Ahad, 24 Disember 2017

Mulia

Daripada Saidina Khalid bin Al-Walid RA berkata :

“Telah datang seorang Arab Baduwi kepada Rasulullah SAW dan dia menyatakan tujuannya:

Wahai Rasulullah...!
Kedatanganku untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan menyempurnakan diriku didunia dan akhirat.”

Rasulullah berkata kepadanya:
“Tanyalah apa yang engkau kehendaki.”

Arab Baduwi itu berkata:
Aku mahu menjadi orang alim.

Baginda menjawab:
"Takutlah kepada Allah SWT"

Dia bertanya lagi:
“Aku mahu menjadi orang paling kaya.”

Rasulullah menjawab:
“Jadilah orang yang yakin pada diri.”

Bertanya lagi Arab Baduwi itu:
“Aku mahu menjadi orang yang adil.”

Lalu dijawab oleh Rasulullah:
“Kasihanilah manusia lain seperti engkau kasih pada diri.”

Dia bertanya:
“Aku mahu menjadi orang paling baik.”

Baginda menjawab:
“Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat.”

Dia bertanya lagi:
“Aku mahu menjadi orang istimewa di sisi Allah.”

Dan dijawab oleh Rasulullah:
“Banyakkan zikrullah.”

Arab Baduwi itu bertanya:
“Aku mahu sempurnakan imanku.”

Baginda menjawab:
“Perelokkan akhlakmu.”

Dia bertanya lagi:
“Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsini (baik). “

Baginda menjawab:
Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya dan jika engkau tidak berasa begitu, sekurang-kurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau.”

Arab Baduwi bertanya lagi:
“Aku mahu termasuk dalam golongan yang taat,”

Lalu dijawab baginda:
“Tunaikan segala kewajipan yang difardukan.”

Dia bertanya lagi:
“ Aku mahu berjumpa Allah dalam keadaan bersih daripada dosa.”

Rasulullah menjawab:
“Bersihkan dirimu daripada najis dosa.”

Dia terus bertanya:
“Aku mahu dihimpun pada hari kiamat di bawah cahaya.”

Baginda menjawab:
“Jangan menzalimi seseorang.”

Dia bertanya lagi:
“Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari kiamat.”

Baginda berkata:
“Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain.”

Dia bertanya:
Aku mahu dihapuskan segala dosaku.”

Baginda menjawab:
“Banyakkan beristighfar.”

Dia berkata:
“Bagaimana pula aku mahu menjadi semulia-mulia manusia,”

Lalu baginda menjawab:
“Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain.”

Dia bertanya:
“Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia.”

Baginda menjawab:
“ Sentiasa menyerah diri (tawakal) kepada Allah.”

Dia bertanya lagi:
“Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah.”

Baginda menjawab:
“Sentiasa berada dalam keadaan bersih (daripada hadas).”

Dia bertanya:
“Aku mahu termasuk dalam golongan yang dikasihi Allah dan rasul-Nya.”

Baginda menjawab:
“Cintailah segala yang disukai Allah dan Rasul-Nya.”

Dia bertanya:
“ Aku mahu diselamatkan daripada kemurkaan Allah pada hari kiamat.”

Baginda menjawab:
“Jangan marah kepada orang lain.”

Dia bertanya lagi kepada Rasulullah:
“Aku mahu diterima segala permohonanku.”

Baginda menjawab:
“Jauhilah makanan haram.”

Dia bertanya:
“ Aku mahu Allah menutupkan segala keaibanku pada hari kiamat.”

Baginda pun menjawab:
“Tutuplah keburukan orang lain.”

Dia bertanya:
“Siapa yang terselamat daripada dosa?”

Rasulullah menjawab:
“Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, meraka yang tunduk pada kehendak-Nya dan meraka yang ditimpa kesakitan.”

Dia terus bertanya:
“Apakah sebesar-besar kebaikan disisi Allah?”

