Jumaat, 1 April 2011

Jepun mengaku kalah


SEBUAH bangunan di loji Fukushima Daiichi dikelilingi palang-palang besi yang rosak dalam gempa bumi pada 11 Mac lalu.


TOKYO - Jepun akhirnya mengaku kalah dalam usaha mengekang pencemaran radiasi di empat reaktor nuklear loji Fukushima Daiichi yang rosak dan akan menutup kesemua reaktor berkenaan, lapor sebuah akhbar semalam.

Beberapa pegawai berkata, dalam sedikit masa lagi, semua bekalan kuasa ke reaktor-reaktor itu akan ditutup, manakala usaha untuk menyejukkan batang-batang bahan api nuklear akan dihentikan.
Langkah terakhir, melibatkan proses mencurahkan bertan-tan konkrit untuk menimbus reaktor-reaktor itu. Sekali gus memastikan tiada radiasi yang bocor keluar.

Perkembangan itu berlaku selepas agensi keselamatan nuklear Jepun mendedahkan bahawa bacaan radiasi di dalam laut sekitar loji Fukushima Daiichi melonjak sebanyak 4,385 kali ganda berbanding takat yang dibenarkan.

Pengumuman dramatik tentang penutupan semua empat reaktor itu dibuat pada Selasa lalu oleh Pengerusi Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo (TEPCO), Tsunehisa Katsumata yang mengendalikan loji nuklear tersebut. .
Loji Fukushima Daiichi terletak sekitar 240 kilometer dari ibu negara Jepun, Tokyo.

Katsumata berkata, beliau berasa kasihan kepada orang ramai yang terpaksa meninggalkan kediaman mereka atau terpaksa tinggal di dalam rumah disebabkan oleh krisis nuklear berkenaan. "Saya memohon maaf kerana kesusahan dan ketakutan yang berlaku akibat kebocoran radiasi ini," kata Katsumata.

"Kami telah gagal untuk menyejukkan reaktor-reaktor terbabit. Tetapi kami melakukan usaha paling maksimum untuk menstabilkan keempat-empat reaktor itu," tambahnya. Krisis nuklear bermula selepas sistem penyejukan reaktor-reaktor nuklear di loji Fukushima Daiichi rosak akibat gegaran kuat gempa bumi berukuran 9 pada skala Richter yang melanda pada 11 Mac lalu, disusuli oleh tsunami.

Tidak lama kemudian, beberapa letupan dan kebakaran menyebabkan kebocoran radiasi berlaku di loji tersebut. Setakat kelmarin, tahap radiasi di dalam laut sekitar loji Fukushima Daiichi ialah 3,355 kali ganda daripada bacaan normal. Dalam perkembangan berkaitan, seorang jurutera nuklear Amerika Syarikat (AS), Michael Friedlander memberitahu stesen televisyen CNN bahawa dia bimbang kesan pencemaran air laut yang berlaku.

"Plankton menyerap radiasi, ikan memakan plankton, ikan besar pula memakan banyak ikan kecil. Justeru, kandungan radiasi akan berlaku dalam rantaian makanan," katanya.
Aktiviti menangkap ikan kini dilarang dalam lingkungan sekitar 20 kilometer dari loji Fukushima Daiichi. - Agensi

sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0401&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm

Melayu....

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut Selalu p...ecah di mulut,
Biar mati adat Jangan mati anak.
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau memang Melayu, Keturunan Acheh adalah Melayu, Jakun dan Sakai asli Melayu, Arab dan Pakistani, semua Melayu Mamak dan Malbari serap ke Melayu Malah mua´alaf bertakrif Melayu (Setelah disunat anunya itu)
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan Suami pulang lapar tak makan Kera di hutan disusu-susukan Anak di pangkuan mati kebuluran"
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

(Usman Awang)

Kimi-'A'! Organik PSPM II


Good Luck 2 all my beloved students PDT sem IV KMS-hehdi kohot I sesi 2011/2012....

Buktikan yang kimi-'A'! itu sangat M U D A H....!!!!! Insya Allah..A.!!!










Gambar2 konvo shakir


Isteri

kelas Akir

Muhammad Shakir Zufayri b Mohamad Shehdi

Akir

Rabu, 30 Mac 2011

sempadan... oh sempadan

Ceuta seluas 18,5 kilometer persegi bandar outonomi di Sepanyol dan eksklave terletak di pantai utara Afrika Utara, dikelilingi oleh Maghribi. Dipisahkan dari semenanjung Iberia oleh Selat Gibraltar, Ceuta terletak di sempadan Laut Mediteranean dan Lautan Atlantik.

