Rabu, 15 Disember 2021

Akta

 Pindaan Akta 342 adalah Raja kpd segala undang2. ..Boleh dimanipulasi mengikut kehendak dan selera mereka tanpa had. ...Boleh juga digunakan sbg senjata utk membenamkan musuh2 politik. ...Jika MP luluskan, Silap2 akan memakan diri. ..

Pindaan ini memberikan kuasa penuh tanpa batasan kpd DG Kesihatan. ..Menteri Kesihatan hanya ikut telunjuk semata2, krn menteri perlukan undi, so org politik walaupun nampak ganas tp masih ada toleransi dgn rakyat utk menang undi. ... 

Apabila diberikan kuasa kpd hospital & doktor swasta terpilih, maka ianya bkn lagi sebuah hospital. ..Ianya sebuah faksiliti ketenteraan,dgn alasan utk melaksanakan undang2 dgn tegas. ..Padahal sesiapa yg dimasukkan, tiada lagi jalan keluar. ..


Dajjal tidak akan membunuh individu yg masih beriman, yg masih ingat Tuhan. ..Matlamatnya tdk tercapai sbb individu tersebut akan mati syahid menentang kezaliman. ..


Dajjal akan mematikan orang2 yg telah berjaya disesatkan, barulah KPI pengikut nya akan hit target. ...


Disebutkan pd akta tersebut ttg syarikat besar,  kilang2 dan organisasi yg melanggar peraturan dan kes berulang akan dikenakan tindakan tegas. ...

Pada flow organisasi m tidakkah masjid sebuah organisasi  ? Madrasah juga sebuah organisasi. ...Dgn pindaan Akta tersebut  dorg boleh tutup terus masjid tanpa sebarang alasan yg boleh diterima akal, 

Dan,segala hukum hakam islam, akan di ubah mengikut selera mereka, jika melawan maka pindaan Akta 342 akan dilaksanakan, maka tiada apa yg boleh dilakukan. ..nak lawan sml di mahkamah,  tak ada peruntukan dlm pindaan tersebut. ..


Kelulusan pindaan plk,prosesnya dgn cara undian dan dibuat dlm parlimen. ..Tak boleh Hack atau hi - Jack. ...


Pindaan Akta Gila ini,jika diperhalusi. ...Tujuannya hanyalah utk menguasai manusia, bkn utk lawan virus atau menjaga kesihatan umat sejagat, ,,


Mereka sedang memohon lesen utk memburu, mangsa buruan akan diseksa dgn kejam. ..Dan mereka terlepas dari diambil tindakan. ..

Sama spt cucuk beksin,  masa kempen semuanya indah, bila dh cucuk, peduli pun tidak. .


Dan skrg, dah cucuk atau tidak akan tetap dikenakan tindakan yg sama. ..Beksin atau tidak, tiada pengecualian. ..dorg boleh gunakan kpd sesiapa shj.... 


Knp DG Kesihatan shj yg berkuasa penuh  ? Sbb ianya adalah akta kkm,dan semua agensi kerajaan yg lain2 juga akan dikawal oleh DG,apabila dikuatkuasakan akta ini. ..



Hunter to be Hunting. ...mereka inginkan rakyat berada di jalanan, sbg menifestasi adanya golongan penentang. ...supaya mereka boleh membuat laporan bhw anti beksin punca utama rusuhan dan keadaan tidak tenteram. ..& mcm2 lg bakal menjadi tanggungan anti beksin. ...


Mmg sgt2 gila,lulus akta ini...anak bini, segala harta semua nya akan berada dlm kawalan mereka. ..Anak2 kita akan dipaksa utk buat mcm2, melawan bermakna mati....


Aku lgsg tak takut lg dh kpd kobid. ..Sbb kobid dh habis, ..aku takut kpd Pemimpin2 yg ada skrg, sengaja buat buta tuli, 


Dengan akta ini juga mereka ada kuasa utk datang dari rumah ke rumah yg lain utk buat spot check. .. Tak perlu waran, tak perlu temu janji, mereka akan bebas nk redah pukul brp pun. ...


Bersiap sedia lah, walau apa pun aku akan bangkit menentang. ..Skrg pun aku masih lantang bersuara,  aku emel mcm2 ayat pd mereka2 yg berkenaan,  bkn susah pun nak dapatkan data maklumat. ... 

Sedangkan Yahudi Israel pun boleh koyak apabila DataBase dorg kena ceroboh oleh para Hackers Malaysia Indonesia. ..Apa la sgt nk cari emel org2 atasan kt sini. ..


Salam kedamaian. .

Kita bertemu di masa akan datang. 


Takut hanya pada Allah


Assalamualaikum wbh. ...


-Mission of Justice ...zol gpmc

Akhlak

 Semalam terbaca kisah cikgu ni. Cikgu nak bersara. Masa majlis persaraan tu, terkejut cikgu bila tengok anak muridnya semua sama-sama kongsi duit belikan beliau kereta. 


Lepas tu saya baca komen ramai orang di bawah tu. Ada antaranya anak murid beliau sendiri yang komen. 


"Cikgu layak dapat lebih. Tapi ni je kami mampu bagi". 


"Cikgu sangat baik. Tak pernah cakap buruk pasal kami". 


"Cikgu selalu kata kami semua memang dah pandai. Cuma belum jumpa cara je lagi". 


