Ahad, 30 Jun 2013

Jelebu maa...

Ini ialah gambar kebakaran hutan dan ladang kelapa sawit di Sumatera Indonesia. Inilah punca jerebu kronik yang melanda negara minggu lalu. Seperti di Malaysia beberapa bandar utama Sumatera juga dilanda jerebu dan solat hajat dilakukan bagi meminta hujan dari Allah. 




Laporan asal Yahoo

Sabtu, 29 Jun 2013

dakwah

Enam sifat sahabat dan Al-qur'an
6 Sifat Sahabat Dan Al Quran
Enam Sifat ada dalam Surat Thaha yakni pesan Allah SWT kepada Nabi Musa as sebelum dakwah kepada Fir’aun, Samiri, Hamman, Baslam, Qorun.

1. Sesungguhnya Aku Allah tiada Tuhan selain Aku maka sembahlah Aku (Yakin terhadap hakikat kalimah La ilaha illa Allah)
2. Dirikan Sholat untuk ingat Aku (Shalat Khusyu’ wal Khudu’)
3. Pergilah kamu dan saudaramu (Harun as) dengan ayat-ayat Ku dan jangan lupa untuk ingat Aku. (Ilmu ma’a Dzikir)
4. Berkatalah kepada Firaun dengan lemah lembut (Ikramul Muslimin)
5. Aku pilih engkau untuk diri Ku (Tashhiihunniyah,Amal Semata karena Allah)
6. Pergilah kamu kepada Firaun karena dia telah melampaui batas (Dakwah dan Tabligh).

SELESAIKAN MASALAH UMMAT DENGAN AMALAN MASJID

Dari Surat Al Baqarah 129 terlihat doa Nabi Ibrahim di Ka’bah / di masjid memohon amal Nabi yakni : Dakwah, Taklim, dan Tazkiyyah. Hal ini untuk menghilangkan panyakit asal manusia yakni :
1. Takut kepada selain Allah karena ketika manusia hadir di dunia langsung berhubungan dengan kekuatan makhluk, sedangkan Allah menyempurnakan diri untuk uiji hambaNya.
2. Hidup dengan cara kebiasaan sendiri, karena untuk atasi keadaan hidup yang keras mereka usaha bagaimana bisa bertahan sehingga ketika berhasil maka diyakini sebagai cara hidup yang baik (adat).
3. Memakai hukum selain yang diturunkan Allah SWT, karena berhasil mengatasi persoalan hidup, maka dibuatlah menjadi suatu undang-undang.

Amalan Nabi berfungsi untuk :

1. DAKWAH untuk memasukkan Iman Yakin kepada manusia sehingga keluar kebesaran makhluk dan masuk kebesaran Allah SWT.
2. TAKLIM untuk mengenalkan cara hidup anbiyasehingga merubah cara hidup adat menjadi cara hidup secara Sunnah.
3. TAZKIYAH mensucikan kehidupan manusia dari dosa ketika jumpa dengan Allah. Di zaman Nabi penzina, pencuri, pemabuk datang kepada hukum Islam untuk minta disucikan. Sehingga hukum tegak bukan cari pelaku maksiat tetapi orang datang kepada hukum untuk tazkiyah.

Jaulah

Dalam surat Yasin diceritakan tentang jaulah Habb Annajar dimana beliau disyahidkan saat buat jaulah.
Tatkala Kami utus dua orang (Mutakallim dan Amir) QS Yasin : 14
Maka Kami kuatkan dengan yang ketiga (makmur) QS Yasin : 14
Dan datanglah seseorang dari pinggiran kota dengan tergesa-gesa (Dalil) QS Yasin : 20
Dengan dalil yang kuat serta adab-adab yang tinggi maka jaulah merupakan asbab hidayah bagi manusia, banyak orang yang terkesan dengan cara jaulah ini. Mereka datangi para pemabuk, rumah orang kaya, orang miskin, orang sakit, orang lapar, dll tak kesan dengan keadaan mad’u nya.
Adakah cara dakwah yang lebih haq, lebih hebat dari ini. Suatu cara dakwah yang sudah teruji di Al Quran menghantarkan Habib Annajar menjadi Mukromin.

