Ahad, 10 September 2017

Muet

Fight between husband and wife ......(both r MA in English literature) instead of resorting to shouting, abusing or physical force... they write poems to each other. .....

                             WIFE:
I wrote your name on sand it got washed..
I wrote your name in air, it was blown away.
Then I wrote your name on my heart & I got Heart Attack.

                           HUSBAND:
God saw me hungry, he created pizza.
He saw me thirsty, he created Pepsi.
He saw me in the dark, he created light.
He saw me without problems, he created YOU.

                             WIFE:
Twinkle twinkle little star
You should know what you are
And once you know what you are
Mental hospital is not so far

                     HUSBAND:
The rain makes all things beautiful.
The grass and flowers too.
If rain makes all things beautiful
Why doesn't it rain on you?

                     WIFE:
Roses are red; Violets are blue
Monkeys like u should be kept in zoo.                              
                Husband :
Don't feel so angry you will find me there too
Not in cage but laughing at you!! 😳😜😜😂

Maki

Kisah Guru di maki hamun seorang lelaki

Seorang lelaki yang berbeza fahaman dengan seorang Guru mengeluarkan kecaman dan kata-kata kasar, meluapkan kebenciannya kepada Sang Guru.

Sang Guru hanya diam, mendengarkannya dengan sabar, tenang dan tidak berkata apa pun.

Setelah lelaki tersebut pergi, si murid yg melihat peristiwa itu lalu bertanya, "mengapa Guru diam sahaja tidak membalas makian lelaki tersebut?"

Beberapa saat kemudian, maka Sang Guru bertanya kepada si murid,
"Jika seseorang memberimu sesuatu, tapi kamu tidak mahu menerimanya, lalu menjadi milik siapa kah pemberian itu?”

"Tentu sahaja menjadi milik si pemberi” jawab si murid.

"Begitu pula dengan kata-kata kasar itu”, balas Sang Guru.

"Kerana saya tidak ambil endah dengan kata-kata itu, maka kata-kata tadi akan kembali menjadi miliknya. Dia harus menyimpannya sendiri. Dia tidak menyedari, kerana nanti dia harus menanggung akibatnya di dunia bahkan di akhirat; kerana aura negatif yang muncul dari fikiran, perasaan, perkataan, dan perbuatan hanya akan membuahkan penderitaan hidup”.

Kemudian, Sang Guru meneruskan kata-katanya, "Sama seperti orang yg ingin mengotori langit dengan meludahinya. Ludah itu hanya akan jatuh mengotori wajahnya sendiri. Demikian halnya, jika di luar sana ada orang yg marah-marah kepada mu... biarkan sahaja… kerana mereka sedang membuang SAMPAH HATI mereka. Jika engkau diam sahaja, maka sampah itu akan kembali kepada diri mereka sendiri, tetapi kalau engkau hiraukan, bererti engkau menerima sampah itu.”

"Hari ini begitu banyak orang di jalanan yang hidup dengan membawa sampah di hatinya (sampah kekesalan, sampah amarah, sampah kebencian, Ego dan sebagainya)…

Oleh itu, jadilah kita seorang yang BIJAK bukan SAMPAH”

Sang Guru meneruskan nasihatnya :

"Jika engkau tak mungkin memberi, janganlah mengambil”

"Jika engkau terlalu sulit untuk mengasihi, janganlah membenci”

"Jika engkau tak dapat menghibur orang lain, janganlah membuatnya bersedih”

"Jika engkau tak mampu memuji, janganlah mengeji”

"Jika engkau tak dapat menghargai, janganlah menghina”

"Jika engkau tak suka bersahabat, janganlah bermusuhan”


Pesanan yg baik...copy paste dr kawan..

KPI

Seorang rakan yang baru setahun balik ke Malaysia, kembali bertugas di sebuah kementerian di Putrajaya bercerita panjang mengenai situasi pejabatnya. Selepas lebih sedekad bertugas di luar negara, mulanya bersemangat untuk berbakti sebelum persaraan.

Dia yang juga berlatar belakang bidang agama sungguh kecewa melihat cara dan sikap kakitangan kerajaan bekerja. Kerja yang boleh diselesaikan seminggu menjadi berbulan kerana kononnya semua prosedur dan amalan yang menjadi budaya!

