Isnin, 16 Disember 2013

mahdi

ntuk pertama kalinya setelah ratusan tahun, Salji turun di Vietnam hari ini....!!! Dilaporkan, beberapa daerah di Laos, Vietnam dan juga Selatan China telah mula dibasahi hujan salji. Beberapa lokasi di sekitar Provinsi Lao-Chai dan Ha Giang, Vietnam telah dipenuhi salji tebal. Ia telah mengakibatkan kesesakan lalulintas kerana rakyat tidak menyangka bahawa salji akan turun disitu pada tahun ini.

Masihkah kita ingat tentang Hadis Baginda Nabi SAWAW yang telah diriwayatkan oleh banyak rawi ? Mafhumnya... "Akan datang kepada kalian kelak satu kaum yang mana di dalam kaum itu ada seorang pemimpin bergelar Al-Mahdi. Sesungguhnya tatkala kalian mendengarkannya, wajiblah datang kepadanya walaupun terpaksa merangkak di atas salji." Hadis Hasan dengan rawi mutawatir.

Apakah tidak lama lagi Malaysia juga akan merasai nikmat (atau bala? peringatan?) salji ini?? Adakah salji juga akan turun di negara kita dan Indonesia tak lama lagi?? Jika ya, maka ketahuilah.... mungkin-mungkin itu petanda datangnya Al-Mahdi buat zaman ini. Allahumma Amiin... Labbaika Ya Mahdi....

Sebarkan info ini nescaya ia bermanfaat buat semua umat Islam !

salji di mesir

Salji turun di Kaherah selepas 112 tahun tidak dituruni salji. Teringat dengan ucapan dari beberapa saintis sebelum ini yang mengatakan bahawa dunia sedang menuju ke Zaman Ais. Adakah ini tanda-tandanya? Wallahua'lam...


Begitu soal salji turun dipertikaikan tetapi punca salji turun setelah 112 tahun salji tak turun. Kalau salji tiba-tiba turun selepas lebih 100 tahun ketiadaannya, ikut hukum sains, sememangnya ada sesuatu yang telah mengganggu cuaca sehingga menyebabkan turunnya salji tersebut. 

Tapi kalau tiba-tiba dunia dilanda Zaman Ais sekalipun, tidaklah mengejutkan sangat kerana ramai saintis telah pun memberi amaran dalam beberapa tahun ini.







Visit Website

kisah rakyat

Cerita rakyatku.. Tadi ada sorang lelaki datang, minta bantuan, katanya nak beli barangan dapur, musim hujan katanya tak dapat nak bekerja, sepertinya mendesak saya untuk menghulurkan bantuan, walaupun dah bagi bantuan makanan, nak duit pulak, dia pulak memang selalu minta duit, pernah jumpa tepi jalan pun minta duit jugak, orangnya masih muda awal 30an, anak baru dua, dia pun dah selalu datang minta bantuan dan macam-macam alasannya untuk minta bantuan. Sedang dia bagi macam-macam alasan, tiba-tiba datang pula rakan saya, dia OKU sejak kecil, saya menjemputnya masuk, dia berniaga kat tepi jalan dan selalu bayar zakat kat saya setiap tahun, tangan kanannya capek, tak boleh berfungsi, tapi dia rajin, dah beristeri dan ada lima orang anak. Lelaki tadi hanya diam mendengar perbualan kami, dari hal masjid sampailah hal perniagaannya, dia dah tujuh hari tak berniaga sayur sebab kurang bekalan dan mahal, bila musim hujan dia jual ikan masin dan barangan kering rumah kerumah "bolehlah buat belanja anak nak sekolah ustaz". Sejak dulu, bila dia berjumpa dengan saya, pasti dia hulurkan duit RM 50, "untuk fisabilillah ustaz". Saya pasti hari ni pun sebab tu juga, saya pun tanya dia "datang pagi-pagi ni, ada mustahak ke?" .. "takde lah ustaz, cuma lama tak jumpa ustaz, dengar ustaz susah sebab banjir kat Kuantan, kasihan kat Ustaz", saya senyum je .."biasalah" kata saya "dah ujian". Tangan kirinya menyeluk poket, lalu dihulurkan kepada saya, saya memandang pada lelaki yang minta bantuan tadi yang bersebelahan rakan saya. "Anta bagi kat dia lah" rakan saya memandang lelaki tadi, lalu tangan kirinya menghulurkan duit tadi kepada lelaki tersebut, lelaki tadi mengambilnya dalam keadaan wajahnya yang agak merah padam. Mungkin malu menebal di mukanya, saya pun tak sengaja sebenarnya, terlupa pulak, tetapi sesekali elok juga mungkin terlintas juga kesedaran di jiwanya betapa dia yang sihat tiada cacat cela menerima sumbangan dari orang cacat. Moga peristiwa itu menjadikan jiwanya serta merta kaya. Kedua-duanya minta diri serentak, sangat berbeza seorang yang tegap tubuhnya, mencibit barang sumbangan dan seorang yang capek dan jalan berdingkit-dingkit balik tangan kosong kerana memberikan sumbangan. Moga rakyatku insaf ..

Ahad, 15 Disember 2013

Alfatehah


الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

Gambar Sekitar Upacara Pengebumian Sheikh Abdul Kader Mullah:


Di bawah pula gambar-gambar sekitar krisis dan penindasan yang telah dilakukan oleh kerajaan diktator dekular Sheikh Hasina terhadap rakyatnya sendiri:


Lihatlah dunia. Dikala saudaramu di Bangladesh dibunuh, diseksa, dikurung, ditindas oleh orang yang mengaku diri mereka Islam sendiri, dunia hanya membutakan mata, diam membisu, memekakkan telinga. Buang sentimen sempadan negara bangsa, semaikan sentimen aqidah Islamiah. Di bumi yang bermandikan darah beginilah bangkitnya para pejuang Jamaat Islami memimpin kebangkitan umat Islam di sana sehingga membawa kepada syahidnya salah seorang pimpinan mereka, Sheikh Abdul Kader Mullah. Ketahuilah, 40 000 ribu ahli Jamaat Islami sekarang dipenjara. Awas Hasina Wajed, anda bakal jatuh!