Ahad, 26 Mei 2013

UaI is-3

Barakallahulakuma Wabaraka 'alaikuma Wajama'abainakuma Fi Khoir.


Tahniah diucapkan ke atas Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang baru selamat dinikahkan dengan anak saudara Tn Hj Omar bin Tahar, Ketua Cawangan Keramat Permai AU 1, Hulu Klang, Gombak, atas pernikahan beliau dengan isteri ke-3 hari ini.

Kami Mengucapkan Tahniah dan Selamat Pengantin Baru Buat Ustaz Azhar Idrus, semoga berpanjangan sehingga akhir hayat dan bertambah hendaknya keluarga besar UAI.

Jom tengok gambar selebihnya.....




Megatron

Tidak dapat dinafikan keputusan PRU 13 telah memperlihatkan peningkatan sokongan golongan muda kepada parti pembangkang. 

Walaupun belum dapat membentuk kerajaan, pihak Pakatan Rakyat sudah mampu tersenyum gembira kerana dalam diam, mereka telah berjaya menawan hampir keseluruhan bandar-bandar besar dan ibu negeri di Malaysia.

Antara punca utama Barisan Nasional kehilangan banyak kerusi adalah disebabkan generasi muda pada hari ini makin ramai yang menyokong Pakatan Rakyat. 

Golongan yang distilahkan sebagai generasi Y ini adalah golongan yang lahir dalam era teknologi maklumat, suka berfikir dan tidak menerima sesuatu maklumat secara membuta tuli. 

Mereka tidak menerima maklumat dari sebelah pihak sahaja tetapi lebih gemar menceduk maklumat daripada kedua-dua belah pihak menerusi internet dan akhbar. 
Oleh itu, tidak hairanlah jika Utusan Malaysia dan Harakah kedua-duanya dibeli untuk dibawa balik ke rumah, dibaca dan dikaji. 

Walaupun menang, keputusan PRU baru-baru ini telah membuatkan Najib tidur tak lena, mandi tak basah. Najib sedar kedudukannya tergugat dan semakin terancam. 

Ini kerana sungguhpun Barisan Nasional memenangi 133 kerusi Parlimen dan menang mudah bagi membolehkan parti itu terus memerintah, tetapi presidennya seolah-olah sedar bahawa Barisan Nasional hanya menunggu masa untuk dimakamkan. 

Atas kesedaran inilah, presidennya mengeluarkan kenyataan bahawa beliau sedia memperbaiki kelemahan dalam pentadbirannya dan bersedia mendengar masalah rakyat demi memastikan jentera pentadbiran Barisan Nasional berada dalam kedudukan yang lebih selesa pada PRU 14. 

Itu Najib Tun Razak. Bagaimana pula dengan timbalannya, Muhyiddin Yassin yang masih dikekalkan sebagai Menteri Pelajaran? Mungkin kini beliau sedang berangan-angan di atas kerusi empuknya untuk mencipta kuasa enjin paling tinggi supaya guru-guru dapat menjadi “Transformers” paling lasak seiring dengan transformasi yang dilaung-laungkan. 

Bezanya, Tranformers ini tidak melawan Megatron, tetapi “Transformers” yang ingin diciptakan Muhyiddin Yassin adalah transformers yang makanannya adalah lambakan fail, ribuan data dan ratusan ‘evidence’ PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah). 

Inilah Transformers impian Muhyiddin. Transformers yang mampu bekerja 24 jam tanpa berasa penat, tak perlu tidur, tak perlu makan dan tak perlu berehat.
Adakah Muhyiddin (gambar) tahu bahawa beliau kini semakin dibenci oleh warga pendidik lantaran ketidakpeduliannya dalam menjaga kebajikan warga guru? Nampak bayangan Muhyiddin di kaca televisyen pun sudah cukup untuk membuatkan tekak berasa loya dan mual. 

Mana tidaknya, di bawah pentadbirannya, guru-guru pernah dicadangkan untuk bekerja 9 jam pada tahun 2012. Pada tahun lepas juga, yang menjadi  tikus makmalnya adalah 5000 orang guru dari 104 buah sekolah  di Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak.

Sedarkah beliau para guru bekerja lebih dari 9 jam sehari termasuk waktu yang diperuntukkan di rumah? Itu belum mengambil kira kedatangan pada hari Sabtu dan Ahad untuk program-program sekolah, kelas tambahan, melatih para pelajar dalam aktiviti ko-akademik (contohnya perbahasan dan pidato), sukan (contohnya bola baling dan bola sepak) serta aktiviti unit beruniform (contohnya kawad kaki). 

Bukan itu sahaja, segala penat lelah, masa, kesungguhan dan wang ringgit  ini dicurahkan dengan ikhlas demi kasih sayang kepada sekolah dan para pelajar tanpa mendapat satu sen pun elaun ‘over time’ atau tuntutan ‘mileage’ sebagaimana kakitangan awam yang lain.

Ingatlah, kami tidak pernah meminta supaya pengorbanan dan jasa kami dikenang. Apa yang kami minta adalah supaya orang atasan prihatin dengan masalah yang kami hadapi. Bila kami suarakan keluhan, Muhyiddin menjawab, “Multi tasking bukan hanya berlaku di sekolah, tetapi di tempat lain pun berlaku ‘multi tasking’”. 

Betapa kecewa dan tergurisnya hati ini. Usahkan nak berterima kasih, jawapan yang diberikan seolah-olah golongan guru ini adalah golongan yang berkira untuk melakukan sesuatu di luar bidang tugasan mereka. 

Tetapi tahukah anda ‘selama enggang mengeram selangkas betik berbuah’ itulah yang kami lakukan saban hari? Jika dikaji baik-baik, 70 peratus daripada tugasan yang kami laksanakan adalah tugas-tugas di luar bidang pengajaran. 

Saya, bagi pihak warga pendidik ingin menjelaskan sekali lagi, masalah kami bukannya ‘multi tasking’ kerana dari dulu lagi guru melakukan segala-galanya. Di sekolah, guru adalah kerani, supir (pemandu), jururawat, ‘cleaner’, tukang kebun, tukang cat dan segala-galanya. 

Kalau masih tidak percaya lihat sahajalah pada hari sukan, yang tercegat di bawah  matahari menjadi pengadil untuk pelbagai acara sukan adalah guru dan terbongkok,-bongkok mengutip sampah bersama pelajar selepas acara sukan juga guru. 

Selain itu, guru jugalah tukang jahit maskot rumah sukan, tukang cuci berbelas-belas baju perbarisan, tukang masak, dan segalanya-galanya. 

