Khamis, 29 Mac 2012

Hutang di bawa mati



"ISLAM membenar, malah mengharuskan seseorang itu berhutang ketika berdepan dengan kesusahan dan kesempitan hidup yang membabitkan masalah kewangan. Pada masa sama, Islam memberi galakan kepada umatnya agar memberi bantuan dan pertolongan kepada mereka yang memerlukan dalam pelbagai bentuk seperti pinjaman secara hutang bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mereka, lebih-lebih lagi dalam hal keperluan asasi.

Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya orang lelaki yang bersedekah dan orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah (semata-mata untuk mendapatkan pahala) dengan pinjaman yang baik (ikhlas) akan digandakan balasannya dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia." (Surah al-Hadid, ayat 18)

Firman Allah bermaksud: "Dan bertolong-tolonglah kamu pada jalan kebaikan dan ketakwaan dan janganlah bertolong-tolong pada perkara dosa dan permusuhan." (Surah al-Maidah, ayat 2)

Namun, Islam begitu teliti dan memandang berat dalam soal memberi, menerima dan membayar semula hutang kerana ia membabitkan hubungan sesama manusia ketika hidup di dunia ini hingga ke akhirat kelak.

Mengapakah anda berhutang?

Ada banyak faktor yang menyebabkan seseorang itu terjebak dalam hutang antaranya ialah:

l. Ingin memenuhi kehendak dan tuntutan hawa nafsu untuk memiliki sesuatu yang tidak mampu ditunaikan kecuali dengan berhutang.

2. Pengaruh daripada sahabat handai atau jiran tetangga yang sering memberi galakan untuk berhutang. Lantaran itu dia berbuat demikian, walaupun pada hakikat dirinya itu tidak memerlukan, tetapi hanya untuk berbangga dengan apa yang dimilikinya.

3. Sikap tidak berasa puas dan cukup dengan apa yang dimiliki dan sanggup berhutang demi memenuhi kehendak dan hajatnya tanpa memikirkan akibat yang mendatang.

4. Kemudahan pinjaman yang disediakan oleh beberapa pihak tertentu seperti institusi kewangan dan perbankan bagi menggalakkan lagi amalan berhutang.

5. Berkehendakkan sesuatu benda yang membabitkan kebendaan dengan cepat dan segera walaupun hakikatnya dia tidak mampu berbuat demikian.

Dalam hal ini jika perkara yang hendak dimiliki itu adalah keperluan asasi (dharuriat) seperti makanan, minuman, tempat tinggal, pakaian dan pelajaran, maka Islam membenarkan berhutang sebagaimana dalam sebuah hadis bermaksud: "Daripada Abu Hurairah berkata seseorang: Ya Rasulullah, pekerjaan apakah yang paling baik? Baginda bersabda Memasukkan kepada saudara kamu kegembiraan atau melunaskan hutangnya atau memberi roti (makanan) kepadanya."

Jika perkara yang ingin dimiliki itu bukan perkara asasi atau penting dalam kehidupan seseorang itu, maka tidak perlulah dia berhutang. Ini kerana hanya akan menambahkan bebanan, lebih-lebih lagi jika membabitkan institusi kewangan dan perbankan yang mengamalkan sistem riba.

Kesan amalan berhutang.

l Penyakit berhutang ini jika diamalkan akan menjadi satu budaya dalam kehidupan manusia yang boleh mendatangkan kesan negatif kepada pemiutang seperti muflis. Ini disebabkan bebanan hutang yang tinggi serta gagal melunaskan hutangnya.

2 Jiwa orang yang berhutang tidak akan tenteram dan aman, hidupnya dalam resah gelisah kerana dihantui bebanan dan tuntutan hutang yang tinggi.

3 Seseorang yang terbeban dengan hutang akan memungkinkan dia melakukan pelbagai perkara yang dilarang oleh syarak seperti mencuri dan menjual maruah diri semata-mata untuk melunaskan hutangnya.

4 Orang yang berhutang akan terikat hidupnya di dunia dan akan tergantung amalan dan rohnya selepas meninggal dunia hingga segala hutang piutangnya dilunaskan ketika hidup.

