Ahad, 10 April 2011

Bagaimana Anda Memainkan Peranan Sebagai Pensyarah di Kolej Matrikulasi


1.0 Pendahuluan

Menurut Kamus Dewan ‘pensyarah’ bererti pensyarah, pengajar dan pengasuh. Jika dihuraikan dengan lebih mendalam lagi, pensyarah bermaksud orang yang memelihara dan melatih. Pengajar ialah seorang yang menjadi petunjuk kepada orang lain, manakala pengasuh memberi makna orang yang memelihara, menjaga dan mendidik. Manakala kepensyarahan ialah sesuatu yang mempunyai perkaitan dengan bidang menuntut ilmu atau tempat mendapatkan ilmu seperti kolej atau universiti, tempat belajar seperti dewan kuliah dan bilik tutoran, proses pengajaran dan pembelajaran dan sebarang perkara yang mempunyai perkaitan dengan pensyarah.

Pensyarah yang berkaliber mampu memainkan peranan yang cemerlang di kolej. Ia juga mampu mengajar dan mendidik pelajar dengan baik dan berkesan serta objektif pengajarannya tercapai. Lazimnya sebagai seorang pensyarah perlu mahir dalam sesuatu mata pelajaran dan diperkukuhkan pula dengan pengetahuan dalam bidang pedagogi atau sains prinsip pengajaran.

Peranan pensyarah bermakna tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh seseorang pensyarah matrikulasi. Ia juga membawa maksud berkenaan dengan tanggungjawab pensyarah terhadap profesionalisme kepensyarahan. Ini merangkumi peranan pensyarah terhadap pelajarnya sebagai pelanggan, diri pensyarah itu sendiri, kolej, masyarakat dan negara. 

2.0 Ciri-ciri Pensyarah kolej Matrikulasi
Sayugia di sini eloklah terlebih dahulu mengetahui apakah ciri-ciri seorang pensyarah yang mampu menggalas peranan dan pemegang watak yang penting dalam proses pengajaran yang cemerlang di kolej matrikulasi seterusnya menjadi seorang pensyarah yang berkualiti. Sebagai seorang pensyarah, seharusnya mempunyai ciri dan sifat seorang pensyarah yang sebenar iaitu:
Taqwa
Pendidik
Ikhlas
Bijak
Cintakan ilmu
Pemaaf
Pembentuk pelajar
Mahir dan celik IT & ICT
Berpengetahuan, berdaya fikir dan berakhlak
Rajin berkerja
Sabar
Penyayang
Adil
Pandai berjenaka
Dedikasi
Peka
Inovatif
Tegas
Toleransi
Positif
Berani

Sifat takwa iaitu bimbang akan seksaan Allah secara rahsia dan terang-terangan. Jika ini diabaikan, maka tiada syak lagi pelajar matrikulasi akan kosong jiwanya kerana tidak diisi dengan roh iman. Hanya bijak di luar tetapi kosong hatinya. Seperti robot.

Seterusnya ciri seorang pensyarah adalah berjiwa pendidik sejati. Ia seorang pemberi ilmu sama ada mengajar, menyampai maklumat, berbincang, mengendalikan bengkel dan sebagainya. Seterusnya suka berkongsi pengalaman dengan pelajarnya dengan cara pensyarah perlu mendedahkan kepada pelajar pengalaman yang berguna seperti mengembara, mengelola majlis, menghadapi dan menyelesaikan masalah, membuat keputusan dan sebagainya. Akhir sekali mendidik pelajar dengan akhlak yang mulia. Ini termasuklah mendidik dari segi akhlak, penampilan diri, jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Sifat ikhlas terhadap Allah dalam mengamalkan dan melaksanakan segala amalan perguruan sama ada perintah, larangan, nasihat, perhatian atau hukuman daripada 4W1. Setiap pensyarah mesti melaksanakan setiap kerja yang dilakukannya hanya kerana 4W1 dan bukan sesekali kerana manusia, pangkat dan kedudukan.
Sifat cintakan ilmu pengetahuan iaitu mengetahui dan mengenali dasar pendidikan seperti yang ditunjukkan dalam syariat Islam. Ini kerana ilmu yang dipelajari pelajar dapat membantu meletakkan setiap perkara pada tempatnya dan membezakan antara perkara yang haq dan yang batil.

Sebagai seorang yang pemaaf iaitu mudah meminta maaf kepada pelajar atas kesalahannya sendiri sama ada sengaja atau tidak sengaja dan memaafkan segala kesalahan pelajar di samping memberi nasihat. Ini kerana sifat ini akan menarik pelajar kepada pensyarah dan dengan sebab itu, pelajar akan menyambut kata-kata dan perintah pensyarahnya. Sifat ini dapat meletakkan pelajar matrikulasi di kemuncak adab dan kesempurnaan serta di tingkat tinggi dalam strata sifat budi pekerti. Pensyarah hendaklah selalu bimbang jika dia lalai atau mencuaikan peranannya. Ini kerana perbuatan demikian, pasti membuatkan pelajar terjebak ke dalam kerosakan sikit demi sikit dan selangkah demi selangkah tanpa disedari.

Seterusnya bercirikan sifat seorang yang mahir dan celik IT & ICT iaitu pensyarah mesti bersikap proaktif dan terangsang dengan perkembangan teknologi yang semakin canggih ini. Ilmu IT mesti terlebih dahulu dikuasai oleh para pensyarah sebagai golongan yang akan menyebar luaskan kepada para pelajar. Contohnya pembinaan laman web, aplikasi pembelajaran berasaskan web dan juga portal. Yang penting pensyarah mesti setkan dalam minda yang ICT adalah memudahkan bukannya mengambil alih tugas pensyarah untuk mengajar.

Pensyarah mesti bercirikan seorang yang berpengetahuan tinggi dan luas, berdaya fikir dan berakhlak. Pensyarah yang berpengetahuan perlu serba tahu maklumat semasa dan perkembangan mutakhir dengan menambah luas pembacaan untuk proses peningkatan ilmu serta dapat membawa isu-isu semasa untuk dibincang dan dicari penyelesaiannya. Isu-isu semasa contohnya kekeluargaan dan komuniti, ekonomi dan politik, sains dan teknologi serta masalah ummah dan agama. Pensyarah yang berpengetahuan luas dapat melahirkan generasi pelajar matrikulasi yang cemerlang akademik dan sahsiahnya di kemudian hari.
 3.0 Isu-isu semasa
Sebelum membincangkan dengan lebih mendalam peranan pensyarah matrikulasi seharusnya kita mengetahui serba sedikit isu-isu pengajaran dan pembelajaran di kolej-kolej matrikulasi:
- Pelajar terlalu bergantung kepada pensyarah (Teacher’s centered)
              Pelajar masih terbawa-bawa budaya belajar ‘spoon feeding’di sekolah ke matrikulasi
-Ketidakseimbangan di antara gaya pembelajaran pelajar dan cara gaya  
 pengajaran pensyarah. Pensyarah mengharapkan pelajarnya berupaya
 menyesuaikan diri dengan suasana pembelajaran di matrikulasi yang pantas dan
 amat padat sukatan pelajarannya. Siapa bertangguh akan ketinggalan.

-Kurangnya keinginan dan motivasi pelajar untuk berusaha mendapat kejayaan
 cemerlang, hanya sekadar cukup makan sahaja di matrikulasi.
 Pelajar lebih suka belajar di saat-saat akhir dan bukannya dari hari pertama  pelajar mendaftar di kolej matrikulasi. Budaya bertangguh menyebabkan kerja pelajar bertimbun dan seterusnya pelajar gagal menguruskan masa belajar dengan efisien dan seterusnya menjejaskan keputusan peperiksaan.