Tetapi ini bukanlah masalahnya. Masalah kami pada hari ini adalah tugas yang kami terpaksa laksanakan semakin bertambah dan terus bertambah di bawah pentadbiran Muhyiddin sehingga kami sudah tidak ada masa untuk menanda buku latihan dan kertas peperiksaan pun terpaksa ditanda ala kadar. 

Lebih teruk lagi dengan adanya PBS, guru-guru makin tidak menang tangan sehingga terpaksa memberi latihan kepada para pelajar untuk dijawab di rumah. 

Tidak kurang juga guru yang memberikan jawapan kepada pelajar dan yang paling membimbangkan apabila kesuntukan masa markah pelajar dimasukkan dalam SPPBS (Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah) secara rawak atau ‘pakai belasah’. 
Pelaksanaan PBS yang tidak mengikut  prosedur adalah rahsia terbuka di bilik guru. Jadi di manakah ‘validity’ PBS ini? 

Ketiadaan ‘validity’ dalam PBS adalah antara punca mengapa PBS tidak diiktiraf oleh golongan pendidik dan ibubapa. Penolakan golongan pendidik terhadap sistem PBS juga terbukti apabila Peperiksaan Akhir Tahun untuk pelajar Tingkatan Satu dan Tingkatan Dua masih dijalankan di sekolah bagi mencari pelajar terbaik untuk Hari Anugerah Cemerlang. 

Sama ada Muhyiddin sedar atau tidak, guru-guru tanpa segan silu telah menyuarakan penolakan terhadap sistem PBS ciptaan Menteri Pelajaran itu  bersama kroni-kroninya. 

Sekiranya guru-guru mengiktiraf PBS, sudah tentu pelajar terbaik akan dipilih berdasarkan keputusan PBS tanpa perlu diadakan lagi Peperiksaan Akhir Tahun.

Terus terang saya katakan saya memang berasa bersalah dan berdosa kerana tidak dapat melaksanakan tugasan melibatkan PBS dengan baik dan kerana itulah saya tampil menulis surat ini. 

Apa yang akan saya jawab pada Allah S.W.T nanti kerana tidak melaksanakan tanggungjawab dengan jujur dan telus? Saya juga tidak mahu mengheret Muhyiddin bersama-sama saya di neraka kerana ketidaktelusan dalam PBS. 

Jujurnya, kami, guru-guru terpaksa melakukan penipuan secara halus ini sejak PBS diperkenalkan kerana kami memang tidak menang tangan walaupun telah mengorbankan masa tidur dari tujuh jam menjadi tiga jam. 

Apabila ramai warga pendidik meluahkan kekesalan terhadap bebanan tugas melampau di facebook, twitter, blog dan lain-lain lagi, kami dikatakan mengkhianati kerajaan. 

Kami diambil tindakan tegas sedangkan kami hanya meluahkan perasaan kepada sahabat handai dan keluarga di laman sosial. Salahkah kami jika meluahkan perasaan terhadap bebanan kerja di sekolah yang membuatkan kami ditimpa pelbagai penyakit seperti darah tinggi, ‘depression’ dan ‘migrain’?

Itu juga antara punca kebencian di hati warga pendidik sehingga mendorong kami meluahkan kekesalan di kertas undi dengan memangkah parti pembangkang.  

Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi haruslah mengambil iktibar kekalahan dua orang timbalan menterinya iaitu Dr Puad Zakarshi dan Datuk Saifuddin Abdullah. 

Benarkah kejatuhan kedua-dua timbalan menteri ini adalah satu kebetulan? Atau mungkinkah kejatuhan dua nama besar ini disebabkan ketidakpuasan di hati rakyat, khususnya ibubapa dan guru-guru terhadap sistem pendidikan yang dilihat semakin bercelaru? Fikir-fikirkanlah, renung-renungkanlah dan tenung-tenungkanlah. 

Saya secara peribadi berasa amat gembira jika benar apa yang dikatakan oleh Najib yang beliau mahu mendengar masalah rakyat dan memperbaiki kelemahan pentadbirannya. Sememangnya inilah yang patut dilakukan dari dulu lagi dan bukannya mengambil tindakan apabila kakitangan kerajaan meluahkan rasa tidak puas hati.


Guru-guru yang ditangkap mengeluarkan kenyataan yang bersifat memprotes akan ditukar tempat kerja atau dibuang terus. Ini adalah satu tindakan bodoh kerana sudah tentu kebencian yang sedia ada akan bertambah dengan momentum protes yang lebih kencang.

Kepada yang dibuang kerja bukan sahaja mendapat simpati, bahkan mempunyai lesen lebih besar untuk menghentam kerajaan kerana sudah tidak terikat dengan mana-mana pihak.

Jika kita kaji betul-betul, PRU kali ini menyaksikan polarisasi kaum yang hebat. Majoriti kaum Cina dilihat lebih senang dengan parti pembangkang lebih-lebih lagi DAP. Jika golongan guru yang majoritinya orang Melayu juga tidak menyokong kerajaan ke manakah halatuju dan masa depan Barisan Nasional pada PRU akan datang?

Jadi hargailah kaum guru dan jangan terlalu menindas kami kerana pada hakikatnya kebanyakan kami terdiri daripada orang yang sentiasa berdiri teguh di belakang pemimpin dan sentiasa mendukung agenda dan aspirasi kerajaan dalam memajukan bangsa dan negara.
Besarlah harapan kami, guru-guru di seluruh Malaysia agar Perdana Menteri dapat mengkaji semula sistem PBS yang pada pendapat kami, golongan pendidik, para ibu bapa dan pelajar tidak ada ‘validity’.

Dalam kekalutan berhadapan dengan PBS, timbul ura-ura yang mengatakan pelajar tingkatan 3 pada tahun hadapan akan menjalani pentaksiran berpusat yang menyamai PMR untuk menentukan sama ada mereka layak untuk memasuki aliran Sains, Perakaunan atau Sastera bagi kemasukan ke Tingkatan Empat. Pelbagai persoalan bermain di benak kami. Antaranya:

1. Mengapa perlu ada pentaksiran berpusat lagi setelah pemansuhan PMR (Penilaian Menengah Rendah)?

2. Mengapa kemasukan pelajar ke tingkatan 4 untuk aliran Sains, Perakaunan dan Sastera tidak dibuat berdasarkan keputusan PBS?

3. Adakah ini bermakna Kementerian Pelajaran juga tidak mengiktiraf PBS?

Nampaknya segala keringat yang dicurahkan oleh guru-guru  siang dan malam sia-sia sahaja. Bukan sahaja golongan guru tidak mengiktiraf PBS malah Kementerian Pelajaran juga secara tidak langsung telah mengakui kesilapannya memperkenalkan PBS. Kini mereka sedang terkulat-kulat mencari idea untuk menutupi kelemahan PBS. Akhirnya ‘back to square one’ pentaksiran berpusat yang menyamai PMR terpaksa dijalankan.

