Isnin, 18 November 2013

emak berjemaah

Baru ini seorang sahabat saya berniaga. Dia buat pemasaran tapi tidak berjaya. Dia usaha pelbagai cara. Tapi tiada orang datang. Cara marketing biasa melalui radio juga dia tidak dapat.

Dia jumpa saya tanya nak buat macam mana. Hidup semakin sempit. Susah. Dan macam jalan mati katanya.

Allah sayang kita. Dia nak hati kita sentiasa padanya. Saya kata jaga solat berjemaah. Janji Allah rezeki dalam solat berjemaah. Belajar minta Redha dan kasih sayang Allah. Dia ada mak maka saya kata khidmat pada mak. Beri sedekah pada orang susah.

Pagi tu dia ada appoinment. Dalam dompet ada rm300 sahaja. Tiada simpanan lain. Dia ambil rm200 bagi pada maknya. Rm 20 dia beri kepada seorang susah yang minta padanya.

Dalam apoinment pagi tu dia dapat projek yang besar yang harganya RM 32 ribu dan dapat cek dalam masa 2 hari.

Allah nak mudahkan rezeki kita melalui amal soleh. Khidmat pada ibu kerana Allah. Allah Maha Kaya....Allah Pemberi rezeki. Orang ingkar pada Allah dunia ini hanya darul asbab. Orang beriman dunia ini darul a'mal ( usaha,doa, tawakal,amal soleh, jujur, ikhlas)- ebit lew.

Suami isteri2

Soalan: Jika suami sudah sediakan makan minum, tempat tinggal, pakaian, dan segala keperluan rumah, adakah suami perlu memberi duit setiap bulan pada isteri?

Ustaz Azhar Idrus:

Jika suami telah menyediakan tiga perkara iaitu makan minum, pakaian, dan tempat tinggal, maka dia telah dikira menunaikan nafkah isteri.

Jika isteri duduk di rumah tak buat kerja apa-apa, tak masak, tak basuh baju, makan order dari restoran saja, baju hantar dobi, dia tak kemas rumah, dia tak melahirkan anak, tak jaga anak, tapi dia hanya main facebook siang malam 24 jam, maka tak perlu lagi beri duit belanja setiap bulan.

Tapi jika isterinya membuat kerja-kerja di rumah seperti memasak, membasuh baju, mengemas rumah, dan sebagainya, maka suami kena lah beri duit untuk isteri setiap bulan. Tak perlu tunggu isteri mintak baru nak beri, jadilah suami yang gentleman. Diakan isteri kita yang kita duduk tergila-gila sebelum akad nikah dulu. Jangan buat tak ingat pulak.

Jangan lupa, isteri juga yang mengandung sembilan bulan dan dia yang menggadai nyawa melahirkan anak kita dengan kesakitan yang amat sangat semasa nak keluar anak. Suami ada rasa sakit begitu? Tak ada. Yang adanya suami hanya duduk mundar-mandir saja di luar bilik bersalin, kadang-kadang siap mengurat nurse lagi.

Jadi, suami cuba fikirlah samada dengan memberi seribu ringgit sebulan untuk isteri itu cukup atau tidak berbanding dengan kesakitan dia melahirkan anak, kesusahan dia menjaga anak, beri susu anak, basuh berak anak, dan sebagainya...

Suami isteri

Soalan :

Apabila seorang lelaki menjadi suami, dosa-dosa isteri, anak-anak perempuan belum kahwin, dan anak lelaki yang belum baligh, si suami yang menanggung. Betul ke uztaz? Adakah dosa-dosa perempuan sebelum dia berkahwin, suami dia yang tanggung selepas bernikah? Setiap sentuhan di antara si suami dan si isteri mendapat pahala dan gugur nya dosa-dosa kecil apabila suami dan isteri berpegangan tangan?

