Ahad, 25 Mac 2012

berpantang ajal

hidup dan matiseseorang itu hanyalah Allah swt. yang menentukan.

Berikut adalah 9 kemalangan pesawat yang hanya meninggalkan 1 penumpang di dalam pesawat yang masih selamat dan panjang umur.

 1.Juliane Köpcke
Tarikh Jatuh: 24 Disember 1971
Jenis pesawatLockheed L-188A Electra
Crash sitePuerto supernovidades, Peru
Penumpang & Crew92 orang
Meninggal: 91 orang
Punca Crash: Kesalahan manusia kegagalan struktur dan mungkin kerana kilat.


2. Vesna Vulović
Tarikh jatuh: 26 Januari 1972
Jenis pesawat:-McDonnell Douglas DC-9
OperatorJugoslovenski Aero pengangkutan
Punca CrashBombing
Crash siteHinterhermsdorf Jerman Timur
Penumpang & Crew28 orang
meninggal27


3. Mohammed el-Fateh Osman
Tarikh jatuh: 8 Julai 2003
Jenis pesawatBoeing 737
OperatorSudan Airways
Crash sitePort Sudan
Penumpang & Crew116 orang
Korban: 115 orang
Punca Crash: Tidak diketahui

 4. George Lamson Jr.
Tarikh Jatuh: 21 Januari 1985
Jenis pesawatLockheed Electra 188
Crash SiteReno Nevada USA
Penumpang & Crew71 orang
Kematian: 70 orang
Punca CrashPilot / kesalahan crew 



5. Erika Delgado
Tarikh jatuh: 13 Januari 1995
jenis pesawatDC-9
OperatorIntercontinental syarikat penerbangan
Crash SiteMaria La Baja 500 batu utara-barat dari Bogota
Penumpang & Crew52 orang
Kematian: 51 orang
Punca Crash: tidak diketahui

 6. Nestor Mata
Tarikh jatuh: 17 Mac 1957
Jenis pesawatC-47 Skytrain
OperatorPhilippine Air Force
Crash Site: S 22 batu dari Cebu City Filipina
Penumpang & Crew26 orang
Kematian: 25 orang
Punca CrashFire fatique 



7. Foye Kenneth Roberts
Tarikh jatuh: 14 JUNI 1943
Jenis pesawatB-17C Flying Fortress
Crash siteBAKERS CREEK NEAR MACKAY QLD Australia
Penumpang & Crew41 orang
Kematian: 40 orang
Punca Crash: Tidak diketahui

 8. James Polehinke
Tarikh jatuh: 27 Ogos 2006
Jenis pesawatBombardier Canadair Regional Jet (CRJ) CRJ-100ER
OperatorComair (/ b / a Delta Connection
Crash siteBlue Grass Airport Lexington Kentucky
Penumpang & Crew onboard50 orang
Kematian: 49 orang
Punca CrashKesalahan Pilot 



9. First Lieutenant Martin Farkas
Tarikh Jatuh: 19 Januari 2006
Jenis pesawatAntonov An-24
OperatorSlovakia Tentera Udara
Crash LamanHejce Hungary
Penumpang & Crew43 orang
Kematian: 42 orang
Punca Crash: kesalahan Pilot

Jumaat, 23 Mac 2012

8 iktibar...

Nik Nasri Nik Malek
Hari ini (22 Mac 2012) genap 8 tahun perginya Sheikh Ahmad Yaasin sebagai seorang syahid. Secara ringkas, kita mengambil 8 iktibar dari kesyahidannya:

1. Kematian adalah satu kemestian. Semua yang hidup akan mati. Kubur sebagai tempat persinggahan dan laluan ke akhirat adalah pasti. Soalnya, mati itu bagaimana? Ada yang mati sebagai pemimpin zalim yang dibenci. Ada yang mati sebagai selebriti yang ditangisi tetapi hakikatnya ia menangisi dirinya sendiri. Ada yang mati sebagai hamba Allah yang sejati. Dan ada yang syahid, rohnya riang gembira di syurga  walaupun jasadnya berderai merata dan darahnya memenuhi bumi. Assyahid Sheikh Ahmad Yaasin meninggal hari Isnin dalam keadaan berpuasa, awal subuh dinihari.

