Sabtu, 29 Disember 2012

Moh kite fikir sama2

Oleh Aspan Alias

Penyelaras BN Selangor Mohamad Zain Mohamad telah meminta supaya DAP tidak mengungkit isu-isu lama terhadap BN Selangorkerana BN telah pun di hukum oleh rakyat SELANGOR pada pilihanraya 2008 yang lalu. Zain berkata “rakyat telah pun menghukum kami dan tidak usahlah mengungkit-ngungkit perkara lama”

Umno begitu ‘defensive’ dalam banyak isu. Malahan isu-isu yang di wujudkan oleh Umno lah yang menjadi penyebab keadaan negara jadi begini. Umno yang memerintah sejak merdeka maka segala isu terhadap kerajaan adalah isu terhadap Umno dan komponennya. Bukan begitu?

DAP tidak mengungkit cerita lama. Cerita Umno ini tidak pernah menjadi tua kerana isunya sama sahaja dari dulu. Isunya ialah isu kegagalan parti itu menjadi parti yang memerintah secara adil dan saksama, parti yang telah menggunakan kuasa yang keterlaluan dan parti yang menjadi penyebab rasuah berlarutan sehingga tidak dapat di kawal lagi.

Umno yang menyebut berulangkali yang DAP itu parti rasis dan Umno tidak rasis. Tetapi hakikatnya Umno lah yang memainkan isu rasis yang tidak ada batasannya sehinggakan menuduh bangsa lain sebagai pendatang dan bermacam-macam lagi.

Umno jugalah yang menjadi parti yang sentiasa menanamkan perasaan takut terhadap bangsa lain dan telah menjadikan orang Melayu itu lesu dan sentiasa mengharap kepada Umno khususnya kepada kepimpinan mereka. Umno lah yang tidak mahu Melayu itu bebas berfikir dan membangunkan kejatian pemikiran mereka kerana Umno mengharapkan ahli-ahlinya menjadi bangsa yang sentiasa mengharap kepada kerajaan dan tidak dari yang lain.

Apa yang lebih menyedihkan lagi Umno lah yang membantutkan matlamat penyatuan dan hidup bersama secara aman denhgan bangsa-bangsa lain. Sebab Umno berbuat demikian ialah kerana UMNO mempunyai kepimpinan yang lemah. Seorang pemimpin yang lemah selalunya akan melakukan perpecahan sesama rakyat yang berbilang kaum agar kaumnya, iaitu Melayu akan sentiasa mengharapkan perlindungan dari partinya, sedangkan mereka tidak ada sebab kenapa mereka mesti takutkan. Akhirnya Melayu menjadi parti yang menyebabkan Melayu itu menjadi bangsa yang penakut dan tidak berani bersaing dalam kehidupan.

Apa yang diperkatakan oleh Mohamad Zain itu adalah perkara yang sudah lama kerana itulah dia isunya dari dulu sehingga sekarang. Isu yang di sebutkan tadi adalah isu yang tidak akan menjadi isu lama kerana semuanya itu masih berlaku sekarang ini. Jika isu 24 bidang tanah yang di beli oleh pimpinan Umno Selangor dan menjualnya kepada agensi kerajaan Selangor sendiri dengan harga yang tinggi itu tidak di keluarkan oleh DAP, siapa pula yang akan menjadikannya isu lagi.

Kita tidak boleh mengharapkan sesiapa di dalam Umno untuk memberitahu rakyat. Sebagai parti yang bertanggungjawab maka tentulah DAP akan memberitahu rakyat supaya ia tidak berulang lagi dilakukan oleh BN. Bukan sahaja DAP, sesiapa juga mesti keluar dan memberi tahu rakyat tentang apa yang dilakukan oleh pimpinan Umno dahulu kerana mereka (Umno) tidak boleh lagi kembali berkuasa di Selangor. Jika mereka kembali berkuasa maka budaya itu pasti akan wujud kembali.

Jika Umno kembali di berikan mandat ia akan tetap di ketuai oleh pemimpin-pemimpin  yang dahulu juga, iaitu yang melakukan kerja-kerja tidak baik itu. Umno Selangor bukan ada pun pimpinan gantian kerana yang pandai sudah tidak ada lagi dalam Umnokerana mereka telah disisihkan dari dulu lagi. Mereka kini berada dalam PAS, DAP dan PKR. Umno Selangor hanya mempunyai pemimpin seperti Noh Omar sahaja. Noh sendiri sedang menghadapi berbagai-bagai isu termasuk isu pembekalan benih padi yang berkaitan dengan salah guna kuasa melibatkan puluhan juta ringgit.