Jawapan :

Suami merupakan ketua rumahtangga dan suami bertanggungjawab untuk memberikan segala nafkah kepada isterinya. Di antara tanggungjawab yang penting ialah memberikan didikan agama kepada isteri dan anak-anaknya supaya tidak berlaku perkara-perkara yang dilarang oleh Islam di dalam rumahtangganya.

Segala dosa yang dilakukan oleh isteri dan anak-anaknya akan ditanggung oleh mereka sendiri dan TIDAK dipertanggungjawabkan kepada suami atau orang lain. Suami atau ayah hanya menanggung dosa kecuaiannya sahaja kerana tidak mendidik isteri dan anak-anaknya ke jalan yang benar iaitu Islam. Firman Allah yang bermaksud :

“Katakanlah: "(Sesudah Aku mentauhidkan Allah dan berserah diri kepadaNya) Patutkah Aku mencari Tuhan selain Allah, padahal Dia lah Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu? dan tiadalah (kejahatan) Yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja Yang menanggung dosanya; dan seseorang Yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali, lalu ia menerangkan kepada kamu akan apa Yang kamu berselisihan padanya.” (Al-An’am : 164)

Suami yang memberikan didikan agama dan teguran kepada isteri dan anak-anaknya supaya jangan melakukan perkara-perkara yang dimurkai Allah dan mematuhi segala peraturan Islam, tetapi isteri dan anak-anaknya tetap melakukan perkara dosa juga, maka di sini suami tersebut terlepas dari dosa kecuaiannya, kerana suami tersebut telah menunaikan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga.

Jangan jadi suami yang dayus, kerana suami dayus adalah suami yang menghalalkan atau tidak berani menegur isterinya melakukan dosa. Suami dayus tidak layak masuk syurga, kerana beliau tidak mencegah isteri dan anak-anaknya melakukan kemungkaran, segala amalan suami tersebut ditolak oleh Allah dan dihumbankan ke dalam neraka Allah disebabkan ia adalah suami yang tidak menunaikan amanah dan tanggungjawabnya. Firman Allah yang bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman jauhkanlah dirimu dan ahli keluargamu dari azab api neraka."

Anak-anak yang belum baliqh, tidak ditetapkan lagi dosa dan pahalanya, kerana mereka tidak dikira orang yang mukallaf lagi, segala kejahatan dan dosa ditanggung oleh ayahnya sendiri, kerana ayahnya merupakan ketua keluarga yang bertanggungjawab untuk memberikan pendidikan agama kepada anak-anaknya. Apabila anak tersebut telah baliqh, maka segala dosa akan ditanggung oleh mereka sendiri, kerana segala peraturan syariat telah ditetapkan atas diri mereka di sebabkan telah baliqh.

Benar bagi suami isteri yang berpegangan tangan atau bersalaman antara satu sama lain, maka dosa kecil mereka akan keluar melalui celah-celah jari mereka. Islam mengajar umatnya yang telah berkahwin saling bersalaman dan berpegangan tangan kerana segala dosa-dosa kecil suami isteri hilang disebabkan perbuatan tersebut.

Wallahu'alam.

Penangan Pesbuk

pesanan dan teguran seorang alim yg perlu kita renung2kn bersama.. ^^

AMBIL TAHU :TANDA-TANDA KITA LALAI DALAM MENGGUNAKAN FB !!

(1) IBADAH HARIAN KITA SEMAKIN TUMPUL, dan kita leka serta habiskan banyak masa dengan ber'fb'... KEMANISAN UNTUK BERIBADAH KIAN HILANG... kelazatan dan kenikmatan membaca al-QURAN, mendirikan solat wajib, berzikir dan lain-lain amalan soleh tidak lagi menjadi sesuatu yang dinanti-nantikan... bahkan, terasa akan kehambarannya.... pernah, salah seorang PENGKULIAH menasihati: "TANDA KITA HILANG KEMANISAN BERIBADAH, KITA TIDAK RASA PENTINGNYA SOLAT BERJEMAAH!"...

