Khamis, 28 Februari 2013

Hujah lawan hujah

Kerajaan berkuasa sekian lama, sekiranya negara ada masalah, mengapa salahkan pembangkang? Pembangkang bukannya mempunyai kuasa.

"Kedua, kegagalan kerajaan untuk memerintah dengan adil dan mengikut cara yang disarankan Islam selama ini sehingga mengakibatkan umat tidak lagi bersama kerajaan, mengapa tuan salahkan pembangkang?

"Ketiga, tuan juga tidak tepat bila mana suruh kami membalas budi kerajaan. Bukan kami yang menggigit tangan kerajaan, tapi kerajaan yang menggigit tangan kami, lihat cara duit rakyat dihabiskan untuk kekayaan pemimpin-pemimpin. Mereka sebenarnya yang tidak mengenang budi jasa kami yang mengundi mereka selama ini dengan merompak harta kita.

"Keempat, apakah tuan tidak rasa berdosa menyuruh kami menyokong sebuah kerajaan yang merompak dan zalim terhadap umatnya. Umatnya sengaja dikekalkan dalam keadaan miskin daif selama ini untuk memudahkan mereka menggunakan senjata wang untuk membeli hati rakyat yang dalam kesusahan. Walhal kalau dah 50 tahun lebih memerintah, ada lagi rakyat yang susah, ini semestinya salah kerajaan, bukannya salah pembangkang. Sekian saja soalan saya.”

Saya terkejut dengan keberanian saya. Ini kursus mencuci otak, tapi saya berani mencabar pensyarah – saya tak takut ke selepas ini saya ditransferkan ke tempat yang jauh dari keluarga? Saya tak takut ke selepas ini naik pangkat dan gaji saya terjejas?

Oh, apa yang telah saya buat? Apa yang telah saya buat?

Tetiba, hadirin memberikan tepukan gemuruh selepas dewan diam seketika. Gementar saya hilang mendengar tepukan gemuruh itu.

“Jawab! Jawab! Jawab!” hadirin membuat laungan mendesak pensyarah untuk menjawab.

Saya masih tercegat di tengah dewan berdepan dengan mikrofon.

“Senyap semua! Senyap! Dengar sini, ini jawapan saya. Semua soalan saudara Zulkifli tak perlu jawab kerana dia agen pembangkang. Inilah cara pembangkang huru-harakan negara,” jawab pensyarah itu dengan sinis.

Para hadirin membuat bunyi bising tanda tak setuju.

“Senyap. Listen! Ini dakyah pembangkang. Tindakan disiplin akan diambil pada saudara Zulkifli kerana cuba mensabotaj program ini,” kata pensyarah itu lagi.

Saya terus berlawan.

“Bertanya soalan pun tak boleh? Bertanya soalan pun salah? Semua salah pembangkang. Ambillah tindakan pada saya. Keangkuhan tuan sekejap sahaja. Kerana 2 bulan sahaja lagi, langit Tanah Emas ini akan berubah wajah. Sampai masa itu saya bimbang orang-orang macam tuan akan terkial-kial lemas mencari pelampung,” jawab saya.

Hadirin semua bangun memberikan tepukan gemuruh.

“Ya, 2 bulan sahaja lagi. Kami tak perlu hadir program-program macam ini. 2 bulan sahaja lagi, orang macam pensyarah ini tidak akan dibiarkan membuli kita kerana kuasa mereka. Dah cukup lama kami bersabar. Ini kalilah,” jerit hadirin.

Begitulah sebuah kisah dongeng di Tanah Emas di Timur Tengah yang tidak kena-mengena dengan hidup mahupun yang mati.

Keberanian Zulkifli Ibrahim telah memberi inspirasi kepada ramai untuk melawan kezaliman.

Senyum.


3 syarat mesti ikut
1) Fokus pada isu
2) Hujah lawan hujah
3) guna akal bukan emosi... be profesional :)

hacker


Assalamualaikum WBT

biasanya bila sebut pasal hacker atau dalam bahasa melayunya ialah penggodam rasanya ramai dah tahu. Penggodam (hacker) dalam konteks keselamatan komputer merujuk kepada penggodam komputer yang terlibat dalam keselamatan komputer dan berupaya mengeksploit sistem atau masuk tanpa kebenaran melalui kemahiran, taktik dan pengetahuan terperinci. 

