Pasca keputusan SPM keluar, terdapat segelintir remaja yang mencari saya di alam maya. Meminta nasihat bagaimana hendak mengawal perasaan kecewa mereka. Mereka telah mendapat keputusan yang orang ramai pandang sebagai tidak cemerlang. Ada pula sebahagian daripada mereka, keputusannya cemerlang, tetapi dia tidak berpuas hati kerana tidak mendapat straight A’s.
Kecewa teramat-amat. Seakan-akan dunia telah tertutup, dan menjadi sempit buat mereka. Malah, ada yang sampai bertanya, “Mengapa Allah buat begini kepada saya?” Bertenang adik-adik, bertenang.
Pada pendapat saya, SPM bukan pengakhir kehidupan. Ya, bukan pengakhiran. Tetapi SPM hanyalah salah satu ‘checkpoint’ dalam kehidupan. Kita perlu memandang sedemikian. Barulah hati itu akan tenang dengan keputusan yang diberikan oleh Tuhan.
SPM – ruang muhasabah
Pandang semula ke belakang. Benarkah sudah studi dengan bersungguh-sungguh? Atau sebenarnya kita masih bermain-main dan agak sambil lewa? Pandang semula ke belakang. Apakah kita ini benar-benar menjaga hati guru yang mengajar kita? Atau kita pernah mengecewakannya, tidak beradab dengannya dan sebagainya?
Pandang semula ke belakang. Apakah kita ini telah berusaha menjaga hati sahabat-sahabat kita, dan orang lain? Atau kita pernah melukakan mereka, menganiayai mereka, berkata buruk kepada mereka, dan sebagainya? Pandang semula ke belakang. Bagaimanakah hubungan kita terhadap ibu bapa kita, adik beradik kita, saudara mara kita? Mungkin pernah kita buat sesuatu yang buruk buat mereka?
Pandang semula ke belakang. Bagaimanakah hubungan kita dengan Allah SWT dan agamaNya? Apakah kita melaksanakan perintahNya? Adakah kita meninggalkan laranganNya? Atau kita tidak peduli dengan itu semua? Ya. Pandang semua ini. Pandang.
Kemungkinan, keputusan yang buruk, yang mengecewakan, yang tidak mencapai sasaran kita itu, kita perolehi kerana sikap kita yang lalu, yang belum kita usaha untuk diampunkan.
Bukan salah Allah SWT sebenarnya. Salah kita.
“Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.” Surah Asy-Syuura ayat 30.
SPM tidak lebih hanyalah teguran Allah SWT buat kita. Tidakkah kita memerhatikan?
SPM – hentakan yang kuat.
Manusia ini, biasanya payah untuk beringat. Maka, biasanya Allah SWT akan memberikan beberapa ‘hentakan yang kuat’ dalam kehidupan agar kita terjaga dari lena. Ada orang dengan kematian kedua ibu bapanya, ada orang dengan kehilangan hartanya, ada orang dengan terjadinya bala benca dan sebagainya, yang mana semua itu mengaitkan dengan kehilangan sesuatu yang ‘besar’ dalam kehidupannya.
Untuk remaja, antara yang besar adalah SPMnya. Peperiksaannya.
Allah SWT memberikan hentakan ini, untuk kita tersedar kala usia masih muda, tenaga masih ada. Untuk bergerak menjadi mukmin yang lebih baik, lebih soleh. Tidakkah kita memerhatikan?
SPM – Bukan pengakhiran kehidupan
Jangan kecewa. Jangan salahkan Tuhan. Sesungguhnya setiap yang berlaku ada hikmahnya. Tinggal, sesiapa yang tidak memandang hikmahNya, dia akan rugi selama-lama.
Ada orang, kecewa dengan keputusan SPM, terus malas belajar. Dia rugi.
Ada orang, kecewa dengan keputusan SPM, kelar tangan, bunuh diri. Dia rugi.
Itu orang yang tidak mahu memandang hikmah Allah SWT.