(2) KETIKA AZAN BERKUMANDANG DI UDARA, kita masih melayari fb dan terus leka dibuai indah bersama alam FB.... dalam hati, tidak mengapa – awal lagi... kita teruskan dengan dunia FB... sehinggakan, kita tersentak – waktu solat tinggal beberapa minit sahaja lagi!...

(3) KITA SEMAKIN JARANG MEMBUKA AL-QURAN, yang menjadi penguat rohani kita... jika dahulu, sempat menghadap AL-QURAN setiap hari, kini kita semakin jauh daripada roh al-quran... kita kata kita tidak sempat untuk mentadabbur al-quran kerana sibuk dengan tugasan harian... berhati-hati dengan istilah kesibukan... ia akan disoal di hadapan ALLAH S.W.T kelak...

(4) ZIKRULLAH YANG HARUS MENEMANI KEHIDUPAN KITA BERGANTI DENGAN FB, sebagai peneman hidup yang akrab... kita kian larut dengan teman hidup yang baru, namanya fb... kita begitu asyik berdampingnya dengannya sehingga lupakan sesuatu yang lebih penting buat jiwa dan hati kita... zikrullah, zikir-zikir yang menjadi penenang diri kian luntur dalam sebutan bibir dan hati – lama kelamaan jiwa kita gersang, kosong dan hampir mati....

(5) TUGASAN DI TEMPAT KERJA GAGAL DISIAPKAN TEPAT PADA MASANYA... bertangguh-tangguh, bertimbun-timbun... dateline terlepas... ALASAN nya: "Saya sibuk dan tidak sempat.." ... dan akhirnya kita tidak perform!...

(6) BUDAYA KUTUK MENGUTUK, menyemai bibit2 benci dan marah, usik mengusik, termasuk berlawanan jantina, berbincang tanpa asas kemanfaatan dan sebagai mendominasi aktiviti harian kita... suntikan jarum syaitan mulai membawa kepada bibit-bibit yang menyeronokan dan mengasyikkan...

(7) GAMBAR-GAMBAR YANG DI'SHARE', DI'TAG' DAN DIKOMEN lebih banyak membawa kepada kemudaratan, menuju ke arah penyebaran dosa dan maksiat... gambar-gambar yang mendedahkan aurat, menghairahkan, membawa kepada fitnah dan sebagainya, harus dielakkan....

*Muhasabah Diri ..
renung2kn..
peace no war.. ^^

fake

Si ayah terlihat anak gadisnya update status di fb :
“Nape la hati ni tak tenang..somebody pls.. i need someone”

Maka ramailah jejaka mula membalas status tersebut. Ada jejaka handsome..ada jejaka poyo, ada yang alim-alim kucing. ‘ah,semua hanya nak mengurat’ getus hati si gadis. Sampailah komen jejaka yang ke 199..

Jejaka 199 komen :

“Mana hati nak tenang;
kalau solat pun kurang
tahajjud pun sekali dlm 12 bulan
nangis sujud taubat pun jarang lakukan
bila sedih kau cari kawan dan pergi have fun!
ada masalah,muzik kau layan,al-Quran kau tinggalkan!

ngada-ngada punya perempuan!”

Apabila gadis terbaca komen jejaka 199,terus dia berang dan cari button block! dan terus update status baru ;

“i dah block mamat poyo mana ntah! semua pasal aku dia tahu! berlagak alim!”

