Jumaat, 29 November 2024

Feqah banjir

 *[ Fekah Ketika Banjir ]*


1. Air banjir dikira sebagai air mutlak walaupun berwarna coklat disebabkan kuantiti air yang banyak melebihi 2 qullah (270 Liter). Jadi ia boleh digunakan untuk beristinjak, berwudhuk, mandi janabah dan mandi jenazah.


2. Pakaian yang terkena lumpur sah dibawa solat kerana lumpur adalah suci.


3. Dibolehkah solat secara duduk diatas sampan kerana bimbang jika melakukan solat secara berdiri sampan akan terbalik, ini telah difatwakan oleh mufti wilayah pada 20 Februari 2017.


4. Jika sampan berpusing sehingga berubah arah kiblat, maka wajib ke atasnya untuk memusingkan dada menghadap ke arah kiblat semula. Ini dinyatakan dalam Kitab Misbahud Duja, Karangan Ustaz Muhadir Bin Haji Joll.


5. Ketika ribut disunatkan menambah lafaz dalam Azan :

أَلَا صَلُّوا فِي بُيُوْتِكُمْ


Maksudnya : Hendaklah kamu solat dirumah kamu"


Ini dinyatakan dalam Kitab Sabilal Muhtadin Li Tafaqauh Amruddin Syeikh Arsyad Al-Banjari.


6. Dibolehkan rukuk dan sujud secara isyarat ketika banjir, namun sujud mestilah lebih rendah daripada level rukuk. Ini dinyatakan dalam Kitab Fiqh Islami Wa Adilatuhu Karangan Prof. Dr. Wahbah Az-Zuhaili. 


Sah sujud dalam air dan duduk antara dua sujud dalam air, namun perkara ini patut dielakkan kerana dibimbangi akan mengakibatkan lemas atau hanyut serta membahayakan kesihatan mangsa banjir.


7. Solat jumaat tidak diwajibkan ketika bencana alam seperti banjir dan ribut, ini selaras dengan fatwa Darul Ifta' Misriyyah.


8. Petugas dan mangsa banjir tidak dibolehkan solat jamak, kerana Nabi SAW solat jamak ketika hujan dan bukan ketika banjir dan diqiaskan salji dengan hujan, inilah yang telah difatwakan oleh Mufti Wilayah Persekutuan pada 10 Februari 2016.


9. Zakat boleh diberikan kepada mangsa banjir, kebanyakan ulama’ memasukkan golongan terkena banjir dalam Asnaf Al-Gharimin iaitu orang yang berhutang, ini bertepatan dengan Fatwa Mufti Wilayah pada 10 disember 2014.


10. Penempatan mangsa banjir lelaki dan perempuan bujang yang ajnabi perlu diasingkan dan wajib menjaga aurat masing-masing.


11. Mangsa banjir yang berkeluarga boleh ditempatkan sekali dengan dipisahkan melalui khemah atau langsir atau pemisah yang lain yang dapat menjaga aurat mereka sekeluarga.


12. Boleh dibuat kaunter Lost & Found, Barang yang tercicir semasa banjir termasuk dalam Bab Al-Luqatah :


 -jika barangan mudah rosak dan susut nilai, si penemu boleh menggunakannya atau memakannya dan wajib dipulangkan barangan itu atau dibayar gantinya jika tuan empunya sudah ditemui.


-jika barangan itu jenis yang tidak mudah rosak, disimpan ia dan wajib di iklankan selama setahun, selepas setahun si penemu boleh memiliki harta tersebut, namun jika tuan empunya ditemui dan meminta kembali hartanya wajiblah dikembalikan semula barangan itu.


Iklan boleh dilakukan sebanyak dua kali sehari selama seminggu, kemudian tiap-tiap hari sekali selama seminggu, kemudian setiap tujuh hari sekali selama tujuh minggu, setelah itu setiap sebulan sekali sehingga cukup setahun.


Hukum memungut barangan Al-Luqatah ini :


Wajib    ► Jika diyakini akan hilang sekiranya dibiarkan.


Sunat    ► Jika berhasrat untuk menolong orang yang keciciran harta tersebut.


Harus   ► Jika tidak dibimbangi akan hilang.


Makruh ► jika mengambilnya ia merasakan tidak dapat menjaga amanah pada masa akan datang.


Haram  ► Bagi orang yang berniat jahat.


