Ahad, 30 Jun 2013

Dakwah

"Kenapa sekarang ana rasa dakwah kita lesu?"

"Bila kapal tidak berlayar.. Memilih untuk kekal di atas lautan yang tenang.. Wajarlah perjalanan itu akan lesu.."

"Kenapa ana tak rasa bahagia buat kerja dakwah seperti masa awal-awal ikut bersama dakwah?"

"Kebahagiaan yang sebenar bukanlah pada awal pelayaran walaupun memang ia membahagiakan, tapi benda tu terlalu sementara sebenarnya.. Semua orang seronok pada awalnya.. Tapi, bila diuji dengan cuaca panas, ombak kuat, tak ada ikan, ramai je yang tarik diri.. Ana cuma pesan satu je, antum kena ingat, kebahagiaan sebenar itu adalah apabila kita turun daripada kapal, di pantai destinasi syurga nanti.. Masa tu, antum akan rasa tak nak turun kerana terlalu bahagia! Sayang nak tinggalkan kapal ini.."

kubur

Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya orang yang mati itu akan menuju kubur. Adapun orang yang soleh, maka akan didudukkan dalam kuburnya tanpa perasaan takut ataupun kecut hati. Kemudian dikatakan padanya: "Dalam agama apa engkau dahulu berada?" Lalu dia menjawab: "Aku dahulu berada dalam agama Islam". Lalu dikatakan padanya: "Siapakah laki-laki ini?" Dia menjawab: "Muhammad Rasulullah s.a.w. Dia datang kepada kami dengan membawa keterangan-keterangan dari sisi Allah, lalu kami membenarkannya". Lalu dikatakan padanya:

 "Apakah engkau pernah melihat Allah?" Maka dia menjawab: "Tidak sepatutnya seorangpun melihat Allah". Lalu dibukakan baginya sebuah lubang menuju neraka, maka dia pun melihat ke dalamnya, sebahagian penghuninya menghancurkan sebahagian yang lain. Lalu dikatakan padanya: "Lihatlah pada sesuatu yang Allah telah menjagamu daripadanya". Kemudian dibukakan baginya sebuah lubang menuju syurga, maka dia pun melihat hiasan syurga dan segala isinya. Lalu dikatakan padanya: "Itulah tempatmu". Dan dikatakan padanya: "Dahulu engkau merasa yakin, dan engkau mati di atas keyakinan tersebut, dan di atas keyakinan tersebut engkau akan dibangkitkan insyaAllah".

Adapun orang yang jahat, maka akan didudukkan dalam kuburnya dalam keadaan takut dan kecut hati. Dan dikatakan padanya: "Dalam agama apa engkau dahulu berada?" Dia menjawab: "Aku tak tahu". Lalu dikatakan padanya: "Siapakah laki-laki ini?" Maka dia menjawab: "Aku mendengar orang-orang berkata, maka akupun mengatakannya". Lalu dibukakan baginya sebuah lubang menuju syurga, maka dia pun melihat hiasan syurga dan segala isinya. Lalu dikatakan padanya: "Lihatlah pada sesuatu yang Allah telah memalingkanmu daripadanya".


 Kemudian dibukakan baginya sebuah lubang menuju neraka, maka dia pun melihat ke dalamnya. Sebahagian penghuninya menghancurkan sebahagian yang lain. Lalu dikatakan padanya: "Itulah tempatmu. Dahulu engkau meragukan, dan engkau mati di atas keraguan itu dan di atas keraguan tersebut engkau akan dibangkitkan insyaAllah Ta'ala".

Sunan Ibnu Majjah Jilid 4. Hadith Nombor 4268

fikirlah sendiri

Hampir semua org celik IT,, Tapi asas Fardhu Ain kita TULI..

Grammar English boleh celah GIGI,, Tapi Hukum Tajwid gigit JARI..

Boleh cari duit untuk buat O.T HARI-HARI,, Tapi kuliyah agama 1 minggu 2 kali pun susah nak PERGI.

Boleh online, update fb, twitter sana sini dan HARI-HARI, Tapi 1 muka surat Al-Quran 1 hari susah nak MENGAJI..