menghidupkan amalan Nabi secara menyeluruh yakni Dakwah, Taklim wa Ta’allum, dan Tazkiyyah. Sesuai ayat :
Ya Tuhan kami, utuslah seorang Rasul ditengah-tengah mereka yang berasal dari diri mereka sendiri (yang tugasnya) membacakan ayat-ayat Engkau (DAKWAH), mengajarkan kepada mereka ALKITAB dan ALHIKMAH (Taklim wa Ta’allum) dan Tazkiyyah (Dzikir Ibadah dan Khidmat)

Jumaat, 28 Jun 2013

Janin



"Maka hendaklah manusia memperhatikan dari apakah dia diciptakan? Dia diciptakan dari air yang terpancar. Yang keluar dari antara tulang sulbi laki-laki dan tulang dada perempuan. Sesungguhnya Allah benar-benar berkuasa untuk mengembalikannya (hidup sesudah mati)." (Surah At-Thaariq : Ayat 5 - 8)

"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat "  (Surah Al-Insaan : Ayat 2)

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah. Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging, kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain, maka Maha Sucilah Allah, Pencipta Yang Terbaik".  (Surah Al-Mukminun : Ayat 12 - 14)



Sel sperma cuba menembusi telur


Jika sel sperma bertemu dan menembusi telur, ia akan menyuburkannya. Ini dikenali sebagai persenyewaan. Pada masa ini, komposisi genetik selesai, termasuk jantina bayi. Dalam masa kira-kira tiga hari selepas persenyewaan, telur disenyawakan, yang membahagikan dengan cepat kepada sel-sel yang banyak, melalui tiub fallopio ke dalam rahim, di mana ia melekat kepada dinding rahim. Plasenta, yang akan menyuburkan bayi, juga mula terbentuk.


Bentuk pronuclei



Zigot




Perkembangan janin selepas 4 minggu


Pada ketika ini pembangunan struktur yang akhirnya membentuk muka dan leher menjadi jelas. Saluran jantung dan darah terus berkembang. Dan paru-paru, perut dan hati mula untuk membesar. Ujian kehamilan di rumah kini positif.


Perkembangan janin selepas 8 minggu


Bayi kini lebih kurang setengah inci saiz. Kelopak mata dan telinga membentuk, dan hujung hidung dapat dilihat. Tangan dan kaki terbentuk. Jari dan jari kaki tumbuh lebih panjang dan lebih nyata.


Perkembangan janin selepas 12 minggu


Ukuran janin kira-kira 2 inci dan mula membuat pergerakan sendiri. Anda boleh mula merasakan bahagian atas rahim anda di atas tulang pelvik. Doktor anda mungkin akan mendengar degupan jantung bayi dengan menggunakan instrumen khas. Organ-organ jantina bayi mula menjadi jelas.


Perkembangan janin selepas 16 minggu


Janin kini berukuran kira-kira 4.3 - 4.6 inci dan berat kira-kira 3.5 aun. Atas rahim anda sudah boleh dirasai kira-kira 3 inci di bawah pusat anda. Mata bayi boleh berkelip dan saluran jantung dan darah sepenuhnya terbentuk. Jari dan jari kaki bayi sudah mempunyai cap jari.


Perkembangan janin selepas 20 minggu


Bayi beratnya kira-kira 10 aun dan lebih kurang 6 inci panjang. Rahim anda perlu berada di tahap pusat anda. Bayi dapat menghisap ibu jari, menguap, regangan, dan membuat muka.


Perkembangan janin selepas 28 minggu


Janin berat kira-kira 2 paun 6 aun. Perubahan kedudukannya berlaku kerap pada titik ini dalam kehamilan.


Perkembangan janin selepas 36 minggu


Bayi berbeza dari segi saiz, bergantung kepada banyak faktor (seperti jantina, bilangan bayi yang dibawa, dan saiz ibu bapa), jadi kadar pertumbuhan keseluruhan bayi anda adalah penting seperti saiz sebenar. Rata-rata ukurannya, kira-kira 18.5 inci dan berat hampir 6 paun. Otak telah berkembang pesat. Paru-paru hampir membesar sepenuhnya. Kepala biasanya kedudukan ke dalam pelvis mulai sekarang. Kehamilan dianggap 'pada istilahnya' setelah 37 minggu selesai.


