Isnin, 30 April 2012

Read with mind


Lelaki ini sedang menerajang motosikal polis

Lelaki ini juga yang menangkap peserta BERSIH

Sedikit demi sedikit bukti penyamaran polis terdedah. Sesiapa yang mengenali polis ini, sila dedahkan namanya, akaun facebooknya (jika ada) dan berkhidmat di IPD mana.

Dan yang paling penting, bantuan diperlukan untuk mendedahkan gambar lelaki tidak siuman yang menaiki bumbung kereta polis dan menghentaknya. Jika Datuk Zaharin dari UMNO Bandar Tun Razak maklumkanhampir 2 ribu polis yang menyamar menjadi peserta Bersih untuk menimbulkan huru hara dan provokasi, maka tidak pelik kalau lelaki tidak siuman yang menaiki kereta polis dan menghentaknya juga seorang polis!

Akbar-akhbar seperti mana dijangka, mengatakan perhimpunan Bersih 3.0 yang diadakan di ibu negara akan berakhir dengan keganasan. Akhbar akan menyalahkan tindakan peserta perhimpunan itu yang bertindak ganas dan biadab bukan sahaja dengan merempuh sekatan polis malahan turut menyerang serta memukul sehingga menyebabkan 11 anggota pasukan keselamatan cedera.

Ini berita ditokok tambah 

Tapi apa sebenarnya

PJJ


SAYA ingin berkongsi pengalaman dengan pembaca mengenai masalah dihadapi pasangan akibat perkahwinan jarak jauh. Saya dan suami berkahwin pada awal 2009. Saya pekerja swasta di Seri Iskandar, Perak, manakala suami pula anggota polis yang bertugas di Cheras.

Selepas berkahwin, suami membuat permohonan untuk bertukar ke Perak. Selepas menanti sekian lama, tiada sebarang jawapan diterima daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenai permohonan itu. Pada awal tahun ini, suami sekali lagi membuat permohonan dan hingga kini, hampir lima bulan berlalu, masih tiada sebarang jawapan.

Saya berasa amat sedih kerana tidak dapat menikmati kehidupan berumah tangga seperti pasangan lain.

Sebaik saja berkahwin, saya ditinggalkan suami keseorangan dan kemudian ditinggal berdua dengan anak. Kini kami ada dua cahaya mata. Kami terpaksa berkorban dengan masing-masing menjaga seorang anak dengan yang sulung berusia dua tahun dua bulan dijaga suami di Cheras, manakala saya membesarkan anak kedua berusia lima bulan.

Cuba anda bayangkan, bagaimana perasaan ibu apabila terpaksa berjauhan dengan anak yang dibesarkan sejak kecil? Rindu teramat rasanya. Tambah pula, apabila suami tidak dapat pulang berikutan terpaksa bertugas pada hujung minggu.

Masalah ini bukan saja membabitkan hubungan suami isteri dan hubungan dengan anak, malah banyak perkara termasuk dari segi kewangan yang banyak dihabiskan untuk perjalanan setiap kali pulang ke Perak. Kami bukanlah orang senang dan tambahan pula suami menghidap gastrik.

Hidup kami tak ubah macam pasangan yang sudah bercerai kerana terpaksa membuat haluan masing-masing dan ini sedikit sebanyak menjejaskan kualiti kerja kami yang seterusnya memberi kesan pada emosi anak-anak kelak.

Kami sering bertengkar apabila isu mengenai permohonan perpindahan ini dibangkitkan. Saya melalui pengalaman dua kali bersalin tanpa suami di sisi. Saya gagahkan diri pergi sendiri ke hospital dan alhamdulillah, saya dan anak selamat.

Tolonglah, semua ini amat menyeksa jiwa saya. Saat yang tidak saya lupakan apabila anak sulung menghidap demam panas sehingga kejang. Saya bagaikan mahu gila dan panik kerana tidak tahu berbuat apa-apa tanpa suami di saat itu. Nasib baik, ada jiran yang membantu.

Persoalannya, sampai bila saya harus menunggu? Adakah tiga tahun lagi atau sehingga saya tidak mampu mempertahankan rumah tangga yang dibina ini dengan membawa haluan masing-masing? Atau bila saya sudah tidak ada di muka bumi ini, baru surat kelulusan ‘Tahniah! Suami Anda Berjaya Berpindah Ke Perak’ baru sampai kepada saya.

