Cnp
eMAS7 sudah mula diterima oleh pembeli
Selak grup eMAS7, kereta dah mula dihantar ke pembeli, dah bawa balik rumah.
Pertanyaan dari pembeli atas pagar pun semakin banyak dan persoalan dari pembeli yang zero knowledge pasal EV pun tinggi.
Jadi, saya nak menulis untuk zero knowledge pasal EV atau yang langsung tak tahu pasal EV.
Pertama, eMAS7 bukan guna enjin yang kena isi petrol RON95 atau RON97 atau DIESEL.
eMAS7 guna elektrik yang disimpan dalam bateri.
Saiz bateri menentukan jarak
Saiz bateri menentukan berat
Jadi ada kereta yang sengaja guna saiz bateri kecil sebab nak ringan.
Rujukan, 5kwh bateri seberat 28 kilo tanpa casing pelindung.
Kalau 50 kwh bateri, boleh mencecah 280kg.
Bila berat, tayar cepat haus
eMAS7 datang dengan 2 jenis saiz bateri, 49 kwh dan 60 kwh
Teknologi bateri eMAS7 adalah paling moden. Kereta elektrik kat USA tu kalau boleh, nak sangat teknologi bateri eMAS7, rasanya kenapa?
Kerajaan China melabur kira kira us260 billion untuk majukan teknologi bateri.
Syarikat macam Geely, BYD dan CATL antara yang terima dana tersebut dan majukan bateri.
Kini bateri EV China guna teknologi LFP Blade, sebab tahan lagi lama dah tak terbakar.
LFP Blade dah masuk generasi kedua dengan banyak advancements dilakukan.
Satu lagi, eMAS7 dibina dari mula, khas untuk EV. Bukannya Geely ambil chassis kereta guna petrol dan ubahsuai cuma letak bateri dan motor elektrik.
Bila menyebut membina dari bawah, software pengurusan motor elektrik, sensors dan bateri dibina secara inhouse. Bukannya harapkan solutions dari supplier. Untuk paparan antaramuka, eMAS7, guna kepakaran pembina smartphone Meizu. Geely berbelanja besar dengan beli pasukan perisian software Meizu, dan hanya fokus perisian untuk kereta EV mereka.
Seterusnya chassis asas eMAS7. Ianya dibina khas oleh Geely dinamakan GEA. Chassis GEA ini berasaskan chassis SEA yang dibina oleh pasukan Zeekr Design Europe.
Volvo EX30 dan Smart EV antara yang guna platform SEA. Boleh dikatakan eMAS7 adalah sepupu kepada EX30 dan Smart EV.
Chassis eMAS7 terima kekuatan 31,000 nm / Deg nilai Torsional Rigidity. Zeekr 009 di 36,000 dan Volvo XC90 di 24,000 dan Alfa Romeo 159 di 31,000
Apa faedahnya chassis sekuat itu? Selesa bila langgar lubang, tenaga diserap dengan baik oleh chassis dan cuba search internet Zeekr009 kemalangan. Kekuatan A pillar bila melanggar lori, tak bengkok langsung.
Jadi pada saya, chassis GEA eMAS7 agak overkill dengan nilai 31,000. Itu dah level harga kereta atas 300k
Satu lagi punca eMAS7 guna platform GEA ialah , untuk membolehkan battery pack LFP duduk dalam chassis dengan sempurna dan dilindungi oleh chassis yang kuat.
Bila battery pack diletakkan dengan posisi rendah, bukannya di atas chassis, handling pemanduan kereta pun bertambah bagus.
Mudah aja engineer eMAS7 nak dapat nilai 50:50 pemanduan.
Enjin eMAS7 berkuasa 160kw. Roadtax sekitar RM180 setahun. Enjin ini duduk di hadapan dan mode pemanduan ialah pacuan roda hadapan.
Bateri LFP blade duduk di tengah chassis untuk pengurusan berat yang lebih baik.
Pengalaman pemanduan eMAS7 pula, hanya bawa kunci, kereta dah hidup. Tiada start / stop button. Rasa nak buka penghawa dingin, buka aja terus dan udara sejuk akan bertiup dengan senyap.
Kalau kereta petrol, kena start enjin dahulu baru boleh buka penghawa dingin. Teknologi yang digunakan ialah, aircon compressor adalah elektruk, bukan harapkan kuasa dari enjin guna belt.
Bila memandu eMAS7, cuma 1 kelajuan sahaja dan tiada bunyi enjin macam enjin petrol. Motor elektrik yang digunakan pun dari jenis yang senyap
Kalau zaman petrol, kita akan kira, setiap 100km guna berapa liter. eMAS7 akan guna kiraan berapa kwh pulak guna untuk 100km.
Kaki tekan berdiri akan guna banyak kwh
Kaki jimat minyak akan guna kurang kwh
Kos nak isi elektrik ke eMAS7?
Nak isi di stesen elektrik atau di rumah?
Rumah saya di tier rm0.545 untuk setiap kwh
Kalau di luar, ada harga rm1. 50 ada harga rm2. 20
Nak isi kat rumah kena alat berikut
Granny charger yang boleh cas selaju 2kw sejam. Terus cucuk soket 3 pin, adjust nilai ampere yang rendah.
Wallbox charger pulak boleh cas selaju 7kw tapi kos sekitar RM4k. Harga barang dan upah pasang
Tayar eMAS7 gred SUV. Bukannya tayar khas EV. Tapi jika ada budget lebih, tukarlah ke tayar gred EV. Lagi senyap dan kurang guna tenaga elektrik
Kalau kereta petrol kena singgah SC setiap 10,000km, eMAS7 sekitar 25,000km
Adakah eMAS7 kereta untuk jimat minyak dan kos servis?
Pada saya, jika nak jimat minyak dan kos servjs, beli aja Perodua. Dah terbukti.
eMAS7 ialah kereta level premium yang pentingkan nilai keselamatan. Ia adalah sebuah EV. Pengalaman baharu memandu kereta. Ianya bukan untuk jimat. Ianya untuk pengalaman baharu.
Satu lagi eMAS7 tawarkan pengalaman senyap sunyi bila memandu. Bayangkan semasa jem, senyap, buka radio aja, ada 16 speaker keluarkan bunyi. Jenama audio ialah DynAudio, level premium. Ketiadaan bunyi bising, bayangkan betapa premiumnya pengalaman layan audio dari 16 speaker
16 speaker tu, kereta saya 2 aja kot....