Sabtu, 9 April 2011

comey nye duet sekarang yea,...:(

"Pagi tadi hamba ke Tabung haji. Keluarkan kewangan yang tidak kecapaian untuk bulan ini. Hamba keluarkan RM400. Sebelum ambil anak di PASTI, singgah ke pasar, beli ayam. Hamba tidak mahu beli ayam pada hari Sabtu dan Ahad, kompem RM8 sekilo. 


RM6.80 sekilo. Hamba beli seekor. Boleh makan 2-3 hari. RM13 tokey ayam Melayu itu baritahu harganya. 'Esok berapa pulak harganya? RM8 sekilo ke?', tanya saya berseloroh dengan tokey ayam itu. 'Adoi bang, saya pun tak tau lah nak cerita. Pening kepala dibuatnya. Pelanggan dah pening kepala, saya yang jual ni pun pening kepala.' jawab beliau dengan keluh kesah.

Sesudah beli ayam, hamba beli soto 2 bungkus. Sebelum Jumaat, makan soto. Sedap nih.

Setelah ambil anak dari PASTI, tiba-tiba anak bertanya berkenaan janji ayah dia hendak belikan pensil warna yang panjang dan banyak. Adoi... hamba lupa pula sudah berjanji kepada anak hamba yang sulong ini untuk belikan pensil warnanya. Janji mesti dikotakan.

Hamba terus ke kedai buku untuk membeli pensil warna. 'Jannah hendak yang mana? Yang swan ke, faber castel ke? Yang mana?', tanya hamba. 'Nak yang iniiii..', sambil jarinya menunjuk kepada pensil warna 'Princess'. Ada 24 batang semuanya. Harga, RM9.90. Hamba ambil satu.

'Iman?' tanya Jannah. Menyebut nama adik dia. Bermaksud takkan kakak seorang sahaja yang dapat, adiknya pun mesti hendak juga. Hamba ambil 2. RM19.80.

Tidak sampai setengah jam, RM50 habis. Tinggal RM350. 25 haribulan lama lagi....

Hendak ke masjid untuk solat Jumaat, isteri hamba kata susu anak sudah habis. Susu Iman dan Mohammad, dua-dua habis. 'Nanti abang beli susu anak-anak ya. Lepas solat nanti beli le...' isteri hamba memberitahu. 'ye leeee', hamba menjawab.

Setelah bersolat Jumaat, terus ke kedai ubat Cina, beli susu anak. Susu iman RM59.90, susu Mohammad RM28.50, tin kecil. Hamba beli sikit air minum dan kacang, semuanya RM93.70. Hamba keluar seratus, tokey kedai pulang balik RM6.30. Adoi.....

On sahaja kereta untuk pulang ke rumah, minyak kereta pula sudah menyala. Pergi ke Shell, isi RM50. Tinggallah RM206.30 dalam poket baju Melayu. RM200 sahaja tinggal, dalam masa tidak sampai 3 jam.

Kecilnya nilai duit sekarang ini. Nilai RM100 sekarang ini seperti nilai RM20 semasa zaman awal 90-an dahulu. Tak tahulah, inflasi di Malaysia ini sudah mencapai tahap yang gaban ke?

 credit to: http://ibnmustaffa.blogspot.com/

Tembakan di dalam kapal selam nuklear Britain

GAMBAR yang disiarkan Perbadanan Penyiaran British (BBC) menunjukkan suasana di lokasi tembakan dekat kapal selam nuklear di pelabuhan Southampton, Britain semalam.


LONDON - Seorang mangsa terbunuh manakala seorang lagi mengalami kecederaan parah selepas satu kejadian tembakan berlaku semalam di dalam sebuah kapal selam nuklear milik tentera Britain yang berlabuh di pelabuhan Southampton.
Menurut polis, insiden itu tiada kaitan dengan aktiviti pengganas.
Ia berlaku di dalam kapal selam terbaru dan paling canggih milik angkatan tentera laut Britain, HMS Astute.
Polis dan Kementerian Pertahanan Britain enggan memberi komen terhadap laporan yang menyatakan mangsa yang maut ialah pegawai tentera laut diraja.
"Dalam kedua-dua kes ini, saudara-mara mereka masih belum diberitahu mengenainya. Namun, para pegawai kini dalam proses memberitahu ahli keluarga mangsa.
"Tiada sebarang perincian mengenai mangsa yang cedera akan dikeluarkan sehingga siasatan disempurnakan," jelas polis Hampshire dalam satu kenyataan.
Pada Oktober tahun lalu, kapal selam Astute menjadi berita utama apabila ia tersadai di pantai Scotland dan terpaksa ditarik.
Kapal selam yang sama turut terlibat dalam satu pelanggaran dengan sebuah kapal tunda dan terpaksa dibaiki.
Media tempatan melaporkan, kapal selam terbabit dalam lawatan selama lima harinya ke Southampton.
Ia tiba pada Rabu lalu dan membawa seramai 98 orang anak kapal dan berada selama 46 hari di laut.
Ekoran kejadian itu, seorang lelaki dilaporkan ditangkap yang merupakan seorang anggota keselamatan. - Agensi

Rasul vs Limau... :)

Assalamualaikum..cerita ini sangat menarik sehingga saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan sekalian..ketahuilah betapa mulianya akhlak junjungan besar Nabi Muhammad SAW..