Tetapi bagi mereka yang memandang hikmah Allah SWT, maka teguran daripada keputusan yang tak berapa elok ini, akan dilihat dan diambil secara positif. Dia ubah dirinya, menjadi lebih berdisiplin. Dia tingkatkan dirinya, agar menjadi lebih soleh. Dia perbaiki dirinya, agar menjadi yang lebih kuat hubungannya dengan Allah SWT. Terus bertranformasi menjadi seorang manusia yang baru.
Lantas, kehidupannya selepas SPM itu, akan diharungi dengan kekuatan dan semangat yang baru.
SPM bukan pengakhiran kehidupan. Ada 1001 lagi jalan untuk berjaya, tanpa menggunakan SPM. Tinggal, SPM adalah pemudah cara. Namun, tidak berjaya di dalamnya, bukan bermakna kita tidak akan berjaya di dalam kehidupan kita. Apatah lagi apabila kita sudah menjalani transformasi diri, insyaAllah kehidupan SPM itu akan menjadi lebih bermakna lagi, dan mudah dihadapi.
Ada orang yang tidak cemerlang SPM, berubah, lantas di dalam kepalanya muncul idea bisnes persendirian. Berjaya. Dia tidak rugi dalam kehidupannya. Ada orang yang tidak mencapai sasarannya di dalam SPM, tidak dapat mengambil kos idaman, berubah, lantas di dalam kos yang terpaksa diambilnya, dia lakukan yang terbaik. Berjaya. Dia tidak rugi dalam kehidupannya.
Ada orang yang gagal dalam SPM, tidak dapat menyambung pengajian, berubah, dengan yakin tanpa segan, mengambil semula SPMnya. Berjaya. Dia tidak rugi dalam kehidupannya. Mereka ini, adalah manusia-manusia yang memahami, bahawa kehidupan itu lebih besar daripada sebuah SPM.
Tidakkah anda memerhatikan?
Penutup: Jangan kecewa. Allah bukan tidak sayang kita. Bahkan, sayang.
Jangan tanam dalam diri, kalau dapat keputusan yang mengecewakan, itu tandanya Allah tidak sayang dengan kita. Tidak. Bahkan, keputusan yang mengecewakan itulah tandanya Allah masih sayang kepada kita.
Kita yang banyak dosa, tidak dibiarkan cemerlang begitu sahaja, agar kita mampu memperbaiki diri kita. Kalau tidak diberikan ‘hentakan yang kuat’ ini, mungkin jadilah kita hambaNya yang ingkar sentiasa, tanpa punya peluang tersedar dari alpa. Tidakkah kita memerhatikan?
Dan mungkin juga, kita ini tak banyak dosa, tetapi keputusan tetap mengecewakan. Itulah dia ujian. Ujian adalah untuk peningkatan, tapisan. Allah ingin kita meningkat satu level lagi dalam hubungan kita dengan Dia.
Bukankah itu satu perkara yang amat menyenangkan? Tidakkah kita memerhatikan?
Maka jangan kecewa.
Pandang secara rasional.
Kehidupan belum berakhir.
Kita pandang semula. Semoga Allah memberikan kekuatan kepada kita
بِســمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم اللهم اِنا نَجْعَلُك فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك يا قهَّار , يا جبَّار اِهزِم الكفارYa Allah, Kami guru kimi-A! SPM seMalaysia sesi 2023 mdoakan keCEMERLANGan anak didik kami dlm kimi-A! SPM skor A+ utk semua PELAJAR. امين. Salam kimi-A! itu M U D A H ان شآء الله A! ...Chem-is- TRY اهلا وسهلارمضان 1446
Jumaat, 1 April 2011
Jepun mengaku kalah
TOKYO - Jepun akhirnya mengaku kalah dalam usaha mengekang pencemaran radiasi di empat reaktor nuklear loji Fukushima Daiichi yang rosak dan akan menutup kesemua reaktor berkenaan, lapor sebuah akhbar semalam.