Jelaslah, PBS adalah kutu yang disangkakan berlian. Ia dibawa masuk pihak-pihak tertentu setelah lawatan singkat ke luar negara. Parasit ini dibawa masuk atas slogan  ingin menjana transformasi pendidikan negara.

Demi mendapatkan nama, apa-apa sahaja yang menampakkan berlakunya transformasi diserap tanpa diselidiki dan dikaji terlebih dahulu dan yang menjadi mangsa adalah para pelajar dan guru. Ingatlah, sistem pendidikan bukanlah bahan ujikaji.

Ianya harus diambil dengan serius dan tidak boleh dibuat main-main. PBS sangat tidak sesuai untuk diaplikasikan di Malaysia apatahlagi di peringkat sekolah menengah.  Malah negara-negara maju juga telah banyak memansuhkan PBS.

Najib juga ada mengatakan untuk memberi perhatian segera dalam mengurangkan beban tugas guru melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025).

Bagi guru-guru, setiap hari yang berlalu umpama memikul sederetan gunung di atas kepala dan tahun 2025 adalah penantian yang terlalu lama. Sementara mencari jalan penyelesaian terbaik, saya cadangkan Kementerian Pelajaran mengeluarkan surat pekeliling agar bilangan aktiviti dikurangkan dan diselaraskan di semua sekolah.
1. Hadkan penglibatan ko-kurikulum di semua sekolah kepada salah satu sahaja sama ada unit beruniform, sukan atau kelab. Jika ingin juga melaksanakan program-program ko-kurikulum dan menjalankan dasar ‘1 Murid, 1 Sukan’ mungkin pihak kementerian boleh mempertimbangkan untuk membawa masuk pegawai dari Jabatan Belia dan Sukan dan berikan mereka sedikit elaun untuk memantau dan merancang aktiviti ko-kurikulum pada setiap hari di sebelah petang.

2. Begitu juga dengan majlis rasmi di sekolah, Kementerian Pelajaran boleh menetapkan beberapa acara rasmi sahaja untuk dijalankan setiap tahun dan diselaraskan untuk semua sekolah.

(Tugas guru sudah di mana-mana - gambar hiasan)

3. Selain itu keluarkan arahan rasmi kepada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) agar tidak lagi membebankan guru-guru dengan pemantauan berbagai-bagai fail kerana pada pendapat saya penilaian terhadap prestasi seseorang guru itu perlu dilihat dari aspek pengajaran dan bukannya sistem dokumentasi yang nampak begitu gah dari luar, tetapi jarang dilaksanakan dengan baik.

4. Menteri Pelajaran juga harus sedar arahan untuk mengisi maklumat dalam pelbagai pangkalan data juga semakin menjadi-jadi pada hari ini sehingga kami terpaksa membeli ‘broadband’ semata-mata untuk kerja mengisi data.

Setiap unit di jabatan dan kementerian seperti berlumba-lumba untuk menampakkan kemantapan unit masing-masing dengan memperkenalkan pelbagai pangkalan data diisi. Ada kalanya kami terpaksa mengisi data yang sama berulangkali untuk JPN dan PPD.

Apabila terlalu banyak maklumat yang perlu dimasukkan dalam pelbagai pangkalan data, maka berlakulah penipuan secara halus yang melibatkan angka-angka dan maklumat-maklumat rekaan. Bukan itu sahaja, adakalanya kami terpaksa meninggalkan kelas kerana mengejar tarikh tutup pengisian data. Ini berlaku apabila ada masalah ‘network’ di rumah dan data terpaksa dimasukkan di sekolah keesokan hari sebelum tarikh tutup.

Persoalannya, kami menerima arahan dari kementerian pendidikan untuk melindungi waktu P &P (pengajaran dan pembelajaran), jadi mengapa pada masa yang sama kami dibebani dengan kerja perkeranian yang tidak henti-henti sehingga adakalanya terpaksa meninggalkan kelas?

Jika data sangat diperlukan oleh JPN atau PPD, turunkanlah beberapa orang JPN atau PPD selama seminggu khusus untuk pengisian data. Guru-guru boleh membantu untuk mengagihkan borang-borang kepada pelajar dan selebihnya diuruskan oleh JPN dan PPD kerana sememangnya kami tahu, pegawai PPD dan JPN sukakan maklumat online kerana ianya memudahkan kerja mereka.
Jadi pegawai JPN dan PPD perlu bersama-sama membantu kami, bukan hanya tahu mencari kelemahan guru-guru dan memalukan kami di bilik mesyuarat apabila pencerapan dilakukan atau apabila keputusan peperiksaan tidak baik. Selamilah juga apa yang kami terpaksa lalui kerana anda juga adalah bekas-bekas guru.

Kami dipaksa melakukan pelbagai kerja dalam satu hari.  Jadi bilakah masanya untuk kami membuat persediaan untuk mengajar dan menghasilkan keputusan yang cemerlang untuk sekolah?

Sesungguhnya, Najib tidak boleh mengambil masa terlalu lama dalam memikirkan penyelesaian terhadap bebanan tugas guru. Sekiranya, kerajaan tidak mampu menggaji kerani, pembantu guru atau kakitangan luar, sudah sampai masanya pihak kementerian mengurangkan bebanan guru dengan mengehadkan aktiviti di sekolah, menghentikan prosedur penilaian yang berasaskan sistem dokumentasi dan mengurangkan arahan untuk mengisi maklumat dalam pelbagai jenis pangkalan data yang saya kira tidak praktikal kerana tanggungjawab seorang guru adalah mengajar dan bukannya meninggalkan kelas kerana kerja perkeranian.

5. Saya mewakili guru-guru dan saya juga sebagai ibubapa menasihatkan Kementerian Pelajaran untuk menghentikan PBS serta merta demi masa depan anak-anak kami. Jangan bazirkan waktu mereka di sekolah dengan PBS lagi.

Sudah sampai masanya PBS dihentikan dari terus manjadi bahan ujikaji untuk pelajar-pelajar lain. Jadilah kesilapan ini sebagai satu pengajaran agar pihak kementerian lebih berhati-hati dalam melaksanakan suatu sistem baru.

6. Jika pihak Kementerian Pelajaran malu untuk mengakui kesilapan mereka dan takut ego mereka tercalar, jalankanlah PBS tetapi bukan dengan cara penyediaan beratus ‘evidence’ yang perlu ditanda, difailkan dan kemudian diisi pula dalam SPPBS kerana ianya membebankan guru-guru dan langsung tidak memberi apa-apa manfaat kepada pelajar.