Dalam keadaan Umno menghadapi isu-isu berat pemimpin seperti Noh ini masih menggunakan kuasa di Kementeriannya untuk melakukan perkara yang menipu rakyat tani ini. Itu sebabnya saya selalu berkata yang Umno dan pimpinan mereka sedang menghadapi krisis ketagihan rasuah yang merupakan ketagihan yang lebih merbahaya dari ketagihan dadah. Ketagihan ini menghinggapi keseluruhan kepimpinan Umno di setiap peringkat.

Siapa lagi yang ada di kalangan Umno yang menjadi pimpinan gantian bagi menerajui kerajaan Selangor itu? Kalau ada pun tentu lah nama yang baru yang belum tentu baiknya. Ramai juga mereka yang baik-baik dalam Umno yang pernah diberikan tempat oleh parti duduk di dalam kerajaan.

Tetapi yang baik ini pun akan menjadi tidak baik kerana jika mereka mengekalkan sikap baik mereka, pemimpin seperti ini tidak akan kekal dalam kedudukan mereka. Itu sebabnya ramai yang bersetuju jika kita bersedia untuk bersekongkol dengan mereka yang berbudayakan rasuah itu mereka akan kekal dalam jawatan mereka. Bukan kah ini sudah menjadi ‘attribute’ Umno yang tegar?

Oleh itu Dato’ Seri Mohamad Zain mesti faham DAP atau parti-parti lain dalam PR, mereka bukannya mengungkit perkara lama tetapi perkara itu masih manjadi isu yang sentiasa baru. Dato Seri Zain mesti terima kenyataan yang Umno begitu susah untuk kembali berkuasa di Selangor sekarang ini.

Jika Zain sendiri mengaku yang Umno pernah buat salah dan telah menerima hukumannya kenapa pula bersungut-sungut. Jika mengikut etika dan moral demokrasi sebenarnya Umno tidak sepatutnya menyertai pilihanraya kali ini. 

Baca dan fikirkan


Oleh Sakmongkol AK47

Bila saya tulis rencana dalam bahasa Melayu, komen nya tidaklah sebanyak komen yang datang seperti kalau saya tulis dalam bahasa Inggeris. Maka adalah beberapa orang yang menghantar e mail kepada saya, bertanya mengapa jadi demikian? Adakah kerana tulisan saya tidak dipedulikan oleh pembaca Melayu? Mereka pun mengejek ngejek saya, tulisan kamu tidak laku.


Mungkin itulah sebabnya - orang Melayu kurang membaca tulisan saya. Sebab itu tak banyak komen. Kalau dalam bahasa Inggeris, komen nya datang bersusun susun dari bangsa bukan Melayu.


Sama ada betul atau tidak pandangan yang demikian saya tidaklah tahu, jumlah pembaca yang membaca lebih penting kepada saya daripada jumlah yang hantar komen. Jumlah pembaca artikel saya tetap banyak sama seperti jika ia nya dutulis dalam bahasa Inggeris.

Maka saya boleh katakan- jika tidak ada banyak komen bila artikel saya ditulis dalam bahasa Melayu, mungkin kerana kandungan nya dipersetujui oleh ramai orang Melayu. Jika ramai yang setuju, maka gelap masa depan Umno. Atau yang kurang membaca artikel2 saya ialah Melayu Umno. Jika demikian, ianya tidaklah merunsingkan. Melayu Umno lebih gemar baca komik, majallah gila2 dan cerita2 dalam Mestika. Orang macam ini akan terus menyokong Umno. Yang kita mahu yakinkan ialah pengundi Melayu yang atas pagar.

Ini satu lagi artikel dalam BM. Ianya mengenai harga diri atau maruah. Maruah suatu bangsa yang disebut sebagai bangsa yang tersohor dan mulia tapi yang meletakkan masa depan nya pada tangan orang lain. Oleh kerana meletakkan masa depan dalam tangan orang lain, mereka telah jatuh maruah kebawah pada beberapa darjat nya. Siapakah yang menyebabkan bangsa Melayu jadi demikian?

