Selasa, 16 April 2013

uang

Wajahku biasa saja, fisikku juga lemah, namun aku mampu merombak tatanan dunia.
Aku juga "bisa" merubah Perilaku, bahkan sifat Manusia' karena manusia mengidolakan aku.
Banyak orang merubah kepribadiannya,¬¬¬¬ mengkhianati teman, menjual tubuh, bahkan meninggalkan keyakinan imannya, demi aku!

Aku tdk mengerti perbedaan orang saleh dan bejat, tapi manusia memakai aku menjadi patokan derajat, menentukan kaya miskin dan terhormat atau terhina.

Aku bukan iblis, tapi sering orang melakukan kekejian demi aku.

Aku juga bukan orang ketiga, tapi banyak suami istri pisah gara-gara aku.
Anak dan orangtua berselisih gara-gara aku.

Sangat jelas juga aku bukan Tuhan, tapi manusia menyembah aku seperti Tuhan, bahkan kerap kali hamba-hamba Tuhan lebih menghormati aku, padahal Tuhan sudah pesan jangan jadi hamba uang..

Seharusnya aku melayani manusia, tapi kenapa malah manusia mau jadi budakku?

Aku tidak pernah mengorbankan diriku untuk siapa pun, tapi banyak orang rela mati demi aku.

Perlu aku ingatkan, aku hanya bisa menjadi alat bayar resep obat anda, tapi tidak mampu memperpanjang hidup anda.

Kalau suatu hari anda dipanggil Tuhan, aku tidak akan bisa menemani anda, apalagi menjadi penebus dosa-dosa anda, anda harus menghadap sendiri kepada sang Pencipta lalu menerima penghakiman-NYA.

Saat itu, Tuhan pasti akan hitung-hitungan dengann anda, APAKAH SELAMA HIDUP ANDA MENGGUNAKAN aku dengan baik, atau sebaliknya MENJADIKAN aku sebagai TUHAN?

Ini informasi terakhirku:
AKU TIDAK ADA DI SURGA,
Jadi jangan cari aku disana.

Salam sayang,

Pencerahan

Jadi wahai rakyat jelata sekalian, kalau kerajaan bagi bantuan/duit/elaun/apa-apa jela, tu bukan duit diorang kumpul dari kecik tau, tu duit rakyat. Malah, bukan juga duit mana-mana parti ye. Tolong la pahamkan benda basic ni. Please. Sebab masa kerajaan yg dulu berikan bantuan baucar buku n BR1M, peliknya TV3 paparkan "Rakyat berterima kasih kpd BN."
Selalu tak dengar ayat-ayat yg berbunyik begini..? Eheh.

"Awak ni tak reti bersyukur, kerajaan sekarang dah bagi macam-macam. Kene lah balas budi."

"Eh kau, kalau tak suka sangat kerajaan jangan duduk Malaysia." 

"Kau bising-bising ni sedar sikit kau tu kerja dgn kerajaan jugak!"

"Pesara kerajaan perlu taat setia kepada parti kerajaan."

"Piraahh..asyik hentam kerajaan, tapi ambik jugak baucar buku. Booo..:P"

Ekhem. isu sensetip? Takpe..pandang apa yg saya nak cakap ni dengan pandangan ilmiah ok. bukan dgn perasaan emosional dan bodoh sombong. Siapa tahu anda tergolong dlm golongan yg misconception ni..so lepas ni anda tak salah lagi. :)

Testing 1 2 3. Ekhem, bismillah.. Dengar sini semua dan semua dengar sini..:P

Disebabkan kita mengamalkan demokrasi dan sistem pelbagai parti, maka anda harus terima hakikat kenapa wujudnya parti-parti politik seperti Barisan Nasional, PAS, Parti Keadilan Rakyat serta beberapa parti lain. Jadi, tidak salah sekiranya kita berbeza parti tak kiralah parti pemerintah atau parti pembangkang, itu HAK masing-masing. Lain la kalau kita ni negara komunis yg mengamalkan sistem satu parti iaitu parti yg menguasai kerajaan. Eh:p 

Parti politik adalah satu badan orang2 yg bersatu@bersama membina kepentingan negara&rakyat melalui prinsip@pegangan@perjuangan tertentu yg telah dipersetujui secara kolektif. Jadi, tak kira sama ada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat sekali pun, apabila mereka memegang tampuk pemerintahan kerajaan justeru mereka menggalas tanggungjawab yg sama. 