Cikgu tu sendiri pula cuma kata begini. Beliau cuma cikgu biasa. Yang bagus tu adalah pengetua, cikgu lain dan muridnya sendiri. 


Apa yang kita boleh belajar dari sini. 


Pertamanya. Kisah orang rendah diri. Dan baik hati. Orang lain semuanya bagus. Dia rasa dia biasa je. Tak cerita apa pun baik dia. Tapi orang tahu dia baik dan terbaik. 


Hidup dalam akhir zaman ni memang kebanyakkan orang akan berlumba-lumba nak tunjuk dia yang terpaling sempurna. Baik. Pandai. Hebat. Kaya. 


Namun baiknya kita, pandainya kita, hebatnya kita, kayanya kita tidaklah sampai ke level mana sekiranya cuma kita yang rasa. Tapi tidak sampai hasilnya pada orang lain dikeliling kita. 


Keduanya. Cikgu kata anak murid dia semua dah pandai pun. Cuma belum jumpa cara. 


Sangkaan baik pada orang lain akan buat satu perkara ni. Buat kita rasa rendah diri. Dan percaya orang lain pun boleh cuma masanya belum tiba lagi. Apatah lagi nak pandang buruk pada orang lain yang tak punya sama kesempatan rezeki. Benda ini akan buat kita layan semua orang dengan rasa ringan hati.


Ketiganya. Cikgu kata pengetua baik. Kawan kerja baik. Murid baik. Semua orang baik. Saya kira begitulah cikgu hidup dengan orang lain juga. 


Menanam rasa semua orang lain lebih baik dari kita ni bukan benda mudah dan biasa. Lagi pula bila orang tu terlihat kurang dek ujian pandangan mata kita. Kadang kita manusia ni Tuhan uji cuma dengan sedikit saja kelebihan pun sudah jadi sombong mendabik dada. 


Benar sekali pesan suami saya. 


"Kalau kita memang orang yang bagus, kita tak perlu bagitahu orang. Orang tahu. Sebab bagus kita tu bukan kita yang rasa-rasa tapi orang lain yang merasa kesan bagusnya seorang kita". 


Kerana itu semua nikmat adalah kelebihan. Juga beban ujian pada masa yang sama. Dan untuk meringankan kelebihan dan beban ini, perlu diletak di atas semuanya adalah...


Akhlak.


Siti Suryani Yaakop 

#kaknis

Isnin, 13 Disember 2021

Kobit

 *"PERANG DUNIA KETIGA"*


Perang Dunia Ketiga,

Sudahpun bermula,

Dengan cukup dahsyat nya,

Walaupun tiada kedengaran letupan,

Tiada kelihatan hancurnya bangunan2,

Tiada tercium bau darah hanyir mengalir,

Tetapi angka pesakit dan kematian terus bergulir,

Wajah2 sedih banyak terukir.


Perang Dunia Ketiga

Sungguh luar dari kebiasaan

Luar dari jangkaan

Tiada kedengaran suara Jet Pejuang,

Tiada kelihatan Kapal Perang,

Tiada nampak kereta Tank Perang berkeliaran,

Tiada juga Tentera membawa senapang.


Perang Dunia Ketiga,

Mengunakan senjata jarum suntikan,

Mengunakan suara2 yang menakutkan,

Meracuni fikiran,

Memujuk2 menerima suntikan,

Konon2nya untuk kekebalan,

Diserang penyakit yang mengerunkan,

Yang boleh membawa kematian.


Perang Dunia Ketiga

Perang perniagaan,

Untuk menambah kejayaan,

Mencipta vaksin yang masih lagi didalam ujian,

Untuk disuntik kedalam tubuh badan,

Yang keberkesanan nya sangat merisaukan,

Semakin banyak disuntik

Semakin banyak pula yang terkorban,

Apakah ini satu penipuan?


Perang Dunia Ketiga

Dari satu suntikan menjadi dua dan tiga,

Lepas satu variant ada lagi variant tiba,

Membuat penduduk dunia resah gulana.


Perang Dunia Ketiga

Memusnahkan ekonomi negara

Membantutkan pembangunan,

Melemahkan jentera pentadbiran,

Segala aktibiti sehari2an tersekat ditengah jalan.


Perang Dunia Ketiga

Penuh tipu daya,

Perkataan SUKARELA bertukar menjadi PAKSA,

Siapa tidak menurut kata,

Pasti didera,

Dengan peraturan2 yang melanggar Hak Asasi Manusia,

Yang tiada keadilan dan penuh kezaliman.


Perang Dunia Ketiga,

Tiada wujud keadilan nya,

Pengilang Vaksin dan MOH  tidak boleh didakwa,

Jika ada yang cedera dan hilang nyawa,

Terhadap vaksin yang masih lagi didalam ujian,

Yang disuntik ketubuh manusia mengantikan haiwan.


Perang Dunia Ketiga,

Negara2 Merdeka hilang suara,

Taat setia perintah Pertubuhan Kesihatan Sedunia,

Kemerdekaan sudah tidak ada ertinya,

Jika dibiarkan WHO bermaharajalela,

Memasuk campur urusan bernegara.