Ironinya, menurut kawan saya itu, setiap pagi setiap jabatan kerajaan membuat amalan membaca doa seperti ahli syurga semuanya, tetapi bila bab kerja, langsung tidak islamik.

Lebih hipokritnya, solat tidak tinggal, puasa penuh sebulan, tarawih tetap 20 rakaat dan semua menutup aurat, tetapi sikap sewaktu kerja jauh daripada menetapi roh Islam yang sebenarnya.

Solat menjadi ritual dalam islam kosmetik penuh hipokrasi. Tidak hairan kita mempunyai pelbagai masalah, dari kecil hingga besar. Anak luar nikah, dadah, mat rempit, politikus kleptokrat dan para agamawan tidak habis bergaduhan.

Islam yang kita corakkan menghitamkan agama suci yang menjadi agama rasmi perlembagaan semenjak merdeka.

Saya tidak terkejut walau sudah hampir dua dekad tidak bekerja di tanah air. Begitupun, dari pengalaman berurusan dengan banyak jabatan kerajaan, ada kalanya nampak perubahan positif dalam beberapa perkara. Itu pengalaman sedikit sebagai rakyat berurusan dan bukan yang bekerja sebagai kakitangan kerajaan sendiri seperti kawan saya itu.

Sewaktu saya menjadi pengurus besar bawah syarikat penyanyi Cat Stevens atau Yusuf Islam di Dubai, banyak saya belajar mengenai apa yang bernilai 'islamik' dan apa yang hipokrasi daripada seorang yang profesional dan berjaya dalam bidang seni dunia.

Contoh paling kecil, saya memilih warna hijau sebagai warna logo syarikat. Cat Stevens menolaknya dan bertanya, "Apakah hanya hijau warna islamik?"

Pandangan dan kefahaman Islam saya begitu sempit mengikut acuan Melayu Islam yang lebih kepada kosmetik dan ritual. Walaupun sewaktu belajar di New Zealand, sedikit sebanyak memberi impak kepada pemikiran, perlakuan, tetapi suasana di Malaysia mengubah banyak perkara.

Satu pengajaran sewaktu di New Zealand ialah punctuality, menepati masa. Paling terserlah ialah jadual bas. Sentiasa tepat mengikut jadual dan kalau lambat seminit pun pasti tertinggal.

Dari situ menjadi tabiat untuk sentiasa menepati waktu sehingga hari ini dan menepati waktu adalah islamik. Berapa ramai yang menepati waktu, hatta waktu solat lima waktu?

Begitu juga kebersihan dalam setiap sudut, terutama penjagaan tandas dan pemuliharaan alam sekitar. Semuanya bermula dari individu, tanpa perlu segala peraturan dan slogan yang tiada erti apa-apa.

Tak jual 'agama'

Kalau di masjid sendiri tidak selamat dan tidak terjaga kebersihan tandas, apatah lagi di luar masjid.

Agak istimewa di UAE, tiada papan tanda amaran 'Jaga Barangan anda' dan 'Awas pencuri' di masjid-masjid. Pakailah kasut semahal mana, kes kecurian amat jarang. Malah di musim panas, ramai yang tidak menutup enjin kereta untuk bersolat, ke bank atau kedai.

Begitu selamat. Sehingga pihak polis menyaman kenderaan yang tidak ditutup enjin!

Sewaktu bekerja dengan syarikat kerajaan Dubai, satu perkara yang menarik mengenai Dubai itu sendiri tidak menjual 'agama' untuk menarik pelaburan. Motonya, sekiranya bagus untuk bisnes, baguslah untuk Dubai.

Tetapi tidak bererti apa pun boleh walau melanggar agama. Ada peraturan dan batasan. Yang ketara, tidak seperti negara kita yang riuh sekampung sebagai negara Islam tetapi ramai politikus yang memimpin merompak, menyeleweng dana, rasuah, berbohong setiap hari dan meriah dengan pelbagai skandal yang memalukan.

Di UAE, tiada terasa kempen 'islamisasi' atau 'wasatiyyah' kerana Islam tidak pada slogan dan kempen berbau politik. Tentunya, UAE tidak sempurna seperti juga banyak negara, apa yang kita lihat ialah perkara positif dan kesungguhan untuk menjadi lebih baik tanpa mempergunakan agama.