Di sini disenaraikan 10 software yang sering digunakan hacker ni.. Dipetik dari forum Carigold..
10 Software Yang Sering Digunakan Hacker
1.NMAP
Software pengimbasan keselamatan yang terbaik dan alat hacking terbaik yang pernah dibuat. Perisian ini mendahului setiap senarai perisian untuk hacking atas dua sebab. Pertama, mudah digunakan dan kedua, penggunaan yang meluas.

2.SUPER-SCAN
TCP port yang hebat untuk mengimbas scanner, pinger, resolver.

3.NESSUS vulnerability scanner
Software yang hebat tetapi terbatas dalam sesetengah operasi.

4.John The Riper
Alat password cracker. Hanya beroperasi sesetengah versi UNIX dan window.

5. WIRESHARK and KISMET
Penceroboh Wifi. software ini mebolehkan jiran anda berkongsi wifi dengan tanpa pengetahuan anda.

6.PANGOLIN SQL injection scanner
Pengimbas website. Hati-hati jika website tidak mahu digodam dengan benda ni.

7. NIKTO 2
OPEN SOURCE untuk mengimbas web server. Menyemak keseluruhan web server termasuk file2 bahaya dan lain2 lagi

8. Low orbit Ion Cannon
Alat serangan DOS yang berkesan. Dibangunkan oleh kumpulan hacker yang popular dengan nama “Anonymous”.Alat ini akan menyebabkan web server menjadi sesak dan menjadi down@ tidak dapat diakses

9.CAIN & ABEL
Password cracker yang digemari. Tetapi kurang update.

10.HIDE IP

1.7k vs 170


Penipuan melalui jual-beli di internet bukanlah satu perkara baru yang kita dengar. Kita seringkali dingatkan kalau nak buat pembelian di internet, pastikan Cash on Delivery (COD) barulah beli. Tengok barang, puas hati dan kemudian barulah bayar secara tunai. Tapi kejadian yang akan kami kongsikan ini adalah pembelian berasaskan COD tetapi tetap menjadi mangsa penipuan. Bagaimanakah penipuan ini dilakukan si durjana? Bagaimanakah modus operandi mereka kali ini? Encik A menghubungi kami untuk berkongsikan pengalaman tertipu yang dilaluinya minggu lepas.
——
Salam..saya En A..salah seorang dari pengguna mudah.my..setahun berurusan dgn mudah, tiada sebarang masalah mahupun penipuan yang saya alami..sehinggalah 21.2.2013..

21.2.2013 – Pada jam 1pm saya membuka mudah.my untuk mencari iphone 5 yang ditempah oleh seorang dari pelanggan saya.utk pengetahuan saya seorang dealer telefon..jadi saya akan mencari telefon yang lebih murah pada harga pasaran dan akn menjualnya kepada pelanggan saya.selepas bertanya berkenaan dengan iklan yang disiarkan,si penjual (wanita dlm lingkungan awal 30an org utara berdasarkan loghat aka si puaka) mengesahkan iphone 5 masih ada stok.dia buka harga RM1900..setelah proses tawar menawar,si puaka tersebut bersetuju utk menjualnya pada harga RM1750.

22.2.2013 – Si puaka tersebut mengajak saya berjumpa di masjid Kg Baru selepas Isyak tetapi saya minta tukar waktu sebab saya balik ke kampung pada waktu tersebut.

23.2.2013 – Pada jam 1pm si puaka tersebut mengatakan mahu berjumpa saya di Kepong pada 4pm.dan saya bersetuju..semasa menuju ke Kepong si puaka tersebut call saya mengatakan tidak jadi bertemu di Kepong pada jam 4pm..saya kata ok walau sudah mula curiga dgn si puaka

tersebut..kemudian dia mengajak saya berjumpa di Mid Valley pada jam 8.30pm.selepas didesak oleh si bakal pembeli sy yg mahukan iphone 5 tersebut,saya bersetuju utk berjumpa di Mid Valley.