Kelahiran bayi


[WebMD]







* Update 6 Jun 2013

Gambar bayi baru lahir masih dalam kantung air ketuban
Gambar bayi baru lahir masih dalam kantung air ketuban  [The Sun]

Contoh gambar di atas ialah seperti yang berlaku di Amarousion, utara Athens baru-baru ini. Ia disambut oleh  Dr Aris Tsigris yang telah memuat-naik gambar tersebut ke laman Facebook beliau.


Fikir-fikirkan dan renung-renungkan lah, SubhanAllah .....

Dunia jin


Alangkah bagusnya kalau Malaysia juga dapat perbanyakkan rancangan seperti rancanganDua Dunia oleh Trans 7 dari Indonesia ini. Sebuah rancangan yang melawat ke tempat-tempat yang 'keras' dan mempunyai mitos tersendiri di kalangan masyarakat setempat, kemudian membongkar rahsia-rahsia mistik yang terjadi di tempat tersebut.

Dari soal jawab dengan jin-jin yang meresap masuk ke dalam tubuh beberapa orang perantara (mediator), banyak juga rahsia-rahsia alam mereka yang terbongkar , contohnya seperti cara mereka merasuk manusia, apa yang mereka suka dan tidak suka pada manusia, bagaimana kaedah mereka cuba menghasut manusia membuat syirik dan sebagainya.

Jangan percaya 100% kepada apa yang diucapkan oleh jin kerana mereka juga boleh menipu. Sepertimana manusia juga, ada yang jenis menipu dan ada yang tidak. Maka sebab itu di akhir setiap rancangan Dua Dunia ini ada kesimpulan yang dibuat oleh pengamal-pengamal supernatural atau ustaz yang menjadi jemputan khas dalam rancangan ini.


Mana-mana yang tidak bercanggah dengan syariat mungkin boleh diambil sebagai pengajaran.Dan tidak perlu dihairankan jika jin-jin dan syaitan pun boleh membocorkan rahsia mereka dan memberitahu perkara yang sepatutnya manusia lakukan. Contoh seperti ini pernah terjadi di zaman Nabi Muhammad S.a.w pun, dalam peristiwa syaitan memberitahu kelebihan membaca ayat Kursi sebelum tidur kepada Abu Hurairah r.a.

Tidak perlu saya ulas panjang, kepada anda yang masih belum menonton rancangan Dua Dunia ini boleh lah tontonnya dalam video-video yang disertakan di sini, dan banyak lagi boleh didapati di Youtube.  Cuma antara hikmah-hikmah yang dapat petik dari keseluruhan video yang sudah saya tonton, antaranya ialah;

- Jin suka mengganggu manusia yang berfikiran kosong, melamun, tidak suka berzikir dan tidak kuat imannya. Jin sukar untuk mengganggu mereka-mereka yang kuat iman dan sentiasa berzikir kepada Allah S.w.t.

- Ramai dari para jin yang mengaku Muslim berpesan agar kita semua menjaga solat 5 waktu dengan sebaik mungkin. Sehinggakan ada jin yang mengatakan , manusia yang tidak solat 5 waktu itu seperti seekor kera.

- Kebanyakan mala petaka yang menimpa manusia di tempat-tempat yang dikatakan 'KERAS' adalah disebabkan kecuaian dan perbuatan manusia sendiri. Jin sangat marah dan suka mengganggu mereka-mereka yang suka berbuat maksiat dan bermulut celupar di tempat-tempat mereka.

- Jin dapat juga mengganggu mereka-mereka yang belajar agama atau membaca AlQuran jika sekiranya hati dan niat mereka tidak ikhlas. Mungkin mereka ada hajat keduniaan seperti mahu kesaktian, keramat dan seumpamanya, bukan semata-mata kerana Allah.

- Hendaklah berdoa betul-betul dan penuh perasaan kepada Allah jika mahu meminta sesuatu. Jangan sesekali minta kepada suatu yang lain walaupun diberitahu itu hanya perantara kepada Allah. Minta terus saja kepada Allah dengan sepenuh hati, dengan sedar hati, insyaAllah Dia akan kabulkan kerana Dia Maha Mendengar lagi Maha Pemurah.

- Banyak juga dikorek sejarah dan peristiwa-peristiwa silam.

- Dan banyak lagi .......


