Rabu, 28 November 2012

luahan Guru

Guru tersisih,

Saya adalah antara ribuan guru malang di negara ini. Nasib kami jelas tidak dipedulikan apatah lagi diperjuangkan oleh kesatuan guru mahupun mana-mana pihak berkaitan.

Dasar JPA dan Kementerian Pelajaran membunuh semangat kami, merugikan kami sepanjang perkhidmatan malah sepanjang hayat. Nasib kami amat malang jika dibandingkan dengan guru-guru lain kebelakangan ini, sedangkan kami juga belajar untuk memperolehi ijazah seperti orang lain dengan wang kami sendiri.

Fahamilah kami, lihatlah apa yang berlaku sebenarnya melalui jadual yang berikut:

BIL
PERKARA
DASAR UNTUK KAMI
DASAR SEKARANG
1
Tarikh Graduasi
2001
2010
2
Temuduga Ke DG41
2002
2010
3
Pelantikan Ke DG32
TAK SEMPAT
DAPAT
4
Lantikan Ke DG41
2004
2010
5
Pelarasan Gaji 2007
15%
25%
6
DG41 Ke DG44
10 Thn Atau 7 + 3 Tahun
8 Thn Atau 5 + 3 Tahun


Paling menyedihkan apabila guru yang baru saja dilantik ke DG41, gaji mereka lebih jauh tingginya daripada gaji kami walaupun kami berada di Gred DG44. Sedangkan kami lebih lama berkhidmat.

Kami yang telah lama berkhidmat tetapi bayangkan berapa banyak yang kami rugi sekiranya masih ada 20 tahun perkhidmatan kami berdasarkan mata tanggagaji kami yang jauh lebih rendah. Juga bayangkan ke mana perginya kekananan kami disebabkan dasar JPA dan Kementerian yang sentiasa berubah-ubah.

Apa yang lebih dikesali ialah tiada mana-mana kesatuan guru memperjuangkan  nasib kami, yang heboh diperdendangkan sekadar “melepaskan batok di tangga”. Kesatuan guru, JPS mahupun KPM diam seribu bahasa.

Jangan marahkan guru jika mereka beralih arah menyokong Pakatan Rakyat dalam pilahan raya akan datang. Hakikatnya memang telah ramai pun guru yang menyokong PR akibat dasar JPA dan KPM yang kurang prihatin masalah ini.

Sebenarnya, kami tidak minta mahupun merebut apatah lagi merampas hak orang tetapi biarlah dilayan dan diberikan hak yang seadil-adilnya. Adil sepertimana orang lain dapat. Berlaku adillah untuk masa depan perkhidmatan kami.

Selasa, 27 November 2012

takbir!



Harga sebuah Roket Al-Qassam Hamas: USD 800 (RM 2,500)
Harga sebuah Peluru Berpandu Penangkis (Iron Dome) milik Yahudi Zionis: USD 50,000 (RM 160,000)

Hari pertama Hamas balas serangan Yahudi Zionis, sebanyak 225 buah Roket Al-Qassam dilancarkan & hanya 90 buah SAHAJA Roket Al-Qassam berjaya ditangkis oleh Iron Dome sehinggakan para Yahudi Zionis di Tel Aviv terpaksa menyembunyikan diri mereka dibawah tanah selama seminggu.

Tak da la hebat sangat pun Yahudi Zionis ni...

Isnin, 26 November 2012

bohong sunat.. hik hik

"Pagi itu Haji Mustapha pergi ke Bangi untuk menghadiri majlis Konvokesyen anak ke tiganya yang telah tamat belajar di Universiti Kebangsaan Bangi. Sebelum bertolak , Haji Mustapha telah amanahkan Lebai Samad untuk menggantikan tempat beliau sebagai IMAM,kerana selepas selesai urusannya di Bangi, Haji Mustapha berhasrat untuk ziarah anak sulungnya pula di Shah Alam. Mungkin dua atau tiga hari aku disana..katanya pada Lebai Samad.

