Isnin, 10 Oktober 2011

Bajet 2012


Oleh: Dr Rosli Yaakop  
Belanjawan 2012 cukup pemurah. Ada yang berlinangan air mata mengenangkan kemurahan hati Perdana Menteri Malaysia. Semua golongan mendapat habuan. Berjuta-juta orang murid sekolah yang belum layak mengundi pun mendapat  habuan. Ibu penulis bakal mendapat RM3,000 sebab arwah ayahanda pernah menjadi AC di zaman penjajah.
Nampaknya, kerajaan UMNO-BN betul-betul mahu menjaga kebajikan rakyat – dan mesej itulah yang mahu diangkat setingginya - walaupun terpaksa bergadai bergolok dan dalam keadaan hutang negara semakin menimbun setelah masuk  14 tahun berbelanja boros. Ini betul-betul “Rakyat First” namanya. Hutang bertimbun tidak kesah. Bukan generasi ini yang akan membayar.  Yang akan membayarnya generasi hadapan. Hai orang muda, tengoklah! Kerajaan UMNO-BN mewariskan kepada generasi hadapan hutang bertimbun bukan harapan segunung. Lihatlah negara Greek dan Amerika Syarikat. Akibat keborosan generasi lalu, generasi kini yang menanggung bebannya. Generasi lalu menikmati taraf hidup yang luarbiasa tingginya tetapi generasi kini hidup merempat.
Dalam tahun 2012, kerajaan UMNO-BN akan berbelanja RM232.8 bilion, 5.8% lebih tinggi berbanding anggaran belanjawan tahun 2011 (RM220 bilion). Hasil dianggarkan RM186.9 bilion menyebabkan difisit belanjawan sebanyak RM49.4 bilion atau 4.7% daripada KDNK. Ini bermakna kerajaan terpaksa berhutang lagi. Tiap-tiap tahun kerajaan menambah hutang dalam tempoh 14 tahun kebelakangan ini. Nampaknya, kerajaan UMNO-BN tidak mahu langsung mengambil iktibar daripada kerajaan Ireland, Greek, Itali dan Amerika Syarikat. Negara-negara ini berada di ambang keranapan disebabkan perangai suka berhutang.
Sepatutnya, dalam tahun-tahun ekonomi berkembang, longgokkan lebihan belanjawan supaya lebihan ini boleh dibelanjakan semasa ekonomi merosot. Disiplin fiskal ini ditolak ketepi oleh kerajaan UMNO-BN. Mereka berbelanja boros sepanjang masa tanpa langsung mengambil kira betapa beratnya generasi akan datang hendak menanggung beban keborosan generasi kini. Ini adalah pengurusan fiskal yang tidak bertanggungjawab. Dalam tahun 2012 mereka akan berbelanja boros lagi kerana kononnya hendak melawan impak negetif ke atas ekonomi negara akibat tren kitaran menurun yang dihadapi ekonomi dunia sekarang. Sebenarnya, kerajaan UMNO-BN berbelanja besar untuk membeli undi dalam PRU13 yang akan diadakan sebentar sahaja lagi. Ambil “Pakej Rangsangan Khas” dengan peruntukan sebanyak RM6 bilion sebagi contoh. Peruntukan ini akan dibelanjakan untuk menaikkan taraf dan membaik pulih bangunan sekolah dan membina bangunan tambahan, menaikkan taraf hospital, melaksanakan program tebat banjir, menaikkan taraf infrastruktur luar bandar dan membina rumah awam untuk golongan berpendapatan rendah dan nelayan. Setiap kali pilihanraya, inilah projek yang dilaksanakan.
