Rabu, 25 Disember 2013

Delima

Saya memaparkah kesah itu bertujuan sekadar mahu meluah rasa akan keresahan hati yang pada ketika ini sedang didalam keadaan delima bercampur rasa fobia. Delima sebab tidak tahu kemana hendak dihantar anak masuk kesekolah pada tahun hadapan (2014) dan mahu melihat pisang berbuah dua kali. Fobia takut takut apa yang pernah terjadi akan berulang kembali. Kemana hendak dihantar anak untuk meneruskan persekolahan keperingkat menengah selepas tamat tahun enam yang juga baru turut selesai menduduki peperiksaan UPSR baru baru ini.


Mungkin sesetengah orang ada persamaan dengan perasaan saya.Jadi marilah kita sama sama berkongsi luahan.Anak anak dizaman sekarang agak sukar untuk dipaksa bagi menurut kata orang tuanya.Tidak seperti dizaman saya apa sahaja yang dikata olih orang tua, kita hanya menurut sahaja,baik pada mereka baiklah pada kita.Namun kini tidak sedemikian lagi,mereka lebih suka membuat pilihan sendiri.Jika dipaksa paksa juga nescaya kehendak kita itu akan dituruti tanpa rela jadi natijah akhirnya tidak menjadi seperti mana yang dikehendaki.Sedikit pengalaman lalu telah terbukti.

Terdapat dikalangan abang abangnya dahulu pun sudah dihantar kesekolah yang sebagaimana saya mahu.Apa dia? saya mahu mereka meneruskan pengajian disekolah menengah agama termasuk disekolah pondok agama rakyat. Persiapan untuk masuk kesekolah agama pondok pun juga turut memerlukan belanja yang bukan sedikit. Bukan setakat belanja makan pakai sahaja yang perlu dibekalkan malah untuk permulaan mestilah juga menyediakan sendiri alatan memasak termasuk juga alatan tidur, pinggang mangkuk periuk belanga gas memasak serta lain lain perlu disediakan. Pehak pondok hanya sediakan tempat tinggal dan premis tempat belajar sahaja. Masak sendiri layan diri sendiri. Jika seorang anak itu semasa dirumahnya dahulu tidak pernah diajar membasuh, memasak dan melayan diri maka pastinya akan menjadi sukar untuk menyesuaikan diri kerana akan berlaku kejutan suasana.Ditambah pula dengan disiplin masa belajar yang ketat bermula dari subuh hari sehingga kemalam hari, terpaksa mengadap kitab menadah ilmu dihadapan guru maka itulah yang menyebabkan ada dikalangan mereka tidak dapat bertahan lama,hanya mereka yang benar benar tabah sahaja mampu berbuat demikian.

Jika tidak akan kecundang diseparuh jalan,itulah yang dibimbangi.Bukan niat hendak promosi cuma mahu mewar warkan bahawa pondok agama yang pernah anak saya duduki ialah Pondok Ust Haji Abas, Padang Luas, Jertih. Setahu saya para tenaga pengajarnya ialah bekasan guru atau ustaz yang pernah mengajar diserata tempat termasuk sekolah sekolah dinegeri Kelantan. Jadi saya rasa mereka (para guru) ini tiada motif atau kepentingan lain melainkan untuk mencurahkan ilmu yang ada kepada anak anak bangsa islam.

Antara fobia yang paling saya takuti akan terjadi lagi ialah jika menghantar anak kesekolah menengah kebangsaan biasa, rasa cuak sebab hari hari terpandang didepan mata tingkah laku dan pe"el perangai budak sekolah ini,macam macam perkara kurang manis pernah berlaku.Tikar bantal serta tilam turut terjumpa didalam semak dibelakang sekolah tempat pelajar melepak tatkala mereka menghabiskan masa ponting kelas.Bekasan cebisan puntong rokok dan air kotak bersepah sepah macam tempat pembuangan sampah saja gayanya. Sekolah mana tu? mana lagi kalau tidak diKawasan Hulu Terengganu.

Yang peliknya apabila mesyuarat PIBG tidak ada pula suara membincangkan hal sedemikian.Yang lebih ditekankan didalam mesyuarat hanyalah bagaimana untuk menambah tabung PIBG, berapakah sumbangan atau pun yuran yang perlu dikenakan kepada ibubapa. Ibubapa dok memendam rasa begitu sahaja,nampak macam tak berani bersuara, kenapa? takut di"black list" nama, nanti tak dapat bantuan itu ini,sebab JKKK turut hadir sama, apabila keburukkan disapu kebawah karpet  maka sukarlah kekotoran itu untuk dibersihkan. 

