Isnin, 1 Ogos 2011

Seven

 Banyak orang yang tidak percaya bahawa Al-Quran adalah wahyu ALLAH. Tetapi ketika ALLAH menentang manusia agar membuat kitab seperti Al-Quran, tidak ada satu pun manusia yang mampu. Ya, Al-Quran adalah mukjizat yang luar biasa dipandang dari sudut ilmu mana pun. Sebagai kitab suci yang berlaku sepanjang masa, Al-Quran mengandung berbagai mukjizat. Mulai dari mukjizat linguistik, keghaiban, jagat raya, perubatan, matematika, dan mukjizat-mukjizat lain yang kesemuanya dapat diketahui sesuai dengan kemampuan dan waktu kapan manusia hidup.


Kemukjizatan Al-Quran yang mencakup semua bidang ilmu membuat para ilmuwan dari berbagai disiplin ilmu berlumba-lumba mengungkapkan keajaiban yang terkandung di dalamnya. Mereka berusaha membuktikan bahawa isi Al-Quran tidak lekang oleh waktu, sejalan dengan pemikiran manusia dan sesuai dengan perkembangan zaman.

Tulisan ini disarikan dari buku Misteri Angka Tujuh dalam Mukjizat Matematika Al-Quran, karya ‘Abd Ad-Da’im Al Kahil. Ia mengulas secara mendalam kemukjizatan Al-Quran dalam bidang numerik. Ia membuktikan bahawa semua surah, ayat, kata, dan huruf dalam Al-Quran disusun ALLAH secara teratur dengan sistem berbasis angka 7 sebagai dalil bahawa ia bersumber dari Rabb 7 lapis langit.

Angka Istimewa

Tidak dapat dipungkiri, angka paling istimewa dalam Al-Quran setelah angka 1 adalah angka 7. Angka ini memiliki keistimewaan dalam berbagai rutinitas ibadah, alam semesta, dan sejarah. Apa rahsia angka ini? Mengapa ia disebut berulang-ulang di berbagai tempat dalam Al-Quran?

Bagaimana alam raya yang luas dengan setiap bahagian, orbit dan bintang-bintangnya terikat dan terkait satu sama lain? Dengan hikmah-NYA, ALLAH menetapkan hukum-hukum matematik yang tepat untuk keterkaitan alam, di antaranya hukum gravitasi. Hukum ini membumi mengelilingi matahari dan bulan menelilingi bumi.

Sebagaimana kita lihat, banyak sekali indikasi angka 7 di alam semesta dan kehidupan di sekitar kita. Kita juga melihat tatanan yang sempurna dengan basis angka 7 dalam Al-Quran. Ini menunjukkan keesaan ALLAH dan Al-Quran adalah kitabullah.

Hikmah pemilihan angka 7 sebagai poros penelitian ini adalah banyaknya indikasi angka 7 di dalam Al-Quran dan hadiths Nabi, juga pengulangan angka ini dalam tatanan yang sangat teratur di Kitabullah yang dalil-dalilnya akan dikemukakan. Ketika tahu bahawa tatanan alam semesta berbasis angka 7 dan kita menemukan angka ini terulang-ulang secara sistematik di dalam kitab suci yang diturunkan 14 abad lalu, kita yakin bahawa Pencipta alam raya adalah Yang Menurunkan Al-Quran.

Sekarang mari kita lihat kehadiran angka 7 di alam semesta. Ketika mencipta alam, ALLAH menjadikan langit berjumlah tujuh lapis, demikian juga bumi. ALLAH berfirman, “ALLAH lah yang menciptakan tujuh langit dan demikian juga bumi. Perintah ALLAH berlaku padanya agar kamu mengetahui bahawa ALLAH Maha Kuasa atas segala sesuatu dengan ilmu-NYA.” (QS Ath-Thalaq: 12).

Bahkan atom, sebagai unit fundamental struktur alam semesta, juga tersusun dari tujuh lapisan elektron. Tidak mungkin lebih. Jumlah hari dalam minggu tujuh, jumlah not musik tujuh, jumlah warna tujuh, dan para geologi menemukan bahawa bola bumi tersusun dari tujuh tingkatan.