-Kesesuaian kurikulum matrikulasi dengan keperluan pelajar itu sendiri,   masyarakat, pihak industri, negara dan dunia global.
Dalam arus globalisasi masa kini yang begitu cepat berubah dan berkembang pelajar seharusnya peka dan mengambil langkah-langkah perlu agar tidak terus ketinggalan. Contohnya sentiasa mencari maklumat atau data terbaru tentang topik yang dipelajari di internet.
4.0 Persoalan
 Selain daripada isu timbul juga beberapa persoalan yang harus difikirkan bersama oleh pensyarah yang mengajar di matrikulasi. Antaranya:
1.Sejauh manakah pendekatan pengajaran dan pembelajaran di kolej matrikulasi  
   berjaya  menghasilkan kefahaman dan transformasi ilmu baru di kalangan   
   para pelajarnya?
2. Dapatkah pensyarah mencuit minda para pelajar untuk berfikir dalam kerangka
    budaya pemikiran yang kreatif dan inovatif sejajar dengan era globalisasi?
3. Sejauh manakah pensyarah berjaya membantu pelajarnya mengenal siapa
    dirinya dan mengenal dengan lebih dekat lagi tentang pencipta-Nya?

5.0 Cabaran
Untuk memainkan peranan sebagai seorang pensyarah matrikulasi yang berkesan perlulah terlebih dahulu mengetahui apakah cabaran yang perlu dihadapi oleh seorang pensyarah yang mengajar di kolej matrikulasi.

Pada tahun 2003, cabaran pensyarah matrikulasi semakin hebat apabila kerajaan memutuskan mata pelajaran Matematik dan Sains perlu diajar dalam bahasa Inggeris. Dengan perubahan ini, pensyarah-pensyarah yang terlibat mesti mengajar dalam bahasa Inggeris. Bukan mudah untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan secara berkesan. Pensyarah-pensyarah telah dibekalkan dengan peralatan komputer seperti komputer riba dan LCD untuk memudahkan proses pengajaran. Dengan pelaksanaan kaedah ini kerajaan mengharapkan pelajar-pelajar yang didedahkan dengan kemahiran pengajaran bahasa Inggeris dalam merentasi kurikulum Matematik dan Sains dapat menguasai bahasa Inggeris dengan lebih berkesan sama ada dalam penulisan mahu pun pertuturan. Sebagaimana yang kita tahu, banyak sumber dan ilmu dalam mata pelajaran ini boleh diterokai melalui buku rujukan berbahasa Inggeris.

Seterusnya dalam sistem pembelajaran di kolej matrikulasi sistem peperiksaan adalah kayu pengukur utama keupayaan dan kebolehan seseorang pelajar. Contohnya kuiz, UPS dan PSPM. Ketiga-tiga peperiksaan ini semuanya penting. Dengan kata lain penilaian ke atas pelajar kolej matrikulasi adalah ‘exam-oriented’. Dengan pengkaedahan ini, semua pelajar diperlukan banyak mengingat sesuatu fakta, berkebolehan dalam menganalisis dan menyelesaikan sesuatu masalah untuk lulus dengan cemerlang semasa di matrikulasi. Secara mudahnya pelajar terpaksa mengingati kesemua apa yang telah diajar tetapi ada tajuk-tajuk tertentu dalam sesuatu mata pelajaran memerlukan ketajaman, kecekapan otak serta kreativiti dalam menyelesaikan masalah. Pensyarah mesti menghabiskan sukatan pelajaran mengikut takwim unit masing-masing dan mengikut tempoh masa tertentu setiap semester yang mengandungi 18 minggu.

Cabaran lain adalah berkaitan pelaksanaan sistem meritokrasi. Pensyarah perlu bekerja keras siang dan malam untuk memastikan semua pelajar dapat mencapai keputusan yang cemerlang. Jika tidak pelajar tersebut akan gagal melanjutkan pengajian ke mana-mana IPTA atau IPTS dalam atau luar negara. Semenjak dasar meritokrasi yang diperkenalkan pada 2002, pelajar mesti belajar bersungguh-sunguh dan tekun khasnya semasa berada di matrikulasi. Ini memberi cabaran fizikal dan mental kepada pensyarah-pensyarah, pihak kolej dan ibu bapa yang sentiasa mengharapkan pensyarah-pensyarah yang berkualiti dan tahu memainkan peranannya secara berkesan. Sebenarnya bukan mudah bagi setiap pelajar matrikulasi mendapat gred purata 4.0 untuk setiap mata pelajaran yang diambil. Untuk makluman idea meritokrasi ditimbulkan oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir pada awal bulan Ogos 2001 bagi memastikan semua pelajar yang berkelayakan atau berkualiti sahaja yang diterima masuk ke IPTA.

Selain itu pensyarah matrikulasi juga menghadapi cabaran menghadapi karenah pelajar itu sendiri yang mana di peringkat ini pelajar adalah golongan remaja dan pensyarah terpaksa membentuk sikap positif di kalangan pelajar. Rata-rata pelajar matrikulasi berumur antara 18 atau 19 tahun dan pada peringkat umur remaja pelajar menghadapi krisis identiti. Pelajar yang terpilih ke kolej matrikulasi adalah pelajar yang pintar dan mempunyai pencapaian yang baik khasnya dalam subjek Sains, Matematik Tambahan, Perakaunan dan juga bahasa Inggeris dari seluruh pelusuk negara.

Cabaran juga dihadapi semasa dalam menyampaikan pengajaran dan menguasai isi mata pelajaran yang diajar (master content). Oleh itu pengisian ilmu dalam kedua aspek ini penting. Sifat sabar amat penting dalam proses pengajaran. Semasa mengajar, pensyarah terpaksa berdepan dengan pelbagai kerenah pelajar yang pandai, sederhana pandai dan juga yang lemah di dalam sesuatu kuliah atau kelas tutoran.

Dalam menghadapi cabaran dunia yang semakin maju dan globalisasi, pensyarah-pensyarah perlu bekerja kuat dan sentiasa mengetahui perkembangan dan perubahan semasa dalam perkembangan profesionalisme.
         Sebagai pengamal ilmu, seseorang pensyarah mempunyai peranan serta tugas yang amat berat, rumit dan mencabar. Pembangunan modal insan dan kemajuan negara terletak di atas pundak pensyarah.
         Dalam era ledakan teknologi maklumat dan pada ketika dunia kini menjadi sebuah ‘global village’, tuntutan terhadap ilmu pengetahuan menjadi semakin mendadak.
         Justeru itu, pensyarah-pensyarah perlu dan harus sentiasa mengemaskinikan serta mempertingkat ilmu pengetahuan masing-masing.
         Sebagai pengamal ilmu, pensyarah juga mempunyai peranan serta tanggungjawab sosial iaitu: 
(a)    perancang, fasilitator dan mentor;
(b)   penyampai ilmu pengetahuan;
(c)    pembentuk akhlak;
(d)   pembimbing;
(e)    contoh teladan atau model.
         untuk membolehkan para pensyarah memainkan peranan berkesan dan positif sebagai pengamal dan penyampai ilmu, pensyarah haruslah secara berencana secara berterusan:
(a)    mempersiapkan diri dari segi keilmuan;
(b)   berusaha membersihkan diri dari segi sahsiah menerusi ibadah;
(c)    meningkatkan kecekapan, ketajaman dan ketrampilan diri dalam pelaksanaan tugas dan interaksi dengan masyarakat;
(d)   melaksanakan peranan kepensyarahan dengan sebaiknya;
(e)    menawarkan khidmat bakti dan kepimpinan dalam kehidupan bermasyarakat;
(f)    menjadikan kolej matrikulasi sebagai wadah dan gedung keilmuan tersohor.

