Ahad, 24 Jun 2012

Balik


Seorang lelaki melalui sempadan Siam menggunakan basikal. Dua beg besar tersandang di belakangnya. Pak Mat Kastam menahan beliau dan bertanya, "Apa dalam beg tu?", "Pasir," jawab lelaki tersebut. 

"Turun dari basikal!, kita tengok apa betul kau bawak pasir!" Pak Mat Kastam terus mengambil beg tersebut dan dengan pantas membuka beg itu. Sementara pasir itu di ujikaji, lelaki tersebut di tahan dilokap semalaman. Setelah dibuat ujikaji dan diteliti, pasir yang dibawanya memang pasir tulin dan tiada lain selain dari pasir semata-mata. beliau dibebaskan. Pasir kepunyaannya di masukkan semula ke dalam begnya dan melepaskannya melalui sempadan ke Malaysia. 

Keesokannya perkara yang sama berlaku. Pak Mat Kastam tanya, "Apa yang kau bawak?" "Pasir" katanya. Pak Mat Kastam tak puas hati, sekali lagi dia membuat pemeriksaan, tapi beg tersebut tak ada benda lain selain pasir semata-mata. beliau dibenarkan melalui sempadan dengan basikalnya. 

Hal ini berlaku berulang kali setiap hari selama 20 tahun. Pak Mat Kastam telahpun pencen dan tidak lagi berkhidmat sbg pengawal sempadan. pada suatu hari secara kebetulan dia berjumpa dgn lelaki tersebut di pekan. Pak Mat mengajak lelaki tersebut minum di kedai

pak mat bertanya, ''aku heran tgk kau melintas sempadan tiap2 hari tp cuma bawa pasir.....sebenarnya apa yg kau seludup?''

''basikal'', jawab lelaki itu ringkas

Sabtu, 23 Jun 2012

Mimaland


Malaysia in Miniature Land atau Mimaland merupakan taman tema pertama di Malaysia yang begitu popular pada tahun 70-an dulu. Tapi sayang terpaksa ditutup pada tahun 1994 oleh kerana beberapa kejadian tanah runtuh dan kematian seorang rakyat Singapura akibat lemas. Ramai generasi muda hari ini mungkin pertama kali mendengar tentang Mimaland ini tapi tanyalah ibu dan bapa anda, tentu mereka tahu (Jika masih ingat). Oh! Tidak membawa anda mengimbau kenangan Mimaland yang pernah menceriakan ribuan manusia suatu ketika dulu :’)

mimaland

Fasa pertama Mimaland yang siap dalam tahun 1970-an mengandungi 24 buah motel dan 5 buah chalet serta sebuah kolam renang. Antara tarikan utama Mimaland pada peringkat awalnya ialah ‘taman haiwan prasejarah’ yang mengandungi binaan model-model dinosaur bersaiz besar yang begitu mengagumkan para pengunjung ketika itu. Beberapa buah filem tempatan pernah membuat penggambaran di situ.
mimaland
mimaland
mimaland
mimaland
mimaland
mimaland
mimaland

Pada 1984 Mimaland memperkenalkan pula satu lagi tarikan terbarunya iaitu kolam renang yang dikatakan terbesar di Asia Tenggara, dan semestinya papan luncur air gergasi yang sangat tinggi yang begitu digemari oleh ramai pengunjung. Selain itu Mimaland juga mempunyai beberapa lagi bahagian lain, antaranya ialah sebuah tasik untuk aktiviti bersampan dan memancing, kawasan ‘giant maze’, serta kawasan untuk merentas rimba.
mimaland
mimaland