Angka 7 juga menampakkan kehadiran yang nyata dalam sunnah Nabi. Beliau telah menyampaikan banyak sekali hadiths dan angka 7 memiliki “jatah” yang besar di dalamnya. Ini menunjukkan urgensi angka ini serta keragaman indikasi dan rahsianya.

Ketika menerangkan hal-hal yang merosak, Rasulullah membatasinya pada tujuh hal. Beliau bersabda, “Jauhilah tujuh hal yang merosak.”

Ketika menerangkan perihal kezhaliman dan mengambil tanah orang lain tanpa alasan, beliau menjadikan angka 7 sebagai simbol azhab pada hari kiamat, dan bersabda: “Orang yang menzhalimi orang lain walau hanya beberapa jengkal tanah, akan dikalungkan kepadanya azhab dari tujuh bumi.” (HR Bukhari Muslim).

Nabi menerangkan bahawa ALLAH memerintahkan kita bersujud dengan tujuh organ tubuh. Beliau bersabda, “Aku diperintahkan untuk bersujud dengan tujuh tulang.” (HR Bukhari Muslim). Ketika berbicara tentang Al-Quran, beliau menyatakan, angka 7 memiliki hubungan yang sangat erat dengan kitabullah ini. Beliau bersabda, “Al-Quran diturunkan dengan tujuh huruf.” (HR Bukhari Muslim).

Ketika seorang sahabat meminta Nabi menjelaskan rentang waktu untuk mengkhatamkan Al-Quran, beliau bersabda, “Khatamkan Al-Quran setiap tujuh hari, dan jangan lebih cepat dari itu.”

Demikianlah, angka 7 adalah angka yang paling istimewa dalam hadiths-hadiths Nabi.

Angka 7 dalam Kisah-kisah Al-Quran

Penyebutan angka 7 diulang-ulang dalam kisah Al-Quran. Nabi Nuh menyeru kaumnya untuk memikirkan tujuh lapis langit. Beliau berkata kepada mereka, “Tidakkah kamu memperhatikan bagaimana ALLAH menciptakan tujuh langit berlapis-lapis.” (QS Nuh: 5).

Angka 7 juga disebutkan dalam kisah azab bagi kaum Nabi Hud yang dikirim kepada Qabilah Ad. ALLAH berfirman, “Kaum Ad telah dibinasakan dengan angin itu kepada mereka selama tujuh malam delapan hari terus-menerus.”

Dalam kisah Nabi Musa disebut angka 70, yang merupakan kelipatan 7. ALLAH berfirman, “Musa memilih 70 orang dari kaumnya untuk waktu yang telah Kami tetapkan (QS Al A’raf: 155).

Penyebutan angka 7 tidak terbatas pada kehidupan dunia, tetapi kita dapatkan juga dalam kehidupan akhirat. Kata alqiyamah terulang dalam Al-Quran sebanyak 70 kali, kelipatan 7. Kata jahanam terulang 77 kali, yang bererti juga kelipatan 7. Tentang tujuh pintu jahanam, ALLAH Subhanahu wa Ta’ala berfirman, “Ia memiliki tujuh pintu. Setiap pintu untuk golongan tertentu dari mereka.” (QS Al-Hijr: 44).

Tentang azhab ALLAH pada hari kiamat, kita temukan kehadiran angka kelipatan 7. ALLAH berfirman, “Tangkaplah dia. lalu belenggulah tangannya ke lehernya, lalu masukkanlah dia ke dalam api neraka yang menyala-nyala, lalu belitlah dia dengan rantai yang panjangnya 70 hasta.” (QS Al-Haqqah: 30-32).

Jangan lupa, ALLAH juga menyebut angka 7 ketika mendeskripsikan kata-kataNYA. ALLAH berfirman, “Jika pohon-pohon di bumi menjadi pena dan lautan menjadi tinta, lalu ditambahkan kepadanya tujuh lautan lagi, kata-kata ALLAH tidak akan habis-habisnya. Sesungguhnya ALLAH Maha Perkasa dan Maha Bijaksana (QS: Luqman: 27).