Baginda menjawab:
“Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian (bala).”

Dia bertanya lagi:
“ Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?”

Baginda menjawab:
“Buruk akhlak dan sedikit ketaatan.”

Dia bertanya:
“Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat?”

Baginda menjawab:
“Sedekah dalam keadaan sembunyi (tidak diketahui) dan menghubungkan kasih sayang.”

Dia bertanya lagi:
“Apa yang akan memadamkan api neraka pada hari kiamat?”

Baginda menjawab:
“Sabar didunia dengan bala dan musibah.”

Dan telah berkata Imam Mustaghfirin:

“Aku tidak pernah menemui hadis sebegini lengkap merangkumi kesempurnaan agama dan kehidupan selain hadis ini.”

Sabtu, 23 Disember 2017

Haram melawat alquds

Mohon laluan sikit, mohon bertanya dari yg arif, kesahihan pandangan ini dan fatwa ziarah ke al qud:-

[SHARE ilmu ini jika anda rasa bermanfaat]

ZIARAH KE MASJID AL-AQSA? FIKIR-FIKIRKAN DAHULU.

Hari ini semakin banyak pakej lawatan ke Masjid al-Aqsa ditawarkan. Agensi-agensi pelancongan pun sudah mula mempromosi lawatan ke masjid ke-3 termulia dalam Islam itu.

Yang lebih mengejutkan, ada yang membawa pelancong sehingga ke Tel Aviv!

Ia cukup menghairankan.

Kenapa?

.

Tahukah anda Masjid al-Aqsa terletak Baitul Makdis (Jerusalem)?

Dan tahukah anda Baitul Makdis berada di bawah kawalan tentera Israel sejak Perang Arab-Israel 1967?

Ya, Masjid al-Aqsa telah dijajah sejak lebih 46 tahun yang lalu!

Laluan keluar dan masuk kini berada di bawah kawalan tentera Israel. Pelbagai cara telah digunakan oleh Israel untuk menghalang rakyat Palestin daripada memasuki Masjid al-Aqsa. Malah, Israel telah mengehadkan umur para pengunjung dan waktu yang dibolehkan untuk penduduk Palestin memasuki masjid ini.

Namun, dengan tidak semena-mena, Israel mengalu-alukan kehadiran rakyat Malaysia yang pada pasportnya jelas tercetak:

"Pasport ini sah digunakan untuk semua negara kecuali..... ISRAEL!!!"

Tidakkah anda merasa curiga?

Mengapa anda dibenarkan masuk sedangkan rakyat Palestin tidak?

Jawapannya mudah. Kerana anda datang sebagai PELANCONG!

.

Tahukah anda jalan masuk ke Baitul Makdis dan Masjid Al-Aqsa adalah melalui Jordan? Dan tahukah anda Jordan dibenarkan untuk memiliki keistimewaan ini hanya selepas ia MENGIKTIRAF kewujudan Israel dan BERDAMAI pada tahun 1994?

Nah, dari sudut syarak, apakah HUKUM berdamai dengan Israel? Apakah pula hukum meraih keuntungan daripada perdamaian ini?

Bukankah kunjungan kita ke Masjid Al-Aqsa secara tidak langsung juga akan mengiktiraf kewujudan negara haram Israel? Mana tidaknya, kita hanya dapat masuk ke sana dengan kebenaran mereka!

.

Tahukah anda industri pelancongan di Baitul Makdis memberikan keuntungan kepada Israel sekurang-kurangnya 1 bilion US dollar setiap tahun? Dan jumlah ini semakin bertambah dari setahun ke setahun.

Malah, pada tahun 2016, sektor pelancongan Israel menaik sehingaa 3.6%.

Lebih mengejutkan lagi, pelancong dari Malaysia bertambah sebanyak 35%!