Perang Dunia Ketiga

Wajib dihentikan,

Jangan sampai kita diperbodoh2kan,

COVID-19 adalah satu perancangan,

Dicipta oleh orang2 yang berkepentingan,

Membolot kekayaan,

Merampas kekuasaan

Menghancurkan kemerdekaan,

Menguggat keimanan,

Membawa perpecahan,

Merosakan perpaduan,

Penuh kezaliman,

Yang melanggar Hak Asasi Manusia,

Melanggar Perintah Allah Yang Maha Berkuasa.


*******************

Ilham Selepas Tahajud

Selasa 14/12/21

Blue lagoon

 KISAH BENAR : KRONOLOGI PANGGILAN BUNIAN LAGUNA BIRU


Kredit : Zurina Aizan Che Hussain


First of All kisah ini adalah kisah benar yang berlaku sekitar Port Dickson .


Kisah ni sebenarnya agak unik , Seram dan menarik untuk dibaca . Banyak plot twist dalam kisah benar ni … 


Masa tu , Gempar satu malaysia bila seorang lelaki hilang di tepi pantai dan telah mendapat perhatian banyak akhbar seperti nst / metro / berita harian dan lain lain lagi


Sehingga kini , pihak polis tidak dapat memastikan kronologi sebenar , Dan dipercayai oleh sesetengah perawat ianya disebabkan panggilan ke alam bunian. Wallahualam


Jom kita baca kronologi sebenar dari kisah ini . Panjang tapi berbaloi


Pagi itu, awal Mac 2020.


Aku di kejutkan dengan panggilan telefon dari anak buah aku Mira. Suara die macam baru lepas menangis. Hati aku rasa tak sedap terus aku tanya kenapa?

"Cekna..Yus hilang kat PD!" terus dia hambur nangis. Ahh sudah. Aku blur jap sebab baru bangun tidur.


Then aku baru teringat semalam anak buah aku Yus beria-ria call aku ajak pi

camping ke PD. Gila ape ajak camping hari Ahad, esoknya dah Isnin. Orang dah start keja, fikir aku mase tu.


Tup-tup hilang pulak budak ni. Aku pun ape lagi bangun dan bersiap, terus drive ke rumah adik aku. Kami sama-sama gerak sana. Sampai di PD, kami terus ke pantai Laguna Biru aka Blue Lagoon, tempat kejadian.


Sampai ke sana kami terus ke tapak khemah dorang. Ade pegawai bomba, ade polis, JPAM n semua lah. Kami di beri penerangan serba sedikit berkenaan dengan kes tersebut.


Menurut adiknya Ila, Yus berkhemah dengan dia dan seorang lagi kawan sepermainannya sejak dari sekolah rendah bernama Azri. 


Kami memang kenal sangat dengan Azri ni sebab dorang rapat sejak sekolah rendah dengan Yus. Kawan sekampung. Kemana dia pergi Azri lah yang selalu setia menemani.


Menurut Ila, sebenarnya Yus plan nak camping ramai-ramai dengan kawan-kawan die yang lain tapi last minute semua cancel berjemaah. Barang-barang camping dah beli, cuti da ambil. 


Nak tak nak kena teruskan jugak. Yus ajak Ila, Yus ada juga ajak anak lelaki aku. Mula-mula setuju tapi last minute, anak aku pun tak nak ikut. Tak sampai hati kecewakan abang nya, so Ila pun ikut lah jugak.


Sampai di Blue Lagoon lebih kurang 11 malam hari Ahad. Dorang pilih tempat ngam sangat, siap ade buai lagi di perbuat dari tayar. 


So dorang dirikan 2 khemah. Dorang memang plan taknak tido sebab nak menikmati suasana camping la konon nya. Sekitar 12.30 malam, Ila masuk ke khemahnya. 


Jelas kedengaran suara Yus & Azri berbual2 di luar khemah dengan peronda pantai. tak silap aku. Tapi makin lama suara berbual semakin sayup seolah-olah dorang makin jauh. Resah jugak Ila dibuatnya.


Tiba-tiba "Assalamualaikum!".

Ada suara lelaki yang tidak dikenali memberi salam dari luar khemah. Ila diam membatu, dia rasa takut sangat dan ragu-ragu untuk jawab. 


Dua kali suara tersebut bagi salam. Ila terus diam membatu. Tidak lama kemudian Ila terdengar suara kecoh-kecoh Yus dan Azri macam mengejar orang kat luar. Ila keluar, rupanya mereka nampak ada susuk lelaki mengintai-intai tepi khemah. 


Yus dan Azri ternampak dan cuba mengejar tapi lelaki tu bergerak laju macam cahaya lagaknya. Terus hilang begitu saja. Ila heran sebab Yus cakap dia berada tak jauh dari khemah , tak kemana-mana pun. 


Sedangkan sewaktu lelaki tu beri salam, Ila takde dengar suara mereka ni seolah-olah mereka dah pergi jauh dari khemah. Yus dan Azri pun heran sebab dorang berada berdekatan tak mana pun. Ila diam je lah. Malas nak panjang cerita. 


Cuma rasa pelik dengan keadaan yang terjadi tadi. Dia teringat balik, kalau lah die jawab salam tu mungkin dia yang akan di bawa pergi.


Tak lama kemudian, dorang start masak mee segera & buat bbq. Seronok bukan main tangkap ketam kecik2 nak buh dalam mee segera. Konon la malam tu nak enjoy the moment, dorang memang tak nak tido. Yus memang duk main kat gigi air jer, kejap dia ke sana, kejap die ke sini macam orang resah. 