Memang banyak perubahan dalam khidmat jabatan kerajaan di UAE semenjak dua dekad. Kesungguhan untuk memperbaiki khidmat bukan sekadar perhiasan pejabat yang indah dan mahal. Kerenah penjawat awam semakin baik kerana ketegasan pemerintah.

Pertama kali saya disedarkan mengenai etika dan profesionalisme ialah dalam satu perbualan dengan seorang pemandu bas berbangsa Maori di New Zealand. Zaman mahasiswa 80-an. Setelah lama kenal, saya beranikan diri untuk bertanya, kenapa jadi pemandu bas?

Pemandu itu dengan bangga menjawab, "Saya seorang profesional. Ya, walau sebagai pemandu bas, saya berbangga dengan kerjaya saya untuk rezeki halal. Saya memperbaiki dan memajukan diri sendiri dengan belajar apa sahaja mengenai bas, termasuk untuk mekanikal. Saya bahagia dengan kerjaya sebagai pemandu bas!"

Kalau kita pergi ke negara-negara Islam, tidak banyak yang kita boleh lihat Islam selain masjid, pakaian dan solat. Bermula dari lapangan terbang yang jarang efisien dan mesra pelanggan.

Mesir misalnya, di luar pagar Universiti Al Azhar, jauh keadaan realitinya.

Begitu juga di Arab Saudi, malah di Mekah dan Madinah. Bayangkan Arab Saudi tanpa Masjidil Haram, siapakah yang sudi datang dengan sikap orang tempatan secara umumnya. Dan di Masjidil Haram sendiri, kalau tanpa ribuan pekerja menjaga kebersihan, apakah sebersih yang kita lihat?

Arafah dan Mina selalunya dipenuhi sampah sarap dan memerlukan ribuan pekerja. Kalaulah setiap jemaah menjaga kebersihan, tidak perlu ada ribuan pekerja.

60-an yang sekular

Apapun, kita juga mempunyai jumlah penjawat awam yang besar. Besar berbanding jumlah penduduk. Sama juga jumlah menteri kabinet yang besar hanya untuk memenuhi keperluan politik.

Tidak dinafikan, memang ramai penjawat awam kita yang profesional dalam pekerjaan mereka dipelbagai peringkat. Mereka bukan sahaja islamik dalam nilai etika tanpa menjual slogan dan kostum agama, malah menjadi contoh. Terutama di tahun 60-an ke 70-an, ramai yang begitu komited, dedikasi walaupun waktu itu dianggap sekular kerana belum ada islamisasi, wasatiyyah mahupun perjuangan untuk RUU355 dan hudud.

Kita mengharapkan lebih ramai, kalau tidak semua kakitangan kerajaan, yang majoritinya Melayu Islam memahami bahawa Islam bukan sekadar solat, puasa, haji, zakat, tetapi juga etika pekerjaan dengan amanah diberikan.

Cuma contoh yang diberikan para menteri kabinet dari perdana menteri, menteri ke timbalan menteri begitu tidak islamik. Kita boleh lihat menteri menggunakan jentera, aset dan kakitangan kerajaan untuk berkempen walaupun konon-konon bawah tugas rasmi.

Dengar sahaja ucapan mereka di majlis rasmi yang penuh retorik, kempen politik dan menghentam seteru politik. Apalagi menggunakan kenderaan, jentera dan penjawat awam untuk aktiviti parti tanpa rasa berdosa sedikitpun.

Ataupun mereka tidak tahu membezakan antara kerja untuk rakyat dengan kerja untuk parti.

Setiausaha politik dan pegawai khas misalnya, apakah tugas untuk kerajaan atau untuk parti dan bos? Itu satu contoh kecil.

Lantas saya teringat kata-kata Muhammad Abduh, “I went to the West and saw Islam, but no Muslims; I got back to the East and saw Muslims, but not Islam.”

Begitu juga Cat Steven yang menemui Islam (hidayah daripada Allah) melalui al-Quran yang dibacanya bukan melalui orang Islam. Dia tidak pernah jumpa orang Islam lebih dahulu dan setelah mengenali majoriti orang Islam, tidak sama dengan pemahaman dalam ayat-ayat al-Quran!

Maka untuk mengubah dunia, bermula dari diri sendiri dan keluarga, dengan mencari ilmu seperti wahyu pertama, “Bacalah.”