"The countries from which tourism to Israel grew the most substantially in 2016, compared with 2015, were China (69%), Croatia (62%), Belarus, Latvia, and Georgia (41%), MALAYSIA (35%), Philippines (27%), and India (13%). The US and Russia continue to lead in the number of tourists arriving in Israel, followed by France, the UK, Germany, and Ukraine."

http://www.globes.co.il/en/article-tourism-to-israel-up-36-in-2016-1001171126

Keuntungan ini tidak dikongsi walau sesen sekalipun dengan Pihak Berkuasa Palestin (Palestine Authority) yang lebih berhak tetapi digunakan untuk terus menjajah Palestin dan pastinya untuk membiayai keperluan tentera Israel!

Ya, wang yang kita bayar untuk masuk digunakan untuk membunuh saudara-mara kita di Palestin! Sangat tak berbaloi!

.

Dan yang lebih penting lagi ialah pemergian kita ke sana adalah sebahagian daripada proses NORMALISASI yang disusun sendiri oleh Israel.

Kalau tak takkanlah Israel yang angkuh tu boleh senang-senang benarkan warganegara asing yang di pasportnya jelas tertulis 'tidak mengiktiraf Israel' masuk? Semuanya tertakluk kepada mereka. Nak benarkan masuk boleh, tak benarkan pun boleh.

Israel berusaha untuk menyatakan kepada pelancong yang hadir bahawa tiada kezaliman dan penderitaan di sana. Semuanya BAIK-BAIK sahaja; AMAN. Kalau tak aman bagaimana nak terima kehadiran PELANCONG?

Dengan kata lain, asal sahaja anda berkunjung ke Masjid al-Aqsa sebagai pelancong, Israel tidak punya masalah dengan anda. Malah, mereka meraikan.

Tetapi jika anda datang sebagai 'pejuang pembebasan' atau aktivis, usah bermimpi anda akan dapat masuk ke sana.

.

Israel sangat LICIK. Mereka ingin mengaburi pandangan kita sehingga tindakan kita yang salah dilihat seakan-akan benar dan tiada masalah.

Kita benar-benar telah TERTIPU sekiranya kita merasakan bahawa kunjungan kita ke Masjid al-Aqsa dengan niat untuk MENGIMARAHKANNYA, merebut PAHALA menjejakkan kaki ke sana, membantu peniaga di sana dan sebagainya ketika ia MASIH BERADA DI BAWAH PENJAJAHAN Israel sebagai sesuatu yang baik dan benar-benar membantu Palestin.

BAIK SUNGGUH ISRAEL benarkan kita bantu rakyat Palestin!

.

Jika seribu kali pun kita berfikir, kita tidak mungkin membebaskan Palestin dan Masjid al-Aqsa melalui rombongan melawat dan mengimarahkan Masjid al-Aqsa. Mustahil!

Dibimbangi kita sekadar memenuhi kehendak dan kepuasan peribadi untuk menatap masjid tersebut, melawat tempat-tempat bersejarah dan menyimpan memorinya dalam kamera dan video; tidak lebih dari itu.

Tidak wajar kita merelakan diri menjadi 'pelancong' di bumi Palestin sedang di luar sana jutaan rakyat Palestin terus dizalimi, dinafikan hak untuk pulang ke tanah air mereka (memasuki al-Aqsa adalah mimpi yang sangat jauh), dipenjara, dikepung, dibunuh. Lawatan kita tidak mengubah sedikit pun hakikat ini!

Bukalah mana-mana kitab fiqh dan fahamilah tentang permasalahan bumi Islam yang dijajah/diperangi. Nescaya kita akan sedar bahawa TANGGUNGJAWAB UTAMA kita ke atas Palestin dan al-Aqsa adalah untuk membebaskannya, bukan menziarahinya.

Berusahalah memahami sebaik-baiknya konflik di Palestin; bukan sekadar dari sudut fiqhnya semata-mata, tapi juga dari sudut politik, ekonomi, budaya dan sebagainya. Kenalilah musuh kita di Palestin dan perancangan mereka agar kita tidak mudah terperdaya.

