Rabu, 24 Ogos 2011

Bahagia...


Semua orang inginkan kebahagiaan. Tak ada orang yang tak mahu hidup bahagia. Orang gila lagi-lagi lah nakkan bahagia, malah mereka diberi bahagia bila dihantar ke Hospital Bahagia.
Bila seseorang itu bernikah, biasanya dia akan dapat ucapan “Selamat Berbahagia” daripada bekas teman lelaki/wanita, kerana perkahwinan itu membahagiakan.
Tapi, ada ketikanya hati berasa tak bahagia dan tenang. Bila lihat kebahagiaan orang lain, kita berasa gusar. Berasa serba tak cukup. Mungkin kita tidak kaya. Mungkin pasangan kita tidak cukup membahagiakan. Mungkin keluarga kita tidak bahagia.
Apakah sebenarnya kecukupan itu yang membawa kebahagiaan?
Ada orang kaya harta berjuta2, tapi hatinya tak bahagia.
Ada orang punya isteri tiga, tapi hati tak bahagia.
Ada orang ada suami yang hebat, tapi tak bahagia.
Ada orang ada keluarga ternama, tapi tak bahagia.
Jadi, apa sebenarnya dan di mana letaknya bahagia tu?
Oh, ia simple saja.
Berkata al-Ghazali “Bahagia dan kenikmatan sejati ialah bila dapat mengingati Allah. Ketahuilah bahawa kebahagiaan setiap sesuatu ialah bila kita merasakan nikmatnya kesenangan dan kenikmatannya, dan kenikmatan itu ialah menurut sifat kejadiaannya masing-masing. Kenikmatan mata ialah bila melihat apa yang indah, kenikmatan telinga ialah bila mendengar suaru merdu dan demikian pula anggota lainnya. Sedangkan kenikmatan hati ialah keteguhan ma’rifat kepada Allah karena hati itu dijadikan adalah untuk mengenal Tuhan.”
Surah ke-13 ayat ke-28 Allah berfirman “Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenang.”.
Namun kita sering terkeliru dan terkelabu dengan perkara2 seperti harta, pasangan, anak-anak dan sebagainya sebagai sumber kebahagiaan. Tidak, malah itu semua adalah elemen2 yang akan membahagiakan apabila kita bahagia. Berapa banyak orang kaya yang bunuh diri, adakah harta membahagiakan mereka? Berapa orang berkeluarga yang menghadapi tekanan perasaan hingga sanggup membunuh ahli keluarga sendiri, adakah keluarga membahagiakan mereka?
Allah telah berfirman dalam surah ke-3 ayat ke-14 “Dijadikan indah pada pandangan manusia kecintaan terhadap apa-apa yang diingini, (yakni) wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup didunia, dan di sisi Allah lah tempat kembali yang baik”
Itulah bukti bahawa manusia sering keliru dengan punca2 kebahagiaan, kerana pada pandangan kita, wanita-wanita (pasangan), anak-anak, harta adalah subjek2 yang membuatkan kita bahagia. Sedangkan bila dah bernikah, dan beranak, masih juga hati berasa gusar, tidak tenang, dan tidak bahagia.

Bagaimana mendapatkan hati yang tenang dan bahagia:

