Selasa, 5 Disember 2017

PPSR

Cikgu, PPSR tu apa? Risau la akak, anak akak Tahun 6 tahun depan. Kenapa kerap benar silibus bertukar? Macam mana ni cikgu nak hadapi? Kesian anak-anak kami jadi tikus makmal. Asyik jadi bahan eksperimen sahaja.

Baik. Kau orang tenang-tenang sahaja. Yang nak exam, anak kau. Bukan kau. Lagipun cikgu Korea kau ni takkan biarkan kau orang dalam dilema. Aku jelaskan satu-persatu.

Benda ni, kami dah 'run' lama dah. Sejak KSSR diperkenalkan pada 2011. Tahun ini, KSSR Semakan pula diperkenalkan. Silibus baru yang padat dan tinggi arasnya.

Namun, baru tahun ini kerajaan perkenalkan pada umum. Baru tahun ini result keputusan UPSR bukan sekadar sekeping slip semata-mata, bahkan ada satu fail pencapaian murid bersama-sama.

Tahun ini kita dah mula sebenarnya, namun secara tidak rasmi. Secara rasminya tahun depan.

Silbus baru lagi. Anak kami jadi eksperimen lagi. Kesian anak kami, cikgu.

Tidak. Silibus tidak bertukar. Masih kekal silibus terbaru, KSSR Semakan yang murid Tahun 1 dan Tingkatan 1 guna tahun ini. Silibus itu akan dibawa ke tahun dua dan tingkatan dua tahun depan.

UPSR macam mana cikgu? Ada ke mansuh? Kalau ada formatnya macam mana?

Format Peperiksaan UPSR tak berubah pun. Cuma keputusan UPSR tu bukan slip UPSR sahaja. Ia merangkumi semua penilaian. PPSR ini gabungan penilaian PBD, Psikometerik, PAJSK dan PP (UPSR).

Daripada keputusan PPSR nanti, senang ibubapa dan guru-guru nak lihat kecenderungan anak-anak kita nanti.

Secara tak langsung, bilamana ada ujian pajsk, psikometrik dan semua ni , guru boleh lihat kcenderungan murid dalam skill mana. Bila kenal kecenderungan, mudah ibu bapa dan guru mengasah bakat sedia ada mereka.

Kalau anak saya tidak aktif sukan akan mempengaruhi result dia ke cikgu? Kalau anak saya gemuk mempengaruhi juga ke?

Betul. Walau anak kau dapat 6A dalam komponen Upsr, tapi keputusan PAJSK, Psikometrik dan PBD tak seberapa, aktiviti Koko pula selalu tak hadir, tak banyak sumbangan diperingkat sekolah, daerah mahupun negeri, Ujian SEGAK tak buat, tahap kecergasan tak memuaskan, semua itu akan mempengaruhi keputusan PPSR. PBD (pentaksiran bilik darjah) adalah pentaksiran untuk semua mata pelajaran yang diambil oleh murid. Bukan hanya subjek UPSR sahaja.

Faham ke tak ni? Senafas aku tulis tu.

Cikgu, cikgu! Ni buat saya risau ni. Anak saya gemuk. Rendah la markah dia nanti.

Kau bawalah anak-anak bersenam setiap hujung minggu. Jaga pola pemakanan dia dengan  lebih teratur. Kan bagus tu. Satu keluarga sihat sebab anak nak ambil PPSR.

Tapi cikgu, anak saya ni ada penyakit. Tak boleh kena panas. Tak boleh bergerak. Tak boleh berpeluh. Macam mana cikgu? Kesian la dia, nanti markah dia rendah.

Pulak dah. Macam-macam betul anak kau ni. Baik, dengar sini.

Aktif ni bukan sahaja dari segi sukan bola sepak, ragbi atau olahraga. Dari segi aktiviti ko-akademik pun termasuk juga. Contohnya permainan catur, setem dan felatelli, kesenian dan kebudayaan (pantun, dikir barat, nasyid, boria ), seni visual, sahiba dan lain-lain.

Jika murid tidak mampu untuk bersukan yang lasak, minta mereka fokus pada aktiviti ko-akademik. Kalau itu pun mereka tak mampu, terimalah keputusan yang sedikit rendah.

Dah itu keupayaan anak-anak kita. Terimalah dengan rela. Asah lagi bakat mereka yang boleh kita asah. Sentiasa suruh mereka ke depan dalam setiap pertandingan dan program sekolah.