Apalah makna pahala kita solat di Masjid al-Aqsa dalam keadaan ia masih dijajah? Ia umpama orang yang tidak pernah puas merebut pahala dengan melakukan ibadah haji dan umrah berkali-kali sedang masih ramai jiran-jirannya yang hidup melarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Moga kita tidak termasuk dalam golongan seperti ini.

.

Justeru, berfikirlah dengan lebih mendalam sebelum anda berniat untuk menyertai pakej-pakej lawatan ke Masjid al-Aqsa. Dalam tidak sedar, anda sebenarnya telah tertipu dan telah membayar harga yang MAHAL demi sebuah kepuasan peribadi.

Apakah harganya? Harganya PEMBEBASAN PALESTIN dan MASJID AL-AQSA!

🔴 FATWA HARAM ZIARAH MASJID AL-AQSA  ADALAH FATWA MUKTABAR (SELAGI IA DI BAWAH PENJAJAHAN ZIONIS)

Fatwa HARAM ziarah Masjid al-Aqsa ketika di bawah penjajahan adalah fatwa yang MUKTABAR yang disokong oleh:

🔴 SYEIKH RAED SOLAH
🔴 SYEIKH YUSUF QARDAWI
🔴 HAMAS
🔴 BRIGED AL-QASSAM
🔴 KESATUAN ULAMA SEDUNIA
🔴 KESATUAN ULAMA PALESTIN,
🔴 ULAMA-ULAMA AL-AZHAR
🔴 SYEIKH IKRIMA SOBRI (khatib Masjid al-Aqsa)
🔴 DR. NAWWAF TAKRURI
🔴 dan ramai lagi.

(fatwa dan rujukan ada di akhir artikel)

.

Fatwa ini popular bukan kerana Zionis tetapi kerana ialah fatwa yang TELAH DIPEGANG SEJAK AWAL JATUHNYA Baitulmaqdis ke bawah penjajahan Zionis pada tahun 1967.

.

Ulama-ulama al-Azhar adalah pelopor kepada pendirian ini selepas Presiden Anwar Sadat berkunjung ke Baitulmaqdis untuk menandatangani perjanjian damai dengan Zionis Israel pada tahun 1977. Kunjungan beliau dikecam dan dianggap telah mengkhianati perjuangan pembebasan Palestin.

.

Lihatlah nasib Anwar Sadat yang dibunuh rakyat sendiri dan nasib Mesir hari ini yang terhina; daripada pembela Palestin yang paling kuat kepada rakan subahat Zionis yang paling dekat.

.

Pendirian ini terus menjadi pegangan umat Islam hatta ketika Jordan dan Palestine Liberation Organization (PLO) berdamai dengan Israel pada tahun 1993 dan 1994.

.

Pengkhianatan demi PENGKHIANATAN OLEH PIMPINAN ARAB YANG KORUP yang menjalin hubungan dengan Israel (NORMALISASI) atas tekanan Amerika dan habuan duniawi telah menyebabkan para ulama seperti:

🔴 Syeikh Yusuf al-Qaradhawi, Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia;

🔴 Syeikh Raed Salah, Ketua Gerakan Islam Palestin 1948;

🔴 Hamas dan al-Qassam

🔴 dan Syeikh Ekrema Sobri, Khatib Masjid al-Aqsa..

... TERUS MEMPERTAHANKAN FATWA INI.

.

Memang benar ada segelintir ulama yang masih MENGHARUSKAN ziarah al-Aqsa. Sebahagian besar meletakkan SYARAT-SYARAT YANG SANGAT KETAT kepada pengunjung.

Namun, sebahagian yang lain sekadar memuntahkan gesaan pemimpin Arab yang korup yang telah bersedia untuk berdamai dengan Zionis. (Rujuk Arab Peace Initiative, 2002)

.