Demi kepentingan sistem pendidikan dan pelajar, saya cadangkan PMR dikembalikan semula dan PBS dikekalkan namanya tetapi diganti dengan kerja projek. Mungkin satu tahun pelajar boleh melaksanakan satu kerja projek yang menyumbang lebih kurang 30% dari markah keseluruhan PMR. Ini bermakna 10% markah diperuntukkan bagi satu kerja projek untuk satu tahun, bagi setiap matapelajaran.

Sekiranya kerajaan dapat melaksanakan cadangan saya ini, saya yakin kualiti pengajaran guru-guru akan lebih baik dan sistem pendidikan akan gah semula. Apatah lagi semua ini tidak melibatkan apa-apa kos peruntukan. Jika ini dapat dilaksanakan, saya pasti martabat guru di Malaysia juga akan meningkat secara mendadak seperti guru-guru pada zaman ayah dan ibu kita suatu ketika dahulu yang begitu dihormati dan disegani oleh masyarakat.

Kepada Muhyiddin Yassin, nasihat saya, janganlah asyik ke hulu ke hilir menjaja cerita yang kementerian Tan Sri sedang bermesyuarat untuk menyelesaikan masalah bebanan guru. Kami sudah mula bosan dan putus asa dengan jawapan Tan Sri.

Sampai bilakah Tan Sri mahu bermesyuarat? Kalau Tan Sri dan pemimpin-pemimpin UMNO bertandang, kamilah orang pertama yang akan dikerah untuk memenuhi dewan. Berjam-jam lamanya terpaksa melangut dan menguap di situ.  Sebetulnya, kami sudah jemu dan loya dengan ucapan Tan Sri. Kami sudah mula mual dengan janji-janji manis Tan Sri. Adakalanya terasa nak muntah dengan lambakan kerja yang Tan Sri dan anak-anak buah Tan Sri campakkan di atas muka kami.

Pada tahun 2010, Tan Sri tubuhkan jawatankuasa khas untuk mengkaji bebanan tugas guru. Belum pun ada apa-apa penyelesaian terhadap isu yang dikekemukakan sebelum ini, timbul lagi kerja-kerja baru. Pada tahun 2012 Tan Sri perkenalkan pula PBS dan bermacam-macam lagi pangkalan data untuk diisi.

Bukan itu sahaja, pada tahun sama Tan Sri juga ada mencadangkan agar guru-guru bekerja mengikut waktu pejabat. Inikah penyelesaian yang Tan Sri mesyuaratkan selama ini? Perangai Tan Sri ini bertepatan sangatlah dengan kata pepatah “tahi yang dulu belum dicuci, kini membuat tahi yang baru”. Jadi, bagaimanakah kami, warga pendidik mahu percaya kepada kata-kata dan janji-janji Tan Sri lagi?

Saya dan warga guru sandarkan harapan kepada Perdana Menteri agar dapat melakukan sesuatu dengan segera untuk mengurangkan bebanan tugas guru dan carilah pemimpin yang lebih berkredibiliti dan mampu berfikir pada masa hadapan untuk menerajui sistem pendidikan dan bukannya pakai tangkap muat. Muhyiddin adalah salah satu contoh pemimpin yang hanya tahu mengangguk dan menggeleng sahaja. Sekiranya Muhyiddin lebih cerdik dari orang bawahannya, sudah pasti sistem-sistem mengarut dalam pendidikan kita tidak ada pada hari ini.

Selasa, 14 Mei 2013

bayi syurga... amin


link asal : http://whitevincci.blogspot.com/2013/05/perginya-seorang-permata-hati-indah.html


Friday, May 10, 2013

Perginya seorang permata hati indah, Aqil Hamzah

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Entry ini ditulis, bukan untuk meminta simpati apatah lagi untuk membuat kalian berasa sedih meratapi. Ini adalah sebagai  kenangan, kenangan terakhir kami bersama anak yang dikasihi.Aqil Hamzah. Permata hati yang cukup indah dipinjamkan oleh Allah kepada kami.


25 April 2013 (Khamis)
Genap Aqil setahun 2 bulan. Aqil mula demam. Hari2 sebelumnya dia seorang anak yang ceria, aktif macam biasa. Makan pun berselera. Comel dengan keletahnya.Kami ingatkan demam ni mungkin demam nak "tambah akal" atau nak tambah gigi. Sebab kebiasaanya Aqil akan demam bila masuk "bulan" baru. Tapi kami tak pernah pandang remeh kalau Aqil sakit. Risau tu sentiasa ada. Petang tu kami ke DEMC, suhu Aqil 38.3. Dr. Aida check Aqil. Check telinga, nafas, heartbeat. Semua ok. Alhamdulillah. Doktor kata demam dan tekaknya merah sikit. Nafas pun ok takde bunyi. Doktor bagi paracetamol syrup dan ubat selsema. Aqil selsema sikit sebab doktor kata dalam hidung Aqil ada macam berkuping2 (hingus kering).

Lepas makan ubat, Aqil ok. Demam kebah. Aktif. Kami bagi dia ubat setiap 4-5 jam. 2 hari lepastu kami perasan Aqil demam lagi. Demam dia akan kebah 1-2 jam lepas makan ubat, tapi lepas tu panas balik. Masa demam dia kebah, dia aktif. Kami sempat ke birthday party Aish Sabtu tu. 

28 April 2013 (Ahad)
Badan Aqil panas. Panas dari demam yang sebelumnya. Hanya Allah yang tahu betapa risaunya kami haritu. Kami ke DEMC semula. Kali ni jumpa Dr Gulam. Suhu Aqil 39.7. Ya Allah. Tinggi sangat. Dr Gulam check  nafas Aqil, dia cakap ada bunyi sikit. Aqil kena neb. Lepas neb Aqil nampak lega. Blood test Aqil pun ok, Doktor kata takde virus infection ataupun denggi. Alhamdulillah. Kami lega. Doktor bagi paracetamol dan antibiotik. Antibitiok yang wajib dihabiskan dalam masa 3 hari. Kalau lepas habis antibiotik,dan Aqil masih demam,doktor nasihatkan ke DEMC semula.