Misalnya, seorang pensyarah Kimi-’A’! haruslah mampu menjelaskan, mendeskripsikan, memprediksikan dan mengendalikan pelbagai konsep yang berhubungan dengan Kimi’A’, walaupun dalam hal ini mungkin tidak sehebat ahli Kimi-’A’! (sains). Inilah cabaran yang mesti ditempuh dalam melahirkan generasi pelajar matrikulasi yang kuat daya saingnya.
5.0 Peranan

Peranan pensyarah kolej matrikulasi boleh dibahagikan kepada 5: pelajar, diri sendiri, kolej, masyarakat dan negara serta profesion kepensyarahan. Di bawah profesion kepensyarahan boleh dipecahkan lagi kepada sebagai agen perubahan, penyebar ilmu, pakar rujuk, mentor, penyelidik, pengamal reflektif, pemudah cara, pemberi semangat serta pelopor proses pembacaan dan pembelajaran berterusan.

Peranan pensyarah terhadap pelajar kolej matrikulasi
Seseorang pensyarah haruslah menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi di dewan kuliah, bilik tutoran dan juga makmal. Ini termasuklah mematuhi dan menepati masa dalam jadual waktu serta melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut kaedah dan teknik yang berkesan. Pensyarah juga haruslah mengutamakan kemajuan, kebajikan dan keselamatan pelajar berbanding hal-hal lain termasuklah urusan peribadi dan keluarga. Ini kerana pelajar sebagai pelanggan kita dan pensyarah sebagai penyedia perkhidmatan yang terbaik tanpa kompromi.

Pensyarah yang benar-benar arif dan faham akan peranannya haruslah bersikap adil terhadap semua pelajarnya tanpa mengira bangsa, agama, faktor jasmani, emosi, mental, kepintaran, sahsiah, latar belakang keluarga, pendidikan, sosioekonomi dan perkara-perkara lain. Pensyarah hendaklah membimbing dan mengajar pelajar matrikulasi tanpa meminta sebarang bayaran atau hadiah daripada mereka. Sebaliknya pensyarah digalakkan sekali-sekala memberi hadiah kepada pelajarnya untuk menggalakkan mereka berminat terhadap proses pembelajaran. Memberi contoh teladan yang baik dengan berpakaian kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun semasa bertugas harus juga diamalkan supaya pelajar memperoleh model dan contoh teladan yang terbaik.

Pensyarah juga merupakan orang yang paling dihormati oleh pelajarnya maka sayugialah pensyarah menjaga tahap profesionalisme di tahap tertinggi sepanjang masa dan waktu supaya mereka tidak dibenci, tidak dipandang serong, tidak dihormati  atau diperlekeh oleh pelajarnya sendiri.

Pembentuk nilai dan sahsiah peribadi mulia pelajar juga peranan pensyarah yang tidak kurang pentingnya. Nilai-nilai murni adalah penting kerana ia memberi panduan dalam kehidupan. Nilai dapat memotivasikan hidup pelajar untuk hidup dengan cara yang betul. Pensyarah harus membentuk pelajarnya untuk memiliki akhlak yang mulia dan menjadi insan yang mempunyai nilai-nilai murni yang terpuji. Pensyarah berperanan menyebarkan nilai bahkan perlu menjadi ‘rote model’ yang akan diteladani oleh para pelajarnya serta manusia di sekelilingnya.

Peranan pada diri sendiri
Seorang pensyarah haruslah menjaga kebersihan dan kesihatan dirinya agar dapat menjalankan tugas sebagai pensyarah matrikulasi dengan sempurna. Emosi hendaklah sentiasa tenang dan juga perlu menghindarkan diri dari sebarang ketegangan jiwa dan keresahan perasaan yang boleh mengganggu gugat tugasnya.
Selain itu, pensyarah juga hendaklah bijak menguruskan kewangan, mengimbangi pendapatan dengan perbelanjaan dan menguruskan hal ehwal keluarga dan rumah tangga dengan bijaksana dan penuh berhikmah. Ini kerana sebarang masalah kewangan atau krisis rumah tangga pensyarah contohnya perceraian boleh menjejaskan tumpuannya terhadap proses pengajaran di matrikulasi. Selain itu pensyarah adalah digalakkan melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan peka terhadap peristiwa di sekeliling melalui media massa atau elektronik supaya mudah memberikan input yang berguna terhadap profesionnya. Pensyarah juga boleh melibatkan diri dalam sesuatu hobi dan aktiviti berfaedah di masa lapang yang boleh menjadikan pensyarah itu sihat dari segi mental dan fizikalnya.

Peranan pada kolej
Kolej matrikulasi adalah tempat seseorang pensyarah matrikulasi menabur jasa dan khidmat bakti kepada anak bangsa. Oleh itu, pensyarah juga berperanan terhadap tugas yang diamanahkan oleh pihak pengurusan kolej. Sebagai seorang staf akademik yang terlatih, berkelayakan, berketrampilan, terpilih dan memiliki tahap profesionalisme yang tinggi sayugialah pensyarah memainkan peranan yang begitu besar pengaruhnya terhadap perkembangan, kemajuan dan jatuh bangunnya sesebuah kolej. Dalam hal ini, selain tugas mengajar, pensyarah juga hendaklah menjalankan tugas-tugas yang lain seperti mentor, pengawas peperiksaan, ahli jawatankuasa peringkat kolej dan jawatan-jawatan lain seperti yang diarahkan oleh pihak pengurusan kolej.

Peranan pada masyarakat sekitar dan negara
Sebagai seorang pensyarah, hendaklah menjalankan tugas untuk menyebarkan cita dan matlamat negara berlandaskan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara. Pensyarah hendaklah memupuk nilai dan sikap murni pelajar matrikulasi sesuai dengan masyarakat berbilang kaum dalam diri para pelajar. Sebagai seorang rakyat Malaysia yang bebas dan merdeka pensyarah mestilah mengambil bahagian secara cergas dalam kegiatan-kegiatan kemasyarakatan. Contohnya solat berjemaah 5 waktu di masjid bersama penduduk sekitar dan menghadiri aktiviti kemasyaratan seperti majlis perkahwinan atau kematian.

Pensyarah juga haruslah bersopan santun dan bertingkah laku baik dalam segala aktiviti sosial bagi mewujudkan suasana harmoni. Ini kerana pensyarah sebagai duta kecil bahagian matrikulasi perlu sentiasa berusaha untuk memenuhi tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara dengan tidak menyebarkan ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara. Pensyarah juga hendaklah sering memupuk sikap dan nilai murni dalam diri setiap pelajar yang dapat membimbing mereka menjadi warganegara yang setia, bertanggungjawab, menghormati orang lebih tua dan perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.

Di samping itu pensyarah hendaklah menghormati masyarakat di tempat pensyarah tersebut berkhidmat dan memenuhi tanggungjawab sebagai ahli masyarakat selain menggalakkan kerjasama di antara pensyarah dengan masyarakat setempat.

Peranan pada profesion kepensyarahan
Pensyarah haruslah meluaskan ilmu dengan membaca pelbagai buku rujukan berkaitan mata pelajaran yang diajar. Ini termasuklah memahami selengkapnya isi pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dan menyertai kursus-kursus meningkatkan tahap kompetensi dan profesionalisme yang dianjurkan oleh pihak pengurusan kolej atau bahagian matrikulasi dari masa ke masa.

Sebelum masuk mengajar di kuliah pensyarah perlu merancang dan melaksanakan dengan teliti strategi pengajaran bagi mencapai objektif pelajaran secara maksimum. Pensyarah juga hendaklah mengajar dengan fakta yang betul agar murid menerima ilmu yang tepat. Habis sahaja mengajar pensyarah mesti menyiapkan refleksi pengajaran sebagai satu proses penambah baikan diri sendiri pada masa hadapan.