Setelah bertahun-tahun Mimaland menceriakan hidup ramai orang, sesuatu yang tidak diingini berlaku juga. Satu kemalangan telah terjadi di kawasan papan luncur air gergasi Mimaland pada Januari 1993 yang menyebabkan kematian seorang warganegara Singapura berusia 27 tahun. Kejadian malang itu mengejutkan orang ramai hingga memaksa pihak Mimaland menutup sementara kawasan yang terlibat iaitu kolam renang dan papan luncurnya bagi dilakukan kerja-kerja penambahbaikan. Pada Mei 1994 pula, berlaku kerosakan pada dinding kolam renang yang sama yang berpunca daripada kejadian kecil tanah runtuh hingga menyebabkan air lumpur memasuki kolam renang tersebut. Sekali lagi, kawasan tersebut ditutup kepada orang ramai.
Pihak pengurusan Mimaland kemudiannya telah diseret ke mahkamah oleh beberapa pihak termasuk agensi kerajaan di atas beberapa dakwaan kesalahan, antaranya ialah kelemahan dalam kawalan keselamatan, serta menjadi punca kepada beberapa masalah alam sekitar. Sepanjang pendakwaan kes tersebut pihak mahkamah telah menghalang Mimaland daripada meneruskan operasinya. Akibat tidak dapat lagi bertahan tanpa beroperasi, Mimaland akhirnya terpaksa menutup terus pintunya buat selama-lamanya pada 1994. Kesan peninggalan Mimaland masih wujud hingga kini.
mimaland
mimaland

Mimaland Kini:
Menjadi taman rekreasi hantu-hantu.

mimaland
mimaland
Pintu masuk yang pernah menjadi laluan utama ke Mimaland suatu ketika dahulu..

mimaland
Petikan dari sebuah forum tempatan:
salam.. sy SR kat sini.. saya amat teruja mengenai group korang nih..
xmo cakap banyak.. MIMALAND.. tu adalah kampung saya.. sedara mara saya banyak duduk kat area mimaland.. dan saya pun memang la selalu dok sana.. ulang alik dari umah.. kalo nak tau.. tempat tuh mmg keras sgt2.. pkcik n mkcik saya penah keja kat situ ms zaman kegemilangannya.. masa tutup tuh pun, saya bru drjah 2 or 3..hehehe
jangan kata mimaland je, sebelum mimaland, kat simpang batu 10-11, simpang palembang, kat situh pun byk kejadian n cik ponti berkeliaran.. termasuk pkcik, macit n sepupu sy penah kena.. dia melekat je kat cermin keta smpai cousin sy hmpir exsiden langgar lori.. kebetulan dia bawak baby dia.. mmg truk la dia nanes…
berbalik area mimaland tuh mmg keras giler la.. uma macit2 n arwah atuk sy pun area situ, kira2 100m dr mimaland pun slu mende2 dtg kaco.. kadang2 ponti la, antu kaki 3 la, SWeet pun ada, pling angker antu penanggal.. kua dok lepak dpn uma pun kene kaco.. de je nmpk mende tuh ats pokok durian.. kekadang si sweet ni men lompat2 tgh jalan.. dlm uma lagik la.. mcam2 ada.. oleh sebab sy di besarkn di sana.. n most of my family member mmg asal gombak.. jadi da bese la..
mimaland
Basikal air yang dahulunya menjadi kegemaran para pengunjung

mimaland
mimaland
Van Mimaland yang pernah digunakan untuk mengambil dan menghantar pulang pekerjanya

mimaland
Suatu ketika dulu merupakan pejabat pentadbiran Mimiland

mimaland
mimaland

mimaland
Dahulunya tempak ini sesak menjadi tempat orang ramai menunggu bas

mimaland
Jalan masuk ke Mimiland kini semakin ditelan zaman

mimaland
mimaland

Sekarang kawasan Mimaland telah ditutup sepenuhnya dan kerja-kerja mengali tanah dijalankan (untuk projek apa tak pasti) dan tapak Mimaland ini katanya akan dijual. Ada sesiapa nak beli?? Ada yang kata tempat ni berhantu, yang tu tak pasti tapi kalau dah tempat lama ditinggalkan tak mustahil dah menjadi tempat tinggal benda lain.
mimaland
mimaland