Pertarungan Ustaz Surya dengan Siluman

Lagenda Jaka Tarub

Ustaz Hakim mengikat jin

Lagenda si Pitung

Jejak pengganggu sekolah

Kampung yang hilang akibat letusan Krakatau

Jin mengaku menuntut bela atas kezaliman pemerintah


 
Tugu pahlawan Surabaya


 
Penelusuran ke makam Ratu Manangsih


 
Makam Syeh Mahdum


 
Pesantren Salafiah Kuningan


 
Menguak Misteri Bangunan Tua Berbah,Sleman Yogjakarta


 
Pesan dari Balekambang Malang


Haruskah kita minta izin kepada makhluk halus?


Pesugihan Gunung Kawi


Wallahu a'lam .......

IPGM yang layu

Minggu ini bermula daripada 24hb Jun 2013 adalah minggu pendaftaran pelajar-pelajar baru lepasan SPM 2012 ke Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Apa yang menyedihkan ialah bilangan pelajar yang mendaftar turun dengan mendadak di kebanyakan IPG Kampus. Sebagai bukti hanya 25 orang pelajar daripada 60 orang yang dipanggil mendaftar di salah sebuah IPG. Ini bermakna hanya 7-8 orang pelajar sahaja dalam satu kelas.

Kenapa ini berlaku?

Umum sudah mengetahui bahawa pelajar-pelajar IPG dikatakan tiada lagi jaminan kerja pada masa hadapan. Maklumat-maklumat ini disalurkan oleh pegawai dari IPGM sendiri kepada umum. Mereka kononnya perlu bersaing dengan pelajar-pelajar dari IPTA dan IPTS lain dalam pasaran terbuka. Untuk mendapatkan pekerjaan mereka perlu mendaftarkan diri dalam Job Malaysia dan berbagai lagi ancaman terdedah ke atas mereka. Fenomena ini sudah pasti menjadi kerisauan kepada ibubapa dan pelajar itu sendiri. Kenapa mereka perlu melabur dalam satu urusniaga yang tidak menjanjikan pulangan yang diharapkan? Kenapa mereka perlu bersusah payah memenuhkan IPGM yang tidak memberikan keyakinan terhadap peluang kerjaya? Sebagai ibubapa saya akan pastikan anak saya yang cemerlang tidak memohon IPGM jika benar apa yang sedang berlaku.

Lebih melucukan lagi apabila syarat kemasukan ke IPGM sangatlah ketat. Hanya pelajar yang mendapat 7A ke atas sahaja layak memohon. Manakala pelajar yang tidak sampai ke tahap itu hanya gigit jari dan meleleh air liur. Siapa yang merangka syarat-syarat sebegini rupa? Mereka adalah pegawai-pegawai di IPGM yang merasakan diri mereka orang-orang yang cerdik dan berpengalaman dalam pendidikan kononnya. Sebenarnya pegawai-pegawai ini adalah mereka yang tamak, gelojoh dan pendek akal atau kurang cerdik. Mereka lupa siapa diri mereka yang sebenarnya.

Kenapa dikatakan begitu kepada mereka?

Bagaimana mereka boleh meletakkan syarat “straight A” atau sekurang-kurangnya 7A hanya layak memohon. Sedangkan dalam masa yang sama mereka gagal menjanjikan kerjaya kepada produk mereka? Inilah yang sangat melucukan dan melambangkan kelembapan tahap pemikiran pegawai-pegawai pembuat dasar ini. Bagaimana mereka menilai kemampuan pelajar-pelajar ini? Apakah statusnya sama dengan kelulusan pangkat 3 SPM pada zaman mereka dahulu?

Pelajar-pelajar yang cerdik dan cemerlang sudah pasti tidak akan terpanggil untuk ke IPGM. Banyak lagi kerjaya lain yang lebih menarik dan glamor berbanding dengan perguruan. Kenapa mereka perlu mengorbankan masa, tenaga dan peluang untuk mencapai sesuatu yang tidak berdaya saing dan tidak menjanjikan masa depan yang lebih yakin? Inilah sebab utama kenapa pendaftaran pelajar ke IPGM merudum. Ia juga satu jawapan istimewa bagi para pembuat dasar di Kementerian Pelajaran dan IPGM khususnya. Akhirnya IPGM hanya akan dipenuhi oleh pelajar-pelajar kelas ketiga iaitu mereka yang tidak ada peluang ke mana-mana sama seperti yang berlaku sebelum ini. Wal asal balik asal….