Angka 7 disebut untuk menunjukkan pahala yang diberikan ALLAH kepada orang-orang yang menginfakkan hartanya di jalan-NYA. ALLAH berfirman, “Perumpamaan orang yang menginfakkan harta di jalan ALLAH seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai. Pada setiap tangkai ada 100 biji. ALLAH melipatgandakan bagi siapa yang DIA kehendaki dan ALLAH Maha Luas lagi Maha Mengetahui. (QS Al-Baqarah)
 
keretaburuk 

Mazmumah


"Riak adalah  rasa bangga di dalam hati yang membuatkan diri terasa hebat. Sifat ini sekeluarga dengan ‘ujub, samaah dan takabur. Ujub lantunan rasa ajaib akan kehebatan diri, samaah buat supaya orang dengar-dengar kehebatan diri dan takabbur membesar diri apabila bercakap. Senang cakap sifat-sifat ini adalah milikan orang-orang yang jahil dalam beragama.

Apabila tidak belajar agama, seseorang itu tidak sedar bahawa perbuatan itu sangat bersalahan di sisi agama. Itulah sifat pembakar amal. Beramal ibadat banyak tetapi pulangannya kosong. Contohnya, malam bertahajud, pagi esok sudah cerita kepada rakan sepejabat. Tak sampai sehari, amal sudah jadi kosong. Tahun lepas banyak bersedekah di bulan puasa, tahun ini mengungkit balik apa yang dilakukan setahun lepas. Padam pula pahala. Inilah yang dikatakan pembakar amal.

Ingat, jangan pakai pakaian kebesaran Ilahi ini. Bukankah iblis itu merupakan hamba Allah yang taat; penghuni syurga lagi. Hanya kerana sekali takabbur, iblis dinyahkan daripada syurga. Iblis rasa dirinya mulia kerana diperbuat daripada api sedangkan Adam daripada tanah. Dia enggan sujud kepada Adam apabila Allah perintahkan. Iblis menyarungkan pakaian kebesaran Allah dengan  sifat takabbur tadi. Nah, dia menunggu azab di akhirat kelak.

Bagaimana hendak mengelakkan diri daripada sifat-sifat mazmumah ini? Tidak senang juga untuk mengatasinya. Kadang-kadang perasaan hebat ini datang  sendiri tanpa diundang; hanya orang jahil yang wewenang riak dan takabbur. Penulis juga selalu diganggu lintasan-lintasan pembakar amal ini. Astaghfirullah sahajalah. Cuma satu sahaja penulis hendak kongsi bersama. Apabila mari lintasan itu, lalu diri ini kembalikannya kepada Allah. Buang cepat-cepat mainan iblis  itu lalu  diganti dengan rasa syukur melalui iktikad bahawa ‘ ya Allah, syukur aku kepada-Mu kerana memilih aku untuk menzahirkan sifat mulia-Mu melalui tanganku, lidahku dan anggotaku’.

Dua  misalan diberikan. Pertama, jika kita banyak berderma. Hakikatnya duit yang kita dermakan itu hak Allah yang dipinjamkan kepada kita. Allah hendak beri sebahagiannya kepada fakir miskin lalu Allah laksanakannya melalui tangan kita yang juga milik Allah juga sebenarnya. Habis di mana lebih dan hebatnya kita? Kedua, jika kita banyak berzikir. Allah hendak membesarkan diri-Nya sendiri melalui lidah kita. Lidah juga milik-Nya. Lagi tiada lebih dan hebatnya kita. Yang patut ada ialah rasa syukur tadi. Mengapa? Kerana Allah memuliakan kita dengan cara memilih kita untuk menzahirkan kemuliaan dan kehebatan-Nya. Maka tiadalah  lagi perkara yang hendak dibanggakan sebaliknya  melimpahlah rasa kesyukuran.Semoga perkongsian ilmu ini menjadi pahala yang berpanjangan untuk guru-guruku, diriku dan para dai’ yang memanjangkannya pula kepada hamba-hamba Allah yang melata di muka bumi ini.
 

kanggaroo

Oleh Ust Saiful Bahri

MELBOURNE – Kanggaroo si peninju yang menyerang seorang perempuan yang berusia 94 tahun di Queensland telah dihukum dengan suntikan hingga mati. 