Didik anak dari rumah lagi. Pupuk kecenderungan mereka. Jangan harap semua benda cikgu nak bagi tumpuan pada anak kau orang. Senang bila kat sekolah nanti cikgu tahu dah apa kelebihan anak-anak kita.

Jadi, apa kesimpulan cikgu?

Tak payah nak simpul-simpul sangat lah. Berbelit nanti. Terus terang aku kata, PPSR ini satu penilaian yang lebih telus dan menyeluruh. Satu penambahbaikan yang bagus dari pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.

Wakaf

السلا م عليكم ورحمة الله وبركاته
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
TANYALAH USTAZ TV9(Da'i Izzhar&Ustaz Mohammad Zarifi Mohammad Daud)
Tajaan CIMB ISLAMIC
*KEHEBATAN WAKAF*
••••••••••••••••••••••••••••••
Allah berfirman belanjakanlah dan dermakanlah rezeki sebelum ajal kerana ada sekelompok manusia yg kata tolong tangguh ajal kerna nak bersedekah kerana dgn bersedekah akan menjadi org yg soleh.
Wakaf ialah sedekah jariah.
Bila mati anak adam terputus semua amalan kecuali:
1)Sedekah jariah(wakaf)
2)Ilmu yg bermanfaat yg diajarkan kepada org lain
3)Doa anak² yg soleh.

WAKAF ADALAH HARTA MILIK KITA DAN HARTA ITU HANYA BOLEH DIGUNAKAN OLEH ORG RAMAI ATAU DINIATKAN UTK KEGUNAAN MASYARAKAT.
Harta wakaf juga bermakna harta yg telah beralih kepada milik Allah.
Selama mana harta itu dimanfaatkan,selama itu jugalah pahalanya masuk dalam akaun akhirat walaupun kita sudah meninggal.

ADAKAH DGN BERWAKAF DAPAT MENYUCIKAN HARTA?
Ada juga para ulamak kata dgn berzakat dapat menyucikan harta dan ada juga para ulamak kata dgn berwakaf serta sedekah juga dapat menyucikan harta.
Harta haram tidak dapat menyucikan harta.
Berilah sedekah dgn harta yg paling kita sayang kerana inilah yg akan menjadi saham kita di akhirat.

APA BEZA WAKAF,INFAK DAN SEDEKAH DAN MANA YG LEBIH TINGGI DARJATNYA?
Harta dan rezeki yg kita ada ini ia adalah milik Allah.
Kita hanya meminjam sahaja.
Yg memberi rezeki adalah Allah.
Rezeki ini bila² masa Allah boleh beri dan bila² masa Allah boleh tarik semula.
Infak,wakaf dan sedekah ini hukumnya sunat.
Zakat adalah wajib bila cukup utk dizakatkan.
Infak,sedekah dan wakaf ialah utk kita mendekatkan diri pada Allah.
Org yg bersedekah dgn ikhlas akan dapat naungan di akhirat.
Sedekah utk membantu org lain.
Dgn membantu akan membuang ego.
Jangan cuma nak kaya seorang kerana islam tak ajar kita kaya seorang.
Islam ajarkan kita dgn banyak memberi dan membantu org lain.

BOLEHKAH SAYA WAKAF TANAH UTK TANAH PERKUBURAN UTK ORG YG TELAH MENINGGAL DUNIA?
Harta atau tanah itu mesti milik kita baru kita boleh wakafkan.
Imam Nawawi kata dibenarkan dan akan sampai pahala jika diniatkan dgn nama arwah.
Wakaf tunai adalah wang yg dikumpulkan dan hasil duit itu dibeli tanah dan diwakafkan utk tanah perkuburan.
Kita selalu fikir nak wakaf kena ada tanah,ada bangunan baru boleh berwakaf dan sekarang lebih mudah nak berwakaf dgn wakaf tunai.
Di CIMB ISLAMIC ada program wakaf tunai rm10 utk dikumpulkan utk dibuat wakaf.

BOLEHKAH WAKAF TUNAI DGN CARA POTONGAN GAJI?
Ya ...boleh
Ini utk memudahkan kita utk berwakaf.
Wakaf tunai hukumnya adalah harus.

