kita tidak tahu apa yang berlaku di luar kamar.Ketika kita sedang meyuap secebis ikan ke dalam mulut, kita tidak pernah terfikir nasib nelayan yang sedang menarik pukat di laut. Ketika kita berputar dalam kitaran hidup sendiri, kita tidak pernah sempat menyaksikan kitaran hidup orang lain. Gambar-gambar berikut mungkin menyedarkan anda terhadap dunia yang tidak pernah anda rasai.



.......
Jika anda rasa tidak selesa, adakah mereka lebih selesa dari anda?

Jika anda merasakan gaji anda tidak mencukupi, bagaimana pula dengan anak kecil ini?

Jika anda rasa tiada kekuatan untuk hidup, bagaimanakah pula dengan si kudung ini?

Jika anda rasa telah kuat berusaha, bagaimana pula dengan lelaki ini?

Sejauh manakah kesusahan dan beban anda mencari rezeki berbanding mereka?

Adakah anak-anak akan menjadi beban anda hingga  hari tua?



Sudikah anda meletakkan makanan yang berlebihan ke dalam periuk mereka?

Anda tidak bersyukur atas nikmat tidur, sedangkan ada manusia yang berharap tidak lagi terbangun dari tidur.
 
   Adakah anda masih  bersungut?
Kurangkan bersungut. Lebihkan sumbangan.
Perhatikan sekeliling anda. Bersyukurlah akan apa yang anda miliki di dunia transisi ini

Campur tangan asing

Campur tangan asing bukanlah asing bagi sejarah ketamadunan Melayu. Kejatuhan  kerajaan Temasik (Singapura lama) adalah kerana kerajaan yang diperintah oleh Raja Iskandar Zulkarnain  melakukan  berbagai kezaliman terhadap rakyat. Raja Iskandar telah melanggari perjanjian di antara Raja dengan Demang Lebar Daun sehinggalah sampai ke satu tahap yang melampau batas-batas  agama, maruah,harga diri seseorang dan sudah hilang prinsip-prinsip keperimanusian.

Fitnah memfinah menjadi budaya. Golongan yang kuat dan berkuasa menekan golongan lemah dan tidak berkuasa. Anak gadis Sang  Rajuna Tapa difitnah berzina dan ianya disula dihadapan khalayak ramai.Hukuman dan tindakan Raja ini sangat menghina dan memalukan seluruh keluarga Sang Rajuna Tapa yang merupakan salah seorang pembesar Temasik.

Majapahit sebuah Negara yang bercita-cita besar untuk menguasai Temasik yang kaya-kaya telah mempergunakan Sang Rajuna Tapa (berpaling tadah kerana  tidak tahan lagi dengan kezaliman Raja yang menghukum anaknya (dan juga rakyat turut tersika) yang tidak berdosa bertindak  membuka pintu kota bagi membantu Majahit menyerang dan menawan Temasik. Akhirnya Temasik jatuh ke tangan Majapahit dan raja sempat menyelamatkan diri dan melarikan diri.

Wujudnya watak Hang Jebat dalam catatan sejarah Melayu adalah gambaran kerakusan dan kezaliman Sultan (pemerintahan) yang memeritah ikut nafsu setan yang bersarang di jiwa yang kotor yang tidak berpegang kepada ajaran agama dalam system bernegara. Percaturan politik dalaman (dendam kesumat dan semangat PHD) beransur-ansur melemahkan system pemerintah Kesultanan Melayu Melaka yang mashyor ke seluruh nusantara dan dunia.

Kemuncaknya, apabila datang fitnah terhadap Bendahara Tun Perak yang kononnya dikatakan Bendahara bersiap sedia dengan segala kelengkapan untuk merampas kuasa (mengulingkan pemerintahan Sultan). Sultan Mahmod yang mendengar berita itu terus mengeluarkan perintah (sultan memang menanti waktu dan ketika yang baik kerana baginda berdendam dengan Bendahara kerana tidak menyembahkan anak perempuan Bendahra, Tun Fatimah kepada Sultan untuk dijadikan isteri kerana kebetulan 

sultan ketika itu tidak ada isteri) menghapuskan seluruh keluarga Bendahara Tun Perak yang tidak berdosa dan tidak ada niat langsung untuk menderhaka kepada sultan, kecuali Tun Fatimah tidak dibunuh, malah diangkat sebagai permaisuri pula.