1. Elakkan mengambil tahu tentang mereka di sekeliling kita yang kelihatan bahagia dan membandingkan dengan diri kita. Ini adalah tidakan yang negatif dan pesimis kerana ia bukan saja membuatkan kita berasa “Kenapa aku yang tidak bahagia, sedangkan orang lain boleh bahagia?” malah menjadikan kita menolak kebahagiaan dalam dari kita sendiri. Bila kita sering merasakan kita tidak bahagia kerana melihat orang lain yang bahagia, perlahan2 bahagia itu akan lari dari kita.
2. Fokus pada sesuatu perkara yang membahagiakan. Jangan melihat pada apa yang hilang dari kita, sebaliknya lihat pada apa yang masih tinggal. Kalau pasangan kita tak membahagiakan dari sesuatu sudut, pandanglah pada sudut yang lain. Jangan difikir pada benda yang tak ada, sebaliknya optimumkan apa yang tinggal untuk kita dan berbahagialah.
3. Melihat pada mereka yang lebih malang nasibnya. Kalau kita miskin, syukurlah kita tidak hidup melarat. Kalau kita tak ada kerja, syukurlah kita masih boleh makan dan tidak perlu pergi mencuri merompak. Kalau pasangan kita mengabaikan kehendak kita, syukurlah dia tidak ‘main’ luar. Kalau anak kita sering sakit, syukurlah kita ada duit untuk merawatnya. Di luar sana ramai orang hidup melarat, homeless, pasangan yang curang dan zalim,anak-anak menderita sakit sebab takde duit….
4. Menjadikan masa-masa yang ada untuk meperbaiki diri, bukan menangisi nasib. Kita selalu rasa tak bahagia, kerana kita ada banyak masa untuk memikirkan tentang betapa tidak bahagianya kita. Gunakan masa yang ada itu untuk memperbaiki diri, mencari kebahagiaan yang hakiki itu,bukan merintih dan mengeluh “Betapa malangnya nasibku~”. Rintihan yang paling baik adalah rintihan pengaduan kepada Tuhan. Jadi, mengadulah padanya.
5. Usah pinta dikecilkan ujian, tapi mintalah dibesarkan hati. Bila Allah menurunkan sesuatu, contohnya perasaan tidak bahagia itu, kita mungkin sering minta supaya diberikan kebahagiaan, dan dibawa benda2 kesedihan itu jauh2. Mintalah doa dilindungi dari hammi wal hazan yakni kegelisahan dan kesedihan, dan dikuatkan hati, diberi kesabaran dan ketahanan untuk menghadapi ujian2. Setiap perkara yang Allah turunkan kepada kita, adalah untuk menguatkan kita. Masa kita belajar, kita diberi ujian dan peperiksaan untuk melihat prestasi kita. Sekiranya semua soalan bocor, dan cikgu pula banyak diskaun markah, apa yang kita dapat? Masuk U kita mungkin jadi yang paling bodoh sebab sebelum ni cikgu banyak tolong. Allahmemberikan kita ujian2 supaya kita dapat hadapi masa depan yang lebih mencabar. Gembiralah dengan ujian-Nya dan kuatkan hati.
6. Mengadu hanya kepada-Nya. Allah sentiasa ada bersama kita. Kadangkala diberikan hati yang tidak bahagia, sebagai mesej kepada kita bahawa apa yang kita nikmati didunia ni bukan asbab kebahagiaan. Bahagia itu ada bersama-Nya. Hati yang gusar dan tidak tenang, adalah petanda Allah memanggil2 kita untuk mendengar pengaduan kita. Ya, kita boleh jumpa mana2 kaunselor atau pakarmotivasi, atau psychiatrist sekalipun, tapi mereka cuma boleh menunjukkanalternatif untuk menyelesaikan masalah kita, sedangkan Allah itu sendiri adalah penyelesaiannya.
7. Syukur dengan apa yang ada, jangan mengeluh pada apa yang tak ada. Pasangan yang tak romantik, tapi kita ada pasangan. Ramai lagi di luar sana masih tercari2 pasangan hidup untuk berkongsi kebahagiaan mereka. Syukur..syukur… kita ada tempat bergantung. Ada orang yang tak bertemu jodoh, atau jodoh tak panjang. Namun itu bukan sebab mereka tidak berasa bahagia. Allah berada dalam tiap2 hati itu bukan kerana dia berkahwin atau tidak, beranak atau tidak, kaya atau tidak. Dia tetap ada, cuma kita saja yang kadang2 nampak, kadang2 tidak.
8. Diri kita berhak untuk bahagia! Jangan jadikan perkara2 menyedihkan dan tidak membahagiakan itu sebagai benteng untuk kita mencapai kebahagiaan. Ada orang yang tunduk kepada masalah dan akhirnya hidup dalam keadaan yang tak happy. JANGAN MACAM TU! Kita berhak untuk mendapat kebahagiaan. Jika pekerjaan kita tak membahagiakan, jangan fokus pada yang tak bahagia tu. Mungkin cuma fokus pada gaji je, hehehe. Adeh. Kalau pasangan kita kurang membahagiakan, jangan biarkan dia menghilangkan mood kita untuk bahagia. Fokus pada diri kita dan buatlah aktiviti2 yang boleh buat kita happy.
9. Tunjukkan pada dunia bahawa kita adalah individu yang paling bahagia, dan kita tak perlukan apa-apa untuk berasa bahagia, kerana kehidupan ini memang sesuatu yang membahagiakan!
Bahagia itu dari dalam diri 
Kesannya zahir rupanya maknawi 
Terpendam bagai permata di dasar hati
Bahagia itu ada pada hati 
Bertakhta dikerajaan diri 
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani
Bahagia itu ada dijiwa mahkota di singgah sana rasa 
Bahagia itu adalah suatu ketenangan
Bila susah tiada gelisah 
Bila miskin syukur pada Tuhan 
Bila sakit tiada resah dijiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman 
Ketahuilah dengan mengingati Allah jiwa kan menjadi tenang
Kebahagian itu suatu kesyukuran 
Bila kaya jadi insan pemurah 
Bila berkuasa amanah 
Bila berjaya tidak alpa 
Bila sihat tidak lupakan Tuhan
Hakikatnya bahagia itu adalah ketenangan 
Bila hati mengingati Tuhan
Semua insan kan mengerti 
Maksud terseni Ilahi 
Itulah zikir yang hakiki
Bahagia itu dari dalam diri 
Kesannya zahir rupanya maknawi
Bahagia itu ada di jiwa mahkota di singgahsana rasa 
Bahagia itu adalah suatu kesabaran
~Hakikat Bahagia, UNIC
sumber: http://mysuperkids.net

