Ahad, 30 Oktober 2011

8 makanan


Antara makanan yang terbaik di dunia.. boleh diamalkan ni.. :)

1. Delima


Firman Allah: ” Dan (Kami jadikan) kebun – kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima yang sama dan yang tidak sama (bentuknya), Perhatikanlah kamu pada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya..” Surah Al- An’am ayat 99

2. Kismis
Dalam Tibb An-Nabawi menyebut hadis yang bermaksud: ” Sebaik – baik makanan ialah buah zabib (kismis). Ia menghilangkan keletihan, menguatkan urat saraf, meredakan kemarahan, mencerahkan warna kulit dan mengharumkan bau hidung serta mulut”

3. Kurma
Firman Allah swt dalam surah Maryam: Ayat 25-26. “Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu”

4. Habbatus Sauda’
Sabda Rasulullah: “Tetaplah kamu dengan Habbatus sauda’ ini, kerana padanya terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali as – saam (mati)” Hadith Riwayat Hadith dan Muslim

5. Za’Faran
Sayidina Ali pernah menyatakan: ” Sesiapa mengambil sebahagian za’faran dan su’ di satu bahagian dicampur dengan madu, diminum sebanyak dua sudu pada setiap hari, maka ia dikagumi tentang ingatannya, sehingga dituduh melakukan sihir “

6.Madu
Firman Allah: ” Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam – macam warnanya, di dalamnya terdapat penawar yang menyembuhkan bagi manusia” Surah An – Nahl ayat 68 – 69

7. Zaitun
Firman Allah: ” Dari pohon itu (zaitun) yang berasal dari Bukit Sinai mengeluarkan minyak dan makanan” Surah Al Mukminin ayat 20

8. Buah Tiin
Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin.Lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan.Nabi pun turut sama makan.Kemudian baginda SAW bersabda :”Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia. Kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”…
Sama2 kta mngamalknnye

kredit: nizarazu.com

sifat SAW

mind map hidup

Sabtu, 29 Oktober 2011

tak nak BAROKAH..?? TNB


tnb9 Tarif Elektrik TNB Akan Naik Lagi? Tenaga Nasional Berhad TNB Rugi Bersih RM453.9 Juta
Munasabahkah kalau tarif elektrik naik lagi selepas ini? Kalau ikut rekod keuntungan TNB sebelumnya, TENAGA Nasional Bhd (TNB) telah peroleh untung bersih sebanyak RM3.2 bilion dalam tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2010. Kemudian, Tenaga Nasional Bhd (TNB) berjaya peroleh untung bersih untuk tempoh berikutnya, separuh masa pertama berakhir 28 Februari lalu sejumlah RM1.343 bilion….
KUALA LUMPUR :  Tenaga Nasional Berhad (TNB) mencatatkan kerugian bersih RM453.9 juta pada suku keempat tahun kewangan semasa ekoran kekurangan bekalan gas dialami oleh syarikat itu. Sehubungan itu, keuntungan bersih syarikat tersebut bagi tahun kewangan 2011 merosot 84 peratus kepada RM499.5 juta berbanding RM3.2 bilion pada tahun kewangan 2010.
Dalam kenyataan pada sidang media hari ini, kumpulan itu berkata, keadaan itu telah menyebabkan pertambahan kos bahan api RM2.1 bilion ekoran kekurangan bekalan gas, sekali gus memaksanya menggunakan minyak dan sulingan yang berharga tinggi untuk menjana tenaga elektrik.
Ketua Pegawai Eksekutif TNB Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh berkata, beliau berpandangan bahawa akan menjadi satu cabaran bagi Petronas untuk memulihkan sepenuhnya bekalan gas semula jadi dan ekoran penggunaan bahan api ganti yang mahal, keputusan suku pertama tahun kewangan semasa syarikat utiliti itu juga dijangka sama sebagaimana dialami pada suku keempat tahun kewangan lalu. Katanya, TNB sedang mengadakan perbincangan dengan kerajaan mengenai soal mendapatkan pampasan daripada Petronas. “Pampasan dalam bentuk tertentu diperlukan,” kata Che Khalib. (Sumber : MalaysianInsider)
tnb Tarif Elektrik TNB Akan Naik Lagi? Tenaga Nasional Berhad TNB Rugi Bersih RM453.9 Juta
Untung adat meniaga. Ada untung, ada rugi. Tapi sungguh tidak patut kalau TNB boleh rugi teruk. Takkan TNB monopoli pun boleh rugi banyak? Kemudian pada pertengahan tahun, tarif elektrik baru sahaja dinaikkan dengan purata kenaikan sebanyak 7.12%. Walaubagaimanapun, TNB tak setuju yang mereka monopoli industri tenaga sekarang ini…..Jawapan mereka ada pada paparan (gambar) di bawah ini…
tnb8 Tarif Elektrik TNB Akan Naik Lagi? Tenaga Nasional Berhad TNB Rugi Bersih RM453.9 Juta
Antara beberapa alasan yang popular diberikan rugi setiap kali menerima kerugian tempoh-tempoh tertentu beberapa tahun kebelakangan ini, sehingga adakala menyebabkan mereka bertindak menaikkan tarif elektrik beberapa kali sebelum ini :
  1. ringgit lemah berbanding euro/yen/etc
  2. kenaikan harga minyak/gas dunia
  3. kekurangan bekalan gas
  4. kenaikan harga arang batu
  5. kemerosotan permintaan
tnb10 Tarif Elektrik TNB Akan Naik Lagi? Tenaga Nasional Berhad TNB Rugi Bersih RM453.9 Juta
(Gambar Barisan pemain utama IPP di Malaysia)
Dan…kena tambah satu lagi faktor yang menyebabkan kadar keuntungan TNB jatuh adalah disebabkan pembelian mahal kuasa yang dihasilkan oleh Pengeluar Tenaga Bebas (IPP). Untuk rekod, TNB terpaksa menanggung RM12.5 billion untuk beli kuasa daripada IPP berbanding tahun kewangan sebelumnya 2009 dengan RM11.8 billion. Tahun 2011, berapa pula tanggungan TNB terhadap IPP?