Phyllis Johnson sedang mencuci di halaman belakang rumahnya di Charleville tiba-tiba Seekor kanggaroo tiba-tiba mendatangi dia. Sambil berdiri di dekat Phyllis, haiwan tersebut menerajangnya hingga ia jatuh ke tanah. Kanggaroo itu meninju perempuan tua berkali-kali dan menendang dengan tendangan kuat.

Phyllis dengan susah payah akhirnya berusaha berdiri dan mengambil penyapu. Ia memukul haiwan terkenal di Australia tersebut beberapa kali. Phyllis mampu membuat kanggaroo itu terkejut dan akhirnya lari menyelamatkan diri.
Pihak polis tiba di lokasi kejadian dan berusaha mengusir haiwan itu dengan menggunakan semburan berlada. Para petugas Mergastua dan Taman Negara kemudian dikerahkan untuk menangkap dan membawa haiwan tersebut pergi. Kangaroo itu akhirnya disuntik mati. "Saranan dari doktor haiwan yang memeriksa kanggaroo tersebut supaya menyuntik haiwan itu hingga mati. Ini disebabkan kanggaroo tersebut mengalami stres dan sakit," kata seorang jurucakap Taman Negara. Manakala Phyllis Johnson masih belum pulih dan dirawat di Hospital Charleville.

Apakah hak manusia membunuh kangaroo itu sedangkan ianya binatang yang tidak berakal. Sudahlah disembur semburan pemedih mata berlada, ditangkap, dipenjara dan dihukum dengan suntikan maut. Kanggaroo itu menyerang kerana merasa keselamatannya terancam atau terkejut kerana rasa diganggu.. Berbeza dengan tindakan pihak Polis dan FRU kat Malaysia. Mereka menghalau, menghambat, menyembur air asid, menembak gas pemedih mata, menangkap, menghumban kedalam lokap atas alasan menjaga keselamatan.

Kalaulah binatang yang memukul manusia mereka dihukum dengan suntikan maut kenapa apabila manusia dibunuh mereka dibiarkan begitu sahaja?. Apatah lagi kalau nyawa itu bernama muslim. Apa nilaian harganya apabila umat Palestine dibunuh begitu sahaja. Bagaimana pemuda maupun remaja yang menemui ajal bergelimpangan di Iraq maupun di Afghanistan. Atas alasan menggempur teroris, umat Islam dibunuh di Xinxiang, China maupun di Pakistan.

Kalau kat Malaysia, rakyat masih terpingga-pingga kenapa Althantunya dibunuh? Di C4kan? Siapa yang membunuh? Sudah dihukumkah si pembunuh itu? Pakai suntikan maut ke?

