Selasa, 31 Oktober 2017

Tutor

Psyarah Tutor bukanlah org yg boleh claim 100% terhadap kecemerlangan pelajarnya.

Kerana kejayaan seseorang pelajar bukanlah hasil dari didikan kita saja. Tp ada sentuhan dari psyarah kuliah, rakan pelajar, usaha ibu bapa yg sentiasa mencari yg terbaik utk anak2... doa.

Dan sudah pasti hasil dari usaha pelajar itu sendiri yg melipatgandakan usaha mereka untuk berjaya. *Independent learning* not senduk feed

Namun, seseorang psyarah tutor itu mungkin org yg menjadi pencetus utama kebangkitan seseorang pelajar yg lemah. (Ada byk faktor kenapa pelajar tu lemah subjek kita... biasanya tak minat... walaupun bijak... )

Mungkin ada pelajar yg lemah yg tak boleh tumpu perhatian di kuliah, atau susah nak faham, setelah dtg belajar dgn psyarah tutor itu, beliau mula nampak dan faham konsep sebenar sesuatu topik,

 akhirnya mula dpt improve setelah mula faham dgn jelas konsep penting sesuatu topik.

Dan setelah dia mula faham, dia mula rasa minat, dan akhirnya dia mula rajin buat latihan utk subjek itu. Dan akhinya markah beliau pun meningkat dan terus meningkat.

Jadi, psyarah tutor yg hebat adalah seseorang yg mencetus kebangkitan anak didiknya!

Sekian ulasan dr seorang psyarah tutor cabuk yg sentiasa cakne dgn *independent learning*

Isnin, 30 Oktober 2017

Mati

Marziana:
● Pada umur 20 tahun "di luar negeri" dan "kampung halaman ". Tiada beza (Tidak kira di mana pun anda boleh menyesuaikan diri)

● Pada umur 30 tahun, "siang" dan "malam " tiada beza. (Tidak tidur satu malam pun tidak mengapa)

● Pada umur 40 tahun, "berpendidikan tinggi" dan "berpendidikan rendah" tiada beza. (Kadang2 yang berpendidikan rendah mungkin lebih mewah, atau kaya)

● Pada umur 50 tahun, "cantik" dan "hodoh" tiada beza. (Walau bagaimana cantik pun semuanya sudah luntur, kendur di makan usia.)

● Pada umur 60 tahun, "Pegawai tinggi" dan "pegawai rendah" tiada beza. (Sama sama sudah pencen, taraf dan status sama saja)

● Pada umur 70 tahun, "rumah besar" and "rumah kecil" tiada beza. (Gout, penyakit tua, tdk boleh jalan, banyak duduk dan baring saja)

● Pada umur 80 tahun, "banyak duit" and "tiada duit" sama saja. (Gigi sudah tiada,  banyak makanan tidak boleh makan)

● Pada umur 90 tahun, "lelaki" dan "perempuan" tiada beza. Dua2 pun tiada tenaga.

● Pada umur 100 tahun, "tidur" dan "bangun" tiada beza. (Lepas bangun tidak tau apa mau buat)

Jangan memarahi atau berdendam dengan sesiapa, tempuhilah hidup ini dengan seadanya dan gembira. Suatu hari nanti kita semua sama saja 👌

Ok, itu dari apa yang ditulis di atas, mana pergi segala yang mahu kita bangga kan?

Segala nya hanya persinggahan sementara cuma dalam usia kita. Sampai masa, hanya kain putih tidak berjahit menjadi pakaian, mengiringi mu hanya iman dan amalan..

Pembaris

Marziana:
Seorang Guru membuat garisan sepanjang 1m di papan tulis, lalu berkata :
"Anak2, cuba pendekkan garisan ini!"

Anak murid pertama keluar ke depan, ia menghapus 20 cm dari garisan itu menjadi 80 cm.

Guru mempersilakan anak murid ke 2. Ia pun melakukan hal yang sama, sekarang garisannya tinggal 60 cm.

Murid ke 3 & ke 4 pun  ke depan dn melakukan hal yang sama, hingga garisan itu tinggal 20 cm.

Terakhir, seorang murid yang bijak  ke depan. Ia tidak mengurangi garisan yang sudah tinggal 20 cm, namun membuat garisan baru sepanjang 120 cm, lebih panjang dr garisan yg pertama.

Sang Guru menepuk bahunya,  "Kamu memang bijak, untuk membuat garisan itu menjadi pendek, tak perlu menghapusnya, cukup membuat garisan lain yg lebih panjang, maka garisan pertama akan menjadi lebih pendek dgn sendirinya.

Untuk menjadi yang terbaik tak perlu menjatuhkan, menyingkirkan atau menghina pihak lain. Cukup lakukan kebaikan yang lebih baik secara konsisten.