Pernah didalam satu majlis dialog dengan kehadiran segelintir ibubapa yang dipanggil yang konon kononya anak anak mereka terlibat dengan disiplin sekolah maka terdapat seorang ibubapa yang tidak dapat bertahan sabar telah bersuara bertanya "kenapa sesudah kritikal baharu nak dimaklumkan kepada ibubapa, sepatutnya dicegah sebelum parah,kenapa tidak menghubungi ibubapa lebih awal?" Jawapan guru mudah sahaja "pehak sekolah tidak menyimpan sebarang rekod biodata ibubapa samada alamat mahu pun nombor talian telifon"

 alahai...senangnya memberi jawapan lepas tangan....Olih itu kita mengharapkan para guru janganlah terlalu ambil mudah, tidak mahu ambil peduli asalkan cukup bulan dapat gaji.


lagho

L.A.G.H.O
Islam bukan sahaja melarang kita melakukan perkara-perkara dosa, malah perkara yang sia-sia. Bahkan, jika seluruh masa dalam hidup ini dihabiskan dalam ketaatan pun, manusia masih tidak mampu membalas seluruh kebaikan Allah SWT.

Apatah lagi, kalau banyak perkara yang sia-sia yang kita lakukn. Mereka yang mensia-siakan hidup dengan perkara yang sia-sia adalah orang yang “bankrap “dalam “perniagaannya” dengan Allah SWT.

Namun, perkara yang lebih besar daripada segala perkara sia2 ialah membazir hati/jiwa dan masa. Membazir hati/jiwa ialah dengan mengutamakan kehidupan dunia berbanding akhirat, manakala membazir waktu ialah dengan angan-angan. Kehancuran berlaku apabila seseorang itu bertindak mengikut hawa nafsu dan berangan-angan, sedangkan kebaikan hanya dapat diperolehi dengan mengikut jalan yang benar dan bersiap sedia untuk bertemu dengan Allah.

Tidakkah pelik, seorang hamba itu apabila berhadapan masalah dalam hidupnya (duniawi), dia memohon bantuan Allah, tetapi dia tidak pula memohon pertolongan Allah untuk menyembuhkan hati/jiwanya yang sakit sebelum ia (hati) mati akibat kejahilan, kelalaian, mengikut hawa nafsu dan bergelumang dengan bidaah. Walhal, apabila hati itu mati, maka dia tidak lagi merasa keseriusan kesan dan akibat dosa yang dia lakukan.

Jom kenal Allah.Jom kenal Islam.
Islam itu indah   

sejarahku


Sebenarnya ramai yang tak tahu pasal sejarah melayu yang sebenar... Ramai yang suka cakap pasal sejarah melayu...Cedok dari buku KBSM ajaran sekolah rendah dan menengah.. Rasa macam dah betul gile dah diri tu dengan ilmu secubit garam... Haiyo... Nie nak bagi sikit fakta yang memfaktabkan diri yang suka memperlekehkan dan memperkotak-katikkan melayu nie.... Baca dan faham... 

Agama Islam
Ramai duk kata yang melayu dan Islam tidak boleh dipisahkan... Ermm... tu sebab korang dah lahir dalam agama Islam.... Sedangkan sejarah asal melayu menunjukkan melayu nie bukannya sejak lahir dalam agama Islam... Mengikut sejarah asal melayu, agama yang dianuti sebelum Islam adalah hindu dan buddha... Melayu nie kaum yang agak tua... Sebelum kedatangan Islam lagi dah ada kaum melayu... So... selepas melayu mendengar akan kedatangan agama Islam... Maka empayar melayu ketika itu iaitu Srivijaya menghantar surat kepada kerajaan Islam sezamannya iaitu Empayar Umayyah, atau lebih tepat kepada Saidina Umar Abdul Aziz... Maka berlakulah proses kemasukan agama Islam secara beramai-ramai kerana pemimpin tertinggi secara sukarela masuk Islam diikuti dengan seluruh rakyat jelata.....