BOLEHKAH JUAL TANAH YG SUDAH DIWAKAFKAN KERANA KITA MEMERLUKAN WANG UTK ANAK² YATIM?
Wakaf harta bermakna harta itu sudah menjadi milik Allah dan bukan milik kita lagi.
Bila dah berwakaf bermakna sudah tidak boleh dijual.
Marilah kita sama² mencari bekal utk dibawa ke akhirat.
Kita kena kejar harta dunia utk dimanfaatkan utk bekalan akhirat.

BAGAIMANA KITA BERWAKAF TAPI KITA MASIH ADA HUTANG,MANA YG KITA NAK DAHULUKAN?
Wakaf hukumnya sunat dan membayar hutang hukumnya wajib.
Syarat wakaf adalah harta sendiri,baligh dan berwakaf dgn kehendak sendiri bukan paksaan.
Boleh berwakaf dan dalam masa sama selesaikanlah hutang.
Jiwa org berhutang tergantung sehingga hutang itu dijelaskan.

APA YG AKAN TERJADI PADA ORG YG BERWAKAF YG TELAH MENINGGAL DUNIA DAN ANAK² MENGUNGKIT HARTA WAKAF ITU?
Perlu beri kefahaman pada anak² bahawa berwakaf akan beri pahala kepada arwah.
Sampai hari kiamat arwah dapat pahala dan pahalanya tidak akan berkurang walaupun sedikit.

DUIT DARI INSURAN KONVERSIONAL, BOLEHKAH BELI TANAH UTK DIWAKAFKAN?
Duit haram tidak boleh digunakan utk diri sendiri.
Org yg dapat duit haram mesti bertaubat nasuha,berazam tidak akan ulangi perbuatan tersebut dan duit itu mesti diserahkan kepada Baitulmal utk tujuan buat longkang dll.

SEDEKAH YG TERBAIK ADALAH SEDEKAH WAKTU KITA SIHAT,WAKTU SENANG.
SEDEKAH YG TERBAIK JUGA SAAT KITA TAKUT JADI MISKIN DAN SAAT KITA BERANGAN~ANGAN NAK JADI KAYA...SEDEKAH WAKTU INI TINGGI PAHALANYA DISISI ALLAH.
JANGAN TUNGGU NYAWA SUDAH SAMPAI DIHALKUM BARU NAK BERSEDEKAH KERANA WAKTU ITU SUDAH TIDAK BERGUNA LAGI.

SESUATU YG DAH DIWAKAFKAN TAPI TIDAK DIGUNAKAN(cth sekolah yg tak digunakan atau surau yg tak digunakan)BOLEHKAH DIAMBIL SEMULA DAN DIJUAL?
Surau atau tanah itu boleh dijual dan digantikan dgn tanah atau surau lain.
Pewakaf tetap akan dapat pahala dan mesti merujuk kepada pakar syariah utk beri pandangan dgn perkara ini.

ORG YG BIJAK ADALAH ORG YG SENTIASA  INGAT MATI DAN SENTIASA MENCARI JALAN UTK CARI BEKALAN SELEPAS MEREKA MENINGGAL DUNIA.

BOLEHKAH WAKAF AL~QURAN DAN DITULIS NAMA KELUARGA KITA DIDALAMNYA?
Boleh nak wakaf Al~Quran dan pastikan berwakaf dgn pihak yg betul supaya Al~Quran itu sampai pada tempat yg betul.

APAKAH DERMA DARAH DAN ORGAN ITU JUGA WAKAF?
Ini adalah sedekah jariah.
Ini juga dimuliakan dalam agama kerana kita telah membantu org.

NABI AJARKAN DOA INI YA ALLAH BERIKANLAH KAMI ILMU YG BERMANFAAT,REZEKI YG BAIK DAN AMALAN YG DITERIMA.
ALANG² KITA MENGGUNAKAN HARTA BIARLAH HARTA KITA INI MEMBERI PAHALA.

#InShaaAllah_Aamiin
#BiarTahuJanganKeliru

Poligami

Tazkirah dhuha

Cnp

POLIGAMI - JANGANLAH CEPAT SANGAT JADI SKEPTIKAL!

(Posting abam ni mungkin x dpt byk like, x de ramai share. Maklumlah, posting abam ni sokong poligami dan hentam puak yg hentam poligami. Tapi abam pedulik hapa. Berkata benar walaupun pahit!)



Dengar ada lelaki kahwin lebih je, mulalah ayat

"laki tu x setia!"
"laki gatal!"
"mementang bini dah tua, nak carik baru!"