Untuk makluman pembaca Oh! Tidak juga, Mimaland adalah dibawah pentadbiran Magnum Cooperation.
Video:
Filem Gila-Gila Remaja (1986) melakukan penggambaran sewaktu Mimaland berada di dalam zaman kegemilangannya.
Popout
Di bawah pula adalah sedutan dari filem Tuan Besar (1980). Terus tonton pada minit 2:00 hingga 3:17.
Popout
1983 - Filem Mekanik, dimulakan dengan ucapan terima kasih kepada Mimaland. Taman haiwan prasejarah sekali lagi menjadi lokasi pilihan, kali ini untuk menggambarkan babak fantasi zaman batu lakonan Azmil Mustapha dan Julie Faridah (yang kelihatan di situ sedang membasuh buah betiknya sambil ditemani oleh dinosaur yang jinak) 
1986 - Filem Gila-Gila Remaja mempunyai banyak dialog kegemaran ramai, antaranya ialah: “Esok jangan lupa, Mimaland!” yang diucapkan oleh pelakon Faizal Hussein. Lokasi tasik menjadi pilihan untuk babak lagu selingan, dan selepas itu Azroy dan Suzana singgah minum di restoran tepi tasik. Kelihatan pekerja di tempat sewa sampan itu memakai t-shirt seragam yang bertulis Mimaland (video disertakan di atas).
1987 - Filem Tempo ’88 memilih lokasi penting di Mimaland iaitu kawasan kolam renang terbesar di Asia Tenggara dan papan luncur air gergasi yang menjadi punca berakhirnya era Mimaland enam tahun kemudian. Dua orang pelakon tidak terkenal berlegar-legar di situ dalam sebuah babak mengarut yang diakhiri dengan aksi tipikal, iaitu seseorang perlu jatuh ke dalam kolam renang, dan semestinya orang yang ingin menolongnya juga akan terjatuh sama. Sangat filem Melayu 80-an.  
OHTIDAK: TERDETIK DI HATI JIKA MIMALAND INI MASIH KEKAL HINGGA KINI, TENTU IANYA DIKENALI SERATA DUNIA. SIAPA SANGKA ZAMAN 70-AN MALAYSIA PERNAH MEMILIKI SEBUAH TAMAN TEMA SEHEBAT DI HOLLYWOOD.

Fauzi


Semasa menjadi Ketua Polis Dang Wangi, Fauzi terkenal dengan tindakannyamembanteras maksiat di pusat bandaraya Kuala Lumpur. Tindakan beliau pernahdikecam oleh seorang menteri yang menyifatkan tindakan Fauzi akan menghalau pelancong dari negara ini.
Datuk Fauzi menjelaskan bahawa tujuan menyertai PAS bukan berniat untuk menjadi calon atau mempunyai kepentingan tertentu, tetapi sekadar mahu membantu usaha ke arah kerja-kerja Islam yang dibawa PAS

Penyertaan dalam PAS itu dibuat selepas yakin dirinya tidak terlibat dalam sebarang kes jenayah semasa berada dalam pasukan polis.
Datuk Fauzi menyerahkan borang permohonan menjadi ahli PAS kepada Presiden PAS, Datuk Hj Abdul Hadi Awang. Penyerahan borang keahlian disaksikan kira-kira 5,000 penyokong Pakatan Rakyat (PR).

Jumaat, 22 Jun 2012

Tokku Paloh


[tokku+paloh.jpg]

Biodata Tokku Paloh
 Nama sebenar: Sayyid Abdul Rahman Al-Idrus.
 Asal: Kampung Cabang Tiga, Kuala Terengganu, Terengganu.
 Tahun lahir: 1817
 Tahun wafat: 1917 (usia 100 tahun)
 Sumbangan: Ulama besar Terengganu pada abad ke-19.

Penasihat utama Sultan Zainal Abidin III semarakkan semangat jihad Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau tentang penjajah British di Pahang.
ULAMA Besar Terengganu pada abad ke-19, Sayyid Abdul Rahman Al-Idrus atau Tokku Paloh Idrus, turut dikenali sebagai wali Allah yang penuh keramat serta sangat ditakuti penjajah.
Diceritakan pada suatu ketika, British cuba berunding dengan Sultan Terengganu iaitu Sultan Zainal Abidin III supaya membenarkan mereka menduduki kawasan Bukit Besar tetapi baginda menyuruh penjajah itu menemui Tokku Paloh.
Baginda menyebut, “Terengganu ini ada tuannya, hendaklah berunding dengan tuannya terlebih dulu,” yang mungkin bermaksud bahawa Tokku Paloh adalah orang yang lebih berhak memutuskan permintaan berkenaan.
Mendengar jawapan Sultan Terengganu itu, sepasukan pegawai British kemudian bergerak ke rumah ulama itu untuk berunding. Tokku Paloh mengatakan bahawa mereka boleh ‘mengambil’ Bukit Besar dengan syarat bukit itu dibawa balik ke negeri mereka.
“Kalau untuk mencampuri urusan pentadbiran kami, saya menolak walau atas alasan apa sekalipun tapi kalau hendak tanah, silakan. Isikan ke dalam armada tuan sebanyak mana yang pihak British mahu, ambillah tanah,” demikianlah jawapan ulama besar itu.