Sabda Rasulullah: "Jiwa orang mukmin akan tergantung dengan hutangnya (iaitu tidak dihukum selamat atau celaka) hingga dia menjelaskan hutangnya."

Rasulullah pernah berwasiat kepada sahabat Baginda agar mengurangkan hutang seperti sabdanya : "Kurangkanlah dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkanlah daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas."

Amalan berhutang bukan saja membabitkan kehidupan dunia semata- mata, bahkan berpanjangan hingga ke hari akhirat.

Sabda Rasulullah: "Sesungguhnya sebesar-besar dosa di sisi Allah ketika seseorang hamba itu berjumpa dengan Allah nanti selepas dosa besar lain yang ditegah ialah seseorang lelaki yang berjumpa dengan Allah pada hari hisab dengan mempunyai hutang yang belum dijelaskan lagi."

Sabda Rasulullah bermaksud: "Semua dosa orang yang mati syahid diampuni kecuali hutangnya." (Hadis riwayat Bukhari, Tarmizi, An- Nasai' dan Ibn. Majah)

Rasulullah sendiri tidak akan menyembahyangkan jenazah orang yang masih mempunyai hutang. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Ali bahawa apabila didatangkan kepada Rasulullah satu jenazah, Baginda tidak akan bertanya mengenai amalan si mati, tetapi bertanya apakah si mati mempunyai hutang atau tidak. Jika si mati mempunyai hutang, Rasulullah menyuruh sahabatnya menyembahyangkan jenazah itu atau Baginda meminta sesiapa yang sanggup menaggung hutang si mati. Jika tiada, maka hutang itu akan diserah atau ditanggung oleh pihak Baitulmal.

Petikan buku Budaya Berhutang: Amalan Dan Akibatnya
terbitan Jabatan Agama Islam Selangor.

Awat la jadi lagu nie... Malu Teman!

"Woi anak Nazri, negara ini bukan "bapak" kau yang punya, Woi nazri anak Aziz... jaga sikit anak kau tu. ". ingat negara ini bukan kau dan bapak kau yang punya, dan kau tak boleh buat negara ini macam tak ada undang-undang.

Tau tahu kah korang, Anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz didakwa menyerang seorang penyelia keselamatan di sebuah kondominium mewah di Mount Kiara pada malam Selasa lalu, dia membelasah seorang pengawal keselamatan.

Khabarnya, Anak Nazri memandu kereta sport Porsche ke kondominium teresebut, semasa mahu masuk budak ini tak mahu menulis namanya dalam buku tetamu di pondok pengawal berkenaan, lalu terjadi perbalahan kecil dan anak nazri yang biadap ini telah mengarahkan pengawalnya pengawal keselamatnnya yang memandu sebuah MPV mewah memegang pengawal berkenaan sebelum memukulnya.

Anak menteri hidup mewah, lebih mewah dari menteri.. pandu kereta porshe dan pengawal keselamatan ikut dengan naik MPV mewah, wah, lazat jadi anak menteri, sehingga lupa diri, dan bertindak berani pukul orang.

Ketua Polis Daerah Polis Brickfields, Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi hari ini mengesahkan bahawa dua laporan polis berkaitan dengan kejadian itu telah dibuat.

"Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana terbabit dengan pergaduhan," katanya, yang keberatan memberikan butiran lanjut kes itu.
Mohamad Nedim Mohd Nazri Aziz,bakal gengster yang bakal membawa keranapan negara ini perlu dihukum, jangan kerana dia anak menteri polis menjadi kecut dan takut. jangan jadi pondan wahai polis, jangan jadi barua. sepatutnya anak menteri patutr dihukum lebih teruk dari rakyat marhaen, ini teladan supaya mereka lebih bersopan.

Mohamad Nedim Mohd Nazri AzizAWAS!!!  Mohamad Nedim , kejadian berkenaan sempat dirakamkan melalui kamera CCTV. kau takkan terlepas.

Pengurusan kondominium itu juga dikatakan sedang menghadapi tekanan supaya ‘menutup’ kejadian itu kerana firma-firma keselamatan bergantung kepada kelulusan kerajaan persekutuan untuk memperbaharui lesen operasi mereka.