"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda.
Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu.
Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama.

Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."
Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.
kemanisan iman...
~alia halid~

Jumaat, 8 April 2011

Mengajilah... Bersihkan jiwamu....

Ini adalah satu kisah yang sangat menarik.
Semoga dengan cerita ini hati anda akan terbuka tentang membaca Al-Quran.
Kisah ini dipetik daripada kisah yang ditulis dalam Bahasa Inggeris.

Mengapa Kita Membaca Al-Quran, sedangkan kita tidak memahami sepenuhnya apa yang di baca?.

Ada seorang Atuk tua tinggal bersama cucu lelakinya di sebuah bukit di pendalaman.
Setiap pagi Atuk bangun awal pagi duduk di meja makan dan membaca Al-Quran.
Cucunya ingin menjadi seperti Atuk dan meniru seberapa boleh akan bacaan yang dibaca oleh Atuknya.

Pada suatu hari cucunya bertanya,

‘Atuk! saya cuba membaca Al-Quran macam Atuk baca tapi saya tak faham pun, dan jika saya faham sekali pun saya akan lupa sebaik sahaja saya menutupinya. Apa bagusnya bila kita membaca Al-Quran?’

Sedang orang tua itu meletakkan arang batu ke dalam dapur pemanas badan, dengan perlahan dia menoleh kepada cucunya sambil berkata,

‘ Bawa guni arang batu ini ke sungai dan bawakan saya seguni air.’

Budak lelaki itu buat seperti apa yang disuruh, tetapi semua air itu membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah.
Orang tua itu ketawa dan berkata.

‘ Awak hendaklah berjalan lebih cepat untuk yang akan datang,’

dan meminta cucunya ke sungai bersama dengan guni arang batu untuk cuba sekali lagi.
Kali ini budak lelaki itu berjalan lebih laju, sekali lagi guni itu kosong sebelum dia tiba ke rumah.

Terlalu letih, dia memberitahu Atuknya bahawa mana mungkin untuk membawa air di dalam guni, dan dia pergi untuk mengambil baldi.

Orang tua itu berkata,
‘ saya tidak mahu sebaldi air, saya mahu seguni air. Anda tidak cukup kuat mencubanya.’

dan dia menuju ke pintu melihat cucunya mencuba lagi.

Pada ketika itu, budak lelaki itu sudah tahu bahawa tidak mungkin dapat membawa air di dalam guni hingga ke rumah, tetapi untuk tidak menunjukkan apa-apa reaksi kepada Atuknya dia berlari seberapa laju yang dia boleh, semua air yang di bawa masih membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah.

Budak lelaki itu sekali lagi pergi ke sungai dan berlari secepat mungkin dengan seguni air, tetapi apabila sampai kepada Atuknya, guni tersebut sekali lagi kosong.

Meletihkan, katanya,

’ tengok Atuk, tak guna!’ ‘ Jadi anda fikir ianya tidak berguna?’

Orang tua itu berkata,’ tengok guni itu.’

Budak lelaki itu melihat akan guni tersebut dan buat kali pertamanya dia sedar bahawa guni tersebut sudah berubah.
Ia telah bertukar daripada guni lama yang kotor bekas arang batu menjadi begitu bersih, luar dan dalam.

‘Cucuku, itulah yang akan berlaku jika anda membaca Al-Quran.
Anda mungkin tidak faham ataupun ingat kesemuanya, tetapi apabila anda membacanya, anda akan berubah dengan sedirinya, dalaman dan luaran.

Itulah kurniaan Allah s.w.t. dalam kehidupan kita.

Indahnya islam...

sumber: akuislam.com

Ketika sedang saya kebosanan di wad Intan 2 HUSM, saya sempat terbaca sebuah artikel yang mengisahkan seorang wartawan yang bernama Katja Kuokkanen dari surat khabar Helsingin Sanomat, salah satu surat khabar yang terbesar di kawasan Skandinavia, yang menyamar menjadi seorang perempuan muslim yang mengenakan Burqa dan merayau-rayau di ibu kota Helsinki.
Dia sengaja menyamar menjadi menjadi perempuan Muslim kerana ingin merasakan sendiri bagaimana rasanya mengenakan busana muslim lengkap dengan burqanya di tengah masyarakat Finland yang masih asing dengan agama Islam, bagaimana rasanya direnung dan diperhatikan dengan pandangan aneh dan takut dari orang-orang di sekitarnya. Kuokkanen menuliskan pengalaman dan perasaannya saat dan setelah mengenakan niqab. Jom kita kongsikan artikel yang menarik ini.


Inilah yang ditulisnya …
Niqab dari bahan sifon berwarna hitam kadang melorot dan menutupi kedua-dua mata saya. Suatu ketika saya tersandung dan melanggar bahu seorang laki-laki di sebuah kedai barang-barang etnik. Laki-laki itu membuat gerakan tangan meminta maaf, tapi dengan sikap acuh tak acuh seperti kebiasaannya.