2. Jika Allah menyayangi anda, Allah akan memberikan husnulkhatimah buat anda. Tiada kesudahan paling baik melainkan mati syahid. Kurang sedikit, mati dalam situasi taatkan Allah secara umum.

3. Kasih sebenar Sheikh Ahmad Yaasin adalah kepada Allah, NabiNya dan Islam. Allah menjadikan kematiannya sebagai suatu yang besar. Lebih 200 ribu mengiringi jenazahnya. Umat Islam seluruh dunia bercerita tentang kematiannya. Majlis Keselamatan PBB mengutuk pembunuhannya. Kerajaan Arab juga demikian. Eropah juga tidak berkecuali bercakap mengenainya. Sheikh Ahmad Yaasin bukannya menteri, tidak juga raja atau pembesar tetapi ketokohannya sebagai pemimpin Islam menjadikan kawan dan lawan memandang hebat kepadanya.

4. Permusuhan dan pertembungan kita dengan Yahudi yang memusuhi kita, regim Zionis dan semua proksi mereka adalah berterusan sekalipun pelbagai perjanjian ditandatangani, pelbagai persidangan dan seminar dilihat di tv dan pelbagai kata manis dari Amerika dan Eropah dijanji.

5. Sekalipun umat Islam lemah, hanya melihat pemimpin gerakan Islam mereka dibunuh, atau hanya mampu berdemonstrasi menyatakan kebencian kepada musuh, namun untuk menyerah kalah, menggadaikan prinsip perjuangan, mengiakan segala perjanjian zalim dengan regim yang zalim tidak sekali.

6. Untuk menggerakkan ummah, tidak perlu kelayakan akademik yang tinggi-PhD, MA, BA atau jawatan-jawatan yang hebat. Bacalah kelayakan akademik As-syahid Sheikh Ahmad Yaasin yang sederhana sahaja.

7.  Peranan musuh dalam selimut sangat bahaya. Tidak mungkin Sheikh Ahmad Yaasin boleh dibunuh sedemikian rupa seperti pemimpin Palestin yang lain, kalau tidak dengan kerjasama dan maklumat dari ‘orang dalam’ atau dari kalangan munafiq dalam masyarakat Islam itu sendiri.

8. Perjuangan Islam tidak terhenti dengan syahid dan matinya pemimpin. Rasulullah SAW wafat, para sahabat meninggal, para ulama dan pejuang Islam terdahulu telah menunaikan janji masing-masing dengan Allah. Nabi SAW memberi khabar gembira dengan adanya umat ini yang terus melangsungkan perjuangan menegakkan Islam sehingga berlaku antara 2 ketentuan-menang atau syahid.

GST vs GSTT??

GST: Pengalaman Singapura

Dr. Rosli Yaakop,23 Mac 2012
Di Singapura, cukai barangan dan perkhidmatan atau goods and services tax (GST) merupakan cukai nilai ditambah (value-added tax) berasas meluas (broad-based) dikenakan ke atas barangan import dan semua barangan dan perkhidmatan kecuali, pertama, jualan dan sewaan hartanah perumahan (tempat kediaman) dan kedua, perkhidmatan pembiayaan (financial services). Walau bagaimana pun, barangan yang dieksport dan perkhidmatan antarabangsa kadar cukainya sifar.


Ia adalah cukai berkadar rata (flat rate) berbanding cukai pendapatan yang kadarnya semakin tinggi bila pendaptan semakin tinggi.
Kerana ia cukai ke atas penggunaan, maka dikatakan ia menggalakkan tabungan.

GST dilaksanakan di Singapura serentak dengan pelaksanaan “offset package” bertujuan meringankan kesan negatif GST ke atas isirumah, khasnya yang berpendapatan rendah.

GST diperkenalkan di Singapura pada 1 april 1994, iaitu, 18 tahun yang lalu. Kadar cukai yang dikenakan pada masa pelancaran ialah 3%. Kadar ini dikekalkan selama 9 tahun bersesuaian dengan janji kerajaan semasa pelancaran bahawa kadar itu tidak akan diubah sekurang-kurangnya selama 5 tahun.

Ia telah dinaikkan secara beransur-ansur selepas itu  - ke 4% pada 1 Januari 2003, 5% pada 1 Januari 2004 dan 7% pada 1 Julai 2007.
Sebelum tahun 1986, kadar cukai pendapatan korporat ialah 40%. Begitu juga kadar cukai pendapatan perseoragan – ianya berkadar menaik dan bagi lingkungan pendapatan individu tertinggi (top marginal rate) kadarnya ialah 40%.