Institusi Raja-raja melayu
Institusi raja-raja melayu adalah yang tertua di Asia Tenggara yang masih ada kedaulatannya sampai sekarang.... bukan di Thai bukan di Khmer... Tau Khmer tu katne? Lebih kurang kat Kemboja gitu... Ada jugak institusi raja melayu lebih tua iaitu di Burma, Jawa, Laos, dan Vietnam tapi telah pupus... Institusi Raja-raja melayu sangat disegani kawan dan lawan... Dan dipercayai juga, adanya institusi raja-raja melayu ini kerana menyimpan satu rahsia tersirat dan tersurat berkenaan sejarah asal-usul ketuanan melayu.. :)

Selat Melaka
Selat Melaka nie adalah selat paling sibuk di dunia... Selat yang paling direbuti dan diingini kuasa-kuasa besar dunia.. Selari dengan namanya... kesibukan Selat Melaka berada di kemuncak ketika era Kesultanan Melayu Melaka.. Satu persoalan...adakah mampu keamanan Selat Melaka dijaga hanya dengan keris dan tombak? Tembok kayu dan daun nipah? Pastinya itu adalah satu fakta yang terfaktab...ditipu dan dipusing oleh penjajah.... So.... cari balik macam mana sebenarnya kehebatan kesultanan melayu Melaka ketika itu sampaikan empayar di China pun bersahabat dengan kerajaan melayu ketika itu..... :)

Aborogine Malay
Orang Melayu adalah berasal dari induknya iaitu Austronesia/Nusantara.Orang Melayu sehingga ke hari ini tetap mengekalkan bentuk protonya iaitu Orang Asli yang terkelompok dalam Aborigine Malay.

Buat pengetahuan korang..Orang Asli di Malaysia terbahagi kepada dua iaitu Aslian(terbahagi pula kepada dua iaitu Semang/Negrito dan Senoi) dan Aborigine Malay/Proto-Malay. Aborigine Malay sebagai contoh ialah Orang Laut,Jakun,Seletar,Orang Kuala dan Temuan.

Aborigine Malay berbahasa mirip bahasa Melayu dan terkelompok dalam kelompok Austronesia dan rapat dengan kehidupan orang-orang Melayu (Deutro-Malay) sejak zaman-berzaman. Dalam sejarah...Aborigine Malay selalu mengumpulkan hasil hutan di pedalaman dan diserahkan kepada orang Melayu yang kerap berdagang dan berlayar ke luar negeri.

Kewujudan Aborigine Malay adalah bukti paling 'angker' untuk mengukuhkan orang Melayu sebagai The Undisputed Indigenous yang memusnahkan semua khayalan orang asing yang dengki tidak berkesudahan dengan nikmat yang Allah swt kurniakan kepada hamba-hamba-Nya dari kalangan orang Melayu. Dengan kata lain,Proto Melayu atau Aborigine Malay ini adalah 'bukti hidup' kepada premis orang-orang Melayu sebagai penduduk asal dalam konteks di Malaysia!! 

Fakta ini dipetik dari Srikandi

Sesetengah dari kita nie malu nak mengaku yang kita nie melayu.... Rasa rendah diri bila cakap pasal bangsa dan sejarahnya... Walhal sejarah kita sangatlah tip top dan hebat di mata dunia yang tahu sejarah sebenar.... Bukan juga patut berbangga lebih-lebih sampai sombong bongkak bila berjumpa bangsa lain.... Kita nie hebat... tapi kita juga hebat dalam budi bahasa... lemah lembut dan sopan berbicara..... So...kenapa nak tiru bangsa lain sedangkan kita sejak dari dulu adalah suatu bangsa yang hebat dan dihormati? Mungkin ramai dari kita nie...nama je melayu...tapi perangai dah bukan melayu.... Kan?

P/S: Tak salah belajar sejarah... Sebab sejarah membentuk jatidiri kita.. Jangan lupa belajar agama sekali...:)

moh solat!