Air surut jauh sampai ke tengah waktu tu. Lebih kurang pukul 3.30 pagi, tiba-tiba Yus bagitahu Ila dan Azri yang die nak ke sebelah kawasan sana jap, die nak mandi. Nak cari tempat air dalam skit. 


Azri cakap tak payah lah sebab dah pukul berapa ni. Bahaya pergi jauh-jauh. Tapi Yus memang tak makan saman. Mana nak dengar cakap member. Azri mengalah, dia kata ok lah, jangan jauh sangat sebab nak makan sama-sama kejap lagi.


Tunggu punya tunggu, Yus tak balik. Mereka mula resah. Hingga ke pukul 5.30 pagi tapi Yus hilang ntah kemana. Puas Ila dan Azri cari kawasan berdekatan tapi tak nampak kelibat Yus. 


Pukul 8 pagi lebih kurang, Ila dan Azri buat report polis tentang kehilangan Yus. Pelbagai jabatan turut membantu, ade JPAM, polis, bomba, unit anjing pengesan melakukan operasi pencarian sepanjang kehilangan Yus tapi satu jejak pun tak jumpa. 


Dia seolah-olah ghaib dari dunia ni. Ada juga bantuan dari perawat tempatan dan ade jugak yang ikhtiar jarak jauh. Menurut mereka, kejadian begini kerap berlaku sebab tempat ni memang keras. 


Silap percaturan memang hilang. Mereka teringat balik kejadian malam tadi sebelum Yus hilang.


Hari pertama pencarian tak jumpa satu clue pun. Hampa. Kami family terdekat di ajar oleh pasukan penyelamat untuk buat beberapa petua 'memanggil' Yus pulang. Kami ikut jer sebagai ikhtiar. 


Masuk hari ke 2 kehilangan Yus, pelbagai ikhtiar di lakukan. Ade perawat yang datang naik ke bukit Tanjung Tuan dengan pasukan pencari untuk 'deal' dan bermacam ikhtiar di lakukan. 


Mereka terus mencari dan tak jemu berusaha berdasarkan clue yang mereka terima. Pasukan anjing pengesan juga di lancarkan tapi semua temui jalan buntu, Yus hilang tanpa kesan. 


Bila anjing pun tak dapat nak kesan, memang aku rasa pelik sangat. Kemana budak ni pergi?


Seharian kami menunggu di pantai, berharap dan berdoa agar Yus di temui dengan selamat walau hati jadi semakin goyah. 


Semua orang keletihan, pihak berkenaan menasihatkan kami supaya redha terima apa saja kemungkinan. 


Malam nya pulak tanpa jemu pihak yang terlibat dengan operasi pencarian serta ahli keluarga volunteer mencari di kawasan hutan dan bukit berdekatan hingga ke pagi namun hampa.


Hari Rabu.


Masuk hari ke 3 Yus hilang. Menurut mereka, biasanya kalau jumpa pun mangsa mungkin dah tak bernyawa so kami di minta bersedia. 


Kes-kes sebelum ni, selalunya mangsa akan di temui tidak bernyawa di atas batu paling besar di kawasan tersebut. Waktu itu lah kami di minta duduk berbincang nak kebumi kat mana sekiranya mangsa di temui tidak bernyawa. 


Kat KL atau kat kampung halaman. Bukan kami memandai-mandai tapi semua di atas nasihat mereka yang terlibat dalam operasi pencarian kerana yang berlaku sebelum ni begitu lah keadaannya.


Kami dapat 'khabar' mengatakan Yus akan di hantar melalui air selepas waktu Asar nanti. 'Khabar' ni dapat dari para perawat yang merawat dari jauh. Dorang ni pun banyak membantu. 


Pada kami bila disebut melalui air tu maksudnya laut lah. Kami pun standby beramai-ramai di tepi laut petang tu. Mana lah tahu 'khabar' tu benar. Cuma hantar dalam keadaan apa kami tak pastu. Pada kami dah tak kisah dah asalkan dia di temui. 


Orang kata kalau mati biarlah berkubur. Tak sanggup kami nak hadap dia hilang begitu jer. Nanti seumur hidup kami akan tertanya-tanya hidup atau mati kah dia. Seperti kisah kehilangan Acap yang viral sebelum ni.


Sampai ke senja kami menunggu tapi hampa. Takde ape yang berlaku pun. Petang berlalu dengan rasa hampa. Kami balik ke homestay dan bersiap-siap. 


Malamnya kami bersama pasukan bertugas beramai-ramai buat solat di tepi pantai tersebut. Selesai solat hajat, kami buat bacaan yassin. Selesai majlis, masing-masing melepak tepi pantai. Berharap ada keajaiban berlaku. 


Taknak balik homestay dulu. Masih menunggu kot la ade berita baik. Waktu lepak-lepak tu aku duk main-main dengan kucing kat situ. Saja la aku teringat petua kalau kucing kita hilang, kita pi la bisik kat strays cat. Minta kucing tu sampaikan pesan supaya kucing kita balik. Tiber aku buat gila. Sambil gelak-gelak dengan abang sulung Yus, Haris. 


Aku cakap kat kucing tu "Wei meow, ko pi la tengok mana Yus sesat. Kalau ko ade jumpa die ke ko pesan la suruh dia balik. Kami ramai-ramai tunggu die. 