13. Mati kerana lemas dikira sebagai mati Syahid Akhirat, Nabi SAW bersabda :


الشُّهَدَاءُ خَمْسَةٌ الْمَطْعُونُ، وَالْمَبْطُونُ، وَالْغَرِقُ، وَصَاحِبُ الْهَدْمِ، وَالشَّهِيدُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ‏‏‏.‏


Maksudnya: Orang yang mati syahid lima golongan iaitu orang yang mati kerana taun, mati kerana penyakit perut, mati lemas,orang yang ditimpa runtuhan dan syahid di jalan Allah.


(Riwayat al-Bukhari & Muslim)


Wajib dimandikan keatas jenazah yang mati tenggelam walaupun badannya masih basah.


Sekian,


Mohammad Illiyas Bin Habulat

Pegawai Perubatan Hospital Tuanku Fauziah

Pemegang Tauliah Agama Islam Negeri Kedah


#Betulkan_Saya_Jika_Saya_Salah

Isnin, 25 November 2024

Ucapan lagi 40 tahun

 Assalamualaikum…


Alhamdulillah… ada sedikit masa & ksihatan anugerah Allah Taala mbolehkn teman bceloteh.. 


Mohon maaf xsempat bjumpa dgn semua…

Apa yg penting saya mmohon sejuta kemaafan dr kalian semua d atas sgala kkhilafan samada dsedari atau tidak…


Saya bharap sangat… xperlulh sahabat2 buat apa2 event sempena pencen saya… coz saya xdpt hadir 


Xperlu juga myediakn apa2 gift utk saya…

Cuma jika ada juga yg nak beri sbg tanda psahabatan… saya mohon sahabat tukarkn kpd bentuk wang & sedekahknlh pd tabung2 masjid, anak yatim, asnaf atau seumpamanya… niatkn utk sahabat2 & saya juga… agar Allah mlimpahkn rahmatnya pd kita semua…


Ajal maut kita xtahu… jika saya tlebih dahulu djemput Allah Taala… mohon sahabat2 lelaki dtglh utk solat jenazah saya…


Smoga smangat ukhuwah kita bkekalan kerana Allah Taaala


Tkasih semua… 

mohon kemaafan… mohon mgundur diri… 


wassalam…

Scammer

 *💥Sangat Sangat Mendesak...💥*


Sila sampaikan mesej ini kepada keluarga dan rakan anda SEKARANG.


Orang ramai telah menerima panggilan daripada

       Tel: +375602605281

       Tel: +37127913091

       Tel: +37178565072

       Tel: +56322553736

       Tel: +37052529259

       Tel: +255901130460

atau mana-mana nombor bermula dari +371 +375 +381


Lelaki ini hanya menelefon sekali dan meletakkan telefon. 

Jika anda menghubungi semula, mereka boleh menyalin senarai kenalan anda dalam masa 3 saat dan jika anda mempunyai butiran bank atau kad kredit pada telefon anda, mereka juga boleh menyalinnya...


   Kod +375 adalah untuk Belarus.

   Kod +371 adalah untuk Lativa.

   +381 Serbia.

   +563 Valparaiso.

   +370 Vilnius.

   +255 Tanzania.


Jangan jawab atau Panggil semula.


Juga, Jangan Tekan 

#90 atau #09

pada Mudah Alih anda apabila ditanya oleh mana-mana pemanggil. 


Ini adalah helah baharu yang digunakan untuk mengakses kad SIM anda, membuat panggilan atas perbelanjaan anda dan membingkai anda sebagai penjenayah.


SEGERA MAJUKAN mesej ini kepada seberapa ramai rakan yang anda boleh untuk menghentikan sebarang pencerobohan!!!

Isnin, 18 November 2024

Matrikulasi

 Usah diganggu ekologi pembangunan program matrikulasi


 UtusanTV -November 19, 2024


Oleh Kamal Shukri Abdullah Sani


BARU-baru ini Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Won mengumumkan yang kementerian sedang meneliti ke arah satu sistem peperiksaan untuk masuk ke universiti. Sekarang memang ada dua peperiksaan atau cara untuk masuk ke universiti.


Pertama, melalui peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan satu lagi melalui program matrikulasi di kolej matrikulasi KPM yang dimulakan sejak September tahun 1998.


Antara tujuan asal penubuhan program matrikulasi ialah untuk menjadi penjana terunggul pelajar Melayu dan Bumiputera berkualiti ke institusi pengajian tinggi dalam bidang sains, teknologi dan profesional.


