Ahad, 15 April 2018

Ikang 2 riyal

Ada lelaki yang membuatkan aku menangis dalam hati sebentar tadi.

Ada banyak cerita pahit manis sepanjang kami berjualan ikan sejak kelmarin. Antara yang aku masih terkesan sampai ke saat ini ialah cerita seorang lelaki tadi.

Dia datang singgah ke khemah jualan kami. Meletakkan motosikal betul-betul di hadapan khemah dan terus berjalan ke mari. Kami ‘greet’ seperti biasa. Selepas puas mundar mandir melihat ikan, dia memanggil aku ke tepi.

“ Sini jap adik “

“ Ya bang ? Apa boleh saya bantu ? “

“ Abang cakap ni jangan marah ya. Nak tanya dulu ni. Ikan Kembung tu dua ringgit dapat berapa ekor ? “

Aku senyum. Aku tersentak.

“ Takpa bang. Sekejap ya saya timbang dulu “

Aku ambil beberapa ekor ikan kembung dan letakkan di atas penimbang digital. Aku tekan harga RM5 sekilo. Jawapan yang aku dapat selepas timbang ialah RM2.30 untuk 5 ekor.

“ Bang, saya dah timbang tadi. Dapat 5 ekor “

Beliau senyum dengar jawapan aku. Nampak suka betul.

“ Ha. Baguslah kalau macam tu. Bagilah 2 ringgit “

Aku bungkuskan 5 ekor tadi dan aku topup ikan ekstra untuknya. Aku bagi lebih lagi untuk beliau.

“ Nah bang “

“ Terima Kasih dik ya. Terima Kasih banyak. Abang doakan bisnes adik maju “

Beliau terus ke motosikal dan bergegas pulang. Ini kisah realiti kehidupan yang benar-benar wujud. Mungkin abang tadi sedang diuji. Aku hanya mampu mendoakan apa saja urusan beliau dipermudahkan. Apa pun yang terjadi, tangungjawab sebagai ketua keluarga untuk menyediakan lauk pauk di dapur mesti ditunaikan. Dapur mesti berasap.Aku salute.

Dua ringgit nilainya pelbagai di mata orang. Bagi kita, mungkin itu cuma nilai beli jajan buat anak. Mungkin juga, itu cuma nilai untuk bayar parking di pusat membeli belah. Tetapi, ada orang cuma berbelanja 2 ringgit itulah untuk mengenyangkan semua perut yang ada di rumah.

Begitulah. Hidup mesti terus. Usaha jangan putus-putus.

Kami masih berada di sini. Di hadapan Stesen Minyak Petron Putra Heights Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan untuk menjual ikan.

Ikan Kembung RM5 sekilo
Ikan Kerisi RM7 sekilo
Ikan Cencaru RM7 sekilo
Ikan Tongkol Hitam RM11 sekilo
Ikan Mata Besar RM8 sekilo
Ikan Sardin RM7 sekilo

Ikan dari Kuantan, bukan dari Kotak. Tak percaya datang tengok sendiri. Tak jadi beli tak apa, sekurang-kurangnya kita jadi kawan. Tak gitu ?

Jualan Ikan setiap hari Sabtu Ahad sahaja.

Ikram Al-Banjari
Saudagar Jalanan
Panglima Perang Jualan Ikan Rakyat

Sabtu, 14 April 2018

Alam sekitar

Alam sekitar rosak bukan sebab budak-budak. Alam sekitar rosak sebab pembalakan haram yang masuk tanpa dapat dikawal.

Yang merosakkannya orang tua. Yang nak disusahkan mereka budak-budak.

Beg budak punya la berat dengan pelbagai buku teks. Silibus budak sekarang punya lah tinggi sampai mak ayah kerja Petronas, kerja engineer pun garu kepala nak bagi anak faham.

Sekarang mahu sumbat pula silibus baru? Mahu perkenalkan pula Subjek Alam Sekitar?