Dengar ada isteri yg sudi dimadukan je, mulalah ayat

"kesian pompuan tu. Makan hati!"
"isteri tu bodoh, bagi suami carik lain!"
"takut kena cerai la tu, sbb tu bg laki kawen lain!"

Dengar ada wanita sudi jadi isteri kedua @ tiga @ empat je, mulalah ayat

"gatal sgt betina ni!"
"dah xde org bujang ke?"
"perampas!"

APALAH BODOHNYA MASYARAKAT MELAYU MALAYSIA INI?



Meh sini abam nak bagi cerah sikit kepala otak yg berkarat sgt dgn drama pukul 7 TV3 tu -

1) poligami ni ALLAH BAGI. Siap ada dalam Al Quran, bukan setakat hadis tau! Bukanlah maksudnya poligami tu wajib tapi ianya DIBENARKAN OLEH ALLAH. Belajar agama x memasing?

2) "poligami x salah tapi yg salahnya org yg berpoligami!"

Ini pelik. Cukup pelik.

Meh abam tanya -

Kemalangan jalanraya makin tahun makin bertambah. So kenapa x kata je "jangan memandu @ menunggang la! Eksiden nnt!" pastu semua pakat naik LRT belaka. Ada?

Atau kalau kita kaji statistik, penceraian di kalangan perkahwinan monogami adalah 5 ke 25 kali ganda LEBIH TINGGI berbanding penceraian pasangan poligami. Malah statistij jabatan agama juga menyaksikan kes dera isteri banyaknya berlaku dalam rumahtangha monogami. Jadi KENAPA NAK KAHWIN? Tak payah kahwin la..sbb nnt cerai. Betul x?

"itu lainnn.."

Lain kejadah apanya? Alang² nak pukul rata, pukul rata semua sekai la! Mana boleh sekerat²!

3) "kenapa perlu poligami? Org bujang banyak je.."

Ini namanya JODOH la der. Mmg la kita boleh usaha utk carik jodoh sendiri, tapi bukan korg xtau yg jodoh ni ialah sesuatu yg BUKAN KUASA KITA. Alah, abam bagi contoh la - korg bercinta bagai nak rak dgn A, alih² 4 tahun kemudiannya korg kawen dgn B. Nak citer apa?

Selagi perkahwinan tersebut di dalam pengetahuan isteri pertama, dan direstui keluarga masing², apa masalahnya?

Dun worry la der..negara kita ada undang². Bukan semudah tu je na kahwin dua atau lebih. Mahkamah syariah akan tentukan kelayakan si lelaki tu nak kahwin lebih dan sebagainya. Dr segi kewangan, tanggungan dll..banyak benda yg akan ditentukan. Risau apa?

4) "eleh, tu kalau dapat izin. Banyak je yg kahwin senyap² kat siam.."

Banyak tu berapa banyak? Ada statistik? Dan x semua perkahwinan kat siam tu disebabkan mereka kawen lari! Kawen kat siam tu haram ke? Takk..ianya ttp SAH. Cuma sekali lg, JANGAN PUKUL RATA. Ada faham?



Ni abam tgk, yg laki pun sama naik jugak mengutuk. Konon² nak jd hero wanita la tu. Eleh, korg xyah poyo la. Ni abam nak tanya - laki org yg kerja opis belaka tu, ada x skandal dgn pompuan satu opis? X kira la anak dara ke bini org ke (jgn xtau, bini org ni lg kuat merenyamnya tau x!). Jangan nak bohong abam la. Jangan nak bohong, dan jangan acah² suci. Korg pk, skandal tu lg mulia dr poligami ke?

Maka kat sini abam nak pesan, jangan la acah² poyo sgt hentam org yg poligami. Doakan yg baik² sudah la. Doakan je rumahtangga mereka tu bahagia dan sebagainya. Rasulullah pun pesan, kalau xde perkataan yg baik utk diucapkan, LEBIH BAIK DIAM. Korg ni nak ikut Nabi ke atau nak terus menyondol mcm babi? Sori la..abam kasar sikit.

Dah. Abam malas nak membebel dah pasal poligami ni. Korg bukannya budak kecik. Paling utama, JAGA RUMAHTANGGA KITA DULU. Xpayah nak sibuk sgt dgn jodoh dan rumahtangga org.