Penyertaan parti-parti politik ni dalam pilihan raya umum membolehkan parti politik tersebut membentuk sebuah kerajaan sama ada di peringkat negeri ataupun pusat yg dipilih oleh rakyat melalui undian pilihan raya. Kebiasaanya, parti yg menang majoriti akan menguasai kerajaan. Tetapi harus diingat! tidak ada sebuah parti politik pun yg boleh menjadikan kerajaan itu seolah-olah bapak dia punya walaupun parti itu memperoleh majoriti utk menguasai kerajaan. And parti politik tak boleh jadi kerajaan ye. Parti politik hanya ruling party kpd kerajaan. Benda ni kita kena faham betul-betul. kalau tak, sia-sia bercakap bagai nak rak pasal politik kalau benda basic ni still taktau. 

So basically menjadi satu tanggungjawab WAJIB bagi kerajaan menyediakan barangan n perkhidmatan awam utk kesejahteraan masyarakat. Contoh: infrastruktur, bantuan bencana, taman-taman awam, penjagaan kesihatan asas, perumahan subsidi, pendidikan awam & kemudahan awam yg lain. Jadi, siapa pun jadi kerajaan memang menjadi tugas mereka utk menyediakan setiap prasarana yg kondusif seperti yg kita nikmati sekarang ni. Jadi, toksah dok pelik sangat la sebab tu dah memang kerja depa. kekeke.

And one more benda penting yg anda kena sedar, setiap rakyat negara ni membayar cukar kpd kerajaan. Ini merangkumi cukai pendapatan, cukai langsung n tak langsung. Harga barang yg anda beli dlm negara ini sebenarnya anda bayar bersama harga cukai. Anda/bapak anda beli kereta dgn harga yg tinggi disebabkan faktor cukai la. Sama jugak barangan lain. Maka, setiap rakyat kena tahu yg setiap hari mereka bayar cukai utk bagi kat kerajaan. Jadi, anda boleh kata wang yg dibelanja oleh kerajaan adalah wang anda. 

Jadi wahai rakyat jelata sekalian, kalau kerajaan bagi bantuan/duit/elaun/apa-apa jela, tu bukan duit diorang kumpul dari kecik tau, tu duit rakyat. Malah, bukan juga duit mana-mana parti ye. Tolong la pahamkan benda basic ni. Please. Sebab masa kerajaan yg dulu berikan bantuan baucar buku n BR1M, peliknya TV3 paparkan "Rakyat berterima kasih kpd BN." Malah, semua makcik tok nenek yg muka masuk TV tu dok ulang terima kasih pada Barisan Nasional. Tu bukan duit BN ye, itu duit anda cuma modal dia pusing balik je. Sila lah sedar. Lainlah kalau program parti, haa..itu memang perlu guna duit parti tersebut. Takleh guna duit rakyat tau! Heh. 

So bagi saya, papan-papan tanda seperti "Satu lagi projek kerajaan Barisan Nasional" tidak sesuai digunakan. Seharusnya gunakan "kerajaan persekutuan” atau "kerajaan negeri" je cukup. Disebabkan slogan2 seperti ini jugalah, buat rakyat makin konpius. 

Plus, untuk tentukan bagaimana cemerlang dan bagusnya sesebuah kerajaan dlm mengendalikan wang negara, bukanlah ditentukan daripada jumlah perbelanjaan mereka sahaja, tetapi bagaimana mereka mengurus dan mengendalikan wang tersebut dengan AMANAH serta menggunakan hanya untuk pembangunan negara& kepentingan rakyat bukan utk diri@kroni senirik. Malah, kerajaan yg bagus seharusnya berjaya meningkatkan kedudukan ekonomi negara dan bukannya meningkatkan hutang negara. *general statement ye..:P*