Mendengar jawapan sindiran ulama itu, British berasa sakit hati dan cuba menunjukkan kemarahan mereka dengan bangun daripada kerusi yang diduduki. Akan tetapi, dengan izin Allah, secara tiba-tiba kerusi yang diduduki penjajah melekat di punggung mereka.

Lalu Tokku Paloh menyindir, “Bukan Bukit Besar saja yang kamu mahu ambil, tapi kerusi saya pun kamu mahu ambil juga?” sekali gus menyebabkan British beredar dengan perasaan malu.
Selepas peristiwa itu, British cuba berunding untuk kali kedua dan proses itu diadakan di atas kapal perang mereka yang besar. Ia bertujuan untuk mengugut ulama itu secara psikologi kononnya British memiliki angkatan perang yang besar dan mampu menyerang Terengganu jika hasrat mereka menduduki negeri itu dihalang.

Mereka menjemput Tokku Paloh ke kapal berkenaan tetapi ulama itu mengatakan bahawa kapal perang besar itu tak mampu bertahan jika beliau naik.
Pihak British kemudian ketawa mengejek sebaik mendengar kata Tokku Paloh. Ulama itu kemudian naik ke kapal berkenaan dan dengan izin Allah juga, setiap kali Tokku Paloh menyengetkan serbannya ke kanan atau ke kiri, maka kapal besar itu turut senget. Keadaan itu mencemaskan pihak British sehingga mereka membatalkan rundingan itu serta merta.

Pada masa yang lain pula, penjajah itu cuba menghampiri perairan Terengganu tetapi mereka mula ketakutan sebaik melihat negeri itu dijaga pahlawan Melayu yang siap bersenjata sejauh mata memandang. Keadaan itu menyebabkan mereka takut menjajah Terengganu selagi Tokku Paloh masih hidup.
Demikianlah antara beberapa kisah Tokku Paloh, seorang ulama besar yang berjaya menyekat penjajahan British pada peringkat awal di Terengganu.

Selain menjadi guru kepada Sultan Zainal Abidin III dan Haji Abdul Rahman Limbong iaitu pejuang penentang penjajah di Terengganu, ulama itu turut bertanggungjawab menyemarakkan semangat jihad di kalangan pejuang menentang penjajah di Pahang iaitu Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau.
Peristiwa itu berlaku apabila pasukan pimpinan Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau
hampir-hampir menyerah diri selepas mengalami tekanan dan serangan berterusan daripada tentera penjajah pimpinan Residen British, Hugh Clifford.

Keadaan tersepit itu menyebabkan mereka berlindung di hutan Terengganu dan menghubungi Tokku Paloh pada Mei 1894. Sebaik bertemu dengan ulama itu, mereka diberi perlindungan dan diajar ilmu untuk menentang musuh.
Hasil perguruan singkat dengan ulama itu menyebabkan semangat kumpulan pejuang terbabit kembali membara dan mereka terus tekad melancarkan jihad menentang penjajah British di Pahang.
Walaupun dikenali sebagai ulama, Tokku Paloh turut membabitkan diri dalam bidang pentadbiran dan diplomatik di Terengganu apabila dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Terengganu selain penasihat utama Sultan dalam pelbagai hal.

Malah, ketegasan dan kepintarannya dalam hal ehwal diplomatik menyebabkan ulama itu sering diberi peluang mewakili Sultan untuk berunding dengan British hingga penjajah itu gagal menawan Terengganu.
Tokku Paloh dilahirkan pada 1817 di Kampung Cabang Tiga, Kuala Terengganu. Ulama itu mendapat pendidikan awal daripada bapanya sendiri iaitu Saiyid Muhammad al-Aidrus atau dikenali Tokku Tuan Besar, selain beberapa ulama tempatan sebelum berhijrah ke Makkah untuk mendalami ilmu agama dan menimba pengalaman.