Paling kritikal mengubah negara dan bangsa ialah sistem pendidikan mesti berjaya membina insan bukan sekadar riuh rendah dengan jumlah A demi KPI. Bukan semakin bercambah segala yang islamik (tahfiz, universiti dan bank) tetapi hanyalah pada slogan, kostum, kosmetik semata-mata tetapi negara haru-biru terutama bawah politikus kleptokrat bertaraf cakerawala Islam.

Jumaat, 8 September 2017

الكهف

Marziana:
❤ Istimewanya Al-Kahfi ❤

Mesti anda selalu dengar ni,

_*Orang yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, bawah kakinya akan bercahaya sehingga ke kolong langit. (Mafhum hadith)*_

_*Orang yang membaca/mengamalkan surah al-Kahfi juga akan terhindar dari fitnah Dajjal. (Mafhum hadith)*_

Ha, ini yg selalu disebut-sebut kan?

Persoalannya, apa yang hebat sangat dengan surah al-Kahfi ni sampai boleh lindungi kita dari Dajjal? Takkan baca je dah boleh terhindar? 🤔

Bismillah,

Surah al-Kahfi mengandungi EMPAT kisah utama:

1) Pemuda gua (al-kahf)
2) Pemilik kebun dan rakannya
3) Nabi Musa & Khidir AS
4) Zulqarnain

Setiap satu kisah ini mewakili satu fitnah (ujian) yang dahsyat:

Pemuda gua - fitnah aqidah/iman
Pemilik kebun - fitnah harta
Nabi Musa & Khidir - Fitnah ilmu
Zulqarnain - Fitnah kekuasaan

Guess what? 4 fitnah ni juga yg Dajjal akan bawa di akhir zaman nanti! 😱

Dah mula nampak perkaitan surah al kahfi dengan dajjal?

Di sinilah relevannya  baca surah al-Kahfi boleh menghindarkan diri dr fitnah Dajjal. Sbb surah ni bkn hanya brcerita, tp bg solusinya juga!

Bagaimana?

Fitnah aqidah - bersahabat dengan orang soleh. Para pemuda al-Kahfi saling membimbing satu sama lain. Mereka juga banyak mengingat akhirat

Fitnah harta - mengingatkan diri bahawa dunia tak kekal dan banyak mengingati mati/akhirat

Fitnah ilmu - kena tawadhu'/rendah diri. Walaupun Nabi Musa AS seorang rasul yang mulia, baginda tidak sombong untuk menuntut ilmu dari Khidir

Fitnah kekuasaan - Kena tawadhu' dan ikhlaskan diri, sebagaimana Zulqarnain seringkali mengingatkan dirinya bahawa kekuasaannya ialah dari Allah

Tapi ada yang lagi mind blowing 🙌🏻🙌🏻🙌🏻

Di sebalik 4 kisah dan pengajaran ni, surah al-Kahfi mengandungi tema utama yang lebih dahsyat lagi.

Tema utama surah ini ialah DAKWAH! 😱

Tak percaya? 😅

Bukankah para pemuda al-Kahfi berdakwah kepada sang penguasa yang zalim?

Bukankah si sahabat pemilik kebun menasihatinya agar bersyukur dan kembali kepada Allah? Bukankah itu dakwah?

Bukankah Nabi Khidir membimbing Nabi Musa, seorang murabbi mengajar anak muridnya selayaknya? Bukankah itu juga dakwah?

Dan bukankah Zulqarnain berdakwah kepada rakyat jelatanya, sepanjang pengembaraannya? 💂🏼✨

Rupa-rupanya untuk selamat dari fitnah Dajjal, kita perlu berdakwah. And it makes complete sense! 😬

Setuju tak?

Dengan berdakwahlah, kita dapat menjaga diri kita dan orang ramai dari fitnah-fitnah ini.

Aslih nafsak, wad'u ghairak! 🌹

Orait kita beralih ke fitnah dajjal.

Ada 4.

Fitnah iman, harta, ilmu dan kuasa.

Bagaimana?

Fitnah Iman :
Nanti Dajjal keluar, dia akan mengaku dia Tuhan. Dia tunjuk syurga neraka, hidupkan org mati apa semua.

Fitnah Harta :
Dia akan keluarkan semua khazanah muka bumi, untuk tarik manusia jadi pengikut dia.

Fitnah Ilmu :
Dia akan tunjuk benda-benda yang manusia tak pernah tahu. Dia akan buat benda yang selama ni manusia ingat mustahil.