29 April 2013 ( Isnin)
Esoknya Aqil dah tak demam. Syukur. Cuma kami perasan,dia selalu merengek. Bukan menangis,merengek.  Merengek sambil ketap mulut. Taknak menyusu. Makan nak,cuma nak yang lembik2 je. Masa ni memang ingatkan dia sakit gusi sebab perasan ada gigi baru.2 gigi bahagian atas. Dia merengek je. Dan nak mintak dukung sentiasa. Bila letak dia menangis. Malam tu kami risau sebab Aqil taknak tido.Merengek nak ayahnya minta dukung. Di bagi susu (direct), dia takmo. Tapi bila dibagi air kosong dari dalam botol air, laju je dia sedut. Bersungguh2. Aku pump,bubuh susu dalam botol air. Barulah dia minum. Malam tu kami pun tak tido, berusaha macam2 cara untuk tenangkan dan tidurkan Aqil. Bila dia dah tido, sekejap je..lepastu dia akan merangkak ke atas perut ayah dia mintak dukung. Ya Allah..sebaknya tengok dia. Manja sangat dengan ayahnya. Merengek je. Aqil masa tu nampak penat.

30 April 2013 (Selasa)
Terus kami bawa Aqil ke DEMC sebab risau tengok keadaan dia. Badan Aqil panas sikit. Nafas pun nampak kuat. Aqil nampak letih sangat, pucat. Memang kami bertekad, nak Aqil berehat dalam wad sebab kesian dia tak tido. Syukur Dr Gulam yang bertugas masa tu. Dia semacam terkejut tengok Aqil sebab 2 hari lepas dia jumpa Aqil aktif. Menangis2 masa neb. Kali ni Aqil nampak letih dan pucat. Perasaan aku masa tu hanya Allah yang tahu. Doktor check nafas Aqil, katanya agak kuat. Dada pun dengar bunyi sikit. Aqil kena neb. Lepas neb, Aqil kena amik darah untuk buat blood test. Dr datang dengan muka risau. Masa tu aku tau ada yang tak kena dengan Aqil. Ya Allah..kau beri kanlah aku dan suami kekuatan atas segala kemungkinan yang berlaku. Doktor kata sel darah merah, platlet sel darah putih Aqil turun mendadak dari blood test hari Ahad haritu. Masa tu memang sedih sangat. Kenapa dengan anak mama ni?? Mesti ada yang tak kena. Doktor buat xray dekat dada Aqil. Dr Ahmad, paedtrician DEMC pun ada sekali masa tu. Nampak Dr Gulam dan Dr Ahmad tengah berbincang sambil tengok xray Aqil. Aku dapat rasakan sesuatu masa tu. Dr Ahmad dan Dr Gulam datang pada kami. Masa tu Aqil baring dia atas badan ayahnya sambil buat neb. Xray Aqil menunjukkan paru2 Aqil sebelah kanan putih, ada "sesuatu". Penuh dilitupi dengan "sesuatu". Ya Allah..kau selamatkan anak ku. Tapi doktor pun tak pasti apa "sesuatu" tu. Mungkin pneumonia (jangkitan paru-paru). Tapi bukan pnuemonia biasa sebab kalau pnuemonia, sel darah tak berkurang. Aqil kemudian dipasangkan tiub oksigen, untuk bekalkan oksigen yang cukup dalam badan dia. Aqil admitted di High Dependy Unit (HDU). 

Sepanjang dalam wad, Aqil kena neb setiap 1 jam. Malam tu Alhamdulillah Aqil nampak tenang. Dia menyusu macam biasa dan tido. Cuma sesekali terjaga bila kena neb. Dr Ahmad datang check Aqil malam tu, dia arahkan tiub oksigen Aqil dibuka sebab bacaan oksigen Aqil dah ok. Syukur. 

1 Mei 2013 (Rabu)
Lepas Subuh nurse pasangkan balik tiub oksigen dekat hidung Aqil sebab bacaan oksigen Aqil rendah semula. Aqil nampak pucat tapi bertenaga banding hari sebelumnya. Pagi tu elok je dia, tak merengek.Kami suapkan dia breakfast. Dia nganga, buka mulut, makan. Suka kami masa tu tengok Aqil nak makan. Masuk suapan ke 4, Dr Ahmad masuk. Riak muka risau. Dia check Aqil..nafas, heartbeat. Rasa perut Aqil. Pandang kami dengan muka yang risau. Katanya, Aqil bukan pneumonia. Kalau pneumonia, kanak2 masih aktif. Aqil nampak lemah dan pucat. Diperiksa perut Aqil tadi, nampak membengkak. Hati dan limpa Aqil mula membengkak. Masalah Aqil serius. Dia terpaksa refer kes Aqil ke Hospital Kuala Lumpur haritu jugak sebab di sana ada lebih ramai doktor pakar. Ya Allah..anakku!!! Air mata berjujuran tak boleh disekat2 lagi.  Encik suami cuba untuk tenangkan aku, tapi tak boleh. Aku rasa takut setakutnya. Takut kehilangan anak tercinta. Ya Allah, kau selamatkan Aqil Hamzah. 

Jam 11 pagi, kami ke HKL dengan menaiki ambulans. Aqil ku peluk erat. Dalam hati tak putus2 berdoa agar Allah kuatkan Aqil. Sembuhkan penyakit Aqil. Kalau boleh nak amik sakit Aqil tu, biarlah mama yang sakit. Bukan Aqil. Sesampainya di Institut Paedratik HKL, Aqil dimasukkan di wad Kanak-Kanak 1. Ramai doktor2 mengelilingi Aqil. Doktor praktikal, doktor pakar. Ramai. Aqil nampak lemah. Taknak senyum. Taknak makan, dan minum. Sekali sekala Aqil terbatuk, dan macam nak termuntah. Mungkin tekaknya kering. Bibir Aqil kering. Aqil kemudian dibawa masuk ke 1 bilik, kami terpaksa tunggu di luar bersama kesayangan Aqil yang lain. Tok ayah, tok mama, opah, maklong, ayahlong, makngah, ayahngah, ibu, ayah GG semua ada dekat luar tunggu Aqil. Semua risaukan Aqil. Dalam bilik tu darah Aqil di amik untuk dibuat blood test. Seorang doktor datang, tanya ada ahli keluarga yang ada kanser? Kami jawab takde. Family aku dan family suami memang takde kanser. Hati ku memang berdebar2 sangat masa tu. Sedih, takut. Mereka suspect Aqil ada kenser darah atau luekimia sebab sel darah Aqil pecah2. Sel darah merah dan darah putih Aqil makin merosot. Ya Allah. Luluh hati ku dengar apa yang doktor tu kata. Datang lagi seorang pakar, katanya kemungkinan "sesuatu" di paru-paru kanan Aqil tu ialah tumor atau lymphoma ( kanser darah). Tak tertahan lagi rasa sedih kami. 