Program ini juga mempunyai misi membangunkan potensi pelajar Melayu dan Bumiputera dalam bidang berkaitan melalui pendidikan prauniversiti yang berkualiti untuk melahirkan modal insan yang cemerlang bagi membangun negara ini.


Program matrikulasi ini juga asalnya bertujuan menambah bilangan profesional Melayu dan Bumiputera di negara ini. Program ini seperti Dasar Ekonomi Baru adalah selaras dengan peruntukan 153 Perlembagaan Persekutuan iaitu berkaitan kedudukan istimewa orang Melayu, bumiputera.


Kedudukan istimewa tersebut meliputi aspek jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, danasiswa, dan keistimewaan atau latihan pendidikan dan seumpamanya atau kemudahan lain oleh kerajaan Persekutuan, permit, lesen, perniagaan dan sebagainya.

Justeru amat tidak wajar untuk sesiapa pun dengan sengaja cuba mengusik hal peruntukan seperti termaktub dalam fasal 153 tersebut.


Apatah lagi pada tahun 2024 program matrikulasi telahpun memberi peluang sebanyak sepuluh peratus tempat kepada pelajar bukan bumiputera untuk menyertai program ini. Inilah keihsanan yang telah dilakukan oleh program ini.


Ihsan ini tidaklah wajar untuk ditambah secara berlebihan dengan tuntutan sama rata yang jelas menunjukkan tiada sebarang rasa bersyukur atas peluang atau ihsan yang telah diberi. Selalunya konsep sama rata ditonjolkan seolah-olah itulah keadilan mutlak dalam semua hal. Hakikat kebenaran dan sejarah sering cuba dinafikan.


Barang diingat bahawa maksud sama rata jauh berbeza dengan konsep kesaksamaan atau adil. Untuk mudah faham, konsep adil tidak semestinya sama rata. Adakah tidak adil jika ibu bapa memberi peruntukan yang lebih banyak kepada anaknya yang sedang belajar di universiti berbanding bayinya di rumah atau anaknya di tadika?.


Melihat sejarah kejayaan program matrikulasi selama ini yang telah memperoleh pelbagai pengiktirafan MS ISO bertahun-tahun, pastinya ini menjadi kecemburuan banyak pihak selama ini dan memang pun dalam perhatian penulis sejak belum bersara lagi.


Lebih daripada itu, lulusan matrikulasi telah diiktiraf dan diterima oleh semua universiti awam dan swasta dalam negara yang berjumlah lebih daripada 30 buah dan istimewanya semua lulusannya juga telah diiktiraf dan diterima oleh banyak universiti di luar negara iaitu 10 di United Kingdom, lima di Australia, tiga di Indonesia, dua di New Zealand.


Malah ada juga lulusan yang menyambung pengajian di beberapa buah universiti lain seperti di Rusia dan Mesir khususnya dalam bidang perubatan.


Justeru amat tidak wajar ekologi pembangunan modal insan dalam program matrikulasi diusik kerana kita bimbang kemudian nanti jika sistem peperiksaan matrikulasi dihapuskan, untungnya cuma sejengkal sedangkan ruginya sedepa bagi pembangunan modal insan Melayu dan Bumiputera di negara ini.


Untuk berpatah balik sudah terlambat dan tentunya seperti biasa malunya amat besar. Lihat sahajalah tentang Dasar Ekonomi Bumiputera yang walaupun sering dimomokkan melebihkan kepentingan Melayu, Bumiputera tetapi tempias untung kepada bukan Bumiputera tidak kurang besarnya. DEB wajar diteruskan cuma mungkin kelemahannya sahaja diperbaiki.


Selama kira-kira dua-puluh tahun ini lebih 300,000 lulusan matrikulasi telah berjaya mengikuti pengajian berkualiti dalam program matrikulasi dan menyambung pengajian mereka dengan jayanya di universiti dalam dan luar negara.


Apakah yang hendak diusik lagi?. Kita bimbang ada pihak yang mencemburui program ini yang boleh meruntuhkan kejayaan lebih dua dekad. Tentang kononnya program ini lebih mudah daripada pengajian dalam Tingkatan Enam atau sekarang kolej, itu hanyalah suatu persepsi atau andaian sahaja.


Susah atau senang sesuatu pengajian antaranya bergantung kepada kaedah dan sistem pengajian. Sistem pengajian semester atau penggal mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri.