23.2.2013,8.30pm – dengan langkah yang kacak,saya sampai di Mid Valley.Saya menerima panggilan dari si puaka tersebut yang mengatakan bahawa dia tidak dapat datang tetapi menghantar wakilnya iaitu En K (seorang lelaki awal 40an).Mengikut kata si puaka tersebut,En K adalah sepupunya.

23.2.2013,9pm – En K sampai dan kami terus memulakan urusan jual beli.setelah berpuashati dgn iphone 5 tersebut,saya call si puaka tersebut memberitahu yang saya bersetuju utk membeli iphone 5 tersebut dan si puaka menyuruh saya bank in kan duit ke akaunnye dgn alasan x mahu memberikan cash money tersebut kepada En K(yg didakwa sepupunya)..selang 1 min kemudian saya dapat mesej dari si puaka menyuruh bank in duit ke akaun suaminya..Maybank,acc num 162227282720 atas nama Mohd Hassan Mohamed .si puaka mengatakan setelah saya bank in,dan duit masuk dia akn menyuruh En k beri iphone 5 tersebut kepada saya..tetapi selepas 10min menunggu, En K masih belum menerima sebarang panggilan dari Si Puaka tersebut.saat ini saya sudah dpt rasa yang saya sudah ditipu.

23.2.2013,9.30pm – setelah menunggu lama En K kelihatan resah.saya sudah mula syak yang En K terlibat sama dalam penipuan ini.En K menyuruh saya berjalan2 dahulu sementara menunggu panggilan dari si puaka..tp saya xnak sebab saya dah x sedap hati..tak lama kemudian En K bertanya kpd saya akaun num tadi atas nama siapa..saya ckp atas nama Mohd Hassan Mohamed.kemudian die tny saya siapa dia tu..saya ckplah itukan suami si puaka.dia ckp diapun x kenal siapa si puaka tersebut..jeng jeng jeng!!sah saya kena 

tipu!!!!!!!!!damn!!!!!!hati dah mula panas..En K seolah olah mahu pergi mcm tu saje..jadi utk langkah selamat saya rampas hp tersebut dan berlari laju kearah polis yg ada tidak jauh dari kami..nasib baik x kena pukul dgn org ramai..saya member iphone 5 tersebut kpd polis dan saya cakap saya rasa saya dah kena tipu.dan saya bersama En K pergi membuat laporan polis..polis cakap dalam masa 24jam dia akn call saya utk diambil keterangan,tp sehingga sekarang masih senyap..mungkin bagi mereka, nilai 1.7k itu kecil bagi dia, tp tidak bagi saya!!

23.2.2013,11pm – rupa2nya En K ini memang ada menjual iphone 5 dengan harga 2.1k di mudah.my dan si puaka tersebut mengatakan dia mahu membeli iphone tersebut dan mahu jumpa di Mid Valley pada 8.30. si puaka mengatakan pada En k bahawa dia x dpt dtg,tetapi menghantar sepupunya (saya ler) utk melihat dan membayar iphone 5 tersebut. menurut cerita En K,si puaka tersebut cakap yang saya akan bank in kan duit terus ke akaun En K, (padahal akaun si puaka tersebut).jadi,saya dan En K sudah menjadi mangsa si puaka.. demi utk mendapatkan untung RM170,saya kerugian RM1700.. agak sedih disitu.saya tidak doa supaya jadi begini,saya tidak minta jadi begini,tp semua ini kehendak Dia..mungkin ade kelalaian saya sebelum ini.ini semua peringatan kepada diri saya agar tidak lupakan Dia walau diuji kesusahan atau kesenangan..saya terima.Cuma terkilanlah ade jugak saudara seIslam kita sanggup buat perkara ini utk income mereka..

Kesilapan saya adalah:
1) Tidak jumpa direct owner
2) Tidak beri cash pada owner
3) Terus bank in walaupun nama pemilik akaun tak sama jantina dengan org yg saya deal (si puaka)
4) Tindakan merampas hp pada tgn En K adalah tindakan yang bagi saya langkah selamat utk membawa En K ke balai polis sebab saya syak beliau terlibat sama..Sori En K
Jika saya org senang,xdelah saya keluarkan modal yg besar,utk dptkan untung yang kecil.sebab saya susahlah saya buat mcm ni.