ZIONIS sebaliknya SANGAT MENGALU-ALUKAN kedatangan pelancong Islam ke Masjid al-Aqsa kerana ia membantu mereka menjayakan strategi menjadikan Baitulmaqdis sebagai pusat pelancongan agama terbaik di dunia (Yahudi, Kristian dan Islam) yang terbuka untuk semua.

Jika tidak, sudah pasti para pelancong dari negara-negara Islam tidak akan diizinkan masuk!

.

🔴 ZIARAH AL-AQSA KETIKA DI BAWAH PENJAJAHAN ZIONIS BERTENTANGAN DENGAN PERJUANGAN PEMBEBASAN PALESTIN DAN SEMANGAT UKHUWAH

Ironisnya, ketika umat Islam lain dibenarkan masuk, ramai rakyat Palestin dihalang dan dinafikan hak untuk masuk.

.

JIKA BENAR MASJID INI TERBUKA UNTUK DIZIARAHI OLEH SEMUA UMAT ISLAM, MENGAPA PENDUDUK ASAL DI SANA DIHALANG MASUK WALHAL MEREKALAH YANG PALING LAYAK DIDAHULUKAN? MENGAPA INI BERLAKU?

.

Tidak lain dan tidak bukan kerana rakyat Palestin masuk untuk MEMPERTAHANKAN al-Aqsa dan umat Islam yang lain datang sekadar MELANCONG!

.

Dengan kata lain, jika kita datang sebagai pelancong, yang masuk dengan izin Israel dan perlu mematuhi undang-undang mereka, kita bukanlah ancaman kepada agenda Zionis. ISRAEL BUKAN NAIF untuk membenarkan kemasukan yang membawa mudarat kepada mereka.

.

Hukum haram ziarah Masjid al-Aqsa perlu dilihat dalam konteks perjuangan yang lebih besar. Pengharaman ini pula BERSIFAT EKSKLUSIF DAN SEMENTARA berdasarkan realiti semasa.

.

Rasulullah SAW pernah menghalang para sahabat ra. menziarahi Masjid al-Aqsa ketika ia di bawah penguasaan Byzantine. Baginda memujuk para sahabat ra. dengan mengatakan solat di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi lebih besar ganjarannya (100,000 dan 1,000).

.

Namun, tidaklah bermakna Rasulullah SAW melupakan al-Aqsa!

Lembaran sejarah membuktikan usaha Rasulullah SAW berdakwah kepada pemimpin Rom dan menghantar operasi-operasi ketenteraan dan pengintipan dalam usaha membuka jalan ke Baitulmaqdis. Rasulullah SAW bahkan mempersiap mental dan emosi para sahabat dengan peringatan-peringatan seperti.

"Kira 6 perkara dari sekarang hingga kiamat: ..kewafatanku, umat Islam akan menguasai Baitulmaqdis..."

dan "...al-Quds akan dibuka dan kamu dan keturunanmu akan menjadi imam di sana."

.

Inilah obsesi yang benar; obsesi dengan nuansa perjuangan. Ia menjadi tradisi para sahabat ra., generasi Imaduddin Zinki, Nuruddin Zinki dan Salahuddin al-Ayyubi.

(Dakwaan Imam al-Ghazali menziarahi al-Aqsa ketika di bawah penjajahan Tentera Salib tidak benar. Imam al-Ghazali menziarahi al-Aqsa sebelum ia jatuh ke tangan Tentera Salib. Ulama-ulama silam lain pula menziarahi al-Aqsa ketika berlaku gencatan senjata antara tentera Islam dan Tentera Salib).

Seruan Presiden Erdogan juga perlu difahami dengan nuansa perjuangan bukan pelancongan.

.

Justeru, ayuhlah kita bersama-sama menyahut seruan perjuangan pembebasan al-Aqsa berdasarkan panduan fiqh, prinsip perjuangan dan kecerdasan politik yang jelas.