Fitnah Kuasa :
Dan dia akan jadi makhluk yang paling berkuasa dan bermaharajalela di muka bumi (sebelum Nabi Isa turun membunuhnya).

So dah nampak tak macam mana surah al-Kahfi boleh jaga dan lindungi kita dari fitnah Dajjal? It makes sense right?

Jadi lepas ni, bila baca al-Kahfi, janganlah baca macam tu je. Baca, cuba faham maksud dan paling penting, cuba untuk amalkan!

Sebab semua fitnah Dajjal tu in a way dah ada pun zaman sekarang ni. Cuma taklah dalam skala dahsyat macam fitnah Dajjal.

Kalaulah baca dan amalkan al-Kahfi boleh lindungi kita dari bapak segala fitnah (Dajjal), dah tentu ia boleh lindungi kita dari fitnah fitnah lain!

Maka marilah kita istiqamah dan beriltizam membaca surah al-Kahfi setiap hari Jumaat, dan membaca al-Quran setiap hari. Moga ada barakahnya!

Wallahualam

Have a blessed Jumaat

📋[kepada penulis asal artikel ini dan juga kpd sesapa yang memanjangkan mesej ini 👉🏼 semuga berpanjangan pahala hingga yaumul akhirah. AAmeen.]💞

Khamis, 7 September 2017

Tanah lot Lidi

*Sumber: Laman FB Pejabat Tanah & Galian Negeri Selangor*


*RISIKO BELI TANAH LOT TIADA GERAN INDIVIDU*
*(LOT LIDI / GERAN KONGSI) (SHARE POSTING INI)*


PENGENALAN

Kegiatan menjual lot lidi yang semakin berleluasa berpunca daripada masalah harga rumah yang semakin mahal, tiada ilmu berkaitan dengan urusan jual-beli hartanah dan keinginan untuk membina rumah di atas tanah sendiri. Tinjauan mendapati kegiatan ini sering tertumpu di kawasan pinggir bandar, yang mana sasaran pembelinya terdiri dari penduduk-penduduk kampung, pesara atau keluarga muda. Pejabat Tanah dan Galian Selangor ingin memaklumkan bahawa terdapat banyak risiko yang akan dihadapi kepada pembeli-pembeli lot lidi ataiu geran kongsi.

TAKRIFAN

LOT LIDI :
Sebidang tanah yang mempunyai geran yang sah, tetapi kemudiannya dipecah-pecahkan lot kecil untuk dijual semula dengan tujuan untuk membina rumah.

PEMEGANG AMANAH :
Salah seorang yang melantik diri sendiri atau dilantik oleh pembeli-pembeli lot lidi untuk memegang amanah bagi semua pembeli dan hanya namanya seorang yang didaftarkan di dalam geran.

SURAT PEMEGANG AMANAH :
Surat berupa perjanjian di antara pembeli-pembeli dengan Pemegang Amanah yang menyatakan bahawa Pemegang Amanah akan memegang hak di atas tanah berkenaan. Ia juga dipanggil Surat Ikatan Amanah.

PESAKA :
Prosedur pembahagian tanah kepada waris selepas berlakunya kematian pemilik tanah.

RISIKO BELI TANAH LOT BANGUNAN TIADA GERAN INDIVIDU (LOT LIDI / GERAN KONGSI)

1. Tidak Boleh Dipindah Milik Kepada Pembeli

Sekiranya salah seorang pembeli lot lidi ingin menjual semula lotnya kepada orang lain, tiada prosedur undang-undang yang sah boleh dilaksanakan untuk urusan jual beli berkenaan melainkan mereka terpaksa membuat Surat Pemegang Amanah baru yang memerlukan Pemegang Amanah sendiri untuk melaksanakannya. Sekiranya Pemegang Amanah itu enggan untuk menukar nama atas apa-apa sebab (perbalahan, tiada masa, malas, nyanyuk, sudah meninggal dunia atau sebagainya) maka proses pertukaran nama itu tidak boleh berlaku.