Perjalanan dari Rompin pagi itu agak sesak dengan kenderaan, hampir tergugat juga iman Haji Mustapha tak kala dia dan isterinya terkandas lama di Ulu Bendul...HUH! Kalau dah dekat nak pilihanraya ni jalan yang elok pun dibetulkan ....Bisik Haji Mustapha dalam hati supaya isterinya tidak tahu dia sedang MERUNGUT dengan kesusahan yang TIDAK SELALUPUN DI ALAMINYA ITU ....tapi Allah dengar . 
Oleh kerana sudah lama tidak melalui jalan ke Kuala Lumpur ,Haji Mustapha tersesat. Hampir berpusing pusing keretanya mencari jalan ke Senawang untuk menggunakan lebuhraya Plus terus ke Kuala Lumpur. Isterinya turut gelisah ,takut lambat mereka nak hadiri Majlis Konvo anaknya.

"Berentilah bang..tanya orang . Pusing pusing macam ni lagi buang masa..itulah hari tu anak nak pasangkan GPS tak nak". Isterinya memberi berkata sambil membetulkan tudung saji yang dipakainya. 

" HUH! GPS tu untuk "Golongan Pemandu Sesat..lagipun aku rasa betul dah jalan ni Rose ..." Haji Mustapha masih degil dan yakin dengan jalan dipilihnya itu.,matanya asyik dengan bendera Pas dan BN menghiasi jalan disitu.

" Betul apanya bang.....ni jalan arah ke Kuala Pilah! Dah patah balik ni bang..".Bebel isterinya lagi tak kala terlihat papan tanda tepi ditepi jalan.

" Panas aku ...". Haji Mustapha akhirnya mengalah dan mula mencari seseorang untuk disoal siasat dimanakah jalan yang sebetulnya untuk ke Kuala Lumpur.

"Assalamualaikummmmm...Amber nok numpang tanyee " . Haji Mustapha berjumpa seorang peniaga yang menjual buah ditepi jalan.

" Walaikum salam...Apo masolah eyy" . Tanya peniaga tersebut dengan wajah CUAK kerana takut Pegawai Majlis Daerah yang mahu menyamannya meniaga di tepi jalan. 

" Amber ni dari Ghanuu ....Sesak dok jompe jalang nok gi Kelompo.." Haji Mustapha sedang  berbohong sunat sedangkan beliau dari Rompin.

" Ooo, nak poi Kelompoo, sobonar ey esey bukan orang sini, esey dari Kodah datang niago kek sini ". Peniaga itu berkata .....juga sedang menipu sunat ,-Orang Kedah boleh cakap Negori .....

 " Tak pa....Pak cik ikut saya, kebetulan saya pun nak ke Perak , saja singgah beli buah" Triba triba pelanggan yang sibuk membelek buah rambutan tadi mendengar masalah Haji Mustapha dan sudi menghulurkan bantuan. Pelanggan ini pun tipu sunat juga ,dia dalam perjalanan balik ke Shah Alam dari Kuantan setelah hantar anak dan isterinya disana.

"Eh!! Ambee nok gi Kelompo bukang Perak !". Jawab Haji Mustapha selamba .

" Jalan ke Perak kan ikut Lebuhraya Plus juga Pakcik...nanti Pakcik terus la ke Kuala Lumpur ". Pelanggan itu terus berkata sambil senyum.

"Hahaha...Amber dok prasaan tak diii.....terima kasih '. Haji Mustapha terasa KEMALUANNYA makin besar kerana tersilap cakap.. 

Haji Mustapha terus mengekori kenderaan pelanggan yang belum sempat ditanya nama tadi, masuk saja ke  lebuh raya PLUS, Haji Mustapha bertambah lega..begitu berhati hati dia agar tidak tersilap lorong lagi macam 2 tahun lepas, nak ke Kuala Lumpur tetapi Haji Mustapha termasuk ke laluan ke Johor Bharu ....dah sampai perhentian Ayer Keruh Melaka barulah Haji Mustapha tersedar.....