1. Org yg tak solat akn banyak masalah, tidak tenang, cpt marah susah nk terima kenyataan dn selalu nmpk salah orang lain.
- USTAZ AZHAR IDRUS
2. Walaupun ayah kita penagih dadah sekalipun, bila dia suruh solat, kita sebagai anak WAJIB tunaikannya.
- Ustaz Kazim Elias
3. Tidak solat punca utama penceraian dalam rumahtangga? "Jaga solat...Insyallah bahagia..."
- Ustaz Don Daniyal
4. Selalulah Solat berjemaah walau payah macam mana pun, boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda.
- Datuk Ismail Kamus
5. Kalau kita sakit jgn takut utk solat, atleast kalau mati, mati dalam solat
- ustaz haslin baharin
6. Selepas solat jangan tergesa-gesa, baca Subhanallah 33, Alhamdulillah 33, Allahuakbar 33, doa kemudian baru bangun”
- Al-Habib Ali Zainal
7. Kalau orang yang solat pun belum tentu masuk Syurga, apatah lagi orang yang meninggalkannya.
-TG Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki
8. Jagalah solat anda. Kerana solat itu adalah hubungan antara Allah dengan hambaNya"
- Sheikh Abdullah Jahaf.
9. Menjaga solat boleh membersihkan dalaman kita. Puasa juga boleh membersihkan jiwa seseorang.
-Ustaz Dasuki Rani
10. Jgn cakap: "Pergi solat. Kalau tak, masuk api neraka!" Tapi cakap: "Jom solat, Nnt kita masuk SYURGA ALLAH sama2 ya.InsyaAllah
- TG Harun Din"
11. Kalau dalam solat tak dapat ingat Allah, mana mungkin luar solat mampu ingat Allah.
-Ustaz Pahrol.

Sabtu, 21 Disember 2013

taman cinta

Yang kaya terus menambah kekayaan. Sedangkan yang miskin terus dihimpit penderitaan. Apabila jurang pendapatan antara si kaya dan si miskin makin luas maka timbullah hasad pada diri si miskin dan takbur dalam hati si kaya. Lalu hasad dan takbur pun ‘bertempur’.
Akibatnya, runtuhlah persaudaraan, suburlah persengketaan. Jika dalam organisasi, hilanglah ukhuwah. Jika dalam masyarakat, meningkatlah jenayah.  

“Aku layak menikmati kekayaan ini kerana usaha ku,” kata si kaya.  
“Tapi kau kaya dengan bantuan keringat ku, “ balas si miskin.
Aku yang sejak tadi terus memerhati. Dialog maraton antara si kaya dan si miskin. Taman indah lokasi pertemuan itu ‘terbakar’. Dialog itu meresahkan. Ah, aku jadi rindu pada pertemuan si miskin yang sabar dan si kaya yang syukur… walaupun bukan di sebuah taman.    
“Aku mampu. Aku boleh menukar kereta ku. Tahun hadapan aku akan beli beberapa lagi daripada model terbaru.”
“Kau lihat satu-satunya motosikal cabuk ku. Tahun hadapan ia akan menjadi besi buruk. Di mana simpati dan empati mu?”
Aku diusik untuk berfikir. Pertembungan rasa antara si kaya dan si miskin bukan baru. Ia sudah lama berlaku dalam sejarah peradaban manusia. Dan ia juga turut terjadi dalam sejarah kehidupan Rasulullah dan para sahabatnya. Terbayang semula kisah pengaduan si miskin kepada Rasulullah SWW:

Pada suatu hari, serombongan fakir miskin daripada golongan Muhajirin datang mengeluh kepada Rasulullah SAW, lalu berkata: “Ya Rasulullah! Orang kaya mengaut dan membolot semua pahala sehingga mereka mencapai darjat yang paling tinggi.”

Lantas Rasulullah SAW bertanya: “Mengapa kamu berkata demikian?” Ujar mereka: “Mereka menunaikan solat seperti kami bersolat, mereka pun berpuasa seperti kami berpuasa, mereka bersedekah sedangkan kami tidak bersedekah, dan mereka pula memerdekakan hamba, pada hal kami tidak memiliki kemampuan untuk berbuat demikian.”

Selepas mendengar keluhan golongan fakir miskin tadi, Rasulullah SAW bersabda: “Mahukah aku ajarkan kepada kamu amal perbuatan yang dapat mengejar dan mengatasi mereka dan tidak ada seorang pun yang lebih utama daripada kamu, kecuali orang yang berbuat seperti perbuatan kamu itu?” Jawab mereka dengan bersemangat: “Sudah tentulah, Ya Rasulullah. Kemudian Nabi SAW berkata lagi: “Bacalah Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar sebanyak 33 kali sesudah selesai solat kamu. 

