“Sekiranya Kami turunkan Al Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau akan melihat gunung itu khusyuk serta terpecah-belah kerana takut kepada Allah. Dan misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia supaya mereka memikirkannya.”
(Surah al-Hasyr: 21)
Allah  minta kita berfikir tentang perbandingan ini. Berapa ramai orang yang  mengajak kita untuk berfikir tentang ayat-ayat al Quran? Sudah berapa  ramai pula orang yang kita ajak untuk berfikrir tentang ayat-ayat  al-Quran? Satu renungan yang bermanafaat untuk kita semua. 
Apa  yang boleh kita fikirkan? Antaranya ialah keteguhan Nabi Muhammad saw  menerima wahyu. Alangkah hebatnya kekasih kita itu! Apa yang tidak mampu  ditanggung oleh gunung–ganang berjaya ditanggung oleh baginda sepanjang  lebih-kurang 23 tahun, padahal tubuh badannya kecil berbanding gunung.  Tetapi pernahkah kita menyahut seruan Allah untuk berfikir dan mengambil  pengajaran daripada perbandingan di atas?
Kita  menghayati ayat dan perbandingan ini sebagai mengenang susah payah  kekasih Kita Nabi Muhammad saw menerima wahyu untuk disebarkan kepada  kita. Semoga kita dapat berkongsi serba-sedikit apa yang baginda lalui  dan seterusnya meningkatkan rasa kasih sayang kita kepadanya. Berat mata  memandang, berat lagi bahu yang memikul. 
Dari Aisyah Ummul Mukminin katanya;
Wahyu yang mula-mula turun kepada Rasulullah saw ialah berupa mimpi baik sewaktu dia tidur. Biasanya mimpi itu ternampak jelas olehnya seperti jelasnya cuaca pagi. Sejak itu hatinya tertarik untuk mengasingkan diri ke Gua Hira’. Di sana beliau beribadat beberapa malam, tidak pulang ke rumah isterinya. (Bukhari)

Dalam  perjalanan baginda untuk menerima wahyu-wahyu terawal, sudah nampak  pengorbanan baginda. Baginda mengasingkan diri ke tempat sunyi, beruzlah  (bab uzlah akan diperkatakan di bawah nanti), berkhalwat, jauh daripada  keseronokan dunia dan orang ramai. Bolehkah kita mengorbankan sedikit  daripada keseronokan dunia kita untuk menggerakkan agama Allah? Bolehkah  kita mengorbankan banyak keseronokan dunia untuk menggerakkan agama  Allah? 
Sabda Rasulullah saw:“Kadang-kadang  wahyu datang kepadaku seperti bunyi loceng. Itulah yang sangat berat  bagiku. Setelah bunyi itu berhenti, lalu aku mengerti apa yang  dikatakannya. Kadang-kadang malaikat menjelma seperti seorang lelaki  datang kepadaku. Dia berbicara kepadaku dan aku mengerti apa yang  dikatakannya.”(Bukhari) 
Kata Aisyah:
“Aku pernah melihat sewaktu wahyu turun kepadanya pada suatu hari yang sangat dingin. Selepas wahyu itu berhenti turun, kelihatan dahinya bersimbah peluh.”(Bukhari)
“Aku pernah melihat sewaktu wahyu turun kepadanya pada suatu hari yang sangat dingin. Selepas wahyu itu berhenti turun, kelihatan dahinya bersimbah peluh.”(Bukhari)
Sabda baginda saw:
“Pada suatu ketika sedang aku berjalan-jalan tiba-tiba kedengaran olehku satu suara dari langit. Maka kuangkat pandanganku ke arah datangnya suara itu. Kelihatan olehku malaikat yang pernah datang kepadaku di gua Hira’ dulu. Dia berada di kursi antara langit dan bumi. Aku terperanjat kerananya dan terus pulang. Aku berkata kepada Khadijah: “Selimutkan aku.”

 Rupa-rupanya  bukanlah senang bagi seseorang bertaraf Nabi malahan Rasul untuk  menerima wahyu. Ada kalanya ia memberatkan minda dan melemahkan anggota  tubuh. Apa yang dikesalkan, sikap sebahagian umat yang mengaku Islam  hari ini mengabaikan kitab Perjanjian Terakhir al-Quran dengan  mudah-mudah sahaja sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Ini  bermakna mereka tidak menghargai susah-payah Rasulullah saw. 
Berkaitan uzlah, banyak juga manusia yang mengetahuinya tetapi kurang yang mempraktikkannya. Terdapat tiga jenis uzlah: 
1.  UZLAH JASMANI - seperti mengasingkan diri ke tempat-tempat yang jauh  daripada hiruk-pikuk manusia namun fikiran atau hatinya masih bersama  hal-hal yang tidak bersangkutan dengan hal ehwal uzlah. Badan jauh  tetapi hatinya masih dekat dengan keduniaan. Uzlah jenis ini  hampir-hampir tiada berkesan. 
2.  UZLAH JASMANI DAN ROHANI- seperti mengasingkan diri ke tempat-tempat  yang terhindar daripada hiruk-pikuk manusia dan hatinya khusyuk dengan  hal ehwal uzlah tersebut. Uzlah jenis ini memang berkesan. 
3.  UZLAH ROHANI- dia berada di tengah-tengah manusia dan keduniaan tetapi  hatinya tidak terpengaruh dengan semua itu bahkan keadaannya tak ubah  seperti hati orang yang sedang menjalani uzlah jenis kedua tadi. Inilah  uzlah tertinggi, sangat sukar untuk menguasainya. 
 Bacaan surah al-Hasyr ayat 19-24. Pembacanya merasai kehebatan Allah SWT sehingga menangis. 
 "Dan dari orang-orang yang telah Kami beri petunjuk dan telah Kami pilih, apabila dibacakan ayat-ayat Allah Yang Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka tersungkur sujud dan MENANGIS." 
(Maryam: 58)
"Tujuh golongan yang mendapat naungan Allah pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan Allah; ...(salah satunya ialah) seseorang yang berzikir (ingat) kepada Allah secara kesendirian lalu mengalirlah air matanya."

(Bukhari, Muslim ) 
"Barangsiapa  yang mengingati Allah lalu dia menangis sehingga air matanya mengalir  jatuh ke bumi nescaya dia tidak akan diazab pada hari Kiamat kelak."(Al-Hakim) 
"Semua  mata (manusia & jin) pada hari Kiamat akan menangis kecuali mata  yang terjaga daripada hal-hal yang diharamkan Allah, mata yang digunakan  untuk berjaga pada jalan Allah, mata yang menangis karana takut kepada  Allah walaupun (air mata yang keluar itu) hanya sekecil kepala seekor  lalat" Asbahani)
"Diharamkan  neraka membakar tiga golongan manusia disebabkan matanya (mereka), mata  yang menangis karana takut kepada Allah, mata yang digunakan untuk  berjaga pada jalan Allah, mata yang terpelihara daripaa hal-hal yang  diharamkan Allah." (Tabrani)
 
 SPM telah diumumkan semalam dan mencatatkan keputusan terbaik sejak 2006. Seramai 403 pelajar mendapat gred cemerlang tertinggi (A+) untuk semua matapelajaran. Ianya mengatasi pencapaian tahun lalu iaitu seramai 255 pelajar. Selepas ini pelajar-pelajar akan sibuk untuk mengisi borang ke institusi-institusi pelajaran tinggi sama ada di peringkat sijil, diploma atau ijazah.