Sesudah 55 tahun merdeka, nampak nya peranan orang Melayu ialah merelakan diri dihimpun dalam stadium, atas padang dan dalam dewan2 besar , memulia dan memuja Dato Najib. Takkanlah setelah 55 tahun merdeka, itu kerja orang Melayu?

Apa dah jadi kepada orang Melayu? Inilah akibatnya, apabila kita menyerah soal membangunkan bangsa dan negara kepada orang lain. Kita meletakkan kepercayaan memajakkan pembentukan masa depan kita dalam tangan orang lain. Orang lain tersebut memanipulasi minda kita dan menakutkan kita untuk percaya bahawa tanpa mereka, maka kita tidak ada masa depan. Kita kehilangan maruah, harga diri dan jatidiri. Kita pun memuja dan memulikan sang dewata mulia Najib Razak dan Umno.

Demikianlah apa yang sudah berjaya dilakukan oleh Umno. Kalau Umno tidak ada, maka masa depan orang Melayu akan gelap. Dimana maruah orang Melayu jika demikian? Masa depan sendiri bukan ada dalam tangan sendiri?  Setelah 55 tahun, bangsa Melayu dibentuk minda mereka untuk percaya bahawa kebahagiaan serta kesejahteraan mereka bergantung kepada Umno dan bukan pada kebenaran nya, melalui uasaha mereka sendiri.
Kaum yang merdeka minda, mesti bertanya apakah yang mereka boleh lakukan melalui kerajaan sebagai wadahnya, untuk mencapai matlamat? Kerajaan bukan sesuatu yang kita sendiri ciptakan yang kemudiannya menindas serta menghimpit kita.

Sedangkan ada maxim( atau panduan) dalam bahasa Inggeris yang berkata- Heaven helps those who helps themselves. Dalam agama kita, kita pun biasa mendengar ustaz dan tok lebai membaca ayat2 Quran yang bermaksud- Allah tidak akan mengubah nasib atau keadaan sesuatu kaum, kecuali kaum itu mengubah apa yang ada dalam diri mereka. Dan kita juga mendengar- Allah tidak akan mengubah nikmat yang ada pada sesuatu kaum, sehinggalah  kaum tersebut mengubah apa yang ada dalam diri mereka sendiri.

Apa maksud ayat2 tersebut? Maksudnya, bukanlah Najib atau Umno atau orang lain yang akan mengubah dan mentransformasikan kaum Melayu. Yang mengubah dan mentransformasi kita ialah diri kita sendiri- usaha kita sendiri dengan nilai kehidupan yang ada dalam diri kita. Kita tidak akan dapat mengubah masyarakat dan kerajaan yang korap jika, dalam diri kita tidak ada nilai membenci rasuah dan korapsi. Kita tidak ada mengubah kerajaan dan system yang tidak cekap, jika dalam diri kita sendiri, tidak ada nilai membenci kelembapan dan ketidakcekapan. Dalam diri kita, kita mesti bangkitkan nilai2 seperti ini dan bersama2 dengan ramai kawan2 lain, mempamirkan dan menterjemahkan keperibadian bangsa kita yang sebenarnya.

Maruah kita sebagai orang Melayu boleh dinilai daripada banyak mana kita bergantung kepada orang lain dan banyak mana kita meyakini bahawa perubahan kah, transformasi kah, reformasi kah, bergantung sebetulnya pada diri kita sendiri. Iaitu melalui usaha kita sendiri.

Saya membaca tulisan seorang pemikir Scottish- Samuel Smiles yang menulis demikian. Minat saya menulis pemikiran Samuel Smiles ini ialah kerana saya melihat ada sebuah buku rengkasan fikiran Samuel Smiles yang dirtulis oleh Steve Shipside bertajuk- Samuel Smiles- Self Help. Ia ada dijual dibanyak kedai buku sekarang dan salah satu penulisan yang selalu dirujuk oleh Goh Keng Swee( dahulu seorang timbalan PM Singapura dan arkitek ekonomi negara itu), ialah penulisan Samuel Smiles.

The spirit of self-help is the root of all genuine growth in the individual; and, exhibited in the lives of many, it constitutes the true source of national vigour and strength. Help from without is often enfeebling in its effects, but help from within invariably invigorates. Whatever is done FOR men or classes, to a certain extent takes away the stimulus and necessity of doing for themselves; and where men are subjected to over-guidance and over-government, the inevitable tendency is to render them comparatively helpless.