Selepas menerima pesanan Rasulullah SAW, mereka pun pulang ke rumah masing-masing dan terus melaksanakannya. Tidak lama kemudian, golongan fakir miskin pun datang kembali menghadap Rasulullah SAW sambil merintih: “Ya Rasulullah! Saudara kami orang kaya mendengar dan melihat perbuatan kami, lalu mereka pun berbuat seperti perbuatan kami. Maka Rasulullah SAW bersabda: “Kurnia Allah SWT diberikan kepada sesiapa yang Dia kehendaki.” (Riwayat Bukhari) 

Subhanallah, satu kesah yang hebat. Pertembungan antara sahabat yang kaya dan miskin ketika itu bukan kerana hasad dan takbur. Namun kerana ibadah dan jihad. Perlumbaan untuk sama-sama merebut cinta Allah. Si miskin ‘cemburu’ kerana si kaya dapat merebut lebih banyak pahala. Sedangkan si kaya bukan sahaja tidak takbur, malah terus bersaing dengan si miskin dalam memburu.

“Wahai si miskin…, “ laung ku sambil melambai tangan memanggil. Si miskin pun datang, “ada apa tuan hamba? Apakah ada harta untuk diberikan pada hamba?”
“Tidak ada harta. Cuma aku akan ceritakan jalan untuk mendapat pahala.”
Si miskin mencemikkan mukanya.

“Kalahkan si kaya itu dengan sabar mu!”
Si miskin terus memasamkan muka.
“Pergi ke masjid, pergi ke tempat-tempat yang baik,  buatlah kebajikan dengan motosikal mu.  InsyaAllah, motosikal cabuk yang membuat kerja kebaikan dan kebajikan lebih baik di sisi Allah berbanding kereta besar yang membesarkan ego tuannya.”       

“Aku benci pada si kaya yang licik memanipulasi dan mengeksploitasi kaum marhaen seperti kami. Dia mengaut isi, sisa kuah dicampakkan kepada kami. Aku benci pada nepotisme dan kronisme dalam skala mikro dan makro.”

Subhanallah. Si miskin ini bukan orang sembarangan. Dia seorang pejuang rupanya. Tetapi dia pejuang yang marah. 
“Aku boleh kaya kalau rela jadi pembodek. Tapi aku ingin jadi pejuang seperti Che Guevara, tapi bukan sisi komunisnya. Musuh ku sama. Semua kapitalis, jenama agama atau nasionalis!”
“Abu Zaar RA sahabat Rasulullah, juga penentang tegar kemewahan dan pembaziran. Bukan kerana hasad, tetapi kerana jihad. Tegurannya tajam, atas kebimbangannya bahana kekayaan yang boleh merosakkan agama dan cinta Allah.”

“Tuan hamba, lihat sahaja Sang Kapitalis itu… bila terguris sedikit sahaja daripada keuntungannya, kami yang di bawah ini akan jadi mangsanya. Pendapatan kami yang memang sudah sedikit itu yang dikurangkannya.”
“Carilah ketenangan, bukan kesenangan… kualiti jiwa mu bukan kuantiti harta mu,” pujuk ku.  
“Ini sudah takdir. Begitu nasihat tuan hamba?”

“Jangan miskin jiwa, walaupun terpaksa miskin harta. Berjuanglah menentang kemiskinan tetapi jangan hasad kepada si kaya,” balas ku perlahan.
“Rumah kami sempit dan terhimpit sedangkan Si kaya itu terus mengumpul harta dan menambah bilangan tanah.”

“Biarlah. Fikirkan keluasan kubur mu. Jangan disempitkan oleh dosa mu. Luaskan kuburan dengan zikir dan Al Quran.”
Si miskin itu menggeleng-gelengkan kepala. Lalu berlalu dengan berkata, “lawan tetap lawan!
“Duhai Si kaya…” laung ku. Kali ini memanggil si kaya. Dia menoleh angkuh.
“Kau memanggil aku?” jeritnya dari jauh.

Aku mengangguk.
“Apa yang kau mahu? Minta sedekah? Minta derma?” tanya si kaya sebaik sahaja bertemu muka.

“Aku hanya ingin berbicara…” ujar ku pendek.
“Bicara yang produktif sahaja. Aku kesempitan waktu untuk cakap-cakap kosong. Banyak temu janji ku dengan atasan.”

“Aku hanya ingin sembang-sembang tentang kasih sayang dan persaudaraan.”
“Kau dengar cakap ku… Aku kaya kerana usaha ku. Aku ternama kerana pernah susah. Marhaen itu malas dan suka memberontak. Layak mereka miskin dan terhina. Aku tak perlu kasih sayang mereka, yang aku perlu hanya keringat mereka. Itu pun aku membayarnya!”   
“Kekayaan bukan anugerah tapi amanah. Untuk memberi lebih banyak bukan untuk terus menambah dan menambah.”