Pin! Pin! Haji Mustapha membunyikan hon  sambil mengangkat tangan sebagai tanda TERIMA KASIH tak kala melintas kenderaan Pelanggan yang membantunya itu. Haji Mustapha terus memecut hingga terlupa AES sedang MEMERHATI GERAK GERI KENDERAAN HONDA ACCORD berwarna putihnya ......

" Bang.....kita berenti solat dululah....dah masuk waktu ni, lagipun acara anak kita mula pukul 3 petang..sempat lagi ni.." Isteri Haji Mustapha memberikan cadangan sedangkan sebenarnya isterinya nak TERKENCING dan sedang datang haid waktu itu...tipu Sunat juga Isteri haji Mustapha. 

" Elok juga tuuu..." Jawab Haji Mustapha tanpa menyedari isterinya menipu  tidak boleh solat ......matanya melihat papan tanda ...HENTIAN REHAT SEREMBAN....500meter didepan! 

" Assalamualaikum....warah matullah....." Salam  Haji Mustapha tanda tertunainya solat JAMAK TAQDIM tadi.... Tak kala Haji Mustapha berpaling ke belakang , DIA TERKEJUT KERANA DIA MENGIMAMKAN pelanggan yang membantu menunjuk arah tadi....dengan senyum mereka bersalam.  


" Trengganu kat mana Pakcik ". Pelanggan yang bernama Mazlan itu bertanya sambil menyarung kasut.

"BESUT!  Kota Bharu...nak tengok anak Konvo di UKM ni..KAMU? ". Tanya pula Haji Mustapha tanpa disedari entah iye ke tidak jawapannya itu..maklumlah tipu sunat.

" Saya nak balik Perak...... rumah mertua, ada kenduri esok pagi". Kata Pelanggan bernama Mazlan itu .juga sedang menipu sunat.

" Oh! Macam tuuu... Terima kasihlah bantu..jumpa lagi". Kata Haji Mustapha pada Pelanggan bernama Mazlan itu dan berlalu , risau juga kalau isterinya sudah siap solat dan menanti di kereta. 

Dalam pukul 9 malam  Haji Mustapha sampai dirumah anak sulungnya di Bukit Beruntung. Walaupun penat dalam perjalanan tadi....tapi Haji Mustapha dan isteri puas dan gembira kerana anak ketiganya itu sudah berjaya dalam pelajaran ,hatinya berbunga bangga dengan kejayaan anak anaknya.... selepas makan malam bersama anak sulungnya,cucu cucunya dan anak ketiganya yang ikut sekali ,Haji Mustapha mula merasa mengantuk......tak larat rasanya dia hendak melayan  cerita dan  kerenah keluarganya malam itu, esok masih ada.......Haji Mustapha pejamkan mata dalam kepenatan .

Subuh itu Haji Mustapha menunaikan solat di Surau taman perumahan anaknya ...memang 2 tahun lalu di Surau itulah dia selalu berkunjung terutama waktu subuh dan Magrib.....Selesai solat Sunat..Haji Mustapha berjalan menuju ke pintu Surau untuk balik.......tapi langkahnya terHENTI ! Haji Mustapha ....

TERLIHAT SUSUK TUBUH didepannya itu sedang memakai kasut ...AMAT DIKENALI ! Itulah Mazlan lelaki @ pelanggan yang membantunya ketika sesat semalam. "Kata nak ke Perak ada kenduri". Bisik hati Haji Mustapha mula curiga.. Tapi Haji Mustapha tak berani bertanya dan cuba menjarakkan dirinya agar Mazlan tidak lihat kelibatnya kerana HAJI MUSTAPHA juga menipu semalam...

Sebelum balik Haaji Mustapha singgah minum di Restoran Mamak yang rata rata panas dengan cerita politik para pelanggannya. Selesai minum Haji Mustapha berjalan  balik tapi sesampai saja di pagar pintu rumah anaknya.....

Sekali lagi langkah Haji Mustapha terhenti tak kala melihat dan mendengar anaknya berbual dengan seseorang yang TRIBA TRIBA JADI FOBIA PADA DIRINYA.......IAITU MAZLAN............