Disini,saya perlukan anda semua utk mendoakan dan mengaminkan doa ini..doa ini dituju kepada si puaka tersebut dan org2 yang terlibat..

Ya Allah Ya Tuhanku,hambaMu yang hina dan lalai ini dengan rendah diri memohon pertolonganMu agar berilah balasan yang setimpal kepada si puaka tersebut jika beliau membelanjakan duit tersebut dgn tanpa perasaan yg serba salah dan dgn niat memang hendak menipu aku..berilah balasan sekeras kerasnya kepada si puaka dan si penipu tersebut agar beliau sedar akn perbuatannya..tetapi jika beliau terpaksa dlm melakukan penipuan tersebut,maafkanlah dia,bantulah dia agar kembali kejalan yang benar…Engkau perkenanlah doa ku ini.sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani..amin..amin..amin..

Runtuh



ohtidak-jambatan-putrajaya-runtuh-1
Kejadian ini baru berlaku sebentar tadi (28 Feb 2013) di laluan Putrajaya Link selepas Plaza Tol Purajaya Lebuhraya Elite berhampiran Selangor Science Park 2. Runtuhan ini dikatakan berlaku kerana paip yang pecah. Pengguna dinasihatkan menggunakan laluan alternatif lain seperti melalui persimpangan Saujana Putra sebelum memasuki SKVE untuk ke Purajaya dan Cyberjaya.
ohtidak-jambatan-putrajaya-runtuh-2
Anda boleh juga merujuk peta oleh PLUS yang digunapakai ketika kerja-kerja pembinaan jambatan Putrajaya Link dilakukan.
ohtidak-jambatan-putrajaya-runtuh-3
881903_10152619513920195_2065303261_o
Tiada nyawa terkorban memandangkan flyover ini telah ditutup untuk kegunaan orang ramai sejak Disember lalu dan lencongan telah dibuat (tindakan awal kerana terdapat risiko untuk runtuh. Apapun akibat runtuhan ini, semua jalan ditutup serta-merta. Sila rujuk laluan alternatif yang disediakan.

Eksp PDT sem IV KMS: Polimerisation nylon 6,10

  Salam... tengok aje video nie... In Shaa Allah faham cara nak wat kat lab nanti


yang nie video yg teman rakam ... macam langit dgn bumi berbanding video di atas


Inilah dia yang sepatutnya disediakan... :) Sila rujuk manual lab yea...
part nie kena perhati kat video molek2... camne cara diorang buat... fahamkan



yang nie 1st time buat... tu la pasal tak jadi... maklumla selalu sangat wat uji lari....


rupa macam kulit ular bersalin kulit


dah macam rupa bedak sejuk pun ada... sapa tau naper teman wat tak jadi? ... teman belanja makan roti telur kat banting baru...


setelah berusaha... ta daaaa... inilah hasilnya yang diingini... Alhamdulillah :)


Ada 5 rupa tali yang mungkin pelajar PDT teman hasilkan minggu depan


ujian ketumpatan polimer berbanding air... klu kendang tu...(cakap jawanya floating) kurang tumpat ler gamaknya yop



kering guna hair-dryer... orak lumer... ... termoset atau termoplastik??? apa jawabnya?


rupa macam plastik TESCO biodegradable ---> betul ker ejaan teman nie?


panaskan dalam oven... suhu 250 C

dah sejuk (dalam fume cupboard) ... pastu panaskan balik... reheat

sejukkan kali kedua... 

inilah rupanya polimer nylon (N-ow Y-ou L-oose O-ld N-ippon)

Kredit  : Pembantu makmal kimi-'A'! KMS-hehdi sem IV PDT sesi 2012/13
            Bro Thanawi... kak Turimah... sis nora... bro Saiki

            Pensyarah kimi-'A'!  : Shafawati 

            Orang gambar         : LaNunkimi-'A'! Alfaqir wa Dhoif Ilallah

            model kamera video : smartphone samsung S1 Advance max 
                                           resolution

Rabu, 27 Februari 2013

alQuran



Aduan Qur'an tentang kelalaian kita..