Berdikari, jatidiri ialah pokok segala kemajuan yang sebenarnya untuk setiap individu dan jika dipamirkan dalam kehidupan ramai, ia merupakan punca ketangkasan dan tenaga. Bantuan dari pihak lain hanya akan mendatangkan kesan2 melemahkan, tapi pertolongan dari dalam diri sendiri, menguat dan menyegarkan. Apa yang dilakukan untuk sesuatu kaum oleh pihak lain, pada sebahagiannya, menyedut ransangan dan kemestian melakukan sesuatu untuk kehidupan oleh yang empunya diri. Dan dimana kaum itu tertakluk oleh arahan yang berlebihan dan perkerajaan yang berlebihan, kecenderungan yang tidak dapat dielakkan ialah mereka jadi kaum yang lemah.

Bila orang Melayu tolak Umno, bukan bererti mereka membelakangkan keMelayuan mereka. Kebangsaan dan agama tetap ada pada mereka. Bila mereka menolak Umno, yang sebenarnya mereka lakukan ialah membebaskan minda daripada ketakutan dan tahyul bahawa tanpa Umno, orang Melayu akan binasa. Masa depan kita, kita yang tentukan sendiri. 

Mana2 kerajaan yang muncul nanti, akan berdepan dengan suatu kaum yang benar2 berani menyatakan maruah diri mereka. Bila bangsa Melayu sudah kuat, mana2 kerajaan akan berkerjasama dengan kaum Melayu, bukan menindas dan mengeksploitasi mereka.

Muliakan tetamu mu...


Sewajarnya kita meraikannya sebagai tetamu di rumah Allah, mudah-mudahan dia mendapat hidayah dan seterusnya memeluk Islam tanpa banyak soal.

Menyingkap keutamaan memuliakan tetamu, Abu Hurairah meriwayat sebuah hadis: “Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, janganlah dia menyakiti tetangganya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, hendaklah dia memuliakan tetamunya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, hendaklah dia berkata yang baik atau diam.” (Hadis Riwayat Muslim) Pernah diriwayatkan bahawa Allah pernah menegur Nabi Sulaiman AS kerana pada saat baginda didatangi seorang tetamu daripada orang kafir, baginda tidak sepenuh hati memulianya.


Baginda merasa tidak perlu memuliakan tetamu itu seperti memuliakan tetamunya daripada sesama pengikut. “Disebabkan ia bukan umatku yang beriman,” begitulah fikir Nabi Sulaiman. Lantas baginda hanya memberinya minum dan bercakap seadanya.


Setelah tetamu itu pulang, datang malaikat Jibril AS menyampaikan teguran Allah yang bermaksud: “Wahai Nabi Allah, Allah menegurmu, mengapa engkau perlakukan tetamu seperti itu? Jawab Nabi Sulaiman: “Bukankah dia (tetamu itu) daripada golongan kafir?” Jibril bertanya lagi: “Siapakah yang menciptakan langit dan bumi ini?” Lantas Nabi Sulaiman menjawab dengan yakin: “Allah.” Lantas ditanya lagi oleh Jibril: “Siapakah yang menciptakan malaikat, jin dan manusia?” Dan Nabi Sulaiman tetap dengan jawapannya: “Allah.” Seterusnya Jibril bertanya: “Siapakah yang menciptakan tumbuh-tumbuhan dan haiwan?” Tetap dijawab dengan jawapan sama oleh Nabi Sulaiman iaitu: “Allah.” Jibril bertanya lagi: “Siapakah yang menciptakan orang kafir itu?” Dan Nabi Sulaiman tetap dengan jawapannya: “Allah.” Jibril terus berkata: “Lalu, berhakkah engkau berlaku tidak adil terhadap ciptaan Allah? Sementara Allah adalah zat Yang Maha Adil?” Mendengar soalan Jibril, Nabi Sulaiman terdiam dan terus bersujud. Baginda kemudian mengejar orang kafir itu tadi seraya meminta maaf kepadanya selepas menyedari kesilapannya.

Robber Baron


Muhammad Nazreen

Robber Baron. Istilah ini merujuk kepada golongan perusahaan Amerika di era pra-perindustrian sekitar 1800an. Golongan kaya ini jugalah yang dikatakan paling berpengaruh. Mereka mempunyai kekuatan monopoli ekonomi yang mengawal mod pengeluaran.