Biarkan waktu yang akan membuktikan kualiti kita.

Permata akan tetap bersinar meskipun terpendam dalam lumpur yang gelap.

Kematian

*WAJAH KEMATIAN*

Pesan ulama, salah satu cara untuk mengingatkan diri kepada kematian ialah dengan mengenangkan saudara, sahabat atau kenalan terdekat yang telah meninggal dunia. Bayangkan wajah mereka. Kenangkan detik-detik terakhir bersama mereka. Dulu dia yang ada di sisi, kini tiada lagi. Itu sesungguhnya akan menginsafkan.

Pesan ulama itu lagi, “jika mereka telah pergi, resapkan ke dalam hati mu sendiri bahawa kau juga pasti menyusul. Ingat mati itu ‘zikir yang senyap’. Apabila hati semakin keras, keinginan dan godaan untuk melakukan dosa kian membuak-buak, ingatlah mati... hati mu akan lembut kembali.”

Bila direnung wajah kematian, terasa sangat aneh dan misteri. Betapa ada insan yang dirasakan akan hidup lama, tetapi mati dengan tiba-tiba. Dan betapa ada insan yang dijangka tdk mempunyai harapan lagi, tetapi mampu terus bertahan dan hidup lebih lama. Cerita mati, cerita yang misteri. Detik tibanya ajal adalah rahsia seni Ilahi. Terlindung, tanpa dapat ditebak. Tersembunyi, tanpa dapat diagak Itulah wajah kematian pemutus segala  kelazatan mencantas impian dan harapan.

Stroke star

*MENGENALI STROKE*

Dalam suatu majlis keramaian, seorang suami  datang bersama isterinya, dan  tiba2 si isteri tersandung dan jatuh. Si isteri bangun semula dan meyakinkan semua org bahwa dia okey , hanya tersandung kaki sendiri kerana sepatu barunya.
Si isteri dan suami tetap berada di dalam majlis sehingga tamat.

Pada pagi hari berikutnya, si suami memaklumkan kepada beberapa kenalan yg turut berada di dalam majlis pada malam sebelumnya yang isterinya telah meninggal dunia pada jam 6.00 pagi, sewaktu mendapatkan rawatan di klinik. Si isteri rupanya telah diserang stroke sewaktu di majlis tersebut.

Seorang Neurologist menyatakan, bahwa mangsa stroke dlm 3 jam pertama serangan dpt sembuh sepenuhnya (in shaa Allah), jika dapat  dikenali simptom serangan stroke dan mangsa diberi rawatan awal. Sebaiknya dalam tempoh 3 jam selepas simptom stroke disahkan bagi mengelakkan kerosakkan saraf yang berkekalan

*CARA MENGENALI SIMPTOM STROKE*

Mengingati dan memahami maksud *S - TA - R* :
Para doktor menyatakan orang terdekat dengan seeorang yang dikhuatiri menghadapi serangan stroke akan dpt mengenalpasti stroke telah berlaku dgn menanyakan 3 perkara kepada  yang mudah.

Ingat 3 langkah *"S-TA-R"* (atau BINTANG) , iaitu :

1 - *S*: SMILE
Minta mangsa utk senyum.
Kalau pipi atau bibir senget atau miring, maka ada kelumpuhan saraf. Ini adalah satu tanda gejala stroke.

2 - *TA*: TALK
Minta mangsa utk berbicara ungkapan yang singkat, contohnya: Hari ini hari Selasa atau apa saja.
Kalau nada atau 'telo' jawapannya agak pelat atau kedengaran agak asing bunyinya, ini juga satu tanda gejala stroke.

3 - *R* : RAISE BOTH ARMS
Minta mangsa untuk mengangkat kedua-dua belah tangan.
Kalau tidak mampu mengangkat tangannya, bererti ada kelumpuhan saraf. Ini juga satu tanda gejala stroke.

*Jika ada salah satu gangguan yang ditemui ketika melakukan 'S-TA-R' ini, segeralah mendapatkan rawatan dan ceritakan keadaan ini kepada petugas perubatan.

Cara lain untuk mengenali stroke adalah dengan meminta si mangsa menjulurkan lidahnya.
Jika "bengkok" dan menyimpang ke satu arah, ini juga merupakan suatu tanda gejala stroke.

Jika anda dpt mengirimkn WA ini kepada 10 orang, mungkin paling tidak satu nyawa akan dapat diselamatkan, dengan izin Allah. Kita tidak tahu bila ahli keluarga, rakan taulan atau orang di sekeliling kita yang mungkin terkena serangan stroke suatu hari nanti.

*Jadikanlah ini satu pengetahuan semoga bermanfaat bagi kita bersama.*