Niaga 9/10


Walaupun katanya 9/10 dari punca pendapatan adalah dari perniagaan, tapi 9/10 jugak yang tak sanggup nak berniaga. Antara sebabnya ialah memang tak minat, tak reti, tak ada motivasi, dah serik dan sebagainya. Ada juga yang teringin sangat nak berniaga (bisnes serius, bukan suka2), dah mula, tapi tak berpanjangan. Akhirnya tak ke mana. Kenapa ya sebenarnya?

Terlalu fokus terhadap DUIT

Dah bisnes memanglah cari duit. Betul. Tapi bila terlalu fokus pada $$$$$,kadangkala ia membuatkan seseorang tu gelap mata dan buta hati. Asal nampak DUIT je, teruja. Itulah yang mudah sangat jadi mangsa team MLM haram jadah, skim cepat kaya, skim piramid dan apa2 lah yang menjanjikan pulangan berganda-ganda DENGAN SEMUDAH 1,2,3.
Walaupun menjalankan bisnes berorientasikan keuntungan dan target nak untung tapi tak bolehlah tengok DUIT semata-mata. Bisnes ni bukannya main judi (gamble), kena ada perancangan, projection dan sebagainya. Boleh kalo nak main redah tapi kena ukurlah dengan risikonya. Bisnes labur 50 ribu nak redah? Kalo saya tu tak cukup sikit untuk diredah HuHu.

Bisnes ikut-ikutan

Orang buat itu, dia pun buat itu. Orang buat ini dia pun buat ini. Orang ikut trend untuk catch market, dia ikut orang sebab takde idea. Akhirnya tak bertahan lama sebab tak ada plan jangka panjang, cuma tengok orang buat, rasa macam nak buat jugak :D

Tak ada plan

Banyak sebab membuatkan seseorang tu takde plan. Mungkin dia TAK TAHU yang kena ada plan. Mungkin sebab dia suka2 saja, so plan-plan segala tak penting buatnya, mungkin dia ikut-ikut orang, dan sebagainya. Tak ada plan mungkin bunyinya simple, tapi natijahnya nanti sampai satu tahap akan stuck dan mungkin bertanya balik “Apa yang aku buat ni?”.

Bisnes tak menepati personaliti

Bukan tak boleh, tapi rumit sikit terutama kalau bisnes yang kerah dan perah tenaga sendiri. Misalnya tak suka kerja rutin tapi bisnes jual pisang goreng di pasar malam setiap hari. Mula2 mungkin OK tapi lama sikit adoii bosannya buat benda sama. Begitu jugak seorang yang ‘geek’ atau introvert tapi jual insurans. Boleh tu memang boleh, tapi perlukan masa untuk mengatasi masalah peribadi sendiri dulu. Kalau tahan hati boleh, tapi ramai yang cepat fed-up. Itu yang terus stop taknak buat.