Begitu jahatnya umnoapco, anak menteri pukul orang, pukul rakyat marhaen, pukul pengawal keselamatan gaji tak sampai RM1000.00, tekanan diberi supaya kes ini ditutup.

Tak nampak lagi kah anda, kenapa rejim Umnoapco perlu diturunkan.. SEKARANG JUGA...

suami mu di syurga?

Persoalan mengenai kehidupan berpasangan, suami isteri atau ikatan perkahwinan di syurga kelak pasti bermain di fikiran semua wanita beriman bukan? Pasti mereka ingin mengetahui siapakah suami mereka di sana. Ia akan dijawab mengikut dalil sahih dari Rasulullah s.a.w, namun segala perinciannya adalah hak milik Allah s.w.t…. 


Kes 1: Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
Wanita dalam golongan ini akan dikahwinkan dengan seorang lelaki di kalangan Ahli Syurga. Rasulullah s.a.w bersabda: “Tiada si bujang di dalam syurga” (H.R. Muslim). Ini kerana ada juga kaum lelaki yang belum berkahwin sebelum meninggal dunia.

Kes 2: Wanita yang meninggal dunia setelah bercerai dan tidak berkahwin dengan lelaki lain selepas itu.
Wanita dalam golongan ini juga akan dikahwinkan oleh Allah s.w.t dengan lelaki daripada Ahli Syurga.

Kes 3: Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak memasuki syurga.
Seperti kes 2, wanita dalam golongan ini juga akan mengahwini lelaki daripada Ahli Syurga.

Kes 4: Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.  
Wanita dalam golongan ini akan bersama suami mereka masing-masing asalkan suaminya memasuki syurga.

Kes 5: Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin selepas itu.  
Seperti kes 4, Wanita dalam golongan ini akan bersama suami mereka masing-masing asalkan suaminya yang meninggal tersebut memasuki syurga.

Kes 6: Wanita yang kematian suami tetapi berkahwin dengan lelaki lain.  
Apabila seorang wanita ketika di dunia memiliki dua atau lebih suami, maka kelak di syurga dia dipersilakan untuk memilih siapa di antara suami-suaminya yang dia inginkan untuk menjadi pendampingnya di syurga, asalkan suaminya itu tergolong dari Ahli Syurga. Satu lagi pendapat mengatakan bahawa dia akan bersama suaminya yang terakhir. Ini disebut oleh hadith Rasulullah: “Wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir” (H.R. Al-Albani)

pantun FB

Dua minit sekali keluar post dia
Sampai nak ke jamban pun di cerita
Dia ingat kawan-kawan nak tahu agaknya,
Dia tak tahu kita yang muak membaca..

Ada pulak yang marah tak kena masa,
line internet problem pun nak di marahnya,
Keluarlah ayat macam tak tiada agama,
Tapi sesekali judge book by its cover ya….

Tak kurang jugak yang bicara hal agama,
Walau tak banyak tapi berguna,
Buat peringatan kengkawan yang alpa,
Moga teknologi tak salah guna…

yang lain asyik duk like saja,
tak kira ape post tak kira siapa tuannya,
Ada kala x baca pun isi cerita,
Yg penting like dia mesti ada…

Yang lagi satu cerita hal cinta,
Bergambar profil macam da kompom itu laki dia,
mula la keluar ayat manis dari gula,
kita tengok lagi sehari kecewa ke gembira…

Ada yang tulis suka suka ,
kadang mengarut kadang berduka,
Mencari kenalan sekadar teman bicara,
Mana la tahu,sangkut sorang dua…

Tulah dia FB punya angkara,
Ada baik ada buruknya,
Elok dipakai elok la dia,
Tepuk dada tanya selera

Rabu, 28 Mac 2012

No BSN!

KUALA LUMPUR, 28 Mac: Tertekan dengan karenah pegawai Bank Simpanan Nasional (BSN) yang banyak 'songeh' lagi menyusahkan, salah seorang pelanggan bank itu akhirnya terpanggil untuk mengadu dengan Harakahdaily.

Dalam surat yang diemelkan kepada Harakahdaily, pelanggan BSN yang dikenali sebagai Nadia Natrah Sabli menceritakan bagaimana beliau dipermainkan dan diperlekehkan oleh pegawai bank di bahagian Kawalan Kredit BSN.