 Mereka jualah yang berkuasa untuk memiliki buruh-buruh miskin sebagai ‘kapital’ menjalankan perusahaan kilang-kilang kapas.


Golongan Robber Baron ini selalu bertindak sebagai agen spekulator, yang mengawal persaingan sesama mereka, mengeksploitasi buruh-buruh sehinggakan ada yang terpaksa bekerja 18 jam sehari, tetapi dibayar dengan kadar gaji yang luwes dan tidak munasabah.

“Robber” – konotasi bagi sang perompak yang merampas harta milik warga masyarakat.

“Baron” pula dipinjam daripada rujukan terhadap golongan aristokrat/elit yang diabsahkan kedudukan mereka di dalam hierarki sosial masyarakat.
Jadi, istilah “robber baron” di Amerika merujuk kepada perompak kolar putih yang berselindung di kekuatan monetari Dollar Amerika Syarikat. Mungkin, parasit-parasit Wall Street yang secara senyap menghancurkan ekonomi Amerika itulah ‘Robber Baron’ sebenar.

Cerminan daripada krisis ekonomi surut-pasang Amerika, Paul Krugman, seorang ahli ekonomi terkemuka bermazhab Keynessian nyata berseru dengan penuh kerisauan akan masa depan ekonomi global. Keynessian merujuk kepada mazhab ekonomi yang dibangunkan ahli ekonomi terkenal, Sir John Maynard Keynes yang memperkenalkan kawalan makroekonomi untuk sistem kewangan Amerika yang digelar Bretton Wood. Keynes melihat bagaimana dasar fiskal dan monetari haruslah diberi pengawalan secara makrostruktur.

Di dalam kolum tulisan Krugman yang disiarkan di New York Times bertarikh 9 Disember 2012 bertajuk Robots and Robber Baron, beliau mempersoalkan kewajaran korporat-korporat kewangan besar yang masih mengumpul keuntungan di saat sistem kewangan Amerika menanti rebah. Rata-rata para pekerja yang berpendapatan rendah dan sederhana terikat dengan beban hutang pendidikan, hutang hartanah perumahan yang tidak mampu dilangsaikan.

Tahun 2005, 21.2 peratus daripada keseluruhan hasil pendapatan negara Amerika Syarikat dimiliki oleh sebilangan 1 peratus elit masyarakat. Kekayaan keluarga-keluarga yang mengusahakan Wal-Mart pada tahun 2007 berjumlah sebanyak US$90 billion (RM276 billion) bersamaan dengan jumlah pendapatan isirumah kasar 40 peratus terbawah daripada keseluruhan demografi kependudukan di Amerika Syarikat sebanyak 120 juta orang.

Kebanyakan industrialis-korporat yang mengawal monopoli ekonomi Amerika menetapkan harga-harga konsumer sekalipun ianya tidak sama sekali selaras dengan jumlah gaji yang dikeluarkan.  Dengan kadar gaji yang rendah dan kos keperluan hidup yang meningkat menyebabkan ‘growing bubble’.

Suatu fenomena ‘stagflasi’ ekonomi yang akan menyebabkan kadar konsumerisme merudum sekaligus meranapkan keseluruhan sistem ekonomi. Akibatnya, rakyat Amerika juga mengalami kemelaratan teruk bahkan krisis monetari 2008 adalah langkah awal krisis yang sedang menular, ada juga yang mengatakan bahawa gelombang kedua krisis ekonomi dunia adalah hari kiamat bagi dunia kapitalisme moden Amerika.

Kesannya, jurang kekayaan di antara golongan kelas menengah-rendah dan menengah-tinggi masih berada di takuk yang serupa pada tahun 80-90an, walhal mod pengeluaran serta keuntungan yang dijana elit-elit korporat mendadak hampir 50 peratus daripada jumlah hasil pengusahaan pada tahun yang sama.

Kini, rakyat Amerika dipukul dengan masalah kemelaratan ekonomi. Bahkan, cabaran besar untuk Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama kini adalah bagaimana beliau mampu berdepan dengan golongan ‘Robber Baron’ ini untuk meluluskan peruntukan dasar ‘Fiscal Cliff’ dimana golongan kaya dikenakan had cukai yang lebih untuk membantu warga Amerika yang tidak berkemampuan.