Tatkala Al Qur’an pun mengadu
Pernahkah kita membayangkan itu?
Pernahkah kita memikirkan bahwa suatu ketika Al Qur’an akan mengadu.
Mengadu tentang keengganan kita untuk sejenak meliriknya
Keterburu-buruan kita ketika membacanya

Mengadu tentang bacaan yang tidak sesuai dengan aturannya
Mengadu tentang kita yang tak pernah meresapi makna-makna indah yang ia tebarkan sejak ta’awuz dilafazkan
Mengadu tentang kita yang lalai, lalai dan terus saja lalai untuk sedikit mencoba memaknai isinya
Mengadu akan sikap kita yang sering mencari tandingannya

Bukankah aku adalah kitab yang sudah terjamin?
Bukankah Rabb kita telah menitipkanku padamu?
Hingga tiba waktu kita mengucapkan selamat tinggal padanya
Pada mutiara indah bernama Al Qur’an

Kitab (Al Qur’an) ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yang bertaqwa. (QS. Al Baqarah: 2)

untuk direnungkan bersama sahabat..

~nazri~
Aduan Qur'an tentang kelalaian kita..

Tatkala Al Qur’an pun mengadu
Pernahkah kita membayangkan itu?
Pernahkah kita memikirkan bahwa suatu ketika Al Qur’an akan mengadu.
Mengadu tentang keengganan kita untuk sejenak meliriknya
Keterburu-buruan kita ketika membacanya

Mengadu tentang bacaan yang tidak sesuai dengan aturannya
Mengadu tentang kita yang tak pernah meresapi makna-makna indah yang ia tebarkan sejak ta’awuz dilafazkan
Mengadu tentang kita yang lalai, lalai dan terus saja lalai untuk sedikit mencoba memaknai isinya
Mengadu akan sikap kita yang sering mencari tandingannya

Bukankah aku adalah kitab yang sudah terjamin?
Bukankah Rabb kita telah menitipkanku padamu?
Hingga tiba waktu kita mengucapkan selamat tinggal padanya
Pada mutiara indah bernama Al Qur’an

Kitab (Al Qur’an) ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yang bertaqwa. (QS. Al Baqarah: 2)

untuk direnungkan bersama sahabat..

~nazri~

Selasa, 26 Februari 2013

alih

Seorang bapak sedang berkunjung ke rumah anaknya yg baru saja menempati rumah baru.

Pagi itu sang bapak menikmati terbitnya matahari pagi. Ternyata ada pohon yg cukup besar menghalangi pandangannya.

Sang bapak memanggil anaknya & mengatakan, " Nak sebaiknya ditebang saja pohon itu sebab menghalangiku menikmati indahnya sinar matahari pagi "

''Bapak, kenapa harus dipotong ? Bukankah bapak cukup menggeser tempat duduk saja,' kata anaknya.

Sang bapak menggeser tempat duduknya & terlihat matahari pagi, 'Oh ya..kamu benar nak,' jawabnya.

Begitulah kita semua....seringkali beranggapan bahwa sumber masalah kita penyebabnya berasal dari luar... tanpa berani mengatakan bahwa sebenarnya masalahnya ada di dalam diri kita sendiri yaitu cara berpikir kita.....

Cara kita memandang masalah sebenarnya sumber dari masalah.

Menggeser sedikit cara pandang kita sebenarnya bisa menyelesaikan dan memberikan solusi atas masalah kita tsb.

Seperti cerita diatas, sang bapak tidak perlu menebang pohon, akan butuh banyak biaya dan waktu yg dikeluarkan sementara hanya dgn menggeser tempat duduk masalahnya bisa menjadi selesai.

Itulah sebabnya cara pandang seseorg merupakan cerminan dari kehidupan yg dijalaninya.

.͡▹ Cara pandang yg sehat, maka akan membuat Perkataan kita menjadi baik dan santun..

.͡▹ Melalui Perkataan baik dan santun, maka akan timbul Tindakan yg baik dan bijaksana.

.͡▹ Melalui Tindakan yg baik dan bijaksana akan tercipta kebiasaan yg baik & sehat.

.͡▹ Dan melalui kebiasaan yg baik dan sehat inilah akan menentukan hidup yang Sehat dan bahagia dalam diri kita semua....

Met Pagi...Tetap semangat, dan saatnya untuk berubah ke arah yang lebih baik..tidak ada kata terlambat utk suatu perubahan...better and better...!