Sekembalinya dari Makkah selepas kira-kira 10 tahun menuntut ilmu di sana, Tokku Paloh terus mengajar di masjid peninggalan ayahnya di Kampung Cabang Tiga, Terengganu sebelum membabitkan diri dalam bidang pentadbiran negeri.
Tokku Paloh memiliki banyak ilmu dalam bidang kerohanian terutama ilmu tasawauf dan sufi. Beliau juga menjadi khalifah kepada Tareqat Naqsyabandiah dan turut mengamal serta mengembangkan amalan Syahadat Tokku iaitu satu amalan yang disusun oleh bapanya.
Kepercayaan Sultan Terengganu terhadap dirinya menyebabkan Tokku Paloh diamanahkan Sultan Zainal Abidin III untuk mentadbir kawasan Paloh selain mengawasi beberapa daerah di Hulu Terengganu antaranya Kuala Berang hingga Cabang Tiga.

Dalam usaha memastikan kawasan pentadbirannya terhindar daripada perbuatan maksiat dan pelanggaran undang-undang, Tokku Paloh menubuhkan pasukan penguat kuasanya sendiri yang dikenali sebagai Budak Raja. Pasukan Budak Raja ditugaskan menjaga keamanan sama seperti fungsi pasukan polis pada hari ini.
Bagi memastikan keselamatan dan kebajikan masyarakat setempat terjaga, Tokku Paloh gemar keluar pada malam hari malah pada hari tertentu, beliau keluar dengan mengenakan kain selubung di kepala.
Tindakannya itu bertujuan membolehkan beliau meninjau kehidupan masyarakat dan sekiranya beliau mendapati ada perkara tidak baik berlaku, Tokku Paloh akan memerintah Budak Raja membuat tangkapan pada keesokan hari.

Ulama itu juga memiliki mahkamah sendiri di Paloh untuk mengadili pesalah di kawasan pentadbirannya. Usaha beliau itu mendapat perkenan daripada pihak istana.
Hubungan rapat antara Tokku Paloh dan Sultan Zainal Abidin menyebabkan baginda menyerahkan puteranya iaitu Tengku Sulaiman untuk dijadikan anak angkat dan murid Tokku Paloh.
Malah, seorang daripada isteri Tukku Paloh iaitu Tengku Mandak ialah kekanda Sultan Zainal Abidin III sendiri.

Tokku Paloh meninggal dunia pada September 1917 selepas jatuh sakit pada usia 100 tahun. Tidak lama kemudian, Sultan Zainal Abidin III mangkat pada 26 November 1918. Selepas kewafatan ulama itu, barulah British berani dan berjaya menjajah Terengganu pada 24 Mei 1919.

Brunei

Oleh Daim Abdul Rahman

Apabila Sultan Omar Ali Saifudin III dari Brunei mengisytiharkan bahawa Brunei tidak akan bersama-sama membentuk Malaysia, Tunku Abdul Rahman telah cuba untuk memberikan tekanan ke atas Brunei dengan memanggil balik beratus-ratus guru dan pegawai dari Tanah Melayu yang di pinjamkan kepada negara tersebut. Hal ini menyebabkan Brunei ketika itu menghadapi masalah pentadbiran.

Namun Sultan masih tetap dengan pendirian nya. Antara perkara yang tidak dipersetujui oleh Sultan semasa rundingan dengan Persekutuan Tanah Melayu adalah kedudukan Kesultanan Brunei yang di letakkan di bawah sekali di dalam Majlis Raja-raja Melayu.

Satu lagi perkara besar yang tidak dipersetujui oleh Sultan adalah berkenaan dengan cukai Pusat ke atas hasil minyak sebanyak 10% untuk selama 10 tahun dan selepas itu Pusat mahu mengambil alih kawalan minyak Brunei.

Hujah-hujah bahawa dengan pembentukan Malaysia maka dapat membendung ancaman komunis dan untuk mendapatkan kemerdekaan awal dari British akhirnya telah di tolak oleh Sultan atas sebab-sebab tidak bersetuju dgn syarat-syarat di atas.