And last one, berkaitan pekerja kerajaan ni ye. Yes, mereka mmg perlu taat dan patuh dgn arahan kerajaan Malaysia. Kita kan 1Malaysia! Eh. Lagipun, dah bekerja bawah kerajaan kan, haruslah patuh dgn 'bos'. Tapi, wajarkah 'bos' mewajibkan dan menentukan parti mana yg pekerja dia perlu sokong? Sangat kelakar bila ada yg berpendapat hanya yg menyokong BN sahaja yg boleh bekerja dgn kerajaan dan yg bekerja dgn kerajaan semua perlu sokong BN. Anda oii, semua peluang pekerjaan, kemudahan awam atau apa-apa sahaja yg ada dlm Malaysia ni adalah hak utk SEMUA RAKYAT tanpa mengira latar belakang politik mereka. Sama lah macam baucar buku, itu untuk rakyat Malaysia. Apa pembangkang bukan warganegara ke? Yg orang asing boleh pulak bagi kewarganegaraan. Eh lagi. 

Kalau tak faham lagi, saya bagi contoh paling mudah. Antara PDRM dgn Kerajaan, siapa yg berkuasa? Well..mestilah kerajaan kan. kalau antara PDRM dgn UMNO? siapa pula yg berkuasa...? Eh, jgn terasa ye saya sekadar bertanya. Hihik. Erm..pekerja kerajaan ni sebenarnya perlu patuh dgn arahan kerajaan Malaysia atau arahan parti ye? Gaji pekerja kerajaan tu dibayar menggunakan wang parti itu sendiri ke? Ye, memang parti pemerintah dan kerajaan tu hakikatnya akan berkait. Tapi, still kena reti beza ok. Lagi satu, wajarkah seorang pesara kerajaan yg telah berkhidmat utk negara dilabel sebagai "tidak kenang budi" dan "tidak ada maruah" hanya kerana kemudiannya menyokong pembangkang? Ish ish. Betapa tak matangnya pemikiran tersebut..sukati dia lah. :P 

So, betulkan persepsi songsang anda. Erm, yg pasal kes suruh berambus dari Malaysia tu dah kritikal sangat kot. Banyak kena fahamkan lagi tu, kalau tak mmg seronok je org gelakkan ayat 'patriotik' anda tu. Heh. Actually, benda ni anda yg bijak ni pun dah boleh pikir sendiri sebenarnya, kita sendiri nampak bagaimana sesetengah pihak menyalahgunakan kuasa yg ada. Dah macam negara ni mereka yg punya pulak. Eh. Agaknya bagaimana keadilan akan tertegak sekiranya penimbang itu berat sebelah?  

Jadi, sebagai golongan terpelajar dan bijak bistari, patutkah anda sekadar duduk dan melihat saja tanpa ambil tahu? Jangan jadi masyarakat typical yg mudah berpuas hati apabila diberi ganjaran walaupun hakikatnya sedikit apatah lagi masyarakat yg langsung tidak mahu kisah. Cukup sekadar wakil rakyat mereka turun sewaktu hari berkempen dan memberi saguhati sepanjang hari berkempen, lepas tu...? Hurm. 

Akhir kata, kerajaan dan pembangkang sebenarnya harus bertindak sebagai "check and balance". Mereka bekerja demi kepentingan rakyat. Bila pembangkang mendesak itu dan ini, then kerajaan pun buat kerja sbb ada tekanan, mungkin kita tak dapat apa yg ada sekarang kalau mereka yg diatas terus tak sedar diri dan bermaharajalela dgn kuasa yg ada. Lumrah manusia, kena ketuk baru jalan. Tapi, anda sebagai rakyat tetap berhak untuk memilih kerajaan pilihan anda utk 4tahun yg akan datang. Parti tu parti la. Kerajaan itu rakyat! Luaskan kuasa rakyat. SELAMAT MENGUNDI! :)

P/s: Kalau anda kata saya 'tak kenang budi' jugak, maknanya anda kena baca lagi sekali. Maafkan saya jika tersalah kata atau terasa. :)

"Wahai orang-orang yang beriman, kenapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Itu sangatlah dibenci oleh Allah jika kamu mengatakan apa-apa yg tidak kamu kerjakan."  (As-Saff: 2-3)

Wallahu'alam.