tnb7 Tarif Elektrik TNB Akan Naik Lagi? Tenaga Nasional Berhad TNB Rugi Bersih RM453.9 Juta
Punca kerugian TNB kali ini adalah disebabkan kebakaran pada Disember 2010 di blok Bekok yang terletak di pesisir 200km dari Pantai Timur Semenanjung. Penyambungan semula bekalan penuh dah berkali-kali ditangguhkan. Sehingga akhirnya TNB terpaksa beralih kepada bahanapi lain yang lebih mahal. Itu sebab mereka rugi banyak kali ini berdasarkan kenyataan TNB baru-baru ini.
tnb11 Tarif Elektrik TNB Akan Naik Lagi? Tenaga Nasional Berhad TNB Rugi Bersih RM453.9 JutaPelik, setahu kami Malaysia ini kaya dengan rizab gas asli. Jadi mengapa Petronas boleh menghadapi kekurangan bekalan gas, yang telah mengakibatkan kerugian kepada Tenaga Nasional? Kalau sebelum ini, Petronas mampu membekalkan 1200 juta mmscfd sehari kepada sektor penjanaan kuasa tetapi sekarang turun mendadak kepada hanya  sekitar 900 juta mmscfd pada tahun ini.
Menurut Petronas, kekurangan gas kerana harga gas subsidi (ha…yang ini siapa yang paling banyak dapat?) dan penggunaan gas sebagai ganti kepada arang batu dan ini telah mendorong permintaan tinggi terhadap gas.
Tambah Petronas lagi,
  • Subsidi gas telah diberikan sejak tahun 1997 lagi sehingga menyebabkan permintaan gas sebagai ganti kepada arang batu dan minyak meningkat melebihi keperluan
Yang menjadi persoalannya sekarang,  adakah jika bekalan bekalan dari Bekok C walaupun berjaya dipulihkan sepenuhnya, kekurangan gas akan berjaya diselesaikan? Secara faktanya, Malaysia bukan calang-calang rizab gasnya sehingga Malaysia diletakkan pada kedudukan ke-14 di dunia dari segi rizab gas, mengikut laman web Malaysia Gas. Setakat ini ada cadangan telah dikemukakan yang mana beberapa pengeluar tenaga bebas perlu berkongsi kos yang tinggi ketika ini. Mahu atau tidak, tidak diketahui lagi.
Pendapatan daripada gaji CEO dan elaun orang-orang di belakang pengurusan Tenaga Nasional Berhad (TNB) :
tnb2 Tarif Elektrik TNB Akan Naik Lagi? Tenaga Nasional Berhad TNB Rugi Bersih RM453.9 Juta
Sedangkan TNB untung banyak tahun lepas pun, TNB masih bertindak naikkantarif elektrik, inikan pula kalau jumlah keuntungan bersih mereka merosot. Dan adakah ini merupakan signal awal untuk tarif elektrik dinaikkan tidak lama lagi?

virus umah tangga

Bila Programmer sebagai suami... 