2. Nama Pembeli Tiada Dalam Geran

Dokumen yang menunjukkan anda ialah seorang pemilik di dalam lot lidi hanyalah dengan melalui Surat Pemegang Amanah sahaja. Hanya seorang yang akan menjadi Pemegang Amanah bagi kesemua pemilik-pemilik lot lidi dan nama Pemegang Amanah itu sahaja yang akan didaftarkan di dalam geran. Sebagai contoh jika ada 12 orang pembeli lot lidi di dalam satu kawasan, nama Pemegang Amanah akan tertera di dalam geran sebagai mewakili 11 pembeli yang lain. Pemegang Amanah ini boleh jadi terdiri daripada salah seorang pembeli lot lidi atau boleh jadi juga pemilik asal tanah berkenaan. Hakmilik adalah punca kuasa yang sangat penting di dalam apa-apa urusan tanah. Jika nama tiada di dalam hakmilik, mereka tidak layak untuk berurusan apa-apa mengenai tanah berkenaan walaupun diikat dengan Surat Pemegang Amanah.

3. Tidak Tahu Kedudukan Sebenar Tanah

4. Tidak Boleh Bina Rumah Secara Sah Di Atasnya

Lot lidi lazimnya ialah lot yang bersyarat pertanian. Membina rumah di atas lot bersyarat pertanian adalah kesalahan serius seperti yang termaktub di dalam Seksyen 125 Kanun Tanah Negara. Anda akan dikenakan denda atau tanah anda boleh dirampas.

5. Tidak Boleh Digadaikan Kepada Bank Untuk Mendapatkan Pinjaman

6. Tidak Boleh Diwariskan Kepada Waris Apabila Pembeli Meninggal Dunia

Ini adalah risiko terbesar yang perlu dihadapi oleh pemilik-pemilik lot lidi. Jika Pemegang Amanah meninggal dunia, pembeli-pembeli lot lidi bolehlah diibaratkan seperti layang-layang terputus tali. Memang benar mereka boleh melantik Pemegang Amanah yang baru, tetapi prosedurnya bukanlah semudah seperti yang disangka. Anda akan berhadapan dengan ketidaktentuan, prosedur pesaka yang rumit, masa yang lama, kos yang tinggi dan kemungkinan berlaku perbalahan yang berpanjangan.

7. Tanah Masih Menjadi Hak Pemilik Asal

8. Tidak Layak Dapat Pampasan Jika Tanah Diambil Oleh Kerajaan

Jika Kerajaan berhasrat untuk membuat pengambilan di atas tanah berkenaan kerana sebab-sebab tertentu, pembeli lot tidak mempunyai apa-apa hak untuk menuntut pampasan daripada Kerajaan. Hanya Pemegang Amanah yang akan dipanggil untuk sesi pendengaran malah wang pampasan akan diberikan kepada Pemegang Amanah sahaja. Pembeli-pembeli lot perlu berurusan dengan Pemegang Amanah untuk membahagi-bahagikan wang pampasan.

9. Tidak Boleh Dipindahmilik Kepada Waris

Oleh kerana nama pemilik-pemilik lot lidi tidak didaftarkan di dalam geran, waris-waris si mati tidak boleh memulakan prosedur pesaka kerana secara teorinya tanah berkenaan adalah milik Pemegang Amanah.

10. Terdedah Kepada Unsur-Unsur Penipuan Dan Perbalahan

JANGAN TERPEDAYA DENGAN KATA-KATA PENJUAL LOT LIDI SEPERTI :

1. Akan membuat tukar syarat atas tanah itu selepas semua lot habis dijual.
2. Akan mengemukakan pelan pembangunan kepada pihak berkuasa.
3. Akan pecahkan lot secara betul menggunakan juruukur berlesen pada masa akan datang.
4. Sempadan lot lidi akan ditanam dengan batu sempadan.
5. Nama akan ditukar secara automatik jika Pemegang Amanah meninggal dunia.
6. Tidak akan ada masalah kerana ada Surat Pemegang Amanah.
7. Lot lidi adalah sah dari segi undang-undang.

PTGS menasihatkan supaya mengelakkan diri dari terlibat dengan pembelian lot lidi. Biarlah membeli tanah atau rumah yang mahal sedikit asalkan mengikut lunas undang-undang kerana ia akan membantu sekiranya terdapat masalah-masalah pada masa akan datang. Adalah dikhuatiri kediaman idaman anda yang sepatutnya memberi keselesaan kepada keluarga dan boleh diwariskan kepada anak-anak akan berakhir dengan kerugian yang besar, perbalahan keluarga dan penyesalan di kemudian hari.