10. Sempadan Sepanyol dan Maghribi
Maghribi menuntut hak ke atas Ceuta, bersama Melilla sebuah bandar outonomi di Sepanyol , dan sebahagian pulau Mediteranean yang bersempadan itu. Akibatnya, Sepanyol telah membina pagar setinggi 3 meter di sempadan bandar Ceuta dengan meletakkan kawat berduri di atas pagar.

9. Sempadan Baarle-Nassau/Baarle-Hertog


Baarle-Nassau adalah sebuah bandar di Belanda. Merupakan pembahagian sempadan dengan daerah Baarle-Hertog di Belgium.

Baarle-Hertog terdiri dari 26 bahagian terpisah dari wilayah yang dikelilingi oleh Baarle-Nassau, tetapi beberapa bahagian dari Baarle-Hertog juga adalah daerah milik Baarle-Nassau.Bahagian wilayah terkecil milik Belgium iaitu hanya dua pertiga dari (seperempat hektar) hektar.

Sempadan ini begitu rumit sehinggakan ada beberapa rumah yang terletak di tengah-tengah sempadan. Gambar di atas memaparkan Belanda di sebelah kiri dan Belgium di sebelah kanan.
 
8 Bir Tawil


Bir Tawil adalah sebidang tanah kira-kira seluas 795 mil persegi (2.060 kilometer persegi) , terletak antara Mesir dan Sudan. Sempadan ini dibuat pada tahun 1902, ketika Inggeris mengubah sempadan yang berbeza dari yang dibuat pada tahun 1899. Dua sempadan yang berbeza melibatkan dua daerah yang berbeza, Bir Tawil dan Halaib.

Halaib mempunyai pelbagai sumber kuasa dan menjadi rebutan, tetapi Bir Tawil tidak .Oleh kerana itu, Mesir menuntut supaya sempadan pada 1899, yang memberikan Halaib kepada Mesir dan Bir Tawil kepada Sudan.Sudan, sebaliknya, menuntut sempadan tahun 1902, yang memberikan Halaib kepada Sudan dan Bir Tawil kepada Mesir.

Sehingga hari ini Mesir dan Sudan menegaskan bahawa Bir Tawil bukan haknya, membuatkan Bir Tawil satu-satunya tanah di dunia (di luar Antartika) yang tidak dituntut oleh mana-mana negara.

7 Mount Everest
Mount Everest adalah gunung tertinggi di dunia, tetapi apa yang banyak orang tidak tahu adalah bahawa sempada Nepal dan Cina berada tepat di tengah-tengah gunung, termasuk puncak itu sendiri - sehingga bukan sahaja menjadi gunung tertinggi, malah juga daerah sempadan tertinggi di dunia.

6 District of Columbia


District of Columbia merupakan kawasan yang pada awalnya adalah berlian besar diukir dari Maryland dan Virginia (kemudian, bahagian Virginia dikembalikan ke Virginia).

Memandangkan, bentuk ukuran dan lokasi, sempadan mempunyai beberapa lokasi sukar ditentukan.

Ketika itu awalnya dikatakan, batu-batu besar ditempatkan terpisah kira-kira satu mil di sepanjang kawasan untuk menentukan sempadan sebanyak seratus batu jumlahnya, kawasan asli mempunyai sepuluh mil panjang di setiap sisi.
Beberapa dari batu ada yang hilang hari ini, namun sebahagian besar masih ada. Ada satu di Silver Spring, Maryland, yang menjadi tanda tempat paling utara dari kawasan. Sempadanya itu juga unik.

Avenue Timur dan Avenue barat membentuk sempadan Timur Laut dan Barat Laut. Jalan di trotoar di sebelah utara jalan di Maryland berada pada daerah itu dan pinggir jalan adalah garis sempadan negara.

Kedai di salah satu sebelah jalan yang menunjukkan nombor telefon di tingkap mereka akan mempunyai satu kod kawasan (untuk Maryland) pada sebelah utara jalan, dan kod kawasan yang berbeza (untuk Distrik) di sebelah selatan.

5 Derby Line, Vermont


Bandar Derby Line melintasi AS / sempadan Kanada. Sempadan ini melalui bandar, malah melalui beberapa bangunan dan rumah.