Sayogia diketahui projek-projek ini semuanya tidak mempunyai “forward and backward linkages” yang besar dan tidak  memberi impak terbaik untuk melawan kemelesetan ekonomi. Hakikatnyanya ialah, peruntukan ini hendak diagihkan secara segera kepada kontraktor-kontraktor kecil yang terdiri dari ketua-kutua cawangan dan bahagian parti tertentu sebagai “minyak pelincir” kepada jentera pilihan raya.  Sudah 54 tahun kita merdeka, takkan rakyat tidak masak lagi dengan tipu muslihat kerajaan UMNO-BN ini? Jalan-jalan kampong yang diturap semula memang tidak berkualiti. Lepas tiga empat bulan ianya berlopak semula.  Bangunan sekolah runtuh dan jambatan ruboh,
Belanjawan 2012 bukannya belanjawan satu Malaysia. Ia memberi kasih ke setengah-tengah wilayah dan mengabai dan menganaktirikan wilayah yang lain. Amalan pilih kasih yang keterlaluan oleh kerajaan UMNO-BN dalam pembangunan wilayah ini bukan perkara baru. Amalan buruk ini sudah sebati dan menjadi sebahagian dari perangai mereka.  Contohnya, belanjawan 2012 memperuntukkan RM978 juta untuk membangunan lima gerbang wilayah -  Lebuhraya pesisiran pantai Johor Baharu-Nusa Jaya di Iskandar, Johor, pembangunan pelancungan warisan di Taiping, skim agropolitan di Besut, Terengganu, projek gugusan industri sawit di Lahad Datu, Sabah dan projek bekalan air Samalaju di Sarawak. Tidak ada peruntukan untuk pempbangunan projek seperti ini di Kelantan dan Kedah semata-mata negeri-negeri diperintah oleh kerajaan selain dari UMNO-BN. Layanan yang diberi seolah-olah menunjukkan negara-negeri ini bukan sebahagian daripada Malaysia.
Penulis teringat peristiwa  Gabenor Bank Negara Malaysia (Allahyarham Tun Ismail Mohd. Ali) pergi ke London (awalan tahun 1980an) melancarkan “Dawn  Raid” bagi mengembalikan penguasaan syarikat perladangan terbesar di Malaysia (sekarang ini dikenali dengan nama Kumpulan Sime Darby) ke genggaman anak watan Malaysia. “Serangan komando” itu berjaya dan syarikat perlandangan itu kekal sebagai hakmilik rakyat Malaysia sehingga hari ini.    Hari ini kerajaan UMNO-BN mahu membuka ruang bagi membolehkan pelabur antarabangsa menguasai sebuah syarikat perladangan bertaraf “blue chip” yang seratus peratus milik kaum Bumiputera dengan menyenaraikan syarikat itu di bursa saham. Kononnya, dengan penyenaraian itu penoraka FELDA akan menikmati “durian runtuh.” Pelik sungguh kerajaan UMNO-BN ini. Sesuatu yang berharga yang sudah ada di dalam tangan kaum Bumiputera mahu digadaikan kepada pelabur antarabangsa. Tidakkah mereka tahu peneroka FELDA LBJ Labu dan Sendayan  di Negeri Sembilan pernah mendapat “durian runtuh” bila kerajaan Negeri Sembilan membeli tanah mereka kini telah kembali miskin?  