Seterusnya pensyarah matrikulasi mempunyai peranan yang sangat besar dalam mendidik pelajar selari dengan Falsafah Pendidikan Negara. Kemahiran dan pengalaman mengajar bukan sahaja didapati di dewan kuliah, tetapi juga dari penglibatan yang menyeluruh dan bersepadu melalui pelbagai aktiviti gerak kerja luar bersama pelajar dan juga rakan sejawat. Sebagai pensyarah, seharusnya memainkan peranan sebagai:
  • Agen ke arah mempertingkatkan lagi potensi pelajar-pelajar dalam proses pembelajaran.
  • Agen kemahiran berfikir ke arah mewujudkan pemikiran yang lateral iaitu yang bersikap positif, kreatif, proaktif dan inovatif.
  • Perancang ke arah mewujudkan sistem penyampaian yang berkesan serta bersistematik dalam proses pembelajaran.
  • Pemudah cara iaitu dapat menggabungkan aspek-aspek teori-teori, pedagogi dan teknologi pensyarahan untuk diintegrasikan dalam pengajaran.
  • Penilai supaya dapat membuat analisis dan diognisis terhadap pencapaian pelajar dan hubungkaitnya dengan objektif pembelajaran.
  • Penyelidik iaitu membudayakan kumuniti ilmu yang peka terhadap perkembangan penyelidikan dalam menentukan kualiti kepensyarahan.
  • Pemupuk nilai-nilai murni seperti penyayang, bersefahaman serta semangat bekerjasama sebagai satu pasukan.
  • Pembimbing pelajar semasa menjalankan aktiviti luar ke arah melahirkan generasi yang mempunyai nilai kepimpinan yang tinggi, sihat, berpengalaman, dinamik dan peka terhadap persekitaran luaran.
Dengan perubahan sistem pendidikan yang semakin mencabar ini, pensyarah perlu menyediakan diri dengan amalan nilai murni dan akhlak yang terpuji. Penerapan nilai murni penting untuk menyediakan para pelajar matrikulasi menjadi warga yang berguna kepada bangsa dan negara.

Pensyarah juga mesti berupaya membuat keputusan dan menyelesai masalah serta berfikiran kritis dan kreatif serta sedar bahawa profesion mereka bukan sahaja mengajar tetapi terlibat sebagai pentadbir, perancang, pelaksana, penilai, penyelia, pengawal dan sebagainya.

Mempertingkat tahap profesionalime kendiri
Pensyarah harus sedar tentang tugas dan amanah yang dipikul untuk mendidik generasi yang akan mencapai wawasan negara adalah amanah daripaada 4W1. Tidak semua manusia yang 4W1 pilih untuk menjadi guru. Guru adalah insan keempat yang perlu ditaati selepas 4W1, Rasul, ibu dan bapa. Kemahiran dan pengetahuan perlu dikemaskini. Hendaklah pensyarah sentiasa berusaha mengaplikasi kaedah-kaedah pengajaran terkini. Pensyarah perlu menyambut baik dengan mengikuti kursus-kursus kepensyarahan yang dianjurkan oleh pihak bahagian matrikulasi agar dapat mempertingkatkan keupayaan, daya tahan dan prestasi bagi mendepani cabaran yang semakin kompleks ini. Dengan ini suatu anjakan paradigma dapat dilakukan oleh para pensyarah kolej matrikulasi seterusnya melahirkan satu kumpulan pensyarah yang mampu berfikir di luar kotak.

Peranan sebagai agen perubahan
Pensyarah perlu mengubah gaya pengajaran yang bersifat autokratik kepada demokratik. Ini berasaskan kepada perkara-perkara berikut:
- Mengubah daripada strategi pemusatan pensyarah kepada pemusatan pelajar.   
- Mengamalkan sifat penyayang terhadap pelajar, rakan sejawat, ketua unit, staf  
   sokongan dan barisan pihak pengurusan kolej.
- Bersikap terbuka secara proaktif dan bersedia untuk menghadapi perubahan
   khususnya dalam bidang pendidikan.
- Bersedia dan berlapang dada dengan segala teguran

Peranan sebagai penyebar ilmu
Pensyarah bertanggungjawab menyebarkan ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar. Selain itu ia juga sebagai pemupuk nilai budaya ilmu supaya menjadi teladan bagi pelajar mencontohi serta membentuk budaya ilmu sebagai ciri utama dalam kehidupan mereka. Seterusnya mewujudkan budaya mencintai ilmu di kalangan pensyarah dan pelajar sejajar dengan salah satu pernyataan yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta berperanan dalam melahirkan generasi yang mencintai ilmu pengetahuan duniawi dan juga ukhrawi.

Peranan sebagai pakar rujuk
Pensyarah matrikulasi sekurang-kurangnya mempunyai kemahiran ikhtisas di peringkat ijazah sarjana muda dan mampu menguasai ilmu pengetahuan selain daripada mata pelajaran yang diajar. Selain itu pensyarah juga perlu bersedia dengan sebarang kemusykilan pelajar dan menunjukkan sikap jujur serta mewujudkan interaksi positif pelbagai hala. Bijak dan kreatif dalam mencipta pelbagai kaedah dan teknik yang memudahkan pelajar memahami isi pengajaran di kuliah dan bilik tutoran selain sarat dengan unsur-unsur kecindan.

Peranan sebagai mentor
Pensyarah sebagai mentor dan fasilitator kepada pelajar serta berupaya memberikan penyelesaian masalah dengan cepat dan berkesan. Ia juga harus mempunyai kemahiran mendengar dengan baik iaitu memahami situasi atau keadaan yang dialami oleh pelajarnya. Selain itu pensyarah perlulah mempunyai sifat dan kualiti seperti bersopan santun, menghormati pandangan pelajar, peramah, rendah hati, jujur, semangat berbakti, prihatin dan sebagainya.

Peranan sebagai penyelidik
Pensyarah perlu menyelesaikan masalah yang mungkin dihadapi oleh pelajar semasa proses pembelajaran secepat yang boleh. Sentiasa memikirkan, mengubah dan menyesuaikan strategi P & P yang dapat menarik perhatian dan minat pelajar. Ia juga sentiasa membuat dan menjalankan pelbagai refleksi kendiri bagi memperbaiki kelemahan dalam P & P di samping berkongsi dengan rakan sejawat segala pandangan dan cadangan penambah baikan.

Peranan sebagai pengamal reflektif
Pensyarah sentiasa membuat pertimbangan dan pemikiran yang mendalam sebelum merancang suatu aktiviti pengajaran agar pelajar dapat memperolehi kemahiran berfikir kritis dan kreatif yang tinggi dalam semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Peranan sebagai pemudah cara
Pensyarah perlu sentiasa menekankan pelajar-pelajar agar jelas tentang apa yang mereka pelajari dan akan mereka seterusnya lakukan. Pensyarah juga mampu membimbing pelajar mengaitkan di antara pembelajaran sebelumnya dengan yang dipelajari dan bagaimana ia boleh diperkembangkan lagi. Ini dapat menaikkan minat dan semangat pelajar untuk mengetahui lebih lanjut dan  berasa seronok yang tidak dapat digambarkan dalam sesuatu subjek yang mereka pelajari.

Peranan sebagai pemberi semangat
Pensyarah mesti setiap masa dan ketika menuturkan kata-kata semangat dan harapan yang jelas kepada setiap pelajarnya untuk berjaya meraih gred purata 4.0 setiap semester. Selain itu ia juga sentiasa memberikan inspirasi, dorongan, galakkan dan meletakkan cabaran yang munasabah kepada pelajar-pelajar untuk mendapatkan yang terbaik dan mengambil kira tahap kepelbagaian kebolehan dan kepandaian pelajar.  Pensyarah muslim hendaklah  mendoakan kejayaan semua pelajarnya agar berjaya bukan sahaja dunia malahan juga kejayaan di akhirat kelak. Insya 4W1.