Tak lama lepastu datang lagi doktor, terangkan yang takde abnormal cell dalam darah Aqil, maksudnya kemungkinan bukan kanser. Syukur, rasa lega bila dengar penjelasan doktor. "Ya Allah, kau selamatkan lah Aqil". Doktor kata Aqil kena dijalankan "blood transfusion" dengan segera sebab Aqil makin pucat. Aqil tak boleh makan dan minum sebelum blood tranfusion dijalankan. Aku rindu sangat nak susukan Aqil masa tu. Sedih. Sebab bibir Aqil makin kering. Aku lembabkan bibir Aqil dengan vaseline. Petang tu Aqil dipindahkan di High Dependency Ward (HDW). Wad penjagaan separa rapi. Masa di sini, badan Aqil dah dipasang dengan 3 jenis wayar di badannya untuk memantau heartbeat dan nafasnya. Wayar di ibu jari. Tiub ubat dipasang di tangan kanan dan kiri. Sedihnya tengok keadaan Aqil. Malam tu "blood transfusion" dijalankan.Dimulakan dengan suku beg darah putih, kemudian separuh pain (kira2 200 ml) darah merah dimasukkan ke dalam badan Aqil. Aqil tido sepanjang proses dijalankan. 

Alhamdulillah aku diberi katil di wad sebelah untuk tido disitu. Susah nak lelapkan mata, walau badan penat, terasa macam nak sentiasa berada disamping Aqil. Pukul 2 aku masuk ke HDW, tengok Aqil tengah tido nyenyak. Ku usap rambutnya, bisik dekat dia " Aqil kuat ye sayang..mama tau anak mama kuat". Air mata memang jadi peneman setia sepanjang aku dekat hospital. Tak sanggup tengok keadaan Aqil.


2 Mei 2013 (Khamis)
Pagi tu lepas subuh, aku terus pergi tengok Aqil. Rindu tak terkata. Rindu nak peluk Aqil. Rindu nak susukan Aqil. Aku masuk HDW, tengok Aqil dah bangun. Aktif. Dia nampak aku, terus depakan tangan minta dukung. Ya Allah..anak mama macam dah sihat. Dah tak pucat. Kulit dah kemerahan2, bibir pun tak pucat. Ya Allah, syukur padamu. Aku dukung Aqil, letakkan kepala dia dekat bahu aku. Rindunya nak peluk dia macam tu. Walaupun wayar berselirat tapi nurse benarkan untuk aku dukung Aqil. Aqil kemudian semacam tak selesa, nak di tarik2 nya wayar yang berselirat dekat badan dia. " Tak boleh la sayang, tak boleh cabut semua ni, Aqil nak cepat sihat kan, Aqil kuat kan". Aku pujuk Aqil. Aqil merengek, nangis. Doktor kata awak boleh nyusukan dia kalau awak nak. Itu akan buat dia tenang. Aku suakan nenen, Aqil minum..macam haus sesangat. Aku sebak. Tengok Aqil minum susu. Aku bersyukur sebab Allah makbulkan doaku untuk susukan Aqil. Aku betul2 rindukan nak menyusukan Aqil. Aqil minum susu sampai dia tertidur. Bila dia dah tidur, aku angkat letak dia semula atas katil. Masa tu aku perasan badan Aqil macam berat sikit. Aku tatap muka dia masa dia tido. Indahnya perasaan tu."Cepat sembuh sayang, mama rindu nak tengok Aqil senyum"

Tengah aku menatap muka Aqil, nurse datang kata Aqil tak kencing dari malam tadi. Doktor datang dengan muka risau. Aku benci bila doktor buat muka macam tu. Sebab aku mesti ada yang tak kena dengan Aqil. Doktor kata, Aqil tak kencing sejak malam tadi. Mereka takut kalau jangkitan dah sampai ke buah pinggang Aqil, keadaan Aqil akan jadi lebih serius sebab buah pinggang tak dapat "mencuci" darah yang baru Aqil terima. Jadi doktor terpaksa masukkan ubat untuk buat Aqil kencing. Dan masukkan tiub kencing di bibird Aqil. Ya Allah..sakitnya Aqil!! Walaupun aku tak dibenarkan tengok waktu tiub kencing tu dipasangkan, aku tahu betapa sakitnya Aqil sebab aku pernah melaluinya. Lepas Aqil dipasangkan tiub kencing tu, dia nampak sangat tak selesa. Menangis. Sekali sekala dia cuba untuk bukak pampers dia, aku tau dia tak selesa kat situ. Sakit."Ya Allah..kau sembuhkanlah Aqil. Kau kuatkan lah dia." Aku dukung dia. Bergilir2 dengan ayahnya. Aku mula perasan badan Aqil macam dah "membengkak" sikit. Kami pujuk Aqil, "Aqil kencing ye sayang..Aqil nak cepat sihat kan". Sedihnya aku tengok Aqil. Hati aku macam remuk sangat tengok keadaan dia.

Doktor datang, katanya buah pinggang Aqil dah tak berfungsi, jadi kena dilakukan "dialysis" dengan segera sebab badan Aqil makin membengkak. Badan Aqil dah penuh dengan air. Takut air dalam badan Aqil terlalu banyak, dan membuatkan paru-paru2 Aqil makin lembab. Mempercepatkan lagi kuman merebak. Kami diarah keluar untuk doktor pasangkan tiub ke pundi kencing dan buah pinggang Aqil. Dan proses dialysis akan dilakukan di ICU. Aqil akan dipindahkan ke ICU segera."Ya Allah..kau sembuhkanlah Aqil". 

Waktu Aqil dibawa ke ICU, sangat sedih perasaan aku ni. Aku tau, bukan aku je yang sedih..semua yang melihat keadaan Aqil waktu pun turut sedih. Seorang anak kecil, berselirat wayar penuh di badan. Dengan macam2 jenis "dadah" untuk bantu jantung Aqil terus berdenyut. Macam2. Aku masuk untuk tengok keadaan Aqil, dia tak sedar. Dah diberi ubat penenang. Tapi matanya terbuka separuh. Mata hitam dia merenung ke arah aku. Sebaknya aku waktu tu. Aku tau Aqil masa tu tak sedar lagi. Tapi matanya tu seolah2 nak memberitahu betapa sakitnya dia.Badan Aqil pun dah mula kebiru-biruan. Sedih teramat. Aku usap dahinya..cium pipinya. "Aqil kuat ye sayang". 