Hakikatnya, tanah yang tergadai tidak mungkin dapat ditebus kembali. UMNO menjaga kepentingan kaum pemodal yang rakus “at the expense of “ kaum Bumiputera yang miskin. Wahai kaum Melayu! Jadilah orang Yahudi yang membeli tanah bukan menjual tanah.
Sejarah memberi tahu kita bahawa tamaddun-tamaddun besar dunia – Greek, Farsi, kaum Ad, Thamud, Lut, Firaun  dan lain-lain – ranap kerana keruntuhan akhlak. Nampaknya, kerajaan UMNO-BN tidak mahu mengambil iktibar dari sejarah khususnya dalam hal membangunkan modal insan. Ia masih kekal di dalam mode lama membangunkan modal insan dengan mengabaikan aspek pembangunan akhlak dan rohaniah.   Belanjawan 2012 memperuntuk RM100 juta untuk melahirkan insan cemerlang, kreatif dan inovatif.  Tiadak ada langsung bahagian daripada peruntukan ini mahu dibelanjakan ke arah mencemerlangkan aspek akhlak.   Tidak terperanjat kita sekiranya di masa hadapan negara Malaysia akan akan menghadap masalah gejala sosial, jenayah dan keruntuhan akhlak se kronik yang dihadapi negara-negara barat hari ini akibat dari kecuaian membina insan yang berakhlak mulia. Bila kita membangunkan negara dan ummat mengikuti model Barat maka kita akan tersungkur macam negara Barat juga.
Tidak wajar mengajak rakyat menolak gula-gula yang ditawarkan Belanjawan 2012. Yang ditaburkan adalah harta rakyat, ambillah. Tetapi ingat, janganlah pemberian sekali (one-off gifts) itu menyebabkan kita menggadaikan pendirian yang membawa kerugian besar dalam lima tahun yang akan datang dan selanjutnya. Kerajaan UMNO-BN beri beras, tepong, gula, susu, minyak, kain batik, kain pelikat dan wang tunai, ambillah.  Bila mengundi lain ceritanya kerana undi itu sulit.  Ingat, selama 54 tahun UMNO-BN memerintah, wajah ekonomi, politik dan sosial Malaysia sudah menjadi cukup buruk.  Tawaran-tawaran manis mereka itu tidak lain melain bahan “make-up” murahan untuk memperlihatkan wajah luaran yang anggun tetapi hakikatnya wajah dalamannya sudah terlalu hodoh dengan amalan rasuah, salahguna kuasa, boros dan memperkudakan institusi polis, kehakiman dan lain-lain.
Hari ini rakyat Malaysia hidup dalam zaman media baru yang mampu menyingkap wajah dalaman UMNO-BN betapa pun ia mahu disorokkan. Kalau mereka percaya rakyat Malaysia mudah sahaja termakan dengan gula-gula yang ditawarkan dan akan keluar berduyun-duyun memberi  undi kepada mereka dalam PRU13 nanti, kerajaan UMNO-BN sebebarnya “ is sadly mistaken.
sumber: harakahdaily