Lalu lelaki itu melihat ke arah saya dan menyedari bahawa saya seorang perempuan yang memakai abaya dan burqa, pakaian khas perempuan Muslim. Tiba-tiba laki-laki itu dengan sedikit membongkok dan mengulangi lagi permohonan maafnya. Saya menyangka dia orang Arab dari dialeknya saat meminta maaf. Saat itu saya merasakah hal yang tidak pernah saya rasakan sebelum ini kerana diperlakukan dengan begitu hormat oleh orang lain.


Dari kedai etnik, saya menuju stesen metro. Ketika saya naik ke sebuah metro berwarna oren. Saya menerima reaksi yang tak terduga. Seorang lelaki mabuk berteriak kepada tiga temannya di dalam metro yang padat dengan penumpang.

“Hei, lihat itu ada salah satu pemandangan neraka!” teriak lelaki mabuk tadi.

Mendengar teriakan itu, penumpang lain serta merta memalingkan pandangannya, tidak mahu melihat ke arah wajah saya. Tapi tiba-tiba seorang perempuan menegur saya, “Barang kamu jatuh,” kata seorang perempuan setengah baya sambil menyerahkan pengepit rambut saya yang terjatuh di bangku sebelah.

Saya tidak mengucapkan terima kasih pada perempuan itu, kerana kalau saya mengatakan sesuatu, kemungkinan penyamaran saya akan terbongkar.

Lalu, ketika seorang gadis asal Somalia yang bekerja sebagai penjaga kedai, membantu saya membetulkan burqa, dia berkata bahawa jarang sekali perempuan Muslim di Helsinki yang mengenakan busana seperti yang saya kenakan. Gadis Somalia itu juga memberitahu bahawa ia seboleh mungkin menghindari busana warna hitam. Ia menganggap warna hitam sebagai warna yang dramatik dan menarik perhatian orang ramai.



“Busana warna-warni yang cerah lebih bagus,” kata gadis itu sambil mengatakan bahawa kaum wanita Muslim di Finland tidak menentukan sendiri untuk menutup bahagian mukanya.

Dan di mall Itäkeskus, saya memperhatikan ramai orang yang melihat saya dengan renungan aneh bahkan takut. Seorang lelaki muda hampir saja menumpahkan minuman tin yang dipegangnya apabila melihat saya dengan raut muka panik.

Saya sendiri mula membiasakan diri memakai abaya dan burqa. Saya mula merasakan pakaian ini sangat selesa, meskipun saya agak sukar untuk melihat sesuatu dengan jelas kerana burqa yang saya kenakan.



Kemudian saya memutuskan untuk pergi ke pasar yang dibuka di kawasan letak kereta di mall Puhos. Di seberang jalan, saya bertemu dengan seorang perempuan tua berasal dari Somalia yang dengan hemat mengucapkan “Assalamu’alaikum”.

Saya tersentuh mendengar salam itu. Selama ini saya tidak pernah bergaul dengan perempuan Muslim. Dan saya selalu menerima salam seperti itu dalam banyak kesempatan. Setiap Muslimah dari berbagai usia dan dari pelbagai etnik, yang mengenakan busana muslimah selalu mengucapkan “Assalmua’alaikum” ketika bertemu dengan saya. Ketika itu saya tidak mengerti apa arti ucapan itu, sehingga saya akhirnya tahu bahawa ucapan itu mengandungi doa kesejahteraan dan kesalamatan.

Lalu, seorang lelaki yang sedang berdiri di depan sebuah kedai memanggil saya. “Hello! Hei! Tunggu!” teriak lelaki tadi. Saya tidak menoleh kerana saya fikir seorang perempuan Muslim sangat menjaga kemuliaannya dan tidak akan menjawab panggilan seperti itu.



Beberapa jam selepas berjalan – jalan dengan mengenakan busana abaya dan burqa, saya kembali ke stesen Metro. Perjalanan saya selanjutnya adalah Kamppi Center.

Sepanjang perjalanan, wartawan itu merenung pengalamannya sepanjang hari ini, atas reaksi setiap orang terhadap abaya dan burqa yang dikenakannya dan ia merasakan sendiri bahawa mengenakan abaya dan burqa rasanya tidak seburuk yang orang lain fikirkan. Ia pun tanpa ragu menegaskan, mengenakan abaya dan burqa, “Sama sekali tidak buruk. Jika anda memakainya, anda akan merasakan kedamaian.”

Kisah ini menjadi renungan di saat negara-negara Eropah beramai-ramai mula melarang jilbab dan burqa. Seharusnya mereka yang mengenakan larangan itu, membaca kisah wartawan Helsinki ini sehingga tidak perlu ada dasar larangan berjilbab atau bercadar yang sejatinya dikuatkuasakan kerana sikap Islamofobia masyarakat Barat.
sumber : http://www.hs.fi/english/article/Women+wearing+the+iabayai+and+iniqabi+are+a+rare+sight+in+Helsinki/1135250480534