Doktor panggil aku, suami dan semua ahli keluarga terdekat masuk ke bilik untuk membincangkan sesuatu. Doktor diagnose Aqil menghidapi Lobar Pneumonia akibat jangkitan Streptoccoccus bacteria yang paling kuat. Bakteria ni dapat dikesan di dalam urine Aqil. Kes Aqil agak luarbiasa sebab selalunya bakteria ni akan menyerang otak. Tapi dalam kes Aqil bakteria ni sangat cepat dan menyerang ke buah pinggang Aqil. Dan sepanjang dia bertugas, 98% pesakit yang kena kes macam ni akan meninggal. Tersedu sedan aku menahan sebak bila doktor cakap macam tu. "Kuatkan lah hati ku menerima dugaan mu ini Ya Allah". Doktor cakap mereka takkan berputus asa, tetap akan buat yang terbaik untuk selamatkan Aqil. Dia akan tetap lakukan dialysis dekat Aqil tapi risikonya ialah Aqil boleh "crash" bila2 masa je.Ya Allah.  Doktor tu nasihat yang dia hanya lah doktor. Apa2 pun ubat yang paling mujarab adalah doa, semuanya dari Allah.

Electric supply untuk "mesin2" di badan Aqil.
Lobar Pneumonia TRO (to rule out) Lymphoma.

Aqil dipasangkan alat bantuan pernafasan di mulut. Mata nya dah dilekatkan dengan plaster lutsinar agar matanya sentiasa tertutup. Kalau dibiarkan separuh terbuka, risiko matanya nya akan kering, dan dijangkiti kuman. Sedih tengok keadaan Aqil. Macam tak percaya. Baru pagi tadi nampak Aqil aktif, menangis, minum susu tapi tetiba dia dah terlantar. Kaku. Aku usap rambut Aqil, 2-3 helai rambut Aqil gugur. Ya Allah.Masa tu aku bisik dekat Aqil " Mama tau anak mama kuat, anak mama kuat. Tapi kalau Aqil tak mampu nak lawan, takpe sayang mama redha". Walaupun perasaan aku sedih, hati terasa sakit masa bisikkan tu dekat Aqil, tapi aku kena kuat. Redha. Aku tak sanggup nak tengok keadaan Aqil. Tak nak tengok dia menderita.

Petang tu kami didatangi doktor, katanya keadaan Aqil tenat. Sangat tenat. 4 jenis "dadah" digunakan untuk support jantung Aqil. Mungkin Aqil tak lama, dalam masa 24 jam je Aqil akan survive. Bagai dikoyak2 hatiku masa dengar penjelasan doktor.

Dalam hati ku tak putus2 berdoa " Ya Allah, kau kuatkan lah hati kami untuk menerima dugaanMu yang sangat hebat ini. Andai kau mahu ambil anakku, kau redha kan lah kami. Kau kuatkanlah kami " Malam tu aku dan suami tak tido. Sama2 bacakan yasin untuk Aqil. Solat hajat untuk Aqil. Aku takut kehilangan anak ku, tapi dalam masa yang masa aku tak nak tengok Aqil menderita.

3 Mei 2013 (Jumaat)
Pagi tu keadaan Aqil nampak tenang. Seolah2 dia tengah tido. Badan dia pun dah kecoklatan. Bibirnya merah. Tak pucat. Doktor kata keadaan Aqil stabil. Tapi masih memerlukan bantuan "dadah" untuk teruskan jantungnya nya berdenyut. Dialysis akan dilakukan dalam masa 48jam - 72jam. Kalau Aqil kencing dalam masa 48 jam, maksudnya buah pinggang Aqil berfungsi. Ramai yang datang untuk melawat Aqil. Alhamdulillah..ramai yang sayangkan Aqil. 

Lebih kurang pukul 2 ptg, aku perasan ada cecair semacam air kencing dalam urine bag Aqil. Lebih kurang 3 ml. "Anak mama dah kencing ke ni??" Gembira bercampur lega aku masa tu. Aku tanya doktor, Aqil dah kencing ke ni doktor?? Dia senyum. "Jadinya, buah pinggang Aqil dah boleh berfungsi kan doktor?". Doktor senyum lagi.."Saya tak boleh menjadi sangat positif". Even doktor taknak aku terlalu mengharap tapi aku terasa lega, nampak macam ada sedikit harapan. 

Petang, ada seorang ustaz datang untuk melihat keadaan Aqil untuk cuba menolong merawat Aqil. Rawatan alternatif. Ustaz Aziz membacakan ayat-ayat AlQuran di sisi Aqil di temani ayah Aqil. Sewaktu sesi mengubati dijalankan, bacaan nafas dan "heartbeat" Aqil "jatuh" secara tiba2. Mereka berdua diarahkan keluar sementara doktor dan nurse semua nampak tergesa2 berusaha selamatkan Aqil. Ustaz kata, kalau umur Aqil panjang, dia akan usaha merawat Aqil. Ajal di tangan Allah. Semuanya Dia yang tentukan. Kita kena kuat dan redha dengan sebarang apa yang akan terjadi. 

Lebih kurang 5 petang,doktor datang dan beritahu, tadi heartbeat Aqil "drop", nafas dia pun tak stabil. Darah mula keluar dari hidung dan mulut Aqil. Internal organ Aqil "crash".Ya Allah..anak mama.Aku nangis semahunya. Peluk mama, peluk mak. Doktor ada explain pasal ubat pencair darah,ubat ni, ubat tu tapi aku tak boleh fokus. Dalam hati aku, otak aku fikirkan Aqil.Aku nak masuk jumpa Aqil. Doktor nasihatkan jangan tinggalkan Aqil. Dia boleh pergi bila2 masa je.Mama tau anak mama tengah sakit. Aku tau Aqil kuat, berjuang melawan penyakitnya. Setiap hari dia memberi harapan pada kami. Tapi Aqil terlalu kecil untuk menganggung semuanya."Ya Allah..kau redhakan aku untuk lepaskan Aqil pergi"

Pukul 645 petang, doktor keluar, panggil kami untuk tengok keadaan Aqil. Aqil nazak. Aku dan suami masuk tengok keadaan Aqil. Luluh hati tengok keadaan Aqil. Badannya membengkak kebiruan, darah mengalir dari hidung dan mulutnya. Doktor bagi kami peluk Aqil dipangkuan kami. Diorang cabut wayar2 dari mesin supaya Aqil boleh berada dipelukan kami. Mama dan mak juga masuk untuk tenangkan Aqil. Kami bacakan Afatihah, bacakan syahadah. Kami selawat."La ila hailallah muhammadurrasullulah" tak henti2 di telinga Aqil.Seperti nak mendodoikan dia tido.Di pangkuan kami, aku nampak nafas Aqil turn naik. Dari mesin bantuan pernafasan Aqil, aku nampak bacaannya makin rendah dan rendah. Hinggalah doktor kata Aqil dah pergi.Tepat pukul 7 petang."Ya Allah..kau redhakan aku..kau redhakan lah aku"

Ayah Aqil minta doktor cabutkan segala wayar dekat badan Aqil dengan cara yang paling lembut sekali. Kami keluar sewaktu doktor "membersihkan" Aqil. Di luar, hujan mula turun dengan lebatnya. Semacam perasaan kami waktu itu. Sedih. Aqil Hamzah telah meninggalkan kami buat selamanya. Aku redha Ya Allah.