.

PUN BEGITU,

Jika anda ingin pergi dengan MISI yang jelas untuk MEMBEBASKANNYA atau anda ingin mengutip mutiara-mutiara hikmah di sana dan PULANG DENGAN SEMANGAT YANG TINGGI UNTUK MERANCANG STRATEGI MEMBEBASKANNYA, maka pergilah dan usah bertangguh walau sesaat sekalipun!

Jangan sekali-kali anda biarkan pemergian itu sia-sia dan tinggal sekadar 'imarah' sahaja. Anda perlu sedar bahawa kunjungan anda itu mahal harganya!

Jika tidak, kami sarankan supaya anda menyalurkan wang anda kepada saluran yang benar-benar dapat membantu membebaskan Palestin.

Dan kalau boleh berjihadlah bersama-sama pihak yang berterusan membantu perjuangan pembebasan Palestin. Sesungguhnya perjuangan ini adalah sunnah para anbiya, para sahabat dan tabi' tabiin.

Semoga Allah SWT mengampuni dosa, kelalaian dan keterlanjuran kita.

Semoga Allah SWT mengganjari amal kita.

🔴 Sekali lagi kami ingatkan FATWA HARAM ini bukanlah direka-reka oleh kami, tetapi ia dinyatakan sendiri oleh tokoh-tokoh yang kita sendiri kenali iaitu Syeikh Yusuf Qardawi, Syeikh Raed Salah, Syeikh Ekrema Sobri, HAMAS, al-Qassam dan banyak lagi.

*Kenali siapakah mereka, apakah sumbangan mereka, apakah perjuangan mereka, dan bagaimana para ulama mengeluarkan sesuatu hukum.

.

"Al-Aqsa yantaziruka faatihan la saaihan!"

"Al-Aqsa menunggu kita sebagai al-fatehnya/pembukanya, bukan pelancong!"

Berfikir selangkah kehadapan,
agar tidak terus ditipu amal peribadi,
sedang umat menderita,
musuh tertawa,
dan kemenangan terpaksa ditunda,
untuk kesekian-kalinya.

KJ | 28 Feb 2014 | 3:11 PM [Ph] [ws]

Disunting semula: 15 Dec 17.

***

🔴 Rujukan:

1. Kesatuan Ulama Sedunia (2014), 'Qaradhagi: Tidak Harus Ziarah al-Quds Kepada Selain Rakyat Palestin', http://iumsonline.org/ar/aboutar/newsar/1023/

2. Kesatuan Ulama Palestin (2015), 'Ulama Palestin Menolak Seruan Ziarah al-Aqsa Ketika di Bawah Penjajahan Israel', The Palestinian Information Centre, https://www.palinfo.com/news/2015/1/7/-%D8%B9%D9%84%D9%85%D8%A7%D8%A1-%D9%81%D9%84%D8%B3%D8%B7%D9%8A%D9%86--%D8%AA%D8%B3%D8%AA%D9%86%D9%83%D8%B1-%D8%A7%D9%84%D8%AF%D8%B9%D9%88%D8%A9-%D9%84%D8%B2%D9%8A%D8%A7%D8%B1%D8%A9-%D8%A7%D9%84%D8%A3%D9%82%D8%B5%D9%89-%D9%81%D9%8A-%D8%B8%D9%84-%D8%A7%D9%84%D8%A7%D8%AD%D8%AA%D9%84%D8%A7%D9%84--