Kini di Amerika, jurang pembahagian kekayaan yang besar menyebabkan hampir 65 peratus rakyat Amerika hilang pekerjaan, keruntuhan konglomerat besar seperti Lehmann Brothers, General Motor, United Airlines disebabkan hutang negara secara keseluruhan begitu besar, akibat beban hutang termasuklah hutang pendidikan di Amerika Syarikat yang tinggi sehinggakan graduan-graduan universiti terpaksa berhutang sepanjang hayat mereka.

Bayangkan sahaja, lulusan universiti dari Harvard, Stanford dan Yale terpaksa berhutang sehingga 80 ribu Dollar di sepanjang tempoh pengajian mereka.
Sekiranya, graduan daripada universiti-universiti terbabit pada tahun-tahun pertama hanya mampu memperoleh pendapatan isirumah setahun sebanyak US$30 ribu. Mampukah mereka menjelaskan hutang pendidikan yang sedemikian besar tanpa mengira keperluan lain seperti kos perumahan dan pelbagai keperluan lagi?

Barangkali ada benar kata-kata moralis ekonomi, Adam Smith yang menjadi rujukan kitab-kitab kapitalis terkemuka dunia bahawa “No society can surely be flourishing and happy, of which far the greater part of the members are poor and miserables”

Siapa Robber Baron di Malaysia?

Di bawah era pemerintahan Tun Mahathir, beliau memperkenalkan pula dasar neo-liberal menerusi Dasar Penswastaan Negara. Jadi, peningkatan kekayaan golongan elit kroni ini semakin meningkat apabila mereka dianugerahkan kontrak-kontrak mega kerajaan berdasarkan hubungan baik ‘rakan-rakan kerajaan’ seperti Tan Sri Rashid Hussin, Tan Sri Halim Saad, Tan Sri Syeikh Mokhtar Al-Bukhary dan Tan Sri Vincent Tan dan ramai lagi.

Mereka ini hanya sebilangan daripada kawan-kawan kerajaan yang bertindak sebagai kuasa monopoli yang menentukan harga pasaran. Deregulasi ekonomi, peranan kerajaan yang terhad dalam urusan ekonomi negara menyebabkan rakyat dibebani dengan kos peningkatan sara diri supaya sebilangan kecil kroni dapat menjana keuntungan peribadi.

Lihat sahaja, apa yang berlaku di dalam isu perjanjian penjana tenaga bebas (IPP) dengan syarikat-syarikat kroni seperti Tan Sri Syed Mokhtar (MMC), Tan Sri Ananda Krishnan (Tanjung) dan mendiang Lim Goh Tong (Genting) bertindak sebagai pemegang monopoli ekonomi sehinggakan berjaya mengawal harga bahan api dan utiliti elektrik menyebabkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) terpaksa membayar harga yang mahal untuk membekalkan kuasa elektrik.

Kadar ketidakseimbangan pendapatan isirumah di Malaysia kini di tahap yang cukup membimbangkan. Indeks (GINI Coeffecient) pada tahun 2010 yang dijadikan sebagai mekanisme untuk mengesan jurang ketidakseimbangan di antara golongan kelas rendah dan tinggi menunjukkan bahawa kadar (GINI Coefficient) untuk Malaysia adalah sekitar 0.429 sekaligus meletakkan Malaysia sebagai negara yang mengalami jurang perbezaan kekayaan kedua tertinggi di Asia selepas Singapura.

Manakala, menurut statistik yang dikeluarkan PEMANDU, Jabatan Perdana Menteri pada tahun 2009 menganggarkan peratusan miskin tegar yang disenaraikan sebagai mereka yang berpendapatan isirumah kurang daripada RM800 sebulan hanyalah sekitar 3.8 peratus. Ini mungkin pada satu hal, tidak kelihatan begitu merisaukan tetapi jika diambil kira pada realiti sebenarnya, ada hal yang lebih merisaukan.

Misalnya, indeks kemiskinan global mensyaratkan bahawa mereka yang berpendapatan isirumah di bawah RM2,500 sebulan adalah mereka di bawah paras kemiskinan. Jadi, realiti ekonomi di Malaysia sebenarnya lebih rumit daripada yang disangka-sangka.