Contoh doa adalah seperti “Bismillahirrahmanirrahim... Segala puji bagi 4W1 tuhan seru semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW dan para sahabat. Ya 4W1 kami para pensyarah mendoakan kejayaan yang cemerlang untuk semua anak didik kami dalam peperiksaan yang akan mereka tempuhi di matrikulasi. Bukakan lah pintu hati mereka Ya 4W1. Mudahkanlah urusan pelajar kami dunia dan akhirat dalam apa jua bidang yang mereka ceburi tidak kira di mana jua mereka berada. Insya 4W1. Ya 4W1, sesungguh Nya engkau lah Tuhan yang maha Adil MAHA MENDENGAR lagi maha Mengetahui....Makbulkan lah permintaan diri kami ini Ya 4W1 Ya Rahman Makbulkan lah permintaan diri kami ini Ya 4W1 Ya Rahim Makbulkan lah permintaan diri kami ini Ya 4W1.... Amin... Amin .... Amin Ya Rabbal Alamin...” Selain itu pensyarah yang cemerlang sentiasa menganggap para pelajarnya lebih pandai dari dirinya dan tidak malu belajar sesuatu yang baru dari pelajarnya selain tidak lokek memberikan idea, cadangan, nasihat dan teguran membina kepada pelajarnya.
 
Peranan sebagai pelopor proses pembacaan dan pembelajaran berterusan.
Pensyarah sebagai pengamal ilmu seharusnya sentiasa mengikuti atau mengambil bahagian aktif dalam kursus perkhidmatan, bengkel, seminar, forum, dialog dan sebagainya. Selain itu aktif dalam kerja atau tugas yang boleh meningkatkan taraf profesionalisme pensyarah seperti menjadi pemeriksa, membentang kertas kerja, penggubal soalan, pegawai pengiring dan sebagainya.

7.0 Rumusan
Berikut adalah rangkuman peranan seorang pensyarah kolej matrikulasi.
- Menggalakkan pelajar matrikulasi menimba ilmu, mengikuti perkembangan dan   
   berkongsi ilmu.
- Memupuk budaya membaca
   Bacalah apa saja yang pelajar mahu. Tak pernah ada orang yang mati kalau banyak  
   membaca. Namun, banyak lagi pembacaan di luar teks subjek yang menarik yang boleh dibaca.
 - Memupuk minat dan potensi pelajar matrikulasi agar mereka sentiasa berusaha ke arah
   Kecemerlangan dan dahagakan kecemerlangan itu sendiri
- Memupuk kejujuran, integriti, akauntabiliti dalam aktiviti akademik dan bukan akademik

- Memainkan peranan sebagai penasihat atau mentor kepada pelajar matrikulasi dalam
  bidang akademik dan bukan akademik sama ada di dalam atau di luar waktu kuliah
- Membuka kubikel pensyarah untuk semua pelajar sama ada pelajar itu menjadi pelajar
  pensyarah tersebut atau pun tidak.

8.0 Kesimpulan
 Dengan mengetahui apakah peranan seorang pensyarah kolej matrikulasi maka pensyarah akan dapat meningkatkan tahap profesionalisme kepensyarahan. Ini kerana penghayatan tersebut membolehkan semua pensyarah dapat menjalankan tanggungjawab dan tugas-tugasnya dengan penuh komited dan dedikasi. Ingatlah gaji yang kita terima setiap bulan sebagai pensyarah dan yang kita gunakan untuk menyara anak isteri kita akan disoal oleh 4W1 akan keberkatannya. Semoga sesiapa saja yang membacanya mendapat manfaat dan dapat menyebarkannya kepada yang lain. Insya 4W1.
Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Bagai bunga kembang tak jadi
 P/s- Tugasan ini Alhamdulillah disiapkan pada Jumaat 12:34:56 pm 07/08/09
        Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan selamat berpuasa....!!!! kepada
        semua muslimin muslimat tidak kira di mana jua anda berada...

Bidadari Jannah

"Ustaz, boleh tak kalau di syurga nanti, saya tak nak suami saya ada bidadari?" Soalan ini pernah dikemukakan oleh seorang wanita (entah datin mana tah), sewaktu sesi soal jawab dalam satu kuliah kalau aku tak silap, oleh Ustaz Dato Abu Hassan Din Al-Hafiz), pada sekitar awal 90-an. Jawapannya nanti dulu. Aku nak bincang hal yang lebih penting. Haha..

Datin tersebut wajar diberi ucapan syabas kerana berani menyuarakan apa yang terbuku di kalbu ramai wanita. Tapi pasti kebanyakannya tak tergamak nak luahkan perasaan tu. mm..nampaknya sampai begitu sekali kaum wanita ni meluat dengan bidadari syurga. Aku guna perkataan 'meluat' sebab aku rasa inilah istilah yang paling sopan. Mungkin ada yang sampai rasa benci bila mendengar perkataan 'bidadari', aku tak nafikan.

Apa puncanya sampai jadi macam tu? Penjelasan yang paling mudah, sebab cemburu. Penjelasan yang lebih mendalam; sebab wanita sebegitu menyangka bahawa suaminya adalah MILIK mutlak si isteri.
Sebagaimana miliknya terhadap kereta Mercedesnya dan rumah banglonya. Tak mahu KONGSI dengan orang lain. Aku pernah menghadiri majlis ilmu yang dianjurkan satu jemaah tabligh..ustaz yang sedang memberi amanat kepada bakal-bakal da`ie itu ada menyebut, "Jangan sekali-kali ceritakan mengenai bidadari apabila anda sedang membicarakan tentang nikmat syurga di khalayak yang ada wanita menghadirinya. Dikhuatiri jika anda tidak bersedia dengan ilmu yang cukup, majlis ilmu itu akan hanya menimbulkan rasa benci di kalangan wanita yang masih lemah imannya.."

Fuhh~! Sampai begitu sekali rupanya. Dahsyat..Aku tak sangka sampai begitu sekali, hingga 'pantang' disebut tentang bidadari di depan wanita. Tapi..Dalam Al-Qur'an kan bidadari disebut tanpa berselindung?
Ohoho...mungkin tak apa la sebab kebanyakan wanita di luar sana tak faham pun bila mendengar atau membaca Qur'an. Habis, nak biarkan macam tu je? Biarkan je wanita 'bermusuh' dengan bidadari? Tak ada cara nak 'mendamaikan' dua golongan ni ke?
 
Biar aku beritahu apakah jawapan ustaz yang awal tadi. "Di syurga nanti, selagi puan tak berenggang dengan suami puan, suami puan seakan-akan tak nampak pun bidadari. Tak perlu lah puan risau sangat. Yang penting sekarang, usahakan agar puan bersama suami dapat menjadi ahli syurga. Kalau isteri terpaksa masuk neraka buat sementara, dan suami yang masuk syurga dulu, saya tak jamin la bidadari tak ganggu dia.." Padat dan bersahaja jawapan yang diberikan ustaz, disambut gelak ketawa hadirin. Si datin tunduk sambil tersenyum kelat.


Hmm..kenapa suami tak nampak bidadari bila isterinya ada? Sebab wanita ahli syurga kelak akan dijadikan oleh Allah sebagai ketua bidadari. Hebatnya kecantikan ketua bidadari ni, adalah ibarat cahaya bulan mengambang penuh di musim panas. Para bidadari yang lain pula ibarat bintang-bintang yang bertaburan di sekelilingnya. Hanya menyerlah tika bulan menyepi.

Maka apabila Ketua Bidadari itu hadir, si suami seolah-olah terpukau, dan bidadari yang lain seakan tak kelihatan, ataupun nampak kecil saja. Macam gadis jelita dikelilingi budak-budak tadika. Tentu saja fokus si suami takkan beralih dari melihat isterinya.

Hebat kan? Tapi macam mana kalau tiada bidadari langsung? Kan lagi bagus kalau tiada saingan? Tidak juga.
 Andai tiada bidadari, maka cantiknya Ketua Bidadari umpama bulan penuh di langit yang kosong. Kejelitaannya jadi  kurang menyerlah kerana dia cantik sorang-sorang, tak ada siapa yang kurang dari dia, jadi pada siapa dia nak dibandingkan? Pada jiran di mahligai bersebelahan yang jaraknya sejauh mata memandang?

Wahai wanita penghuni syurga; anda sama cantik saja dengan Ketua Bidadari yang lain. Tak berapa seronoklah. Anda hanya paling cantik di mata suami anda. Begitu juga Ketua Bidadari yang menjadi jiran anda,  tercantik di mata suaminya.