3. Syeikh Raed Solah (2015), 'Syeikh al-Aqsa Perbaharui Penekanan Haram Ziarah al-Quds dan al-Aqsa Ketika di Bawah Penjajahan', Yarmouk TV,

https://www.facebook.com/aqsa.syarif/videos/1578319405525055/

https://www.youtube.com/watch?v=P2OfCPL8DyY

4. Briged Ezzedeen Al-Qassam (2013), 'Hamas Menegaskan Pengharaman Ziarah al-Quds Ketika di Bawah Penjajahan', alqassam.net,

https://www.facebook.com/aqsa.syarif/posts/1108904619133205

https://www.alqassam.net/arabic/%D8%A3%D8%AE%D8%A8%D8%A7%D8%B1-%D8%A7%D9%84%D9%82%D8%B3%D8%A7%D9%85/22954/%D8%AD%D9%85%D8%A7%D8%B3-%D8%AA%D8%A4%D9%83%D8%AF-%D8%AD%D8%B1%D9%85%D8%A9-%D8%B2%D9%8A%D8%A7%D8%B1%D8%A9-%D8%A7%D9%84%D9%82%D8%AF%D8%B3-%D8%AA%D8%AD%D8%AA-%D8%A7%D9%84%D8%A7%D8%AD%D8%AA%D9%84%D8%A7%D9%84

5. Ismail Adam Patel (2005), '40 Hadis Tentang al-Aqsa', Al-Aqsa Publishers.

6. Abd Fattah El-Awaisi (1997), 'Jerusalem in Islamic History and Spirituality: The Significant of Jerusalem In Islam - An Islamic Reference', Islamic Research Academy, UK.

7. Arab Center for Research and Policy Studied (2012), 'Policy Analysis - Visit to Jerusalem Under Occupation: Support for Steadfastness or Normalization?'

(Artikel 1: Passport Malaysia VS Diplomasi Jordan-Israel. Sini: http://goo.gl/ox1uYl)

(Artikel 2: Kami juga mahu, apabila Palestin dibebaskan. Sini: http://goo.gl/LtxhRF)

Jumaat, 22 Disember 2017

kedai Mamak

Penting😭😭😭😌😌😌😭😭
*Kempen Kesihatan Berhenti Makan (Tak makan) di Kedai Mamak*
Apa kedai namak praktis:
1) Guna straw recycle w/pun ada kesan org buat sbg pencungkil gigi ..

2) Mahal padahal x sedap mana pun???

3) Pernah kluar dlm berita kedai mamak ada yg guna dadah supaya kita rasa ketagih utk singgah makan walhal x sedap mana pun ???

4) Pengotor, kws dapur lipas & tikus jd haiwan peliharaan ..

5) Staff x faham apa kita ckp. Itu yg jd apa yg kita orde lain yg sampai ???

6) Recycle lauk semlm e.g ayam goreng, kari n kuah dal dll utk masakan keesokannya ..

7. Bersih pd pandangan mata kasar tp lepas kluar tandas x basuh tangan terlebih dahulu sblm menebar roti canai ???

8. Sudu tidak dibasuh dgn sabun, dicelup didlm air .. disental dgn tangan  terus dihidangkan pd pengguna ...

9. Kantoi pembelian mee kuning, kuetiaw, tauge dan tauhu drp pengeluar cina ...

10. Caj mahal n ada caj tersembunyi .. suruh kira balik mesti berbeza .. alasan gst ..

11. Air suam adalah air paip + air panas bukan air yg telah dimasak ..

12. Ada kes pekerja dikesan fungus kaki .. kantoi klinik kesihatan depan doktor mengaku uli roti malam tadi guna kaki ..

13. Guna minyak sapi impot india .. status halal amat diragui .. dikhuatiri + lemak babi ..

14. Bila kena marah .. meludah dlm air minum yg pelanggan orde ???

15. Suka pegang potongan makanan dengan tangan kiri bila memotong guna pisau ..

16. Tahi lalat kerap jumpa dlm lauk ...

17. Minyak goreng tak pernah bertukar ..

18. Pekerja mengaku Islam tp agama hindu ..(buruh selatan india murah) ???

19. Guna serbuk teh yg diharamkan kkm dgn pewarna tiruan n  beracun .. punca stroke n pembentukan darah beku ..

20. Terutamama mamak bistro majunas maulana jamek maju sekitar serdang

Berhati2lah shbt .. Elakkan masalah dgn menjauhi kedai mamak .. sedap di tekak x semestinya baik utk perut n kesihatan kita!!
Perhati apa yg kita makan sbb dia menjadi darah daging kita ..
Sayangi diri n keluargamu .. Sebaik2nya makan kedai melayu atau di rumah 😆😎