Hari ini Brunei adalah sebuah negara yang berdaulat, ahli kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan juga ahli kepada ASEAN. Ini bermakna ia nya sebuah negara yang diiktiraf bukan sahaja oleh negara-negara yang berjiran dgn nya, malah diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Hari ini juga rakyat Brunei menikmati pendapatan per kapita antara yang tertinggi, harga Petrol yang terendah, pendidikan percuma hingga peringkat tinggi dan sebagai nya.

Pada akhir tahun lepas, Kerajaan Brunei melalui Menteri Tenaga nya telah melahirkan rasa kekecewaan secara terbuka kerana masih ramai rakyat tempatan tidak di ambil bekerja di syarikat-syarikat pembekal dan kontraktor industri minyak. Menteri tersebut berkata, walaupun Brunei mengalu-alukan pelaburan asing, namun jika tidak serius untuk memberikan peluang pada rakyat tempatan, syarikat-syarikat ini tidak dikehendaki untuk berada di Brunei.

Ini adalah satu amaran keras dan terbuka. Saya percaya syarikat-syarikat yang ada di dalam industri Minyak dan Gas ini akan mula memberikan perhatian yang serius.

Dalam satu ucapan, bagi memperingati Sultan Omar Ali Saifuddin III, bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew berkata apabila Singapura keluar dari Malaysia, Sultan Omar Ali telah berkata pada nya "Kamu sudah seperti Brunei. Itu adalah lebih baik untuk kamu"

Sejarah adalah satu perkara yang telah pun berlalu dan tidak akan sesekali dapat di ubah, Namun satu soalan retorik yang menarik, apakah yang mungkin berlaku andainya Brunei bersetuju untuk bersama-sama membentuk Malaysia?

Andaian saya:

1. Brunei bukan saja akan di kenakan cukai utk hasil minyak, malah 95% hasil minyak akan pergi ke Pusat. Tinggal 5% untuk Brunei.

2. Pendapatan rakyat Brunei mungkin akan sama dengan Sarawak iaitu RM30,000 berbanding dengan sekarang RM62,000 (USD 20,000)

3. Rakyat Brunei akan membeli minyak dengan harga yang lebih mahal dari sekarang iaitu RM1.90 seliter utk RON95 berbanding sekarang RM0.90 (B$0.36)

4. Rakyat Brunei yang hendak melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi akan terpaksa meminjam dari PTPTN dan dikenakan Riba.

5. Sindrom ramai orang luar Brunei yang memegang jawatan tinggi dgn gaji mahal di sektor Minyak dan Gas akan berlaku tanpa ada apa-apa bunyi bantahan dari pemimpin tempatan Brunei. Rakyat Brunei akan di beri jawatan peringkat rendah dgn gaji yang rendah juga.

6. Harga kereta import akan mahal dan rakyat Brunei akan ramai yang terpaksa beli Proton dan Perodua.

7. Jalan antara bandar di Brunei akan menjadi jalan satu lorong untuk sehala yang berombak2 dan berlubang. Dan kebanyakan di tampal pelbagai kali hingga rupanya macam kek lapis Sarawak.

Semoga Allah merahmati roh Sultan Omar Ali Saifuddin III dan menempatkan beliau di kalangan orang-orang yang beriman. Amin...


Sumber:
Ucapan bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew mengenai Sultan Omar Ali Saifudin III
http://www.straitstimes.com/STI/STIMEDIA/pdf/20090225/MM%20Lee%20speech%20in%20Bandar%20Seri%20Begawan.pdf

Ucapan YB Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Awang Haji Mohammad Yasmin Bin Haji Umar, Menteri Tenaga di Pejabat Perdana Menteri, Brunei.
http://www.energy.gov.bn/energydivision/index.php?option=com_content&view=article&id=307%3Akeynote-speech-for-the-brunei-shell-jv-vendor-forum&catid=53%3Aspeeches-2011&Itemid=95


Brunei Smartest, Singapore Smarter, Sarawak Stupid, Sabah Most Stupid Beyond Redemption!! (Part-1. Brunei) - Malaysia Today
http://malaysia-today.net/mtcolumns/from-around-the-blogs/47599-brunei-smartest-singapore-smarter-sarawak-stupid-sabah-most-stupid-beyond-redemption-part-1-brunei-

Premium Ron97 only 53cent per litre -earnic.com