Kadar ini didapati tidak berdayasaing. Jawatankuasa Ekonomi tahun 1986 telah mencadangkan supaya Singapura mengubah dasar percukaiannya daripada pergantungan besar ke atas cukai langsung kepada cukai tidak langsung jika ia mahu menambahbaik dayasaing antarabangsanya bagi menarik pelaburan, melastarikan pertumbuhan ekonomi dan mewujudkan gunatenaga berpendaptan tinggi.

GST adalah cukai tidak langsung berasas meluas. Dengan penduduk tua semakin besar bilangannya di Singapura, asas cukai (tax base), di negara itu dijangka mengecil. Oleh itu GST perlu diperkenalkan bagi mengimbangi asas cukai langsung (direct tax base) yang semakin mengecil (golongan tua tidak membayar cukai langsung) dengan cukai tidak langsung.

GST membolehkan beban cukai diagihkan kepada lebih ramai penduduk. Pengenaan cukai tidak langsung (indirect taxes) melebarkan asas cukai sekaligus membolehkan cukai dipungut dari lebih ramai penduduk.

Kerana GST pada asasnya adalah cukai ke atas penggunaan bukai ke atas pendapatan, maka sesiapa yang menggunakan barangan dan perkhidmatan, mereka kesemuanya – tidak kira pendapatan rendah, sederhana atau tinggi, kaya atau miskin – masuk di dalam jaringan cukai ini. Itu sebabnya, GST kadangkala dikatakan sebagai “pukat harimau” – semua ikan, kecil atau besar, terperangkap dalam jaring.

Di dalam sistem cukai langsung (cukai korporat dan cukai pendaptan individu), hanya segolongan tertentu penduduk membayar cukai tetapi di bawah GST, tiada siapa boleh mengelak dan terkecuali daripada membayar cukai.  Ini menyebabkan pengkritik GST melihat GST sebagai regresif – orang miskin, sebagai nisbah kepada pendapatan mereka, membayar lebih cukai berbanding orang kaya. Penyokong GST, tanpa menafikan isu regresiviti ini, mencadangkan jalan pembetulan, iaitu, memastikan agihan cukai yang dipungut dilakanakan dalam cara yang boleh mengurangkan beban cukai ke atas golongan berpendaptan rendah.

Memang diakui bahawa GST menambahkan beban cukai ke atas isirumah (household) khasnya yang berpendapatan rendah. Oleh itu, serentak dengan pengenalan GST, kerajaan Singapura juga memperkenalkan “offset package” merangkumi penurunan kadar cukai korporat, kadar cukai pendapatan individu dan pindahan manfaat langsung kepada isirumah yang layak. Berikut ialah peningkatan kadar GST dan penurunan serentak kadar cukai korporat dan cukai pendaptan individu.

Kerajaan Singapura terus menurunkan kadar cukai korporat dan cukai pendapatan individu, inisiatif yang telah dimulakan sejak tahun 1986. Pada tahun 2010,  kadar cukai korporat di Singapura ialah 17% dan cukai pendapatan individu 20% (lingkongan pendaptan tertinggi). Kadar cukai efektif adalah lebih rendah.

Apabila kadar GST dinaikkan kepada 7% berkuatkuasa pada 1 julai 2007, kerajaan Singapura melebarkan offset package dalam bentuk pindahan langsung manfaat, iaitu, dalam bentuk bayaran tunai (kredit GST, dividen pertumbuhan ekonomi dan bonus warga emas) dan menambah caruman kepada kumpulan wang simpanan pekerja (CPF top-up), misalannya menambah caruman kepada akaun pendidikan selepas menengah (post-secondary education account top-up) dan menambah caruman bantuan perubatan untuk golongan tua (Medisave top-up for older Singaporans).

Juga terangkum di dalam offset package ialah pemberian rebat (di atas caj utiliti dan penyelengaraan rumah awam) dan melaksanakan program Tambahan Pendapatan Pekerja (Workforce Income Supplement). Kerajaan Singapura telah menurunkan kadar cukai bagi golongan berpendapatan rendah dan skop pengecualian cukai diluaskan. Cukai hartanah juga diturunkan.  Offset package ini bertujuan mengurangkan beban cukai GST ke atas golongan berpendapatan rendah. Dan pakej ini memang telah berjaya mengurangkan beban cukai ke atas penduduk Singapura keseluruhannya.