Khamis, 21 Disember 2017

Nota sendiri

Kburukan bagi nota

1. Peljr bgntung kpd nota semata. Malas buat rujukan lain. Ilmu peljr sgt terhad

2. Tidak pergi lib. Budaya pi lib tiada

3. Tidak kenal buku2 esp international. Where psembahan buku2 bagus sbb towards understanding

4. Peljr anggap nota mcm KITAB SUCI. Jika nota ada yg salah, mreka ikut. Nota lebih bny salah dr buku.

5. Peljr demand psl nota. Banding2 nota lec, mrh lec yg x bagi nota. Mrh lec bagi nota lmbt. Padahal bagi nota tu x wajib utk psyarah

6. Nota lebih mhl dr beli buku. Buku senang simpan or jual. Sbb standard

7. Nota btk point. Peljr boleh slh fhm. Pnerangan kurang. Sbb tu students kita x tau buat ayat. X tau cari keywords. Sbb nota bagi keywords/points direct

8. Nota spoonfeed. x increase skill ambil nota. Cornell note taking system kena dilaksanakan

 Cadangan ganti nota:

1. Guna min satu buku ruj. Dlm kuliah. Semua mesti beli buku tu

2. Lec buat mindmap Subtopics/outline je. Stu isi mklumat/isi sendiri dgn cara wat rujukan tambahan

Rezeki

Rezeki tu bukan bermakna kau dapat apa kau nak. Tapi bila kau terima apa yang Tuhan beri.

Kau belajar tentang sirah. Tahu Mariam tak berkahwin tapi dapat anak. Itu rezeki dia.

Kau tengok pula sirah Aishah. Kahwin tapi tak dapat anak. Itu pula rezeki dia.

Tuhan hantar Musa ke rumah Firaun sebagai anak angkat untuk membawanya ke syurga. Tapi tetap juga Firaun menjadi manusia paling celaka yang memilih neraka.

Tuhan hantar Nuh untuk menyelamatkan kaumnya tapi anak isterinya sendiri derhaka dan enggan terima.

Pelajari sesuatu dari kisah-kisah seperti itu. Sungguh. Rezeki masing-masing tak sama. Semua ada pro dan kontranya!

Orang yang ada suami, ada isteri, ada anak ni bermakna ada tanggungjawab juga. Mudah dapat pahala. Tapi mudah juga dapat dosa.

Yang tak bertemu jodoh, yang tak dikurniakan zuriat pun satu rezeki juga. Rezeki terlepas tanggungjawab dan risiko nak menjawab depan Allah nanti.

Jadi, sebelum kau terus mengeluh tentang itu ini, kena faham dulu konsep rezeki. Ada, tak semestinya untung. Tak ada, tak semestinya rugi.

Kau dapat apa kau nak, tak semestinya kau boleh terus bergembira. Kau tak dapat apa kau nak, tak semestinya kau tak boleh bahagia.

Takdir Allah ni misteri sifatnya. Entah-entah airmata redha yang kau titiskan dalam mengharung kecewa itulah yang menghanyutkan kau ke syurga.

So..again and again..

"Rezeki tu bukan bermakna kau dapat apa kau nak. Tapi bila kau terima apa yang Tuhan beri."

Ya! Yang penting, kau percaya.. kalau dah itu takdir kau, itulah yang sebaik-baiknya.

Kau hanya akan bahagia kalau kau terima.

Percaya dan terima.