Depa poligami, dapat pahala. Korg mengumpat mengutuk ni, rasanya dapat pahala ke dapat dosa? Fikir sebaiknya, okeh?



P/s - abam tunjuk gambar keluarga abam bukan nak poyo tunjuk yg keluarga abam ni bahagia gila. Kami bahagia seadanya, dan kunci kebahagiaan kami ialah kami x ambik port rumahtangga org lain. Kami fokus jaga rumahtangga kami je. Itu lebih elok.

Tu je la bebelan abam petang ni. Abam x kisah korg nak like ke nak share ke nak bahan ke nak kecam ke, yg penting BERFIKIR BERPANDUKAN IMAN BUKAN BERPANDUKAN TEMBOLOK DAN EMOSI. Adiossss!

Fais Al-Hajari
Lebih baik poligami dari selingkuh.

رضا الله

As Salaam..

Renungan

4 Amalan agar mudah mencapai Redha Allah SWT

Berkata Syeikh Sya’rawi Rahimullah :

"Pertama : Bila kamu nampak semut, maka janganlah kamu membunuhnya. Carilah dengan itu wajah Allah, semoga Allah mengasihani kamu sebagai mana kamu mengasihaninya. Kamu ingatlah bahawa ia bertasbih kepada Allah, maka jangan engkau hentikan tasbih ini dengan membunuhnya".

"Kedua : Bila kamu nampak burung sedang minum air dari kolam, maka janganlah kamu lalu di sebelahnya sehingga menakutkannya. Biarkan ia dengan perasaan yang aman. Engkau carilah dengan itu redha Allah, semoga Dia mengamankan kamu pada hari di mana, nyawa telah sampai di tenggorok".

"Ketiga : Bila kamu hendak mengalihkan kucing yang sedang mengganggu di tengah jalan, elakkan dari membuatnya terkejut. Carilah dengan itu redha Allah. Semoga Allah memelihara engkau dari kematian yang mengejut".

"Keempat : Bila engkau terpaksa membuang sisa atau baki makanan, jadikanlah niat engkau hendak memberi makhluk lain makan. Carilah dengan itu redha Allah. Semoga Allah mengurniakan engkau rezqi dari jalan yang tak disangka".

"Bila engkau berniat menyebarkan perkataan-perkataan ini, niatkanlah dengannya kebaikan, semoga Allah melepaskan engkau dengannya kesusahan dari kesusahan dunia dan akhirat".

"Oleh itu buatlah kebaikan walau sekecil mana pun kerana engkau tidak akan tahu amalan mana yang dapat memasukkan engkau ke Syurga Allah SWT yang seluas langit dan bumi".

- Tuan Guru Ust Dr Haron Din.

Wallahualam..

Semoga bermanfaat.

Cara betul madu

PUNCA MINUM MADU TAK JADI UBAT

Dr Hisham bin Hashim, seorang herbalis dan gemologis memaklumkan petua bukan sekadar apa yang difikirkan sebagai tinggalan orang dulu-dulu. Petua itu sebenarnya adalah daripada Rasulullah SAW.

Mengamalkan pemakanan sunnah sepatutnya memberi kesan yang cukup baik. Antara makanan sunnah adalah habbatus sauda, madu lebah dan minyak zaitun. Tapi mengapa pemakanan yang disebutkan dalam al Quran mahupun hadis dengan kesan penyembuhan ini tetap tidak memberi kesan penyembuhan dalam diri seseorang?

Maka itu, perlunya petua dirujuk kembali. Kerana antara petua dan ilmu itu, petua juga sama penting. Andai ada ilmu yang banyak sekalipun, tanpa cara betul mengamalkan petua, Petua tetap tidak menjadi ubat.

Madu lebah mempunyai kesan penyembuhan yang hebat. Yang mana lebah-lebah akan bekerja mengumpulkan nektar dengan berpandukan wahyu Allah. Haiwan kecil ini menggunakan laluan pergi dan balik seperti yang Allah arahkan. Punyalah hebat ciptaan Allah ini.

Setiap nektar yang mahu dimasukkan ke sarang lebah itu pun ditentukan dahulu kualitinya oleh Ratu Lebah. Hanya yang terbaik saja yang lepas. Malah ketika nektar mahu dimasukkan ke dalam sarang, setiap makhluk berzikir. TAPI KENAPA BILA KITA MAKAN TETAP TAK JADI UBAT?