Saya memohon jasa pihak PDRM supaya pertimbangkan nasib saya dan pasangan yang lain agar kami dapat menikmati kehidupan aman damai macam pasangan yang lain.

Saya tidak tahu lagi bagaimana usaha yang perlu saya buat untuk membolehkan suami dipindahkan ke Perak bagi memberi peluang kepada kami untuk hidup seperti pasangan normal lain.

SHAHIRA Seri Iskandar, Perak

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
kisah 2


SAYA ingin berkongsi pengalaman yang hampir sama dengan Shahira dari Seri Iskandar, Perak, yang disiarkan dalam ruangan ini minggu lalu.
Saya juga seorang isteri kepada anggota polis yang kini bertugas di utara tanah air sedangkan saya dan anak-anak menetap di Selangor.
Permohonan pertukaran suami saya dibuat beberapa tahun lalu, tetapi masih tiada jawapan.

Bukan kata akan dipertimbangkan, satu laporan atau maklum balas pun tiada daripada pihak atasan mahupun pengurusan.


Kami juga menghadapi masalah dari segi kewangan berikutan jarak yang jauh menyebabkan banyak perbelanjaan dikeluarkan untuk suami menjenguk kami di kampung.

Di samping itu, saya juga berdepan masalah ibu bapa yang uzur yang perlu perhatian.

Permohonan pertukaran ini bukannya dibuat untuk suka-suka, sebaliknya atas masalah yang membelenggu keluarga kami.

Saya berasa amat sedih dan terkilan kerana suami berjauhan dengan anak-anak dan orang tua yang semakin uzur.

Hendak berulang dua minggu sekali atau sebulan sekali juga amat membebankan.

Pertengkaran dan pergaduhan sudah menjadi lumrah dalam rumah tangga kami apabila saya mengutarakan permohonan mengenai pertukaran tempat kerja kepada suami.

Hal ini menyebabkan jiwa saya tertekan dan kesabaran kian terhakis.

Sampai bila saya dan anak-anak harus menunggu?

Hidup kami juga tidak ubah seperti pasangan yang bercerai, buat haluan masing-masing.

Kualiti kerja saya juga semakin merosot kerana semuanya diuruskan sendiri.

Jika permohonan pertukaran suami saya dibenarkan, ia bukannya menjadi masalah besar kerana dia masih boleh berkhidmat untuk negara.

Saya memohon jasa baik baik Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya dapat mempertimbangkan permohonan pertukaran suami saya ke Selangor.

Saya bukannya meminta terus ditukarkan ke halaman kampung, tetapi sekurang-kurangnya ke negeri yang dipohon.

Kami juga mahu hidup bahagia seperti pasangan normal yang lain.

DARWIESYAH
Sabak Bernam, Selangor

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
kisah 3


SAYA membaca kisah Shahira yang menyatakan bahawa beliau terseksa kerana kahwin jarak jauh dan kecewa kerana permohonan pertukaran suaminya tidak dipertimbangkan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Sebagai seorang insan yang bertanggungjawab dan melalui situasi yang agak sama dengan Shahira, saya tampil untuk berkongsi pengalaman sendiri.
Saya seorang kakitangan kerajaan dan seorang isteri kepada seorang anggota polis yang bertugas sebagai jurufoto jenayah di Kedah.

Walaupun kami tinggal bersama, kami seolah-olah pasangan suami isteri jarak jauh.


Antara sebab yang saya katakan kami sebagai suami isteri jarak jauh adalah kerana kerja suami saya tidak tentu masa berikutan hari cuti pun suami saya akan dipanggil untuk menjalankan tugas.

Suami bukanlah orang yang tidak bertanggungjawab, tetapi atas desakan kerja, suami saya terpaksa abaikan isteri dan anak.

Berikutan masalah kerjanya yang tidak tentu masa dan kami sering ditinggalkan, pergaduhan sering kali terjadi kerana ketidakpuasan hati kerana bebanan tugas terlampau berat.

Saya akui bahawa sebagai penjawat awam, kami perlu bagi komitmen selaras dengan kenaikan gaji yang diterima baru-baru ini.

Tetapi bebanan tugas yang diterima suami tidak setimpal kerana alasan yang digunakan adalah kekurangan kakitangan di pejabat.