Subjek ni patut yang belajar ialah menteri besar setiap negeri. Tak kira negeri yang dikuasai pembangkang mahu pun kerajaan. Sebab mereka yang luluskan kerosakan alam sekitar yang berlaku dalam negeri masing-masing.

Sudah-sudahlah jadikan sekolah kambing hitam. Semua masalah negara nak suruh budak sekolah selesaikan. Konon didik generasi akan datang. Kononnya begitulah.

Benda ni boleh selit je dalam matapelajaran Sains, agama, moral mahu pun sivik. Tak perlu perkenal subjek baru.

Yang perkenalkan subjek tu bukan dia yang turun mengajar. Dia pandai-pandai nak perkenalkan sahaja lepas tu yang menanggung seksa selama masa ialah guru dan murid.

Mencadang senang lah. Melaksana tu perit bang.

Aku cadangkan kita bina bangunan setinggi 888 tingkat. Aku cadangkan juga gaji minima pekerja rm350,000 seorang. Aku cadangkan satu kelas 10 murid. Aku cadangkan setiap sekolah ada gym, kolam renang dan mini stadium.

Sedap kan cadang? Sedaplah sebab aku tak buat.

Mana pergi subjek pendidikan seks yang diperkenalkan suatu ketika dahulu?

Mana pergi subjek Keselamatan Jalan Raya yang disumbat dalam silibus sedia ada murid?

Perit nak kata. Tapi seseorang perlu berkata. Seseorang perlu menulis dengan telus.

Seseorang yang rapat dan tahu. Seseorang yang laksanakan sendiri semua dasar yang digubal.

Aku menulis bukan demi kepentingan diri. Jauh sekali demi kepentingan politik.

Sudah-sudahlah jadikan sekolah mangsa. Sudah-sudahlah suruh budak-budak selesaikan masalah orang dewasa.

Jangan politikkan sistem pendidikan. Tolong!

Yang nak bagi cadangan tentang penambahbaikan dalam pendidikan negara hendaklah orang yang betul-betul faham sistem kita. Orang yang benar-benar layak dan ahli dalam hal ini.

Yang pernah merasa perit getir, yang pernah merasa situasi mengajar dan keperitan para guru bandar, luar bandar dan pedalaman. Yang arif dengan perkembangan sistem pendidikan dunia dan taraf kemampuan fikir anak-anak kita.

Itu baru layak membincangkan hal-hal ini. Itu baru layak memberi cadangan dan membuat rombakan untuk penambahbaikan sistem pendidikan kita.

Hentikan campur tangan luar dalam sistem pendidikan.

Tolong hentikan tuan-tuan. Penat nak realisasikan kehendak tuan-tuan yang makin lama makin pelik dan menjengkelkan.

Mencadang itu mudah. Turun dan laksanakan sendirilah baru tahu langit tinggi rendah.

#MFS
- Jangan caca marbakan lagi sistem pendidikan kita. -

#copy_drFB

Jumaat, 13 April 2018

Faraid

Soal Jawab Ustaz Azhar Idrus

Soalan : Salam, nak tanya ustaz. apa hukum seorang perempuan bercinta dengan suami orang dalam satu tempoh yang lama (4 tahun) tetapi masih belum berkahwin? Sebelum ni, ada lelaki yang melamar perempuan tu, tetapi lamaran ditolak sebab perempuan tu masih setia dengan suami orang tu.

Jawapan : Wsalam..
lelaki boleh berkahwin lbh dari satu..
perempuan yg belum bersuami boleh nak berkahwin dgn suami org..
bercinta tu yg tak bolih kalau terlebih dr batasan..kalau setakat menaruh perasaan pd suami org kerana niat berkahwin hukumnya harus..tdk lbh dr itu.

Soalan : Ustaz mcm mne nk bimbing seorang kafir untuk msuk islam??? sbb sye ade kwn kafir yg minar terhadap islam, jika sye ajak die ke masjid untuk belajar solat dan merasai bagaimana umat islam solat adakah sye ptut untuk menyuruh die mandi wajib dahulu atau mcm mne??? mudah2 an dngn cre tu bleh melembutkan hati die untuk msuk islam...