Guru: Terjamin atau tiada masa depan


Graduan ISMP UPSI   
BEBERAPA kajian luar negara mendapati faktor pemilihan kerjaya perguruan boleh dikategorikan kepada dua, iaitu intrinsik dan ekstrinsik.
Salah satu faktor instrinsik yang dikenal pasti ialah ingin berbakti kepada negara dan bangsa (Chuen et.al. 1999), suasana kerja yang menyeronokkan (Brown 1992) dan untuk memanfaatkan ilmu pengetahuan serta berpeluang melanjutkan pelajaran (Thomas 1984).
Mengikut kajian Yong (1994), Chuen et al. (1999) dan Yee (1990) faktor ekstrinsik seperti jaminan kerja, gaji dan prospek masa depan serta peluang kenaikan pangkat ditemui dalam kajian tentang pemilihan kerjaya perguruan di kalangan guru sekolah.
Penulis ingin memfokuskan kepada faktor jaminan kerja sebagai antara punca tarikan pelajar lepasan SPM, STPM, matrikulasi, diploma mahupun ijazah untuk menjadikan bidang pendidikan dan profession keguruan sebagai pilihan utama dalam kerjaya. Apabila Kerajaan mengumumkan penghapusan jaminan penempatan guru pelatih dan peralihan kepada ‘Sistem Terbuka dalam Latihan Guru’ dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (2011-2015), penulis tertanya-tanya di manakah rasionalnya?
Sedangkan di antara intipati RMK-10 ialah menjadikan profession keguruan sebagai pilihan utama dalam kalangan siswazah cemerlang. Sekiranya tiada lagi jaminan penempatan guru bagaimana mungkin dasar ini dapat menarik minat golongan sasaran tersebut.
Disini penulis ingin lontarkan persoalan yang perlu diperjelaskan secara terperinci oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Apakah dengan mengubah dasar daripada jaminan penempatan guru pelatih kepada sistem terbuka dalam latihan guru ini adalah salah satu usaha untuk meningkatkan daya tarikan keguruan dan meningkatkan kualiti guru baru secara signifikan seperti yang dinyatakan di dalam RMK-10? Bagaimana pula dengan masa depan bakal-bakal guru di seluruh IPTA dan IPTS pada masa akan datang?
Kebelakangan ini kedengaran rintihan dan keluhan graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) di seluruh IPTA dan IPTS negara mengenai masalah penempatan mereka. Persoalan timbul mengenai status sebenar graduan ISMP berikutan kenyataan YAB Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yasin selaku Menteri Pelajaran bahawa penambahan jawatan baru dibekukan bagi mengurangkan defisit negara.
"Defisit kita boleh uruskan dan kita telah tunjukkan kita telah dapat kurangkan. Bermakna itu tidak harus jadi satu perkara yang membimbangkan. Tapi ada langkah dibuat untuk mengurangkan (defisit), umpamanya penambahan jawatan baru dibekukan."- Sumber: Malaysiakini
Penulis berpendapat tindakan kerajaan membekukan jawatan baru melibatkan juga pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah sehingga 31 Ogos 2011 dan dilanjutkan pula ke 31 Disember 2011 perlu dikaji semula. Ini kerana bilangan guru di sekolah rendah dan menengah sentiasa tidak mencukupi setiap tahun.
Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Profesor Dr Zakariah Kasa pernah berkata sememangnya negara kita masih mengalami masalah kekurangan guru walaupun setiap tahun pengambilan pelajar di IPTA atau IPG dilakukan. Menurutnya, pengambilan pelajar dalam bidang perguruan berdasarkan unjuran yang dikeluarkan Kementerian Pelajaran.
"Untuk bakal guru di sekolah menengah, mengikut unjuran kementerian, seramai 4,500 pelajar akan mengisi kekosongan di seluruh IPTA tahun ini."Daripada jumlah itu, UPSI akan menerima 2,500 pelajar dan semuanya akan mengisi kekosongan jawatan guru untuk empat tahun akan datang," katanya. Sumber: Harian Metro
Selain itu Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi juga telah mengumumkan penyerapan lebih 13,000 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT).
“Mereka akan dilantik semula mengikut syarat seperti usia tidak melebihi 35 tahun pada 31 Disember 2010 dan sudah berkhidmat sekurang-kurangnya dua tahun berturut-turut sebagai GSTT” Sumber: Berita Harian
Tindakan KPM mengutamakan GSTT yang hanya berpengalaman mengajar selama 3 tahun mengisi jawatan kekosongan guru di seluruh negara, pada pandangan penulis adalah kurang tepat sedangkan graduan ISMP yang menuntut ilmu perguruan selama 4 tahun di IPTA dan IPTS diabaikan dan tiada jaminan .