Ini kerana apa yang kita amalkan itu tidak betul caranya. Memakan madu untuk tujuan penyembuhan perlu ada cara dan waktu makan yang tepat mengikut jenis-jenis penyakit yang mahu dirawat.

“Sebab Allah cipta alam ini ada gelombangnya yang tersendiri. Ada elektro magnetnya. Allah jadikan bumi ini tidak terpisah. Jika anda jumpa kunci pembukanya (orang yang nak buka) untuk penyakit. Frekuensinya kena betul, insyaallah madu akan menjadi ubat.”

Sebelum Ambil Madu, Betulkan Dulu Cara Hidup Anda

Sekiranya seseorang betulkan cara hidup, dia hampir-hampir tak perlu makan ubat. Ini cara betulkan kembali ‘way of life’ kita.

1. Betulkan Cara Makan
Perut adalah rumah penyakit. Ini yang Rasulullah lakukan sebelum makan. Baginda akan mencubit sedikit garam dengan menggunakan ibu jari dan jari manis. Lalu cubitan kecil tadi diletakkan pada bahagian lidah yang paling masin, iaitu di tepi lidah. Ketika garam menyentuh lidah, air liur akan keluar dan merembeskan asid.

Bermakna sebelum nasi masuk ke mulut, asid sudah keluar dulu. Asid inilah nanti akan ke bawah dan makanan berada di atasnya untuk dicernakan.

Sebaik selesai makan, ambil semula garam dengan cara sebelum makan tadi. Cara ini membuatkan makanan berada dalam badan tak melebihi 20 jam. Semua makanan yang melebihi 20 jam akan menyebabkan berlaku keracunan dalam perut. Menjadi amalan sunnah juga untuk hisap hujung jari selepas makan.

Bermula dari ibu jari sampai jari kelingking dan ke ibu jari semula. Ini adalah fitrah yang telah Allah tentukan untuk menjaga keseimbangan hormon manusia.

2. Makan Buah Dengan Betul
Buah perlu dimakan sebelum ambil makanan yang berat. Konsepnya sama seperti di atas, untuk mengelakkan pengumpulan gas dalam perut yang boleh mengakibatkan keracunan.

3. Tidur Dengan Cara Yang Rasulullah Ajar
Sebelum tidur, kibas-kibas dahulu tempat tidur. Baca doa tidur, 3 Qul (Al Ikhlas, Al Falaq dan An Nas) dan sebagainya. Badan mengiring ke kanan kerana ia ada bersangkutan dengan paru-paru.

Ketika bangun, menggeliat dulu kanan dan kiri serta tengah dan melonjakkan kaki. Kemudian minum air secawan. Jangan sesekali minum berdiri. Minum secara duduk untuk elakkan sakit lutut ketika usia mencecah 40 tahun.

Rasulullah juga amalkan makan daging kambing dari kaki kanan yang bahagian hadapan. Sebab di situ tiada kolesterol.

4. Cara Mandi Untuk Elakkan Rebah Dalam Bilik Air
Sebelum masuk bilik air, langkah dengan kaki kiri, baca doa untuk masuk ke dalamnya. Dalam bilik air suhu gelombangnya tak sama macam ruang lain di rumah anda. Dalam itu, banyak benda tak elok suka duduk.

Dah masuk, jangan terus jirus kepala. Siram dulu dari kaki sampai kepala lutut. Beralih pula ke pinggang naik ke bahu. Patah semula jirus ke kaki. Masa yang sama anda akan rasa haba panas keluar dari celah ketiak. Bila haba panas dah keluar habis, barulah jirus kepala.

Kalau masuk bilik air terus jirus kepala, itu yang boleh jadi darah tinggi. Nak keluar bilik air pula langkah dengan kaki kanan. Baca doa keluar bilik air.

Apabila ‘way of life’ ini dapat dikembalikan dengan cara yang betul. Baik anda sedang makan ubat-ubatan dari hospital, mahupun herba, ia akan memberi kesembuhan yang lebih sempurna.

Cara Betul Minum Madu Sampai Jadi Ubat Untuk Sembuhkan Penyakit

1. Pilih Madu Yang Asli, Caranya..
Hati-hati ketika membeli madu. Ini kerana, 60 peratus madu yang ada di pasaran banyak yang tiruan. Banyak petua dikongsikan untuk mengesan madu asli. Misalnya, tengok yang paling likat, tak dihurung semut dan sebagainya. Tapi dengan kepandaian sekarang semua itu boleh direka.