" AKU tak boleh temankan KAMU mancing lah hari ni..Bapak aku datang dari Rompin, minggu depan lah Lan". Suara anaknya jelas kedegaran walaupun Haji Mustapha sedang menyorokkan dirinya disebalik kereta jiran ......Tidak pula dia sangka anaknya berkawan dengan PELANGGAN bernama Mazlan itu.

KISAH NI ADA PENGAJARAN UNTUK KITA.....adakala PENIPUAN YANG KITA BUAT MEMANG TAK DIRANCANG WALAUPUN KITA SEDARI....TAPI ALLAH SEBAIK PERANCANG UNTUK INGATKAN KITA SEMULA sebagai hukuman !
.....Tapi yang pasti Penulis tidak TIPU sunat kan?....... EH ADA KE?? Apa yang penulis tipu sunat? Cuba ar cariii hahaha.

Kuasa Allah! takbir!

Dalam kekalutan serangan Yahudi terhadap bumi Gaza. Sejarah lama kemenangan mujahidin Islam pada tahun 1973 perlu diungkapkan kembali. Peperangan dikenali dengan perang 6 Okt 1973 atau 23 Ramadhan telah merubah banyak senario politik dunia terutamanya Timur Tengah. Peperangan membabitkan Terusan Suez dan Semenanjung Sinai. Kedua-duanya berada di bumi Mesir. Bumi Kinanah diberi gelaran oleh Saiyidina Umar Al Khatab.
Bumi yang terdapatnya sungai Nil yang masih belum dijumpai hulunya walaupun telah diterokai oleh tujuh ekspidisi. Ada yang bermula dari bawah selatan benua Afrika , ada yang bermula dari atas iaitu utara Afrika. Tapi sehingga sekarang belum dijumpai secara tepat hulunya. Sungai yang pernah membatalkan acara tahunan amalan khurafat Mesir kuno yang korbankan seorang gadis sunti sebagai memenuhi permintaan penunggu Sungai Nil yang berlaku kekeringan apabila tuntutannya tidak dipenuhi.

Semasa pemerintahan Umar Al Faruq, Umar telah menulis sepucuk surat dan surat tersebut telah dicampakkan ke dalam sungai Nil, akhirnya Nil akur dengan seruan Umar Al Faruq agar tunduk kepada kekuasaan Allah.

Kembali kepada sejarah Terusan Suez dan Sinai. Pada tahun 1967, Yahudi telah merampas Sinai dari Mesir dan Bukit Golan dari Syria. Sinai telah dibebaskan oleh tentera Mesir pada tahun 1973, sementara Bukit Golan masih berada di tangan Yahudi. Sebahagian besar tentera Mesir mendapat tarbiah yang baik .Anak-anak tarbiah Hasan Al Banna dan Abbas Sisi . Yahudi telah bina di bumi Sinai pelbagai peralatan senjata canggih dengan bantuan negara-negara Barat terutamanya USA. Ada maklumat yang menyatakan ianya melibatkan hampir 2000 pakar dari seluruh negara Barat. Benteng Barlif adalah antara kelengkapan yang masyhur sempena dengan nama Jeneral tentera Yahudi waktu itu.

Benteng pasir adalah bentang pertama apabila menyeberangi Terusan Suez. Benteng Barlif adalah benteng kedua yang dilengkapi dengan peralatan yang canggih. Jalanraya seumpama landasan kapalterbang terus ke Tel Aviv. Tanah Besar Mesir hanya dilengkapi dengan pos-pos kecil tentera sepanjang sempadan. Bahkan ada dikalangan tentera sempadan bersantai di bawah naungan pokok khurma.