Beberapa pegawai berkata, dalam sedikit masa lagi, semua bekalan kuasa ke reaktor-reaktor itu akan ditutup, manakala usaha untuk menyejukkan batang-batang bahan api nuklear akan dihentikan.
Langkah terakhir, melibatkan proses mencurahkan bertan-tan konkrit untuk menimbus reaktor-reaktor itu. Sekali gus memastikan tiada radiasi yang bocor keluar.
Perkembangan itu berlaku selepas agensi keselamatan nuklear Jepun mendedahkan bahawa bacaan radiasi di dalam laut sekitar loji Fukushima Daiichi melonjak sebanyak 4,385 kali ganda berbanding takat yang dibenarkan.
Pengumuman dramatik tentang penutupan semua empat reaktor itu dibuat pada Selasa lalu oleh Pengerusi Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo (TEPCO), Tsunehisa Katsumata yang mengendalikan loji nuklear tersebut. .
Loji Fukushima Daiichi terletak sekitar 240 kilometer dari ibu negara Jepun, Tokyo.
Katsumata berkata, beliau berasa kasihan kepada orang ramai yang terpaksa meninggalkan kediaman mereka atau terpaksa tinggal di dalam rumah disebabkan oleh krisis nuklear berkenaan. "Saya memohon maaf kerana kesusahan dan ketakutan yang berlaku akibat kebocoran radiasi ini," kata Katsumata.
"Kami telah gagal untuk menyejukkan reaktor-reaktor terbabit. Tetapi kami melakukan usaha paling maksimum untuk menstabilkan keempat-empat reaktor itu," tambahnya. Krisis nuklear bermula selepas sistem penyejukan reaktor-reaktor nuklear di loji Fukushima Daiichi rosak akibat gegaran kuat gempa bumi berukuran 9 pada skala Richter yang melanda pada 11 Mac lalu, disusuli oleh tsunami.
Tidak lama kemudian, beberapa letupan dan kebakaran menyebabkan kebocoran radiasi berlaku di loji tersebut. Setakat kelmarin, tahap radiasi di dalam laut sekitar loji Fukushima Daiichi ialah 3,355 kali ganda daripada bacaan normal. Dalam perkembangan berkaitan, seorang jurutera nuklear Amerika Syarikat (AS), Michael Friedlander memberitahu stesen televisyen CNN bahawa dia bimbang kesan pencemaran air laut yang berlaku.
"Plankton menyerap radiasi, ikan memakan plankton, ikan besar pula memakan banyak ikan kecil. Justeru, kandungan radiasi akan berlaku dalam rantaian makanan," katanya.
Aktiviti menangkap ikan kini dilarang dalam lingkungan sekitar 20 kilometer dari loji Fukushima Daiichi. - Agensi
sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0401&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm
Melayu....
Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut Selalu p...ecah di mulut,
Biar mati adat Jangan mati anak.
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau memang Melayu, Keturunan Acheh adalah Melayu, Jakun dan Sakai asli Melayu, Arab dan Pakistani, semua Melayu Mamak dan Malbari serap ke Melayu Malah mua´alaf bertakrif Melayu (Setelah disunat anunya itu)
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan Suami pulang lapar tak makan Kera di hutan disusu-susukan Anak di pangkuan mati kebuluran"
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka
(Usman Awang)
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut Selalu p...ecah di mulut,
Biar mati adat Jangan mati anak.
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau memang Melayu, Keturunan Acheh adalah Melayu, Jakun dan Sakai asli Melayu, Arab dan Pakistani, semua Melayu Mamak dan Malbari serap ke Melayu Malah mua´alaf bertakrif Melayu (Setelah disunat anunya itu)
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan Suami pulang lapar tak makan Kera di hutan disusu-susukan Anak di pangkuan mati kebuluran"
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka
(Usman Awang)
Kimi-'A'! Organik PSPM II
Langgan:
Catatan (Atom)