Ko kan duk sini, kenal kawasan sini. Ko pi pesan yer suruh Yus balik. Lama dah dia hilang ni". Mulanya aku gelak-gelak lepas tu aku yang sebak haha.


Dalam pukul 10.30 macam tu kami decide untuk balik ke homestay sebab semua dah kepenatan. Berhari-hari jadi penunggu pantai. Naik hitam dah aku. Dah la aku tak berapa nak cerah. Tiber.


Sampai di homestay masing-masing layu jer sebab kecewa. Ingatkan petang tadi ade berita baik tapi hampa. Adik-adik Yus buka beg dan barang-barang Yus. 


Aku ambik kain baju die, aku peluk dan menangis "Balik lah Yus, kami tunggu". Semua pakat nangis dah mase tu. Rindu sangat kat dia then takut tak dapat jumpa dia lagi.


Lebih kurang pukul 11 malam macam tu, girlfriend Yus sampai ke homestay dengan adik dia. Dorang datang dari KL. Baru dapat datang sebab dorang keja. So adik Yus yang nama Fika dan Ila berserta abang sulung Yus yang bernama Haris bawak dorang ke tempat kejadian. 


Mereka berlima ke pantai, mencuba petua yang di berikan oleh pihak berkenaan untuk mengocak air laut, selawat dan memanggil nama mangsa. 


Rayu lah dia balik, cakap la apa saja nak cakap. Aku dan family memang dah buat semua petua yang di berikan. Tak salah mencuba kan.


Selesai buat semua tu, dorang lepak-lepak kat tepi pantai tersebut berdekatan dengan khemah yang di dirikan oleh pasukan penyelamat. 


Lebih kurang pukul 12.45 pagi, mereka nampak ada satu susuk tubuh manusia keluar dari laut. Tak berapa jelas hanya bertemankan cahaya bulan & bias lampu dari khemah penyelamat. 


Mereka fikirkan itu adalah salah seorang anggota scuba yang buat pencarian atau selaman di tempat kejadian. Dalam masa yang sama duk terfikir yang bukan-bukan jugak sebab dah tengah malam kan. Mereka diam dan ambil keputusan jangan tegur. Dorang terus tengok jer gelagat susuk badan tersebut. 


Dia kelihatan sangat lemah, naik ke pantai kemudian berpusing ke laut dan melambaikan tangan. Seolah-olah ade yang menghantar nya ke pantai. 


Sedangkan mereka ni tak nampak apa-apa pun di laut. Makin lama memerhati, waktu itu la baru salah seorang perasan yang susuk tubuh itu sebenarnya Yus. Yus jatuh terkulai di tepi pantai tersebut.


Mereka berlarian mendapatkan Yus sambil terus menjerit minta tolong dengan pasukan penyelamat yang ade. Dengan bantuan petugas yang ade berdekatan, Yus di angkat ke bawah khemah.


Waktu ini aku dan family yang lain tengah siap-siap nak tidur dah di homestay. Kami kepenatan, sedih dan bermacam perasaan menjadi satu. Tiba-tiba telefon salah seorang dari kami berbunyi. 


Ntah kenapa deringan tu macam buat semua orang tersentak. Tak tahu kenapa tapi kami semua macam terpegun. 


Semua tertumpu kepada si penerima panggilan. Berharap ade sesuatu yang baik dari panggilan tu barangkali.


"Haaaa....dah jumpa???".


Ape lagi kami pun melompat turun dari katil. Tak tunggu dah apa ayat selepas tu. 


Tak penting dah haha. Aku yang tengah duk main kerusi automatik dengan yang lain kat situ tu terus macam terpelanting turun dari kerusi. 


Capai jer mana sempat, ada yang pakai baju terbalik, ade yang tak sempat pakai 'baju kecik' pun haha. Aku dengan kaftan nya dah tak peduli sebab kami nak super cepat. 


Bergegas kami ke kereta. 4,5 buah kereta mula bergerak ke tempat kami buat solat hajat tadi. Waktu dalam kereta tu lah adik aku tanya eh jumpa tu hidup atau mati?


Ya Allah baru teringat nak tanya. Pada kami memang macam anggap dia dah takde da sebab dah banyak hari hilang kan. Baru kami sedar yang kami tak tahu keadaan die. Yang kami tahu dah jumpa jer. Aku terus call adik Yus yang ada di tempat kejadian.


Dia kata Yus masih hidup.

Allah Allah Allah. Takleh aku gambarkan perasaan kami mase tu. Sebab kami duk ingat dia dah takde.


Sampai di tempat kejadian kami terus ke bawah khemah. Yus terbaring kat situ di kelilingi petugas penyelamat. Aku nampak jer dia masih hidup, memang aku meraung lah cite dia. 


Tak dapat tahan perasaan. Dia masih pakai baju & seluar renang dia. Mata die kejap terbuka kejap tertutup. Keluar air dan buih dari mulutnya. Dia dalam keadaan separa sedar. Anggota penyelamat cuba buatkan die terus sedar, azankan di telinga dia. 


Cuba keluarkan air dari mulut dia. Petugas minta ahli keluarga memanggil nama Yus supaya dia kenal suara orang-orang yang terdekat dengan dia. 