Sedangkan, dalam masa sama, kakitangan lain bersenang lenang di rumah bersama anak isteri, tetapi saya sendiri jarang bertemu dengan suami kerana bebanan tugas.

Tolonglah PDRM, jagalah kebajikan kami. Saya ingin merasakan bahagia bersama suami seperti orang lain.

NADIA
Kedah



------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
kisah 4


SAYA terpanggil untuk turut memberi pendapat dan luahan rasa mengenai kahwin jarak jauh seperti Nadia dan Syahira yang disiarkan dalam ruangan ini minggu lalu.
Saya juga isteri kepada anggota polis dan suami sekarang berkhidmat di Sabah.
Saya mengakui pergaduhan kerap terjadi apabila mengutarakan hal pertukarannya ke Semenanjung.

Saya masih boleh bersabar dan enggan mendesaknya.


Apabila mendesak inilah yang menjadi punca pertelingkahan kami.

Saya tidak mengharapkan dia dapat ditukarkan ke daerah yang sama dengan saya, tetapi amat bersyukur jika dia dipindahkan ke Semenanjung dan saya boleh berusaha supaya berada dekat kami sekeluarga.

Saya amat berharap pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), meletakkan rasa belas ihsan kerana terlalu sukar untuk membuat pertukaran sedangkan suami sudah membuat permohonan beberapa kali.

Bagaimana dia mahu melaksanakan tanggungjawab terhadap isteri dan anak serta ibu bapa jika berada terlalu jauh daripada keluarga?

Banyak kos yang terpaksa kami belanjakan memandangkan jarak yang begitu jauh untuk balik dan menziarahi keluarga.

Bayangkan pula jika keadaan terdesak atau masalah kesihatan yang dihadapi bapa suami yang mendesaknya membeli tiket serta-merta.

Saya bekerja di sektor swasta dan jika ada cawangan di Sabah, sudah tentu saya yang akan minta ditukarkan.

Namun, jika berhenti kerja dan mengikutnya, bagaimana dengan persekolahan anak dan kesihatan ibu bapa yang tidak mengizinkan?

Ia bukan perkara suka-suka kerana suami sudah berkhidmat di Sabah selama lapan tahun dan masih tidak dapat membuat pertukaran.


SHAIDA
Senawang,
Seremban



Ahad, 29 April 2012

tikus kucin

lanh14.blogspot.com

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.Renungan  "Apabila seorang manusia meninggal dunia, terputuslah semua amalnya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya." (Hadis laporan Muslim)

GAMBARAN ini sesekali berlaku - di pejabat bos mendera pekerja, apabila balik rumah si pekerja melepaskan geram kepada isteri, si isteri pula memarahi anak, si anak pula menendang kucing dan kucing pula membalas dendam dengan 'mempermain-mainkan' tikus.


Mungkin pembaca pernah menyaksikan adegan kucing menggigit dan 'menampar-menampar' tikus; nampak sangat ia bukan hendak makan sangat tikus itu tetapi hanya untuk 'bermain-main'. Kucing pun tahu 'keseronokan' melihat mangsanya 'terkapai-kapai', berusaha untuk menyelamatkan nyawanya. Jika kucing pun tahu mendera mangsanya, apatah lagi dapat dikatakan terhadap sesetengah manusia yang 'berperangai macam binatang'. 

Demikian adat permainan dunia, yang kuat menindas yang lemah, yang lemah menindas yang lebih lemah dan yang lebih lemah menindas yang terlalu lemah. Adalah lumrah orang berkuasa menindas orang tidak berkuasa dan orang kaya menindas orang miskin. 

Dalam rumahtangga, ada ibu bapa yang mendera si anak, sehingga ada kes menyebabkan kematian si anak. Anak yang tidak mengerti apa-apa, dicucuh dengan puntung rokok, disimbah air panas dan aneka penderaan lain. Ada pula suami mendera isteri dan yang lebih takjub, ada isteri mendera suami. 
Di peringkat antarabangsa pula, negara kaya menindas negara miskin. Tidak menghairankan jika ada negara berkuasa 'membuli' negara lemah. Dan bukanlah sesuatu yang luar biasa jika negara berkuasa dan kaya berpadu tenaga untuk terus berkuasa.

