Isnin, 20 Disember 2021

100 tahun

 Kawan2 tentera kecil hati bila kena kecam dgn netizen konon sbb lambat sampai. 


Sebenarnya ATM dah standby aset utk persiapan monsun timur laut di kelantan , terangganu, pahang dan johor.


Tapi bila dipanggil utk selangor, Bot dan heli tak ada di selangor dan KL kebanyakan diguna dlm ops benteng jauh nun di sempadan antara negara sana.


Aset askar terhad. Semua fully utilised. Ada dah pun yg sedang dlm operasi menyelamat di pantai timur sbb mmg aset dah standby utk monsun timur laut sejak November. 


Utility heli ada 12 je. Itu la jaga sempadan itu la nak menyelamat. Masa umum belanjawan, bila ATM nk beli kelengkapan tempur & menyelamat , nak tambah aset ada yg cakap "membazir, bukan nak perang pun, nak perang dgn siapa?" 


Datang banjir, susah itu ini nak harapkan ATM? Lepas tu salahkan ATM? 


Satu lagi, kena faham pengurusan bencana. Yg urus bencana Tahap 1 ialah bomba, pdrm dan APM diselaras oleh pejabat daerah -- DO sbgai chairman 


Tahap 2  berlaku di beberapa daerah, diselaras SUK --- MB sbgai chairman 


Tahap 3 tahap bencana diselaras NADMA -- PM sbgai chairman 


Pengurusan banjir besar di selangor nampak kelam kabut mungkin sbb pejabat daerah di selangor jarang handle krisis tak mcm kedah , kelantan, terengganu, johor yang sedia2 banjir ni. 


MB Selangor pun lambat mohon bantuan pusat. In fact masa Amiruddin tweet Hisham utk bantuan , masa tu ada dh askar yg on the ground. 


Lagipun  Meteorologi (MET Malaysia) hanya dpt solid model tak sampai 24jam sebelum, aset dah deploy di pantai timur, aset lain baru nak gerak drpd "ops benteng" jauh nun disempadan negara, mmg la ada glitch. 


MET Malaysia cakap ini fenomena dlm 100 tahun! taburan hujan sebulan turun dalam masa 24 jam! 


Ini bukan monsun timur laut biasa! Ini mmg di luar jangka! 


Kesemua aset-aset JPS Wilayah seperti rumah pam dan pintu air telah dioperasikan pada tahap maksimum. 


Itu pun , 5 bilion liter berjaya dilencongkan drpd memasuki ibu kota KL menggunakan terowong SMART. 


JPS mengaktifkan SMART diversion tu sejak 7.45 malam 18 Disember hingga 12tgh hari 20 Disember. 


Ini adalah rekod! SMART diversion tak pernah diaktifkan lebih drpd 3 jam sejak mula operasi.


Banjir paling teruk di KL berlaku tahun 70an tu pun tak teruk mcm ni.


Amaran 11 Disember hanya utk pantai timur tapi 17 Disember baru la amaran keluar utk KL, Selangor dan Negeri Sembilan. 


Kenapa hanya 17hb kenapa lambat? 


Sebab pergerakan tropical dperession sukar diramal. Beberapa model global (mathematical model, satelit model) pun tak beri maklumat konsisten, ada model global kata akan hala ke utara, ada yg  ramal akan stop je bila tiba di Banjaran Titiwangsa. 


Tapi pada 17 Disember barulah ada model yg konsisten.  


Ni bukan monsun biasa, pasukan keselamatan & penyelamat dh standby utk monsun sejak november.... tapi ni bukan monsun biasa, ini fenomena sekali dlm  100 tahun.

Banjir

 Amaran untuk 26,27,28,29 december nanti jangkaan kelajuan angin cecah dari 5mph-25mph dan mungkin naik sampai 35mph.


Katanya akan lebih teruk dari yang 18,19 december hari tu. Allahu.. berhati-hati semua. 


Sumber : Prof Shahrul Shauqi Lazim

P/s : Ini bukan berita, mahupun Notis Kementerian, tapi ini hanyalah Apps/ramalan utk kita berjaga-jaga. 


Jadi apa yang perlu buat? 


dulu ada orang share dgn aku pasal benda ni. tapi aku lalai


tanda-tanda tempat korang bakal banjir teruk


1. walaupun hujan dah berhenti.


2. mula mula air jernih. masa ni kita akan terpesona 


3. beberapa jam pastu.. air akan mula keruh. ni tanda yg patut anda bersiap sedia utk berpindah


4. air jadi kuning dan berkeladak dan bersampah. ni tanda anda patut segera keluar dari kawasan tersebut (aku terlambat sebab no. 6)


5. bergantung pada tempat. ada tempat 1 jam naik seinci. ada yang naik sekaki terus


6. paling penting. abaikan perasaan sayang nak tinggalkan rumah. akhirnya terpaksa pihak jpam menyelamatkan anda. 


+ kunci pintu rumah, tutup suis utama dan kalau boleh cabut fuis utama sebelum keluar.