Si ayah tersenyum di hadapan laptop. Dalam hatinya berkata
"nasib baik aku buat 5 lagi fake accounts. Baru block satu je pun hehe"

Ahad, 17 November 2013

Zina

Hari ni,salah sorang kawan talaqqiku kantoi dengan syeikh yang dia ada berhubung dengan seorang wanita bukan mahram di phone..*yakni couple*...

kemudian syeikh bagi nasihat yang sangat lembut tapi betul-betul menyentuh hati kami semua....

syeikh: kamu suka dia?

fulan: ya syeikh....

syeikh: kamu suka tu suka-suka atau kamu rasa dia memang yang terbaik untuk menjadi teman hidupmu,menjadi ibu untuk anakmu,menjadi pembantu agamamu?

fulan: ya syeikh...pada pandangan saya,dia yang terbaik untuk jadi teman hidup saya dan agama saya...

syeikh: bila kamu akan menikahinya?

fulan: lepas belajar syeikh...dalam 3 tahun lagi...

syeikh: jadi kenapa kamu rosakkan dia?
kamu bukan nak menikah sekarang?
kamu rosakkan dia sekarang dan 3 tahun akan datang?
kenapa kamu jadikan air mutlak menjadi air musta'mal tanpa sebab?

bukankah dia wanita suci yang bakal menjadi ibu untuk anakmu?
kenapa kamu bercouple dengannya sedangkan jika kamu sukakan dia, dia sukakan kamu,bersabarlah hingga sampai waktu kalian benar-benar ingin menikah kemudian baru kamu jumpa ayahnya
dan pinang dia secara suci?

bukankah cara itu lebih suci?

wanita umpama air mutlak, mereka suci, tetapi apabila mereka mula berhubung dengan lelaki tanpa sebab, apatah lagi ber couple, wanita itu umpama air musta'mal..ia tidak boleh digunakan untuk bersuci tetapi hanya digunakan untuk perkara selain bersuci seperti basuh pinggan, basuh najis, basuh bontot dan sebagainya...apa kamu sanggup ibu untuk anakmu setaraf itu?

sesungguhnya wanita ini akalnya pendek, nafsu mereka didepankan atas segalanya, kalau lelaki datang ucapkan kata-kata palsu, mereka akan mempercayainya melebihi mereka percayakan al-quran...sedangkan lelaki memang perangai mereka hanya main-main kecuali mereka benar-benar bersedia untuk nikah, tapi sekiranya mereka belum sedia,contohnya mereka masih belajar dan sebagainya, jelas permainan mereka dengan wanita itu hanya tipu daya, tapi tipu daya semudah itu pun dapat menipu para wanita hingga membawa mereka ke ranjang perzinaan..itu tandanya akal mereka sangat pendek...nabi utuskan para lelaki sebagai penjaga para wanita bukan perosak mereka....bagi kamu,couple, chatting, cakap dalam phone semua itu dosa kecil sedangkan ia jelas haram kerana Allah haramkan kita untuk dekati zina....dekati zina pun tak boleh,makna kata kalau kita masih jauh 50km dari zina, tapi 1cm kita gerakkan kaki ke arah zina itu telah haram kerana perintah ini....jadi janganlah pandang remeh perkara zina ini...sesungguhnya ramai yang mati tanpa berzina tetapi di mahsyar kelak buku amalan mereka penuh dengan dosa zina.....apa berbaloi kau bahagia sementara dengan teman wanita yang kau tak ingin nikahi diganti dengan azab neraka yang panasnya 70x ganda api dunia?

note: kepada lelaki bapuk di luar sana yang gemar permainkan wanita...ketahuilah bahawa kalian adalah MUSUH ALLAH DAN MUSUH RASULULLAH ! ! ! kalian permainkan para wanita yang akalnya pendek, tidak dapat bezakan baik dan buruk...memang para wanita walaupun akal pendek, tapi mereka dikurniakan sifat malu yang tinggi....fb, phone,twitter, internet ni semua dicipta dajjal untuk menghakis sifat malu para muslimah sehingga mereka jadi umpama kucing betina yang menggoda2 kucing jantan untuk mengawan...wanita yang berpurdah yang kononnya wanita paling pemalu (tak mau orang lihat wajah mereka) pun pamerkan gambar mereka walaupun berpurdah di fb untuk tatapan jutaan lelaki bukan mahram,mereka tanpa segan silu bergurau senda, tanpa malu inbox lelaki dan sebagainya...sekarang akal mereka tidak dapat jaga diri mereka, bahkan sifat malu juga tidak dapat jaga diri mereka..jadi siapa yang bertanggungjawab menjaga maruah para bidadari RasulAllah kalau bukan LELAKI???