waktu Imsak dan berbuka 2011 banting



Date


Day


Imsak


Subuh


Syuruk


Zohor


Asar


Maghrib


Isyak


01-08-2011


Monday


5:43


5:53


7:14


13:24


16:46


19:32


20:45


02-08-2011


Tuesday


5:44


5:54


7:14


13:24


16:45


19:32


20:44


03-08-2011


Wednesday


5:44


5:54


7:14


13:24


16:45


19:31


20:44


04-08-2011


Thursday


5:44


5:54


7:14


13:24


16:45


19:31


20:44


05-08-2011


Friday


5:44


5:54


7:14


13:24


16:44


19:31


20:44


06-08-2011


Saturday


5:44


5:54


7:14


13:24


16:44


19:31


20:43


07-08-2011


Sunday


5:44


5:54


7:14


13:24


16:43


19:31


20:43


08-08-2011


Monday


5:44


5:54


7:14


13:24


16:43


19:31


20:43


09-08-2011


Tuesday


5:44


5:54


7:14


13:24


16:42


19:30


20:42


10-08-2011


Wednesday


5:44


5:54


7:14


13:24


16:42


19:30


20:42


11-08-2011


Thursday


5:44


5:54


7:14


13:23


16:41


19:30


20:42


12-08-2011


Friday


5:45


5:55


7:14


13:23


16:41


19:30


20:41


13-08-2011


Saturday


5:45


5:55


7:13


13:23


16:40


19:29


20:41


14-08-2011


Sunday


5:45


5:55


7:13


13:23


16:40


19:29


20:40


15-08-2011


Monday


5:45


5:55


7:13


13:23


16:39


19:29


20:40


16-08-2011


Tuesday


5:45


5:55


7:13


13:22


16:39


19:29


20:40


17-08-2011


Wednesday


5:45


5:55


7:13


13:22


16:38


19:28


20:39


18-08-2011


Thursday


5:45


5:55


7:13


13:22


16:37


19:28


20:39


19-08-2011


Friday


5:45


5:55


7:13


13:22


16:37


19:28


20:38


20-08-2011


Saturday


5:45


5:55


7:13


13:22


16:36


19:27


20:38


21-08-2011


Sunday


5:45


5:55


7:13


13:21


16:35


19:27


20:38


22-08-2011


Monday


5:45


5:55


7:12


13:21


16:35


19:27


20:37


23-08-2011


Tuesday


5:44


5:54


7:12


13:21


16:34


19:26


20:37


24-08-2011


Wednesday


5:44


5:54


7:12


13:21


16:33


19:26


20:36


25-08-2011


Thursday


5:44


5:54


7:12


13:20


16:32


19:26


20:36


26-08-2011


Friday


5:44


5:54


7:12


13:20


16:32


19:25


20:35


27-08-2011


Saturday


5:44


5:54


7:12


13:20


16:31


19:25


20:35


28-08-2011


Sunday


5:44


5:54


7:11


13:19


16:30


19:24


20:34


29-08-2011


Monday


5:44


5:54


7:11


13:19


16:29


19:24


20:34


30-08-2011


Tuesday


5:44


5:54


7:11


13:19


16:28


19:24


20:33


31-08-2011


Wednesday


5:44


5:54


7:11


13:19


16:27


19:23


20:33


31-08-2011


Wednesday


5:44


5:54


7:11


13:19


16:27


19:23


20:33

Puasa rasul

Sahabat yang dihormati Allah, Ramadhan yang kita nanti-nantikan telah tiba untuk sekali lagi kita berada di dalamnya. Ini tanda Allah masih sayang kepada hamba-hambanya dengan memberi sekali lagi peluang untuk kita bertemu dengan bulan yang penuh keberkatan ini. Berpuasa adalah aktiviti terpenting dalam bulan ini. Persoalannya bagaimana tips-tips yang diajar oleh Rasulullah s.a.w untuk puasa kita dinilai tinggi oleh Allah? Mari kita telusuri satu persatu. 

Rasulullah s.a.w Bersahur

Rasulullah menganjurkan kita untuk bersahur sebelum aktiviti menahan diri dari makan dan minum di siang hari dimulakan. Bagaimana Rasulullah s.a.w bersahur? Bersahur bukanlah dilakukan ditengah malam, tetapi ia dilakukan di awal pagi, iaitu waktu yang sangat hampir dengan waktu solat subuh. Bersahur juga memberi kesegaran untuk kita menghabiskan hari siang kita dengan berpuasa. Rasulullah s.a.w bersabda:

Dari Anas Bin Malik r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Bersahurlah kerana pada sahur itu terdapat keberkatan.
(HR: al-Bukhari)

Rasulullah s.a.w juga menekankan kepada kita untuk bangun bersahur kerana ia adalah salah satu dari cirri-ciri bersahur orang Islam. Sabdanya: 

Perbezaan antara puasa kami dengan puasa ahlu al-Kitab adalah makan sahur 
(HR: Muslim)

Rasulullah Menyegerakan Berbuka 

Tidak melewat-lewatkan berbuka puasa adalah salah satu tips berpuasa yang di ajar oleh Rasulullah. Ini kerana, perbuatan itu sangat mendatangkan kebaikan untuk mereka yang menahan diri dari makan dan minum. 