+ sumbat lubang ekzos, dan cabut terminal bateri kereta yg ditinggalkan. parking ditempat yg tinggi.


semoga kita dapat bertindak lebih awal dan mengelakkan diri daripada terperangkap. 


cari kawasan selamat. 


semoga bermanfaat


Kredit : Ommar Abdul Aziz

Musibah

 Masa terperangkap dalam banjir, kau mintak tolong.


Sedaya upaya orang ramai akan bantu.

Tanpa tanya, mana kad vaksin?

.

Masa terperangkap di highway, kau mintak bantuan.

Tanpa tanya, dah complete dos ker?

.

Masa kau tersangkut di atas bumbung,mengharap pertolongan. 

Ada ke orang tanya, bila amek booster? 

.

Bila mana ahli keluarga sendiri terkesan. 

Kau merayu sesiapa sahaja untuk bantu berikan pertolongan cemas. 

Kerana kau tak mampu untuk berada di sana

.

Adakah dia akan tanya, berapa hari dah amek vaksin?

.

Kau update di fb mintak bantuan.

Semua orang tolong panjang panjang kan.

Tak juga ku lihat soalan, amek vaksin cap apa aritu?

.

Manusia tetap bantu sesama manusia.

Tak risau ke time tolong tu orang tu positive?

Tak risau ker time tu tiada penjarakan sosial?

Tak risau ker?

.

Tapi adakah kita terfikir. 

Kita yang menyokong diskriminasi.

Kita boikot guru guru.

Kita kutuk orang yang tak nak vaksin.

Kita ajak geng kita membawang ramai ramai.

.

Tak vaksin tak boleh dine-in

Tak vaksin tak boleh masuk shopping mall

Tak vaksin tak boleh pegi langkawi 

.

Kita sokong ape jua menteri cadangkan.

Kita ikut perintah katanya.

.

Janji kita puas. 

.

Tapi di saat kita susah macam ni, apa menteri tu tolong kita?

Tolong nak swab untuk mangsa banjir.

.

Kalau positive nak buat macam mana?

Biar kan jer mereka basah? 

Biar jer mereka duduk luar?

Atau nak terus suntik vaksin time tu jugak?

.

Sekali Allah turunkan hujan jer.

Semua KAD VAKSIN tak mampu nak tolong.

Semua menteri yang kuat sembang pon tak boleh turun padang.

.

HANYA ALLAH JER MAMPU HAPUSKAN SEMUA VIRUS PENYAKIT.

TERMASUK KITA, MANUSIA. 


Kembali kan lah Malaysia seperti biasa.

Kembali kan lah persefahaman Malaysian seperti asal

Kembali kan lah aman damai yang dulu.

Sungguh, ku rindu.


#copypaste 

#sharingiscaring 

#rapatkanshaf

Ahad, 19 Disember 2021

Sungai Klang

 Meluruskan Sungai Klang


Satu ketika dulu, aliran Sungai Klang ada yang berbentuk ladam seperti dalam bulatan di atas. Secara spesifiknya U itu kawasan Sungai Kandis. Dulu sebelah Sungai Kandis tu tanah kosong, kini sudah jadi Alam Impian. Taman Sri Muda yang sedang tenggelam tu betul-betul sebelah Alam Impian.


Aliran Sungai Klang yang berselirat begini ada di beberapa tempat lain juga, semua telah 'diluruskan' kira-kira 20 tahun yang lalu.


Sekitar tahun 2002 berlaku projek meluruskan aliran Sungai Klang sekaligus menukar rupa Sungai Klang yang panjangnya kira-kira 120 km. Sungai yang lebih lurus lebih melancarkan aliran air supaya segera sampai ke Selat Melaka.


Tapi selurus mana pun sungai tidak terkejar dengan pembangunan yang amat pantas di sepanjang Sungai Klang. Meneliti aliran Sungai Klang dari Hulu Klang sampailah ke Pelabuhan Klang, kita dapat meneliti betapa rapuhnya kedudukan penempatan manusia di sepanjang sungai. Rizab sungai pun tidak mampu untuk menjadi rizab, malah rizab yang sedia ada itu pun mahu disondol juga.


Ibarat bom jangka, barangkali Lembah Klang bukan lagi kawasan yang benar-benar selamat buat kita.


Fiqh banjir

 [Fiqh Banjir] - Panduan Ibadah Musim Banjir 


Saya ada menulis beberapa dapatan dari Fiqh Banjir oleh INFAD, iFFAH dan juga USIM yang dikelola oleh Dr Irwan Bin Mohd Subri pengarah International Fatwa and Halal Centre (iFFAH).


Moga bermanfaat buat mangsa banjir yang terkesan.


1. Air banjir boleh dikira air mutlak sebab kuantiti dia banyak. Jadi ia boleh diguna untuk berwuduk. Tapi yang sunat macam berkumur dan masukkan air dalam hidung tak perlu. Kalau ada najis atau bangkai yang berdekatan air tersebut, boleh guna air yang jauh sikit dari tempat tu.