#lelaki yang couple2 dan yang bersayang2 dengan bukan mahram atas nama "tunang" tu..tolong lah....korang ada akal kuat..korang tak bodoh....korang nak memusuhi Allah dan Rasul, itu hak korang...tapi korang kena sedar,nanti korang pun akan ada anak perempuan, korang suke ke jantan tah mana-mana berhubung,bermanja, bersayang secara haram dengan anak perempuan korang? kalau korang redha...nampak sangat korang dayus dan lelaki dayus nabi khabarkan mereka DIHARAMKAN SYURGA KEPADANYA WALAUPUN BAUNYA....~

bacalah

Wahai anakku,
Bagaimana hal kamu jika kamu menerima surat dari orang yang kamu sayang? Tentulah engkau membacanya dengan penuh perasaan. Tentulah engkau akan mengulang-ulangi bacaan itu, dan tentulah engkau akan cuba memahami setiap kalimah yang ditulis. Betapa hal kamu bilamana engkau menerima risalah dari Tuhanmu, berapa kali kamu membacanya dan apakah kamu berusaha untuk memahaminya?

Wahai anakku,
Al-Quran adalah risalah dari Tuhanmu. Jangan engkau membiarkannya tanpa dibaca. Engkau sepatutnya rasa bersalah bilamana engkau membiarkannya lebih dari tiga hari. Ia pelembut hatimu. Membacanya berulang kali akan melembutkan jiwamu dan menambah kasihmu kepadaNya. Bacalah dan renungilah setiap kalimahnya, kerana ia adalah sebaik-baik pengajaran. Ikutilah arahannya kerana ia sebaik-baik petunjuk.
Wahai anakku,
Aku sangat dukacita melihat banyaknya Al-Quran yang langsung tidak diusik. Setiap kali engkau menghampirinya, ia meminta agar engkau mengambilnya. Andainya engkau rindu kepada Tuhanmu, bacalah kalimahNya. Dan andainya engkau ingin berbicara dengan Tuhanmu, hayatilah setiap kalimahNya.

Wahai anakku,
Janganlah engkau gopoh-gapah sewaktu membacanya, kerana perbuatan itu menyebabkan engkau tidak merasai kemanisan setiap ayatnya. Renungilah hadis Rasulullah bilamana Baginda menyatakan setiap huruf diberi pahala oleh Allah. Maka setiap huruf mempunyai hak pada sebutannya dan hukumnya. Maka sempurnakan haknya nescaya engkau akan merasai kelazatan menyebut setiap kalimahnya.

Wahai anakku,
Jangan sesekali kamu terpedaya dengan bisikan syaitan yang membisikkan perasaan malasmu untuk membaca Al-Quran. Syaitan terkadang menanam perasaan tidak pandai membaca untuk menjauhkan kamu dari Al-Quran. Sedangkan engkau membaca dengan mengeja satu persatu diganjar pahala dua kali ganda oleh Allah. Lantaran itu, berusahalah mempelajarinya. Jangan kamu merasa malu mempelajari Al-Quran, kerana tiada manusia dilahirkan dalam keadaan alim.

Wahai anakku,
Aku sangat bahagia mendengar bergemanya Al-Quran dari suara anak-anakku. Kerana itu adalah hiburan yang amat indah yang akan mengundang rahmat Allah dalam rumah dan memberkati semua penghuninya. Janganlah engkau biarkan rumahmu bergema muzik, dan sunyi dari Al-Quran. Kerana rumah yang tidak dibacakan Al-Quran, dan sunyi dari zikrullah adalah kuburan.

Senyumlah nescaya engkau mendapat kasih sayang Allah.
Senyum