Selain Harakahdaily, dia juga mengadu kepada media lain di samping pihak-pihak yang dirasakan beliau dapat membantu.

Nadia, 27, menghadapi masalah hutang kad kredit yang kini mencecah RM6,149.06, bagaimanapun beliau berusaha untuk melangsaikan hutangnya itu dengan membuat permohonan agar faedah yang dicaj dapat dikurangkan.

Beliau memohon untuk menjelaskan hutang kad kreditnya sebanyak RM3,800,  kerana masalah kewangan yang dihadapinya. Had kad kreditnya hanya RM3,000.

Malangnya, usaha beliau itu menghadapi masalah kerana pihak BSN tidak mahu menunjukkan kerjasama baik.

Dalam pertemuan dengan pihak bank, pegawai berkenaan memberikan diskaun sebanyak RM600 daripada baki semasa di mana Nadia perlu menjelaskan RM5,500, namun Nadia masih tidak mampu menjelaskan.

"Saya teliti dan ambil kira jumlah penggunaan, caj guaman dan jumlah faedah sehingga kad kredit dihentikan amaun sebenar hanya RM3,800 sahaja," luahnya dalam surat tersebut.

Atas sifat tanggungjawabnya, Nadia masih berusaha untuk melangsaikan hutangnya dan sekali lagi Nadia merayu dan menegaskan beliau tidak mampu akhirnya pegawai berkenaan memperlekehkan beliau dengan mencadangkan beliau meminta bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

"Saya rasa terhina dengan kata-kata seorang pegawai di sebuah bank yang cukup dikenali," tambahnya.

Tidak cukup dengan itu, pegawai BSN itu pula menakut-nakutkannya dan memberitahu beliau akan ditangkap kemudian dipenjarakan dan rumah pula akan disita.

"Beliau seolah-olah menakutkan dan mengugut Saya. Walaupun begitu saya masih merayu supaya dikurangkan jumlah pembayaran tetapi beliau terus memperlekehkan saya dengan menyuruh saya memberi lima sebab mengapa jumlah perlu dikurangkan," luah Nadia.

Paling mengecewakan Nadia, pegawai terbabit mengatakan BSN adalah bank kerajaan dan kerajaan tidak boleh menanggung kerugian.

Nadia cuba merayu untuk berbincang dengan pegawai atasan  tetapi beliau tidak dibenarkan sama sekali, kerana pegawai itu tidak mahu memberi kerjasama dan bertoleransi dengan beliau.

Berbeza dengan bank-bank lain seperti Hong Leong Bank (Eon Bank Kredit Kad), di mana Nadia juga pernah berhutang kad kredit yang jauh lebih besar jumlahnya iaitu RM9,500.

Tetapi, Nadia berjaya menjelaskan kesemua hutang kad kredit Hong Leong Bank dengan hanya membayar sejumlah RM3,800.

"Pihak Hong Leong lebih mudah berurusan dan membantu serta memberikan kerjasama dengan saya untuk menyelesaikan masalah ini," katanya.

Jika BSN adalah bank kerajaan, mengapa Nadia sebagai rakyat negara ini diperlakukan sedemikian? Bukankah kerajaan selalu melaungkan slogan 'rakyat didahulukan!', bagi Nadia jika ia bank kerajaan sepatutnya tolong rakyat bukan peras ugut rakyat.

Lab Ionic PDT past year PSPM II

Name        :  _________________________
Matrix No :  MS1123_______
Tutor         : DM_ P_


1.      What is the pH of a mixture of solutions containing 9.60 mL 0.1 M NaOH solution and 10.00 mL 0.1M HCl solution?

            n NaOH = MV/1000                                                n HCl = MV/1000 
         

            [ HCl] that remains  =  _______________                                                                  
                                               
                                                             =

            pH = - log [ H+]
                  =
                  = _____

      2. The solubility product, Ksp for AgCl is 1.0x10-10 M2. Calculate the solubility of AgCl in
  i. water                                                                                
            ii.   0.2 M HCl                                                            
            iii.0.1 M AgNO3

3.  Calculate the acid  ionisation constant, Ka of ethanoic acid , CH3COOH in a mixture of solution
    (pH = 5.44) containing 0.1 mol dm-3 ethanoic acid solution and  0.5 mol dm-3 sodium ethanoate.