Mengikut maklumat terkini KPM bertarikh 15 September 2011, KPM telah melantik semula 6,280 orang Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) manakala seramai 4,433 dikenal pasti tidak memenuhi syarat dan seramai 7,258 orang lagi masih menerima surat perlantikan semula sehingga akhir Julai lalu.
Kementerian juga dalam proses untuk menyerap guru GSTT yang masih dalam kontrak dan sudah bertugas lebih tiga tahun ke jawatan guru tetap melalui Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan Kursus Dalam Cuti (KDC).
Masalah timbul apabila GSTT diserap melalui KDC. Sekiranya kita rujuk kembali Akta Pendidikan 1996, GSTT diberi kebenaran untuk mengajar di sekolah melalui peruntukan kuasa Ketua Pendaftar. Sila rujuk Bahagian IX Pendaftaran Guru, Bab 2 - Permit Mengajar, di bawah seksyen 114. Pengeluaran permit mengajar. (c) seseorang yang diperlukan untuk bertindak sebagai guru untuk sementara.
Apabila GSTT diserap ke jawatan KDC penulis berpendapat bahawa tindakan tersebut menyalahi kuasa Ketua Pendaftar kerana seksyen 114 (c) menyebut secara jelas bahawa pengeluaran permit mengajar hanya untuk sementara. GSTT yang diserap ke jawatan tetap melalui KDC masih belum lagi mempunyai kelayakan untuk mengajar tetapi boleh berdaftar sebagai guru. Ini jelas bercanggah dengan peruntukkan kuasa Ketua Pendaftar yang berhak untuk enggan mendaftarkan seseorang sebagai guru sekiranya tidak mempunyai kelayakan untuk mengajar atau mempunyai kelayakan yang pada pendapat Ketua Pendaftar tidak mencukupi bagi maksud itu. Sila rujuk Bahagian IX Pendaftaran Guru, Bab 1 Pendaftaran Guru di bawah seksyen 106 (b).
Terdapat isu graduan ISMP di IPTS yang tidak diterima permohonan untuk perlantikan guru sektor awam. Sekiranya kita lihat kembali antara intipati Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Pendidikan.
EPP 4: Mengembangkan Latihan Guru Swasta
Unjuran masa kini menunjukkan bahawa institusi awam tidak mempunyai kapasiti yang mencukupi untuk memenuhi permintaan guru baru setiap tahun. Daripada melabur dengan banyaknya untuk menambah kapasiti di Institut Pendidikan Guru (IPG), NKRA Makmal Kualiti Guru meluluskan liberalisasi pasaran untuk memasukkan pengusaha swasta bagi mempertingkatkan persaingan. Oleh itu, EPP ini telah direka bentuk untuk menyokong pelaksanaan inisiatif ini.
Kami akan membenarkan pengusaha swasta menyediakan latihan pra-perkhidmatan dan dalam perkhidmatan untuk guru sekolah rendah dan menengah. Pengusaha swasta akan bertanggungjawab untuk menentukan bidang subjek khusus mereka (contohnya, Bahasa Inggeris atau pendidikan khas), dan jenis model perniagaan yang akan digunakan (contohnya, secara bersemuka, e-pembelajaran, model campuran). Bagaimanapun, mereka mesti mematuhi standard kualiti seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan dan MQA untuk latihan guru dan mesti mencari sumber pelaburan modal dan kakitangan sendiri.
Bagi pihak Kementerian Pendidikan, kami akan membuka ruang untuk pelantikan guru sektor awam dari kalangan graduan institusi-institusi ini (IPTS), tidak kira jika mereka ditaja oleh kami ataupun tidak.
Di sini secara jelas dasar KPM untuk mengembangkan latihan guru swata dalam NKEA Pendidikan bagi memenuhi permintaan guru baru setiap tahun. Oleh itu isu ini sepatutnya tidak timbul.
Kita lihat sistem pendidikan di negara maju seperti Jepun yang berhasil merombak dan memajukan minda masyarakatnya melalui pendidikan dengan mengambil beberapa langkah progresif. Antaranya ialah kerjaya guru diberi perhatian serius oleh Kerajaan Jepun dengan menjamin dan mempercepatkan penempatan bakal-bakal guru bagi mengelakkan masalah kekurangan tenaga pengajar. Rujuk kembali kajian bertajuk The InstitutionS of Education: A Comparative Study of Educational Development in the Six Core Nations by William K. Cummings (2003).
Sewajarnya KPM yang diperuntukkan sejumlah dana yang begitu besar untuk sektor pendidikan iaitu RM50.2 bilion melalui Belanjawan Negara 2012 yang lepas, menyelesaikan segera isu penempatan lebih 7,000 graduan ISMP. Penulis percaya isu ini boleh dipercepatkan sekiranya digunakan tidak sampai satu peratus pun daripada dana pendidikan tersebut bagi membiayai kos penempatan bakal guru.  
Penempatan segera graduan ISMP bukanlah satu pilihan akan tetapi ianya satu keperluan yang mendesak berikutan bebanan tugas guru-guru senior akibat kekurangan guru di seluruh negara.