“Salahkah aku menambah harta? Salahkah aku jadi kaya? Semuanya halal.”
“Halal itu dihisab. Memang tidak salah tetapi fitnah harta sangat berbahaya. ”
“Aku juga faham agama. Aku juga menambah ibadat. Aku juga mencari pahala dengan solat sunat, sering berpuasa, melaksanakan umrah dan berzikir…  ”
“Bagaimana usaha mencari pahala dengan harta mu?”
“Aku pilih ibadah yang tidak pakai modal. Itu lebih menjimatkan. Pahala pun dapat. Duit pun selamat. Solat, puasa, zikir… ”

“Kalahkan si miskin itu dengan ibadat yang mereka tidak mampu buat!”
“Apa dia?”
“Beribadah dengan harta mu… Keluarkan zakat, sedekah, wakaf, tambah gaji pekerja-pekerja mu, bantuan kewangan kepada orang yang memerlukan. Kata Imam Ghazzali itulah ibadah yang utama bagi orang kaya selepas ibadah-ibadah wajibnya. ”
“Tapi ingat aku selalu mengerjakan umrah. Itu pun pakai duit juga…”
“Mari ku ceritakan kesah ini…”

Lalu aku pun bercerita:
“Seorang lelaki bertemu seorang ahli sufi terkenal, Bisyr bin Al Harits untuk mengucapkan selamat berpisah kerana dia hendak mengerjakan ibadah haji buat kali kedua. Dia berkata, “Aku berniat pergi haji. Adakah sesuatu yang hendak engkau sampaikan kepada ku untuk aku lakukan?”

“Berapa banyak wang yang kau siapkan untuk bekalan?” tanya Bisyr.
“Dua ribu dirham.”
“Apa tujuan engkau mengerjakan haji kali ini? Apakah kerana zuhud terhadap dunia atau untuk melepaskan kerinduan kepada Baitullah atau untuk mencari keredaan Allah?”
“Demi mencari keredaan Allah,” jawab lelaki itu tegas.

“Sekiranya engkau dapat meraih keredaan Allah, sedangkan engkau tetap tinggal di rumah mu dengan menginfakkan dua ribu dirham  itu, apakah engkau bersedia untuk melakukannya?” tanya Bisyr.

“Ya.”
“Kalau begitu pergilah dan infakkan wang dua ribu dirham itu untuk menolong sepuluh golongan manusia; seorang yang terbeban oleh hutangnya, lalu engkau bayar hutangnya; seorang miskin, lalu engkau baiki tahap hidupnya; seorang mempunyai keluarga yang ramai anak; seorang penjaga anak yatim , lalu kau gembira anak yatim yang diasuhnya…”


Bisyr menyambung lagi, “Sekiranya hati engkau cukup kuat untuk memberi wang itu kepada seorang sahaja di kalangan mereka, maka berikanlah! Sesungguhnya, perbuatan engkau memberi kegembiraan di hati orang Muslim dengan menolongnya menghadapi penderitaan, membantunya keluar dari kesusahannya dan menolong orang yang lemah, adalah jauh lebih utama daripada ibadah haji seratus kali (setelah haji pertama yang diwajibkan seumur hidup.)”
Biyr bin Harits menambah lagi, “sekarang engkau pergilah dan infakkanlah wang dua ribu dirham itu sepertimana yang aku cadangkan. Atau jika tidak, luahkan sahaja isi hati mu sekarang…”
Lelaki itu termenung  sebentar lalu berkata, “Wahai Abu Nashr (gelaran Bisyru Al Harit), niat untuk ku mengerjakan haji lebih kuat dalam hati daripada semua amalan yang kau ucapkan itu!”

Mendengar jawapan itu, Bisyr tersenyum dan berkata, “Memang, apabila harta diperoleh melalui perniagaan yang kotor atau syubhah, maka hati akan tertarik untuk memenuhi keinginan hawa nafsu dengan menampakkan dan menonjolkan amal-amal soleh (agar diketahui oleh orang ramai). Padahal Allah telah bersumpah demi dirinya sendiri, bahawa Dia tidak akan menerima selain amalan orang-orang yang bertakwa.”
Mendengar cerita itu Si kaya itu menggeleng-gelengkan kepala. Enggan. Lalu dengan keras dia berkata, “Harta ku adalah milik ku dan keluarga ku!” Dan Si kaya yang Takbur dan Si miskin yang hasad pun terus bertempur…

Apakah taman cinta itu akan terus terbakar?