Satu perkara lagi, para bidadari syurga adalah penghuni asal yang telah Allah tempatkan di situ.
Mereka penduduk asal syurga. Tak bolehlah nak halau mereka pula. Nanti mereka mengadu pada Allah.
Mereka tidak pernah berbuat dosa, taraf mereka seakan malaikat yang sentiasa makbul doanya.
Cuma mereka ini Allah kurniakan nafsu sebagaimana manusia. Tetapi nafsu mereka bersih (tidak takabbur terhadap Allah) dan tidak terhijab.

Dalil tentang mereka mempunyai nafsu, dalam surah Al-Waqi`ah ada ayat yang berbunyi `uruban atraaba, yang apabila diterjemahkan bermaksud:  "sentiasa merindui (suami mereka yang berada di dunia) dan muda belia usia mereka". Di dalam bahasa Arab, kalimah `uruban'  juga bermaksud berahi berpanjangan. Dalam istilah yang agak kurang sopan (minta maaf), mereka ini sentiasa merindui jimak. Saya mohon maaf sekali lagi, tapi wanita dengan sifat sebeginilah yang diidamkan oleh hampir semua lelaki. (ah..aku rasa bukan HAMPIR semua, tapi memang SEMUA elaki normal macam tu).

Tentang pengertian kalimah atraaba pula, nantilah bila ada masa yang sesuai aku huraikan dalam artikel yang khusus tentang bidadari..for guys only. ;-j

Baiklah. Anda dah nampak, cara untuk mengelakkan suami anda dari melayani bidadari, ialah dengan sentiasa ada di sisi suami. Senang saja bukan? Barulah bidadari lain tak 'kacau daun'.Betul?

Tapi adakah anda pasti? Kita rujuk sebuah hadith yang menceritakan tentang keadaan penghuni syurga;
 Para Sahabat bertanya, adakah penghuni syurga melakukan jimak, dan bagaimanakah keadaan mereka?
Dijawab oleh Rasulullah, "Benar. Oh, sungguh hebat sekali. Tenaga dan kenikmatan mereka Allah gandakan kepada seratus, dan mereka sekali pun tidak akan merasa letih." ~au kama qaal

Hmm. Maknanya, kalau Ketua Bidadari tak mahu berenggang dengan suami, maka alamatnya tak keluar dari bilik la. Layanlah sampai dia puas.

"Tak kisah, janji dia tak layan bidadari.." mungkin itu jawapan seorang wanita. Saya beritahu lagi; Ahli syurga juga tidak tidur, kerana terdapat hadith yang menyatakan bahawa "tidur itu saudara mati, maka ahli syurga tidak memerlukan kepada tidur, tidak mengantuk, dan tidak letih, lapar, atau dahaga..". (au kama qaal)

Jenuh la kali ni tak turun-turun dari katil. Sanggupkah anda? Berapa minggu anda sanggup? Berapa tahun?
Berapa dekad? Berapa kurun? Jika di hati anda terdetik rasa bosan, para bidadari di luar bilik akan mengetuk pintu sambil bertanya bilakah gilirannya akan sampai. "Ketua! Biar kami pula ambil alih!" ..mungkin itu yang mereka kata.

"Biarlah diorang menunggu kat luar..aku takkan tinggalkan suami aku!" Mungkin ada wanita yang berfikir begini.Izinkan saya bertanya lagi; "Tak nak pergi shopping ke?" ; )

"Eh, shopping? Shopping apa? Kat mana?" Mafhum daripada beberapa hadith yang mutawatir,
Pada setiap Jumaat Allah adakan suatu 'pasar' di syurga. Di pasar inilah, ahli syurga diberi nikmat terbesar antara segala nikmat di syurga, iaitu diizinkan melihat kepadaNya. Tiada satu pun ciptaanNya yang mengatasi keindahan Sang Pencipta, Rabbul Jalil yang bersifat Al-Jamiil.

Dan di 'pasar' syurga inilah Allah sediakan segala pakaian, makanan, dan perhiasan (barang kemas dan aksesori) yang berbagai-bagai rupa, beraneka warna dan bentuk. Ahli syurga cuma perlu melihat kepada contoh 'produk' yang dipamerkan, niatkan "Aku mahu yang ini!"; maka dengan serta-merta benda itu sudah dipakai di tubuhnya. Boleh juga meminta seperti itu apabila terlihat ada ahli syurga yang lain,
memakai sesuatu yang menarik perhatiannya.

Kenapa perlu ada pasar? Kan boleh minta saja dari dalam bilik? Perlunya ada pasar ini kerana ahli syurga ketika itu dah tak tahu apa lagi yang mahu diminta, kerana terlalu lama dan banyaknya nikmat yang diperolehi mereka.

Ibarat anda dah dapat semua file/software yang anda ingini, sampai anda tak tahu nak download software/file apa lagi di internet. Dah tak tahu nak 'search' apa, sampai termenung di depan superkomputer yang terhebat dan terlaju di dunia, milik anda. Lebih kurang macam tu la ibaratnya.

Maka di 'pasar' syurga inilah terdapat pakaian dan barang kemas serta aksesori wanita (dan lelaki) dalam
'rekabentuk terbaru'...'latest design' kata sesetengah orang. Sebab itu ahli syurga tidak akan merasa jemu.

Dan apa yang paling hebat, semua yang ada di pasar ini adalah PERCUMA! Ibarat  'Ivana Trump' pergi shopping di HyperMall milik ayahnya yang asyik pecat orang ("you're fired!"). Tapi di syurga pastinya berjuta-juta-juta kali lebih mewah. Dan anda kekal muda selama-lamanya, tak macam minah saleh tu..

Di pasar syurga tu, semua benda yang menyenangkan hati anda boleh didapati. Niat saja nak pakaian baru, anda akan tiba di Department Pakaian Wanita.

"Handbag LV (Louis Vuitton) ada ke?"
..cheh. Ada sorang minah yang baca artikel ni boleh terfikir nak tanya camni..

Begini sajalah. Biar saya bacakan mafhum sebuah hadith lagi.
"Jannah itu ialah satu kawasan yang tersangat luas. Terdapat lembah, sungai, pohon, dan bukit.
Tanah di tengah-tengahnya yang paling tinggi, dan Al-Firdaus berada di tempat yang paling tengah dan paling tinggi".

belum habis lagi..ada sambungan hadith ni;
"Keseluruhan syurga itu terdapat seratus tingkat. Pada tingkat yang terendah dan pertama, kesemua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya diperbuat daripada perak. Tingkat yang kedua, semua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada emas; pada tingkat yang ketiga, sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada yaqut, lu'lu' dan zabarjad (batu-batu permata yang mahal), dan pada sembilan puluh tujuh tingkat lagi hanya Allah yang mengetahuinya. Jarak antara satu tingkat dengan tingkat yang lain adalah sejauh jarak langit dan bumi."

Rasulullah hanya sempat meninjau tiga tingkat yang pertama sahaja sewaktu isra' dan mi`raj.
 Syurga tingkat pertama yang terendah adalah untuk ahlul fitrah, manusia yang tidak pernah beriman tetapi seruan tauhid tidak pernah sampai kepada mereka ketika hidup di dunia dahulu. Mereka diizinkan masuk ke syurga setelah selesai menjalani qisas di mahsyar, jika mereka ada menzalimi sesama mereka. Inilah tanda betapa Maha Pemurahnya Allah Yang Maha Adil, tidak menzalimi seorangpun hambaNya.

Tingkat pertama ini juga adalah untuk para muallaf yang hanya sempat mengucapkan syahadah tanpa satu pun amalan baik, dan tiada satu pun kalimah Allah yang sempat dipelajarinya.

Maka sekiranya kita umat Islam ini berjaya ke syurga, tempat kita adalah bermula dari tingkat yang kedua, atau lebih tinggi lagi. Tingkat kedua, barang-barang perkakas dapur serta perabutnya diperbuat daripada emas.