Ilham dari seorang ulamak, kerajaan Mesir telah menempah sebuah paip bomba yang besar dari Itali. Dunia tidak menyangka akan berlaku peperangan kerana riak-riak akan berlaku peperangan tidak kelihatan. Taqdir Allah Taala, dengan persiapan mental dan fizikal mujahidin dari tentera Mesir telah bertekad untuk membebaskan Sinai. Bermula di awal Subuh 23 Ramadhan bersamaan 6 Oktober 73 mereka bermunajat dan berdoa kepada Allah. Diiringi dengan tasbih,tahmid dan takbir mereka mulakan serangan dengan pancutan air meruntuhkan benteng pasir untuk memberi laluan kepada tentera darat menyeberangi Sinai. Banyak peristiwa-peristiwa anih berlaku sewaktu berlaku peperangan. Akhirnya mujahidin Mesir dapat hancurkan benteng Barlif. Menteri Pertahanan Yahudi waktu itu Moshu Dayan bermata sebiji mengaku kalah dengan menyatakan: ?Aku menyangka benteng ini terlalu kuat tidak akan ditembusi oleh sebarang senjata rupa-rupanya ia diperbuat daripada susu.?

Semasa serangan tentera Yahudi leka dan sedang berehat rehat hujung minggu dan mereka tidak menyangka mujahidin Mesir akan menyerang mereka di bulan Ramadhan. Serangan udara dan darat dilakukan serentak. Mujahidin Mesir memohon dari kerajaan Mesir untuk terus ke Tel Aviv dan bebaskan Aqsa. PM Mesir waktu tidak membenarkan dengan alasan: ? Aku hanya PM untuk Mesir sahaja?. Ringkas cerita apabila mereka kembali telah disambut dengan trak-trak polis dan dihumban ke penjara kerana fikrah yang mereka bawa. Jasa mereka kepada negara diketepikan begitu saja.

Hasil dari peperangan tersebut senario kuasa politik dan ekonomi dunia berubah. Negara-negara Arab telah menggunakan kuasa petrol dengan menghentikan ekspot petrol serta merta ke mana mana negara terutama negara yang memberi sokongan kepada Yahudi . Harga petrol sekitar US 17 telah melambung ke US 40. Harga barang meningkat berkadar terus dengan harga petrol. Simpanan petrol di sebahagian besar negara paling lama boleh bertahan 2 minggu sahaja. Ada negara seperti India mampu bertahan untuk 2 atau 3 hari sahaja. Seingat saya Jepun mampu bertahan untuk tempoh 9 hari sahaja. Dunia berkecamuk . Yahudi berusaha untuk berdamai dengan Mesir menggunakan orang tengah USA dan Barat.

Yahudi dan negara Barat berusaha untuk adakan perdamaian dengan Mesir tetapi diletakkan syarat gerakan dakwah Ikhwan Muslimin mesti dilenyapkan. Mereka cuba untuk pisahkan Mesir dengan negara-negara Arab dan akhirnya berjaya dengan termeterinya perjanjian Camp David pada tahun 1982 dibawah seliaan Jimmy Carter Presiden USA . Mesir terpisah dari negara Arab secara strategi bermula tahun 1982 sehingga kejatuhan Husni Mubarak. Kebuntuan masalah petrol dunia dilanggar oleh Kuwait di bawah Malek Sobah. Kuwait hanya satu-satu negara Arab yang melanggar larangan tersebut. Setelah dipujuk oleh USA , petrol Kuwait telah memenuhi pasaran dunia terutama ke USA. Ekonomi dunia hampir lumpuh termasuk USA .Kapal-kapal minyak Kuwait telah menggunakan bendera USA untuk mengekspot petrol keluar negara.

Mudah-mudahan dengan kembalinya Mesir kepangkuan Arab dan Islam , kembalikan semula kegemilangan Othmaniah dan Al Fateh , dunia Arab dan muslimin keseluruhannya akan bersatu dan berpadu satu agama satu aqidah. Kembalikan kegemilangan Melayu dengan Islam .Kita semua bersaudara. Angkatlah bendera Islam memberi keadilan keseluruh alam. Allah Matlamat Kami, Rasul Qudwah Kami, Quran Dustur Kami, Jihad Jalan kami,Syahid Cita-cita Kami. Allahu Akbar walillahil Hamd.