Terus bagi kata-kata semangat untuk dia terus sedar. Sedih hati aku tengok keadaan dia tapi dalam masa yang sama gembira dan syukur dia dah di temui masih bernyawa.


Aku pegang Yus, panggil nama die. Badan die basah tapi tak sejuk macam orang lemas. Jari jemari tak kecut macam orang yang dah lama terendam dalam air. 


Suhu tubuh die normal je, tapi nampak bibir die macam menggeletar. Semua cakap seolah dia di lalukan jer atau di celup je dalam air dan timbul di pantai. 


Betul. Yang aku nampak pun memang macam tu keadaan die. Mungkin laluannya ke sebelah sana melalui air. 


Badan die takde kesan calar atau luka. Sikit pun takde. Baju seluar semua elok. Padahal dah masuk hari ke 4 dia hilang tak dapat di kesan. Pelbagai persoalan bermain dalam fikiran kami. Semua tiada jawapan.


Ambulan sampai, Yus di angkat ke ambulan dan kami semua bergerak ke HPD. Kami semua macam dah lega lah. Yus dah di jumpai then dia masih hidup. Takde luka takde lebam. Takde ape. Semua elok. Alhamdulillah.


Kami ingat habis la kat situ...huhu


Sampai di HPD, Yus di masukkan ke kecemasan. Kami ramai-ramai menunggu di depan wad kecemasan. Mase tu dah dekat pukul 2.30 pagi kot. 


Aku tengok ade jugak keluarga lain kat situ. Mungkin ade kes masing-masing lah tu.Tak lama lepas tu, pegawai perubatan yang bertugas tu keluar


. "Keluarga Raden Saifullah minta masuk ke dalam yer". Kami buat tak taw je la sebab bukan nama Yus yang di panggil. Tak lama selepas tu pegawai yang sama keluar lagi "keluarga Raden Saifullah sila masuk yer". 


Semua diam jer berpandangan sesama sendiri. Kami tertanya-tanya mana jugak lah family budak ni. Dah panggil dua kali kot. Adoiii.


Sory tang ni aku nak tergelak skit. Hahahaha🤣🤣


Rupanya yang di panggil tu adalah family aku dah. Dah kenapa la nama anak buah aku bertukar ke Raden Saifullah pulak dah. 


Adik aku bangun untuk mengesahkan. Betul lah anak buah aku tapi kenapa nama lain. Pegawai tersebut kata waktu die tanya siapa nama pesakit, dia cakap nama aku Raden Saifullah. 


Ahh sudah. Kami nak gelak pun seram dah mase tu. Ahli keluarga masuk seorang demi seorang. Semua Yus dah tak kenal. Dia bercakap dalam bahasa macam zaman Hang Tuah pahlawan Melaka. Guna ganti diri hamba la, tuan hamba la. 


Suara pun dah lain macam. Keras dan tegas acah-acah pahlawan dah. Keadaan die tak berapa stabil. Merenung tajam ke satu arah dan macam orang kerasukan. 


Aku memang tak nak masuk awal-awal la sebab dah mula rasa takut huhu.


So malam tu Yus warded kat situ. Kami balik ke homestay dah dekat pukul 4pagi kot. Otak dah tepu amat. 


Takleh fikir. Ape pun Yus dah di jumpai, kami syukur tak terhingga. Hal-hal lain kami fikir esok pulak. Aku pulak takleh lelapkan mata. Duk berfikir semua benda yang aku rasa sangat tak lojik ni. 


Dia hilang berhari-hari dan timbul di tempat yang sama dia hilang. Tempat tu lah di pasangkan khemah penyelamat , tempat tu lah kami berkumpul hari-hari. Buat solat hajat segala. 


Tempat itu la jadi port menunggu kami dalam beberapa hari ni. Tiba-tiba die muncul kat situ. Dia jadi orang lain. Memang aku tak habis fikir malam tu. Dapat aku rasakan kebesaran Allah swt. 


Yang sebenarnya bumi Allah ni luas, bukan hanya kita manusia penghuninya. Ada yang lain. Ada yang kita tak nampak. 


Alam lain, makhluk lain. Menangis aku malam tu merasakan betapa kerdilnya kita sebagai manusia. Allahuakbar. Allah Maha Besar. Aku yang sebelum ni tak pernah percaya benda-benda macam ni. 


Bukan tak percaya jugak cuma aku tak berminat nak ambil tahu. Bagi aku mengarut jer lah huhu. Semua ini macam mimpi pada aku. 


Susah aku nak percaya tapi itu lah hakikatnya yang terjadi. Tak sedar bila aku terlena memikirkan semua yang terjadi dalam beberapa hari ini.


Pagi esoknya, aku dan adik bersiap untuk ke HPD, plan nya kami nak terus balik ke KL. Sampai di HPD, kami terus ke wad dimana Yus di tempatkan. 


Ramai anggota berada di situ untuk buat lawatan. Aku tegur Yus, dia pandang aku tapi pandangan die kosong jer. Aku pun teragak-agak nak pi dekat. 


Aku hulur tangan dia sambut then sebut nama aku. Alhamdulillah die kenal aku. Aku diam dan senyum jer. Tak berani nak cakap banyak sebab nampak die tak berapa stabil lagi.


Dah buat check up apa semua alhamdulillah takde kecederaan serius, cuma katanya kaki kanan sakit sangat. Dah xray semua takde ape. 