Dilaporkan bahawa hasil daripada pelaksanaan GST serentak dengan offest package, sistem cukai (mengambilkira semua jenis cukai cukai - pendapatan, cukai hartanah, GST dan lain-lain cukai tidak langsung), di Singapura kini cukup progresif – golongan berpendapatan tinggi membayar paling banyak cukai berdasarkan kepada nisbah cukai kepada pendapatan. 10% isirumah yang paling atas (dari segi pendapatan) menyumbang 38% dari seluruh cukai yang dipungut dan 20% isirumah yang paling atas menyumbang 53%. Golongan berpendapatan rendah dan sederhana pula sebenarnya menerima lebih bayaran pindahan berbanding cukai yang mereka bayar.

Kajian yang dibuat dalam tahun 2010 mendapati bahawa 84.2% dari jumlah GST yang dipungut, disumbang oleh orang asing (bukan penduduk) dan 40% isirumah yang paling atas dan 20 isirumah yang paling bawah pula menyumbang hanya 4% dari GST yang dipungut.

Bagi Singapura, GST akan kekal kerana pelaksanaan yang serentak dengan offset package membawa kesan progresiviti, menjamin keseksamaan sistem cukai (equitability) dan menyediakan sumber yang selesa bagi kerajaan membawa kebajikan kepada rakyat khasnya golongan berpendapatan rendah.

Iklan UM

Mula-mula lihat iklan telanjang, lepas tu agama

 (Muka 25 iklan ini, muka 26 dan 27 baca pula ruang agama.....hehehe Utusan-utusan)

KUALA LUMPUR, 23 Mac: Akhbar milik Umno Utusan Malaysia dilihat masih tidak tahu menjaga sensitiviti umat Islam di negara ini apabila terbaru menyiarkan iklan yang boleh disifatkan lucah dan menjolok mata.

Kali ini iklan produk mandian berjenama Follow Me pada muka surat 25 sisipan Mega yang mempamerkan sepasang kaki 'bertelanjang' dari paras peha yang dalam keadaan menjulang ke atas.

Lebih menyedihkan, akhbar berbahasa Melayu dengan moto 'pemangkin fikiran rakyat' itu menempatkan iklan itu pada muka surat sebelum ruangan agama.

Dengan kata lain, pembaca perlu melalui iklan yang mengambil ruang semuka surat penuh itu dahulu sebelum ke ruangan agama.

Fakta Sains




  1. Bentuk air hujan tidak sama dengan bentuk air mata. Bentuk air hujan adalah bulat.
  2. Benda padat yang dipanaskan akan terus berubah jadi gas, tidak perlu jadi cecair lebih dahulu.
  3. Gorila tidur di sarang yang dibuat dari ranting-ranting pohon dan dedaunan. Jantan biasanya tidur di tanah, sementara betina tidur di sarang di atas pohon.
  4. Sebagian besar proses pencernaan terjadi bukan diperut, tapi di usus halus.
  5. Cairan merah yang keluar dari daging stik setengah masak adalah bukan darah, tetapi mioglobin, iaitu“sepupu” darah yang ada di gentian otot.
  6. Beg shopping dari kertas dan plastik sama-sama mempunyai sifat buruk. Beg plastik susah diurai, sementara beg kertas memerlukan tenaga yang banyak semasa pembuatannya.
  7. Bulu beruang kutub itu transparen, bukan putih. Kulit mereka juga bukan putih, melainkan hitam. Ketika berada di kawasan panas dan lembap, kulit mereka boleh menjadi warna hijau kerana lumut.
  8. Pemetaan lidah yang menentukan bahagian tertentu untuk mengecap rasa tertentu itu adalah tidak benar. Seluruh rasa dapat dikecap oleh semua bahagian lidah.
  9. Ketika Anda hidup, otak berwarna merah muda. Ketika anda meninggal, otak berubah jadi kelabu
  10. Merkuri bukan satu-satunya cairan metal. Gallium (Ga) berbentuk pepejal pada suhu ruangan, tapi akan meleleh ketika diletakkan di tangan. Cesium (Cs) dan fransium (Fr) juga boleh mencair di sekitar suhu bilik
  11. Ikan Lumba-lumba tidak minum air laut. Mereka mendapat cairan dari
    makanan yang mereka makan. Minum air laut boleh membuatkan mereka sakit, bahkan mati.