Rasulullah s.a.w di dalam hadithnya menerangkan kepada kita seperti mana yang dilaporkan oleh al-Bukhari & Muslim: 

عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : " لا يَزَالُ النَّاسُ بِخَيْرٍ مَا عَجَّلُوا الْفِطْرَ "
Manusia itu akan terus berada dalam kebaikan selagi mana dia menyegerakan berbuka puasa.

Perbuatan melambat-lambatkan berpuasa puasa adalah salah satu perbuatan yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w. Masyarakat kita sering melihat perkara ini sebagai satu isu remeh. Apa yang terjadi dalam rata-rata masyarakat kita di Malaysia, ketika masuknya waktu solat maghrib (waktu untuk berbuka puasa), mereka masih lagi berada di bazaar-bazar ramadhan untuk membeli juadah mereka. Penjual juga masih lagi melayan pelanggan tanpa terus berbuka walaupun azan maghrib telah berkumandang. Ibu-ibu di rumah pula masih berada di dapur menyiapkan juadah berbuka puasa ketika azan maghrib bergema. Ini kerana melewat-lewatkan berbuka puasa adalah amalan Yahudi dan Kristian.

Persiapan seharusnya dilakukan dengan segera agar seruan Rasulullah s.a.w untuk kebaikan umatnya dapat diamalkan sebaiknya. Rasulullah telah bersabda di dalam satu hadithnya yang dilaporkan oleh Abu Daud & Ibn Majah yang sanadnya berstatus hasan seperti yang dinilai oleh al-Albani r.h: 

قال النبي صلى الله عليه وسلم : " لا يزال الدين ظاهراً ما عجل الناس الفطر لأن اليهود والنصارى يؤخرون "
Agama ini akan sentiasa zahir (jelas) selagi mana umatnya menyegerakan berbuka puasa, ini kerana orang-orang Yahudi dan Kristian, mereka melewat-lewatkannya.

Dikeluarkan dari Musannaf Abdul Razzak dan Fathul Bari (kitab syarah sahih al-Bukhari) ‘Amr Bin Maimun r.h berkata: 

وقال عمرو بن ميمون الأودي رحمه الله : " كان أصحاب محمد صلى الله عليه وسلم أسرع الناس إفطارا ًوأبطأهم سحوراً "
Sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w adalah manusia yang paling cepat (ketika) berbuka puasa dan yang paling lewat (ketika) bersahur.

وعَنْ عُمَارَةَ بْنِ عُمَيْرٍ عَنْ أَبِي عَطِيَّةَ قَالَ :
دَخَلْتُ أَنَا وَمَسْرُوقٌ عَلَى عَائِشَةَ فَقُلْنَا يَا أُمَّ الْمُؤْمِنِينَ : رَجُلانِ مِنْ أَصْحَابِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَحَدُهُمَا يُعَجِّلُ الإِفْطَارَ وَيُعَجِّلُ الصَّلاةَ ، وَالآخَرُ يُؤَخِّرُ الإِفْطَارَ وَيُؤَخِّرُ الصَّلاةَ ..
قَالَتْ : أَيُّهُمَا الَّذِي يُعَجِّلُ الإِفْطَارَ وَيُعَجِّلُ الصَّلاةَ ؟
قَالَ قُلْنَا عَبْدُ اللَّهِ يَعْنِي ابْنَ مَسْعُودٍ .
قَالَتْ كَذَلِكَ كَانَ يَصْنَعُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ .
Dari Abi ‘Atiyyah katanya: Aku dan Masruq telah bertemu Ummu al-Mu’minin r.anha dan kami berkata kepadanya: “Dua orang lelaki dari sahabat Muhammad s.a.w, salah seorang darinya mempercepatkan berbuka dan mempercepatkan solat, manakala seorang lagi melewatkan berbuka dan melewatkan bersolat...” Ummu al-Mu’minin berkata: “Siapakah diantara mereka berdua yang mempercepatkan berbuka dan menyegerakan bersolat?” Kami berkata: “Abullah iaitu Ibn Mas’ud.” Kata (Ummu al-Mu’minin): “Perbuatan (menyegerakan berbuka) Itulah yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w”.