Dalam beberapa keadaan, sebuah keluarga memasak sarapan pagi di kanada dan memakannya di AS. Derby Line juga rumah bagi Haskell Free Library dan Opera House, yang sengaja dibina di semapadan.

Panggung opera berada di Kanada, tetapi pintu masuk ke opera, dan sebahagian besar kerusi panggung, berada di Amerika Syarikat.Oleh sebab itu itu pasaraya yang berada di sempadan ini, mempunyai dua alamat surat menyurat, satu untuk AS dan satu untuk Kanada.

4. Distrik Cooch-Behar
Distrik-Cooch Behar adalah daerah yang mempunyai sempadan agak mirip dengan sempadan Baarle-Nassau/Baarle-Hertog. Ada sejumlah tanah di bawah Yurisdiksi Bangladesh yang terletak di India, dan sebaliknya.

Satu keunikan tambahan adalah daerah India Balapara Khagrabari. Sebagai sebuah eksklave (enclave adalah sebuah wilayah yang sempadan geografi terletak sepenuhnya dalam sempadan-sempadan wilayah yang lain.), dikelilingi oleh wilayah Bangladesh.

Namun, juga mengelilingi wilayah lain Bangladesh, dan wilayah itu sendiri mengelilingi wilayah lain India, Dahala Khagrabari, sehingga satu-satunya tempat di dunia di mana sebuah eksklave mengandungi eksklave dan juga mengandungi eksklave lain.(Sempadan dalam sempadan )

3 .Korean Demilitarized Zone


Korean DMZ adalah sebidang tanah kira-kira 160 mil (258 kilomters) panjangnya dan 2,5 mil (4 km) lebarnya, membahagi Korea Utara dan Korea Selatan. Ini adalah sempadan paling banyak kedudukan tenteranya di dunia.

Memandangkan sangat dikawal ketat dan hampir tidak ada yang pernah masuk, itu telah menghasilkan alam semulajadi yang lestari. Sejumlah spesies yang terancam pupus telah diambil dan diletakkan di sana, dan ada sumber mengatakan bahawa spesies yang hampir pupus itu telah meningkat populasinya.

MZ juga penting kerana tidak menggambarkan sempadan, melainkan dikelilingi “Military Demarcation Line” atau MDL.

Sebuah sempadan antara kedua Korea yang bukan secara rasmi disepakati,kerana dua negara ini secara tidak langsung masih berperang.Satu gencatan senjata disepakati pada tahun 1953, tetapi tidak pernah ada perjanjian damai yang rasmi.

2. Sungai Tumen


Tumen adalah sungai di timur laut Asia. Di daerah dekat pantai, di sempadan antara Rusia dan Korea Utara.Hanya untuk bahagian selatan Danau Khasan, Tumen ular di antara Rusia dan Korea Utara sebenarnya di wilayah China.

Dengan demikian, di daerah ini, bermula di Korea Utara, dan hanya dengan berjalan kaki ke Utara kurang dari setengah mil, Anda akan melalui China dan berakhir di Rusia.

Kawasan ini adalah tempat umum bagi Korea Utara untuk cuba menyeberang dan kerana sebab itu, sempadan ini dikawal ketat oleh tentara Korea Utara.

1. Pulau Diomede


Diomedes adalah sepasang pulau di Selat Bering di Little Diomede yang terdapat bandar Diomede, dengan jumlah penduduk 146 orang adalah milik Amerika. Manakala Big Diomede milik Rusia dan tak berpenghuni.

Dua pulau hanya kira-kira 2,5 mil (empat kilometer) terpisah. International Date Line dihujung antara Diomedes dan berfungsi juga sebagai sempadan antara Amerika Syrikat dan Rusia.

Dari segi masa, ketika penduduk di Little Diomede melihat ke seberang selat di Big Diomede, mereka tidak hanya melihat negara lain tetapi juga mereka akan melihat hari esok , misalnya, ketika 09:00 adalah hari Sabtu di Little Diomede, Sedangkan di big Diomede pukul 6:00 hari Ahad.

Little Diomede telah menyediakan kamera untuk menikmati keidahan seberang pulau . Pengunjung dapat mengunakan kamera, mengamati dari sisi ke sisi ke arah pulau Big Diomede. Ini menjadikan Little diomede sebagai satu-satunya tempat risikan Amerika terhadap Rusia yang rasmi bukan bawah tanah