Oh Guru Besar ...


KUCHING: Akibat tidak sebulu dengan pegawai bawahannya, seorang guru besar sekolah rendah di sini, didakwa menyalahgunakan kuasa dengan menceroboh sistem maklumat peribadi empat guru lain semata-mata mahu mengisi borang bagi membolehkan keempat-empat guru terbabit dipindahkan.

Perbuatan tanpa diketahui keempat-empat guru terbabit dipercayai bermula apabila guru besar berusia 53 tahun itu dikatakan memasukkan maklumat palsu dalam borang e-G (penukaran guru) selepas dikatakan mengarahkan guru yang bertugas di bahagian pangkalan data menukarkan kata laluan serta ID pengguna sistem maklumat peribadi mereka.
Kejadian berlaku sejak April lalu hanya diketahui seminggu kemudian selepas seorang daripada guru terbabit gagal memasuki sistem berkenaan.

Seorang guru terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Shiela, 36, berkata, guru besar itu dikatakan tidak menyukainya kerana dia gagal menghadiri tiga aktiviti sekolah pada Disember tahun lalu atas sebab tertentu.


“Guru besar memaki saya dalam mesyuarat hanya kerana tidak dapat hadir dalam tiga aktiviti berkenaan. Saya tidak pernah menyangka masalah itu menjadi punca dia tidak menyukai saya sehingga sanggup mengisi borang pindah sekolah tanpa pengetahuan,” katanya yang sudah sembilan tahun bertugas di sekolah rendah berkenaan.

sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Bencimelampau/Article/index_html

Rahsia youtube

10 Rahsia Youtube Tidak Ramai Orang Tahu
Korang mesti suka layan Youtubekan? Suka letak video Youtube di blog/website anda? Anda perlu tahu trick-trick ini!

1. Melihat High Quality Videos
Ada video-video yang boleh anda buka dengan versi high quality. Caranya iaitu dengan menambah beberapa tulisan ini di belakang link URL video yang anda buka:
* &fmt=18, untuk melihat versi stereo, resolusi 480 x 270.
* &fmt=22 untuk melihat versi stereo, resolusi 1280 x 720.
Setelah anda menambah salah satu kod di atas pada alamat URL video di browser anda kemudian menekan Enter atau Go, maka paparan video Youtube yang anda buka akan menjadi lebih lebar dengan kualiti yang lebih baik.

2. Embed High Quality Video di blog anda
Trick sebelumya berguna untuk melihat video yang high quality di Youtube. Semasa embed alias mencantumkan video kualiti bagus tersebut di blog anda, tambahkan kod berikut di akhir URL: &ap=%2526fmt%3D18 atau &ap=%2526fmt%3D22.

3. Skip Terus ke Bahagian yang Menarik

Semasa membuka sebuah video di Youtube, kita boleh langsung skip ke minit tertentu? Jadi misalnya ada sebuah video yang panjang, yang sebenarnya moment menariknya ada di minit 03:14, kita tidak perlu menunggu sampai videonya berputar hingga ke minit itu. Cukup tambahkan #t=03m14s di belakang URL, contoh: http://www.youtube.com/watch?v=YPQ_N4imYVE#t=03m14s

4. Sembunyikan Search Box
Semasa anda hover atau melayangkan pointer mouse anda di atas sebuah video Youtube yang di-embed dalam sebuah blog, biasanya akan muncul Search Box. Jika anda tidak ingin perkara terjadi, tambahkan &showsearch=0 di belakang URL yang anda embed.

5. Meng-embed Hanya Bahagian Tertentu dari Video

Anda boleh menambahkan &start=30 di akhir URL yang anda embed, supaya boleh terus skip ke saat ke-30.