Esok paginya, Aqil dimandikan, dikafankan dan disolatkan dirumah. Aku bersyukur kerana diberi peluang untuk mandikan Aqil kali terakhir. Sewaktu dikafankan, muka Aqil sangat tenang. Macam tengah tido. Dia dipakaikan kain putih seakan2 jubah. Sucinya muka mu wahai anak.Ku cium dahinya buat kali terakhir. "Semoga tenang di sana sayang". Pertama kali dalam hidup aku menunaikan solat jenazah. Solat jenazah untuk anakku. Sewaktu dalam perjalanan ke tanah perkuburan, aku dan suami sama2 memeluk Aqil. Ayah Aqil mendukung dan memasukkan dia ke liang lahad. Perlahan2 jenazah Aqil hilang dari pandangan, ditutup dengan kayu sebelum ditimbus dengan tanah.

Alhamdulillah. Semuanya dipermudahkan. Semuanya berlaku terlalu pantas. Kadang2 terasa bagai mimpi. Anak yang selalu menghiburkan hati, comel, baik budi, telah pergi buat selamanya. Hari ini genap seminggu pemergian Aqil Hamzah. Aku redha. Aku bersyukur kerana dikurniakan ahli keluarga, sahabat handai dan saudara mara yang tak putus2 memberi sokongan, semangat,pertolongan dan doa dari saat Aqil Hamzah tidak sihat hingga sekarang. Aku bersyukur diberikan kekuatan dan semangat olehNya untuk membuatkan aku terus tersenyum meneruskan hidup. Aku juga bersyukur diberi peluang olehNya untuk membesarkan selama setahun 2 bulan, seorang ahli syurga.  Aku redha dengan pemergian Aqil Hamzah, permata hati yang cukup indah dipinjamkan oleh Allah. Aqil Hamzah bagaikan mimpi manis kami. Kenangan terindah kami. Kenangan indah bukan untuk ditangisi dan diratapi kan?? Rindu memang rindu, setiap hari dia didepan mata, tapi setiap hari aku mohon agar Allah berikan kami kekuatan, keredhaan. Bukan aku sahaja yang rindu, ramaiii yang rindukan Aqil. Ayah Aqil juga sangat merindukan Aqil. Aqil sangat manja dengan ayahnya. Tok mama juga rindu, opah, tok ayah, maklong, ayahlong, ibu, ummi semua rindukan Aqil.Tapi aku tak boleh mementingkan diri dengan hanya bersedih. Kalau aku terus bersedih, orang disekelilingiku juga akan bersedih. Aqil juga diatas sana akan sedih kalau tengok mama dia bersedih. Semoga Allah terus memberikan kekuatan kepada ku dan suami untuk meneruskan kehidupan. Segala yang terjadi sudah ditentukan olehNya. Semoga dengan apa yang terjadi mendekatkan diri kami kepada Allah. Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Semoga tenang di sana sayang. 
Aqil selamanya di hati mama & ayah. Di hati kami semua.

Aqil Hamzah Bin Amir Fozy
23 Februari 2012- 3 Mei 2013
Al-Fatihah.


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

Asy-Syura ayat 19

Kalau nak lembutkan hati & supaya isteri/suami/anak anda mendengar cakap...

Bacakan Surah Asy-Syura ayat 19 ini di Ubun2 kepala mereka sebanyak 19 kali...

Amalkan..semoga bermanfaat..




Nenas AIDS



MESTI BACA ...

Seorang budak lelaki berusia 10 tahun telah makan nanas kira-kira 15 hari kembali, dan jatuh sakit dari hari yang dia telah makan. Kemudian, apabila dia mempunyai kesihatan pemeriksaan kesihatan dilakukan ... doktor didiagnosis bahawa dia mempunyai AIDS. Ibu bapanya tidak percaya ...

Kemudian seluruh keluarga menjalani Pemeriksaan ... seorang pun daripada mereka mengalami Aids. Jadi doktor diperiksa lagi dengan budak lelaki itu jika dia telah makan keluar ... Budak itu berkata, "ya". Dia makan nanas petang itu. Segera, sekumpulan dari Mallya hospital pergi ke penjual nanas untuk memeriksa.

Mereka mendapati penjual nanas mempunyai kesan luka di jari ketika memotong nanas, darah beliau telah merebak ke dalam buah.

Apabila mereka mempunyai darah diperiksa ... lelaki yang mengalami AIDS ... tetapi dia sendiri TIDAK sedar.

Malangnya, apa yang dialami oleh kanak-kanak itu sekarang.

Sila menjaga semasa anda makan di tepi jalan. Dan sila KONGSI ini kepada keluarga anda.

Kredit utk org Islam:
Jangan lupa Bismillah n doa sebelum dan selepas makan.

MESTI BACA ...

Seorang budak lelaki berusia 10 tahun telah makan nanas kira-kira 15 hari kembali, dan jatuh sakit dari hari yang dia telah makan. Kemudian, apabila dia mempunyai kesihatan pemeriksaan kesihatan dilakukan ... doktor didiagnosis bahawa dia mempunyai AIDS. Ibu bapanya tidak percaya ...

Kemudian seluruh keluarga menjalani Pemeriksaan ... seorang pun daripada mereka mengalami Aids. Jadi doktor diperiksa lagi dengan budak lelaki itu jika dia telah makan keluar ... Budak itu berkata, "ya". Dia makan nanas petang itu. Segera, sekumpulan dari Mallya hospital pergi ke penjual nanas untuk memeriksa.

Mereka mendapati penjual nanas mempunyai kesan luka di jari ketika memotong nanas, darah beliau telah merebak ke dalam buah.

Apabila mereka mempunyai darah diperiksa ... lelaki yang mengalami AIDS ... tetapi dia sendiri TIDAK sedar.

Malangnya, apa yang dialami oleh kanak-kanak itu sekarang.

Sila menjaga semasa anda makan di tepi jalan. Dan sila KONGSI ini kepada keluarga anda.

Kredit utk org Islam:
Jangan lupa Bismillah n doa sebelum dan selepas makan.