1 jam

AWAK HANYA ADA 1 JAM SAHAJA LAGI UNTUK HIDUP!!!! 
(Kisah Benar) 

Apa yang diceritakan oleh sahabat saya (kisah benar) berusia 38 tahun mempunyai seorang isteri berusia 32 tahun yang cantik dan baik hati. 

Suri rumahtangga sepenuhnya. 

Dikurniakan dua orang anak lelaki berusia 8 dan 6 tahun. 

Beliau berkerja di sebuah syarikat antarabangsa sebagai maintenance engineer di samping memegang jawatan sebagai penyelia Emergency Responce Team ( ERT ) di kilangnya. 

Tugasnya agak sibuk dan adakalanya berkerja sehinga lewat malam dan juga di hujung minggu.

Januari 2009, beliau telah terlibat di dalam kemalangan jalanraya sewaktu ke tempat kerja pada kira-kira jam 7.30 pagi.

Kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah van kilang sewaktu dia cuba memotong sebuah van kilang yang lain di sebuah selekoh di sebatang jalan raya.

Beliau telah koma selama 3 hari dan dirawat di sebuah hospital pakar selama 47 hari lagi.

Saya di antara orang yang awal sampai di hospital selepas mendapat panggilan dari isterinya. 

Saya juga di antara orang yang pertama dilihatnya selepas beliau sedar dari koma selepas isteri dan doktor yang merawatnya.

Sewaktu beliau koma, beliau telah didatangi oleh seorang malaikat dan mengatakan padanya usia beliau hanya tinggal 1 jam saja iaitu pada hari Ahad, jam 1.45 petang.

Walau bagaimanapun Allah akan menangguhkan kematiannya sekiranya ada 50 orang yang mendoakan secara ikhlas akan panjang usianya. 

Beliau agak kebingungan ketika itu.

Beliau bertanyakan sudah ada berapa orangkah yang mendoakannya secara ikhlas sehingga kini. 

Jawab malaikat itu hanya baru 3 orang. 

Malaikat menunjukkan sesiapakah orang-orang itu. 

Dilihatnya insan itu ialah isteri beliau yang bercucuran airmata sejak hari pertama lagi beliau di hospital itu dan juga kedua anak beliau yang sedang tidur tergolek di kerusi menunggu pesakit di luar wad.

Malaikat itu juga telah memperlihatkan akan mereka yang mendoakannya iaitu kawan-kawannya termasuk saya, ahli kariah masjid yang membacakan surah Yasin untuknya. 

Ibubapanya, ibubapa isterinya, adik beradik, sahabat handai dan rakan sepejabat. 

Kesemua di antara mereka telah melawatnya dan mendoakannya tetapi tidak diterima oleh Allah. 

Beliau bertanya kepada malaikat itu, mengapa doa mereka tidak diterima.

Malaikat menjawab, tiada keikhlasan 100% di hati mereka.

Masa kian suntuk. 

Dia pun tidak tahu mengapa malaikat memperuntukkan masa yang begitu singkat kepadanya untuk hidup di dunia ini. 

Apa yang akan terjadi padanya kini?

Dia pun kurang pasti. 

Malaikat terus menunggu dan melihat waktu yang kian menghampiri jam 1.45 petang.

Hanya tinggal 10 minit lagi. 

Adalah mustahil untuk mencari 47 orang yang ikhlas mendoakan panjang usianya dalam masa sesingkat itu. 

Dia bertanyakan malaikat itu, adakah tuan akan mencabut nyawa sekiranya saya gagal mendapat 47 orang berkenaan?

Jawab Malaikat "Ya:.

Kurang dari 1 minit, malaikat menghampirinya....

Kemudian....secara tiba2 apabila masa tinggal kurang dari setengah minit, malaikat makin menghampirinya dan berkata, 

"Allah mengkabulkan doa mereka yang mendoakan panjang usia anda. Anda berjaya mendapat 50 orang ikhlas yang berbuat demikian"

Sahabat saya bertanya, "siapakah orang-orang itu?"

Malaikat menunjukkan mereka itu. 

Mereka adalah jemaah anak yatim yang baru saja menunaikan solat Zohor sebentar tadi dan berdoa untuk anda. 