Malah Kolej Tingkatan Enam juga telah mengguna pakai sistem semester. Pengajian di semua universiti tidak boleh dikatakan senang atau kurang berkualiti hanya kerana mengguna pakai sistem semester.


Mempunyai dua sistem peperiksaan sahaja bukanlah banyak. Malah semasa berkursus di Jepun penulis dimaklumkan bahawa pelajar menengah yang ingin ke universiti perlu mengambil peperiksaan berasingan bagi kemasukan universiti yang berbeza.


Adalah perkara biasa jika tiga universiti dipilih, pelajar perlu mengambil tiga peperiksaan di universiti pilihannya. Justeru berhati-hatilah dan telitilah segala yang tersurat dan tersirat sebelum membuat keputusan. Pesan orang lama, kalau tak ada-ada, masakan tempua bersarang rendah.


Penulis adalah Pengerusi Biro Pembangunan Ummah dan Komuniti Madani, Majlis Perundingan Melayu (MPM)

Sogeh

 AKIBAT ORANG KAYA YANG MEMBUAT MASALAH


Yang  sebenarnya orang yang kayalah di dunia ini menjadi masalah 

Terutama ahli-ahli perniagaan dan golongan korporat 


Sistem ekonomi mereka riba adalah menjadi punca rakyat teraniaya 

Mereka monopoli di bidang ekonomi 


Merekalah yang menentukan harga bahan mentah yang dibeli dari rakyat 

Dan mereka jugalah yang menentukan harga barang yang hendak dijual kepada umum 

Kerana mereka ingin untung banyak 


Bahan mentah dibeli dengan harga yang murah 

Setelah jadi barang dijual pula dengan harga yang mahal 

Rakyat yang menghasilkan baranglah yang menjadi susah 


Disusahkan lagi pula oleh kesalahan menjual barang yang terlalu mahal 

Ditambah lagi rasa malang timbul rebutan dan saingan 

Bakhil pun timbul tidak mahu menolong fakir miskin 

Orang yang susah bertambah susah, si miskin bertambah miskin 


Begitulah seterusnya kerana mahu untung banyak 

Kapitalis membuka tempat-tempat judi dan hiburan 

Lahirlah pelacuran kerana ingin hidup 

atau ingin senang, jual diri dan maruah 


Gaji buruh pula terlalu murah 

Tidak setimpal dengan tenaga dan titik peluh 

Makin lama, di antara orang kaya dengan orang miskin 

jurang kehidupan mereka terlalu jauh bezanya 

Timbul kelas-kelas di dalam masyarakat 


Di antara satu sama lain tidak boleh duduk sama 

Golongan yang miskin ini akhirnya sedar 

Mereka telah dizalimi dan dipermainkan oleh si kaya 

Pertarungan dan pertembungan pun berlaku seluruh dunia 


Demonstrasi di sana sini 

Penculikan, pembunuhan, pergaduhan berlaku setiap hari 

Akibatnya keamanan tidak wujud 

Kerajaan pening kepala, orang kaya di dalam ketakutan, 

orang ramai tergugat  keselamatannya 


Ini adalah akibat orang kaya yang membuat masalah.


Kembalilah pd prinsip ekonomi islam


Menjaga maslahat semua

Sabtu, 16 November 2024

Kentos CKD

 Petua Merawat Sakit Buah Pinggang


(Tip dan Rawatan Tradisional)


Petua atau tip ni saya [admin sendiri] ambil dari sepupu yang tinggal di Muar, Johor. Dia mengalamai komplikasi ni semasa umur awal 20 tahun kalau tak silap saya, lebih kurang 10 tahun dulu. Dia boleh dikatakan di tahap kritikal terpaksa kena buat pembedahan untuk buang buah pinggang. Tempoh lagi 2 minggu untuk buat operation di hospital.


Tombong Kelapa 


Datuknya [kini arwah] bagi tombong kelapa [bila belah buah kelapa tua ada anak biji di dalamnya] dan minum air perahannya. Pesan datuknya amalkan sehingga 2 minggu setiap pagi. Sepupu saya amalkan selama 2 minggu sebelum operation. Tiap-tiap pagi dia minum air tombong kelapa dan makan  2-3 biji tombong kelapa sekali [bukan isi kelapa - jangan tersilap].


Sampai masa untuk tarikh operation, doktor sahkan penyakit buah pinggang tidak ada lagi selepas buat pemeriksaan. So, insyaAllah jika pembaca/blogger atau bagi tau kawan-kawan suruh amalkan tip ni. Tapi make sure sebelum buat pembedahan.