Saya tanya; Di dunia sekarang (di bumi) ini, adakah pakaian dan barang kemas kita diperbuat daripada bahan yang serupa dengan bahan membuat perabut dan peralatan dapur?

Anda tahu jawapannya ialah tidak. Bahan untuk pakaian dan perhiasan kita lazimnya mestilah lebih mahal daripada bahan membuat perabut dan perkakas dapur.

Ertinya, bila sudu dan meja pun diperbuat daripada emas, agaknya apakah bahan yang jadi pakaian dan barang kemas ahli syurga? Sudah tentu lebih mahal daripada emas!

Ya. Bahan dan unsur yang lebih mahal itulah yang dibuat pakaian ahli syurga..termasuk juga kasut tumit tinggi dan handbag (jika anda mahu, pasti ada!), termasuk juga barang kemas yang ada di Pasar Syurga tu.

Ketika itu jika anda ternampak handbag LV dari alam dunia, mungkin anda akan terasa jijik nak menyentuhnya macam tengok tahi ayam. Mana ada kelas! Emas pun setakat jadi jug air je..Gelas minuman pun dibuat daripada berlian (kalau anda menghuni syurga tingkat atas sikit).

Hm..Di pasar yang bagaikan real-life catalogue ini, semuanya lebih mahal dari perkakas dan pinggan mangkuk anda. Terlalu banyak pilihan. Shopping la sebanyak mana yang anda mahu. Tak perlu trolley. Kalau anda nak suruh bidadari bawakan barang yang anda shopping itu pun, mereka pasti gembira dapat membantu.

Janganlah lupa pula..para bidadari itu juga khadam anda yang sangat suka berkhidmat. Anda kan ketua mereka? Ingat ni, kesemuanya anda tak perlu bayar! Bayarannya telah dilangsaikan dengan keringat, darah dan air mata anda  ketika di dunia dahulu.

Tapi kalau nak dapatkan 'design' terbaru tu, kenalah keluar dari rumah (istana) dan tengok sendiri di pasar Jumaat. Di pasar ini juga ahli syurga akan bersosial, bertemu rakan lama dan saudara mara.

Berapa luas pasar tu? Jika anda terbang menaiki buraq selama sehari pun belum habis melihat keseluruhan bahagian 'pasar' itu. (kalau naik kenderaan yang lebih laju, anda tak nampak apa-apa sebab laju sangat, mengatasi kelajuan cahaya).

Dan sudah tentu suami anda pun nak pergi ke Pasar Jumaat itu juga untuk melihat Allah Rabbul Jalil.
Ajaklah suami shopping sekali! Setiap minggu, akan ada design terbaru yang boleh anda dapati. Setiap minggu juga anda boleh datang shopping di pasar ini. Sampai tahun depan, kurun hadapan, alaf hadapan...sampai bila-bila. Tiada had usia di syurga..

Soalan terakhir saya: Yang mana lebih menyeronokkan bagi anda; shopping dengan suami, atau pergi shopping bersama bekas teman-teman rapat, rakan sekolej (atau rakan serumah) anda dahulu? ;-)
 .dan mungkin pada kurun hadapan, suami anda nak pergi memancing di sungai syurga bersama bekas rakan
sekampungnya...atau mungkin dia cuma nak 'berehat di rumah' saja.. ;-j


Dah la..tak payah risau. Perasaan cemburu tu kerana disebabkan kejahilan tentang fitrah lelaki dan tak faham kehendak suami. Ahli syurga tidak ego dan cemburu buta. Di syurga tiada hasad dengki dan tiada sifat takabbur.
Qaalu salaaman-salaama~

Sabtu, 9 April 2011

RAHSIA KEJAYAAN SEBENAR PELAJAR DI IPT…LUAHAN HATI SEORANG PENSYARAH

by Ikram Shah Alam
Pelajar baru mula mendaftar di UiTM seluruh Malaysia untuk kemasukan Disember 2010. Ibu bapa serta ahli keluarga (termasuk Tok & Tok Wan) turut mengiringi cucu kesayangan ke  UiTM..

Mereka berasa amat bernasib baik kerana di beri peluang untuk mengikuti kursus yang dipilih walaupun tidak berjaya untuk kemasukan Julai yang mana persaingan akan lebih hebat dan sengit.

Maka rebutlah peluang dan ruang yang telah diberikan Allah SWT agar menjadi mahasiswa cemerlang dunia dan akhirat. Sesungguhnya ALLAH SWT telah mencipta manusia sebaik-baik kejadian sebagaimana yang termaktub dalam surah At-Tin:4 yang bermaksud..”Sungguh..Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk sebaik-baiknya.”

Lumrah dalam kehidupan manusia, remaja pelajar dalam lingkungan umur 18 hingga 22 tahun ada kalanya  terdorong menjadi lalai dan alpa di pertengahan jalan, hasil pertembungan budaya dan cara hidup yang berbagai, seperti rakan taulan, teman sebilik dan sebagainya. Ada juga yang di hanyutkan oleh suasana kampus yang agak danggal dibandingkan dengan suasana kampung, ada juga yang terbawa-bawa dengan hasutan dan desakan kawan.

Apakah peranan dan tanggungjawab anda sebagai seorang pelajar? Pertamanya, sedarilah bahawa seorang pelajar yang ikhlas mesti merasai tanggungjawab dan peranan sebagai seorang pelajar di menara gading. Sebagai seorang Muslim, anda sepatutnya dan mesti memperagakan pekerti seorang Muslim tulin, tanggung jawab terhadap Maha Pencipta, ALLAH SWT mesti di tunaikan setiap waktu dan ketika. Keduanya, anda seharusnya memilih sahabat karib yang dapat mengingatkan hubungan hamba dengan ALLAH SWT sangat perlu diambil berat. Anda dianjurkan agar merebut peluang untuk menguasai diri dan memimpin pelajar-pelajar lain kearah kebaikan dan kebajikan. Sedarilah, bahawa ramai lagi insan lain yang tidak diberi peluang untuk menjejak kaki ke menara gading. Justru menafaatkan masa anda sewaktu di kampus dan perkukuhkanlah minda anda untuk menjadi pelajar yang terbaik sementara peluang masih ada.