Anda pernah pergi ke rumah anak-anak yatim berkenaan pada bulan Ramadhan yang lalu dan pernah menghulurkan bantuan kewangan. 

Mereka telah terbaca di dalam akhbar harian berkenaan kemalangan anda dan Zohor tadi mereka telah bersolat dan berdoa untuk anda. 

Doa ikhlas mereka diterima Allah swt. 

Malaikat itu kemudiannya ghaib dan tepat 1.45 petang sahabat saya tersedar dari komanya dan meraung kesedihan.

Isteri beliau yang ada di sisinya turut menangis dan juga saya. 

Saya sebenarnya tidak tahu pada ketika itu apa yang berlaku padanya di dalam komanya dan mengapa beliau menangis selepas sedar dari komanya.

Setelah beberapa ketika barulah cerita di atas ini diceritakan pada saya untuk tatapan anda semua.

Apa yang disesalkan:

1. Beliau telah mengabaikan masa santai bersama isteri dan anaknya kerana mengejar duit dan tanggungjawab kerja. 

Sedangkan isteri dan anak-anaknya amat sayang padanya dan doa mereka amat ikhlas.

2. Dia telah mengabaikan tanggungjawab sosial dengan jiran dan masyarakat sekeliling dan ini menyebabkan mereka tidak ada rasa kasih pada nya walau pun dia akan mati

3. Dia telah mengabaikan dan tidak menepati janji-janji pada kawan-kawan sehingga kawan-kawannya marah padanya dan sehingga doa2 mereka  tidak ikhlas.

4. Beliau jarang pergi masjid kecuali pada hari Jumaat dan ini menyebabkan jemaah masjid kurang mengenalinya dan menyebabkan doa mereka tiada keikhlasan

5. Beliau jarang memberi sedekah dan amal jariah. 

Nasiblah ada sumbangan ke rumah anak yatim yang diberikan tempoh hari atas desakan isteri beliau.

6. Beliau jarang bertolak ansur dengan kakitangannya walaupun hal-hal yang remeh. 

Ini menyebabkan kakitangannya membencinya dan doa mereka juga tiada keikhlasan.

7. Beliau jarang berkunjung ke rumah adik beradik dan takut adik beradik meminjam wang dengannya. 

Ini menyebabkan juga tiada keikhlasan dari mereka.

8. Beliau banyak kali menyakiti hati hati ke dua ibubapanya kerana tidak menunaikan janji untuk balik ke kampung pada hari-hari tertentu lantaran kerja beliau. 

Ini menyebabkan ibubapanya marah. Kes ini hanya Allah yang tahu.

9. Beliau gagal menunaikan solat pada waktunya lantaran kerja beliau atau adakalanya tertinggal terus terutamanya solat Asar

10. Beliau tidak menunaikan zakat walaupun beliau memang layak berbuat demikian.

Sahabat : Allah masih sayang pada sahabat saya ini ataupun ianya untuk memberi pengajaran pada kita melalui tulisan saya ini. 

Ambillah iktibar dari kisah ini.

Sahabat saya ini masih gagal untuk mendapatkan perlindungan takaful disebabkan oleh kemalangan dan kecederaannya.

Dirikan solat tepat pada waktunya, keluarkanlah zakat. 

Luangkan masa bersama keluarga.

Imarahkan masjid selalu. 

Baliklah selalu lihat wajah ibubapa kerana Allah akan memberikan pahala ke atas perbuatan kita itu. 

Berbaiklah dengan jiran dan kenalilah mereka.

Bertolak ansurlah dengan mereka yang memerlukan. 

Ingat! kita akan dapat apa yang kita telah beri. 

Selalulah memberi.

♥ jangan lupa KOMEN & SHARE selepas baca ♥

insyaALLAH semoga bermafaat untuk semua

Lawatan Koje KJ Sains Baru

taklimat tentang chem-corner

KJ memberikan jawapan

khusyuk mendengar tu yop

Dengar betul2

xplen

tuuuu dia... jawapannya!

TTS

Misteria

KISAH AL-HIN MAKHLUK YANG WUJUD SEBELUM ADAM A.S!

Jom baca kisah seorang pengamal perubatan Islam yang merawat seorang pesakit yang telah dirasuk oleh satu makhluk yang dinamakan Al-Hin..