Akhirnya, system pentadbiran Melaka menjadi kucar-kacir  dan dengan mudah Portugis menyerang dan menawan Melaka serta menyahkan sultan dan kerabatnya keluar dari Melaka merantau di negeri orang sehingga kini Melaka tidak beraja.

Sejarah tidak pernah penipu manusia, tetapi manusia yang menipu dirinya sendiri. Banyak ayat-ayat dalam al-Quran mengkisahkan kezaliman pemerintah tamadun terdahulu supaya manusia hari ini mengambil aktibar,

Sabtu, 28 Mei 2011

petrol 60 sen...?? Murahnye,...

KOTA BHARU, 28 Mei: Mungkin ramai masih ingat kejadian gangguan bekalan elektrik berlaku di seluruh negara pada 1996. Ada dakwaan ia sengaja dilakukan bagi mengizinkan kelahiran syarikat pengeluar tenaga bebas (IPP).
Pengerusi Tenaga Nasional Bhd (TNB) ketika itu, Tan Sri Ani Arope menjadi mangsa apabila dihentam secara terbuka Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Dan akhirnya membawa perletakan jawatan Ani.
TNB juga menjadi mangsa apabila dipaksa membeli tenaga daripada IPP dengan harga mahal.
Petronas juga diarah menjual gas dengan harga lebih murah kepada IPP biar pun membeli mahal daripada Indonesia dan kawasan JDA Malaysia-Thailand.
Bekas akauntan Petronas, Rafizi Ramli mendakwa Petronas membeli satu barrel dengan harga RM40 dan dijual pula kepada IPP dengan harga RM10.
Katanya, TNB juga dipaksa membeli kuasa dibekalkan penjana bebas milik kroni Dr Mahathir dengan harga mahal.
“Berdasar kepada perjanjian yang berat sebelah tersebut menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung subsidi sehingga RM21 bilion untuk IPP milik bukan Melayu yang rapat dengan Dr Mahathir.
“IPP diwujudkan sebagai usaha menjaga kroni pemimpin Umno dengan berselindung di sebalik gangguan bekalan elektrik pada 1996,” katanya pada ceramah isu semasa di Kampung Kubur Kuda dekat sini malam tadi.
Hadir sama pada ceramah itu bekas Ketua Pemuda Umno Ketereh, Sobri Safii, pegawai penerangan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Ustaz Abdul Hamid Derani, Ketua Cabang PRK Kota Bharu, Abdul Halim Harun dan Ketua Pemuda PAS kawasan, Wan Azimin Wan Adnan.
Rafizi yang juga Pengarah Strategik PKR berkata, belum pun kerajaan mengumumkan kenaikan tarif elektrik secara rasmi, bil terbaru yang diterima pengguna sudah tercatat kadar tarif baru.
Katanya, ramai terkejut menerima bil bulanan terbaru mereka apabila tercatat kenaikan tarif elektrik biar pun kerajaan belum mengumumkan secara rasmi.
Menurutnya juga mengikut perancangan awal kerajaan BN, harga Petrol RON95 akan dinaik kepada RM2.25 sen seliter menjelang hujung tahun hadapan.
Bagaimanapun katanya kerajaan tidak berani melakukan sekarang kerana dibantah orang ramai.
Namun sepanjang 18 bulan lalu kerajaan menaikkan harga gula lebih 58 peratus dan petrol RON97 sekarang melonjak kepada RM2.90 seliter.
”Harga petrol boleh dikurangkan sehingga 60 sen seliter apabila rakyat memberi mandat kepada Pakatan memerintah Putrajaya nanti.
“Ia boleh dilakukan dengan menghapuskan subsidi untuk IPP di mana sekarang sebanyak RM21 bilion diperuntuk kerajaan setiap tahun,” ujarnya.