Jawapan : tak perlu mandi..bagi link2 yang berkait tentang Islam yg mudah difahami sbg membantu.

Soalan : السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Ustaz, saya selalu migraine. Doa apa ya untok menghilangkan migraine ya ustaz? Huhuhu

Jawapan : Suruh ibu baca fatehah sekali niat sembuhkan sakit tu kemudian hembus atas kepala bhg yg sakit..

Soalan : mohon pandangan ust..apa harus sy buat dan pilihan yg mna lbih baik bg pndgn ust...

sy baru kawin 8bln , tp sejak beberapa bln lalu sy diabaikn suami tnpa kabar berita, tanpa nafkah zahir & batin...apakah sy perlu bersabar ust...sy buntu, dan sy x sanggup nk hadapi dgn status janda utk kali kedua ini...apakah sy kena yakin yg Allah akn gantikan calon yg lbih baik drp dia selepas ini seandainya sy buat tuntutan fasakh...mohon sgt ust bg cadangan yg sebaiknya...sy buntu...

maaf sbb kerap brtanya sbb buntu sgt...

Jawapan : Sebaiknya puan solat istikharah..sungguh doa minta petunjuk dr Allah..mesti dpt keputusan yg terbaik..

Soalan : Ustaz,nk tnya..buleh dop jelaskn tntng org perempuan yg nikoh di golok..lepas itu blik dimalaysia hdup same kt 1 tahun..x sempat daftar nikoh malaysia..suami plop mati..dlm perut ye ad kndungan doh..5 bulan..gne hkum ye klu ye nk nikoh pulop.kne tngu lahir anok ke buleh nikoh trus..ce uztaz jelas sket sbnyk..trma ksih🙂

Jawapan : Wsalam..kena tunggu lahir anak dalam kandungan..

Soalan : As'salamualaikum Ustaz.
Saya ada soalan.
Kalau ibu meninggal.
Anak pernah berhutang dengan ibu.
Bagaimana nak bayar balik hutang?

Jawapan : Wajib diserahkan kepada semua waris mengikut faraaidh.

Rabu, 11 April 2018

Kuat lemah

KEKUATAN DAN KELEMAHAN..

Kekuatan dan kelemahan tidak boleh dipisahkan.Tiadalah kekuatan jika tiada kelemahan, juga tiada kelemahan jika tiada kekuatan.Kedua-duannya bersatu.

Kekuatan mampu menjadi kelemahan dan kelemahan juga mampu menjadi kekuatan. Kadang-kadang kelemahan itu lebih membantu daripada kekuatan yang ada, kadang-kadang juga kekuatan itu akan menjadi bebanan dan halangan pula.

Kedua-duanya berselingan antara satu sama lain.

Biarkan orang lain dengan kekuatanya, biarkan orang lain dengan kelemahanya

kita hanya bersyukur dengan segala
kuat lemah kita. Selalu bersyukur Allah jualah yang menjadikan kita kuat dan Dia jugalah yang menjadikan kita lemah.
Maka beryukurlah dengan ketentuaNya.

Jika kita bangga dengan kelebihan dan kekuatan kita htta menjadi riak dan takabur maka beringatlah bahawa kekuatan itu semuanya bukan hak milik kita, ianya milik Allah, milik mutlakNya. Dan, jika melenting atau bersungut dengan serba kekurangan dan kelemahan kita hatta menjadikan kita seorang hamba hina yang tidak bersyukur maka beringatlah bahawa ianya datang daripada Allah, segala baik buruk datangnya daripada Allah, jika kita melenting maka dengan siapakah kita melenting itu?

Berhati-hatilah bila berbicara sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui segala apa yang ada
di dalam hati hamba-hambaNya.

Apalah yang ada pada kita ini?

Harta..
Akal..
Pangkat..
Kedudukan
Rupa ..

Kelak tanah jua menjadi penginapan,
akhirat jua kita kembali menemuiNya.

Tiadalah daya upaya kita melainkan denganNya.