Aku pegang kaki die, belek-belek takde luka pun. Yus kena warded dulu untuk lain-lain proses. Aku tak boleh tunggu lagi, anak-anak di rumah dah berhari-hari aku tinggalkan. 


Nasib baik lah anak-anak dah besar, takde masalah sangat. Selesai di HPD aku drive balik ke KL. Rasa lega lah jugak semua berakhir dengan baik. Adik beradik Yus masih tinggal menguruskan hal-hal yang belum selesai.


Keesokan hari nya, Yus dah boleh discaj dari wad kerana tiada kecederaan di alaminya. Fika dan suaminya membawa Yus balik ke homestay, bersiap-siap untuk maghrib. 


Cadangnya dorang akan balik ke KL keesokan harinya. Yus di tinggalkan sekejap di ruang tamu homestay. Semua bergegas untuk solat maghrib . Sedar-sedar Yus dah hilang. Apalagi kelam-kabut mereka berpecah untuk mencari Yus. 


Dah la waktu maghrib. Alhamdulillah Yus di jumpai di kawasan berdekatan, kat tepi laut. Dia macam dah standby untuk turun ke laut balik. Dia dalam keadaan blur dan sangat lemah. 


Nasib baik dorang cepat. Kalau tak, mungkin Yus hilang lagi. Benda tu memanggil-manggil kata ustaz perawat so Yus kena selalu di perhatikan. Jangan tinggalkan berseorangan.


Setelah mendapat nasihat dari perawat, Yus perlu segera di bawa keluar jauh dari PD. Benda tu memanggil. Dia tak boleh berada di sana. 


So malam tu jugak mereka bersiap-siap untuk balik ke KL. Perlu bawa Yus keluar dari kawasan tersebut secepat mungkin.


Waktu ni aku dah sampai ke KL. Adik-adik Yus keep updating aku tentang keadaan dorang. Dalam perjalanan dari PD ke KL, Fika bagitau aku kaki kanan Yus sakit sangat-sangat tapi dorang tak taw nak buat apa. 


Tak tahu sebab apa. Aku cuba tanyakan kawan perawat aku yang follow kes ni. Katanya die nampak ade 'benda' bergayut di kaki kanan Yus. 


Benda dari laut, die ikut balik. Ahhh sudah. Tak habis lagi rupanya. Aku tak bagitau pun kaki belah mana yang sakit. Aku cuma cakap kaki Yus sakit. Ngam perawat tu bagitau ade sesuatu dari laut di kaki kanan Yus. 


Dah gelabah budak-budak tu dalam kereta bila aku bagitau ade benda ikut balik. Aku pun sengal ape la pi bagitau macam tu pulak. Kesian dorang. 


Aku cuma takleh nak berfikir dengan betul mase tu kot haha. Memang gelabah gila la dorang😅


Yus di bawa ke rumah Fika, ada Ila yang boleh tengok kan Yus. Fika sampai ke rumahnya lebih kurang pukul 1 pagi. Buka jer pintu rumah, dia terkejut sebab rumahnya penuh dengan air. 


Banjir beb.

Yang peliknya rumah Fika tu apartment 4 tingkat & Fika tinggal di ting 1. Macam mana rumah dia boleh banjir dengan tiba-tiba? Tak pernah berlaku. Rumah dia di penuhi air separas buku lali. 


Dah lah yang mengikut tu dari laut, tiba buka pintu rumah penuh air. Fika dah nak menangis call aku ceritakan keadaan tu dan minta aku tolong carikan perawat untuk redakan kes ni malam ni jugak. 


Mana la aku nak cari perawat tengah malam buta ni oiii. Kesian aku dengar suara Fika dah tak keruan dah. Dorang ketakutan.

Aku yang pura-pura berani cuba menasihati supaya jangan takut, benda tu tak boleh buat apa pun selagi Allah tak izinkan. 


Buat tak taw je. Padahal kalau aku kat tempat Fika mau aku terjun lari dari tingkat 1 rumah tu hahaha. Aku seram sendiri kat rumah. Malam tu berlalu macam tu jer.


Keesokannya Fika dan suami bawa Yus pergi berubat. Banyak tempat la dorang pergi sampai lah keadaan Yus betul-betul normal. 


Ustaz pesan jangan biarkan die sendiri sebab dia masih lemah. Katanya lagi once pintu di buka, Yus dah ada access ke 'sana' so kena hati2 in future.


Syukur alhamdulillah, kini setelah setahun lebih berlalu, aku tengok Yus dah benar-benar pulih. Sikapnya berubah dari dulu. Dia lebih rapat dengan family, mak & pak sedara. Rumah aku ni dah jadi macam rumah no.2 dia. 


Kejap-kejap datang la die menyemak kat rumah aku ni. Yelah aku ni dah macam pengganti mak dorang. 


Anak aruah kakak aku macam anak aku jugak. Lagipun semua dah besar, dah macam kawan-kawan jer kami ni. Takde hal lah.


Persoalannya sekarang , Apa yang yus nampak masa dia hilanh tu ? 


Jeng jeng jeng....


Nak tahu Pengalaman yus ? 


Klik Link di bawah , Untuk teruskan membaca

Apa yang sebenarnya Yus Nampak semasa beliau di dalam alam Bunian …


https://dryazeedhairi.com/kisah-benar-kronologi-panggilan-bunian-laguna-biru-port-dickson/

Doa

 Cerita kat Pakistan ni paling saya tak boleh lupa..