· Pendapatan di bawah RM800 (Indeks Paras Kemiskinan yang ditetapkan PEMANDU) : 3.8 peratus daripada Jumlah warganegara Malaysia. 60 peratus Melayu dan Bumiputera Sabah-Sarawak, 25 peratus India, 15 peratus Cina.
· Pendapatan di bawah RM1,500 : 15-20 peratus daripada jumlah warganegara Malaysia. 65-70 peratus Melayu dan Bumiputera Sabah-Sarawak, 25-30 peratus India, 5-10 peratus Cina.

· Pendapatan di bawah RM 2500 (Indeks Kemiskinan Global): 45-55.5 peratus daripada jumlah warganegara Malaysia. 80-85 peratus Melayu dan Bumiputera Sabah-Sarawak, 10-17.5 peratus India, 5-10 peratus Cina.  Jadi, berdasarkan analisis di atas, kita mendapati bahawa majoriti rakyat Malaysia berada pada paras kemiskinan global dimana hampir 45-55 peratus daripada mereka berpendapatan di bawah RM2,500 dan 65-70 peratus daripada mereka adalah golongan bumiputera Melayu dan Sabah-Sarawak yang sepatutnya berhak mendapat ekuiti kekayaan negara sebanyak 30 peratus.

Ini membuktikan bahawa Dasar Ekonomi Baru yang digembar-gemburkan selama ini hanyalah sandiwara kerajaan menutup kegagalan mereka memerintah selama berpuluh-puluh tahun.

Kadar ketidaksaksamaan ekonomi di Malaysia semakin membesar, pada masa yang sama dasar kerajaan yang lemah menyebabkan banyak pula kelonggaran dan ketirisan yang berlaku.

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan aliran keluar wang haram yang dikeluarkan oleh Global Financial Intergrity menunjukkan bahawa Malaysia tersenarai antara negara yang tertinggi.

Skandal besar melibatkan perjanjian Perimekar dan Terasasi dalam isu pembelian kapal selam Scorpene, isu Pusat Fidlot Kebangsaan yang melibatkan perbelanjaan wang pembayar cukai hampir RM250 juta, keraguan di sebalik penganugerahan konsortium George Kent yang mendapat anugerah tender RM 8.5 Billion untuk projek pembinaan MRT.

Jadi, siapa sebenarnya ‘Robber Baron’ di Malaysia? Mahathir Muhammad? Syed Mokhtar Al-Bukhary? Vincent Tan?

sebarkan



Kisah ini diceritakan dari seorang gadis Sunni (Ahli Sunnah wal Jama’ah) bernama Aisyah di sebuah Hospital di Istanbul Turki. Maklumat lengkap dari salah seorang saksi hidup yang selamat.

Tarikh: 15 – 28 Jun 2011
Lokasi: Kilang Gula Jisr Al-Shughour, Syria Utara, bandar Sunni, 20km dari Turki, sempadan Syria.

Pada tarikh 14 Jun, pasukan Basyar mengelilingi Jisr Al-Shughour dengan formasi 3000 tentera dan 300 kereta kebal, untuk menyerbu bandar pada keesokan harinya, iaitu tarikh 15 Jun.

Berita terkini dari bandar tersebut adalah, hampir 30 orang dibunuh dan dikuburkan di Kilang Gula kemudian di atasnya dilapisi simen. Hari berikutnya sehingga 28 Jun, berita mengenai peristiwa di Jisr Al-Shughour disembunyikan dari dunia.

Berita tersebut mula bocor selepas 13 hari kemudian iaitu pada 28 Jun, ketika tentera Assad meninggalkan kota itu untuk menyerbu bandar lain.

Pada hari Jumaat tarikh 17 Jun 2011, para jeneral Assad membunuh lebih kurang 30 pemuda dan menguburkannya di Kilang Gula, lalu melapisinya dengan simen. Tapi ketika malam tiba, para jeneral itu tiada tempat yang lebih baik untuk tidur kecuali Kilang Gula ini, sehingga mereka memutuskan untuk menggunakannya sebagai markas semasa operasi serangan ke atas bandar.

Untuk menghidupkan suasana, sebuah idea sadis melintas di benak para jeneral itu. Mereka ingin beberapa budak Sunni telanjang untuk hiburan! Mereka memerintahkan menangkap gadis-gadis tercantik di bandar termasuk Aisyah dan seramai lebih kurang 20 orang gadis.