6. Video yang di-Embed boleh Autoplay
Biasanya video yang di-embed berjalan semasa tombol Play-nya diklik. Tapi jika anda mahu video tersebut secara auto di halaman website tempat anda embeded video itu dibuka, tambahkan &auto*play=1 di akhir link URL video tersebut.

7. Membuat video yang di-Embed Berulang-ulang automatik
Tambahkan &loop=1 untuk membuat video yang anda embed automatik terus berulang alias looping.

8. Tidak Menunjukkan Related Videos

Jika anda meng-embed sebuah video Youtube di blog anda, biasanya muncul link atau gambar menuju ke video lain yang berkaitan. Jika anda tidak mahu itu terjadi, tambahkan &rel=0 di belakang URL video yang anda embed.

9. Download Video
Ada banyak cara untuk download video dari youtube,seperti dengan Keepvid.com. Namun trik ini boleh juga dicuba, semasa anda membuka link video tertentu, ganti saja perkataaan youtube.com di link anda dengan kickyoutube.com. anda akan automatik akan ke website kickyoutube di mana anda boleh download video tersebut dengan mudah.

10. . Game Snake
Tahukah anda , kita boleh main game snakes semasa buffering video di youtube.
Gini caranya, semasa buffering video akan muncul satu bulatan yang bergerak melingkar ditengah tengah video. Itu sebenarnya ularnya.Klik mouse atas video dan tekan sahaja button arah panah atas pada keyboard. Kemudia ular tersebut boleh bergerak mengikut button yg anda tekan.

10 Negara dengan Populasi Islam Teramai



Dianggarkan terdapat lebih kurang 1.8 billion umat Islam didunia ketika ini berdasarkan kepada kajian yang dilakukan oleh Pew Research Centre’s Forum on Religion and Public Life. Hasil kaji selidik itu didapati lebih banyak umat Islam dari bukan arab dari kalangan orang arab. Dianggarkan 1 dalam 4 orang didunia ini ialah seorang Islam. Dan pada kali ini kami dedahkan kepada anda 10 negara dengan populasi muslim teramai didunia. Jom kita lihat negara berkenaan.



1. INDONESIA
Seperti yang diketahui Indonesia merupakan negara muslim terbesar di seluruh dunia. Islam mula tersebar di Indonesia pada tahun 30 hijrah setelah Khalifah Usman ibn Affan singgah di Kepulauan Nusantara dan mendirikan pengkalan dagan di pantai bara Sumatera. Sejak itu para pelaut dan pedagang muslim terus datangdan mula membeli hasil bumi disana dan sambil berdakwah. Indonesia bukanlah sebuah negara Islam walaupun dianggarkan 88% iaitu 182,570,00 orang penduduknya adalah islam.

2. PAKISTAN 
Nama Pakistan adalah hasil dari gabungan awalan daerah Punjab, Afghan, Kashmir, Sind dan Baluchistan dan dalam bahasa Parsi ‘Pak’ bererti suci manakala ‘Stan’ ialah negara. Dengan lebih kurang 150 juta jumlah penduduk dianggarkan lebih kurang 134,480,000 orang adalah muslim.






3. INDIA 
Sejak ajaran Islam menular di India, ajaran Islam mula mempengarahui kesenian, falsafah, kebudayaan, politik, sejarah dan warisan di India. Agama Islam merupakan agama kedua terbesar di India selepas agama Hindu. Lebih kurang 121,000,000 orang penduduk adalah muslim iaitu kira-kira 17% dari jumlah penduduk di India.