2. Air banjir juga boleh digunakan untuk beristinjak. Jika ada benda2 kesat seperti tisu, kertas dan kain, ia juga boleh digunakan. Benda yang tak boleh guna ialah najis seperti tahi kering atau benda2 yang dihormati macam makanan.


3. Kalau pusat penempatan banjir terputus bekalan air atau air tu cukup untuk minum je, boleh tayammum. Mangsa banjir yang sakit dan tak boleh guna air pun boleh tayammum. Kalau susah dapat debu tanah, boleh tepuk debu yang ada dekat dinding, cermin, meja atau tempat2 lain.


4. Solat Jumaat wajib untuk lelaki. Kalau ada masjid dan surau yang dekat dan tiada halangan, kena solat kat sana. Kalau ada halangan, pusat pemindahan banjir kena hubungi Jabatan Mufti supaya luluskan solat Jumaat dekat pusat tu.


5. Masa banjir, mangsa atau petugas banjir boleh solat jamak ketika situasi mendesak macam selamat diri dan juga harta. Kalau sempat jamak taqdim sebab dulu sebab takut ada kesukaran nak jamak takhir, maka digalakkan untuk solat jamak taqdim.


6. Aurat wajib tutup bagi lelaki & perempuan. Kalau darurat syarie, boleh bersentuhan antara bukan mahram sekadar perlu je. Penempatan mangsa banjir yang bujang perlu diasingkan lelaki dan perempuan yang bukan mahram.


7. Yang berkeluarga boleh letak di tempat yang terpelihara aurat mereka. Boleh guna langsir, khemah atau pemisah yang lain. Mangsa atau petugas banjir kena jaga pergaulan antara bukan mahram dan tidak berada dalam situasi yang boleh menimbulkan fitnah.


8. Dalam situasi banjir, air banjir boleh digunakan untuk mandikan mayat. Yang mandikan jenazah kena yang sama jantina. Kalau pusat pemindahan takde air atau air hanya cukup untuk minum je, boleh tayammumkan mayat bagi ganti mandi jenazah. Kalau tayammum pun tak boleh, terus solat.


9. Yang kafankan jenazah pun kena yang sama jantina. Pastu kalau tak ada kain yang mencukupi atau warna putih, boleh guna sekadar yang mampu untuk tutup jenazah. Selepas itu wajib disolatkan dan dikebumikan dekat tanah perkuburan yang disediakan pihak berkuasa.


10. Tak boleh ambil harta orang lain tanpa dibenarkan pemiliknya. Kalau dalam darurat syarie, makanan atau barang yang dimakan dan diambil sekadar untuk terus hidup, mesti diganti semula atau dibayar harganya jika diketahui pemiliknya.


11. Jika pemiliknya tak diketahui lepas dicari dengan bersungguh2, kena usaha hebahkan. Kemudian dia kena sedekah harga anggaran  makanan atau barang yang diambil itu. Kalau pemiliknya dijumpai lepas tu, kena ganti semula atau bayar harga mengikut budi bicara pemiliknya.


12. Barang yang kita jumpa waktu banjir ni kita boleh bahagi kepada 2 jenis. Pertamanya yang mudah rosak atau susut nilai macam makanan yang dh dimasak dll. Yang ni boleh dimakan atau dimanfaatkan. Tapi kalau pemilik tuntut dengan bukti, kena ganti semula atau bayar ikut budi bicara.


13. Yang keduanya barangan yang tak mudah rosak macam jam, barang kemas dll. Yang ni kalau dijumpai boleh ambil/simpan untuk tujuan jaga barang tu dan iklankan selama setahun sedaya upaya.


14. Lepas setahun, barangan tu boleh dimanfaatkan oleh orang yang jumpa. Tapi kalau pemilik asal tuntut samada sebelum atau selepas setahun, kena berikan semula kepada pemilik asal. Pusat penempatan banjir boleh buat inisiatif tabung atau kaunter uruskan barang luqatah (lost &found).


15. Oh ya, tentang solat tadi lupa nak tambah pasal boleh tak solat dengan pakaian yang terkena lumpur. Jawapannya boleh sebab lumpur bukan najis.


16. Satu lagi solat dalam keadaan rumah dinaiki air atau berselut wajib berdiri dulu kalau mampu. Untuk sujud boleh duduk atas kerusi kalau air atau lumpur menghalang sujud yang sempurna.


17. Last sekali, boleh tak bagi zakat kepada mangsa banjir? Harus sebab mereka dikira dalam golongan al-Gharimin iaitu orang yang terkena mudarat/bencana yang menyebabkan harta mereka musnah.


Untuk bacaan lanjut, boleh dowload aplikasi Fiqh Banjir (FIBA) di PlayStore.


https://play.google.com/store/apps/details?id=cryptercode.com.fiba


Saya juga ada merujuk artikel yang dikeluarkan oleh Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia dengan kerjasama USIM dan INFAD.


Moga bermanfaat buat semua.


Usaid Subki