Kejayaan pelajar sebenar berada di tangan anda masing-masing. Kami, sebagai pensyarah yang telah mengajar puluhan tahun di kampus, mempunyai banyak kesah benar tapi pelik, kisah kisah yang boleh di kongsi bersama sebagai inspirasi untuk anak-anak agar terus bangun dan cipta kejayaan dalam kehidupan. Kami hanya boleh membantu anda untuk mendapat KUNCI KEJAYAAN dan kunci tersebut boleh dalam berbagai bentuk samada dari emas, perak atau gangsa. Anda sendiri yang akan menentukan jenis  kunci kejayaan anda, pergunakanlah peluang dan masa dengan sepenuhnya, dengan sungguh sungguh, sementara kami pensyarah akan pimpin dan berikan halatuju kearah kejayaan anda.  Di antara syarat  kejayaan adalah:
  1. Kebolehan diri (Ability) dan Kesesuaian kursus
  2. Kehendak tinggi dalam bidang yang diminati
  3. Kesungguhan berterusan
  4. Kebergantungan tinggi pada Allah SWT
  5. Keseimbangan dunia akhirat
Sebagai inspirasi dan iktibar, kami perturunkan beberapa kisah benar yang boleh membakar semangat anda untuk terus bangun menempa kejayaan, agar tidak sesekali mengaku kalah selagi mampu menghirup udara TUHAN:
  1. Pelajar A telah di tawarkan biasiswa untuk terbang ke luar negara sebelum keputusan SPM diumumkan oleh kerana keputusan cemerlang semasa tingkatan 4 & 5.  Namun “cuaca panas yang  disangka hingga  ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari”.  Pelajar A terlalu terpengaruh dengan pertembungan persekitaran dan budaya di bumi baru telah gagal seawal semester 2 dan di hantar balik oleh penaja. Walaupun terlalu malu dengan kegagalan ini, namun digagahi diri beliau telah mendaftar diri di UiTM. Dengan kesedaran baru, beliau lalu bangun semula dengan penuh keinsafan, menggugahkan diri, mengkoreksi diri dan terus menempa kejayaan yang dicita cita seperti yang di dambakan akhirnya.
  2. Pelajar B telah di tawarkan ke Pusat Persediaan Pelajar (Program Persediaan untuk luar negara). Namun atas faktor yang melalaikan pelajar B, beliau dapat keputusan yang tidak mencukupi untuk  terbang ke luar negara. Nasib tidak selalu menyebelahi beliau dan seharusnya menjadi iktibar. Beliau mendaftar diri semula dengan UiTM sebagai pelajar baru. Dengan  kesedaran  beliau terus  membela diri dan qalbu, lantas mekar hingga menggarap harapan baru dan azam, beliau mencapai cita-cita  ijazah pertama, kedua dan akhirnya menerima ijazah Kedoktoran.!!
  3. Pelajar C berada di tahun akhir di salah sebuah IPTA. Namun cita-citanya menjadi  “mimpi di siang hari” apabila keputusan tidak memuaskan, dan berakhir dengan di buang keluar tanpa belas kasihan. Beliau gagal sekali, tetapi ini bukan bermakna gagal seumur hidup. Pelajar C cuba merebut peluang sekali lagi lalu mendaftar diri dengan UiTM pada kali kedua, dalam bidang berlainan…Beliau terus fokus dan menyusun strategi kehidupannya, dan tidak mahu gagal kali kedua ..Pelajar ini akhirnya berjaya dengan cemerlang dan kini jadi jurutera perunding yang sangat berkerjaya tinggi.
  4. Pelajar D adalah seorang yang sederhana dan biasa-biasa sahaja ketika di sekolah rendah dan menengah. Namun, UiTM adalah satu-satunya IPTA yang menerima dengan keputusan SPM yang tidak seberapa menyerlah itu. Setelah menyedari di mana dirinya telah ditaqdirkan Ilahi, beliau terus merebut peluang terakhir ini untuk sampai ke peringkat Diploma, terus menyambung ke Ijazah pertama, ijzah kedua dan kini sedang menghabiskan Ijazah Kedoktoran.
  5. Pelajar E tidak berapa berjaya sewaktu di sekolah menengah dan hanya mampu mendaftar diri di UiTM sekadar jurusan sains sosial seperti seni lukis, seni kasut, seni grafik dan yang seumpanya. Namun usaha gigih yang berterusan dan keyakinan bahawa ALLAH SWT tidak akan mensia-siakan usaha hambaNYA yang telah meluhurkan jiwanya. Beliau terus membangunkan  potensi dirinya dan dengan tekun membentuk keyakinan bagi memantapkan langkah  menuju kejayaan akhirnya hingga buka syarikat/ firma sendiri.
Senario di atas menunjukkan setiap pelajar adalah juga manusia yang mempunyai potensi diri, yang telah dibekalkan oleh ALLAH SWT. Namun manusia tetap manusia,  di kala umur muda manusia tetap mempunyai sifat alpa, lalai, cuai dan kadang-kadang terbabas. Justru, jika seorang insan itu digugah hati dan jiwanya hingga mampu bangun semula, mereka mencuba dan terus mencuba di samping istiqomah dan tawakkal kepada YANG MAHA KUASA, insan tersebut akan mampu mencipta sejarah dalam kehidupan yang akan datang.
Anda harus ingat bahawa, mereka yang berjaya dalam kehidupan adalah  juga mereka yang pernah melalui kegagalan sekali and beberapa kali dalam kehidupan mereka, namun kita perlu BANGUN SEMULA & MENCUBA DAN TERUS MENCUBA HINGGA BERJAYA,  selagi mampu menghirup udara TUHAN Rabbul Jalil. Ini juga membuktikan bahawa ALLAH SWT tidak pernah menghampakan kesungguhan hambaNYA yang sentiasa rapat  denganNYA dan mengharapkan pertolongan kepada YANG MAHA KUASA,  MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG.
Maksud surah al Mukmin :60  Dan Tuhanmu berfirman, “ Berdo’alah kepadaKU, nescaya akan AKU perkenankan bagimu……….”

Hidup berpandukan Syari’at pasti Berkat
Selamat Maju Jaya  Dunia dan Akhirat.


Prof Madya Pauziah Mohd Arsad
Ketua Wanita IKRAM Shah Alam

"UKHUWAH TERAS KEGEMILANGAN"
"IKRAM WADAH PERJUANGAN"

Telur pun ada tak ori...

Telur goreng, telur rebus, atau apa sahaja jenis masakan berasaskan telur merupakan menu ringkas kegemaran ramai. Tapi berhati hati lah ketika membeli telur terutamanya yang diimport dari China. Sebab telur telur ni dibuat di dalam makmal menggunakan bahan kimia. 

Bukan itu saja, malahan kat Chinasiap ada sekolah lagi untuk mengajar sesiapa yang berminat dengan proses pembuatan barang tiruan termasuklah telur ayam tiruan. Dan di katakan kelas untuk membuat telur tiruan mendapat sambutan yang paling menggalakkan.

 Percaya atau tak untuk menghasilkan telur, ayam sudah tak diperlukan lagi. Tapi itulah hakikatnya di sana. Jom tengok proses pembuatan telur tiruan ni. 

Bahan-Bahan Untuk Membuat Telur Tiruan: 
&#61623           Glucolactone
&#61623           Asid Benzoic
&#61623           Kalsium Klorida
&#61623           Selulosa
&#61623           Alum
&#61623           Asid Amino
&#61623           Pewarna Makanan
&#61623           Sodium alginate
&#61623           Gelatin

: ‘Magic Water’ yang mengandungi Kalsium Klorida + Pewarna Makanan = Untuk telur kuning 

2: ‘Magic Water’ yang mengandungi Kalsium Klorida  tanpa pewarna makanan = Putih telur 

3: Acuan untuk 

4: Acuan untuk kuning telur 

Step 1
 

Telur kuning dihasilkan daripada bancuhan Kalsium Kloride,air dan beberapa bahan kimia yang lain (‘Magic Water’) dan pewarna makanan ditambah untuk hasilkan warna kuning. Bancuhan tadi dimasukkan kedalam acuan (4) sebanyak 2/3 daripada isipadu acuan (4) tadi. 

Step 2


Lepas telur kuning tadi dah beku keluar kandan masukkan ke dalam acuan (3).  Bahagian acuan (3)  tadi dicelupkan kedalam bekas yang mengandungi Kalsium Klorida, air dan beberapa bahan kimia yang lain (‘Magic Water’) untuk menghasilkan lapisan putih telur. Biarkan telur selama 1jam untuk membeku dan  telur boleh dibasuh selepas itu

Step 3 




Dengan menggunakan benang, telur yang tadinya dah membeku direndam dalam larutan parafin. Yang ni untuk proses membentuk cengkerang telur. 



Dan ini hasilnya tapi telur tiruan ini dikatakan lebih mudah pecah berbanding  dengan telur ayam biasa tu.Tapi kalau dari segi rupa memang saling tak tumpah. Rasanya pon lebih sedap dari telur ayam sebenar dan rasa sedap inilah punca keracunan makanan.




Dikatakan kos untuk membuat telur tiruan ini cuma 0.55 Yuan setiap sekilogram kalau nak dibandingkan kos untuk telur ayam sebenar ialah 5.6 Yuan sekilogram. Patut lah pon siap buat kelas buat telur tiruan sebab untung banyak kalau nak dibandingkan dengan telur ayam. Dan khabarnya, telur tiruan ni telah menyumbang kepada masalah keracunan makanan yang semakin meningkat di China.