4. BANGLADESH 
Islam mula datang ke setelah penaklukan daerah wali Parsi oleh wali Islam yang terkenal iaitu Shah Jalal di samping kedatangan pedagang-pedagang arab. Dalam bancian 2001 hampir 80% daripada jumlah penduduk Bangladesh adalah Islam dan kini Islam adalah agama terbesar di Bangladesh dengan anggaran hampir 11,080,000 orang penduduk adalah muslim.
5. TURKEY 
Wilayah yang terdiri daripada Turki moden mempunyai tradisi Islam yang lama dan kaya dengan latar belakang zaman permulaan Seljuk dan Empayar uthmaniyyah dengan penduduk awal di Turki berdasarkan budaya dan sejarah adalah Islam. 65,510,000 orang di Turki adalah muslim.
6. IRAN 
Sebelum kedatangan ajaran Islam, Iran dipengaruhi oleh ajaran-ajaran Parsi, Sassania da Akhemenid meliputi negara-negara jiran tetangganya yang kebetulan mempunyai persamaan dari segi bahasa dan kebudayaan. Namun sehingga kini di anggarkan lebih kurang 63,430,000 orang penduduknya adalah muslim.
7. MESIR
Pada 628 Masihi, Islam mula merebak ke Mesir dan pada 639 Masihi ketika Islam dibawah pimpinan Saidina Umar Al-Khattab, 3000 pasukan Amru bin Ash memasuki Mesir. Gabenor Mukaukis pada ketika itu menandatangani perjanjian damai. Sejak itu, Mesir menjadi wilayah kekuasaan Islam. Dianggarkan hampir 58,630,000 orang adalah muslim.


8. NIGERIA
Penyebaran Islam di Nigeria melalui tiga peringkat iaitu Peringkat Trans Sahara Afrika Selatan, Peringkat Atlantik dan Peringkat Kemerdekaan. Hampir 50% dari seluruh penduduk Nigeria menganut agama Islam iaitu lebih kurang 53 ribu orang adalah muslim.
9. ALGERIA
Bani Umayyah yang pertama kali bertanggungjawab membawa ajaran Islam ke Aljazair ataupu Algeria setelah penaklukan dari Uqba bin Nafi setelah banyak proses penaklukan dan penukaran yang dibentang pada awal 670-711 Masihi. Namun seperti di Timur Tengah, mereka berusaha untuk menggabungkan Islam dengan penentangan mereka terhadap peraturan luar negeri. Sehingga kini di Algeria dianggarkan hampir 30,530,000 orang adalah muslim.



10. MOROCCO/MAGRIBI
Bangsa Arab yang datang telah membawa adat, kebudayaan dan ajaran Islam disana dan menjadikan Morocco moden pada abad ke-7 Masihi. Sejak itu hingga ke hari ini ramai bangsa Barbar yang mula memeluk agama Islam. Kini dianggarkan lebih kurang 28,780,000 orang adalah muslim.


mimpi-mimpi yang menakjubkan

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah R.A berkata, Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan..."

1. Aku telah melihat seorang daripada umatku telah didatangi oleh malaikat maut dengan keadaan yang amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBU BAPANYA.





 2. Aku melihat seorang daripada umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyeksakan, diselamatkan oleh berkatWUDUKNYA YANG SEMPURNA.


3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka dia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.
 
 
 
 
 

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan menggunakan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan ke dalam mulutnya dan dikeluarkan rantai tersebut melalui duburnya oleh malaikat Ahzab, tetapi oleh keranaSOLATNYA YANG KHUSYUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dia dihalang daripada meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH S.W.Tmemberinya minum hingga dia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpul, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYAsambil memimpin ke kumpulanku seraya duduk di sebelahku.

7. Aku melihat seorang daripada umatku berada di dalam keadaan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan bingung, maka datanglah pahalaHAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH S.W.T lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya, maka menjelmalahSIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicaralah mereka dengannya.
 
 

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH S.W.T lalu menabir muka dan kepalanya daripada bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW, "SAMPAIKAN PESANKU KEPADA YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

7C

7C Sebab Suami Benci Isteri: C1. CABAR
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI... nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata...


C2. CABUL
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua...


C3. CELUPAR
Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.


C4. COMOT
Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje... Ada isteri kata - mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.


C5. CEMBURU
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan... sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2...


C6. CEREWET
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.


C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak... anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi....


7C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai... ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu. Renungkanlah.....