Berbuka Dengan Beberapa Biji Kurma 

Antara kaedah yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w adalah memulakan memakan beberapa biji kurma basah ketika berbuka puasa. Ini untuk memudahkan dirinya bersolat dalam keadaan tidak terlalu kenyang. Pernah diriwayatkan dari Anas Bin Malik, seperti yang dilaporkan oleh Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi katanya:

Rasulullah s.a.w apabila baginda berbuka puasa, baginda berbuka dengan beberapa biji kurma basah sebelum solat. Jika tiada kurma basah, baginda berbuka dgn kurma kering. Jika tiada kurma kering, baginda berbuka dengan beberapa teguk air.

Ini adalah sunnah Rasulullah s.a.w. Ramai diantara kita yang sering meninggalkan sunnah ini. Mereka menyegerakan berbuka puasa serta makan dan minum sehingga kekenyangan lalu melewatkan bersolat maghrib. Rasulullah makan dengan beberapa biji kurma, kemudian bersolat. Apabila Rasulullah s.a.w terasa lapar, Rasulullah s.a.w makan selepas baginda solat.

Tidur Qailulah

Nabi s.a.w mengajarkan kepada kita agar sentiasa cergas ketika berpuasa di siang hari dan bersemangat melakukan amal ibadat di malamnya. Antara kaedah yang diajar oleh Rasulullah s.a.w adalah dengan tidur sebentar sebelum solat zohor, perbuatan itu dinamakan dengan Qailulah. Ini untuk memudahkan kita bangun di waktu malam mengerjakan amal ibadat.

Rasulullah s.a.w bersabda dalam sebuah hadith yang dilaporkan oleh Ibn Majah:

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ” اسْتَعِينُوا بِطَعَامِ السَّحَرِ عَلَى صِيَامِ النَّهَارِ وَبِالْقَيْلُولَةِ عَلَى قِيَامِ اللَّيْلِ “
Dari Ibnu Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w telah bersabda; Carilah kekuatan melalui sahur untuk puasa keesokan hari dan melalui Qailulah (tidur sekejap sebelum Zohor) untuk mendirikan ibadah malam.

Apa yang terjadi hari ini pada sesetengah masyarakat kita, mereka tidak menerapkan sunnah ini bahkan perbuatan mereka menyalahi sunnah ini. Mereka terutama anak-anak muda menghabiskan waktu siangnya dengan tidur sepanjang hari dan hanya bangun untuk berbuka puasa sahaja. Berpuasa bukanlah bulan tidur kerana keletihan. Puasa adalah bulan untuk melakukan seberapa banyak amalan sunnah kerana padanya pahala dilipatgandakan.

Menjaga Lidah

Terlalu rugi jika kita berpuasa, tetapi tidak mendapat sedikitpun pahala dari amalan tersebut. Akibatnya, kita hanya mendapat lapar dan dahaga. Antara faktor berlaku kerugian rohani tersebut adalah kerana tidak menjaga lidah. Mengumpat, mencaci, mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah, mengadu domba, banyak bercakap, berbohong, menyanyi lagu-lagu yang lagha juga dilakukan ketika berpuasa.

Umumnya perbuatan ini adalah perbuatan haram untuk dilakukan walaupun bukan pada bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w bersabda dalam sepotong hadith yang dilaporkan oleh Ahmad dan al-Tabarani: 

رُبَّ صَائِمٍ حَظُّهُ مِنْ صِيَامِهِ الْجُوعُ وَالْعَطَشُ , وَرُبَّ قَائِمٍ حَظُّهُ مِنْ قِيَامِهِ السَّهَرُ
Ramai orang puasa, tetapi balasannya hanya lapar dan dahaga (tiada pahala) dan ramai orang berjaga malam (beribadah) balasannya hanyalah mengantuk (tiada pahala)

Rasulullah s.a.w bersabda lagi dalam sebuah hadith yang dilaporkan oleh Imam al-Bukhari:

وَإِذَا كَانَ يَوْمُ صَوْمِ أَحَدِكُمْ فَلَا يَرْفُثْ وَلَا يَصْخَبْ فَإِنْ سَابَّهُ أَحَدٌ أَوْ قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي امْرُؤٌ صَائِمٌ
Apabila seseorang daripada kamu berada dalam hari puasa, maka janganlah ia memaki dan mengherdik orang lain. Andainya ia dicela oleh seseorang atau dimusuhi, hendaklah ia berkata "Saya berpuasa".

Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda lagi sepertimana yang dilaporkan oleh al-Bukhari, Abu Daud, Tirmidzi, Nasaie dan Ibn Majah:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ لِلَّهِ حَاجَةٌ فِي أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ
Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda : Sesiapa yang tidak menghentikan percakapan dusta dan terus melakukannya, Maka Allah s.w.t tidak mempunyai hajat pada orang tersebut untuk dia meninggalkan makan minumnya.

Memberi Makan Orang Yang Berpuasa

Antara amalan dan tips yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w untuk meningkat neraca kita adalah dengan cara menginfaqkan sedikit harta dengan menyediakan juadah berbuka puasa untuk mereka-mereka yang berpuasa. Terlalu besar ganjarannya seperti yang diberitahu Rasulullah di dalam hadith-hadith baginda yang mulia. Antaranya ialah seperti yang dilaporkan oleh Tirmidzi dan Ibn Majah:

Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa (untuk berbuka puasa), dia akan mendapat balasan pahala yang sama seperti pahala orang yang berpuasa itu tanpa dikurangkan sedikitpun daripadanya

Bagi mereka yang dijemput untuk berbuka puasa bersama, wajib baginya untuk memenuhi undangan tersebut. Ini kerana, berpuatan membelakangi undangan tersebut dicela oleh Rasulullah dan ianya seoalah-olah telah menentang Rasulullah s.a.w.

Adalah sunnah mereka yang dijemput untuk berbuka puasa mendoakan orang yang menjemput dengan doa-doa yang baik setelah selesai berbuka puasa. Antara doa yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w adalah seperti berikut:

  1. Ya Allah, berilah makan orang yang memberiku makan, dan berilah minum orang yang memberiku minum (riwayat Muslim).
  2. Ya Allah, Ampunkanlah mereka, rahmatilah mereka dan berkatilah apa yang telah kau rezekikan kepada mereka(riwayat Muslim).

Doa Ketika Berbuka Puasa

Nabi s.a.w memberitahu kepada kita bahawa berdoa ketika berbuka puasa adalah mustajab berdasarkan hadith-hadith sahih yang warid dari baginda s.a.w. Kita disyorkan untuk berdoa apa sahaja yang kita ingini ketika menunggu waktu tersebut. Rasulullah s.a.w bersabda seperti yang dilaporkan Tirmidzi, Ibn Majah dan Ibn Hibban:

إبي هريرة قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :ثلاثه لاترد دعوتهم : الأمام العادل , والصائم حتى يفطر , ودعوة المظلوم...
Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka: Pemimpin yang adil, Orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, dan doa mereka yang dizalimi...

Rasulullah s.a.w juga mengajarkan cara berdoa ketika berbuka puasa. Berikut adalah doa yang baik untuk dibacakan oleh kita sebagai memenuhi tuntutan ittiba’ al-Sunnah. Imam al-Darulqutni menilai sanad hadith ini sebagai hasan. Doa tersebut adalah:

ذهب الظماء وابتلت العروق وثبت الأجر إن شاء الله تعالى
Telah hilang kehausan, telah basah urat-urat dan telah ditetapkan pahala-pahala insyaAllah.

Marilah sama-sama kita berpuasa sepertimana puasanya Rasulullah s.a.w dan para sahabat yang mulia. Semoga puasa kita pada tahun ini mampu mengubah dimensi hidup kita yang bercerminkan sunnah Rasulullah dalam beribadat. Perbanyakkanlah membaca al-Quran dan berzikir, nasihat menasihati serta berdakwah kepada Islam. Jadikan ramadhan kali ini penuh makna untuk diri kita dan masyarakat. Wallahu A’lam.