Tak yakin dengan bisnes sendiri

Biasanya terjadi kepada pengusaha MLM. Jual barang tapi dia sendiri pun tak yakin dengan barang yang dia jual. Maklumlah tak pernah pakai pun. Nak tarik downlinepun tak tau kat mana nak yakinkan orang, ye lah sebab dia sendiri pun tak yakin.
Susahlah sikit kalau tak yakin ni. Agak-agak orang tertarik tak kalau si penjual bagitau “Cik beli lah baju ni. Kain dia sedap, tapi.. saya pun tak pastilah. Mungkin sedap mungkin tak. Tapi, mahalnya boleh tahan jugak. Suka hati Cik lah nak beli ke tidak”. Erk!

Enggan usaha lebih

Taknak usaha marketkan produk, taknak invest lebih. Rasa dah cukup keluarkan modal beli barang. Hmm… KFC pun masih lagi iklankan produknya di TV, billboard, surat khabar, etc. Inikan baru bermula nak tunggu orang datang cari kita, apahal pulak.

Tak tahu makna bisnes yang sebenar

Ingatkan bila dah buat bisnes tu mesti untung. Ini pun biasa berlaku kepada ejen MLM atau pelaburan, terutama yang menjanjikan pulangan sekian2 selepas sekian2 bulan… so yang mendaftar tu ingatkan automatik lah dapat that wealth. Tak tahu pulak yang dia kena buat kerja… Adoyai. If that so easy to get money, saya pun nak jugaklah, tak payah tunggang terbalik kerja siang malam.

Malas

Ini tak boleh buat apa lah. Kalau dah malas kita cakap apa pun tak guna :)
Macamana? Mungkin anda ada pengalaman nak kongsi? Atau apa yang saya tulis tak betul?
sumber: http://mysuperkids.net/kenapa-tak-ramai-boleh-buat-bisnes/

Hadapi masalah


Tips hadapi masalah biasanya diperlukan oleh mereka yang banyak masalah lah kan. Betul, masalah ni kita kena hadapi, bukan lari darinya. Kerana selagi tak selesai ia akan terus memburu kita. Namun bukan mudah untuk menghadapi satu-satu masalah, lebih2 lagi dengan jiwa yang goyah, semua benda pun boleh jadi masalah

Apakah tips menghadapi masalah versi Mommy Lyna? LOL

1. Masalah adalah lumrah hidup.

Tiada orang yang tiada masalah. Jika anda rasa anda tak ada masalah, mungkin itulah masalah anda sebenarnya. Orang yang tidak bermasalah ialah orang yang tak fikir langsung tentang hidup, mungkin baby, orang tua yang dah nyanyuk, atau orang gila.

Segala penciptaan berpunca dari masalah. Mentol lampu dicipta kerana bermasalah untuk melihat dalam gelap. Kereta dicipta kerana bermasalah nak jalan kaki jauh2. Kapal laut dicipta kerana masalah besar nak berenang dari satu benua ke satu benua. Kalau tak ada masalah, mungkin sekarang kita masih hidup dalam gua, zaman paleolitik belum berakhir agaknya.

2. Masalah adalah masalahnya hati.

Hati yang luas menerima masalah sebagai satu kelazatan. Hati yang kecil, masalah adalah bencana. Menganggap semua benda sebagai masalah adalah petanda hati yang bermasalah. Hati yang kuat dan bersih, memandang masalah sebagai satu tanda kebesaran Tuhannya. Bila hujan, hati yang kecil bermasalah kerana kain di jemurannya basah. Namun hati yang besar berasa beruntung kerana bumi mendapat bekalan air semula.

3. Kenapa aku? Bukan, kenapa bukan aku?

Biasanya bila terkena masalah, kita akan bertanya “Kenapa aku?”. Soalan yang sudah ada jawapan tapi tak dihiraukan “..Allah tidak memberatkan seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya..” Surah 2 ayat 286. Tanyalah “Kenapa bukan aku?” Kerana aku memang layak untuk menerima ujian itu. Aku kuat, aku berdaya mendapat ujian2 Tuhan. Jika ujiannya berat, itu bermakna aku hebat. Jika ringan ujiannya, bermakna aku masih di tahap rendah. Jadi, kenapa bukan aku yang menerima ujian hebat itu? Aku ingin menjadi hamba Allah yang hebat.

4. Masalah adalah tanda kasih sayang-Nya.

Setiap kali menghadapi masalah, adalah masa2 Allah merindui suara rintihan kita. Berdoa, meminta dari-Nya, mengadu pada-Nya. Orang yang sering dilanda masalah ialah orang yang paling dikasihi Allah, kerana Allah sering merindui suaranya. Tidakkah itu amat manis sekali? Bayangkan kekasih kita merindui untuk mendengar suara kita… ohh sungguh asyik kan. Inikan pula, Allah Yang Maha Besar yang merindui suara kita.