Cuma satu cara ini, manusia tak boleh tiru. Caranya : Ambil piring, tuangkan madu satu sudu kecil di atasnya. Kemudian, siramkan air suam. Goncang. Jika madu asli, anda akan nampak ia membentuk corak sarang lebah atau heksogan.

2. Minum Madu Untuk Rawat Sakit Di Bahagian Kepala
Penyakit yang dialami di bahagian kepala seperti migrain, madu hendaklah diminum terus. Jangan dicampur air. Oleh sebab penciptan bumi dan manusia yang daripada tanah ini tidak terpisah, ada gelombang yang berputar 24 jam maka jadual makan madu perlu tepat. Untuk rawatan di bahagian kepada, ambillah selepas waktu subuh tapi sebelum habis waktu dhuha.

3. Untuk Rawatan Bahagian Badan
Masalah berkaitan perut, usus untuk capai nikmat kesembuhan maksima minumlah madu dengan air suam. Madu walaupun sejenis cairan ia mengandungi atom yang kuat. Sebab itu, dia kena dicairkan dengan air.

Cara minum : Ambil satu sudu teh saja pada waktu selepas dhuha ke zohor. Biar sedikit asalkan istiqomah.

Kacau madu ikut arah lawan jam. Ini kerana semua benda yang lawan jam akan menghasilkan tenaga. Manakala yang ikut jam akan menguraikan energi dan tak jadi ubat. Contoh paling mudah, ketika orang bertawaf dan pokok yang menjalar.

4. Ambil Madu Untuk Rawat Bahagian Pinggang Ke Bawah
Cara minum : Masa yang perlu diambil ketika ambil madu antara waktu zohor ke asar.

5. Rawatan Bahagian Bawah
Waktu minum madu adalah antara asar ke maghrib. Sebab gelombang pada waktu ini menurunkan sistem imun badan kita.

Tip Ini Penting!

√ Penyakit ini datang sebab adanya suhu panas dan sejuk. Bila kita sakit, majoriti suhu badan akan meningkat. Ketahanan badan pula menurun.

√ Macam mana nak tahu sama ada badan kita sedang panas atau sejuk. Check cuping telinga. Kalau cuping telinga sejuk bermakna badan kita tengah panas dan kalau cuping telinga panas, bermakna badan anda sejuk.

√ Sebab itu, campuran air dan madu pun kena betul. Untuk dapatkan madu yang panas, kena tuang air dulu dalam gelas baru letak madu. Manakala untuk dapatkan madu sejuk, letak madu dulu dalam gelas barulah tuang air.

Jika Badan Panas

Cara minum madu -> madu dulu dalam gelas baru campur air = madu sejuk

Dan bila diminum dengan cara ini ia akan sejukkan badan.

Jika Badan Sejuk

Ini cara minum madu -> tuang air dulu dalam gelas baru campur madu = madu panas

√ Selepas minum madu, jangan makan campuran ikan dengan susu. Elakkan makan ikan dengan daging. Ini yang dikatakan laut jangan bertemu darat. Tak bagus untuk perut.

√ 1 sudu kecil madu kelulut bersamaan dengan 10 sudu kecil madu biasa. Ini kerana lebah kelulut itu kecil, ia boleh masuk sampai ke rongga bunga. Tapi hati-hati ketika membeli madu kelulut. Jangan cari yang berwarna susu kerana dibimbangi ada campuran buah laici yang masam.

√ Madu mentah ini boleh ‘boost’ energi seseorang. Jika mahu memandu jarak jauh katakan pukul 4 petang nak bergerak, jam 8 pagi dah kena minum.

√ Jangan letak madu di tempat yang akan mengubah molekul madu. Dalam peti ais misalnya.

√ Madu juga boleh jadi ubat mata yang mujarab. Campurkan dengan air hujan dan titiskan di mata. Nanti akan ada rasa pedih. Titikkan antara waktu selepas subuh dan sebelum dhuha. Kenapa ikut prinsip minum madu yang dinyatakan di atas untuk rawatan di bahagian kepala.

Kalau tidak ikut waktu yang tepat, ia menghilangkan rasa sakit tapi tidak menghilangkan penyakit.

Sumber: adamhawa