4.  At 25°C, 2.20% of 0.125 M benzoic acid, C6H5COOH ionized.  Write the ionisation equation for benzoic
    acid in water.  Determine the acid ionisation constant, Ka for benzoic acid and calculate its pH value.

5. Write the solubility equilibrium equation and calculate the molar solubility for Hg(OH)2
    if Ksp = 3.2x10-26

      6. Write the equation for the base ionisation of 0.5 M aqueous solution of CH3NH2 and calculate its pH
          value.     [Kb = 3.7x10-4 M]

         CH3NH2(aq)  + H2O(l)     CH3NH3+(aq)  + OH-(aq)

7. Does a precipitate form when 1.0x10-2 mol of Ba(NO3)2 and 2.0x10-2 mol of NaF are dissolved in water and 
    made up to 1.0 L solution? [Ksp BaF2 = 1.7x10-6]

8. Explain how a 50-mL HCl solution with pH 1.25 can be prepared from 11.6 M HCl?

9. In an acid-base titration, 10 mL of 0.45 M HCl was added to 40 mL 0.10M NaOH. Determine the pH of the
    solution formed

10. Calculate the pH for 0.02 M Ba(OH)2 solution.

11. The pH value for a solution containing 0.245 mol HF in 500 mL water is 1.88. Calculate the ionisation
     constant for HF.

Answer:
1) 2.69
2) H2O = 1 x 10-5
    HCl = 5 x 10-10
    AgNO3 = 1 x10-9
3) 1.82 x 10-5
4) 2.56 Ka = 6.12 x 10-5
5) 2 x 10-9
6) 12.13
7) Q=4 x 10-6
8) 0.24 mL
9) 2
10) 12.6
11) Ka=3.643 x 10-4

soalan past year PSPM II PDT phase +ve / -ve deviation

August 01
The boiling point of H2O is 100°C while the boiling point of HNO3 is 86°C. When these two solutions were added, the vapour pressure of the mixture was less than the vapour pressure of pure H2O and pure HNO3. The azeotropic mixture was formed when the per cent composition of HNO3 is 68%.

State the type of deviation exhibited by the mixture. Explain

Sketch and label the diagrams of temperature-composition and vapour pressure-composition for the mixture.

State the product and residue for the distillation of a mixture containing 50% H2O and 50% HNO3.

August 02
A solution was formed by adding carbon tetrachloride to ethanol. The interacting
forces between molecules ethanol and between carbon tetrachloride molecules
were found to be greater than the interacting forces between ethanol and carbon
tetrachloride molecules.
i.      The solution deviates from Raoult’s law. Explain.
ii.     There was a change in temperature while forming the solution. Explain.
iii.     State whether the value of DH is positive or negative?

Sept 03
X and Y form an azeotropic mixture with composition of 42% X. The mixture boils at a temperature of 341 K and pressure of 760 torr. At this pressure, X and Y boil at 351 K and 353 K respectively.
Sketch the phase diagram of temperature versus per cent composition for the mixture.

Do these mixtures show positive or negative deviation from ideality? Explain.      State the distillate collected and the residue left in the flask if a mixture of 60% X and 40% Y is fractionally distillated.

Oct 05
The boiling point of an azeotropic mixture containing B and C with a mole 
 fraction xB = 0.7 is 120°C. Pure B and C boil at 65°C and 90°C respectively. 

Sketch a labelled phase diagram from the above data.

Show in the diagram above the composition variation during successive boilings 
and condensations of a mixture with initial mole fraction, xC=0.8.

A mixture with initial mole fraction, xB=0.5 is distilled using fractional  distillation. Name the distillate and residue.

Oct 08
A mixture consisting of 0.40 mol fraction of hexane, C6H14, and 0.60 mol fraction of heptane, C7H16, forms an ideal solution. State two properties of an ideal solution and explain why a mixture of heptane-hexane forms an ideal solution.

 By drawing an appropriate phase diagram, state how the mixture of these liquids can be separated.
    
                [boiling point: C6H14 = 69oC, C7H16 = 98oC]