"Ya Allah Ya Tuhan kami
Terimalah segala amalan kami selama ini jauhkan kami dari perasaan riak dan takabur.  ..

Jadikanlah kami, kaum keluarga kami, sahabat kami dan semua hamba-hambaMu yang berdiri teguh di atas jalanMu antara ahli syurgaMu nanti.
Jadikan kami semua ini mulia di sisiMu.

 Aamiin ya Allah

#seLamatMALAM
#SALAMKEMAAFAN

sultan Abdul samad

*SULTAN ABDUL SAMAD*

Ada mengatakan semua pembangunan ini dibuat melalui hasil lombong timah.

*Tapi sebenarnya, Kekayaan ini terkait dengan rizab emas Nabi Sulaiman yang dikeluarkan sedikit bagi membangunkan ibu negara Selangor dan yang terpenting,sistem rel kereta api Tanah Melayu.*

*Bagi mencari sejarah penggunaan harta Nabi Sulaiman ini, saya mula mendampingi susur galur keluarga Sultan Abdul Samad.*

Akhirnya, saya berpeluang melihat 'carta keluarga' yang disusun melalui cicitnya yang saya panggil Pak Ungku. Seorang ahli tasawuf yang duduk di Banting.
Seiring dengan peredaran zaman, baginda juga tidak lepas dari disandung fitnah.

*Baginda dituduh menjadi tali barut British. Yang orang tidak tahu, British sentiasa mencari peluang untuk berbaik dengan Sultan Abdul Samad bagi mengorek rahsia mengenai hasil emas dan harta karun yang menjadi tunggak kekayaan baginda.*

Daripada sejarah lisan yang disampaikan oleh keturunan Sultan Abdul Samad, saya difahamkan, baginda pernah dipanggil ke Istana Buckingham untuk diberi gelaran "SIR", tetapi sesuai dengan kedudukannya sebagai pemerintah dan wali kecil ketika itu, beliau tidak mahu menjatuhkan martabat dirinya sebagai seorang raja Melayu dan maruahnya sebagai seorang mukmin, perlawaan itu ditolak secara baik.
Sultan Abdul Samad dan orang kepercayaannya yang dipanggil sebagai "Panglima Hitam" pernah belayar ke Palestin untuk mengambil kunci emas Nabi Sulaiman.

*Kunci ini diguna bagi mengeluarkan sedikit harta dari rizab emas Gedung Nabi Sulaiman yang terletak di Tanah Melayu, dengan kekayaan inilah, beliau membangunkan, bangunan Sultan Abdul Samad, ibupejabat KTMB, stesen besar KTM, bangunan-bangunan lama dan bersejarah di sekitar Dataran Merdeka, Masjid Jamek Kuala Lumpur dan yang paling utama adalah landasan keretapi yang berlingkar di Tanah Melayu ini.*
Saya tidak perlu kemukakan bukti, saudara boleh lihat dengan mata kepala sendiri dan panjangkan fikiran....apa begitu muliakan hati penjajah mahu membangunkan bangunan-bangunan ini dengan seni reka Islam?

Jika benar hati penjajah begitu bersih, mengapa bangunan-bangunan lama di negeri-negeri lain tidak mempunyai sentuhan Islam, sebaliknya architecture Inggeris secara TOTAL? Dengan kekayaan tersebut, pembinaan bangunan2 ini dibiayai oleh Sultan Abdul Samad, Inggeris hanya menjadi pembina dan pereka.

Beliau hanya meninggalkan namanya pada Bangunan Sultan Abdul Samad sebagai kenang-kenangan.
Di bawah bangunan tersebut terdapat bilik bawah tanah dan terowong-terowong yang menghubungkan beberapa lokasi lain di ibu negara. bilik-bilik bawah tanah itu satu ketika dahulu menempatkan emas negeri-negeri Selat tetapi sekarang tidak wujud lagi, bilik dan kompleks bawah tanah itu masih ada.

*Dipetik dan diolah dari penulisan Shah Paskal*