5. Tunduk pada masalah adalah tindakan kurang cerdik.

Masalah, atau apa saja, tidak mampu mengubah kita, tapi kita sendiri! Membiarkan diri kita dihanyutkan oleh masalah, adalah sebodoh-bodoh tindakan. Tiada siapa atau apa yang boleh membuatkan kita sedih, lemah, kuat atau berkuasa, melainkan diri kita sendiri. Jangan biarkan masalah membayangi hidup kita. Biarkan saja ia bermain2, seperti asap2 yang berlegar. Tidak memberi sebarang manfaat mahupun mudarat.

6. Masalah adalah trampoline

Masalah kepada sebiji bola ialah apabila ia dipukul dengan kuat ke arah dinding atau lantai. Tapi, ia melantun dengan lebih kuat lagi. Itulah fungsi masalah, untuk menjadikan kita lebih kuat, dan melompat lebih tinggi.

7. Masalah adalah cinta diri

Bila sering memikirkan kita asyik dilanda masalah, sebenarnya adalah tanda kita cinta pada diri kita. Jadi, untuk membuktikan kita mencintai diri kita dengan sebenar-benarnya, ubahlah benda yang menyedihkan dalam masalah itu sebagai perkara yang menggembirakan. Bila bermasalah dalam pelajaran, sebenarnya satu sebab kukuh untuk kita berbaik dengan guru, dengan selalu pergi bertanya soal pelajaran hingga kita dapat faham betul. Bila bermasalah dengan mencari pekerjaan, mungkin sebenarnya peluang untuk kita mengusahakan sesuatu yang lebih tinggi pulangannya dari kerja makan gaji.

Tidak perlu sedih bila dilanda masalah. Anggaplah masalah sebagai snek kehidupan. Hadapinya dengan penuh semangat, pasti masalah itu akhirnya menjadi batu loncatan untuk sebuah senyuman dan kebahagiaan yang pasti.

Semangat!

Terima kasih Tuhan kerana mengurniakan daku masalah yang berbagai-bagai dan tak putus-putus, besar atau kecil. Kerana di setiap baris masalah itu ada tersimpan rahmat-Mu yang tak terhingga. Dari situlah kutemui cinta-Mu yang tak mungkin kuperolehi dari siapapun manusia di muka bumi ini.

sumber: http://mysuperkids.net/tips-hadapi-masalah/

7 SUNNAH PENTING



 
guide-allah-310x321.jpg
 

Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:
 
Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.
 
Kedua:  
Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.
 
Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
 
Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.
 
Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.
 
Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".
 
Ketujuh:
 Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme

Roh

" Walau setinggi mana kasih sayangku, sesungguhnya Allah lebih berhak menyayangimu, Damai lah engkau disana di bawah limpahan rahmat dan kasih sayang-Nya, Sesungguhnya kami semua akan menyusulmu di kemudian hari...
Al-Fatihah buat semua muslimin dan muslimat yang telah pergi mendahului kita"

Roh di Bulan Ramadhan

Pagi tadi sempena hari Jumaat bulan Ramadhan yang mulia ini, aku menghadiri majlis ilmu yang membincangkan tentang amalan di bulan Ramadhan. Satu perkara yang menarik perhatian aku tadi, ustaz
penceramah bercerita tentang keadaan roh di bulan Ramadhan. Menurut satu hadith

Rasulullah.. (maaf aku tak sempat catat perawi hadith ini).. menceritakan apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah
kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. 



Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan
terus di penjara di Luh Mahfuz. Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri.



Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh
Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup. Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. 



Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup. Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang
bermanfaat dan sedekah amal jariah.

Sebarkan e-mail dakwah ini kepada seberapa ramai orang terdekat anda, dan mintalah mereka untuk melakukan hal yang sama. Ini bukanlah ancaman surat berantai. Yang jelas jika anda tidak meneruskan e-mail ini, maka anda telah melepaskan kesempatan untuk saling menasihati dalam kebenaran dan beramal soleh. Jika anda melakukan dengan ikhlas insya Allah anda akan mendapat ganjaran pahala kebaikan dari Allah.  Mari berlumba dalam kebaikan