Alhamdulillah sepupu saya masih sihat sehingga sekarang. 


Sebenarnya tip ni orang-orang dulu-dulu amalkan.


Cara-Cara Rawatan Dengan Air Tombong Kelapa


1. Ambil tombong atau dalam bahasa Jawa dipanggil 'Kentos Kelapa' tidak kira berapa biji setiap pagi. 2 atau 4 biji tombong kelapa sudah cukup.


2. Perah airnya dan minum dan dimakan tombong macam biasa pun boleh. 


3. Saiz tombong tidak kisah besar atau kecil, tapi seboleh-bolehnya yang ada air di dalamnya.


4. Jika orang Islam, baca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW 3 kali sebelum minum airnya atau makan.


5. Amalkan sehingga 7 -14 hari. Mudah-mudahan sembuh. InsyaAllah. [Pastikan amal setiap pagi].


Kongsikan agar bermanfaat bersama

Khamis, 7 November 2024

Rukhsoh

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah (HMI) HRPZ II menyediakan Siri Video Pendidikan sebagai satu wadah atau wasilah kepada kakitangan hospital, pesakit dan waris untuk mengetahui rukhsah ibadah ketika sakit. 

Berikut adalah senarai Siri Video Pendidikan yang telah disediakan.

1. Rukhsah Wuduk 
https://youtu.be/ABDDdE8BnsI

2. Rukhsah Wuduk (Memerlukan Bantuan)
https://youtu.be/ZJ0NpFnjefQ

3. Rukhsah Wuduk (Sebahagian Muka Berbalut)
https://youtu.be/60G8ynBky-8

4. Rukhsah Wuduk (Keseluruhan Muka Berbalut)
https://youtu.be/sB2rzkg9psY

5. Rukhsah Wuduk (Sebahagian Tangan Berbalut)
https://youtu.be/V1J3tYfF0jM

6. Rukhsah Wuduk (Keseluruhan Tangan Berbalut)
https://youtu.be/Gj1il98xfP4

7. Rukhsah Wuduk (Sebahagian Kepala Berbalut)
https://youtu.be/BFz1TTC9Ds0

8. Rukhsah Wuduk (Keseluruhan Kepala Berbalut)
https://youtu.be/XXiFTixbQXs

9. Rukhsah Wuduk (Sebahagian Kaki Berbalut)
https://youtu.be/LsJ9mx8KfL4

10. Rukhsah Tayammum
https://youtu.be/q4I8UKHR2bc

11. Rukhsah Solat (Mampu Berdiri Tetapi Tidak Mampu Sujud)
https://youtu.be/XyypXcQyuN4

12. Rukhsah Solat (Mampu Berdiri Tetapi Tidak Mampu Rukuk & Sujud)
https://youtu.be/EfpJYvrXcno

13. Rukhsah Solat (Tidak Mampu Solat Berdiri Tetapi Mampu Solat Duduk Di Atas Kerusi)
https://youtu.be/36-B-pj2vJk

14. Rukhsah Solat (Tidak Mampu Solat Berdiri Tetapi Mampu Solat Duduk Iftirasy)
https://youtu.be/J_RGgmze0Po

15. Rukhsah Solat (Tidak Mampu Solat Berdiri Tetapi Mampu Solat Duduk Di Atas Katil)
https://youtu.be/bfhB-9iBM-c

16. Rukhsah Solat (Solat Secara Mengiring)
https://youtu.be/u3X4vay_-WI

17. Rukhsah Solat (Solat Menggunakan Isyarat Mata)
https://youtu.be/4kwQTSjpUhw

*Langkah-Langkah Menonton Siri Video Pendidikan HMI HRPZ II*

i. Tekan atau klik pada setiap video di atas untuk menonton setiap situasi.
atau
ii. Tekan pautan berikut untuk menonton kompilasi video.
https://www.youtube.com/playlist?list=PLQC0UsULZnlcHiEQlRi-TC3WvYM2B67wg
atau
iii. Subscribe saluran rasmi Youtube HMI HRPZ II.
http://www.youtube.com/@HospitalMesraIbadahHRPZII

Semoga dengan adanya Siri Video Pendidikan HMI HRPZ II ini, kakitangan HRPZ II dapat berkongsi ilmu ini dan beramal dengan waris dan pesakit yang menerima rawatan di dalam hospital.

Semoga ianya menjadi amal jariah yang berterusan.