Fobia

Definasi fobia mengikut Kamus Dewan Edisi Empat: ketakutan yang amat sangat akan sesuatu. Berikut adalah 10 jenis fobia yang jarang tetapi wujud dalam masyarakat di serata dunia. Amat pelik dan mungkin bodoh bunyinya, namun ia tetap wujud dan berlaku.


Optophobia: Fobia untuk membuka mata


Mungkin fobia yang paling pelik di dunia! Mereka yang memiliki masalah ini, sukar untuk membuka mata sendiri. Tugasan harian adalah mimpi ngeri untuk pengidap Optophobia. Jika anda boleh membaca apa yang kami tulis ini, jangan bimbang, ternyata anda tidak memiliki tersebut, syukur.

Chorophobia: Fobia terhadap tarian

Apa sahaja yang berkaitan tarian termasuk kelab malam, boleh menjadi punca ketakutan kepada mereka yang mempunyai fobia jenis ini.

Geliophobia: Fobia terhadap gelak ketawa

Banyak kajian yang dibuat memperlihatkan ketawa adalah aktiviti yang baik untuk kesihatan. Ia mampu memperbaiki tahap mental dan jantung. Namun, untuk yang menderita Geliophobia, ketawa atau berada sekeliling orang yang sedang ketawa akan menyebabkan mereka mula berasa takut. Risau diketawakan orang menjadi antara punca kepada wujudnya Geliophobia.

Arachibutyrophobia: Takut mentega kacang melekat pada lelangit mulut

Senarai fobia yang pelik tidak akan lengkap jika kita tidak sebut Arachibutyrophobia. Penghidapnya hampir pasti tidak akan makan mentega kacang seumur hidup mereka!

Heliphobia: Takut kepada cahaya matahari

Pastinya satu keadaan yang amat sukar untuk mengelak daripada cahaya matahari sepanjang masa. Satu ia sukar untuk dilakukan, keduanya ia juga tidak elok untuk kesihatan (jika dijauhi sepenuhnya). Bermula dari rasa takut akan bahaya yang wujud pada matahari.

Deipnophobia: Takut akan berbicara atau berbual semasa makan malam

Ini adalah antara contoh fobia yang agak spesifik, takut bercakap waktu makan malam. Pengidapnya akan hanya diam sepanjang waktu makan. Ada bagusnya juga kerana diam ketika makan sebenarnya membantu dalam proses pencernaan yang lebih baik.

Neophobia: Takut kepada benda-benda baru

Ramai orang yang mahu mencuba benda baru dan pengalaman baru. Namun bagi penghidap Neophobia, mereka tidak mahu apa pun yang baru dalam hidup mereka. Penghidapnya akan kehilangan kualiti hidup dan tidak akan berani untuk merasai pengalaman-pengalaman baru dalam hidup. Kajian juga memperlihatkan mereka yang mempunyai masalah Neophobia, akan mempunya jangka hayat yang pendek. Ini terjadi akibat tekanan yang mereka lalui saban hari.

Syngenesphobia: Takut pada keluarga dan saudara mara

Rasanya ramai yang ada masalah camni, cuma ia mungkin melibatkan keluarga sebelah mentua. Semua kita ada rasa malu dan sakit hati dengan anggota keluarga kita pada masa-masa tertentu, namun penghidap Syngenesphobia menghadapai masalah itu secara keterlaluan dan sepanjang masa.

Ablutophobia: Takut untuk mandi dan membersihkan diri

Biasanya kanak-kanak yang malas mandi, namun adakalanya ia melibatkan orang dewasa. Namun harus ingat, Ablutophobia adalah fobia untuk mandi, bukannya malas untuk mandi. Ada banyak beza tu. Yang dekat hostel bau semacam itu kerap kali adalah pemalas, bukannya Ablutophobia.

Geniophobia: Takut kepada dagu

Yup…dagu, bahagian di muka kita itu. Ini mungkin fobia yang paling sengal di dunia ni. Selain itu ada juga fobia lutut (genuphobia), fobia tangan (chirophobia) dan fobia siku (ishicascadiggaphobia). Bagaimanapun, fobia-fobia tubuh badan tertentu ini boleh dirawat melalui terapi.