Dua minggu yang lalu, saya didatangi sepasang suami isteri dan seorang anak lelaki di RIDAM. Pesakitnya adalah anak lelaki mereka.

Dari perbualan sebelum rawatan, si bapa menceritakan bahawa sudah banyak tempat sudah di kunjungi.

Boleh dikatakan hampir setiap perawat yang muncul dalam Expose Mistik dan Rancangan Alam Ghaib sudah dibawa.

Semuanya belum ditemui penawarnya.

Luahan tersebut membuatkan saya tersenyum. Lantas, saya katakan pada mereka sekeluarga bahawa mungkin masih belum ada rasi ubat .

Kalau dah jodoh ubat dengan penyakitnya, insyaallah, sembuhlah penyakitnya..

Simptom gangguan pada pesakit hanya berlaku pada malam hari iaitu ketika waktu bulan mengambang sahaja.

Pada waktu tersebut, pesakit akan merenung bulan kemudian menangis.

Begitulah yang berlaku setiap bulan.

Maka, saya ambil pendekatan segera dengan teknik scan dan hampa kerana tidak dapat mengesan sebarang jenis gangguan pada lelaki tersebut.. Aiii... Hairan sungguh.. Lelaki tu nampak normal jer..

Lama saya dok termenung ketika berdepan dengan situasi tersebut, saya teringat pada Allahyarham Tok Ngah ketika berhadapan dengan kes yang hampir sama.

Kata beliau, mungkin badan tengah kotor.

Akibatnya, konsentrasi tiada.. Kan sunat kalau bersih. Apatah lagi kalau harum semerbak...

Lalu, saya minta izin pada pesakit untuk berehat sebentar.

Sebenarnya, saya ingin mandi kerana baru teringat, saya baru saja selesai mengelap kipas syiling sebaik sahaja keluarga pesakit tiba di RIDAM.

Selepas mandi, saya pakai wangian agar diri harum semerbak..

Setelah itu saya ke ruang rawatan untuk menyambung tugas rawatan.

Ketika duduk berhadapan pesakit, tiba-tiba...

Pesakit: Ermm.. Wanginya... Lama dah tak bau macam ni.. Kamu pakai minyak wangi apa ni..?

Kelihatan suara pesakit berlainan. Maka saya yakin, ketika itu, pesakit sedang kerasukan.

Saya: Minyak atar 1001 Malam. Tak pernah bau ker?

Pesakit: Pernah.. Tapi dah lama tak bau macam ni.. Masa kat Andalusia pernah la.. Harum betul baunya. Boleh bagi aku sikit?

Saya: Boleh.. Tapi kena kerjasama la.. Setakat minyak wangi, apalah sangat..

Seraya itu dia tersenyum dengan kata-kata saya..

Pesakit: Boleh.. Tapi aku tak suka orang belagak.. Kalau kamu boleh cakap dengan aku elok-elok, tanyalah apa kamu nak. Dengan nama Allah, aku tak akan tipu.

Saya: Ish... Tak baik kamu main sumpah-sumpah macam tu.. Nanti makan sumpah baru tahu.. Kamu ni Jin Islam ker?

Pesakit: Kenapa aku nak takut. Aku cakap jujur la ni.. Memang aku sembah Allah, tapi aku bukan Islam....

Saya: Hah... Sembah Allah tapi bukan Islam..? Agama apa kamu ni?

Pesakit: Agama Monoteisme

Saya: Agama apa tu..?

Pesakit: Agama yang satu la.. Tuhan hanya satu yakni Allah...Tak sekolah ker?

*Terkena jugak RIDAM..

Saya: Kamu jangan main-main pasal agama ni...! ..Kang....

*Masa tu tangan kanan dah diangkat.. Rasa nak lempang jer...

Pesakit: Aku tak tipu lah... Aku bukan Jin, Syaitan atau Malaikat.. Aku Poppy.. Nama aku Mizari

*Tangan saya tak jadi di angkat. Terasa hendak tahu pula apa cerita berikutnya..

Saya: Poppy..? Makhluk apa tu..?