Macam-macam magic yang berlaku. MasyaAllah Tabarakallah.


Tahu tak sebab apa berlaku semua magic tu? 


Baca sampai habis.

.

.

.


Lepas kami keluar dari Pakistan, saya telefon Ummi, Ummi tanya saya..


"Apa hikmah terbesar yang Angah dapat masa kembara di Pakistan?"


Masa tu, saya buka loudspeaker, Adilah pun dengar sama.


Dengan excitednya, saya cerita apa yang berlaku di Pakistan.. 😆


✅ Masa Adilah jatuh sakit (AMS) di puncak gunung setinggi puncak Kinabalu & hampir nazak..


✅ Tiba-tiba jumpa doktor boleh cakap english kat atas puncak yang sepatutnya tiada manusia tinggal kat atas tu. Macam puncak kinabalu, mana ada orang duduk kat atas tu kan?


✅ Peliknya, doktor tu ada semua ubat AMS 


✅ Adilah masih tak kebah, dibawa turun ke kaki gunung, tiba-tiba jumpa 3 orang specialist doktor tengah makan kat sebelah kami.


✅ Mereka hantar kami ke hospital sejauh 10km


✅ Adilah dimasukkan ke ICU selama 3 hari secara percuma.


✅ Hari pertama keluar hospital, ada seorang pakcik tak dikenali bagi duit RM600.


✅ Hari kedua, 1 group pemuda kumpul duit sesama mereka dan beri kami duit sejumlah RM600.


"Angah rasa, mungkin ini hasil doa orang musafir Ummi." Kata saya dengan kompiden! 😂


"MasyaAllah.. Angah nak tahu satu cerita tak?" Tiba-tiba nada Ummi menjadi serius.


"Hah, apa dia Ummi?" dari suara excited, terus berubah jadi curious.


Selalunya Ummi excited dengar cerita pengembaraan saya, kalini nadanya lain pulak.


"Masa Angah & Adilah hilang tanpa berita di Pakistan haritu, ada satu kejadian yang berlaku kat sini.." Ummi mulakan cerita.


Kami senyap, kami rapatkan telinga kami ke telefon.


"Ada seorang pelajar Indonesia yang belajar di UIA eksiden, dia salah seorang guru kelas Al-Quran Ummi.." sambung Ummi.


"Innalillah.." sebut kami serentak.


"Teruk ke Ummi?" tanya saya. 


Saya kenal pelajar tu. Dia dalah lama jadi guru di kelas Al-Quran Ummi.


Ibunya pernah datang ke Malaysia dan berkenalan dengan Ummi.


"Teruk juga, dia terlanggar wayar masa bawa motor di tengah terik panas, terpaksa dibawa ke Hospital Selayang masa tu.."


"Ummi telefon mak dia & mak dia minta tolong tengokkan sebab pelajar tu tiada keluarga di Malaysia ni.."


"Ummi pun pergi ke hospital tengok keadaan pelajar tu.."


"Dia tak boleh masuk ICU selagi tak bayar deposit sebanyak RM2,000.."


"Masa tu, Ummi tak fikir panjang, Ummi terus keluarkan duit Ummi dan bayar pada hospital.."


"Masa Ummi bayar tu.." suara Ummi tersekat-sekat.


"Ummi teringat Angah & Adilah yang dah lama tak dengar khabar berita..." suara Ummi bertambah sayu.


"Ummi doa, Ya Allah, dengan saya bantu pelajar ini, Kau bantulah anak-anak aku di Pakistan ya Allah.." kami dengar suara Ummi menangis teresak-esak di hujung talian.


Tanpa kami sedari, air mata kami juga berderai. Allah.. 😭


Rupa-rupanya, bukanlah doa kami yang Allah swt angkat sehingga perlbagai magic berlaku di Pakistan. Tapi..


🤲🏻 Doa Ummi

🤲🏻 Ummi bersedekah

🤲🏻 Ummi bantu orang lain dalam kesusahan.


Disebabkan itu, Allah swt bantu permudahkan urusan kami di Pakistan 😭

.

.

.


Tuan Puan,


Kadang-kadang kita ingat Allah swt permudahkan urusan kita..


✅ Sebab doa kita

✅ Sebab usaha kita

✅ Sebab sedekah kita

✅ Sebab amalan kita


Tanpa kita sedari, ada insan lain sedang mendoakan kita setiap hari. 


🤲🏻 Doa ibu kita. 

🤲🏻 Doa ayah kita

🤲🏻 Doa kawan-kawan kita

🤲🏻 Doa bos kita


Mungkin doa mereka yang Allah swt angkat hingga semua yang kita minta, Allah swt kabulkan.


MasyaAllah Tabarakallah.


Itulah kehebatan senjata kita. Senjata orang mukmin. Doa.


✅ Jika kita seorang anak, doakan untuk Mak Ayah.


✅ Jika kita seorang ibu atau ayah, doakan anak kita yang baik-baik.


✅ Jika kita seorang sahabat, doakan sahabat-sahabat yang lain.


Semoga dengan doa kita kepada orang lain, Allah swt permudahkan juga urusan kita. Amin.


Love,

Ahmad Isa


#JiwaKembara

#HidupLuarBiasa2022