Ketika ini negara kaya dunia berpadu tenaga dalam Kumpulan Lapan (G-8) manakala negara miskin gagal bersatu kerana kebanyakannya 'gemar mengampu' negara berkuasa dan kaya kerana berpendapat itulah satu-satu jalan kesinambungannya (survival). 

Demikianlah manusia dan tamadunnya berpaksi kepada hukum rimba. Jika pemimpin dunia termasuk dari negara kita, mengutuk kezaliman yang berlaku di luar negara, sewajarlah mereka menoleh ke belakang, melihat apa pula yang telah mereka lakukan terhadap orang lemah yang berada dalam tangan (kekuasaan) mereka. 

Jika pemimpin negara mencemuh kezaliman belahan lain dunia seperti di Myanmar (Burma), Iraq dan Afghanistan, mereka mesti bersedia pula untuk mengutuk diri kerana melakukan kezaliman di negara sendiri. 
Pendedahan mangsa tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) termasuk anak isteri mereka tidak lama dulu, adalah bukti penderaan yang dilakukan ke atas insan-insan lemah. 

Tetapi sesuatu yang pasti mengenai kehidupan ini ialah ia ibarat roda. Ada kalanya satu bahagian roda itu berada di atas dan pada ketika yang lain pula, ia berada di bawah. 

Seorang manusia itu tidak sentiasa akan kuat dan berkuasa. Yang muda akan tua, yang berkuasa akan lemah - semuanya menuju kemusnahan. Yang kuat dan berkuasa tadi akan menerima pembalasan masing-masing.
Orang yang mendera anaknya ketika si anak masih kecil, akan didera pula pada masa tuanya. Mungkin yang mendera itu si anaknya sendiri.

Pemimpin yang melakukan kezaliman lambat-laun akan menerima pembalasannya. Ramai pemimpin ternama dan berkuasa dunia mati dalam keadaan penuh penghinaan. Pada zaman purba, nama-nama seperti Firaun, Hamman dan Qarun dicatatkan dalam al-Quran. 

Pada zaman moden ini, ramai pemimpin gah, mengakhiri kehidupan penuh penghinaan. Antaranya diktator Ferdinand Marcos, Idi Amin dan Shah Reza Pahlavi. 

Tetapi insan dizalimi mati penuh penghormatan. Nama mereka terus subur, seolah-olah masih hidup di kalangan insan. Antara yang mencatat sejarah sedemikian ialah Syed Qutb, Hassan al-Banna, Hamka dan Maududdi. 
Ada peribahasa berbunyi, apa yang ditanam itulah yang akan dituai. Jika kezaliman yang ditanam, kezalimanlah yang akan diterimanya, jika kasih sayang ditanam, kasih sayanglah yang akan dituai. 

Sehubungan itu, diingatkan pada diri sendiri dan pembaca sekalian supaya muhasabah diri. Usahlah asyik menuduh orang lain zalim, sedangkan kita menzalimi diri sendiri - selepas mati tidak mungkin kita dihidupkan semula untuk menebus dosa kezaliman kita.

foto describe all

















Ya Allah Peliharalah orang yang beriman!

Statement saudara Zaharin, Setiausaha UMNO Bandar Tun Razak mengesahkan lagi polis terlibat menyamar kumpulan BERSIH dengan tujuan membuat provokasi dan hura-hara juga kacau bilau di Himpunan AMAN Duduk dan Bantah KL 428.. Membodohkan orang, dalam tak sedar membodohkan diri sendiri di khalayak.. Macam la BERSIH tak tahu yang mula merempuh pagar di Dataran tu geng2 diorg..


http://www.facebook.com/zaharin.m.yasin?sk=wall


Lihat pula gambar-gambar dibawah yang boleh merungkaikan siapa yang sebenarnya yang mencetuskan huru-hara pada Bersih 428 tersebut.. 



Lihat juga video SB yang membuat provokasi kantoi....




Sungguh sayang apabila pihak polis mengetahui dan berbangga dengan sejarah penubuhannya oleh penjajah kafir tetapi tidak mengetahui bahawa struktur kepolisan sesungguhnya telah pun wujud dalam Islam sejak zaman Rasulullah SAW lagi. Malah struktur polis wajib didirikan atas dasar Islam, bukannya sebagai kesinambungan dari struktur warisan penjajah!!!

http://laksamanabukitbintang.blogspot.com