Syahid cita2 kami! amin


“Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki” :Al Imran:169
Setiap pejuang memberikan apa sahaja kemampuan mereka menyediakan diri bertemu Ilahi.
Semoga darah para Syuhada dari dahulu hingga kini masih mengalir dalam jiwa
a-jiwa umat ini.Semoga Allah merahmati roh mereka dan berkati perjuangan mereka membebaskan bumi Palestin yang tercinta.
Dari kiri atas:
1) Asy Syahid Ir Imad Aqal
2) Asy Syahid Syeikh Ahmad Yaasin
3) Asy Syahid Ir Yahya Ayyash
4) Asy Syahid Dr Abdul Aziz Ar Rantisi
5) Asy Syahid Dr Said Syiam
6) Asy Syahid Al-Qaid, Ahmad Al-Ja’abarri
Mereka telah berikan apa yang mereka punya, kini giliran kita menyediakan dan memberi apa yang kita punya….

Ahad, 25 November 2012

haram rokok


IsraHelL menghantar BOM dan peluru ke Palestin. Dia berjaya membunuh ribuan umat Islam di sana dengan BOM dan PELURU yang sangat mahal harganya. Israel hanya menghantar 'ROKOK' ke Malaysia dan mereka berjaya membunuh 10 RIBU orang setahun dengan ROKOK malah sekaligus mendapat keuntungan sebanyak RM2.5 juta sehari dari MANGSA yang bakal MATI disebabkan rokok. Muslim di Palestin akan mati jika dibunuh dengan peluru dan bom. Muslim di Malaysia, mati dengan RELA hanya dengan menghisap rokok. Apa maksudnya ini? Adakah ini menunjukkan suatu tahap 'kecerdikan' kita atau sebaliknya? 

Sabtu, 24 November 2012

Janji Allah

ALLAHUAKBAR! Tersentak seketika. Peristiwa yang berlaku antara Israel dan Palestin telah pun Allah nyatakan dengan jelas dalam Al-Quran. Allah Allah Allah..

Pa

gi tadi, ketika baru sampai ofis, terus bertanya mcm2 soalan mengenai konflikPalestine/Israel kepada rakan Saudi saya....Terlalu byk soalan ditanya, akhirnya dia menyuruh saya menghayati ayat Al-Quran surah Al-Isra' ayat 4-7. Rasa menggigil seluruh badan apabila mengahayati ayat-ayat ini. MasyaAllah, rupanya konflik Israel-Palestine tercatat didalam ayat2 ini, dan sedang berlaku di depan mata...Subhanallah, aku lalai sebelum ini Ya Allah, kerana hanya pandai membaca Al-Quran, tetapi tidak mahu menghayati isi kandungannyaini sedangkan ini merupakan bukti-bukti kebenaran Al-Quran harus dikongsikan bersama semua.....

Terjemahan di dalam bahasa Melayu bermaksud:
[Al-Isra':4] Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) DUA KALI, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.

[Al-Isra':5] Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang PERTAMA dari dua itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah** dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku.......(**Kisah pembebasan BaitulMaqdis oleh pahlawan Islam agung Salehuddin Al-Ayubi)

[Al-Isra':6] Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya.

[Al-Isra':7] Jika kamu berbuat kebaikan, (maka) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) KALI KEDUA, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada KALI YG PERTAMA; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.

Dan di akhir perbualan kami, rakan saya berkata pada saya, tentera Al-qassam (Palestine) sedikitpun tidak akan gentar malah yakin seyakin-yakinnya akan janji-janji Allah bahawa BaitulMaqdis akan dibebaskan buat kali KEDUA oleh pejuang2 Islam yang benar, dan Israel akan diberikan penghinaan/kemusnahan yang selayakknya..............

Astaghfirullah, aku pohon keampunanMu ya Allah, kerana telah menjadi manusia manusia yang lalai, tidak peka dan tidak berasa tanggungjawab untuk bersama mengembalikan maruah Islam di bumi Palestine.........