Pesakit: Wahai hamba Allah... Banyak lagi rahsia Allah yang kamu belum tahu.. Bukan semua rahsia boleh dicapai dengan akal manusia..

Saya: Ceritakan... Aku nak tahu..

Pesakit: Aku wujud sebelum kaum jin diciptakan lagi... Sebelum banyak puak kami dibinasakan Allah kerana kesalahan kami sendiri..

Kemudian dia menangis teresak-esak..

Pesakit: Puak kami dah kurang dari 1000.. Mungkin kerana kesalahan yang kami lakukan, kami tidak diizinkan Allah untuk melahirkan zuriat kami....

Terduduk saya mendengar cerita si Mizari... Baru saya teringat akan sebuah buku yang dibaca karangan Isa Dawud.. Cerita yang diberitahu menepati penerangan yang diberitahu dalam buku tersebut..

Saya: Kalau begitu, betulkah nama golongan kamu ini adalah Al-Hin?

Seraya itu dia mengangguk..

Pesakit: Al-Hin adalah nama makhluk.. Kami hidup berpuak-puak.. Aku dari puak Poppy.. Ada lagi musuh puak aku iaitu Neondertal. Nama puak lain banyak, tapi aku dah lupa....

Saya: Apa yang puak kamu buat sampai Allah murka?

Dia terdiam sejenak..

Pesakit: Apa yang kamu tengok kemaksiatan dan kerosakan manusia hari ini, itulah yang kami buat dulu.. Tapi hari ini aku tengok, kerosakan manusia lagi hebat dari apa yang kami lakukan dulu...

Saya: Wahai makhluk Allah, aku tiada kuasa untuk lakukan apa pun pada kamu kecuali dengan izin Allah.. Tapi boleh aku tanya, kenapa aku tak dapat Scan kau tadi? Mana kau menyorok?

Pesakit: Aku tak pergi mana-mana. Memang dari tadi aku dalam badan ni. Jangan kau kecil hati pulak.. Setakat ini, dengan izin Allah, puak aku belum dapat di scan mana-mana perawat pun ketika mereka berubat. Mungkin kerana ada sebab yang kau dan aku sendiri belum tahu kecuali Allah...

Saya: Dah tu, sekarang ni kamu boleh bercakap dengan aku..macam mana pulak tu?

Pesakit: Itu kerana aku sendiri yang nak bercakap dengan kamu.. Bukan semua tau aku suka manusia... Aku nak duduk dengan kamu boleh? Kalau kamu izin kan la..

Saya: Tak payah la... Aku selesa dengan sesama manusia.. Kamu tak marah kan..?

Pesakit: Tak la.. Buat apa aku nak marah.. Kamu ada hak atas diri kamu..

Saya: Erm.. Boleh kamu bagi sebab.. Kenapa kamu duduk dengan budak ni?

Pesakit: Sebab dia kasi aku duduk dengan dia...

Dari badan pesakit tersebut, Mizari menceritakan penemuannya dengan budak tersebut ketika dia berjumpa di sebuah pusat rekreasi di Selatan tanahair. Katanya lagi, budak tu tak takut dengan dia..

Cerita tersebut disahkan bapanya. Memang anaknya ada mengikuti kursus kadet di tempat tersebut..

Saya: Wahai makhluk Allah, aku bukanlah di kalangan orang alim untuk mendakwah kamu. Tapi sudi tak kalau kau masuk Islam?

Pesakit: Maaf ya.. Aku masih yakin dengan agama ku. La ikra hafiddin kan...?

Saya: Memang lah.. Tapi agama akhir zaman kan Islam..Kalau kamu menyembah Allah, kenapa tidak kamu ikuti agama akhir zaman ni..?Agama yang disuruh dan dijamin Allah...

Pesakit: ku tahu... Tapi aku bukan dari Jin dan Manusia.. Tiada satu pun nama kaum aku dalam Al-Quran...

Lalu di bacakan ayat surah Adz-Dzariyaat:56

Maksudnya: Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.

Pesakit: Jadi, aku yakin dengan pegangan aku sekarang.. Aku tidak pernah menduakan Allah..

*Tidak ada apa yang mampu saya katakan padanya. Kelu saya bila mendengar hujahnya..