“Pertama kali kami memasuki kilang, kami ditelanjangi dan menjadi sasaran gangguan dan pemukulan, kemudian para jeneral itu memerintahkan tenteranya untuk berhenti memukul kerana mereka ingin menikmati daging putih bersih kami,” kata Aisyah.

“Selepas beberapa hari, saya pasrah tentang perkosaan tersebut. Sudah menjadi sebahagian daripada hidup saya. Tapi jika menggunakan tubuh saya pun untuk menyiapkan sarapan, makan tengah hari dan makan malam serta menghidangkan teh dan kopi, sekurang-kurangnya mereka memakaikan sehelai baju di tubuh saya. Saya benci menjadi budak telanjang. Saya hanya berharap mereka menutupi tubuh saya, “kata Aisyah.

“Gangguan ditujukan pada Aisyah. Maka ketika para jeneral itu kembali dari peperangan, mereka memerintahkan kami berbaris dan menjilat kasut booth mereka sampai bersih sebagai rasa terima kasih kepada mereka. Mereka bilang, mereka akan membunuh pemberontak dan melindungi kami dari pemerkosaan. Mereka biasa mengatakan, “Aisyah ….... Kemari. Jilati booth ku “,” Aisyah …...Bawa kopiku “,” Aisyah …... Siapa Allah-mu sekarang? “Dan hal-hal sangat buruk yang lain,” kata Aisyah.

“Saya sudah tahu apa yang akan berlaku sejak diberitahu bahawa yang ditangkap adalah gadis-gadis cantik yang muda. Tapi saya tidak pernah tahu mereka memilih kami kerana nama kami sehingga keesokan harinya apabila mereka mula memanggil kami semua sebagai Aisyah dan mengganggu kami dengan pelbagai cara. Barulah kami faham apa yang mereka inginkan “kata Aisyah.

“Hari pertama dia menyuntik sesuatu ke kaki saya sehingga kami tidak mampu berdiri. Saya berharap dia membunuh saya saja malam itu, namun mereka tidak pernah menyuntik kami lagi.”

“Pada hari ke-3 mereka membunuh salah seorang gadis yang melawan salah seorang tentera itu. Mereka memotong putingnya kerana dia menentangnya. Lalu kami tahu dari perbincangan para tentera itu bahawa mereka memperkosanya kemudian membunuhnya dan menguburnya bersama ‘yang lain’ di bawah kilang! supaya dapat menakutkan para gadis agar tidak ada lagi yang berfikir untuk menentangnya, “kata saksi mata yang selamat.

“Kami takut, kami membahagiakan mereka, dan kami memuaskan seksual mereka walaupun di depan orang ramai. Mereka ‘main’ dengan kami bahkan di atas meja apabila mereka sedang merancang bagaimana memindahkan tank-tank mereka untuk menghancurkan bandar kami. Satu-satunya yang biasa membuat kami selesa adalah apabila kami memasak untuk mereka. Tentu saja kami dilarang saling berbicara ataupun saling berjumpa. Tapi kami menikmati makanan enak sejak kami memasaknya, “kata Aisyah.

“Selepas hari ke-10 mereka bangun dan hilang begitu saja. Kami telanjang. Kami sendirian di kilang. Kami tidak berani melarikan diri. Kami tidak berani bertanya apakah kami sudah boleh berbual atau tidak. Kami benar-benar takut. Lalu beberapa lelaki dari kampung kami datang dan menyelamatkan kami “kata Aisyah.

“Alhamdulillah, saya telah keguguran dan dapat berjalan lebih baik sekarang.< Saya masih ingat wajah-wajah mereka, nama-nama mereka dan bandar-bandar asal mereka. Saya bersumpah akan membalas dendam. Hanya abang saya yang tahu cerita keseluruhannya yang tidak mungkin saya paparkan kepada keluarga saya kerana mereka tidak akan lagi mengiktiraf saya sebagai anak mereka setelah orang Syiah memperkosa saya. Tidak ada lelaki akan berkahwin dengan saya kerana saya seorang budak.

Saya akan cuba menukar nama saya dan tidak akan ada seorang pun mengenali saya, “kata Aisyah Diterjemahkan dari sumber arrahmah

Takbir



























keunikan kristal salju.