Ilmu dunia sampai ke Degree, Master dan PhD,, Tapi Sirah Nabi sikit pun tak nak ambil PEDULI..

Tak salah nak HEBAT di Dunia ini,, Asalkan HEBAT juga untuk Akhirat yang KEKAL ABADI.

solat berjemaah

Ada Pengajaran Disebalik Kisah Ini.....

Suatu tgh malam. Dua jiran bersembang-sembang dari rumah masing-masing.

Shahrul Maizam:"Jiran sebelah tu, rumah hang ada lampu tak?"

Zulpadli: "Ada je. Apesal?"

Shahrul Maizam: "Rumah aku gelap gelita ni. Tarik lampu dari rumah hang boleh?"

Zulpadli: "Aku try ye."

Shahrul Maizam: "Cepat sket boleh tak?"

Zulpadli: "Sabaq naaa..ish aku dah try, tak bolehlah..dinding rumah hang ni tebal pelik je.."

Shahrul Maizam: "Pullak. Alamak, ada tetamu dtg la....satt...satt.."

"PANG PANG PANG!!"

Zulpadli: "Oit jiran sebelah, hang terlanggaq apa yang bising sangat tu..?"

Sayup-sayup bunyi di kejauhan. Halus je suara org kesakitan. Zulpadli digamit bimbang. Seketika kemudian, jirannya tu menyahut panggilan Zulpadli.

Shahrul Maizam: "Adoi..aku kena tibai dengan tetamu aku tadi dalam gelap..terperosok jauh aku tadi. Aku rasa semua tulang rusuk aku dah patah.." ( menangis kesakitan )

Zulpadli: "Hang ok ka? Risau aku. Aku datang tempat hang boleh?"

Shahrul Maizam: "Logikla sikit..mana boleh. Hang mana boleh masuk kubur aku dari kubur hang."

Zulpadli: "Eh ye tak ye gak. Rumah aku ni selesa sangat. Aku tak rasa macam duk dalam kubur plak..hehehe..sori..sori.."

Shahrul Maizam: "Aku menyesal hang tau tak. Aku ni takdala jahat sangat, aku malas solat je kat dunia..tapi ni lah natijahnya yang aku dapat..aku nak kembali ke dunia..aku nak kembali...!!"

Zulpadli: "Sabar...al-sobru minal iimaan..sabar itu dari iman..bawak bertenang..mengucap...ingat kat Allah..."

Shahrul Maizam: "Wei!! Aku tak tahan lagi..kat kaki aku penuh ular, lipan, kala jengking, hari-hari belit aku, sengat aku, patuk aku. Tiap-tiap hari aku 'mati' dan 'mati' over and over again..padahal aku memang dah mati! Aku nak kembali!!! Tolonglah akU!!"

Zulpadli tiba-tiba rasa sebak, teringat kata-kata Allah dalam al-Quran Surah al-Zumar ayat 58 yang bermaksud:

"..Kalaulah aku dapat kembali ke dunia, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang mengerjakan kebaikan!"

Nadanya hampir sama dengan jeritan dan keluhan jiran kubur sebelahnya itu.

Seingat Zulpadli, apa yang beliau amalkan di dunia adalah konsisten solat berjemaah di masjid. Derma juga pada tabung masjid walaupun dirinya miskin hina. Tidak membantah kata parents dan guru. Ikut landasan al-Quran dan hadith.

Timbul rasa syukur dalam sebak rasa.

**
Shahrul Maizam: "Tak boleh ke hang try sekali lagi tarik lampu dari rumah hang? Please~~"

AES



Jumaat lepas, semasa dalam perjalanan ke KLIA, saya dapati polis sedang menjalankan pemeriksaan perangkap laju lebih kurang 2.5km dari KLIA. Tadi petang semasa pulang dari KLIA, saya lihat polis juga sedang menjalankan pemeriksaan perangkap laju. Saya tidak marah dengan tugas polis tersebut, tetapi saya memikirkan wajarkah polis melakukan perangkap laju di tempat yang menjadi jendela keluar masuk orang asing ke Malaysia ini? Bagi saya, pemeriksaan perangkap laju tidak sesuai dibuat dalam lingkungan 1-3km dari lapangan terbang.