Saya: Kalau begitulah kata kamu, tiada apa yang mampu aku katakan lagi.. Tapi, dengan nama Allah, boleh tak kamu keluar dari badan anak ini? Kesian aku tengok mak bapak budak ni.. Kamu tak rasa kesian ker..?

Pesakit: Kesian jugak.. Banyak jugak la duit diorang habis pergi berubat.. Demi Allah, aku memang nak keluar, tapi, belum masanya lagi...

Saya: Dah tu, bila agak-agak kamu masa tu sampai..?

Pesakit: Sekarang.. Tapi dengan syarat..

Saya: Apa syaratnya? Kalau boleh mensyirikkan, aku tak nak la..

Pesakit: Aku nak salam kedua mak bapak budak ni.. Aku nak mintak maaf sebab susahkan diorang. Lepas tu, aku nak kau doakan agar Allah pendekkan nyawa aku... Boleh?

Saya: Syarat yang pertama tu insyaallah, boleh (kedua ibu bapa pesakit mengangguk sama).. Tapi, pelik la dengan syarat kedua tu.. Kenapa?

Pesakit: Ada tak bapak budak ni cerita perangai pelik anak nya ni masa sakit tadi?

Saya: Yang mana? Yang suka tengok bulan mengambang tu ker?

Pesakit: Yelah... Kamu tak nak tahu kenapa aku suka tengok bulan?

Saya: Aah... Kenapa?

Pesakit: Aku tengah kira umur aku la tu... Kiraan masa aku sama macam kalendar Islam.. Puak kami mana pakai Kalendar masihi...

Saya: Oooo.. Tapi kau tak jawab lagi soalan kedua tu..

Pesakit: Sabar lah.. Maksud aku, aku kira umur untuk tahu hayat aku.. Dah lama sangat aku hidup.. Sunyi betul hidup aku... Aku nak kamu doakan agar Allah pendekkan hidup aku sebab aku dah hidup lama sangat...

Saya: Ooo... Macam tu.. Berapa dah umur kamu?

Pesakit: Sikit jer... Baru 4 juta 130 ribu tahun..

Saya: Mak aiiii... Lama nya kau hidup..

Pesakit: Betul.. Sebab tu aku nak kau doakan aku..

Saya: Insyaallah, kalau itu yang kau nak...Tapi, aku nak tanya soalan terakhir ni.. Boleh?

Pesakit: Tadi kata suruh aku keluar...? Ni makin banyak tanya pulak ni.. Hah.. Apa dia?

Saya: Boleh tak aku tengok kamu...Rasa nak tengok jer diri kamu tu...

Pesakit: Boleh dengan izin Allah... Kau baca Surah Al-Kautsar 1000 kali sebelum tidur... Mintak pada Allah nak tengok aku.. Bukan aku yang izin.. Allah yang izin.. Sekarang, boleh aku keluar..?

Saya: Dipersilakan wahai hamba Allah.. Moga kamu tergolong dalam orang-orang yang beriman..

Sebelum dia keluar, dia mencium tangan kedua ibu bapa pesakit dan meminta maaf pada mereka.. Sekitar 5 minit selepas itu, pesakit tersedar.. Kelihatan penat dan lelah yang dialami akibat tenaga tubuh yang diguna oleh makhkluk lain..

Hanya sebagai syarat asas rawatan, saya bekalkan air dan limau rukyah untuk dibuat mandi dan minuman di rumah.. Pesakit pulang selepas itu..

---------

3 hari kemudian, bapa pesakit menelefon saya dan mengatakan anaknya sihat sepenuhnya.. Dia mengajak saya ke jamuan doa selamat di rumahnya sebagai tanda kesyukuran dan nazar yang diniatkan..

----------

Saya juga telah mengamalkan apa yang dikatakan oleh Mizari.. Alhamdulillah, saya dapat melihat parasnya..

Badannya berbulu putih, berwajah manusia yang tampan dan bersayap... Wallahualam.. Mungkin itu mainan mimpi....

Sekian..

P/s : Fakul innamal ghaibulillah. Sesungguhnya yang Ghaib itu kepunyaan Allah. (petikan sebahagian ayat dalam surah Yunus : 20) 

Isnin, 15 April 2013