Suami (Programmer): (Setelah balik lewat dari pejabat) 
"Selamat malam sayang, sekarang saya logged in." 
Isteri : Abang ada beli tak barang yang saya pesan tadi? 
Suami : Bad command or filename. 
Isteri : Tapi kan ke saya dah call abang pagi tadi kat pejabat suruh abang beli! 


Suami : Errorneous syntax. Abort? 
Isteri : Ish. Abang nih, takkan itu pon tak ingat? Hahaa..... Abang kata tadi dalam telefon nak beli tv? Mana dia?


 Suami : Variable not found... 
Isteri : Abang nih memang tak bole harap la. Bak kad kredit abang. Biar saya pergi belikan dan shopping barang dapur sekali. 
Suami : Sharing Violation. Access denied... 
Isteri : Abang ni tak sayang saya ke? abang lebih sayang komputer abang tu dari saya. Saya tak tahan la kalau macam ni selalu. 


Suami : Too many parameters... 
Isteri : Saya menyesal pilih abang sebagai suami saya. Harapkan muka je hensem. 
Suami : Data type mismatch. 


Isteri : Abang nih memang betul-betul tak berguna la. 
Suami : It's by Default.
Isteri : Macamana pula dengan gaji abang? 
Suami : File in use ... Try later. 


Isteri : Kalau begitu, apa peranan saya disisi abang sebagai seorang isteri? 
Suami : Unknown Virus. " (~.^)

laptop hangus





A couple lost their 25 year old son in a fire at home on June 4th. The son who had graduated with MBA from the University of Wisconsin-Madison two weeks earlier had come home for a while. He had lunch with his dad at home and decided to go back to clean up his hostel room. His father told him to wait, to meet his mother, before he went back for a few days. He decided to take a nap while waiting for his mom to come back home from work. Some time later their neighbors called 911 when they saw black smoke coming out of the house.

Unfortunately, the 25 years old died in the three year old house. It took several days of investigation to find out the cause of the fire. It was determined that the fire was caused by the laptop resting on the bed. When the laptop was on the bed cooling fan did not get the air to cool the computer and that is what caused the fire. He did not even wake up to get out of the bed because he died of breathing in carbon monoxide.

The reason I am writing this to all of you is that I have seen many of us and also our sons & daughters using the laptop while in bed. Let us all decide and make it a practice not to do that. The risk is real. Let us make it a rule not to use the laptop on bed with blankets and pillows around. Please educate as many people as you can.

"Please pass to everyone you know, you might save one's life"

Jumaat, 28 Oktober 2011

10 anugerah

SENARAI 10 CARTA DOSA ANDA DI DUNIA DAN ANUGERAH YANG BAKAL ANDA TERIMA DI AKHIRAT

* Peringatan buat diriku serta rakan-rakan seagama yang selalu terlupa dan leka...

1. MENINGGALKAN sembahyang - ULAR SAQAR sedang menunggu.

2. MELEWAT-LEWATKAN sembahyang - NERAKA WAIL sedang menganga.

3. MERINGAN-RINGANKAN syariat - Mendapat pandangan MURKA Al-Jabbar

4. MENGUMPAT peribadi orang - GUNTING neraka sedang diasah

5. MENYEBARKAN gossip atau fitnah - DURI-DURI menanti anda di taman neraka

6. Tidak MENJAGA pergaulan -LIBASAN api neraka dijanjikan

7. Tidak BERAKHLAK dengan manusia -KEMURKAAN Allah bersama mu..

8. MENYAKITI hati orang dengan lisan- MASUKLAH mana-mana pintu neraka

9.Meringankan AMANAH - Angkatlah SEBERKAS kayu dari neraka

10.BERSANGKA BURUK - AMALAN BAIK diambil orang

P/s : Sebar-sebarkan lah...