Selepas memasuki Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, pemandu saya membawa saya ke Kuala Lumpur kerana saya ada temu janji yang perlu dipenuhi. Apabila sampai dekat dengan persimpangan tol Kajang, pemandu saya memperlahankan kenderaannya. Saya bertanya kenapa? Beliau menjawab kerana ada sistem perangkap laju AES di depan.

Saya langsung berkata kepada pemandu, tidakkah pada 18 Disember 2013 sebelum pilihan raya yang lalu, Peguam Negara mengumumkan prosiding saman kepada mereka yang terkena perangkap AES ini dibekukan sehinggalah beberapa aspek teknikal dan perundangan diselesaikan? Jadi, mengapa perlu takut dengan sistem AES ini? Pemandu saya memberitahu sistem AES ini dihidupkan semula dan telah ada kes pertama yang didakwa di mahkamah beberapa hari yang lalu setelah selesai pilihan raya. Timbul pertanyaan di hati saya: bila pula Peguam Negara mengumumkan pembekuan prosiding saman sistem AES ditarik balik? Jika ditarik balik, kenapa tidak diumumkan secara meluas untuk pengetahuan rakyat?

Seperti saya tentang AES ini, saya yakin rakyat juga tidak marah dengan sistem AES ini. Rakyat tahu tujuan merakam kenderaan yang memandu melebihi had laju adalah bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Rakyat tahu pemasangan AES ini akan membuatkan pemandu lebih berhati-hati semasa memandu. Rakyat tahu mereka yang membangkang AES ini adalah yang selalu melakukan kesalahan lalu lintas. Rakyat tahu tidak ada kerajaan dalam dunia ini yang buat tidak kisah sahaja kepada rakyat yang melakukan kesalahan.

Walaupun tahu, peliknya rakyat masih mempersoalkan penggunaan sistem AES ini? Mengapa? Ini kerana rakyat tidak setuju dengan penswastaan pemasangan sistem yang bernilai RM700 juta ini kepada dua syarikat sahaja, iaitu Beta Tegap dan Ates. Persoalan rakyat ialah mengapa diswastakan? Mengapa tidak dikendalikan oleh Polis atau JPJ?

Saya yakin rakyat tidak mempersoalkan pelaksanaan sistem AES ini jika sistem dikendalikan oleh pihak Polis dan JPJ. Tetapi apabila sistem AES ini dikendalikan oleh syarikat swasta yang dilaporkan akan mendapat RM16 dari setiap saman yang dikeluarkan, maka rakyat berasa tersinggung kerana merasakan penguatkuasaan sistem ini tidak lagi melibatkan soal keselamatan jalan raya, tetapi lebih kepada keuntungan.

Seperti juga dengan kisah saya tentang perangkap laju yang dibuat oleh polis dekat dengan lapangan terbang KLIA, rakyat juga marah dengan sistem ini kerana kedudukan kamera tersebut diletakkan di tempat yang tidak sepatutnya seperti di kawasan menurun bukit dan jalan lenggang dengan had laju 80km sejam. Bagi rakyat, bila jalan lengang dan menurun bukit, takkan nak bersantai atas jalan raya sedangkan masa boleh dijimatkan? Bagi rakyat, takkanlah semata-mata hendak dapatkan semula kos sebanyak RM700 juta itu, mereka dibebankan dengan kompaun wajib RM300!

Bagi rakyat, kalau hendak kurangkan kemalangan jalan raya ada cara lain, bukannya dengan cara menggunakan poket mereka. Contohnya, baiki jalan yang rosak, bina lebih banyak jalan, buat lorong motorsikal dll. Jangan hukumi rakyat dengan sistem yang menguntungkan syarikat atau pihak luar. Jangan jadikan AES sebagai satu perniagaan!

Yakinilah, rakyat tidak mahu kerajaan yang mesra kapitalis. Yang rakyat mahukan ialah kerajaan yang mesra rakyat. Semoganya!